Jangan ada yang menyangka kegemilangan mampu dijulang tanpa penat lelah.
Kemuliaan berjaya dimiliki tanpa perjuangan. Kemenangan dapat diraih tanpa ada
identiti, matlamat dan objektif yang ingin dicapai juga usaha ke arah
merealisasikannya. Semua ini memerlukan jihad yang panjang dan usaha yang
berterusan. Jihad dalam syariat kita adalah fardhu yang menjadi kemestian.
“Saudara yang dikasihi, salah satu tuntutan jihad dalam Islam ialah
1. Semangat kental yang merindui kegemilangan dan kemuliaan Islam,
2. Keinginan yang membuakbuak untuk melihat kuasa Islam dan ketuanannya,
3. Menangis hiba kerana kelemahan yang menimpa umat Islam dan kehinaan
yang mereka alami.
4. Dukacita meratapi fenomena yang tidak diredai oleh Allah dan Muhammad
s.a.w.. Malahan jiwa seorang muslim yang beriman pasti tidak akan
meredainya.
Sebagaimana yang terdapat dalam hadis yang sahih:
Sesiapa yang tidak mengambil berat nasib umat Islam, dia bukan daripada
kalangan mereka.
Hancur luluh hati ini hiba melihat keadaan ini.Itupun jika hati ini masih
memiliki Islam dan iman.
Saudara yang dikasihi, salah satu tuntutan jihad di jalan Allah ialah anda
terdorong untuk tekun berfikir mencari jalan penyelesaian lantaran masalah yang
berpanjangan ini. Ia menuntut anda bersungguhsungguh mencari jalan untuk
membebaskan diri. Menghabiskan masa yang panjang untuk berfikir sedalam
dalamnya bagi mengkaji pelbagai cara dan meneliti pelbagai muslihat. Mungkin
dengan ini anda akan temui jalan penyelesaian atau penyelamat buat umat ini.
Bukankah niat seseorang itu lebih baik daripada amalannya? Allah mengetahui
mata yang khianat dan apa yang tersembunyi di dalam hati.
Saudara yang dikasihi, satu lagi tuntutan jihad ialah anda korbankan
sebahagian masa anda, sebahagian harta anda dan sebahagian keperluan anda
untuk kepentingan Islam dan umat Islam. Jika anda seorang pemimpin, anda
memberi sumbangan sebagai seorang pemimpin. Jika anda seorang pengikut, anda
menjadi pembantu kepada para pendakwah untuk setiap perkara yang baik.
Kesemuanya Allah janjikan balasan yang baik. Allah Taala berfirman yang
bermaksud:
1
Tidaklah patut bagi penduduk Madinah dan orangorang yang di sekeliling
mereka dari orangorang A'rab(penduduk pedalaman) ketinggalan daripada
(turut berperang bersama) Rasulullah; dan tidaklah patut mereka mengasihi
diri mereka sendiri dengan tidak menghiraukan Rasulullah. Yang demikian
kerana sesungguhnya (tiaptiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai
penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah;
dan (tiaptiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan
kemarahan orangorang kafir; dan juga (tiaptiap kali) mereka menderita
sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh melainkan semuanya itu
ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak
menghilangkan pahala orangorang yang berusaha memperbaiki amalannya.
Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil,
atau yang besar; dan tidak mereka melintas sesuatu lembah, melainkan
ditulis pahala bagi mereka, supaya Allah membalas dengan balasan yang
lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (AlTaubah: 120121)
Saudara yang dikasihi, satu lagi tuntutan jihad di jalan Allah ialah anda
menyuruh manusia melakukan kebaikan dan melarang manusia melakukan
kejahatan. Di samping itu anda perlu memberi nasihat kepada Allah, rasulNya,
kitabNya, untuk para pemimpin dan umat Islam umumnya. Anda mengajak
manusia supaya menyembah Allah dengan cara bijaksana dan nasihat yang baik.
Manusia yang tidak nasihatmenasihati, mereka akan menjadi masyarakat yang
dihina. Manusia yang mengabaikan usaha menyuruh manusia melakukan kebaikan
dan melarang manusia melakukan kejahatan pasti akan ditewaskan.
Orangorang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab
kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam.
Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.
Mereka sentiasa tidak berlaranglarangan (sesama sendiri) dari perbuatan
mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya
amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (AlMaidah: 7879)
Saudara yang dikasihi, satu lagi tuntutan jihad di jalan Allah ialah anda
menyingkir mereka yang membelakangkan agama. Anda memutuskan hubungan
dengan orang yang memusuhi Allah dan rasulNya. Jangan ada sebarang hubungan
di antara anda dan orang seperti ini. Jangan anda duduk bersama, makan bersama
atau minum bersama mereka. Sebuah hadis menyebut:
"Kesilapan yang pertama berlaku pada Bani Israel ialah apabila seorang
lelaki bertemu seorang lelaki lalu berkata: "Saudara, takutilah kemurkaan
Allah dan tinggalkanlah apa yang sedang engkau lakukan kerana ia tidak
halal dilakukan." Namun pada keesokannya apabila dia bertemu sekali lagi,
dia terus makan, minum dan duduk bersamanya walaupun orang itu masih
2
melakukan apa yang dilarang. Apabila mereka melakukan perkara ini, Allah
melagalagakan hatihati mereka."
Saudara yang dikasihi, satu lagi tuntutan jihad di jalan Allah ialah anda
menjadi tentera Allah. Anda serahkan segala jiwa dan harta anda untuk Allah.
Apabila kemuliaan Islam diancam, maruah Islam dicemar dan semboyan seruan
untuk bangkit mengembalikan kegemilangan Islam telah dipalu, anda adalah orang
pertama menyahutnya dan anda adalah orang pertama mara ke medan jihad.
Orang yang mati dan tidak pernah berperang atau tidak pernah terdetik di
hatinya untuk berperang dia mati di atas salah satu cabang nifaq. Hadis
riwayat Muslim, Abu Daud dan alNasaie.
Dengan itu, akan tercapailah apa yang dikehendaki Allah iaitu tersebarnya
Islam hingga ke seluruh muka bumi.
Saudara yang dikasihi, salah satu tuntutan jihad ialah anda bekerja untuk
menegakkan keadilan, memperbaiki kehidupan manusia, membantu orang yang
dizalimi dan menyekat tindakan orang yang zalim walau apa sekali kedudukan dan
kuasanya.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Sa'id alKhudri r.a.
bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Jihad yang paling afdhal ialah katakata yang benar di hadapan pemerintah
atau penguasa yang kejam. Riwayat Abu Daud dan diriwayatkan juga oleh
alBukhari dengan maksud yang sama.
Diriwayatkan daripada Jabir r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
Penghulu para syuhada ialah Hamzah bin Abdil Muttalib dan juga lelaki
yang bangkit di hadapan pemerintah yang kejam lalu dia menyuruh
pemerintah ini (melakukan kebaikan) dan melarang (melakukan kejahatan)
lalu dia dibunuh. Riwayat Ibnu Majah dengan sanad sahih.
Termasuk salah satu tuntutan jihad di jalan Allah juga ialah jika anda tidak
mampu melakukan semua yang disebut di atas hendaklah anda menyayangi para
mujahid dengan sepenuh hati dan anda berikan mereka nasihat setiap kali anda
menemui mereka. Nescaya Allah akan berikan ganjaran kepada anda untuk itu dan
Allah akan lepaskan tanggungjawab anda. Janganlah anda lakukan sebaliknya,
nescaya Allah akan tutup hati anda dan Allah akan jatuhkan hukuman yang amat
berat kepada anda.
3
Orangorang yang lemah dan orangorang yang sakit, dan juga orangorang
yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan, tidaklah
menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku
ikhlas kepada Allah dan RasulNya. Tidak ada jalan sedikitpun bagi
menyalahkan orangorang yang berusaha memperbaiki amalannya; dan
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan tidak juga berdosa
orangorang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya
engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: Tidak ada
padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu, mereka
kembali sedang mata mereka mengalirkan airmata yang bercucuran, kerana
sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka
belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah). Sesungguhnya jalan
(untuk menyalahkan dan mengenakan seksa) hanyalah terhadap orang
orang yang meminta izin kepadamu sedang mereka kaya dan mampu.
Mereka suka tinggal bersamasama orang yang ditinggalkan (kerana uzur)
dan (dengan sebab itu) Allah meteraikan atas hati mereka, sehingga mereka
tidak dapat mengetahui (perkara yang baik). (AlTaubah: 9193)
Semua ini adalah beberapa peringkat dan tingkatan jihad di dalam Islam. Di
manakah kedudukan umat Islam dalam semua peringkat ini?
Adakah mereka merasa sedih dengan apa yang berlaku kepada umat Islam dan
merasa amatamat dukacita? Hanya Allah sahaja yang tahu betapa seseorang
daripada mereka merasakan apa yang berlaku itu begitu menghiris hati mereka.
Perasaan mereka tersentuh sehingga ke lubuk hati. Hinggakan kerapkali perasaan
ini membantutkan keinginan mereka untuk bermesra dengan keluarga dan sanak
saudara. Apatah lagi untuk berseronok dengan segala kenikmatan dan keindahan
dunia.
Apakah mereka ada memikirkan sesuatu untuk mencari jalan keluar? Hanya
Allah sahaja yang tahu betapa segala idea, perancangan dan urusan, semuanya
tertumpu kepada soal ini. Masalah ini menguasai segala fikiran dan hati mereka.
Apakah mereka mengorbankan masa dan harta untuk tujuan ini? Memadailah
jika anda melawat mereka yang ikhlas terhadap umatnya, anda pasti dapat lihat
bagaimana mata mereka cengkung kerana berjaga malam. Muka mereka kelihatan
pucat kerana keletihan. Tubuh mereka kurus kerana kelesuan dan kepenatan.
Namun, tetap mempamerkan kesegaran iman dan kekuatan akidah mereka.
Mereka adalah para pemuda yang menghabiskan masa sehingga larut malam
bertungkus lumus di pejabat atau tekun di bangku kerja, sedangkan rakan sebaya
mereka sedang berseronok, berhibur dan bergembira. Sedikitnya mata yang berjaga
untuk mata yang sedang tidur. Namun mereka hanya mengharapkan ganjaran
Allah dan kami tidak mengharapkan sebarang pujian.
4
Bahkan Allah jualah yang berhak membangkitbangkitkan budiNya kepada
kamu, kerana Dia lah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu
dakwakan itu), kalau betul kamu orangorang yang benar (pengakuan
imannya). (AlHujurat: 17)
Jika anda bertanya tentang harta yang digunakan untuk menampung
perbelanjaan dakwah mereka, jawapannya tidak lain daripada harta mereka yang
sedikit. Walaupun sedikit tetapi mereka sumbangkan dengan murah hati, reda,
senang dan tenang. Mereka akan memuji Allah jika pengorbanan ini memerlukan
mereka mengorbankan kesenangan hidup mereka hingga ke tahap mereka terpaksa
mengurangkan belanja keperluan hidup mereka dan kemudian mereka
sumbangkan simpanan tersebut untuk tujuan dakwah.
5
GEOGRAFI DUNIA ISLAM
Perbincangan 1: Kedudukan dan Sempadan Geografi
1. Kedudukan
Dunia Islam mempunyai keistimewaan kerana berada di tengahtengah dunia
dan memiliki pelbagai iklim. Ini menyebabkan Dunia Islam saling melengkapi dan
mengimbangi. Ia terletak di pusat dunia, berpinggirkan banyak samudera dan
lautan. Ia juga dilimpahi sungaisungai yang terpenting dan terpanjang. Bahkan
Dunia Islam paling banyak memiliki takungan air.
Pintupintu masuk ke Lautan Hindi berada di bumi Islam iaitu Selat Melaka di
timur dan selat Bab alMandub di barat. Begitu juga, Laut Meditranean, Laut
Merah, Laut Hitam dan Laut Mati turut berada di bumi Islam.
Kuala sungai air tawar yang banyak takungan airnya juga berada di Dunia
Islam, antaranya:
1. Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. Panjangnya 6695 km.
2. Sungai Niger, panjangnya mencecah 4700 km.
3. Sungai Sind, panjangnya mencecah 2900 km.
4. Sungai Euphrate (Furat), panjangnya mencecah 2736 km.
5. Sungai Zambezi, panjangnya mencecah 2700 km.
6. Sungai Dijlah, panjangnya mencecah 1835 km.
7. Sungai Senegal, panjangnya mencecah 1700 km.
8. Sungai Oronte (al'Asi , Syria), panjangnya mencecah 571 km.
2. Sempadan Geografi
Rentasan kawasan geografi Dunia Islam luas, meliputi daratan, ceruk rantau
dan wilayah; melebihi 50 buah wilayah. Ini memberi impak dalam kepelbagaian
sempadan dan gabungan kompleks rupa bentuknya. Bahkan ia mengakibatkan
kesulitan untuk meletakkan sempadan geografinya. Jika kita bandingkan dengan
Amerika Syarikat, India, Republik Kanada dan Australia, sempadan geografinya
adalah jelas bagi setiap wilayah di benua dan kontinen tersebut. Ertinya, banyak
wilayah Dunia Islam mempunyai pertindihan wilayah, iklim, blok geografi dan blok
politik. Ia juga terletak berhampiran atau dikelilingi oleh negaranegara lain.
Dunia Islam dengan sempadannya kini, merentasi tiga benua kuno dunia;
Asia, Eropah dan Afrika. Ia mengawal daratan dan permukaan air yang luas, iaitu
Lautan Atlantik di barat, Laut Meditranean di utara, Lautan Hindi dan Laut
6
Merah di timur. Ia juga mengawal beberapa laluan laut antarabangsa yang sesuai
untuk aktiviti pelayaran sepanjang tahun dan yang terletak di jalan perdagangan
global paling penting, khususnya jalan pengangkutan minyak mentah. Antara
laluan ini ialah Selat Gibraltar (Jabal Thoriq), Selat Sicily, Terusan Suez, Bab al
Mandub dan Selat Mozambique.
Di selatselat yang penting di arena global ini pula, dibangunkan pelabuhan
yang menyediakan khidmat bagi laluan kapal dan pengawasan oleh pengkalan
tentera. Kita sebutkan di sini secara khusus, pelabuhan Tanger (Thonjah), Melilla,
Oran (Wahran), Tunis, Tripoli (Tarablus), Port Said, Suez, Djibouti, Aden, Dar Es
Salaam dan Berbera.
Jumlah keluasan dunia Islam hampir mencapai 35 juta km2. Dengan angka
keluasannya yang besar ini, dunia Islam menduduki tempat pertama di kalangan
wilayah yang paling luas di dunia. Ia hampir menyamai keluasan dunia Kristian,
jika boleh kita namakan demikian.
Pebincangan 2: Saiz Dunia Islam dan Populasi Penduduknya
1. Saiz Dunia Islam
Kontinen ini dihuni oleh kelompok penduduk yang amat besar meliputi
keluasan, bentuk dan saiznya. Kini, ia mencecah bilangan 1.5 billion orang.
Taburannya mengikut negara adalah sebagaimana berikut:
7
8
9
10
Bayangan Kekuatan Islam
Pada hari ini, kekuatan besar yang terdiri daripada negara dan bilangan
penduduk yang ramai, seolaholah tidak berfungsi dan dipinggirkan. Bahkan ia
dihina dan haknya dirampas. Malangnya Dunia Islam terus tunduk kepada bangsa
yang jelas berdendam dan zalim kepadanya. Manakala segelintir anak bangsanya
yang kehilangan arah membantu kelangsungan fenomena buruk ini demi
kepentingan musuh dan pihak yang menzaliminya.
Namun, jika dunia Islam hari ini mahu bangkit dengan usaha anak bangsanya
yang ikhlas dan kesedaran semula rakyat jelatanya yang tidur, nescaya ia
mempunyai peranan besar untuk meningkatkan taraf ketamadunan dan pemikiran.
Ia juga akan mempengaruhi kemanusiaan, mengambil kedudukan di hadapan
sebagaimana sebelumnya dan menduduki kembali singgahsananya yang hilang
beberapa ketika.
Ini adalah kerana faktor berikut:
1. Penglibatan dunia Islam di tengah wilayah dan bangsa. Dunia Islam adalah
pemilik mesej dan agama yang bercirikan dakwah, proaktif, meyakinkan dan
11
menepati fitrah. Ia pula terletak di tengah dunia yang kebingungan
spiritualnya. Ini membuka horizon (ruang) yang besar kepada dakwah untuk
mengembangkan kekuatan Islam. Iaitu apabila seseorang muslim memahami
mesej dan agamanya, serta menjadi imej kepada ajarannya.
2. Perkembangan dunia Islam di tengah banyak negara dengan saiz yang besar
dan percampuran wilayahnya dengan bangsa, negara dan banyak tempat. Ini
menjadikannya medium untuk memberi tekanan besar kepada bangsa dan
negara tersebut dalam membuat ketetapan demi kebaikan umat Islam. Ia
dicapai apabila dunia Islam bijak menyusun dirinya dan mengaktifkan
peranannya dalam pilihanraya, perdagangan dan perindustrian.
3. Saiz bilangan umat Islam yang besar dan jangkaan pertambahan populasinya
yang tinggi. Ia dijangkakan boleh menyamai separuh penduduk dunia selepas
suatu tempoh masa. Ini adalah kerana kesuburan reproduktif umat Islam.
Dengan ini mereka akan mempunyai peranan penting dan aktif pada masa
depan, apabila mereka menyedari cara memanipulasikan kuantiti ini sehingga
ia tidak terabai.
4. Kekuatan Islam dengan keutuhan spiritual, pemikiran dan mesejnya. Ia
mampu menjadi kuasa yang amat efektif apabila memiliki kekuatan material
dan persenjataan sebagaimana tandingannya di dunia. Memadai untuk kita
mengetahui, apabila umat Islam jujur dengan agama dan akidah mereka,
mereka merupakan suatu kekuatan yang tidak boleh dipandang ringan,
sekalipun tanpa senjata. Pada hari ini, mereka berjaya menang dan
mengalahkan negara besar sekalipun mereka tidak menghasilkan manamana
senjata; canggih mahupun tidak.
Contohnya, kes Afghanistan sebelum berlakunya fitnah perbalahan sesama
sendiri, Chechnya dan bangsabangsa lain yang melawan dan menghalau
penjajahan keluar dari tanahair mereka. Begitu juga seperti kes gerakan jihad
seperti Hamas, Hizbullah dan lainlain yang mempertahankan kemuliaan diri dan
tanah air mereka. Mereka pada hari ini dilabel sebagai pengganas oleh musuh.
Dunia Barat pula berganding bahu menentang mereka. Namun mereka tidak
mampu berbuat apaapa melainkan dengan pertolongan kerajaan Islam yang
memegang tampuk pemerintahan dan bersekutu dengan kuasa penceroboh.
5. Kuasa Islam yang besar ini mampu menjadi pasaran besar bagi perindustrian
dan perdagangan. Ia juga mampu bersaing, berunding dan mempengaruhi
pentas antarabangsa dari segi industri, perdagangan dan pemasaran, jika ia
bersatu. Ia juga mampu menjauhi ancaman luar dan mengenal pasti
kemaslahatannya serta mengetahui dengan siapa ia melangkah dan ke mana.
6. Sejauh mana manusia jelas tentang kerugian besar yang berlaku ekoran
kehilangan, peminggiran, usaha membunuh dan menghancurkan yang
dilakukan terhadap kuasa besar Islam ini. Begitu juga kerugian yang berlaku
ekoran pembantaian para pejuangnya demi kepentingan kuasa musuh yang
berdendam, menceroboh, licik lagi keji.
12
Perbincangan 3: Kuasa pertanian dan perindustrian umat Islam
Melihat kepada keluasan tanah yang rata dan tidak rata, yang sesuai untuk
pertanian di dunia Arab dan Islam, juga banyaknya sungai dan sumber air bawah
tanah, kuasa pertanian umat Islam adalah amat besar. Pertanian mampu menjadi
sumber kekayaan kepada negara. Ia juga mampu menjadi pendapatan strategik
umat Islam yang penting. Di samping itu, pertanian juga mampu memperkaya dan
memenuhi keperluan kegunaan dalaman negara seperti bijirin, buahbuahan dan
sayuran. Ladang ternak dan pertanian juga menjadi sumber kegiatan penternakan
dan asas kekayaan sumber haiwan yang besar, di samping membekalkan produk
tenusu (susu, keju, mentega dan sebagainya).
Jaminan Pemakanan (Food Security)
Jaminan pemakanan didefinisikan sebagai kemampuan negara, wilayah atau
keluarga yang menghadapi kekurangan sumber makanan untuk merealisasi
piawaian kepenggunaan (konsumer) yang tertentu dari tahun ke tahun sehingga
dapat berdikari dalam soal pemakanan.
Jaminan pemakanan tidak wujud dalam dua keadaan berikut:
1. Apabila pendapatan sebenar kelompok yang menghadapi krisis pemakanan
merudum hingga ke tahap sukar bagi mereka memenuhi keperluan utama
pemakanan untuk seisi keluarga. Sekalipun pada tahun tersebut produktiviti
makanan tempatan berada di tahap normal atau lebih.
2. Apabila berlaku penurunan hasil produk tempatan, perubahan garis panduan
polisi pemakanan atau kepincangan sistem import bahan makanan. Perkara ini
mengakibatkan berlaku penurunan penawaran barangan makanan bagi rakyat
sesuatu negara. Sekalipun pendapatan perkapita mereka kadangkadang
mencukupi untuk membelinya jika kedapatan dengan harga biasa.
Kedudukan Jaminan Pemakanan Umat Islam Kini
Kebanyakan negara Islam menghadapi masalah krisis makanan yang kronik.
Untuk memenuhi keperluan bekalan makanan asasi, ia bergantung kepada import
makanan daripada negara maju dalam kuantiti yang banyak. Ia membelanjakan
wang yang besar untuk mengimportnya. Perkara ini menjadi pengaliran keluar
ekonomi negara yang amat besar.
Pada 1985 sahaja, negara Dunia Islam telah mengimport 99.8 juta tan bijirin
yang nilainya menyamai USD 9.4 billion. Selain itu, ia juga menerima 6 juta tan
bantuan makanan daripada pelbagai negara. Pada hari ini, nisbah tersebut telah
bertambah, menjadikan import makanan kirakira 200 juta tan bersamaan USD 25
billion. Dengan itu, kelompok Dunia Islam menjadi pembeli bahan makanan
terbesar di dunia. Fenomena ini menjadikan mereka terdedah kepada ancaman
yang dipanggil "senjata makanan". Ia juga menjadikan Dunia Islam bergantung
kepada belas ihsan kuasa besar yang mengenakan pelbagai syarat dan polisi yang
mereka mahu ke atas Dunia Islam. (1)
13
(1) Al-Amnu al-Ghiza`i fi al-'Alam al-Islami, m.s 132-133.
Kedudukan Yang Tidak Membawa Berita Baik
Apabila kita memeriksa kadar pertumbuhan Pendapatan Dalam Negara Kasar
dalam sektor pertanian, dukacita kita dapati berlaku kemerosotan yang berterusan.
Padahal, bilangan penduduk bertambah tidak berkurang. Di sesetengah negara
Arab dalam tempoh 19731984 berbanding tempoh 19651973, kita dapati purata
pada 19651973 di Tunis ialah 6.6% tetapi merosot kepada 1.9%. Sementara Libya
dari 11.5% kepada 6.5% dan Maghribi 4.8% kepada 0.6%. Manakala kadar
pertumbuhan hasil pertanian di Mesir bersifat beku iaitu 2.6% dalam tempoh 1965
1973 berbanding 2.5% bagi tempoh 19731984.
Faktor kelemahan ini:
Faktor paling utama kelemahan ini kembali kepada sebab berikut:
1. Tanah yang sesuai untuk pertanian, sungai dan air dalam tanah tidak
dimanfaatkan. Kerana nisbah tanah yang sesuai untuk pertanian berbanding
tanah yang dimanfaatkan untuk tujuan tersebut adalah terlalu kecil.
Contohnya, nisbah tanah yang digunakan berbanding yang tidak digunakan
daripada keseluruhan tanah yang sesuai untuk pertanian di Sudan ialah 2.8%.
Nisbah tanah yang dicucuk tanam di Mesir ialah 2.7%, Djibouti 0.1%, Iran 9%,
Arab Saudi 0.05% danYaman 4%.
Oleh demikian, penggunaan tanah mestilah lebih besar daripada jumlah ini
agar wujud jaminan pemakanan.
2. Tidak bergantung kepada perkembangan sektor pertanian ataupun pertanian
moden. Sektor pertanian di negara Islam masih lagi dijalankan secara primitif.
Ia bergantung kepada cara kuno yang telah pupus di kebanyakan negara lain.
Menjadi kewajipan untuk bergantung kepada pertanian yang dinamakan
sebagai pertanian elit yang bertitik tolak daripada kemajuan cara dan medium
yang digunakan. Contohnya penggunaan alat moden, benih kacukan
berproduktiviti tinggi, racun serangga, baja pertanian yang diperlukan bagi
setiap pertanian, pertanian giliran dan kepelbagaian tanaman, sistem perairan
dan penggunaan luas jentera yang boleh menjimatkan usaha, tenaga dan
bahan.
3. Tidak prihatin dengan rakyat, masa depan, kualiti hidup, kemajuan dan tahap
ekonomi mereka.
4. Tiada kepakaran yang diperlukan dalam bidang ini sedangkan pemerintah
tidak berusaha menyediakannya. Begitu juga, tiada pelaburan modal dalam
sektor penting ini.
5. Tiada pengawasan rakyat terhadap pihak yang bertanggungjawab. Tiada
kebebasan dan perhitungan terhadap mereka yang silap atau cuai. Juga tiada
perancangan pertanian yang telah dikaji, disedia dan mampu dilaksanakan.
14
6. Anasir asing berusaha mendesak tenaga tani meninggalkan sektor pertanian
yang strategik melalui tekanan suasana dan alasan yang lemah. Agar negara
tersebut terus menerus memerlukan atau bergantung kepada mereka. Negara
tersebut juga akan terus menjadi pasaran bagi produk mereka.
Kuasa Perindustrian Dunia Islam
Dunia Islam dengan buminya yang luas, wilayah yang berbeza, iklimnya yang
bermacammacam serta zon permukaan bumi yang pelbagai menjadikan kekayaan
galiannya beraneka ragam. Setengahnya kaya dengan sumber galian dan
sebahagiannya sederhana. Galian ini dianggap sandaran terpenting ekonomi Islam
dan sokongan strategik paling besar di peringkat global.
Ini melihat kepada dunia sentiasa memerlukan semua jenis galian. Dengan
kurniaan Allah, Dunia Islam amat kaya dengan galian sehingga boleh
menimbulkan kedengkian. Bahkan ia menjadi sebab ketamakan penjajah sepanjang
peredaran sejarah, dahulu mahupun moden. Ini kerana kekayaan galian
mempunyai kepentingan dalam banyak segi:
1. Kekayaan galian menjadi sumber kepada kekukuhan mata wang apabila
berlaku lebihan produktiviti galian dalam mengeluarkan galian mentah, yang
disaring, yang dikilang atau yang diusahakan (di rumah).
2. Ia menjadi sokongan kuat untuk memperolehi kedudukan strategik dalam
ekonomi, tamadun dan politik bagi wilayah pengeluarnya. Seterusnya Dunia
Islam yang lain saling lengkapmelengkapi.
3. Ia adalah tunggak yang terjamin bagi membangunkan pelbagai industri galian.
Industri paling terkenal pada masa kini di bumi Islam ialah pemprosesan
minyak, petrokimia, besi, keluli dan timah.
4. Dunia Islam kini mempunyai kedudukan perdagangan yang penting dalam
mengeksport bahan galian dan bahan mentah belum diproses. Apabila ia
bertindak memproses sendiri bahan tersebut, tidak seorangpun dapat
menandingi dunia Islam dalam bidang ini.
5. Galian yang dikeluarkan daripada dunia Islam boleh dianggap sebagai rizab
yang sentiasa progresif bagi menyokong lombonglombong galian. Ia juga
menjamin kewujudan prasarana perlombongan/carigali di bumi Islam, seperti
tempat tinggal, landasan, jalanraya, pengangkutan, kemudahan perkhidmatan
awam dan kilang pengeluaran.
Pembahagian Bahan Galian di Dunia Islam
15
pengeluarannya, uranium dan semua galian yang digunakan untuk mem
perolehi tenaga nuklear.
2. Galian kimia. Ia digunakan secara khusus untuk industri kimia, contohnya
baja, cat dan racun serangga. Kita maksudkan di sini galian seperti potassium,
fosfat, garam galian, kobalt, manganese dan hematite.
3. Galian logam dan jongkong. Ia adalah sumber semua logam dan jongkong yang
diproses. Contoh yang paling penting ialah besi, tembaga, timah, plumbum,
aluminium, manganese, kromium, titanum dan fanidum.
4. Galian bahan pembuatan dan binaan. Kami maksudkan di sini ialah galian
bukan logam (nonmetalic) iaitu batu batan dagangan yang diproses untuk
kegunaan kerjakerja binaan. Secara khususnya, batu kapur, pasir, basalt,
granit, stucco dan marmar.
5. Galian perindustrian lain, termasuk industri jubin, seramik, porcellain dan
bekas tahan bakar. Yang paling penting ialah batu tanah liat, tembikar, grafit,
silika dan simen.
6. Galian bernilai; seperti emas, perak, permata, platinum, gem (batu yang
bernilai seperti ruby, topaz, sapphire), zamrud, delima dan mutiara.
Hakikatnya, Dunia Islam hingga kini menikmati kekayaan galian beraneka
ragam. Sesetengahnya menduduki rating tertinggi di arena antarabangsa dari segi
produktiviti dan kualiti galian. Ia juga menyaingi negara lain dalam pengeluaran
kuantiti galian. Cukuplah kita mengetahui 72% simpanan petrol dunia, kita miliki.
Buat masa sekarang, kita membekalkan 36% daripada keluaran minyak dunia.
Dunia Islam juga mengeluarkan 47% daripada keluaran timah dunia, dan 27%
keluaran tembaga. Begitu juga dalam pengeluaran getah asli, ia mengeluarkan 75%
daripada keluaran getah asli dunia. Simpanan bahanbahan mentah Dunia Islam
juga besar dan beraneka jenis, namun ia memerlukan kepada penerokaan dan
pemasaran.
Keupayaan Perindustrian dan Daya Produktiviti Dunia Islam
16
antarabangsa. Ia juga dapat mengembalikan kesejahteraan, kemuliaan, nilai
ketamadunan dan kepimpinannya.
Halangan Perindustrian di Dunia Islam
1. Kekurangan teknikal perindustrian yang jelas, bahkan sukar memperolehinya.
Ini menuntut keprihatinan dan pertukaran maklumat antara negara Islam dan
penubuhan pusat kajian dan institusi pengajian teknikal.
2. Tiada penubuhan syarikat gergasi Islam dalam pelbagai bidang bagi
menyerlahkan kesempurnaan Islam dan memberangsangkan pasarannya.
3. Peri pentingnya keprihatinan terhadap perancangan dan perlaksanaan polisi
perindustrian dan pemasaran di peringkat domestik dan global.
4. Saiz modal dalam industri yang kecil. Ia mempengaruhi saiz perindustrian
berat.
5. Pasaran Islam hampir langsung tidak disebut peranannya dalam
memberangsangkan industri Islam di wilayahwilayahnya.
6. Industri kebanyakannya berbentuk bengkel atau institusi, tidak berfungsi
mengikut prinsip industri yang integral sesama mereka sehingga dapat
melakukan sesuatu yang bermakna seperti industri Eropah.
7. Kebanyakan industri moden dan penting di wilayah Islam, modal, kepakaran
dan peralatan disumbangkan oleh pihak asing yang melakukan komplot, dengki
dan mengaut keuntungannya. Sedangkan kerajaan tidak mempunyai peran
cangan untuk memanfaatkannya, mahupun memindahkan kepakarannya
kepada buruh tempatan.
8. Negara Islam menghadapi masalah sempadan politik, sekatan kastam,
perundangan dan undangundang yang tidak tetap yang dikuatkuasakan oleh
kerajaannya, tanpa menjaga kepentingan industri dan perdagangan.
9. Keupayaan kepakaran pengurusan dan pengawasan yang diperlukan tidak
mencukupi. Selain itu, centralisasi (pemusatan) yang berleluasa dalam perkara
ini juga menghalang produktiviti dan meningkatkan jumlah masa, kerugian,
penggunaan bahan mentah dan kos.
10. Tidak memanfaatkan kemajuan teknologi dan sains yang begitu pantas.
11. Tidak wujud keprihatinan kerajaan terhadap perindustrian, juga proses
integral antara universiti dan kolej (institusi pengajian tinggi) dengan kilang.
Keprihatinan hanya tertumpu kepada propaganda.
12. Korupsi di kalangan pengusaha industri, kecurian di kilang dan ketiadaan
undangundang yang mampu mencegah.
17
FIQH DAN POLITIK DUNIA ISLAM
1. Dar alIslam (Negara Islam):
Ia merupakan setiap kawasan yang didiami oleh orang Islam dan hukum Islam
jelas dilaksanakan.
Ulama Syafi'i berkata:
Setiap negeri yang jelas terlaksana hukum Islam, seperti pengharaman zina
dan mencuri. Ia didiami oleh orang Islam, sekalipun bersama mereka turut
terdapat ahli kitab atau ahli zimmi;
ataupun setiap negeri yang dibuka oleh umat Islam dan mereka bersetuju
mengekalkannya di bawah pengurusan orang kafir;
ataupun setiap negeri yang pernah didiami umat Islam kemudian mereka
diusir oleh orang kafir dari negeri itu. (1)
1 Hasyiah Bujairimi (4/220) dan maksud yang difahami daripada Nihayat al-Muhtaj (8/81) hingga halaman selepasnya.
Daripada huraian di atas, ulama Syafi'i berpendapat, Dar alIslam ialah setiap
negara yang didiami oleh umat Islam, mereka mengharamkan apa yang
diharamkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkanNya. Mereka juga turut
menggolongkan ke dalam Dar alIslam, manamana bumi yang ditakluk oleh umat
Islam; dahulu mahupun pada zaman moden, sekalipun mereka telah keluar
daripada bumi tersebut, ia tetap kekal sebagai Dar alIslam.
Bagaimanapun, Abu Hanifah r.h.m cenderung kepada definisi lain yang lebih
luas skopnya. Beliau berkata: Dar alIslam dan Dar alKufr (Negara Kafir)
dikaitkan kepada Islam atau Kufur berdasarkan terserlahnya Islam dan keamanan,
ataupun Kufur dan ketakutan di negara tersebut. Islam atau Kufur terserlah
berdasarkan terserlahnya hukum hakamnya; iaitu keamanan dan keadilan di Dar
alIslam, sebaliknya ketakutan dan kezaliman di Dar alKufr.
Perspektif pendapat Abu Hanifah ini ialah, maksud sebenar sesuatu negara
dikaitkan dengan Islam atau Kufur bukanlah dilihat pada zat Islam dan Kufur,
tetapi yang dimaksudkan ialah keamanan dan ketakutan. Ertinya: Jika umat Islam
18
memiliki keamanan di sesuatu negara secara mutlak, maka ia adalah Dar Islam.
Sekiranya keamanan dimiliki oleh nonmuslim secara mutlak sedangkan orang
Islam dalam ketakutan secara mutlak, maka ia adalah Dar Kufr. Oleh itu, hukum
bagi beliau dibina di atas dasar keamanan dan ketakutan, bukan Islam dan Kufur.
Mengambil kira keamanan dan ketakutan adalah lebih utama. (1)
1 Bada`i' as-Shona`i' (7/13-131), Ibnu 'Abidin (3/253) dan Mausu'ah al-Fiqh, Kuwait (20/202,203).
Dengan ini, Abu Hanifah melihat kepada perlaksanaan bukan kepada
kepercayaan, kerana ia di dalam hati. Begitu juga, beliau tidak melihat kepada
katakata, kerana katakata tanpa pengamalan merupakan musibah, sifat nifaq dan
siasia.
2. Dar alHarb (Negara Perang):
Sekumpulan orang yang mengikut hawa nafsu, mengaku beragama Islam telah
terjebak melakukan kerja jahil dengan menghalalkan harta nonmuslim. Mereka
mendakwa nonmuslim sebagai kafir harbi dan negara mereka sebagai negara harb
(perang). Mereka mengheret banyak tohmahan, prejudis dan tuduhan sebagai
bangsa tanpa peraturan/liar dan khianat terhadap umat Islam. Elok kita terangkan
hukum para ulama dalam persoalan ini.
Para ulama berkata: Apabila seorang muslim memasuki Dar alHarb yang
mengisytiharkan perang terhadap Islam; dia memasukinya melalui perlindungan
keamanan kemudian dia mengambil harta seorang kafir harbi di negara tersebut
untuk berurusan dalam perdagangan, wadi'ah (deposit), belian atau jualan secara
hutang, atau qiradh (pelaburan), maka nilai harta yang ditanggungnya itu wajib
dilangsaikan kepada kafir harbi tersebut mengikut tuntutan aqad (kontrak).
19
Apabila kafir harbi tersebut keluar (daripada negaranya) ke negara Islam
dengan memperolehi perlindungan keamanan, hakim menjatuhkan hukuman ke
atas muslim tadi agar melangsaikannya menggunakan hartanya, iaitu sebagaimana
dia mengeluarkan hukuman bagi pihak muslim yang berada di Dar alIslam.
Ini kerana hukum hakam ke atas muslim tetap berjalan di mana sahaja dia
berada. Kita tidak menggugurkan hak kewajipan kerana berada di sesuatu tempat,
sebagaimana kewajipan solat tidak gugur kerana berada di Dar alHarb. Hukum ini
dikenakan jika pemilik harta tersebut seorang kafir harbi dan negaranya berada
adalah negara harb (perang) (1), apa pula pandangan kita jika negara tersebut Dar
Aman atau Dar 'Ahd ataupun wujud antara umat Islam dan negara tersebut
perjanjian, perwakilan diplomatik, para duta, hubungan perdagangan dan import,
transaksi kewangan, bank dan lainlain. Bukankah (sewenangwenang
menghalalkan harta nonmuslim secara tidak betul) merupakan suatu yang tidak
berperaturan?!
1 Lihat berkenaannya di dalam: al-Umm oleh as-Syafi'i (4/288), Kasysyaf al-Qina' (3/109), Mughni al-Muhtaj (4/230).
Ya, hukum asal harta kafir harbi adalah harus (diambil). Tetapi ijma' para
ulama fiqh, ia haram (diambil) dan kehormatan harta mereka tetap sabit dalam
beberapa situasi, antaranya:
1. Apabila seorang muslim memasuki Dar alHarb secara aman atau tawanan dan
mereka memberi kepercayaan kepadanya berkaitan jiwa dan hartanya, tidak
halal baginya mengkhianati mereka sedangkan dia telah memberi jaminan
kepada mereka berkenaan dirinya. Ini kerana perbuatan ini adalah
pengkhianatan. Walhal, pengkhianatan tidak dibenarkan dalam Islam.
Jika dia mencuri atau merampas sesuatu daripada mereka (kafir harbi), ia
wajib dipulangkan kepada pemiliknya. Jika pemiliknya datang ke Dar alIslam, ia
wajib dipulangkan kepada mereka. Jika mereka tidak datang, dia hendaklah
mengutuskannya kepada mereka. Ini kerana dia mengambilnya secara haram, oleh
itu dia wajib memulangkannya, sama seperti jika dia mengambil harta orang Islam
sendiri. (2)
2 Lihat Bada`i' as-Shona`i' (7/133), al-Khursyi (2/116), Mughni al-Muhtaj (4/239) dan al-Mughni oleh Ibnu Qudamah
(8/458).
2. Apabila kafir harbi yang berada di Dar alHarb memeluk Islam, darahnya
terpelihara, harta dan anak kecilnya terkecuali daripada dijadikan tawanan
perang. Hartanya tidak boleh diambil walau di mana sahaja ia berada atau
dijumpai. (1) Perjanjian antarabangsa yang mengatur peraturan ini telah wujud
sekarang.
1 Al-Mughni (8/94,428), Kasysyaf al-Qina' (3/58) dan Mughni al-Muhtaj (4/226).
3. Dar al‘Ahd (Negara Perjanjian):
20
Islam pula ialah setiap negara di mana penduduk dan pemerintahnya berdamai
dengan orang Islam dengan persetujuan menghentikan persengketaan, perdamaian
atau perjanjian tidak menceroboh, sama ada dengan tukaran yang dibayar kepada
muslimin ataupun tanpa tukaran.
Apabila ketua pemerintah Islam melihat mengadakan perdamaian dengan Dar
alHarb mempunyai kepentingan bagi umat Islam, perdamaian tersebut
diharuskan. Allah berfirman:
*******
(alAnfal: 61)
Rasulullah s.a.w juga mengadakan perjanjian damai dengan penduduk Mekah
semasa alHudaibiyah. Permuafakatan yang berlaku antara orang Islam hari ini
dengan negara nonmuslim, kecuali Israel, merupakan perjanjian (‘Ahd) dan
persetujuan keamanan.
Keamanan Bagi Warga Dar al'Ahd:
21
baghiyah" ialah kumpulan yang zalim dan tidak mentaati pemerintah yang adil.
Contohnya, sabda Rasul s.a.w kepada 'Ammar bin Yasir r.a:
*************
Pengertian syarak untuk albaghy ialah: Penentang dan orang yang tidak
mentaati pemerintah yang adil. Mereka enggan menunaikan kewajipan seperti
zakat, cukai tanah dan lainlain.
Dar alBaghy dari segi istilah ialah: Sebahagian daripada negara Islam yang
dikuasai oleh sekumpulan orang Islam. Namun mereka menentang pemerintah
yang sah berdasarkan hujah yang mereka takwilkan lalu menjadi alasan kepada
penentangan mereka. Mereka bertahan dan berkubu di bumi yang mereka kuasai.
Mereka melantik pemerintah dari kalangan mereka. Selain itu, mereka juga
memiliki ketenteraan dan kekebalan (pertahanan).
Pada hari ini, Dar alBaghy menyamai revolusi tentera yang berlaku kini,
rampasan kuasa dan perlantikan diri mereka sendiri sebagai pemerintah tanpa
pilihanraya, bai'ah ataupun kerelaan umat Islam. Umat 'disalai' api kezaliman
mereka. Biasanya mereka tidak berkelayakan untuk memerintah dan tidak tahu
urusan rakyat. Dengan itu, umat tersungkur di bawah genggaman tangan dan
injakan kaki mereka. Umat hilang kekuatan dan musnah.
Bagi para pemberontak ini, terdapat hukum hakam yang boleh dirujuk kepada
bukubuku fiqh. (1)
1 Lihat Fath al-Qadir (4/408), Bada`i' as-Shona`i' (7/140), ad-Durr al-Mukhtar (3/338) dan al-Mughni (8/107).
5. Dar alBid'ah (Negara Bid‘ah):
Manusia pada zaman moden kenal dengan negaranegara umat Islam yang
tidak berhukum dengan Islam secara sempurna. Sebaliknya, ia menjalankan
undangundang wadh‘i (undangundang buatan manusia), ataupun undangundang
tempelan, ataupun sistem pemerintahan tentera, ataupun bukan tentera yang
memerintah mengikut hawa nafsunya di Dar alBid‘ah.
Dar alBid‘ah ialah negara yang telah hilang hukum sunnah di dalam negara
tersebut, sebaliknya muncul di dalamnya hukum bid'ah dan hawa nafsu yang wajib
ditentang.
6. AdDar alMaslubah (Negara Yang Dirampas):
Demikian mereka namakan negara yang pernah berada di tangan orang Islam
dan memerintah dengan Islam, kemudian mereka lemah dan kekuatan mereka
mula rapuh, lantas orang kafir dan tentera nonmuslim mengalahkannya. Dengan
itu, mereka menamakan negara tersebut dengan nama adDar alMaslubah. Para
22
ulama mewajibkan jihad untuk mengembalikannya. Sebagai contoh, Andalus dan
negara seumpamanya yang pernah dibuka oleh orang Islam dan mereka
mendiaminya untuk suatu tempoh, kemudian mereka lemah, lantas negara tersebut
dirampas melalui peperangan mahupun bukan peperangan.
Perbincangan 2: Blok Islam Dan Kedudukannya Di Arena Global
Blok ini bertindak menyatukan umat Islam dan manusia di bawah pengertian
kemanusiaan yang menyeluruh, keadilan, ihsan dan persaudaraan kemanusiaan
yang penyayang. Semua manusia berasal daripada Adam dan Adam berasal
daripada tanah. Tiada kelebihan bagi orang Arab ke atas bukan Arab melainkan
dengan taqwa dan amal soleh. Begitu juga, tiada paksaan dalam agama (Islam),
kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).
Sementara itu, ruang lingkup negara Islam meluas berkembang sehingga ia
menyingkir banyak kerajaan dan bangsa daripada sejarah. Ia melaksanakan
peranannya di peringkat global dengan sebaikbaiknya semasa zaman Nabi dan
Khulafa' arRasyidin. Gelombangnya berterusan semasa pemerintahan Umayyah,
'Abbasiyyah dan 'Othmaniyyah. Kerajaan Islam kekal sebagai negara terbesar di
dunia selama kirakira 13 kurun.
Umat Islam memerintah dengan adil dan saksama, tanpa ketaksuban. Kerana
agama mereka amat bencikan ketaksuban.
************
Bukan dari kalangan kami orang yang mengajak kepada ketaksuban.
Urusan (mereka) dilakukan secara syura.
**********
Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka.
Begitu juga, tiada kepatuhan kepada makhluk dalam perkara yang menjadi
maksiat kepada Pencipta.
Kesejahteraan, keamanan, kasihsayang dan keluhuran berkibar menaungi
umat. Tiada perhambaan dan penghinaan. Semua menikmati kemerdekaan. 'Umar
alKhoththob berkata demikian kepada 'Amru bin al'Ash, pegawai di Mesir. Anak
beliau ('Amru) telah memukul seorang berbangsa Mesir seraya berbangga dengan
nenek moyangnya dengan katanya: Ambil (penangan) ini! Aku anak orangorang
mulia. Maka, 'Umar mengenakan qishosh kepadanya seraya berkata: “Sejak bila
kamu memperhambakan manusia sedangkan ibu mereka melahirkan mereka
merdeka?!”.
Fenomena ini berterusan hinggalah orang Islam meninggalkan landasan hidup
dan syariat mereka. Mereka bertukar daripada keadilan kepada hawa nafsu,
persaudaraan kepada permusuhan, syura kepada diktator, merdeka kepada
perhambaan, keluhuran kepada kekejian, amal soleh kepada tindakan buruk dan
23
daripada usaha produktif kepada banyak mulut. Akhirnya, kegagalan, pelucutan
daripada kepimpinan bangsa dan pengunduran daripada arena kehidupan dan
kemajuan.
Kesannya, kerugian adalah besar. Ia tidak terbatas kepada Arab sahaja, atau
orang Islam sahaja, bahkan mencakupi seluruh kemanusiaan. Sejarah tidak pernah
menyaksikan kerugian yang lebih dahsyat dan menyeluruh sepertinya. Ini kerana,
dunia kehilangan mesej para Nabi, penyampai kepada petunjuk langit dan
pemerintahan adil yang rabbani.
Bangsa Eropah menguasai kepimpinan. Di atas runtuhan negara Islam,
mereka mengasaskan negara yang luas dan blok yang saling berjauhan
sempadannya. Pertukaran besar ini mempengaruhi dan memberi kesan kepada
kepimpinan bangsa dan dunia dari aspek agama, akhlak, politik, kehidupan umum
dan kesudahan kemanusiaan.
Bagaimanakah keadaan yang akan berlaku, jika Dunia Islam pada hari ini
bangkit daripada jatuh tersungkur, sedar daripada lena dan kembali memacu arah
kehidupan sekali lagi?
Adakah kuasa yang berdendam dan jahat akan membenarkan petunjuk Islam
kembali kepada umat? Adakah mereka akan membenarkan kebenaran Islam
muncul di sesuatu negara? Atau mereka akan membakar setiap hidayah dan
membinasakan setiap negara agar cahaya Islam tidak muncul kembali? Ini kita
akan lihat dalam perbincangan yang seterusnya.
Realiti Politik Dunia Islam
Kesejagatan Dakwah Dan Umat Islam
Pada masa dahulu, wahyu Ilahi memilih suatu kawasan bumi untuk ia turun;
sebagaimana hujan turun di suatu tempat dan tidak di tempat lain, kerana
keperluan manusia kepadanya. Saranan panduan Ilahi dan penyembuh rabbani
sebelum ini hanya datang untuk merawat penyakit dan malapetaka di sesuatu
kawasan yang tersebar wabak di situ. Tetapi perutusan Muhammad adalah
anjakan baru yang berlaku untuk seluruh dunia, juga merupakan perubahan arus
kehidupan ruhani di muka bumi. Ini kerana risalah terakhir tersebut datang
sebagai penyelamat kepada semua manusia. Ia juga berperanan sebagai terapi bagi
setiap bangsa, penyakit dan wabak. Selain itu, ia juga sentiasa mengikut perjalanan
masa dan bersama sepanjang perkembangan kehidupan. Apabila suatu generasi
berakhir, generasi seterusnya termasuk dalam seruannya. Mereka dipertanggung
jawabkan untuk berjalan mengikut landasannya dan dituntut memikul dan
menyeru kepadanya.
Dalil Kesejagatan Risalah Dalam AlQuran:
24
Begitu juga orang Islam, mereka tidak mempunyai pilihan kecuali memikul dan
bersedia untuk melaksanakan tanggungjawabnya.
Allah Ta'ala berfirman:
*** (Saba`: 28)
*** (atTakwir: 28)
*** (alFurqan: 1)
*** (alAnbiya`: 107)
*** (alAhzab: 40)
Penutup kenabian menjadi akuan kepada kesejagatan ini. Lima benua tidak
akan didatangi oleh tetamu dari langit hingga berlakunya Kiamat. Manamana
rasul daripada Allah tidak akan diutuskan lagi. AlQuran sahaja satusatunya yang
akan kekal menjadi suara langit di kalangan manusia hingga berlakunya Kiamat.
Kesejagatan Dakwah Dalam Pengajarannya
25
PERANG SALIB KE ATAS DUNIA ISLAM
Bahagian 1: Peranan Pihak Salib Memerangi Dunia Islam Dan Kesannya
Sehingga Hari Ini
26
Objektif Perang Salib
1 Sebaikbaik cara pertahanan ialah menyerang.
Apabila mereka merasa bahaya orang Islam terhadap agama mereka, melihat
pembukaan orang Islam di Andalus dan Eropah hingga ke selatan Itali dan
Perancis, mereka merasakan diancam bahaya. Dengan itu, bermulalah idea untuk
serangan balas ke atas orang Islam bagi menghentikan bala tentera yang datang
melanda ini.
2. Mewujudkan halangan kejiwaan dan psikologi yang menyekat manusia
daripada memeluk agama Islam. Ini kerana, peperangan akan melahirkan
dendam kesumat dan sakit hati untuk tempoh yang lama. Ini akan menghalang
penerimaan penduduk Eropah dan dunia Kristian terhadap Islam selepas itu.
3. Mendirikan koloni Salib di tengah dunia Islam.
Koloni ini meluas dan membesar sehingga ia menghapuskan orang Islam. Ia
juga akan menyibukkan orang Islam dengan peperangan yang berterusan. Oleh itu,
mereka tidak terfikir untuk memerangi negara Kristian lagi.
Dakwaan pulangan ekonomi
(Sebagaimana yang terdapat di dalam buku sejarah di sekolah) setengah pihak
mendakwa, sebab peperangan ini, sifat asasinya adalah kerana ketamakan Eropah
untuk mendapatkan hasil kekayaan negara orang Islam. Kononnya, negara
tersebut melimpahkan “susu dan madu”. Ini bertujuan memadamkan fakta sebenar,
peperangan tersebut bahawa ia bersifat keagamaan dan perang kudus yang
bertujuan menghapuskan Islam.
Realiti Memperkuatkan Objektif
Sebahagian mereka (beliau salah seorang sejarawan masa kini) berterus terang
menyatakan: “Pihak Salib kecewa untuk merampas Baitul Maqdis daripada tangan
orang Islam bagi mendirikan negara Kristian di tengah dunia Islam. Perang Salib
bukan bertujuan menyelamatkan kota alQuds. Tetapi bertujuaannya hanyalah
untuk menghancurkan Islam”.
Fakta ini terdapat di dalam alQuran
*********** (alBaqarah: 120)
27
*********** (alBaqarah: 217)
Akhirnya, peperangan ini berterusan selama kirakira dua kurun. Dalam
tempoh ini, orang Islam mengharungi peperangan sengit. Contohnya, di zaman
‘Imaduddin Zinki (541H), Nuruddin Zinki (569H), Sholahuddin Yusuf bin Ayyub,
Quthuz, Babrus dan Qolawun. Perang ini hanya terhenti setelah kekalahan Salib
yang teruk dalam serangannya yang ketujuh dan panglimanya, Louis IX ditawan
pada 1254M.
Pakatan SalibMongol
Pakatan penjenayah
Ketika tentera Salib lemah, muncul kuasa yang menakutkan di timur negara
Islam iaitu Mongol. Mereka membinasakan negara yang mereka takluki, merampas
dan meninggalkannya musnah. Mereka memporakperandakan penduduknya,
membunuh dan menceroboh kehormatan mereka.
Kejatuhan Baghdad pada tahun 656H
Tentera Salib berjaya mengadakan pakatan dengan Mongol. Salib menghasut
Mongol untuk membinasakan bumi Islam. Dengan itu, Mongol bertindak
menyerang kampung halaman Islam dan memusnahkannya, hinggalah mereka
sampai ke Baghdad. Di situ, mereka telah membunuh Khalifah alMusta'shim dan
semua lalu dihadapan mata mereka. Mereka menceroboh maruah dan memperkosa.
Masjid dan Jami' terhenti fungsinya. Para khatib, imam dan penghafal al
Quran pula dibunuh. Seorang lelaki akan dipanggil bersama anakanaknya ke
perkuburan, lalu disembelih seumpama kambing. Sementara anakanak perempuan
mereka pilih untuk dijadikan tawanan.
Keadaan ini berterusan selama 40 hari. Dalam tempoh tersebut Baghdad
bersama bumbung bangunannya terus roboh binasa, kecuali timbunan bukit mayat
dan korban di jalanjalan. Para sejarawan menganggarkan bilangan yang terbunuh
kirakira sejuta orang. Peristiwa ini terjadi pada 656H.
Bukti pakatan keberhalaan antara Salib dan Mongol
28
Sementara anak kedua Genghis Khan, Gogthai adalah antara musuh Islam
paling ketat.
Hulagu pula berkahwin dengan seorang gadis Kristian. Isterinya memainkan
peranan utama menyebabkan beliau bertindak jahat terhadap Baghdad dan Syam.
Anak Hulagu, Tequdar membesar dalam agama Kristian sebelum dia menganut
Islam. Akibat keislamannya itu beliau telah dibunuh di tangan anak saudaranya,
Argon yang merupakan yang amat memusuhi Islam. Demikian juga beberapa orang
Mongol di Georgia dan Armenia turut menganut Kristian melalui cara pujuk rayu
wanita.
Orang Islam menyedari bahaya Mongol, lantas mereka segera
mempertahankan kehormatan Islam di bawah kepimpinan Saifuddin Quthuz.
Mereka berjaya menewaskan Mongol di Ain Jalut pada tahun 658H.
Perubahan Taktik Salib
Di hadapan Pope Celestine V terdapat dua idea baru untuk memerangi orang
Islam:
1. Ramon Lull (Ketua Uskup Toledo) mencadangkan untuk memerangi orang
Islam dalam bentuk gerakan misi dakwah (missionary) melalui ilmu dan
sekolah.
2. Mengkristian dan mempergunakan bangsa Mongol untuk memerangi orang
Islam. Mereka mencuba pelbagai cara sebagaimana disebut sebelum ini. Mereka
mengambil masa yang lama untuk membuka jalan ke arah usaha ini. Namun
usaha mereka gagal. Mongol telah menganut Islam dan pelan rancangan ini
gagal setelah orang Islam mendapat kemenangan.
Kemenangan UmatIslam Di Bawah Pimpinan Muhammad alFatih
1. Pihak Salib dikejutkan oleh serangan tentera Islam yang dipimpin oleh
Muhammad alFatih dan pembukaan Constantinople. Pope hilang
pertimbangannya sehinggakan dia mengadakan sembahyang kesyukuran
selama tiga hari, apabila diberitahu tentang kewafatan Sultan Muhammad al
Fatih. Dia menganggap hari kematian Muhammad alFatih sebagai perayaan
rasmi yang disambut meriah.
2 Penerimaan pelan rancangan Lull (Hanya tinggal pelan ini untuk menghadapi
orang Islam): Intipatinya ialah memerangi orang Islam dalam bentuk gerakan
misi dakyah melalui ilmu, sekolah dan mengadakan hubungan baik dengan
sesetengah puak bagi menembusi baki dunia Islam menerusi mereka.
2 Puak Maroon di Lubnan: Hubungan yang baik dengan puak Maroon di Lubnan
menjadi pintu masuk yang sesuai. Raja puak Maroon, Yuhana pernah
menghantar anaknya, Sam‘an bersama angkatan bantuan tidak kurang
daripada 25 ribu pejuang untuk menolong Louis IX pada tahun 1250M ketika
beliau datang ke Acca.
29
Selepas itu, Louis IX berterus terang mengatakan: “Kami berkeyakinan bangsa
ini yang dikenali melalui nama St. Maroon adalah sebahagian daripada bangsa
Perancis. Negara Perancis berjanji melindungi mereka.” Peristiwa ini
menghuraikan sebab campur tangan Perancis yang berterusan hingga kini di
Lubnan bagi pihak Kristian, khususnya Maroon.
Berpegang Dengan Pesanan Louis IX
30
SERANGAN SALIB DI ZAMAN MODEN
Serangan Salib Ke 8
Selepas kekuatan umat Islam lemah dan kekuasaan pihak Salib kembali kuat,
penjajahan kembali melancarkan serangannya ke atas Dunia Islam. Para pemimpin
dan pemikirnya berkalikali memperkatakannya secara terus terang.
1. Benson Smith dalam kitabnya, menyebut: “Serangan Allenby ke atas alQuds
ketika Perang Dunia Pertama adalah serangan Salib yang Ke 8 dan terakhir.”
2. Akhbarakhbar Britain menyiarkan gambar Allenby dan menulis di bawahnya
katakata beliau ketika memasuki alQuds pada tahun 1917M: “Hari ini Perang
Salib telah berakhir.”
3. Ini bukan pendirian peribadi Allenby, tetapi pendirian politik Britain
keseluruhannya. Akhbar mengumumkan, Menteri Luar Britain, Lloyd George
mengucapkan tahniah kepada Jeneral Allenby di Parlimen Britain kerana
meraih kemenangan dalam serangan terakhir Perang Salib.
4. Ketika Jeneral Perancis, Gouraud menewaskan tentera kota Maisalun di luar
Damsyik, dia lantas ke kubur Sholahuddin. Dia menendang kubur tersebut
dengan kakinya seraya berkata: "Di sini, kami telah kembali wahai
Sholahuddin".
5. Parti alKata`ib di Lubnan menganggap perang Lubnan yang tercetus dalam
perbalahan besar terakhir antara mereka dengan orang Islam sebagai perang
Salib. Akhbar yang menjadi lidah rasmi parti tersebut, "Manchette" telah
mengeluarkan buletin di bawah tajuk: "Berita Terakhir Perang Salib".
Persoalannya, kenapa Perang Salib kembali sekali lagi setelah segala komplot
dan peperangan dahulu dan moden?! Kenapa mereka tidak berpada dengan
perancangan dan komplot yang mematahmatahkan belakang bangsa yang paling
kuat di bumi ini? Dengan menganalisa katakata ini dan lainlain lagi, kita dapati
mereka takut… Mereka takutkan kebangkitan semula Islam di dalam jiwa orang
Islam. kerana itu mereka berfikir untuk mengenakan serangan maut yang segera
dan total ke atas umat Islam.. Serangan membunuh dan memusnahkan.. Pada
pandangan kamu, apakah sebabnya?!
1. Ketakutan terhadap kesedaran semula umat Islam.
Untuk membuktikannya, kami bentangkan katakata para mubaligh Kristian,
orientalis, politikus Barat. Mereka mewakili struktur baru tentera serangan Salib
zaman moden:
i. Mubaligh Zwemer berkata: “Semenanjung Tanah Arab yang merupakan
tempat kelahiran Islam masih lagi memberi amaran bahaya.”
31
ii. Orientalis Gardner berkata: “Kekuatan yang tersembunyi di dalam Islam
itulah yang menakutkan Eropah.”
iii. Perdana Menteri Britain, Gladstone berkata: “Selagi mana alQuran ini ada
di tangan orang Islam, Eropah tidak akan dapat menguasai Timur. Ia sendiri
tidak akan berada dalam keadaan aman.”
2. Islam merupakan tembok kukuh dalam menghalang penjajahan:
i. Lawrence Brown berkata: “Islam adalah satusatunya tembok yang
menghalang penjajahan Eropah.”
ii. Henry Hamilton menyebut dalam bukunya: “Orang Islam tidak dapat
menjadi rakyat yang setia kepada kerajaan yang menganut anutan lain
selain Islam. Perkara ini adalah mustahil selama mana mereka berada di
bawah naungan hukum alQuran.”
iii. Lawrence Brown berkata: “Para pemimpin kita menakutnakutkan kita
dengan pelbagai bangsa. Tetapi selepas eksperimen, kita tidak dapati alasan
bagi ketakutan tersebut. Mereka menakutkan kita dengan bahaya Yahudi,
bahaya Jepun dan bahaya Bolshevik. Tetapi jelas kepada kita, Yahudi
adalah rakan kita. BolshevikKomunis pula adalah sekutu kita. Sementara
orang Jepun, di sana terdapat negara besar yang menjalankan demokrasi
dan mengambil peranan melawan mereka. Tetapi kita dapati bahaya
sebenar bagi kita terdapat di dalam Islam, keupayaannya untuk meluas dan
menundukkan pihak lain dan daya hidupnya (vitality) yang cukup dahsyat.”
Sekarang, katakata Lawrence telah berlaku. Yahudi telah menjadi rakan.
Generasi pertama komunis telah menjadi sekutu dan Jepun telah ditangani oleh
Amerika. Sedangkan orang Islam adalah musuh. Adakah orangorang yang bodoh
di kalangan kita memahami?!
Objektif Serangan
1. Memecahkan negara orang Islam.
Lawrence Brown berkata: “Apabila orang Islam bersatu dalam sebuah empayar
Arab, ia mampu menjadi laknat dan bahaya kepada dunia. Ia juga mampu menjadi
nikmat kepadanya. Sebaliknya, apabila mereka kekal berpecah belah, mereka akan
terus tidak mempunyai sebarang kedudukan dan pengaruh.”
Adakah beliau benar dalam hal ini atau tidak?!
2. Memusnahkan setiap bahagian satu persatu:
Orientalis Perancis, Kemone berkata: “Saya percaya bahawa menjadi
kewajipan untuk memusnahkan 1/5 orang Islam, selebihnya dihukum melakukan
kerja berat, membinasakan Kaabah dan menempatkan kubur dan mayat
‘Muhammad’ di Muzium Le Louvre.
Metode
32
Rupa bentuk perancangan yang terakhir telah berkembang. Daripada apa yang
telah dijelaskan, fikiran musuh Islam kreatif mereka cipta perancangan jahat yang
baru bagi menghancurkan Islam. Ia mengumpamakan Islam dengan gambaran
seorang lelaki yang mereka ingin menghapuskannya. Mereka akan memenggal
kepalanya, mencabut ruh dan memotongmotong sendinya. Ini untuk menjamin ia
tidak hidup kembali sekali lagi.
Gambaran (perumpamaan) itu sebagaimana berikut:
1. Menjatuhkan khilafah memenggal kepala.
2. Cubaan melemahkan dunia Islam dan membunuh jiwanya.
3. Pembasmian fizikal memotong sendi.
Pertama: Menjatuhkan Khilafah (Memenggal Kepala)
Kepentingan khilafah ditampilkan dalam beberapa aspek:
1. Menyatukan orang Islam sebagai suatu kuasa besar:
Lawrence Brown berkata: “Apabila orang Islam bersatu dalam sebuah empayar
Arab, ia mampu menjadi laknat dan bahaya kepada dunia. Ia juga mampu menjadi
nikmat kepadanya. Sebaliknya, apabila mereka kekal berpecah belah, mereka akan
terus tidak mempunyai sebarang kedudukan dan pengaruh.” (1) Demikian musuh
Islam mempersaksikan kepentingan penyatuan umat Islam melalui khilafah.
1 Al-Islam wa al-Irsaliyyat, (m.s 44,48), Brown.
2. Melindungi orang Islam di timur dan di barat:
Kisah seorang wanita yang menjerit: “Wahai Mu'tashim”, lantas alMu'tashim
melancarkan bala tentera sehingga beliau menyalakan api di tanah kelahiran
putera Rom yang mencabul wanita tersebut. Kejadian ini menjadi saksi bahawa
khilafah dan khalifah melindungi orang Islam di mana sahaja.
3. Kemenangan sebenar tidak berlaku kecuali ketika wujudnya khalifah:
Contohnya banyak, antaranya, perang Hiththin dan 'Ain Jalut di bawah
pimpinan dua orang khalifah iaitu Sholahuddin dan Quthuz.
4. Khilafah tuntutan syarak yang dharuri:
Para sahabat mendahulukan pemilihan khalifah ketika kewafatan Rasulullah
s.a.w. Seolaholah mereka tidak suka melakukan manamana urusan sebelum
ditentukan khalifah sekalipun urusan itu ialah pengkebumian Rasul s.a.w..
Kedua: Cubaan melemahkan dunia Islam dan membunuh jiwanya.
33
1. Percubaan melagalaga orang Islam dan menyebarkan perpecahan di kalangan
mereka; sama ada antara individu, kumpulan dan bangsa. Kita biarkan teks
katakata mereka membicarakan perancangan yang terkutuk ini.
Brown berkata: “Apabila orang Islam bersatu dalam sebuah empayar Arab, ia
mampu menjadi laknat dan bahaya kepada dunia. Ia juga mampu menjadi nikmat
kepadanya. Sebaliknya, apabila mereka kekal berpecah belah, mereka akan terus
tidak mempunyai sebarang kedudukan dan pengaruh.”
1 Al-Islam wa al-Irsaliyyat (m.s 44,48), Brown.
Paderi Calhoun Simon: “Kesatuan Islam mengumpul citacita bangsa Negro. Ia
dapat menolong mereka lepas daripada penguasaan Eropah. Oleh kerana itu,
dakwah Kristian (di'ayah kristian) merupakan agen penting dalam memecah
kekuatan gerakan Islam ini. Ini kerana dakwah Kristian bekerja untuk
menonjolkan orang Eropah dalam bentuk sinaran baru yang menarik. Ia juga
bekerja merampas elemen kekuatan dan pemusatan (centralisasi) daripada gerakan
Islam.” (2) Lantaran itu, kesatuan orang Islam mestilah dipecahkan. Usaha
menyemai permusuhan di kalangan mereka juga wajib dilakukan.
2 Kitab at-Tabsyir wa al-Isti'mar (m.s. 32).
2. Percubaan menuduh Islam dengan pelbagai tuduhan yang palsu. Contohnya
keganasan, agama yang berkembang dengan pedang, agama pembunuhan
bukan agama keimanan dan agama material bukan agama spritiual. Gullimen
menyebut dalam bukunya, (Sejarah Perancis): “Muhammad, iaitu pengasas
agama orang Islam telah memerintahkan para pengikutnya untuk
menggantikan semua agama dengan agamanya. Alangkah besarnya perbezaan
antara penganut berhala ini (orang Islam) berbanding penganut Nasrani!
Bangsa Arab ini mewajibkan agama mereka melalui kekerasan. Mereka berkata
kepada manusia: “Kamu peluk Islam atau kamu mati. Sedangkan pengikut al
Masih menggerakkan jiwa mereka melalui kebajikan dan perbuatan baik.” (3)
3 m.s 8-81.
Tuduhan ini masih berlegar dalam benak mereka. Pada hari ini, tuduhan ini
makin ditambah. Mereka gembira dengan tindakan melulu setengah orang Islam,
supaya mereka dapat meningkatkan tuduhan yang lama terpendam.
3. Menggunakan cara menyumbangkan bakti untuk mempengaruhi orang Islam
dan berusaha untuk menggugat akidah dan penghormatan terhadap Islam dan
ajarannya menerusi itu. Contohnya, yayasan kebajikan, perubatan dan
akademik. Ajaran Kristian mestilah mengiringi perkhidmatan tersebut agar ia
tidak pulang dengan tangan kosong.
4. Percubaan memburukkan sejarah Islam: Contohnya, memuji Khalid bin al
Walid dan memburukkan ‘Umar bin alKhoththob dengan tuduhan iri hati,
menimbulkan keraguan tentang pemerintahan Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Othman
dengan tuduhan mereka dipilih dengan cara tidak rasmi, pertikaian kuasa
antara ‘Ali dan Mu‘awiyah dan memburukkan gambaran Khilafah ‘Othmaniah.
34
5. Memburukkan sistem kehidupan Islam: Sistem dengan segala cabangnya;
akhlak, ekonomi dan politik. Mereka menuduh sistem Islam bersifat
kekurangan, ketinggalan, mundur, tidak bersistem dan kasar. Khususnya, yang
berkaitan dengan rejam, potong anggota dan sebat. Mereka juga mendakwa
undangundang Islam tidak mempedulikan minoriti bukan Islam.
6. Percubaan memburukkan warisan Islam: Apa yang dimaksudkan ialah seluruh
bidang ilmu dan pengetahuan; perubatan, farmasi, kimia, fizik, falak,
matematik, geometri, binaan dan semua sistem hidup. Mereka menyifatkan
Warisan Islam sebagai musibah Islam [Kanyani / Yusuf Shakhat]
7. Menghina ulama agama.
8. Menarik orang Islam ke universiti mereka untuk dikurniakan sijil dan
pengajian.
9. Memisahkan ilmu agama daripada ilmu dunia dan mencipta pertentangan
antara keduanya.
10. Memesongkan kefahaman tawakal kepada Allah redha dengan taqdir dan
jihad.
11. Memerangi Bahasa Arab.
12. Menggunakan senjata penyiaran: seperti televisyen, pementasan, wayang,
akhbar dan majalah.
13. Mengeksploitasi wanita dan pergaulan bebas di sekolah, universiti dan pejabat
kerajaan: Kata cendikiawan Yahudi dalam buku “Protokol cendikiawan
Yahudi”: “Kita wajib bekerja untuk meruntuhkan akhlak di semua tempat.”
Zwemer pula berkata: “Kamu menyediakan generasi muda yang tidak kenal
hubungan dengan Allah. Dengan itu, lahir generasi muda yang menepati kehendak
penjajahan. Mereka tidak mementingkan urusan yang agung, bahkan hanya
sukakan kerehatan dan bermalasmalas. Di dunia ini, mereka tidak mempunyai
keinginan melainkan dalam perkara nafsu syahwat. Apabila mereka belajar, ia
adalah kerana syahwat. Apabila mereka mengumpul harta, juga kerana syahwat.
Dan apabila mereka menduduki posisi paling tinggi, ia juga kerana syahwat.”
Marx ditanya: Apakah alternatif untuk melalaikan manusia daripada akidah
ketuhanan?
Marx menjawab: “Lalaikan mereka daripada akidah ketuhanan dengan
pementasan drama.”
Soalan ini dikemukakan pada zaman yang belum ada wayang, televisyen, video
dan rangkaian satelit yang menyiarkan budaya bebas. Sedangkan sekarang pintu
kejahatan dibuka seluasluasnya. Justeru, tugas para pendidik dan pendakwah
sekarang lebih berat kecuali orang yang dirahmati Tuhannya.
Ketiga: Pembasmian Fizikal (Memotong Sendi)
35
Iaitu dengan cara penguasaan bukan Islam ke atas orang Islam dan hasutan
untuk menyapu bersih orang Islam dalam pertelagahan dan peperangan. Untuk
anda beberapa contoh:
1. Orang Islam di bawah pemerintahan Kristian (atau agama lain): Sebagai
contoh, Filipina, Ethopia, India, Eritrea, Thailand, Kashmir dan lainlain.
2. Orang Islam di bawah ancaman komunis yang telah runtuh dan Barat yang
mewarisinya selepas itu: Bulgaria, China, Afghanistan, republik umat Islam di
Russia, Somalia, Yugoslavia dan Albania.
3. Orang Islam di bawah kuasa Zionis di Palestin: Shubra, Syatila, Dir Yasin dan
wilayahwilayah Arab.
4. Orang Islam di bawah pemerintahan boneka: Turki, Mesir, Tunis, Syam, al
Jazirah, Pakistan, BosniaHerzagovina, Albania dan lainlain.
5 Selain daripada pertelagahan, pertempuran dan peperangan sesama Islam,
peperangan minoriti Islam dengan umat lain dan usaha ‘pembersihan’ mereka
di dunia berlaku pada setiap hari. Ia merupakan konspirasi seperti usaha
membangkitkan ketaksuban, menceroboh kehormatan, meruntuh tempat suci,
memprovokasi sentimen dan rasa kepartian, menyebarkan kezaliman,
menanam kebencian dan menyokong penceroboh.
36
EMPAT PAKSI MENUNDUKKAN MUSLIM
Ia dipetik dari pesanan Louis IX:
Perangkaan pelan mula dilaksanakan menerusi empat paksi:
1. Gerakan dakyah Kristian dan gerakan pengajian timur (orientalisme).
2. Aliran pemikiran.
3. Pertubuhan dan parti.
4. Memerangi aliran berhaluan Islam dan menimbulkan keraguan terhadapnya.
Paksi pertama: Gerakan Pengajian Timur (Orientalisme) Dan Gerakan
Dakyah Kristian:
1. Gerakan Pengajian Timur (Orientalisme)
37
membersihkan wajah agama Kristian dan menyebarkannya di kalangan orang
Islam sebagaimana yang akan dinyatakan nanti.
Objektif Gerakan Dakwah Kristian Dan Orientalisme:
1. Mengkristiankan orang Islam:
Mubaligh Reid berkata: “Aku cuba untuk memindahkan seorang Islam
daripada ‘Muhammad’ kepada ‘alMasih’ (Jesus).”
2. Menimbulkan keraguan di kalangan orang Islam terhadap Islam, budaya dan
akidah mereka:
Ketua Mubaligh, Zwemer berkata dalam Persidangan alQuds (1935M): “Tugas
gerakan dakwah Kristian yang diwakilkan oleh negara Kristian kepada kamu
untuk dilaksanakan di negara Muhammad, bukan dengan tujuan memasukkan
orang Islam ke dalam Kristian. Ini satu hidayah dan penghormatan bagi mereka.
Sebaliknya, tugas kamu hanyalah untuk mengeluarkan orang Islam daripada Islam
supaya dia menjadi satu makhluk yang tiada hubungan dengan Allah dan tiada
hubungan dengan akhlak yang menjadi tunggak kehidupan sesuatu bangsa. Oleh
itu dengan usaha ini, kamu merupakan barisan perintis kepada pembukaan
penjajahan di negaranegara Islam. Inilah yang kamu lakukan dalam 100 tahun
yang lalu dengan sebaikbaiknya.”
3. Menyediakan beberapa individu untuk melaksanakan peranan penjajah:
i. Dhiya` Guk (Turki):
Beliau membawa panji sekular Turki dan menyeru supaya menanggalkan diri
daripada Islam dan ketamadunannya. Beliau dilantik sebagai professor pertama
ilmu sosiologi di Universiti Istanbul (1915M).
ii. Mustafa Kamal (Turki):
Beliau membenci Islam malahan penyeru agar membenci Islam. Beliau
berkata: “Kekuatan tindakan dan kemahuan menewaskan kekuatan Tuhan.” Beliau
menganggap agama bukan kemestian. Beliau telah membubarkan khilafah pada
tahun 1924M. Beliau menyiat Turki daripada Islam dan mengenakan hukuman
bunuh kepada tokoh agama. Beliau juga memansuhkan hijab, menukar huruf Arab
kepada huruf Latin, melarang azan dengan bahasa Arab dan ucapan
assalamualaikum lalu menukarnya kepada mengangkat topi dan tunduk.
iii. Rifa'ah atThohthowi (Mesir):
Beliau salah seorang ulama alAzhar yang pergi dalam satu delegasi pelajaran
ke Paris. Kemudian beliau pulang dengan memperkatakan tentang tarian; seolah
olah ia merupakan satu kesenian dan senaman untuk badan yang tergolong dalam
sukansukan yang lain. Beliau juga mencampur adukkan antara Usul Fiqh yang
menjadi asas kepada ijtihad fiqh dengan asas undangundang sivil Barat yang tidak
lepas daripada hawa nafsu dan kebatilan. Kemudian beliau secara membuta tuli
membicarakan tentang pementasan drama. Beliau mendakwanya sebagai ‘sekolah
38
umum’ tempat ilmuwan dan si jahil belajar. Beliau turut memperkatakan tentang
pergaulan (lelaki wanita) dan lainlain dengan sembrono. Tiada keraguan,
pementasan drama yang berwawasan mempunyai peranan yang penting, iaitu
apabila ia berobjektif dan komited.
iv. Toha Hussein (Mesir):
Beliau cuba mengingkari alQuran bersifat ketuhanan (rabbani) dalam
bukunya, ‘asSyi'r alJahili’ (Puisi Jahiliyah). Beliau mendakwa kelembutan gaya
bahasa ayat alQuran Madani (yang diturunkan selepas Rasul s.a.w berhijrah ke
Madinah) adalah merujuk kepada pengaruh Yahudi di Madinah. Dakwaan ini
adalah untuk memuaskan hati pensyarahnya, Durkheim yang beragama Yahudi.
Toha Hussein memulakan kehidupan sasteranya dengan mengingkari kewujudan
Ibrahim dan Isma‘il a.s. Beliau adalah pengungkap katakata yang terkenal: “Kalau
Islam berdiri sebagai batu penghalang antara kita dengan warisan firaun kita, kita
akan mencampaknya.” Beliau juga mengajak supaya berjalan seiring dengan
bangsa Eropah dan mengikut jalan mereka sehinggalah kita menjadi sekutu
mereka dalam ketamadunan; dalam perkara yang baik mahupun buruk, pahit
mahupun manis, yang terpuji mahupun yang tercela. Beliau juga menyeru agar kita
membuatkan orang Eropah merasakan kita melihat segala perkara sebagaimana
dia (orang Eropah tersebut) melihatnya, dan kita menghukum segala perkara
sebagaimana dia menghukumnya.
4. Merosakkan perkembangan pendidikan di wilayah ini:
Para orientalis melakukan pindaan terhadap wahana bagi semua paksi di atas
kepada wahana yang lebih canggih.
Wahana Yang Dicadangkan
1. Pendidikan di tadika.
Henry Habib (tokoh mubaligh paling besar di wilayah Islam Timur) berkata
menjelaskan objektif pendidikan pada gambaran beliau: “Pendidikan adalah
wahana untuk memimpin manusia kepada alMasih (Jesus) dan mengajar mereka
sehingga mereka, secara individu mahupun bangsa bertukar menjadi Kristian.
Tetapi apabila pendidikan ini menghasilkan untuk kita, saintis terbaik dalam
bidang astronomi, geologi dan botani, dan pakar bedah dan para doktor terbaik,
ketika itu kita katakan misi pendidikan telah keluar daripada ruang lingkup
dakwah Kristian kepada ruang lingkup sekular.”
Hanna Mikan berkata: “Sekolah mempunyai kuasa untuk menjadikan generasi
muda tunduk di bawah pengaruh ajaran Kristian lebih kuat daripada semua kuasa
lain. Kemudian pengaruh ini berterusan sehingga ia meliputi mereka yang bakal
menjadi pemimpin di negara mereka pada suatu hari nanti.”
Zwemer berkata dalam satu persidangan alQuds pada tahun 1935: “Dalam
tempoh ini, iaitu 1/3 daripada kurun ke19 hingga ke hari ini, kita telah menguasai
semua program pengajian (pendidikan) di negaranegara Islam…. Dengan cara
39
kamu ini, kamu telah menyediakan semua minda yang berada di negaranegara
Islam yang menerima untuk berjalan pada landasan yang telah kamu sediakan
dengan segala persediaan.”
Orientalis, ?????**Aada Milifan***??? Berkata: “Di kalangan barisan pelajar di
kuliah penuntut wanita, Kaherah, terdapat pelajar wanita yang berbapakan
golongan Pasya dan Bek (golongan bangsawan). Tiada di sana tempat lain di mana
sejumlah anakanak perempuan Islam seperti ini boleh berhimpun di bawah
pengaruh Kristian. Begitu juga tiada di sana jalan menembusi kubu Islam yang
lebih pendek jaraknya berbanding sekolah ini.”
Di Universiti Amerika (yang ditubuhkan di negaranegara Arab): Para
pelajarnya dipaksa untuk memasuki gereja, mendengar nasihat pada hari Ahad dan
melakukan upacara Kristian. Apabila pelajar memprotes, pengetua universiti
mengisytiharkan pada 1909 dalam satu pengumuman: “Universiti ini adalah
Kristian. Ia diasaskan dengan harta rakyat Kristian. Merekalah yang membeli
tanah dan membina bangunan. Institusi ini tidak mungkin berterusan jika mereka
tidak menyokongnya. Mereka melakukan semua ini untuk mewujudkan (institusi)
pendidikan yang menjadikan Injil sebahagian subjeknya. Oleh itu, kebaikan agama
Kristian didedahkan kepada setiap pelajar. Setiap penuntut yang masuk ke
institusi kami mestilah mengetahui terlebih dahulu apakah yang dituntut
daripadanya.”
2. Bahan cetak.
Para mubaligh Kristian dan orientalis mengambil berat tentang penerbitan
bahan bercetak. Lantaran itu, mereka menulis buku, mengeluarkan majalah dan
akhbar dan menubuhkan pustaka penerbit. Usaha paling bahaya yang dilakukan
mereka ialah menerbitkan ‘Ensiklopedia Islam’ dalam beberapa bahasa. Bahayanya
terletak pada kedudukannya sebagai rujukan bagi ramai orang Islam dalam
pengajian mereka pada masa sekarang.
Demikian juga, majalah paling bahaya yang diterbitkan oleh para orientalis
Amerika ialah "Majalah Dunia Islam" yang diasaskan oleh Samuel Zwemer pada
1911M.
3. Khidmat kesihatan dan sosial.
Mempergunakan khidmat kesihatan bagi merubah pemikiran dan
mempengaruhi hala tujunya. Mereka menubuhkan hospital, pusat khidmat sosial
dan pertubuhan seperti Pertubuhan Pemuda Kristian dan Pertubuhan Pemudi
Kristian. Sebagaimana kata Edison: “Cawangan bagi pertubuhan ini telah tersebar
di Timur, agar ia menjadi bantuan kepada gerakan dakwah Kristian meresap
masuk.”
Dalam buku berjudul ‘Persidangan Para Aktivis Kristian Kepada Orang Islam’
disebut: “Kami mengambil berat kerja sosial Kristian dan perlaksanaan prinsip
Jesus alMasih dalam semua hubungan kemanusiaan. Orang Islam mendakwa di
dalam Islam terdapat panduan yang memenuhi segala keperluan sosial di kalangan
40
manusia. Oleh itu wajib ke atas kita untuk melawan Islam secara agama dengan
senjata berbentuk kerohanian… untuk tujuan tersebut, kami menasihatkan supaya
menjalankan kerjakerja sosial.”
Boleh diperhatikan, banyak biara Kristian mengambil langkah menarik orang
Islam dan Kristian kepadanya. Ia menganjurkan lawatan perlancongan ke tempat
tinggalan sejarah Kristian. Iaitu sebagaimana yang dilakukan oleh biarabiara di
Lubnan, biara alAnba Maqar (Anba Beshoy), di Wadi alNatroun dan juga biara
biara di semenanjung Sinai.
4. Menaja setengah parti dan organisasi, dan campur tangan dalam urusan
pentadbiran tempatan.
Bertujuan untuk menguasai saranan pemikiran, politik dan pendidikan. Oleh
kerana itu, kebanyakan pengasas parti dan organisasi adalah bukan Islam.
Contohnya: Michel ‘Aflaq (Hizb alBa’ts al‘Arabi alIsytiraki Parti Kebangkitan
Arab Sosialis), George Habasy (alJabhah asSya'biah li Tahrir Falestin Barisan
Rakyat bagi Pembebasan Palestin), Nayef Hawatmah (alJabhah adDemoqratiyyah
Barisan Demokrat) dan George Sa‘adah (alHizb alQaumi asSuri Parti
Kebangsaan Syria).
Sementara campur tangan dalam pentadbiran tempatan pula, ia diperakui oleh
Presidan alKhouri, Presiden Lubnan. Beliau bersaksi, para paderi Kristian telah
berpesan agar Alfred Naccache dilantik menjadi Presiden republik tersebut.
Begitu juga pada suatu kali, wakil tertinggi Perancis telah campur tangan
membubarkan parlimen dan menggantung perlaksanaan perlembagaan, bagi
menghalang pemilihan Syeikh Muhammad alJisr sebagai Presiden republik di
Lubnan.
Paksi Kedua: Aliran Pemikiran
Objektif
41
Kemudian memecahkan kebangsaan Arab kepada.
i. Firaun (di Mesir).
ii. Phoenicia (di Lubnan).
iii. Assyria (di Iraq).
iv. Barbar (di Maghribi).
2. Aliran Komunis.
Iaitu aliran yang berasaskan prinsip: ‘Agama adalah khurafat’, ‘Agama adalah
candu bangsa’, ‘Tiada tuhan’ dan ‘Kehidupan adalah material’.
3. Aliran Sosialis.
Ia merupakan sistem ekonomi bagi Komunis. Ia ditegakkan dengan cara
memansuhkan hak milik individu dan pemilikan negara terhadap semua medium
produktiviti.
4. Aliran sekular (memisahkan agama daripada negara dalam semua lapangan).
Semua prinsip yang roboh ini dilaksanakan di negara umat Islam sebelum ia
terbuang jauh ke dalam bangkul sampah sejarah. Ia telah dianuti oleh para
pemerintah yang memusnahkan banyak aset bangsa dan negara demi
memperjuangkannya.
Paksi Ketiga: Pertubuhan Dan Parti
Paksi ketiga daripada empat paksi untuk membantai umat Islam ialah paksi
pertubuhan dan parti yang meragukan. Antaranya:
1. Freemason.
Ia adalah sebuah gerakan Yahudi. Antara objektifnya ialah memerangi agama
agama. Daripadanya bercambah pula kelab Rotary, Lions dan lainlain. Suatu
masa, ramai orang Islam terpedaya dengannya, sehinggalah identitinya yang
sebenar terserlah. Pada hari ini, terdapat pihak yang ingin memberi sijil akuan
‘tidak bersalah’ untuk gerakan ini, agar ia muncul sekali lagi dan mengambil
peranan memusnah dan merosakkan.
2. AlHizb alQaumi asSuri alIjtima'I (Parti Kemasyarakatan Kebangsaan Syria).
Presidennya ialah Antoine Sa‘adah (1932). Beliau mendakwa melakukan
proses kebangkitan yang berasaskan falsafah: menyelamatkan dunia daripada
kerosakan komunis, peperangan, perlumbaan senjata, penguraian kemasyarakatan
dan keruntuhan ekonomi.
3. Hizb alBa’ts al‘Arabi alIsytiraki (Parti Kebangkitan Sosialis Arab).
Diasaskan pada tahun 1940M di bawah pimpinan Michel ‘Aflaq, lepasan
sekolah gerakan dakwah Kristian di Paris dan Damsyik.
42
4. Parti Komunis.
Orang Yahudi berusaha menubuhkan cawangan parti ini di seluruh pelusuk
tanahair Arab:
Parti Komunis pertama di Palestin telah diasaskan pada 1922M oleh Yahudi
Russia (Abu Zayyem dan Bacob Qibar). Bacob bermusafir ke Beirut pada 1924 dan
berjaya mengasaskan Parti Komunis Lubnan dengan kerjasama seorang Yahudi,
Joseph Berger.
Di Iraq pula, Sodiq Yahuda, Sasoun Dallal dan Ya’qub Kugman yang semuanya
merupakan Yahudi, mengasaskan Parti Komunis Iraq pada 1924M.
Sementara di Mesir, dua orang Yahudi, Vigdor dan Nadab telah mengasaskan
pada 1942M alHarakah alMishriyyah li atTaharrur alWathoni (Gerakan
Pembebasan Tanahair Mesir). Gerakan komunis ini memperolehi sumber kewangan
daripada seorang Yahudi, Henry Corel. Beliau dipanggil nama, arRafiq Yunus
(Comrade Yunus). Penubuhan organisasi Komunis di Mesir berterusan sehingga
mencecah 14 organisasi. Ia bersatu pada 1958M hasil seruan Parti Komunis Itali
dan saranan Moscow, di bawah nama, "Parti Komunis Mesir". Tujuan Yahudi
membentuk partiparti Komunis di dunia Islam ialah untuk memusnahkan ruh
Islam melalui prinsip yang bertentangan dengannya bagi membantai identiti dan
menghilangkan jati diri umat Islam. Ini supaya mudah untuk mereka
menghapuskan orang Islam demi kepentingan Israel dan kuasa yang memusuhi
Islam.
Paksi Keempat: Menimbulkan Keraguan Terhadap Islam
1. Keraguan terhadap akidah Islam.
Iaitu dengan menggembargemburkan kesamaran mengenai Islam,
kesesuaiannya untuk setiap zaman dan tempat, menimbulkan keraguan terhadap
Sunnah Nabi dan alQuran, mendakwa bahawa alQuran adalah hasil karangan
Rasulullah, menyembunyikan gambaran sebenar perjalanan hidup sahabat dan
memberi gambaran yang goyah (buruk) tentang mereka.
Ia turut meniupkan perselisihan (seperti topik ‘AliMu‘awiyah), dan
menonjolkan sejarah Islam sebagai sejarah bagi peperangan, kekerasan,
pertelingkahan, penindasan terhadap kebebasan dan sirisiri kezaliman.
Dengan mereka sengaja melupakan segala keadilan, cahaya pedoman Islam
terhadap bangsa dan sinarannya terhadap persamaan dan kasih sayang. Ia turut
melupakan kebaikan Islam yang tidak menindas mahupun membawa keburukan
kepada agama lain dan pengikutnya, dan lainlain kebaikan Islam yang masih
dicatat oleh sejarah dengan huruf yang menyinar terang.
2. Keraguan terhadap gerakan Islam.
Menuduh gerakan Islam sebagai tali barut dan tidak ikhlas dalam dakwahnya.
Kononnya mereka berdiri di atas tujuan keduniaan, seperti, inginkan pangkat dan
43
ketua, atau mengejar kerusi pemerintahan. Di samping itu, gerakan Islam turut
dilabelkan dengan berbagai label yang begitu fleksibel seperti pengganas, ekstrimis
dan fundamentalis yang keras dan melampau. Semua ini menjauhkan orang ramai
daripada gerakan Islam.
44
KONFLIK YAHUDI-ISLAM DAN KHILAFAH
Bahagian 1: Konflik YahudiIslam Dahulu Dan Masa Kini
Yahudi adalah pembawa fitnah, berperangai keji, berjiwa tidak jujur, berhati
keras dan memiliki sikap terkutuk; memberontak kepada Allah dan RasulNya.
Dengan sifat mereka yang keji, perangai yang buruk dan ajaran yang rosak,
Yahudi berkonfrontasi dengan Islam sejak hari pertama ia muncul di Semenanjung
Tanah Arab. Mereka cuba menghentikan kemaraan Islam, menimbulkan keraguan
terhadapnya dan membantu golongan penyembah berhala menyerangnya. Bahkan
mereka turut memerangi dan menghalang Islam dengan senjata dan bala tentera
demi menghapuskannya.
Sekalipun Islam menunjukkan kepada mereka dan manusia lain, ajaran yang
toleransi, prinsip yang mulia dan hubungan yang baik, tetapi bagaimanakah
perangai Yahudi yang buruk atau membusuk ini akan menjadi baik atau berjalan di
landasan yang lurus?!
Perbincangan 1: Penceritaan AlQuran Tentang Yahudi
Yahudi Dalam AlQuran AlKarim:
AlQuran alKarim tidak memperkatakan tentang suatu bangsa sebagaimana
ia memperkatakan tentang bangsa Yahudi. AlQuran memberi gambaran yang luas
kepada orang Islam dan dunia tentang hakikat perangai Yahudi yang sangat buruk.
Supaya mereka berwaspada dalam berinteraksi dengan mereka, sentiasa siap siaga
menghadapi kejijikan tipu daya dan muslihat mereka, dan menghalang serangan
dan komplot mereka. Kerana itu, alQuran banyak menjelaskan sifatsifat mereka,
antaranya:
1. Kemungkiran mereka terhadap perjanjian.
*** (alBaqarah: 8485)
*** (alMa`idah: 13)
2. Kebiadapan mereka dengan Allah dan para malaikat.
*** (Ali 'Imran: 181)
*** (alBaqarah: 9798)
3. Mereka membunuh para nabi dan rasul.
*** (alMa`idah: 70)
4. Kedegilan mereka terhadap kebenaran dan kebencian serta kedengkian mereka
kepada orang lain.
45
*** (alBaqarah: 105)
5. Mereka pengikut ahli sihir dan ahli silap mata.
*** (alBaqarah: 102)
6. Mereka memperolehi perangai kera dan babi.
*** (alMa`idah: 60)
7. Keimanan mereka terhadap berhala dan thoghut, serta tipu daya mereka
terhadap agama.
*** (anNisa`: 5152)
Yahudi Musuh Utama
Apabila Rasulullah s.a.w tiba di Quba` (kampung Bani ‘Amru bin ‘Auf),
sejak pagipagi lagi bapa dan bapa saudara (sebelah bapaku), Abu Yasir bin
Akhthob pergi ke sana dalam keadaan cahaya masih samarsamar. Demi
Allah mereka tidak pulang melainkan ketika matahari terbenam. Mereka
datang kepada kami dalam keadaan lesu, malas, gundah dan berjalan
perlahan. Maka aku menyambut mereka sebagaimana biasa aku lakukan.
Demi Allah tiada seorang pun daripada mereka berdua yang memandangku.
Lalu aku dengar bapa saudara (sebelah bapaku) itu berkata kepada bapaku:
“Adakah dia sememangnya dia?”
Bapaku menjawab: “Ya. Demi Allah.”
Beliau bertanya lagi: “Kita mengenali ciri dan sifatnya?”
Bapaku menjawab: “Ya. Demi Allah.”
Beliau bertanya lagi: “Apa perasaan dalam dirimu terhadapnya?”
Bapaku menjawab: “Demi Allah, memusuhinya selagi aku masih ada.”
46
Lantas Abu Yasir, saudaranya itu berkata kepadanya: “Wahai anak ibuku,
patuhilah aku dalam hal ini dan ingkarilah saya dalam apa sahaja yang
kamu kehendaki selepas ini. Jangan kamu membinasakan diri kamu.”
Syaitan telah menguasainya (bapaku) sedangkan kaumnya turut mengikuti
pandangannya itu. Dia telah bersebati dengan permusuhan terhadap Nabi
s.a.w dan sahabat Baginda. Dia langsung tidak berganjak daripada per
musuhannya Semoga Allah melaknatinya sehinggalah dia mati terkurung
pada hari dia menyertai peperangan Bani Quraizhoh. (1)
1 Sirah Ibnu Katsir, Juzuk 2, m.s 294.
Meskipun permusuhan dan sikap tegar melawan dan degil mereka ini, apabila
Rasulullah s.a.w tinggal di Madinah, Baginda tidak memaksa sesiapapun memeluk
Islam atau melayannya secara buruk. Baginda juga mengadakan perjanjian dengan
Yahudi di Madinah yang menegaskan soal berkerjasama, toleransi, kebebasan dan
kehidupan bersama dan mulia bagi kedua pihak secara sama rata.
Pelanggaran Perjanjian Dan Perkembangan Permusuhan
Apabila kedudukan orang Islam stabil di Madinah dan Islam mula tersebar,
kedengkian orang Yahudi terhadap mereka semakin menebal. Tipu daya dan
provokasi secara praktikal terhadap orang Islam mula berlaku. Orang Yahudi
berperanan sebagai perisik dan pasukan peninjau kepada orang musyrikin.
Kemudian mereka menyertai musyrikin dalam perang melawan orang Islam.
Mereka melanggar perjanjian dan piagam tanpa berlaku sebarang kesalahan oleh
orang Islam mahupun sebab, kecuali kecintaan untuk menghapuskan Islam dan
orangorang Islam. Kemudian mereka juga berperang melawan orang Islam secara
bersendirian dalam beberapa peperangan; dalam perang Bani Qainuqa', Bani
Nadhir, Bani Quraizhoh dan Khaibar.
Yahudi mempraktikkan permainan mereka yang paling disukai iaitu
mengingkari, melakukan komplot dan memberontak. Sifat ini terus mengiringi
mereka sepanjang peredaran sejarah. Lalu bencana berputar kembali ke atas
mereka. Janji Allah tentang mereka terbukti benar:
*******.
Surah alIsra` telah menerangkan perkara tersebut. Ia menegaskan usaha
merosakkan yang dilakukan Yahudi akan dibalas oleh pembanterasan yang adil
bagi mengembalikan urusan kepada ukurannya (yang normal). Bencana dan
kekalahan berputar kembali kepada mereka dalam pertembungan tersebut.
Keterangan surah ini benarbenar terjadi. Yahudi telah keluar daripada
Semenanjung Tanah Arab. Mereka hidup berpecahpecah sebagaimana keadaan
mereka sebelum itu.
47
Tidak ragu lagi, peristiwa yang berlaku itu hanya menambahkan kedengkian
dan pemingitan (isolasi) dalam jiwa Yahudi; dengki terhadap bangsa, akhlak dan
agama (lain), di samping pemingitan yang terbatas kepada diri dan tertutup kepada
keturunan, bangsa dan agama sendiri.
Semua ini mendorong mereka mengambil cara tertentu untuk melampiaskan
apa yang terpendam di dada dan terhimpun dalam perangai, kefahaman dan
minda. Cubaan mereka untuk menguasai kewangan dan bank, penguasaan mereka
terhadap informasi dan wayang, dan hasutan mereka untuk mencetuskan
peperangan yang memusnahkan, semua ini tiada tujuan lain kecuali
memperkasakan gagasan ini.
Perbincangan 2: Kemunculan Yahudi Di Palestin Pada Zaman Moden Dan
Pendirian Negara ‘Otsmaniyyah.
1. Kemunculan Yahudi Di Palestin Pada Zaman Moden
Yahudi tidak pernah wujud secara tetap dan stabil di bumi Palestin. Kalau kita
teliti sejarah, kita akan dapati penjajahan Salib di Palestin telah menamatkan
kewujudan Yahudi di situ. Hinggakan pada 1170M, Yahudi yang tinggal di Palestin
hanyalah 8 orang!! Apabila pemerintahan Islam kembali ke situ, ia telah
membenarkan Yahudi untuk datang emula ke Palestin. Ketika Napoleon
menyerang Palestin pada 1799M, terdapat 5,000 orang Yahudi di situ.
Pada kurun ke19 dan secara tepatnya pada penghujung kurun tersebut, mula
muncul minat Yahudi untuk menubuhkan negara perkauman mereka di Palestin
secara yang lebih luas. Pada 1856M bilngan Yahudi mencapai 10,600 orang.
Sementara pada 1880M pula, ia mencecah kirakira 23 ribu orang. (1)
1 Lihat, "Mauqif ad-Daulah al-Othmaniyyah min al-Harakah as-Shohyuniyyah" (Pendirian Negara 'Otsmaniyyah
terhadap Gerakan Zionis), Ali Hallaq, (m.s 82, 84), cetakan Beirut, ad-Dar al-Jami'iyyah.
2. Pendirian Negara ‘Otsmaniyyah Terhadap Yahudi
48
Namun ia tidak akan dibahagi kecuali setelah melangkah mayat kami. Aku tidak
akan menerima usaha mengeratngerat ‘jasad’ kami bagi apa tujuan sekalipun.”
Selepas itu, orang Yahudi melalui Hertzl cuba merasuah Sultan dengan 5 juta
emas Lira. Tindakan ini merupakan sebab pengusiran Hertzl dari istana Sultan.
Cubaan Hertzl menyampaikannya kepada pihak bertanggungjawab ‘Otsmaniyyah
dilakukan beberapa kali, bersama dengan tawaran lumayan. Tetapi beliau tidak
menemui telinga yang ingin mendengar. Antara tawaran lumayan yang
dibentangkan kepada Sultan Abdul Hamid ialah:
1. Menubuhkan armada laut ‘Otsmaniyyah.
2. Membantu Sultan dalam menjayakan polisinya di Eropah.
3. Menubuhkan Universiti ‘Otsmaniyyah di alQuds yang tidak memerlukan lagi
(para penuntut) ke Eropah.
4. Membantu pelbagai projek pembangunan.
5. Melangsaikan hutang negara ‘Otsmaniyyah.
6. Mengadakan kontrak hutang yang cukup untuk melaksanakan projek yang
ditetapkan.
7. Membayar ufti tahunan bagi membantu ‘Otsmaniyyah membaiki ekonominya
yang merudum.
Semua ini dilakukan demi untuk memperolehi sekeping tanah di Palestin
untuk mereka tinggal di bawah naungan ‘Otsmaniyyah. Tetapi Sultan Abdul Hamid
menolaknya. Beliau tegas kerana mengetahui niat dan perangai Yahudi. Sultan
Abdul Hamid mencatatkan dalam memoir beliau: “Yahudi dunia berhimpun dan
berusaha melalui majlis perhimpunan Freemason (Freemason lodge) mencari jalan
untuk kembali ke negara yang dinamakan ‘bumi yang dijanjikan’. Selepas satu
tempoh, mereka datang kepadaku meminta sekeping tanah untuk menempatkan
Yahudi di Palestin dengan bayaran harta yang amat banyak. Tentunya, aku
menolak.” (1)
1 Memoir Sultan Abdul Hamid, (m.s 65), cetakan Dar al-Anshor.
Kejantanan Dan Pendirian Agung, Tetapi…
49
Sultan Abdul Hamid dalam pendirian yang diambilnya terhadap penghijrahan
Yahudi didorong oleh rasa cinta yang terpuji terhadap bumi Islam dan orang Islam.
Ia juga didorong oleh niat baik dan pengetahuan tajam terhadap tujuan dan
perancangan keji Yahudi. Sekalipun begitu, menjadi tuntutan lazim kepada beliau
untuk memiliki bumi yang kukuh untuk beliau berdiri, bangsa yang proaktif
mendukungnya, para pegawai yang ikhlas, membetul dan menasihatinya, mata
(pengintip) yang berjaga, dan tentera yang gagah melindunginya dan memelihara
negara daripada runtuh. Dukacitanya, Sultan Abdul Hamid tidak memilki semua
itu.
Oleh kerana itu, keperwiraannya seumpama kotak kertas. Orang Yahudi dapat
melilit di sekelilingnya dan melaksanakan matlamat mereka. Kemudian mereka
mengakhiri perancangan dan tipu daya mereka pada pusingan terakhir dengan
menghapuskan beliau, memecahkan negara dan memperolehi Palestin.
Sultan Abdul Hamid seumpama singa terhina yang terasing di
pembuangannya. Kekesalan memenuhi dirinya. Kekecewaan dan rasa terhina
menguasainya.
2. Adakah niat yang baik dan jiwa yang sejahtera mendatangkan manfaat, dan
adakah keikhlasan yang mendalam memberi faedah, jika tiada langkah
waspada dan mengenali musuh? Juga tanpa latihan untuk bertarung dengan
keadaan? Adakah kedudukan yang sedemikian berfaedah untuk menghadapi
dan mengatasi situasi sukar, berhadapan insiden dan bencana terancang yang
dilakukan oleh negara besar dan kuasa luar sebegini? Mereka bekerja siang dan
malam untuk meluaskan jurang antara negara dengan pemulihan dan
objektifnya. Bahkan jurang antara negara dengan kejatuhan sebagai mangsa
yang berada dalam genggaman musuh.
3. Adakah kebangkitan atau kesedaran bermanfaat tanpa usaha dan kerja yang
berterusan, serta landasan yang jelas untuk sampai kepada objektif yang
agung?
Oleh itu, Ustaz alBanna r.h.m, sekalipun usaha dakwah dan kesedaran yang
dilakukannya, beliau berkata: “Semua yang aku lakukan ialah mencetuskan
kesedaran. Selagi kesedaran ini tidak disokong oleh landasan dan sistem yang jelas,
apa yang aku lakukan ini akan menjadi seperti garisan cahaya sesat di padang
pasir. Ia tidak mempunyai kepanasan mahupun sinaran.” (1)
1 Al-Mujtama', vol. 115, 29 Ogos 1972.
Faktor Yang Mesti Dilenyapkan
50
dipalingkan daripada kerjakerja agung dan tanggungjawab umat kepada perkara
yang tidak bermanfaat bahkan memudharatkan.
Ihsan anNamir menyebut: “Negara ‘Otsmaniyyah pada akhir eranya,
mengizinkan pembukaan bar menjual arak dan rumah pelacuran secara terang
terangan. Ia tidak pernah dialami oleh negara itu sebelumnya. Oleh itu, kerosakan
berleluasa di semua tempat. Ramai pemuda terbiasa mabuk dan berulang alik ke
rumah pelacuran. Kerosakan dan kejahatan seperti judi, penyalahgunaan dadah
dan lainlain, mula menjadi perkara yang berlaku secara meluas. Di Palestin, Yafa
dan lainlain, ramai manusia bergelumang dengan kerosakan ini. Fenomena
tersebut merupakan faktor terpenting penjualan tanah dan hak milik kepada
Yahudi. Kerosakan ini merupakan punca kepada banyak kes jenayah. Kejahatan
yang berlaku di rumah pelacuran dan bar arak di Yafa, di mana Yahudi bertumpu,
menjadi perbualan orang ramai lantaran terlalu banyaknya berlaku.” (1)
1 Lihat buku, Qadhiyyah Falesthin wa Dauruha al-Baladi (Isu Palestin dan Peranan Domestiknya), (m.s 81) dan buku,
at-Tayyar al-Islamiy fi Falesthin (Aliran Islam di Palestin, (m.s 59,60).
Hasan Hallaq dalam buku beliau, ‘Mauqif adDaulah al'Otsmaniyyah min al
Harakah asShohyuniyyah’ (Pendirian Negara 'Otsmaniyyah terhadap Gerakan
Zionis), menegaskan: “Kerosakan semakin banyak berlaku di Palestin,
pencerobohan tersebar luas dan kekacauan semakin buruk. Rasa hormat kepada
kerajaan dan pentadbiran juga lemah. Orang ramai mula memperlekehkan para
pemerintah. Mereka jahil tentang erti kebebasan. Seorang lelaki terus merampas
harta orang lain selagi dia mampu berbuat demikian. Dia juga menindas orang
yang lemah. Apabila diherdik atau disergah, dia menjawab: Ini kebebasan,
keberanian dan sebagainya lagi.”
51
KERUNTUHAN ‘OTSMANIYYAH: PERANAN
YAHUDI DAN PENJAJAH
Perbincangan 1: Sebab Keruntuhan Negara ‘Otsmaniyyah
52
negara merdeka milik orang Islam yang boleh mereka banggakan?” Sesungguhnya,
demi Allah, ia merupakan bencana dan malapetaka yang paling besar.
Pada waktu yang sama, dunia Salib bangkit jaga dengan mimpi paling indah
yang pernah mereka impikan dan seagungagung citacita yang mereka harap dan
curahkan usaha deminya. Mereka mencurahkan segalagalanya; murah mahupun
mahal, selama beberapa generasi. Tibatiba, pada hari ini, mereka mewarisi negara
umat Islam dan membahagikannya sebagai suatu tinggalan yang tidak pernah
ditinggalkan oleh ibu dan bapa mereka. Mereka tidak membayar apaapa untuk
tinggalan ini, mahupun mengeluarkan sebarang usaha untuk tujuan tersebut.
Perkara ini diperkatakan oleh Syauqi r.h.m dengan penuh kehairanan:
India bingung dan Mesir berdukacita,
Ia menangis keranamu dengan air mata mencurahcurah.
Syam, Iraq dan Parsi bertanya,
Adakah Khilafah telah dihapuskan dari muka bumi, sesiapa yang menghapuskannya?!
53
kuasa ke tangan pihak yang tidak ahli, ataupun ke tangan mereka yang
melakukan komplot terhadap negara.
5. Pembaziran oleh rajaraja sehinggakan perbelanjaan istana diraja pada
setengah ketika mencecah sepertiga pendapatan negara.
6. Pengkhianatan para menteri. Kerana ramai warga asing yang beragama
Kristian telah berlagak Islam secara zahir. Mereka terlibat dalam memberi
khidmat kepada Sultan. Naik pangkat dengan cara tipu daya dan mengintip
kelemahan sehinggalah mereka sampai ke jawatan kepimpinan.
7. Sultan, putera raja dan pemimpin tenggelam dalam keseronokan, wanita dan
kemewahan, dengan meninggalkan urusan pentadbiran.
8. Berlaku permainan dan manipulasi terhadap undangundang dan hukum
hakam Islam. Perkara duniawi yang harus pula dimasukkan dan dijadikan
fasal ceraian untuk pengeluaran fatwa syarak dengan tujuan melekakan umat.
Di samping itu, golongan jahil telah dilantik menangani urusan fatwa. Dengan
itu, mereka memalukan agama dengan perangai mereka dan menutupnya
dengan kejahilan mereka.
Contohnya, seorang intelek menubuhkan kilang percetakan di Istanbul. Dia
menerima bangkangan daripada para ulama agama. Oleh itu, dia mengadu kepada
Sultan dan pegawainya. Dia meminta mereka meyakinkan golongan yang jahil
tersebut tentang faedah kilang percetakan. Maka Sultan memerintahkan Syeikhul
Islam mengeluarkan fatwa kilang percetakan bukanlah amalan keji daripada
syaitan. Lantas Syeikhul Islam mengeluarkan fatwa, harus menubuhkan kilang
percetakan dengan syarat ia tidak mencetak alQuran alKarim, kitab fiqh, tafsir
dan hadis. Dengan itu, kilang percetakan yang pertama telah ditubuhkan di
Istanbul pada 1712M. Iaitu setelah alat percetakan direka lebih daripada dua
setengah kurun yang lalu. Iaitu setelah Perancis menubuhkan percetakan
kebangsaan sejak kirakira dua kurun yang lepas.
Ini sebahagian sebab yang telah menghancurkan negara 'Otsmaniyyah dan
yang menjatuhkannya dari kemuncak kemegahan ke lembah kehinaan dan
kerendahan.
9. Polisi penturkian yang memecahkan umat, membelah bagikan kesetiaan dan
menghidupkan pemikiran Thawroniyyah. Dalam menjayakan polisi ini, mereka
cuba menghapuskan Bahasa Arab. Mereka mendakwa, Arab merupakan
bencana. Kuda Turki lebih baik daripada 1000 orang Arab. Ini menyebabkan
kebencian bangsa Arab terhadap mereka, perpecahan umat dan identiti
sebenarnya terkoyak.
10. Perhimpunan Freemason (Freemason Lodge) yang menyelinap masuk di Turki.
Ia merupakan tangan rahsia (dalang) bagi Pertubuhan Ittihad wa atTaraqqi
(Kesatuan dan Kemajuan) dan parti yang melakukan revolusi menentang dan
menjatuhkan Khilafah Islamiyyah untuk kepentingan Yahudi.
54
11. Menukar budaya Islam dalam bidang pendidikan kepada budaya Barat dengan
hanya mencedok ‘kulit luar’ tamadun Barat seperti falsafah, perselisihan dan
pergaduhannya, tanpa mengambil faedah daripada teknologinya. Begitu juga,
sekolahsekolah Kristian di bawah kelolaan negara Eropah berleluasa. Ia
merosakkan ramai muda mudi dengan budaya taklid buta, bebas dari akhlak
umat Islam. Bahkan mereka memerangi Islam sendiri melalui saluran
informasi dan pendidikan.
Penyelewengan Menghapuskan Keperwiraan Sultan
55
persahabatan yang banyak dijalinkan dengan politikus dan pemegang resolusi di
Barat .
Pada era Sultan Abdul Hamid, mereka mula menyelinap masuk ke Palestin.
Apabila Sultan Abdul Hamid tidak mengizinkan mereka, mereka pergi ke England.
Mereka mengeksploitasi pakatan sekumpulan Arab dengan Britain untuk melawan
Turki dalam Perang Dunia Pertama. Bangsa Arab tersebut berharap pasukan
Berikat akan membantu mereka menubuhkan negara Arab di atas runtuhan negara
‘Otsmaniyyah. Pada masa yang sama, Yahudi turut melakukan perkara yang
serupa, sekalipun wujud perbezaan jauh dalam landasan pemikiran, hala tuju dan
cara.
Negara ‘Otsmaniyyah benarbenar kalah, namun Arab tidak memperolehi apa
apa. Sebaliknya Yahudi mengaut segalagalanya. Ini kerana pihak Berikat ketika
itu hanya meletakkan anganangan kosong kepada Arab, sedangkan mereka
memberikan perkara hakiki kepada Yahudi.
Pada 1917M, Menteri Luar Britain, Lord Balfour mengeluarkan kenyataan
beliau yang terkenal, menyatakan persetujuan Britain terhadap penubuhan
tanahair Yahudi di Palestin. Janji ini memberi alasan kuat kepada Yahudi untuk
melipat gandakan penghijrahan.
Titik Pertemuan Antara Kepentingan Penjajahan
Serangan Napoleon ke atas Mesir dan Palestin merupakan salah satu natijah
perlumbaan penjajahan Eropah. Beliau merupakan pemimpin Eropah pertama yang
menawarkan kepada Yahudi untuk menubuhkan tanahair mereka di Palestin,
apabila mereka menolongnya dalam serangan beliau ke atas Mesir dan Palestin.
Beliau meminta Yahudi Perancis supaya mengadakan perhimpunan pertama bagi
para pendeta mereka di San Hedrin, Perancis pada 1799M demi mereka
memutuskan pembentukan negara Yahudi yang tunduk kepada pengaruh kuasa
Perancis. Ini bertujuan menguasai jalan strategik perdagangan TimurBarat dan
juga kerana ketamakan untuk memecah pengaruh kuasa Britain di Timur. Namun,
tawaran Napoleon kepada Yahudi ini tidak tercapai, lantaran kegagalan serangan
Napoleon. (1)
1 Madkhal ila al-Qadhiyyah al-Falesthiniyyah (Pengantar Isu Palestin), (m.s 163), cetakan Dar al-Basyir, 'Amman.
56
Dengan ini, terserlah betapa mendalamnya permusuhan Eropah terhadap
negara umat Islam. Begitu juga, sejauh mana hanyutnya umat Islam sehingga
kampung halaman mereka dijual dan diberi, tanpa diambil sebarang pandangan
mahupun tindakan oleh mereka. Sebagaimana terserlah sikap tali barut Yahudi
dan kesediaan mereka bekerjasama dengan pihak asing melawan orang Islam.
Kelicikan Britain Dan Kurangnya Kesedaran Arab:
Sebaik sahaja Britain merasakan negara ‘Otsmaniyyah telah lemah, ia segera
bersiap siaga untuk menghapuskannya dengan bantuan Eropah. Ia
melaksanakannya bersandarkan dua perkara:
Pertama: Kerosakan dan kelalaian negara.
Kedua: Kesedaran yang rendah dan kelurusan jiwa Arab (tidak pandai
tentang tipu daya).
Britain mula bertindak membawa orang Arab ke alam fantasi dan menjanjikan
anganangan kosong yang terawang jauh, sebagai ganti realiti kehidupan. Mereka
menimbulkan harapan tertegaknya Khilafah Arab sebagai ganti kepada Khilafah
‘Otsmaniyyah yang masih tegak.
Inggeris berhubung dengan asSyarif Husain, Gabenor Mekah pada 1914M.
Mereka mengetahui aspirasi politik dan rasa cinta beliau untuk memperolehi
kemerdekaan daripada negara ‘Otsmaniyyah. Mereka berhubung dengannya
dengan tujuan menarik sokongan beliau dan juga Arab kepada pihak Inggeris
dalam memerangi negara ‘Otsmaniyyah. Mereka membayangkan kepada beliau
kecenderungan dan kemahuan Britain untuk menyokong pemulangan Khilafah
Islamiyyah ke pangkuan seorang Arab dari rumpun nabi (mereka memaksudkan as
Syarif Husain).
Britain bertujuan menghasut Arab melawan Turki ‘Otsmani dan menghalang
orang Islam daripada bersatu melawan mereka dalam perang mereka melawan
negara ‘Otsmaniyyah. Ya, Britain benarbenar dapat mencetuskan pertembungan
ini. AsSyarif Husain memberontak terhadap negara ‘Otsmaniyyah, sebaliknya
tidak mengisytiharkan jihad melawan Britain dengan alasan yang lemah.
Beliau (asSyarif Husain) berhubung dengan pertubuhan ‘al’Arabiyyah al
Fatah’ (Pemuda Arab). Pertubuhan tersebut pula menghubunginya untuk
melakukan revolusi melawan negara Khilafah di Syria dan Iraq. Mereka mula
menimbulkan kekacauan melawan negara tersebut dan meletakkan garis kerja
yang mengandungi syarat serta cara bekerjasama dengan Britain untuk melawan
Khilafah (melawan negara mereka sendiri), dan pengisytiharan revolusi melawan
pemerintah ‘Otsmani. Garis kerja ini dikenali sebagai ‘Protokol Damsyik’.
AsSyarif Husain memain peranan melaksanakannya bersama Pesuruhjaya
Britain (British Commissioner) di Kaherah. Inggeris hanya memberi komitmen
secara lisan menggunakan ungkapan yang umum (boleh dihurai dengan pelbagai
erti) berkenaan kemerdekaan Arab. Persetujuan yang dibuat hanya memutuskan
57
tentang persefahaman ArabBritain yang mengisytiharkan revolusi terhadap Turki
ekoran daripadanya. Dengan persefahaman itu juga semua pihak dikelaskan
sebagai musuh Islam. Sementara Britain akan memenuhi komitmennya untuk
mengisytiharkan Khilafah dan mengiktiraf sebuah negara Arab.
Perjanjian SykesPicot (1916M)
Bagaimana Tipu Daya Ini Terlaksana?
Boleh jadi manusia hairan dan tertanyatanya, bagaimana tipu daya ini boleh
terlaksana. Bagaimana minda Arab dan Islam boleh menerimanya? Bagaimana
para intelek, ulama dan politikus terpedaya dengan senang dan mudah, sedangkan
terdapat tokoh yang mempunyai kedudukan besar di kalangan masyarakat?
Contohnya, Syeikh Muhammad Rasyid Redha, Syeikh Muhibbuddin alKhathib dan
Syeikh Kamil alQashshob. Begitu juga, Haji Amin alHusaini yang memainkan
peranan penting dalam gerakan sukarela melawan pemerintah ‘Otsmani. Beliau
menjelajah negara dan menyusun sukarelawan sehingga bilangan mereka mencapai
58
ribuan orang. Demikian juga Syeikh Sa'id alKarami, Mufti Tolkram, Syeikh Ahmad
‘Arif, Mufti Gaza dan Syeikh Sa’duddin alKhathib. (1)
1 Lihat at-Tayyar al-Islami fi Filasthin (Aliran Islam di Palestin), (m.s 76) dan 'Ujaj Nuwaihidh, Rijal min Filasthin (Tokoh
daripada Palestin), (m.s 114).
Jika ini menunjukkan sesuatu, ia hanya menunjukkan sikap cuai dan tiada
pengalaman dalam permainan politik. Kerana tiada seorang pun yang dapat
meragui keikhlasan mereka ini, keimanan dan kecintaan mereka kepada Islam dan
sangat mengambil berat terhadap tanah air orang Islam.
Namun keikhlasan satu aspek, sedangkan pengalaman politik satu aspek lain.
Cintakan negara satu aspek, sedangkan mengetahui niat dan hasrat musuh satu
aspek yang berbeza. Ia mestilah diperhitungkan sebaikbaiknya. Kerana wajib
terdapat di sana garis panduan dan pandangan ke depan, serta faktor dalaman dan
luaran yang menjamin (perlaksanaan) manamana persetujuan.
Sama sekali tidak memadai untuk bergantung kepada janji atau pengakuan
moral. Justeru itu, tiada kredibiliti bagi manamana kuasa, musuh, atau pihak
yang memberi harapan terhadap masa depan. Oleh yang demikian, wajib ada faktor
lain yang menjamin perlaksanaan janji Britain ini, antaranya:
1. Kuasa lain yang setanding dengan kuasa Britain, agar ia menghormati, menilai
dan melakukan perhitungannya (dengan baikbaik) jika ia memungkiri janjinya
dengan Arab. Contohnya, dibentuk kumpulan negara Arab yang bersedia
mempertahankan kemerdekaan dan berhadapan dengan siapa sahaja yang
membangkang atau menghalang jalannya; sama ada Britain mahupun negara
lain.
2. Rakyat yang bersedia dan berkelayakan untuk mempertahankan haknya dan
telah dipersiapkan bagi menghadapi segala kemungkinan, apabila hak mereka
tidak dipenuhi.
3. Penyusunan kekuatan dan barisan pemimpin yang mampu untuk berjuang dan
memikul bebanan perjuangan sehingga ke penghabisan.
4. Kepentingan Britain untuk menegakkan pemerintahan Khilafah untuk orang
Islam, dan dipimpin oleh seorang khalifah yang mendukung serta bekerja untuk
merealisasikan kemaslahatan Khilafah.
Realitinya, tiada suatupun faktor ini yang wujud. Oleh itu, siapakah yang akan
menghalau serigala daripada mangsanya? Siapakah yang mempertahankan
kambing daripada serigala? Ataupun yang menjadi batu penghalang antara sang
singa dan buruannya yang cukup bernilai yang tidak bergerak dan menyerah?!
Natijah tipudaya ini:
Natijah tipu daya ini amat mengerikan. Ia tampil dalam bentuk pelbagai
malapetaka, antaranya:
1. Pemecahan negara Khilafah dan perpecahan orang Islam kepada pelbagai
kelompok dan kumpulan.
59
2. Penjajahan dan pembahagian negara, kehilangan kemerdekaan dan
kemuliaannya.
3. Impian Salib tercapai dan berakhirnya peperangan Salib dengan penjajahan
tersebut.
4. Menanam bencana dan merealisasikan impian Yahudi untuk menegakkan
tanahair perkauman bagi mereka di atas runtuhan negara Islam. Pengusiran
berjutajuta warga asal negara tersebut dengan digantikan oleh penempatan
Yahudi.
Pengkhianatan Yang Dapat Dilihat Oleh Mata Kepala
60
Pada Februari 1919M, Arab mula tersedar tentang malapetaka yang melanda.
Konflik bersenjata antara Arab Palestin dengan Yahudi dan Inggeris mula berlaku
di bumi Palestin. Ia merupakan pergelutan yang memutuskan kekalahan Arab
sejak awal lagi.
Arab hanya bergantung kepada hak mereka terhadap bumi tersebut,
sedangkan hak sematamata tidak memadai untuk berhadapan dengan kekuatan.
Mereka juga bergantung kepada negara Arab padahal semua negara Arab,
pemacunya di tangan kuasa penjajah, di samping sibuk dengan kerunsingan dan
kesudahan nasib masingmasing. Ditambah dengan keupayaan yang kecil dan
kejahilan tentang hal ehwal politik antarabangsa.
Sedangkan, pentadbiran Inggeris di Palestin berpihak kepada Yahudi. Mereka
menyerahkan jawatan polis dan kastam kepada Yahudi. Mereka juga
mempermudahkan Yahudi memperolehi tanah yang luas dan menukarnya kepada
kawasan pertanian dan pengkalan tentera.
Orang Palestin telah sedar tentang pengkhianatan Britain, dendam kesumat
Yahudi, kehilangan negara Khilafah di atas kejahilan dan ketidaksediaan mereka,
kekacauan fikiran mereka dan perpecahan. Mereka juga sedar bahawa urusan Arab
bukan berada di tangan mereka. Begitu juga, tentang kewujudan pasukan
bersenjata Yahudi yang lengkap dengan senjata tercanggih dan terlatih. Yahudi
memiliki harta, senjata dan sokongan Yahudi mahupun antarabangsa.
Perbincangan 4: Fasa Menjatuh Dan Memisahkan Khilafah Daripada
Peranan Islamnya
Ia melalui empat fasa:
1. Era pembukaan Islam di Andalus dan Konstantinople, juga orang Islam
memasuki Itali dan selatan Perancis. Dengan itu, perancangan menghentikan
kemaraan Islam ke Eropah bermula.
2. Era kesurutan penaklukan Islam dan kelemahan negara Khilafah. Gagasan
untuk memecah dan membahagikan negara Khilafah antara England, Perancis
dan Itali pun bermula. Begitu juga, gagasan ke arah mencetuskan semangat
perkauman dan merungkaikan (ikatan agama) di setiap wilayah Islam
sebagaimana yang telah dijelaskan sebelumnya.
3. Era menjatuhkan dan membunuh Khilafah.
4. Perancangan Yahudi menghapuskan Khilafah dan menegakkan negara di
Palestin.
Senario kejatuhan
61
2. Ketua Yahudi Donme di Thessaloniki, Karah Sou (Emmanouel Karasso) yang
juga seorang freemason daripada Parti Ittihad wa Taraqqi (Union and Progress
Party) telah menghadap Sultan Abdul Hamid sebagai wakil Yahudi. Beliau
memohon kepada Sultan agar mempermudahkan Yahudi berhijrah ke Palestin
dengan bayaran lima juta pound kepada baginda secara khusus dan 50 juta
pound lagi kepada negara. Iaitu sebagaimana yang disebut dalam halaman ????
****????. Lantas Sultan Abdul Hamid merasa marah. Baginda meludah ke
mukanya dan menghalaunya dari majlis Lalu Sou berkata kepada baginda:
“Kamu akan mengetahui berapa bayaran yang kamu tanggung terhadap
penolakan ini.”
3. Selepas satu tempoh yang pendek, anggota Parti Ittihad wa Taraqqi melakukan
revolusi pada 1908M. Dalam revolusi tersebut, khalifah telah disingkirkan
daripada pemerintahan. Baginda hanya dijadikan simbol kuasa spiritual. Karah
Sou merupakan seorang daripada tiga yang bertanggungjawab membentangkan
keputusan pemecatan kepada Sultan Abdul Hamid.
4. Greece pula telah menyerang Turki dan menawan Izmir. Ia turut memasuki ke
dalam wilayahwilayah Turki. Seorang pegawai tentera, Mustofa Kamal
muncul. Beliau mengumpul kembali tentera Turki yang berpecah dan
mempamerkan semangat keislaman. Beliau berjaya mencapai kemenangan
besar ke atas Greece dengan bantuan tali barut. Mereka menjadikannya wira
bangsa untuk membolehkan beliau meruntuhkan Khilafah dan memisahkan
Turki daripada Islam selepas itu. Sejak hari kemenangan tersebut, rakyat
melihatnya sebagai pahlawan muslim Turki dan menggelarnya, Pejuang.
Berkenaan syarat Curzon, maka salah seorang Jeneral Perang Mustofa Kamal
yang digelar Kamal Bek menceritakan, ia merupakan syarat bagi kemerdekaan
Turki. Beliau berkata: “Curzon, Menteri Luar Britain berpendirian tegar. Semasa
rundingan, beliau berkata kepada wakil Turki, ‘Ismet: “Kami tidak boleh
membiarkan kamu merdeka, kerana ketika itu, kamu akan menjadi nukleus yang
akan menghimpunkan orang Islam sekali lagi. Maka ‘Masalah Timur’ yang kami
banyak tanggung kesengsaraannya akan timbul semula.”
‘Ismet Inonu telah pulang ke Turki untuk berbincang dan bermesyuarat.
Kemudian beliau kembali ke London untuk memulakan rundingan semula,
sehinggalah persetujuan dicapai dengan syaratsyarat ini.
Syarat Persidangan Lausanne:
1. Memansuhkan Khilafah Islamiyyah, mengusir Khalifah daripada Turki dan
menyita hartanya.
2. Turki berjanji membubar semua gerakan Islam yang ditegakkan oleh kumpulan
Islam yang menjadi penyokong Khilafah.
3. Memutuskan hubungan Turki dengan Islam.
62
4. Turki memilih perlembagaan sivil sebagai ganti perlembagaannya yang
bersumberkan hukum hakam Islam.
Kamal Ataturk telah melaksanakan syaratsyarat ini. Oleh itu, tentera Barat
berundur dari Turki.
Apabila Curzon, Menteri Luar England, berdiri dalam Parlimen Britain,
membentangkan perkembangan yang berlaku bersama Turki, sebahagian
perwakilan Inggeris membantah Curzon dan tindakan mengundurkan tentera dari
Turki. Beliau menjawab: “Kita telah menghapuskan Turki yang tidak akan bangkit
lagi selepas hari ini. Kerana kita telah menghapuskan kekuatannya yang diwakili
oleh dua perkara: ‘Islam dan Khilafah’.” Maka semua perwakilan bertepuk tangan
dan pihak pembangkang pun diam.
Usaha Kamal Ataturk Meeruntuhkan Islam Demi Memuaskan Hati
Penjajah
Kamal Ataturk melaksanakan tindakan berikut untuk memuaskan hati Barat,
meruntuhkan Khilafah dan menjauhkan Turki daripada Islam, negara Arab dan
juga negara Islam (yang lain):
1. Memansuhkan Khilafah Islamiyyah dan memisahkan Turki daripada wilayah
wilayah negara ‘Otsmaniah yang lain. Dengan itu, beliau telah menghancurkan
empayar besar tersebut.
2. Mengisytiharkan sekularism dan pemisahan agama daripada negara dengan
menjauhkan Islam yang ditakuti Barat.
3. Menindas ulama dengan penindasan yang paling dahsyat, membunuh puluhan
nyawa di kalangan mereka dan menggantung mayat mereka di dahan pokok.
4. Mengunci banyak masjid, mengharamkan azan dan sembahyang dalam Bahasa
Arab dan memaksa rakyat memakai pakaian Eropah.
5. Memansuhkan mahkamah syariah, menguatkuasakan undangundang sivil
Switzerland dan mewajibkan cuti mingguan pada hari Ahad.
6. Memansuhkan undangundang pusaka, perkahwinan dan kekeluargaan,
mengharamkan poligami dan talak, dan menyamakan antara lelaki dan wanita
dalam pembahagian pusaka.
7. Menggalakkan wanita Turki, pemuda dan pemudi untuk terlibat dalam kancah
pelacuran dan maksiat. Di samping mengharuskan perkara mungkar dengan
menjadikan dirinya sebagai contoh.
8. Menghapuskan pendidikan agama di universiti dan sekolah, mewajibkan
pergaulan lelaki dan wanita, menukar huruf Arab (kepada rumi) dan
menghalang pengajian alQuran.
9. Memansuhkan Kementerian Wakaf, menegah bersembahyang di Jami' Aya
Sofea dan menukarnya menjadi muzium.
63
10. Memansuhkan penggunaan kalendar hijrah dan berusaha memadamkan
perkataan Arab daripada bahasa Turki.
11. Percubaan mewajibkan budaya Eropah, mengikat Turki dengan Barat dan
membuang identitinya.
64
PEMBAHAGIAN PALESTIN: TERCAPAINYA
IMPIAN YAHUDI DAN KRONOLOGI KONFLIK
ARAB-YAHUDI
Perbincangan 1: Pembahagian Palestin Dan Persediaan Berperang
65
angkatan tentera mereka. Padahal militan Zionis tidak pernah menghormatinya
walau sedetik pun. Militan tersebut menyerang dan merampas bumi dari tangan
tentera Arab sehinggalah mereka menghalau hina tentera tersebut daripada
Palestin. Yahudi dengan teguh menguasai negara itu. Sedangkan angkatan tentera
Arab yang melebihi tujuh ketumbukan itu pula langsung tidak merasa malu untuk
pulang dalam keadaan kalah sedemikian rupa.
Kita tidak pernah melihat suatu kajian berkenaan faktor kekalahan dilakukan
selepas itu, mahupun mendengar terdapat sebuah kerajaan Arab yang jatuh kerana
tenteranya kalah. Namun, dokumen yang ada membongkar keaiban/skandal yang
tidak boleh dilupakan sepanjang sejarah.
Persediaan Tentera Arab
Keadaan tentera Arab dari segi kuantiti, senjata dan alat kelengkapan adalah
tidak mencukupi. Oleh itu, ia tidak layak untuk serta dalam perang yang sebenar.
Kerana tentera Mesir yang menyerang di bawah pimpinan Muhammad Najib dan
lainlain tidak berkelayakan untuk berperang.
Sementara tentera Jordan pula, Raja Abdullah ada menyatakannya dalam
memoir beliau: “Ketika berlaku gencatan senjata yang pertama, tentera Jordan
tidak memiliki kelengkapan mahupun senjata yang mencukupi untuk berperang
selama dua hari.”
Begitu juga, tentera Syria. Keadaannya bukan lebih menggembirakan
berbanding angkatan sebelumnya. Tentera Iraq pula, panglimanya, Hasan Mustofa,
semasa menceritakan tentangnya, menyebut: “Tahap persenjataan, latihan,
kelengkapan dan kepimpinan dalam kebanyakan tentera Arab, tidak
melayakkannya mengharungi kancah peperangan yang sebenar.”
Di samping tentera tersebut tidak bersedia, kuantitinya juga sedikit. Galoub
Basya mentaksirkan bilangan mereka ketika pengisytiharan pembahagian Palestin
diumumkan hanya kirakira 20 ribu orang:
Tentera Mesir : 10,000
Tentera Iraq : 3,000
Tentera Jordan : 4,500
Tentera Syria : 3,000
Tentera Lubnan: 1,000
Sedangkan bilangan angkatan tentera Israel seperti berikut:
20,000 tentera terlatih dan bersenjata.
10,000 tentera terlatih tanpa senjata.
30,000 separa tentera terlatih tanpa senjata
60,000 anggota kumpulan bersenjata Hagana
66
60,000 anggota kumpulan bersenjata Aragon
1,000 tentera anggota kumpulan Stern dan sebahagian mereka bersenjata
Meskipun kelengkapan Yahudi dan ketidaksediaan Arab ini, namun
sebahagian keberanian panglima tentera Arab telah membawa impak yang besar
dalam peperangan menentang Yahudi ini. Tetapi politik telah mengalahkan
mereka.
Perbincangan 2: Peperangan ArabYahudi Dan Kesannya
Angkatan tentera Arab memasuki Palestin dan meletakkan mereka berada di
tengah peperangan sebenar. Sekalipun mereka tidak bersedia dengan persediaan
yang cukup, namun mereka berperang bersama para panglima yang enggan tunduk
kalah kepada militan Yahudi. Mereka turut dibantu oleh para mujahidin di
kalangan penduduk Palestin dan dari luar Palestin, iaitu sebelum mereka (para
mujahidin) dibanteras.
Pada permulaan, mereka meletakkan Yahudi dalam situasi yang amat
terdesak. Namun kuasa luar telah campur tangan untuk mengenakan gencatan
senjata yang pertama, iaitu selepas empat bulan berlangsungnya perang 1948M.
Campur tangan ini diambil adalah ekoran pemacu inisiatif (penguasaan medan)
berada di tangan Arab sedangkan Yahudi hampirhampir mengalami kekalahan.
Oleh itu, Yahudi memohon bantuan dengan meminta gencatan senjata, sehingga
mereka berjaya menyelamatkan 300 penempatan Yahudi yang hampir jatuh.
Yahudi juga berjaya menyelamatkan alQuds yang terkepung, di mana Yahudi di
dalamnya hampir menyerah kalah.
Gencatan senjata pertama ini dilaksanakan di tengahtengah perasaan hairan
golongan Arab yang ikhlas. Ia memberi peluang kepada Yahudi untuk menarik
nafas baru di tengah pertempuran mempertahankan diri yang tiada harapan untuk
menang.
Pada 3 April 1948M, setelah mengambil nafas baru dan membekalkan
tenteranya dengan senjata tercanggih angkatan tentera Israel mula melakukan
operasi serangan ke atas kawasan Arab. Mereka bergantung kepada serang hendap,
kerahsiaan, kekerasan dan keganasan, terutamanya terhadap kanakkanak, wanita
dan warga tua di Dir Yasin dan lainlain. Tindakan kejam ini mencampakkan rasa
gerun kepada para penduduk.
Yahudi meneruskan peperangan sehinggalah pasukan mujahidin dengan
bantuan tentera Arab dapat menjatuhkan empat penempatan. Sekali lagi mereka
(Yahudi) ditimpa kekalahan. Untuk kali kedua, Yahudi meminta gencatan senjata.
Pemintaan ini diterima sekalipun terdapat bangkangan golongan yang ikhlas dan
mereka yang berpengalaman dalam peperangan. Bangkangan tersebut tiada
faedahnya. Gencatan senjata diteruskan sehinggalah Israel bersedia kembali dan
mengulangi serangan mereka.
67
Demikianlah seterusnya, sehingga berlangsung gencatan senjata yang terakhir
yang menetapkan pertempuran ketenteraan tamat dan permulaan tuduh menuduh
sesama Arab. Mesir merupakan pihak pertama yang menandatangani gencatan
senjata tersebut, pada 24 Februari 1949. Kemudian diikuti oleh Lubnan, Jordan,
kemudiannya Syria. Selanjutnya Iraq mengundurkan diri. Seluruh angkatan
tentera Arab berundur dari Palestin meninggalkannya keseorangan menghadapi
kesudahannya yang pasti.
Perang 1956
Barat naik marah terhadap Mesir lantaran tindakan satu pihaknya untuk
memiliknegara terusan Suez dan ‘mencengkam’ kepentingan Barat. Ini adalah
sebagaimana dakwaan mereka pada ketika itu. Oleh itu, Britain, Perancis dan
Israel menyerang Mesir, menawan Sinai, terusan Suez dan bandarbandar di
sepanjang terusan tersebut. Tetapi kepentingan Barat saling berlawanan sesama
mereka, khususnya kepentingan Amerika, dan seterusnya kepentingan Russia.
Dengan itu, Russia membuat tuntutan dan mengancam supaya mengundurkan
angkatan tentera ketiga buah negara dari Mesir. Amerika juga membuat tuntutan
yang sama. Maka tentera asing tersebut telah berundur dan Israel gagal
merealisasikan objektifnya kecuali sedikit sahaja.
Perang 1967
Israel tidak banyak mencapai objektifnya dalam perang 1956. Oleh itu, ia
bersedia untuk mencetuskan perang susulan yang boleh merealisasikan
harapannya dan menghalang beberapa bahaya yang melambailambai di ufuq.
Antara faktor kepada perang yang ingin dilancarkan ialah:
1. Kecintaan kepada perluasan. Di atas asas ini, perluasan negara dengan
pertambahan imigran Yahudi dilaksanakan. Untuk itu, bumi baru mesti
dimiliki.
2. Memindahkan air sungai Jordan, melaksanakan projek tasik alHawlah,
memperolehi dan memanipulasikan bukit Golan.
3. Membantai penentangan Palestin yang kembali muncul.
4. Membantai Syria ekoran krisis keamanan yang timbul dengan Israel dan
memberi ‘pengajaran’ kepadanya.
5. Memaksa Arab menandatangani perjanjian damai yang kekal, menamatkan
situasi perang dan menikmati ketuanan ke atas bangsa Arab.
Untuk itu, Israel mula melakukan persediaan. Sementara dunia Arab hidup
dalam keadaan kucar kacir, perpecahan politik dan kelemahan persediaan tentera.
Rejim pemerintah sibuk dengan konspirasi, penggulingan kuasa dan persaingan, di
samping melontarkan idea yang menipu dan mengangkat slogan yang palsu.
Contohnya, slogan ‘campak Israel ke laut’, ‘pembebasan Palestin’ dan ‘tunggu
kemunculan Solahuddin baru yang bakal mengajar Yahudi dan penjajah dengan
ajaran yang tidak akan dilupai’. Dunia Arab juga memperhebatkan nada perang
68
dalam pidato mereka, diikuti langkah mempamerkan kekuatan angkatannya
dengan sangkaan mereka akan menakutkan Israel dan Barat.
Khalayak ramai pula tertunggutunggu kemenangan yang dijanjikan oleh para
pemerintah mereka sehingga hampir kehilangan sabar. Tibatiba mereka
dikejutkan oleh serangan kilat Israel ke atas lapangan terbang Mesir yang
memusnahkan kekuatan angkatan udara mereka. Demikian juga, serangan udara
ke atas Syria yang memusnahkan banyak lapangan terbang dan pesawatnya. Ini
disusuli pula oleh serangan darat yang menjadi malapetaka kepada Arab dengan
kemusnahan angkatan tentera mereka dan penaklukan bumi mereka, iaitu Sinai,
Golan dan barisan hadapan Jordan.
Masyarakat Arab yang terpedaya dengan slogan palsu mengalami kejutan
untuk seketika selepas hakikat sebenar terserlah seumpama matahari di siang hari.
Antara natijah perang ini ialah:
1. Penjajahan Israel terhadap bumi Arab semakin bertambah. Ia telah menakluki
kawasan pinggir pantai Gaza, Tebing Barat, Bukit Golan dan Semenanjung
Sinai.
2. Pengusiran sejumlah besar penduduk Syria dan Palestin daripada tanah
mereka dan mengosongkannya untuk Yahudi.
3. Penguasaan Israel ke atas sumber air Sungai Jordan.
4. Israel mempastikan keselamatan sempadan dan zon penempatannya.
5. Pembukaan Selat Tiran untuk pelayaran Israel.
6. Pemusnahan angkatan tentera Arab.
7. Perang menyingkapkan kelemahan, perpecahan dan sikap menjaja slogan oleh
pimpinan Arab demi memperdayakan rakyat jelata.
Perang 1973
69
Dan ternyata, Israel juga turut bersedia untuk perang. Perang telah dilakukan
secara mengejut oleh angkatan tentera Mesir. Dalam perang ini, tentera Arab
berperang dan berjaya mencapai beberapa kemenangan.
Antara natijah perang ini ialah:
1. Arab gagal mencapai objektif perang iaitu menghilangkan kesan pencerobohan
1967.
2. Perang ini menunjukkan tentera Arab berbeza dengan tentera sebelumnya, dan
mereka berperang dengan gagah dan berani.
3. Memecahkan katakata: ‘Tentera Israel yang tidak boleh dikalahkan’ apabila
mereka telah dikalahkan di beberapa medan pertempuran. Begitu juga, garisan
benteng pertahanan Barliff telah dihancurkan. Padahal Israel sebelumnya
mendakwa, benteng pertahanan ini tidak akan dapat direntasi.
4. Penggunaan minyak sebagai senjata menyerlahkan kekuatan Arab dalam
menghadapi kuasa yang menyokong Israel.
5. Menundukkan Israel untuk duduk di meja perundingan dan meninggalkan
keangkuhannya.
Perang Selatan Lubnan
Rejim Arab menghalang manamana usaha penentangan dilancarkan daripada
negara mereka. Ini kerana mereka takutkan ‘tangan’ Israel yang panjang.
Bimbangkan ‘kerusi’ mereka bergoyang juga mengutamakan posisi selamat dan
kenikmatan; jauh daripada masalah hidup. Mereka juga berbuat demikian demi
memuaskan pihak yang berada di belakang Israel dan para pemimpin Barat.
Hakikat perlu diperkatakan penentangan dan perjuangan Palestin tidak
menemui tempat yang sedia untuk dijadikan pengkalan bagi melancarkan serangan
menentang Israel. Hanya bumi Lubnan yang sedia dan sesuai. Untuk itu, mereka
telah melakukan operasi ketenteraan melawan Israel dari Lubnan.
Israel pula telah menyerang balas melalui operasi yang dinamakan operasi
pencegahan bagi melawan para pejuang Palestin dan membunuh secara senyap
para pemimpinnya. Tindakan Israel ini sampai hingga ke Beirut.
Perang 1978
Israel telah melakukan serangan darat, laut dan udara ke atas pantai selatan
Lubnan pada 15 Mac 1978. Objektifnya ialah menjauhkan para pejuang Palestin
daripada sempadan utaranya dan membentuk zon aman di selatan Lubnan yang
dijadikan zon pertempuran.
Pertempuran berterusan selama enam hari dan selepas itu, Israel berjaya
menakluki jaluran sempadan di situ. Ia melantik seorang bangsa Lubnan bernama
Sa'ad Haddad sebagai penguasanya. Beliaulah yang mengisytiharkan penubuhan
negara Lubnan Merdeka.
70
Majlis Keamanan (PBB) berkumpul dan mengeluarkan resolusi 425 yang
menyeru Israel untuk mengundurkan angkatan tenteranya dari kawasan tersebut.
Tetapi Israel tidak melaksanakan resolusi tersebut.
Perang 1982
71
warga awam Palestin jika keluar dari Beirut. Namun mereka tidak mendengar
amaran tersebut, sebaliknya mempercayai janji pihak asing untuk melindungi
orang Palestin. Padahal pasukan tentera Parti Batalion telah mendapat lampu
hijau untuk melakukan penyembelihan yang mengerikan ini.
6. Berlaku keretakan dalaman yang besar di kalangan rakyat Palestin dan
perpecahan gerakan Fath, ekoran perbezaan pendirian berkenaan hubungan
antara negara, perubahan pimpinan dan lainlain.
Pertempuran Hizbollah Dan Jamaah Islamiyyah
Di bumi Lubnan, muncul satu kumpulan baru yang diberi nama, Hizbollah
(Parti Allah). Ia merupakan sebuah organisasi Lubnan bermazhab Syi‘ah. Ia juga
sebuah parti yang mengimani penegakan negara Islam, pengusiran pengaruh asing
Barat dan pembebasan bumi Lubnan daripada Zionis. Parti ini disokong oleh Iran
dan Syria.
Rentetan pendirian akidah dan keimanannya terhadap prinsip jihad, Hizbollah
mula melakukan serangan yang berterusan dan berulang kali ke atas Israel dan
tentera Lubnan Selatan. Ia mendatangkan kerugian besar kepada Israel dan
membuatkan mereka menanggung kos yang tinggi. Hizbollah juga mengebom
kawasan dan penempatan Israel beberapa kali. Ini menyebabkan tekanan kepada
para pemerintah Israel dan kebimbangan tenteranya.
Oleh itu, Israel melakukan beberapa serangan dan pencerobohan di selatan
Lubnan, tetapi siasia. Ia tidak menjejaskan keberkesanan dan keupayaan
ketenteraan parti tersebut, mahupun pengeboman yang dilakukannya ke atas
penempatan Yahudi.
Israel mula berasa sakit hati terhadap Hizbollah, lalu ia melakukan serangan
di selatan Lubnan menggunakan jet pejuang, meriam di darat mahupun di laut.
Walau bagaimanapun, serangan ini tidak melibatkan tentera pejalan kaki ataupun
kemaraan dari darat, disebabkan ketakutan Israel terhadap penentangan dan
kerugian yang mungkin diterima oleh tenteranya. Ini kerana Hizbollah kuat,
mempunyai persediaan baik, mahir dalam peperangan gerila dan taktik perang
‘serang dan lari’.
Oleh yang demikian, Israel mensasarkan serangan yang penuh kebencian ke
atas orang awam di kalangan rakyat Lubnan menggunakan jet pejuang. Serangan
terakhir ialah pengeboman kampung Qana. Orang awam yang berlindung di kem
kem Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB) telah dibunuh. Bom digugurkan di
atas kepala mereka mengakibatkan lebih 100 orang terbunuh dan beratus lagi
cedera. Operasi ini mencetuskan kemarahan pandangan umum dunia. Ia
menunjukkan kegagalan, kemuflisan dan ketiadaan etika di pihak ketenteraan
Israel.
Inisiatif politik telah membawa kepada gencatan senjata pada 27 April 1996.
Ini berdasarkan persetujuan bertulis yang mewajibkan keduadua pihak tidak
menjadi orang awam sebagai sasaran.
72
Pertempuran Lailatul Qadr
Pada bulan Ramadhan dan pada malam Lailatul Qadr, secara tepatnya subuh
27 Ramadhan 1417 5 Februari 1997, Israel ingin menceroboh Lubnan dengan dua
kapal terbang yang membawa komando. Mereka ingin melakukan serangan hendap
terhadap Hizbollah, membunuh seberapa banyak pemimpin dan anasirnya yang
boleh dan melakukan kerosakan di Lubnan. Namun, sebelum melintasi sempadan
Israel untuk ke Lubnan, kedua kapal terbang telah berlanggar dan membunuh
semua yang berada di dalamnya. Ini merupakan satu tanda daripada tanda
kekuasaan Allah di malam yang penuh keberkatan. Insiden ini meninggalkan
kesedihan pedih kepada pihak Israel dan kegembiraan kepada orang beriman.
Gerakan Penentangan Islam Di Selatan Lubnan
Gerakan penentangan Islam bermula di selatan Lubnan melalui Hizbollah. Ia
dapat membuktikan kelayakannya di alam realiti, sama ada dalam perang
mahupun politik. Ia juga menjadi simbol bencana yang hakiki kepada Israel. Ia
benarbenar menjadi contoh yang diteladani pada zaman moden. Jamaah Islam
turut terlibat dalam peperangan ini.
Penyertaan Jamaah Islam, Ikhwan alMuslimin Dalam Perang Lubnan
Selatan
Jamaah Islam di Lubnan tidak hanya berpeluk tubuh dalam peperangan ini.
Bahkan, ia turut serta bersama Hizbollah dalam perang melawan Yahudi.
Terutamanya, sejarah jamaah Ikhwan dalam memerangi Yahudi telah diketahui
dan diperakui. Penyertaannya bersama Hizbollah dalam perang memainkan
peranan yang berkesan. Boleh jadi ada yang bertanya, kenapa ia tidak bersendirian
dalam perkara ini. Kami sebutkan, kerana banyak sebab, antaranya:
1. Objektif adalah sama, menghimpunkan usaha pula wajib dan kerjasama
dituntut. Sedangkan perpecahan boleh mengakibatkan polisi berbeza yang akan
dimanipulasikan oleh musuh.
2. Hizbollah disokong oleh beberapa negara, sedangkan jamaah Ikhwan tidak
mempunyai negara yang menyokongnya, bahkan negara memusuhinya oleh
sebab yang telah dimaklumi.
3. Jika jamaah Ikhwan muncul bersendirian, ia mungkin menyebabkan sekatan
kepada jihadnya dan menggagalkan usahanya. Ini sesuatu yang
mendukacitakan tetapi ia adalah hakikat.
4. Kerana pejuang di jalan Allah sudah memadai dengan Allah mengetahui
jihadnya. Matlamatnya pula membantu Islam dan orang Islam, serta mengusir
musuh Allah. Semua ini akan lebih banyak direalisasikan dengan bersatu dan
secara tersembunyi.
Kami tidak keterlaluan jika kami katakan wilayah Timur Tengah sebelumnya
sakit, lumpuh dan terbaring di katil. Ia tidak lagi mempunyai apaapa gerakan.
73
Fenomena ini membuatkan Israel bermaharajalela di wilayah tersebut. Tetapi di
tengah kegelapan ini, muncul gerakan penentangan Palestin, Hamas dan gerakan
penentangan Lubnan, Hizbollah.
Hizbollah di Lubnan dan Hamas serta intifadhah yang diberkati di dalam
Palestin, keduaduanya menjadi kerungsingan kekal yang mengeruhkan kehidupan
Israel. Ketika para pemimpin negara Arab dan ketua regim pemerintah yang
melingkungi Israel duduk bersama musuh mereka, Israel, di Madrid dan
Washington untuk mencari kesefahaman dengan menggugurkan lebih banyak hak
bangsa dan watan kepada kepentingan Israel… Penentangan Islam tetap mencabar
penjajahan dan mengganggu tidur mereka.
Hampir setiap hari, serangan dilakukan oleh pesawat Israel, ataupun oleh
talibarut musuh di pojok selatan Lubnan yang dijajah. Serangan ini tidak lain
hanyalah cubaan putus asa untuk menghentikan gelombang jihad daripada
meliputi seluruh wilayah tersebut, juga usaha menyekatnya daripada melenyapkan
impian Yahudi untuk memperolehi keamanan, kestabilan dan berkembang.
Para pemerhati menjangkakan jika sekarang, pihak berkuasa dan berpengaruh
di Lubnan memanipulasi penentangan Islam sebagai bahan tekanan untuk
memperolehi lebih banyak keuntungan di meja rundingan. Namun pihak berkuasa
berpaling tadah dan menyerang golongan Islam agar ia kembali lemah. Mereka
bertindak demikian demi mencapai keserasian di meja perundingan.
Namun jangkaan para pemerhati ini tidak berlaku di Lubnan, sebaliknya
berlaku di Palestin hasil usaha ‘Arafat.
Bagi pihak Israel, ia mengumumkan melalui lidah wakil perundingnya, ia
tidak mempunyai sebarang ketamakan di selatan Lubnan. Ia hanya mementingkan
keselamatan penempatannya. Tetapi realiti mendustakan dakwaan tersebut,
kerana dasar perluasan kuasa Israel. Oleh itu, semua dakwaan ini tidak benar.
Marilah kita kembali kepada gagasan para pemimpin Israel dan tindakan mereka.
Apakah yang anda lihat?
Ben Gurion telah mengutuskan sepucuk surat kepada Sharett. Di dalamnya,
beliau menyatakan: “Lubnan merupakan gelung rantai yang paling lemah dalam
Liga Negara Arab”. Katanya lagi: “Mencipta negara Kristian di sana merupakan
perkara normal kerana mereka (bangsa Kristian) mempunyai akar umbi sejarah di
Lubnan. Namun dalam situasi normal, mencipta negara seperti ini dianggap
sebagai mustahil… tetapi ketika kekacauan, pemberontakan, atau perang saudara,
keadaan boleh berubah. Hinggakan mereka yang lemah bertukar menjadi perwira.
Sesungguhnya objektif kita tidak akan tercapai kecuali lakaran semula sempadan
Lubnan dibuat.”
Pada 16 Mei 1954M, selepas perhimpunan pegawai Kementerian Luar dan
Kementerian Pertahanan Israel, Sharett memberitahu, panglima angkatan tentera
Israel, Moshe Dayan, telah menegaskan perlaksanaan semula projek Ben Gurion.
Menurut beliau lagi: “Segala keperluan projek ini hanyalah untuk menemui seorang
pegawai tentera walau sekadar berjawatan Mejar. Kita dapat memperolehi
74
simpatinya atau membelinya, dan kita mendesaknya untuk mengisytiharkan
dirinya sebagai penyelamat Maroon. Daripada itu, tentera Israel dapat memasuki
Lubnan, menakluk tanah yang diperlukan dan menegakkan regim pemerintahan di
sana. Peranan regim tersebut dimateraikan dengan bersekutu bersama Israel.
Sebagaimana juga, Israel dapat menakluk semua tanah di selatan sungai alLithoni
(Litany River). Selepas itu, semua perkara akan berjalan lebih baik.”
Petikan ucapan yang diambil daripada jurnal, Moshe Sharett mendedahkan
hasrat Israel terhadap Lubnan.
Pada 19751977M, Israel menyumbang saham dalam membentuk lingkungan
sempadan kecil. Ia berlandaskan polisi yang dipanggil ‘dasar sempadan baik’
(siyasah alhudud atthoyyibah). Dasar ini pula berteraskan usaha pembukaan
laluan atau koridor hubungan yang aman antara Israel dan Lubnan.
Pada 1978M, Tentera Israel menyerang selatan Lubnan dengan alasan
membasmi tindakan berani mati. Ia membentuk wilayah selebar 10 65 km dengan
keluasan 500 km persegi dan diserahkan kepada Sa‘ad Haddad.
Pada 1982M, Israel menyerang Lubnan untuk menguasainya.
Sejak awal 1983M, Yahudi meluaskan bidang tanah yang dikuasai oleh
angkatan Tentera Lubnan Selatan. Ia merangkumi semua tanah yang terletak di
selatan alLithoni.
Pada 1986M, Itan mengisytiharkan, tentera Israel mesti terus kekal dan
berkembang sehingga sempadan sungai alLithoni.
Jadi Israel telah meluahkan katakatanya, melaksanakan polisinya dan
memperkukuhkan penjajahannya. Ia juga membeli tali barut dan menghasut kuasa
besar. Sementara negara besar pula menyokong setiap langkahnya.
Namun, adakah semua ini membawa faedah dalam berhadapan serangan
angkatan penentangan Islam? Atau ia terpaksa meninggalkan polisi, impian dan
ketamakannya dalam keadaan kerdil dan hina? Bahkan ia terpaksa meninggalkan
tali barut dan penjajahannya demi melepaskan diri daripada neraka penentangan
Islam, bukannya penentangan sekular. Dan adakah golongan sekular melakukan
penentangan?!
Israel telah mempelajari satu pengajaran besar. Adakah ia juga memberi
pengajaran kepada kita dalam usaha menuntut kembali hak? Adakah pergerakan
kita menuju kepada penyelesaian yang betul? Kita berharap demikian.
Israel Tumbang Berhadapan Penentangan Lubnan
Tanpa rundingan dan syarat, penentangan Islam yang berani dapat mengusir
Israel daripada selatan Lubnan. Allah s.w.t yang Maha Benar ingin menunjukkan
kepada kita kehinaan Israel dan konconya. Juga menjatuhkan keangkuhan Zionis
yang mendakwa telah memberi kehinaan kepada Arab dan orang Islam. Ia hanya
75
mengenakan kehinaan kepada para penguasa yang haprak dan tidak mewakili
bangsanya. Israel telah dihalau oleh sekelompok anakanak Islam.
Ya, Islam yang perkasa mampu melahirkan pahlawan. Akidah pula
penyumbang yang banyak. Sementara iman gudang para perwira. Sesiapa yang
melihat kegembiraan yang dikecapi Lubnan hari ini, menyaksikan kubu musuh
runtuh satu persatu dan militan yang menjadi tali barutnya menyerahkan kawasan
dan senjata mereka. Mereka mencampak diri ke alam yang tidak ketahuan, dia****
102 akan berkata: Semoga tangan perwira tentera Islam, kubu akidah dan perisai
iman sejahtera.
Sesiapa yang memerhatikan dengan mata kepalanya rakyat Lubnan memasuki
kampung dan kota yang dibebaskan, kembali ke negeri yang diambil semula
daripada tangan musuh, setelah beberapa tahun yang panjang, dia akan
mengetahui, kejayaan terletak dalam jihad, kemenangan datang bersama
kesabaran, kelapangan datang bersama kesempitan dan kesenangan tercapai
bersama susah payah.
Sesiapa yang menyaksikan keputusan untuk menyerah kalah kuasa Zionis
yang takabur, kecundangnya peralatan ketenteraan yang canggih, kepanikan
anggota tentera, kesungkuran para panglima dan ketempiaran para musuh yang
lari, dia mengetahui bahawa pertolongan Allah adalah dekat, jika kita ‘membantu’
Nya. KemenanganNya yang nyata pasti datang jika kita jujur kepadaNya. Janji
Nya yang benar pasti tiba tanpa ragu lagi jika kita mengasahkan azam, menjaga
janji, melakukan persediaan dan ikhlas dalam bertawakkal kepadaNya.
Darah dan daging jihad di Lubnan berlandaskan Islam. Ia bermula selepas
berlaku fitnah perbalahan yang membabi buta. Tetapi ia belajar daripada tribulasi
yang berlaku. Dengan itu, ia dapat menyatukan bangsanya sama ada Maroon
mahupun Islam ke arah objektif negaranya dan kepentingan bangsanya. Ia juga
dapat melahirkan sebuah kerajaan tanah air yang enggan menjadi tali barut
kepada Timur mahupun Barat, bertekad untuk berinteraksi dengan mereka yang
ikhlas, membuang para pengkhianat dan menyokong golongan mujahidin. Justeru
itu, jalannya jelas dan matlamat di hadapannya terang. Ia berkeras untuk
mencapai objektifnya.
Di kala itu, angkatan Islam yang berikrar untuk berjihad telah mara ke depan
dengan akal yang siap siaga, fikiran yang murni lagi menasihati, pimpinan yang
sedar, tindakan yang dikaji dan pelan yang bijaksana. Pelan tersebut menilai segala
halangan dan bersedia untuk berkorban. Iaitu pada waktu ufuq menghitam, malam
gelap gulita dan tanduk syaitan menyerlah. Namun, angkatan Islam berpaut
kepada jaluran cahaya pagi dan bergantung kepada dahan fajar Islam. Lalu muncul
siang di hadapannya dan mentari dhuha menyinari tanahairnya. Lantas kelawar
melarikan diri.
Kita perhatikan panglima kepada perjuangan bersenjata Lubnan, ketika beliau
memberi sorotan terhadap perjalanan perjuangan ini, katanya:
76
“Kita telah tiba ke fasa orang ramai merasakan mereka berhadapan bala
bencana yang mengganas dan membabi buta. Dalam fasa ini, orang dewasa menjadi
tua ganyut dan kanakkanak meningkat beruban. Sementara orang beriman
berjuang sehingga dia menemui Tuhannya. Dia mencari tanda kebenaran dan
alamat jalan sedangkan orang lain dalam kebingungan tentang urusan mereka.
Sama ada mereka bangun mengharungi fitnah perbalahan ataupun duduk
meninggalkan kewajipan dan menyimpang daripada landasan.
Kita berada di fasa perkara yang paling penting ialah keyakinan, pandangan
yang betul lagi tepat dan pengetahuan yang menyeluruh. Ini supaya kita tidak
sesat 40 tahun di padang pasir kesesatan sekali lagi. Juga supaya kita tidak
berpada pada penghujungnya untuk berdiri di kampung halaman yang
ditinggalkan, menyanyi mengharapkan keagungan dan kemenangan, serta
menangisi kehinaan dan kekalahan kita.
Di samping keyakinan, kita memerlukan perasaan berbangga dan kemahuan.
Tanpanya, kita berada di kedudukan menunggu bukannya kedudukan merubah. Di
samping tekad dan kemahuan juga, kita memerlukan ruh pengorbanan, kesediaan,
curahan sumbangan, penat lelah dan kesabaran menanggung musibah, malapetaka
dan kesakitan.
Sebelum ini, begitulah keadaan bangsa kita. Mereka telah mempersembahkan
banyak pengorbanan. Sepanjang 50 tahun konflik ArabIsrael terdapat contoh
kejantanan. Mereka tidak penat dan lemah. Sebaliknya, yang lemah hanya para
pimpinan, pemegang kerusi dan orang yang berjawatan. Sementara rakyat telah
membuktikan mereka sentiasa tampil untuk berkorban demi anakanak, permata
hati dan tunggak kehidupannya. Jika suatu hari rakyat keletihan, mereka letih
kerana para pemimpin mereka, bukan kerana pengorbanan dan risalah mereka.
Inilah dia bangsa Palestin yang diberkati lagi cemerlang. Meskipun segala
malapetaka yang dihadapi, kita dapati mereka tampil bersama pemuda, warga tua
dan kanakkanaknya di jalanjalan Palestin seraya mendabikkan dada kepada
peluru dan api.”
Kemudian beliau berkata:
“Kita semua berhadapan dengan dua cabaran besar:
Pertama: Projek Zionis untuk menguasai seluruh kawasan ini dalam pelbagai
aspek; ekonomi, politik, keselamatan dan budaya… melalui senjata kompromi,
normalisasi dan seumpamanya, bagi merealisasikan gagasan Israel Raya.
Kedua: Penjajahan berterusan ke atas seluruh Palestin. Gaza dan Tebing
Barat tidak terkecuali.
Di dalam menghadapi cabaran pertama, saya berkeyakinan kita semua;
golongan Islamis, nasionalis dan patriotis, mestilah menentukan segala mercu
tanda projek Zionis ini, ancaman dan cara menghadapinya. Kita juga perlu
memberitahu umat kita tentang perkara tersebut dan membangkitkan mereka ke
77
arah usaha ini. Setiap peribadi, pergerakan dan parti kita di seluruh negara Arab
dan Islam hendaklah bertukar kepada kerangka yang saling melengkapi dan
bekerjasama dalam menghadapi bahaya ini.
Sementara itu, dalam menghadapi cabaran kedua, isu Palestin merupakan isu
seluruh umat. Palestin akan tetap kekal sebagai negara Arab dan Islam selagi
langit dan bumi wujud. Kita percaya amal jihad di Palestin walaupun dengan
keupayaannya yang rendah, namun semangat kecintaan untuk syahid yang tinggi,
mampu untuk menewaskan Israel serta mengusirnya dari kawasan ini. Bom
manusia berani mati ala Hamas dan Jihad Islami, ledakan muntahan peluru,
tikaman pisau hinggakan oleh warga tua dan wanita dan lontaran batu daripada
kanakkanak, mampu bersama perjalanan waktu untuk meletakkan kumpulan
penghuni Yahudi yang menyerang untuk berada di hadapan kesudahan yang satu.
Iaitu mesti pulang ke negara dari mana mereka datang. Percayalah kepada saya.
Dalaman Israel lebih rapuh daripada sarang labahlabah.”
Ya, bukan hanya Israel sahaja, bahkan mereka yang di belakangnya juga. Di
mana Amerika? Kenapa ia tidak dapat mempertahankan Israel di selatan Lubnan.
Ia tidak dapat bertapak kukuh di bumi tersebut, mahupun meletak Hizbollah dalam
senarai pengganas yang diperangi dan berkempen menyerangnya.
Israel dan mereka yang di belakangnya mengetahui kekuatan Islam,
kegagahan tenteranya dan keazaman perwiranya. Ia tidak jauh daripada usaha
yang berlaku sekarang di negara Arab dan Islam. Usaha tersebut cuba
mengosongkan medan, melemahkan kekuatan dan mengeringkan sumber (Islam).
Oleh itu, kita lihat mereka yang mencela alQuran, memerangi Islam, membanteras
kadernya dan mengisi penjara dan kem tahanan di sana sini dengan mereka. Kita
juga saksikan mereka yang membunuh dan ‘membersih’ para pahlawan jihad di
Palestin, iaitu di tangan penguasa Palestin dan bukannya Yahudi dan Zionis.
Sesungguhnya, bangsa yang diam hari ini, mereka tidak akan diam esoknya,
untuk mempertahankan hak, agama, bumi dan tempat suci mereka. Sekiranya
penjajah telah membentuk pengikut (tali barut) mereka, maka Islam juga telah
mendidik tokoh dan perwiranya. Sekiranya penjajah telah menghasut musuh, tali
barut dan golongan cabul, Islam pada masa yang sama telah menggerakkan para
mujahid, mereka yang merdeka (dari pengaruh musuh) dan mulia. Sesungguhnya
pertolongan Allah sangat dekat… Oleh itu, mata mereka yang pengecut tidak dapat
tidur. Mata mereka yang pengecut tidak dapat tidur.
78
KEBANGKITAN ISLAM, INTIFADHAH DAN AL-
QUDS
Perbincangan 1: Kebangkitan Islam di Palestin
79
4. Penguasaan generasi muda yang terpelajar dan memahami agama ke atas
jamaah Islam. Mereka dapat mengasaskan cawangan di Semenanjung Gaza
yang bertunjangkan kemasyarakatan dan gerakan rakyat, di samping
melakukan anjakan bagi dakwah Islam kepada dakwah bercirikan harakah dan
pergerakan yang tersusun.
5. Kecenderungan rakyat Palestin kepada Islam, iaitu sebagai tindak balas
terhadap rutin Israel yang membunuh dan menindas.
6. Surutnya pengaruh Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) selepas
pembantaian teruk yang diterimanya di Lubnan dan pengusiran dari negara
tersebut.
7. Keteguhan kader gerakan Islam di medan jihad, keikhlasan dan kesebatian
mereka dengan rakyat muslim. Mereka tidak tunduk kepada godaan yang telah
menjebak orang lain, mahupun tali barut yang memecah belahkan ramai
pendukung slogan kosong.
8. Gerakan Islam memasuki kancah pertempuran dengan Israel. Ia di bawah
kepimpinan Syeikh Ahmad Yasin. Beliau telah dihukum penjara selama 13
tahun. Begitu juga, kejayaan jamaah Islam dalam menghidupkan isu Palestin
di tengahtengah ketidakupayaan Arab yang semakin mengalah. Oleh itu, ia
menjadi harapan kepada umat Islam bagi mengembalikan hak dan kemuliaan
mereka.
9. Gerakan Islam bergantung kepada metode pendidikan Islam untuk para
kadernya yang bekerja di medan. Ia juga bergantung kepada pembentukan
mereka beracuankan ajaran Islam yang sempurna di samping menghidupkan
ruh kewajipan jihad melawan musuh Zionis, bukannya melawan regim
pemerintah dan penguasa.
10. Kemampuan mereka untuk menggerakkan jalanan Palestin. Ia ditampilkan
oleh intifadhah yang menimpakan kecelakaan kepada Yahudi dan memalukan
mereka di media antarabangsa. Manusia telah tahu siapakah Yahudi
sebenarnya. Intifadhah juga menyedarkan perasaan sejagat dan hak
kemanusiaan.
Gerakan Penentangan Islam Hamas dianggap sebagai wajah politik yang
berperang untuk gerakan Islam di Palestin. Penubuhannya datang sebagai
pantulan kepada perkembangan yang ditambah kepada gerakan Islam. Di dalam
perkembangan tersebut, tarbiah keimanan digabungkan dengan ruh jihad untuk
membebaskan bumi yang dijajah dan mempertahankan bangsa yang ditindas di
bawah penjajahan. Oleh itu, usaha menegakkan negara Islam berjalan melalui
perjuangan jihad melawan penjajah yang merampas (tanah air Islam). Bahkan
konflik dengan Zionis menjadi jalan untuk menegakkan negara Islam seperti ini di
Palestin.
Gerakan Islam Hamas di Palestin mempunyai asal usul jihad di Palestin,
kerana ia menjadi pengganti Ikhwan alMuslimin dalam perjuangan tersebut.
80
Ikhwan telah memerangi Yahudi buat sekian zaman. Mereka telah menyebabkan
Yahudi merasa kepahitan dan keperitan. Mereka juga hampirhampir membersih
kan Palestin daripada kotoran penjajahan ini jika bukan kerana pengkhianatan si
tukang turut penjajah yang diketahui umum. Begitu juga penangkapan para
mujahid di medan tempur dan mereka disumbatkan ke dalam penjara, serta
pembunuhan pimpinan mereka, Imam Hasan alBanna, sebagaimana yang kami
nyatakan sebelum ini.
Sekarang peranan dan senario yang sama berulang. Setelah Hamas
mengisytiharkan jihad melawan dan mengakibatkan kerugian teruk kepada musuh
dan setelah ia menggerakkan rakyat Palestin dalam intifadhah yang diberkati.
Begitu juga, setelah bom manusia melakukan serangannya terhadap musuh dan
setelah dunia melihat Yahudi buat pertama kali meminta bantuan dan mula
berhijrah kembali dari Israel ke tempat asal mereka datang, ‘Arafat dipanggil
secara tergesagesa dengan perlindungan tali barut Israel. Mereka dipersiapkan
sebagai polis dan alat pembasmian untuk berperanan menangkap kader Hamas
yang berjuang, membunuh pimpinan mereka seperti Yahya 'Ayyash dan rakan
rakannya di samping menyerahkan para aktivisnya kepada Israel. Hinggakan
kader Hamas yang merengkok di dalam penjara Israel mencecah 4,000 orang dan
begitu juga di penjara ‘Arafat.
‘Arafat telah menjual jihad dan bumi umatnya di jalan fata morgana. Pihak
berkuasa di bawah pimpinan beliau dan para pengawalnya melindungi orang Israel
dan penempatan mereka. Regimregim pemerintah pula mengheret muka mereka
ke Persidangan Syarm asSyeikh untuk mengutuk Hamas, menyifatkan mereka
sebagai pengganas, menyeru agar mereka dihapuskan, menggenggam tangan
‘Arafat (menyokong tindakannya) dan menulis surat akuan tidak bersalah untuk
Israel. Padahal Israel dalam tahun 90an sahaja telah membunuh 1,495 orang
kanakkanak, wanita dan warga tua Palestin. Dalam tempoh tersebut juga, ia telah
mencederakan 130,787 orang berdasarkan taksiran antarabangsa, di samping
merobohkan 2,470 rumah.
Pembunuhan masih berterusan. Begitu juga perobohan rumah, penyitaan
tanah dan pembinaan penempatan Yahudi. Rundingan sejak 11 tahun lalu masih
berterusan dan angkara ‘Arafat juga berterusan. Adakah mereka yang ikhlas dapat
memikirkan jalan yang berkesan untuk melepaskan diri daripada barah Zionis ini?
Adakah boleh regim pemerintah mengizinkan amal Islam yang rasional lagi
proaktif menolong mereka untuk membalas serangan barah ini? Atau orang yang
zalim ini terus menzalimi diri, umat dan agama Islam mereka? Adakah kita dapat
memperolehi jawapan kepada persoalan ini? Kenapakah puak Maroon, Druze,
‘Alawi dan Sunni membela jihad Islam di Lubnan dan mereka tidak
mengkhianatinya? Kenapakah seorang muslim, ‘Arafat dan lainlain mensiasiakan
jihad Islam dan menjualnya bersama Palestin kepada Yahudi? Kenapakah
pengkhianatan tidak muncul di Lubnan, tetapi ‘Arafat dan konconya muncul di
Palestin? Jawablah rintihan kami. Semoga Allah merahmati kamu. Jadi siapakah
di kalangan mereka ini lebih baik tempat tinggalnya dan lebih elok majlis
81
perhimpunannya? Jawablah pertanyaan kami. Semoga Allah merahmati kamu.
Semoga Allah merahmati kamu!!
Perbincangan 2: Intifadhah Besar Dan Perkembangan Isu Palestin
Maksud intifadhah
Maksud intifadhah ialah konfrontasi massa rakyat Palestin yang meletus dan
merebak bagi menentang angkatan tentera penjajahan Israel di Tebing Barat dan
Semenanjung Gaza pada Disember 1987. Ia berterusan sehingga Mei 1994.
Konfrontasi ini bercirikan perang rakyat awam menentang angkatan tentera
bersenjata. Ia menjadi kejutan kepada penjajah Israel dan kuasa antarabangsa dari
aspek saiz penglibatan, waktu, kesan rentetan daripadanya dan tempoh masa
penerusannya.
Faktor yang membawa kepada meletus dan merebaknya intifadhah:
1. Amalan penindasan dan pencerobohan berterusan yang dialami oleh bangsa
Palestin.
2. Percubaan memadamkan kewujudan bangsa Palestin dan penyitaan tanah
mereka.
3. Pengepungan ekonomi dan politik bangsa Palestin di dalam negara oleh pihak
penjajah.
4. Bangsa Palestin di dalam negara berputus asa terhadap manamana
penyelesaian politik mahupun keprihatinan sebenar negaranegara Arab.
5. Percubaan berterusan untuk menyingkirkan isu Palestin di peringkat
antarabangsa.
6. Kebangkitan Islam berkembang di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
7. Saudaramara dan rakan taulan berlepas tangan daripada isu Palestin.
8. Kemerosotan pengaruh politik Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
9. Kemunculan Orde Baru Dunia yang dimonopoli oleh Amerika Syarikat dan
komitmennya memelihara Israel.
Permulaan Pelancaran Intifadhah
82
2. Melaksanakan prinsip ‘Rabin’ untuk menghancurkan tulang kerangka
intifadhah, berdasarkan nasihat kerajaan Amerika.
3. Mengusir beratus penduduk Palestin dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
4. Hukuman beramairamai, contohnya penyiksaan penduduk kampung dan kem
pelarian, sekatan perjalanan dan memutuskan sistem pengangkutan dan
komunikasi.
5. Merampas identiti, menimbus kampung dan mendirikan sekatan tentera yang
kekal dan bergerak.
6. Menggunakan peluru hidup yang diharamkan antarabangsa, dipanggil
‘damdam’.
7. Merobohkan dan meranapkan rumah, merampas tanah dan melakukan
penangkapan secara rambang.
8. Menyekat bekalan keperluan asas dan merendahkan pengaliran wang.
9. Menutup pasar dan merosakkan hasil tanaman.
10. Memecahkan mogok perdagangan.
11. Menceroboh kehormatan tempat suci terutamanya masjid.
12. Penduduk awam Yahudi turut serta bersama tentera dan penggunaan senjata
untuk menakut dan membunuh orang awam.
Jadual di bawah menjelaskan keganasan yang dilakukan oleh orang Israel:
83
84
85
Objektif Intifadhah
86
1. Memaksa pasukan tentera penjajah untuk mengundurkan diri dari wilayah
yang dijajah pada 1967.
2. Melepaskan para tahanan, menolak penempatan Yahudi dan polisi pengusiran
dan penangkapan politik.
3. Menghentikan amalan penindasan terhadap penduduk awam dan tahanan.
4. Memansuhkan polisi sekatan perjalanan dan gangguan.
5. Berhenti menyebarkan amalan keji dan kerosakan.
6. Berhenti membubarkan majlis tempatan, perbandaran dan kabilah/keluarga.
Medium Intifadhah
Batu lastik molotov tayar terpakai tongkat paku pisau batang besi
dan lainlain.
Natijah
1. Memaksa orang Israel mengakui hakikat tertentu tentang wilayah yang dijajah.
2. Menunjukkan orang Palestin tidak suka hidup di bawah penjajahan yang
berterusan.
3. Mengajar orang Israel bahawa penjajahan biasanya musnah. Para pemimpin
yang memberi kenyataan lain, sama ada mereka dungu ataupun penipu.
Fasa Intifadhah
1. Fasa pertama:
Konfrontasi massa yang menyeluruh: (mogok umum melanggar perintah
berkurung demontrasi dan lainlain).
Keistimewaan fasa ini:
Perancangan yang berobjektif menyebabkan kerugian ekonomi kepada
penjajah (pemboikotan barangan Israel tidak membayar cukai memboikot jentera
pemerintahan Israel).
2. Fasa kedua:
Konfrontasi massa di samping pengembangan taktik yang selari oleh kader
organisasi.
Keistimewaan fasa ini:
Mengfokuskan langkah berdikari/kendiri (menguatkan jati diri) pembinaan
institusi tanah air pemboikotan pentadbiran awam perletakan jawatan oleh para
pegawai Palestin di jabatan kerajaan penjajah.
3. Fasa ketiga:
87
Kemerosotan kegiatan massa dan peningkatan operasi bersenjata disebabkan
berlakunya Persidangan Madrid (Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan
negara yang berkonfrontasi bersetuju untuk melakukan persidangan damai).
Sebab massa meninggalkan penyertaan dalam aktiviti intifadhah sejak awal
1991
i. Percanggahan pandangan antara kumpulankumpulan berpengaruh Palestin
berkenaan intifadhah. Percanggahan ini memberi saham dalam proses
pereputan dalaman yang mendorong tindakan negatif setengah kumpulan
kepada kumpulan yang lain.
ii. Tindakan liar Zionis dalam membendung intifadhah, khususnya proses
penangkapan besarbesaran terhadap barisan pimpinan intifadhah, khasnya
Hamas.
iii. Percubaan menyelinap dan mencetuskan perbalahan di dalam saf rakyat
Palestin. Yang paling ketara ialah usaha memprovokasi sentimen organisasi
antara kumpulan, menyekat pimpinan intifadhah daripada senjata utama
nya dan menggunakan tali barut dalam barisan setengah organisasi untuk
menimbulkan konflik sesama aktivis.
iv. Setengah tokoh politik berusaha menggoyahkan binaan dalaman intifadhah
di sebalik alasan ‘mengkritik diri sendiri’.
v. Situasi politik yang mengepung umat Islam sebaik sahaja krisis Perang
Teluk 1990 di samping pukulan yang diterima oleh intifadhah disebabkan
pendirian pimpinan PLO yang menyokong Iraq.
vi. Bermulanya proses damai di Persidangan Madrid 1991. Ia mencetuskan
konflik antara rancangan kompromi dengan rancangan penentangan. Iaitu
program yang dimahkotakan hasil persetujuan Oslo pada 13 September
1993. Program ini memaksa PLO mempertahankan pendirian dan komitmen
barunya dengan Israel untuk menghentikan intifadhah atau manamana
tindakan anti tentera Israel. Di samping itu juga, pasukan keselamatan
Palestin telah memikul tanggungjawab keamanan secara langsung bersama
angkatan tentera penjajah.
Boleh dikatakan, persetujuan Oslo yang diadakan antara PLO dan Israel telah
mengisytiharkan tamatnya intifadhah rakyat. Sekaligus, konfrontasi terhadap
tentera penjajah terbatas kepada operasi bersenjata oleh pihak pembangkang.
Keistimewaan Intifadhah
1. Penglibatan rakyat. Intifadhah bukan gerak gempur yang dilakukan oleh satu
kumpulan tanpa melibatkan kumpulan lain. Bahkan bebanan terbesarnya
terletak di atas bahu segenap lapisan rakyat dan alirannya.
88
2. Wujud pimpinan di arena lapangan (field leader) yang bergerak dalam barisan
rakyat. Situasi ini dalam tempoh yang lama memberikan pengalaman dan
latihan untuk berkonfrontasi kepada para pemimpin ini.
3. Hubungkait intifadhah dengan keputusan rakyat Palestin sendiri dan bukan
keputusan pihak luar. Ini menjadi bukti penerusan perjuangan dan keengganan
menyerah kalah.
4. Pecahnya kepercayaan Palestin tentang kemungkinan berterusannya status
quo penjajahan ketenteraan Yahudi.
5. Simpati pandangan umum dunia terhadap rakyat Palestin dan betapa perlu
mengiktiraf aspirasi mereka semakin bertambah.
6. Intifadhah menyingkap kepalsuan dakwaan perlaksanaan demokrasi oleh
Israel. Di samping menyerlahkan identiti sebenarnya yang bersifat perkauman
dan membuat penempatan baru (dengan merampas hak orang lain).
7. Pembentukan identiti patriotik bagi rakyat Palestin dan menampilkan
keanggotaan tamadun mereka bersama umat Islam.
8. Intifadhah menghalakan pukulan maut kepada tali barut Israel dan mereka
yang bekerjasama dengan perisikannya.
9. Intifadhah membina generasi baru yang istimewa dengan keberanian,
keyakinan diri dan cintakan kerjasama dan tolong menolong.
10. Memberi contoh hidup kepada jihad dan menghimpunkan pelbagai kumpulan
Palestin sebagai ganti kepada perpecahan dan pertikaman lidah.
Boleh dikatakan perubahan yang dilakukan oleh intifadhah adalah mencakupi
situasi politik, program penentangan, situasi sosial dan realiti perkauman Islam
bagi umat. Ia juga berjaya mengembalikan semula rakyat Palestin ke dalam peta
politik dan menghidupkan kembali penentangan yang pernah berleluasa pada
dekad 60an daripada abad ke20.
Tamatnya Intifadhah
Intifadhah terbesar yang berakhir ini menegaskan penolakan rakyat Palestin
untuk lebur di dalam entiti negara Israel. Ia juga menegaskan bahawa generasi
yang membesar di bawah bayangan penjajahan masih menolak penjajahan ini
(sekalipun pelbagai cubaan meleburkan identiti mereka dilakukan).
Boleh dikatakan, intifadhah bermula ketika ketiadaan PLO di arena politik
dan ketenteraan, iaitu selepas pembantaian 1982 dan selepas persidangan
kemuncak yang mengabaikan isu Palestin dan PLO. Intifadhah ini berakhir dengan
tertegaknya pemerintahan autonomi ke atas 60% Semenanjung Gaza dan beberapa
bumi Palestin melalui persetujuan Oslo.
Tetapi adakah kuasa autonomi membawa faedah kepada orang Palestin?
Adakah ia alternatif yang berjaya kepada intifadhah? Atau ia merupakan pemulaan
89
era penindasan, menggadaikan hak dan kerugian bagi isu Palestin? Inilah yang
disingkap oleh harihari yang berlalu. Kebenaran terus terserlah satu persatu.
Perbincangan Ketiga: Isu AlQuds Dan Masa Depannya
90
Strategi Yahudi Menguasai AlQuds
Langkah Pengyahudian:
Operasi mengyahudikan alQuds mengambil beberapa bentuk. Kelebihan
perlaksanaanya kembali kepada penyelarasan yang terancang antara Yahudi
sedunia dengan negaranegara imperialis. Antara projek pengyahudian yang paling
menyerlah ialah projek Moshe Montefury, pegawai istana Ratu England dan ahli
korporat yang berbesankan keluarga bangsawan Yahudi. Beliau dapat
mempengaruhi Britain dan Perancis untuk menekan negara ‘Otsmaniyyah guna
mengeluarkan dekri yang mengizinkan penubuhan institusi Yahudi di Palestin dan
alQuds.
Peranan yang dilakukan oleh Montefury:
1. Menyusun rombongan kerja ke Palestin untuk menubuhkan kampung Yahudi
pada 1827.
2. Mengadakan persetujuan dengan pelbagai kumpulan Yahudi di England, Itali,
Romania, Maghribi dan Russia untuk untuk melaksanakan projek beliau.
91
3. Melakukan operasi bancian Yahudi di tengahtengah alQuds dan seluruh
pelusuk Palestin pada 1839 supaya kota Baitul Maqdis menjadi titik
pelancaran.
4. Melakukan pembinaan 27 penempatan Yahudi dalam tempoh 18431897M.
5. Mengambil sebidang tanah daripada Sultan ‘Otsmani dengan alasan membina
hospital. Di atas tanah itu, beliau mendirikan penempatanYahudi yang
pertama, iaitu pada 1859M.
6. Melakukan pembinaan tempat tinggal awam bagi Yahudi.
7. Pada kurun ke19, didirikan kampungkampung lain sepanjang jalanjalan yang
menuju ke pintu masuk kota.
8. Zionis melakukan helah terhadap undangundang dengan membeli tanah yang
dibina kampung penempatan melalui bantuan Konsul Britain di alQuds.
9. Pada 1917M, perancang Zionis melaksanakan fasa penting dalam mengepung
kota alQuds.
10. Hertzel datang ke Palestin dalam tempoh antara 26 Oktober hingga 4
November 1903M untuk membentuk gagasan penubuhan tanahair perkauman
bagi Yahudi di Palestin. Beliau mengemukakan memorandum terperinci kepada
Maharaja Jerman berkenaan Zionis dan objektif yang ingin direalisasikan
beliau di bumi Palestin. Beliau telah merangka penempatan Yahudi di alQuds
supaya ia menjadi tunjang bagi para pendatang Yahudi berkembang ke seluruh
pelusuk Palestin.
Dengan ini, perubahan yang begitu ketara terhadap keadaan kota alQuds
telah berlaku sebaik sahaja negara Israel tertegak di bumi arab Palestin pada
1948M. Perkembangan ini berlaku dalam dua fasa yang penting daripada fasa
perkembangan konflik ArabIsrael:
Fasa Pertama
Daripada Mei 1948M sehingga peperangan meletus pada Jun 1967M. Dalam
tempoh ini, kota suci tersebut telah dibahagikan kepada dua bahagian. Setiap
bahagian tunduk kepada pentadbiran undangundang dan politik yang berbeza
daripada yang lain. Ini adalah kali pertama dalam sejarah kota tersebut, ia
dibahagikan kepada dua. Kerana alQuds sepanjang sejarah tetap satu tanpa
dibahagikan.
Ringkasan Sejarah AlQuds (*)
* Fail ini disediakan oleh Dr. Ibrahim Abu 'Arqub, pensyarah Sosiologi di Universiti of Jordan.
636M: Khalifah yang memperolehi petunjuk, ‘Umar bin alKhatthob membuka
alQuds dan menghalau Rom daripada Palestin. Penduduknya memeluk Islam. Al
Quds terus berada di bawah pemerintahan Islam hingga 1099M apabila tentera
Salib menaklukinya.
92
691M: Khalifah kerajaan Uamayyah, Abdul Malik bin Marwan membina
Qubbat asShokhroh (Kubah Batu/Dome of Rock) yang mulia.
692M: Khalifah Abdul Malik bin Marwan memulakan pembinaan Masjid al
Aqsa. Kemudian, alWalid bin Abdul Malik menyempurnakan pembinaannya pada
705M.
15 Julai 1099M: Pihak Salib menakluki alQuds. Mereka membunuh 70 ribu
orang Islam dalam Masjid alAqsa.
2 Oktober 1187M: Sholahuddin alAyyubi membebaskan alQuds selepas
kemenangan beliau ke atas pihak Salib dalam perang Hiththin.
1517M: Palestin menjadi sebahagian wilayah milik empayar Islam
‘Otsmaniyyah.
11 Disember 1917M: Jeneral Britain, Edmund Allenby menakluki alQuds
selepas kekalahan negara ‘Otsmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama.
1924M: AlQuds berada di bawah pemerintahan Britain selepas Musthofa
Kamal Ataturk memansuhkan Khilafah. Ia tidak lagi menjadi wilayah milik negara
Turki.
14 Februari 1948M: Perdana Menteri Zionis ketika itu, David Ben Gurion
mengeluarkan arahan kepada gerilanya di alQuds, Hagana untuk menakluki
seluruh pelusuk kota tersebut.
30 April 1948M: Yahudi menakluki bahagian Barat alQuds seperti alBuq‘ah
atTaht, alBuq‘ah alUlya, alQothmun dan penempatan Jerman dan Greece. Ini 15
hari sebelum tamatnya mandat Britain.
5 Disember 1949M: Perdana Menteri Zionis, Ben Gurion menetapkan
pengambilan alQuds sebagai ibu kota negara Yahudi dan berpindah ke sana.
23 Januari 1950M: Israel mengisytiharkan alQuds Barat sebagai ibu
kotanya.
7 Jun 1967M: Angkatan perang Israel menakluki kota alQuds. Masjid alAqsa
dan Kubah asSokhroh/Dome of Rock jatuh dalam tawanan Zionis.
27 Jun 1967M: Pihak berkuasa Israel mengambil ketetapan menyatukan al
Quds Barat dan alQuds Timur.
29 Jun 1967M: Perintah tentera Israel dikeluarkan untuk membubarkan
Majlis Bandaran alQuds dan dipindahkan segala harta miliknya, sama ada harta
boleh alih mahupun tidak, ke bawah pengurusan majlis perbandaran penjajah
Israel.
30 Jun 1967M: Penguasa tentera Israel memansuhkan undangundang dan
sistem pentadbiran Jordan dengan menggantikannya dengan undangundang
tentera. Iaitu pada19 hari selepas perang 6 Jun 1967.
93
Julai 1967M: Israel mengisytiharkan alQuds sebagai ibu kota bersatu bagi
Israel.
1 Ogos 1969M: Seorang pelancong Australia berbangsa Yahudi, Dennis
Michael Rohan membakar Masjid alAqsa, hasil hasutan beberapa pihak fanatik
Yahudi dalam kerajaan dan organisasi pengganas Zionis.
29 Januari 1976M: Kumpulan perdamaian Israel di alQuds mengeluarkan
ketetapan bersifat provokasi yang memberikan hak kepada Yahudi untuk
menunaikan upacara keagamaan di perkarangan Masjid alAqsa.
30 Julai 1980M: Pengisytiharan penggabungan alQuds dari segi politik ke
dalam negara Zionis dan mengisytiharkannya sebagai ibu kota bersatu kepada
Israel untuk selamalamanya.
28 Ogos 1981M: Para pegawai Hal Ehwal Agama Israel melakukan penggalian
terowong di utara Wailing Wall dan di bawah Masjid alAqsa.
25 Julai 1982M: Terbongkarnya perancangan yang disediakan oleh ????
***Yaol Lerner******?????, seorang pengikut kepada Rabbi Meir Kahane (ketua
gerakan Kach) untuk memusnahkan Kubah asSokhroh yang mulia.
10 Mac 1983M: Kumpulan pengganas Yahudi, ?????*****Ghousy
Amonem****??????? cuba menguasai alAqsa dengan bom dan mesingan.
8 Oktober 1990M: Angkatan tentera penjajah Israel melakukan
penyembelihan terhadap orangorang yang bersembahyang di Masjid alAqsa. Ini
berlaku selepas mereka melepaskan tembakan ke arah para jemaah sembahyang di
perkarangan alAqsa sejurus setelah menunaikan sembahyang. Lebih 20 orang
terbunuh dan hampir 150 yang lain cedera.
24 September 1996M: Pihak berkuasa penjajah membuka terowong ketiga di
bawah kawasan suci alQuds, sejurus selepas perayaan pengampunan Yahudi (Day
of Atonement/Yom Kippur). Terowong sepanjang kirakira 400m ini terletak di
bawah Kompleks Arab Islam dan berhampiran tapak Masjid alAqsa.
1 Jun 2000M: Yahudi berunding dengan orang Palestin untuk memberikan
kampung Abu Dis kepada mereka (Palestin) sebagai ganti alQuds.
1 Julai 2000M: Isu alQuds masih berpusing di tempatnya. Kebanyakan
andaian mengandaikan ia tidak akan diselesaikan kecuali melalui salah satu cara;
sama ada melalui pengkhianatan Arab oleh Arafat, ataupun perang, ataupun
penentangan yang memaksa Israel menyerahkan hak Islam di alQuds.
Fasa Kedua:
Pada 1967M hingga waktu sekarang, seluruh kota ini tunduk kepada
penguasaan Yahudi. Sejak hari pertama perang 1967M, Israel bertindak
menggabungkan keduadua bahagian kota ini dan meletaknya di bawah
pentadbirannya. Sebagaimana Israel mula merubah ciri kota tersebut.
94
Pertubuhan Negara Islam Dan Kedudukan AlQuds
Jelas, polisi Israel terhadap alQuds berhala tuju mengada atau mencipta
realiti pentadbiran demografi yang sukar diubah atau dipinda. Ia juga tidak
mungkin dikendalikan dalam lingkungan rundingan penyelesaian akhir yang
bermula pada November 1999M.
Polisi ini meletakkan objektif pada akhirnya untuk merubah struktur asas al
Quds dari aspek keseimbangan penduduk. Ini dilakukan dengan mewujudkan
kedudukan yang dikehendaki di bumi realiti. Selepas penaklukan alQuds pada
1967M, Israel telah meletak undangundang baru bagi kepulangan rakyat Palestin
ke alQuds. Ia memberi orang Palestin di alQuds hak menetap sementara dan ini
berdasarkan sistem visa yang digariskan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Yahudi juga menumpukan perhatian kepada usaha memperluaskan ruang
lingkup geografi perbandaran alQuds. Perkara ini membolehkan Israel
menentukan tekanan realiti yang menjadi paksi perjalanan perundingan sehingga
ia dapat mengadakan alternatif yang diharap boleh diterima di peringkat
antarabangsa. Usaha ini meliputi pengasasan entiti baru yang dinamakan sebagai
95
alQuds, daripada kampung al‘Aziziah, Silwan dan Abu Dis, sedangkan alQuds
yang asal digantinama sebagai Ursyalim (Jerusalem). Entiti baru ini bersama al
Quds yang asal dinamakan sebagai alQuds Raya. Orang Palestin mengambil
kampungkampung tersebut sebagai ganti kepada alQuds yang asal dan mereka
terleka dengannya.
Pandangan Orang Israel Terhadap AlQuds:
Dibayangi oleh situasi dan pendirian Israel ini, rundingan status akhir (Final
Status Negotiations) bermula. Oleh itu, sekiranya sesuatu yang dijangka tentang al
Quds, dari satu segi, jangkaan tersebut mestilah dikaitkan dengan gambaran asasi
yang terbentuk di bumi nyata di alQuds. Dan dari segi lain pula, kedudukan al
Quds akan terkesan dengan arus perdana perkembangan rundingan hala tuju
PalestinIsrael.
Sejak rundingan akhir bermula pada 13 November 1999, dapat diperhatikan
dialog yang berlaku masih di peringkat pengesahan awal. Dengan ini, beberapa
pengamatan terhadapnya boleh diberikan, antaranya:
1. Rundingan ini bermula dalam bentuk terpaksa. Ia bermula sedangkan apa yang
dipersetujui pada fasa sebelumnya tidak dilaksanakan secara sempurna. Ini
meragukan keupayaan mengubah kedudukan berat sebelah yang memihak bagi
kepentingan Israel sepanjang perjalanan rundingan.
Rundingan ini juga bermula dalam situasi tiada sebarang syarat objektif bagi
mengawal suasana politik yang membayangi rundingan dan menghalang sebarang
pelanggaran syaratnya sebagaimana yang berlaku sebelumnya.
2. Sekalipun fasa rundingan ini mengandungi beberapa fail asasi; isu alQuds,
pelarian, sempadan dan negara Palestin, tetapi jelas bahawa perjalanan
rundingan sehingga kini hanya terbatas kepada perbincangan fail pelarian
sahaja. Ini bererti rundingan boleh berjalan tetapi bukan dalam bentuk yang
menyeluruh.
96
Para perunding Israel mengemukakan kemungkinan untuk menangguhkan
rundingan tentang alQuds berlandaskan pandangan pihak Israel, di mana
perkampunganperkampungan Arab dihimpunkan di Abu Rudais.
3. AlQuds tidak boleh dirundingkan. Berdasarkan laporan yang disiarkan dalam
akhbar ?????***Harts***???? pada 1 November 1999 mengenai pandangan
Barak berkenaan ruang lingkup penyelesaian terakhir, beliau menyatakan, Al
Quds akan kekal satu, tetapi sempadannya akan diperluaskan untuk meliputi
perkampungan Arab, dengan pengiktirafan orang Palestin terhadap alQuds
Barat sebagai ibu negara Israel.
Di dalam situasi ini, boleh dikatakan: Israel meletakkan syaratnya untuk
beralih ke rundingan kedudukan terakhir. Dari satu aspek, ia yang menentukan
jadual masa bagi topik rundingan. Dari aspek lain, ia turut menentukan isi
kandungan dan realiti sebenar bagi topik rundingan tersebut.
Selanjutnya boleh dikatakan: Tercapainya penyelesaian kepada isu alQuds
berkemungkinan tidak akan terkeluar daripada ruang lingkup pandangan Israel.
Ini melihatkan realiti kini telah menjadi kusut dalam bentuk yang sukar untuk
mengembalikan kembali keseimbangan antara orang Palestin dan Israel. Kesan
perkara ini terserlah sejak awal lagi sebagaimana yang berlaku dalam rundingan
berkenaan para pelarian. Perbahasan di dalam rundingan itu banyak
membincangkan berkenaan proses penempatan Yahudi.
Walau bagaimanapun, sekiranya Arab bersatu dan pandangan wilayah Islam
seia sekata, kedudukan boleh berubah kepada yang lebih baik, Insya Allah.
97
PELAN DAMAI KONFLIK ARAB-ISRAEL
1. Pelan Norway: Wakil Norway mengemukakan pelan resolusi kepada PBB pada
26 November 1952M untuk mewujudkan penyelesaian antara Arab dan Israel.
2. Pelan Alpha Amerika: Beberapa orang Amerika mengemukakan pelan yang
dinamakan Pelan Alpha Amerika (AngloAmerican Alpha Plan) pada September
1955M yang menyarankan Presiden Amerika, Roosevelt dan Miles Copelant
melakukan siri dialog dengan Jamal Abdul Nasir untuk menjadi orang tengah
antara beliau dengan Ben Gurion bagi menyelesaikan isu ini. Namun draf ini
ditolak oleh Ben Gurion kerana ketidaksediaannya untuk mengemukakan
sebarang tolak ansur kepada Arab.
3. Pelan Tunis 1965M: Habib Bourqibah, Presiden Republik Tunis mengumumkan
pelan penyelesaian pertelingkahan ArabIsrael yang berasaskan resolusi
pembahagian (Palestin), kepulangan para pelariannya, penubuhan negara
Palestin dan penamatan perang antara Arab dan Israel.
4. Pelan Alon 1967M: Menteri Luar Israel, Egal Alon mengemukakan pelan damai
pada Julai 1967M. Pelan tersebut menyeru kepada penggabungan suatu
kawasan yang luas daripada Tebing Barat ke dalam Israel dan menjadikan
Sungai Jordan sebagai garisan sempadan JordanIsrael. Pelan ini gagal.
Kemudian datang pula pelbagai pelan lain yang tidak mencatatkan kejayaan,
seperti:
Pelan Rogers 1970M, Pelan Raja Husain 1973M, Pelan Carter 1977M, Inisiatif
Damai Palestin 1988M, Pelan pemerintahan autonomi Syamir 1989M dan
Persidangan Madrid bagi Perdamaian Timur Tengah 1991M.
Persidangan Madrid Bagi Perdamaian Timur Tengah 1991M
Persidangan Damai Madrid yang diadakan pada 1991M merupakan kerangka
terakhir yang dikemukakan untuk menyelesaikan konflik tersebut. Ini hasil
inisiatif Presiden Amerika, George Bush pada 6 Mac 1991M dalam ucapan beliau di
hadapan Kongres. Beliau menyeru agar diadakan persidangan bagi pihak yang
98
bertelingkah. Semua pihak terbabit telah menyahut seruan ini untuk kali
pertamanya pada 12 November 1991M. Terbit daripada persidangan ini dua
bentuk rundingan, satunya rundingan dua hala dan keduanya rundingan pelbagai
hala, di mana dalam persidangan ini dijalankan rundingan secara langsung antara
pelbagai pihak Arab yang terlibat dalam konflik dengan Israel.
Persidangan ini dianggap sebagai titik tolak proses damai untuk
menyelesaikan konflik ArabIsrael yang tercetus sejak awal kurun ini di Timur
Tengah. Ia diadakan dengan kehadiran negara Arab yang berkonfrontasi, di
samping Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Negara Kesatuan Maghribi dan
negara Majlis Kerjasama Teluk dan Kesatuan Eropah di bawah anjuran bersama
AmerikaSoviet, iaitu George Bush dan Mikhail Gorbachev bagi peringkat sidang
kemuncak.
Draf persidangan ini secara asasnya berobjektif memecahkan kebekuan yang
berlaku dalam komunikasi politik di kawasan tersebut, khususnya konflik untuk
memecahkan “tembok jiwa” sebagaimana yang diungkapkan oleh salah seorang
daripada mereka. Ataupun dengan pengertian yang lebih halus, untuk
menyempurnakan proses menghilangkan tembok jiwa yang telah dimulakan oleh
Presiden Mesir yang telah pergi, Anwar Sadat dalam inisiatif khusus beliau
menziarahi alQuds pada 1977M. Langkah ini berfungsi untuk memecahkan
ketegangan konflik dan tindakbalas beberapa faktor ‘panas’nya yang menghala ke
arah ketidakstabilan politik dan keamanan khususnya di pihak Israel.
Sebagaimana ia juga berobjektif untuk menukarkan tabiat dialog antarabangsa
berkenaan penyelesaian konflik; daripada membahaskan isuisu asas yang
menyebabkan konflik kepada isuisu cabang yang mudah diselesaikan. Ini
bertujuan mengeskploitasikannya untuk menjadi pintu masuk kepada penyelesaian
isu yang lebih besar, dan untuk mewujudkan mekanisma rundingan yang kekal dan
berterusan antara kedua pihak. Seterusnya, berusaha untuk mengasaskan dasar
perdamaian sebagai ganti kepada dasar peperangan dalam hubungan antara kedua
pihak. Di samping mengadakan perubahan total di kawasan tersebut ke arah Timur
Tengah Baru yang menjadikan Israel pemain asasi di dalamnya, jika bukan sebagai
pemain terpenting.
Amerika Syarikat mengamalkan tekanan dalam konteks yang luas ke atas
pihak Arab. Pada masa yang sama, ia mengamalkan sehabishabis pujukan dan
luahan tidakselesa dengan pihak Israel melalui jaminan yang berturutturut
terhadap keamanan Israel dan penerimaan pelbagai syaratnya. Demikian ini
adalah untuk menjayakan perlaksanaan persidangan dan menjamin bilangan
korum pihak yang berkonflik dalam persidangan mencukupi.
Selepas pertemuan pertama, persidangan bertukar kepada bentuk rundingan
paksi. Pertamanya dalam lingkungan dua hala antara Israel dan setiap negara
Arab secara berasingan. Ia bertujuan menamatkan konflik dan meneutralkan
dimensi antarabangsa daripada menekan Israel, khususnya berkaitan ketetapan
PBB yang menyokong hak rakyat Palestin dan Arab. Keduanya pula dalam
peringkat pelbagai hala, dengan penyertaan negara di luar kawasan ini. Ia
99
bertujuan membina Timur Tengah Baru, menyediakan jaminan asasi bagi kepen
tingan negara besar dan mengeluarkan setengah isu daripada lapangan rundingan
dua hala kepada lapangan rundingan pelbagai hala dengan menyifatkan isu
tersebut sebagai halangan kepada kemajuan dalam lapangan yang pelbagai. Ia juga
berusaha untuk membina pasaran ekonomi Timur Tengah, sistem keamanan zon
dan kerangka binaan kerjasama pelbagai zon.
Rundingan Dua Hala
Dalam tempoh rundingan dua hala (November 1991 – Oktober 1994), dua
persetujuan utama telah tercapai antara Israel, Palestin dan Jordan. Ia dikenali
dengan nama Persetujuan Oslo (13 September 1993M) dengan pelbagai
peringkatnya dan Perjanjian Wadi ‘Arabah (26 Oktober 1994) dengan pelbagai
lampiran perinciannya.
Persetujuan Oslo menyentuh berkenaan langkah mendirikan pemerintahan
autonomi yang terbatas bagi tempoh peralihan sehingga lima tahun, di Tebing
Barat dan Semenanjung Gaza untuk orang Palestin. Sebagaimana dipersetujui di
dalamnya untuk ditangguhkan perbahasan isu konflik yang lebih kusut, iaitu
berkenaan kedudukan kota alQuds, penguasaan tanah dan terusan, masa depan
penempatan Yahudi dan bentuk entiti Palestin yang akan diserahkan
pemerintahan autonomi. Juga sebagaimana persetujuan dua hala tersebut tidak
mempedulikan kepentingan persoalan rujukan antarabangsa atau yang dipanggil
kesahihan perundangan antarabangsa dan kelemahannya. Lantaran ia menjauhi
sebarang campur tangan pihak ketiga yang mempunyai kuasa atau pengaruh
dalam rundingan tersebut untuk berperanan sebagai pihak ketiga yang proaktif
dan utama.
Di peringkat Perjanjian Wadi ‘Arabah pula, Jordan telah memperolehi kembali
kebanyakan buminya yang dijajah dan separuh hak airnya. Ia juga
menandatangani persetujuan keamanan untuk menghalang segala pencerobohan
terhadap Israel. Sebagaimana ia dijanji untuk memperolehi bantuan ekonomi dan
diberikan peranan penting dalam penyusunan zon bagi kawasan tersebut dalam
tempoh perdamaian dan dalam penyelesaian terakhir isu kota alQuds.
Dalam pada itu, rundingan bagi dua pihak, Syria dan Lubnan tidak mencapai
apaapa persetujuan. Ia hanya terbatas kepada jadual kerja dan beberapa
persefahaman awal dengan kerajaan Parti Buruh Israel. Namun persefahaman
awal ini disangkal kembali oleh kerajaan Parti Likud selepas kemenangannya
dalam pilihanraya Mei 1996M. Iaitu secara khususnya berkenaan peranan Syria di
Lubnan, pengunduran Israel daripada selatan Lubnan, bentuk pengunduran yang
dituntut di keduadua belah sempadan bersama, pengunduran dari Bukit Golan,
penyusunan langkah keamanan, masalah hubungan diplomatik dan proses
normalisasi.
100
101
Perjanjian Wye Plantation (23 Oktober 1998): Petunjuk Dan Bahayanya
102
Amerika mencapai persetujuan berkenaan perlaksanaan fasal perjanjian
penyusunan semula taburan angkatan tentera Israel di Tebing Barat. Fasal
tersebut pernah dicatatkan dalam persetujuan yang lalu. Sebagai gantinya, pihak
berkuasa Palestin berjanji mengambil langkah keamanan yang tegas dan telah
ditentukan bagi melawan ketumbukan rakyat Palestin yang menolak pengguguran
hak mereka dan yang mendokong projek penentangan terhadap penjajahan.
Sasaran yang berada di hadapan sekali ialah, gerakan Hamas. Tandatangan
persetujuan telah disempurnakan di Rumah Putih (White House) pada hari Jumaat,
23 Oktober 1998.
Melihatkan bahaya persetujuan ini, kesan dan natijah merosakkan yang
terkandung di dalamnya yang menyentuh isu rakyat Palestin. Juga melihatkan
kedudukan seluruh kawasan ini pada masa sekarang dan akan datang, maka kami
mengemukakan memorandum ini di hadapan bangsa dan umat kami demi
melaksanakan kewajipan memberi kesedaran dan peringatan. Juga mengharapkan
inisiatif atau usaha segera setiap yang mampu memainkan peranan
mempertahankan isu Palestin, rakyat dan tempat sucinya, di samping bekerja
keras untuk menghalang pengembangan projek Zionis yang menjejaskan
kepentingan umat Islam pada masa sekarang mahupun akan datang.
Pertama: Komentar Asasi Terhadap Teks Persetujuan
103
Persetujuan dari segi bentuk dan intipatinya datang sebagai senarai komitmen
dan pengguguran hak yang dituntut ke atas pihak berkuasa Palestin.
4. Persetujuan ini mengaitkan langkah perlaksanaan penyusunan semula taburan
tentera penjajah dengan komitmen pihak berkuasa Palestin dalam
melaksanakan jadual masa langkah keamanan untuk membanteras
ketumbukan rakyat Palestin yang menentang penjajahan atau yang
menganjurkan penentangan.
Pada ketika ungkapan teks bagi fasal yang berkaitan dengan komitmen pihak
berkuasa Palestin jelas dan spesifik, ungkapan teks bagi fasal yang berkaitan
komitmen musuh bersifat umum dan kabur.
Antara contoh teks dan ungkapan dalam persetujuan ini berkenaan langkah
keamanan yang dituntut daripada pihak berkuasa Palestin ialah seperti berikut:
i. Pembanterasan yang bersistem dan efektif melawan ‘keganasan’, struktur
asas yang menyokongnya dan khalayak yang memberi bantuan kepadanya.
ii. Pembanterasan mestilah bersambungan dan berterusan dalam tempoh yang
panjang, dan ditegah wujudnya tempoh usaha ini terputus.
iii. Kerjasama keamanan antara Israel dan Palestin, pertukaran maklumat,
idea dan aktiviti yang berterusan, juga kerjasama dua hala tersebut
hendaklah sempurna, berterusan, intensif dan menyeluruh.
iv. Perjumpaan Biro AmerikaPalestin diadakan setiap dua minggu untuk
mengkaji langkah yang diambil bagi menghapuskan ‘keganasan’.
v. Perjumpaan Biro AmerikaPalestin diadakan untuk mengkaji usaha
menghadapkan para suspek ke mahkamah, atau menghukum mereka. Dan
pihak Palestin hendaklah memberikan komitmennya dalam perkara ini.
vi. Kerjasama profesional dalam penyiasatan dan pertukaran maklumat.
vii. Perjumpaan Biro Tiga Serangkai, IsraelPalestinAmerika diadakan paling
minimanya sekali setiap dua minggu, dengan tujuan mengukur semua
ancaman segera dan menangani setiap halangan.
iix.Pihak Palestin bertindak memaklumkan anggota biro tersebut secara
sempurna berkenaan penyiasatan terhadap para suspek.
ix. Penangkapan segera 30 orang Palestin yang dikehendaki pihak musuh dan
menghakimi mereka di bawah seliaan CIA.
x. Mengharamkan senjata yang menyalahi undangundang di pihak Palestin,
hendaklah mengumpulnya dan menghalang penyeludupan serta
kemasukannya ke kawasan di bawah jagaan pihak berkuasa Palestin.
xi. Mengharamkan segala bentuk hasutan untuk melakukan kekerasan dan
keganasan. Pengharaman ini adalah berdasarkan undangundang Israel
yang berkaitan dengan isu ini. Juga, pembentukan Biro AmerikaPalestin
104
Israel untuk tujuan menyelia, mengikuti perkembangan (followup) dan
pertukaran maklumat yang membantu pencegahan hasutan.
xii.Pihak Palestin mengemukakan pelan terperinci berkenaan usaha keamanan
kepada Amerika Syarikat selepas minggu pertama perlaksanaan
persetujuan.
5. Persetujuan itu tidak menentukan maksud sesetengah istilah, khususnya
perkataan keganasan, kekerasan, kerangka yang menyokong dan definisi
hasutan. Ia meninggalkan huraiannya kepada birobiro keamanan bersama
antara pihak musuh dengan pihak berkuasa Palestin, ataupun pihak berkuasa
Palestin dengan CIA, atau Biro Tiga Serangkai. Ini bererti tafsiran maksudnya
akan menjadi amat luas, kerana yang akan menentukannya ialah pihak musuh
sendiri dan bersamanya, CIA.
6. Rumusan persetujuan berkenaan bumi Palestin ialah, persetujuan kerajaan
musuh untuk menyusun semula taburan tenteranya, dengan syarat pihak
berkuasa Palestin melaksanakan langkah keamanan yang ditentukan dan
ditegaskan. Penyusunan semula taburan tentera Israel tersebut dilakukan
kepada 13% daripada keluasan Tebing Barat tanpa melibatkan alQuds; 1%
digabungkan dengan Zon A sementara 12% digabungkan dengan Zon B. 3%
daripadanya dikhususkan sebagai protektorat semulajadi (perlindungan
keamanannya adalah untuk penjajah). Di samping itu juga, 14.2% Zon B
ditukar menjadi Zon A.
Apabila nisbah ini dilaksanakan, kedudukan Tebing Barat akan menjadi
seperti berikut:
i. 18.2% Zon A (tunduk di bawah seliaan pihak berkuasa Palestin dari segi
pentadbiran dan keamanan).
ii. 21.8% Zon B (diuruskan oleh pihak berkuasa Palestin sedangkan keamanan
di tangan penjajah).
iii. 60% Zon C (di tangan penjajah seratus peratus).
7. Di samping itu, terdapat dalam Persetujuan ini, kesepakatan untuk
mengoperasikan lapangan terbang Gaza dan memulakan rundingan berkenaan
laluan aman dari Gaza ke Tebing Barat dan rundingan seterusnya berkenaan
pelabuhan Gaza. Sementara perbahasan berkenaan isu penempatan,
penyusunan semula taburan tentera Israel yang ketiga dan lainlain lagi isu
fasa peralihan telah ditangguhkan menerusi penyerahan isu tersebut kepada
birobiro perundingan.
8. Netanyahu memaksa para perunding Palestin dalam persetujuan ini untuk
memansuhkan beberapa fasal tertentu daripada piagam kebangsaan Palestin.
Dengan cara yang terancang dan hina, ia dimulakan dengan biro pelaksana
kawasan tersebut, kemudian disahkan oleh Majlis Pusat Palestin, kemudian
oleh perhimpunan yang menyeluruh meliputi Majlis Kebangsaan Palestin,
Majlis Pusat Palestin, Majlis Perundangan Palestin dan ahli Kabinet pihak
105
berkuasa Palestin dengan dihadiri Presiden Amerika, Clinton, yang
menyaksikan pengesahan mereka semua untuk memansuh dan meminda
piagam tersebut.
9. Persetujuan tersebut tidak mengandungi sebarang teks yang spesifik dan jelas
yang menghadkan penempatan Yahudi, mahupun yang menetapkan penarikan
senjata para penduduk Yahudi.
10. Meskipun diperkatakan dalam media massa berkenaan janji musuh untuk
membebaskan secara berperingkat 750 orang tahanan daripada 4,000 orang
Palestin yang ditahan di penjaranya, namun persetujuan ini tidak
mengandungi teks yang jelas dan spesifik memperakui dan menegaskan
perkara tersebut, selain merujuk kepada persetujuan sebelumnya.
Kedua: Analisa Kandungan Persetujuan Dan Petunjuknya
106
melakukan percaturan dari satu segi, dan dari segi lain, ia tidak berupaya
mengisytiharkan negara yang merdeka.
3. Tandatangan persetujuan hanya terlaksana dengan usaha seluruh pusat
pentadbiran Amerika, khususnya Presiden Clinton. Perlaksanaannya juga
hanya dilakukan dengan seliaan pentadbiran Amerika menerusi CIA. Perkara
ini menyebabkan perlaksanaan fasalfasal persetujuan diputuskan dengan
memihak kepada kefahaman pihak musuh. Lantaran hubungan pakatan
strategik yang menghubung pihak musuh dengan Amerika.
4. Persetujuan memberi ruang yang luas kepada peranan pentadbiran Amerika
yang diwakili oleh CIA dalam perancangan, perlaksanaan dan seliaan ke atas
semua fasal persetujuan. Perkara ini bererti pihak berkuasa Palestin akur
kuasa pentadbirannya (yang dari asal tidak penuh) dirampas untuk
kepentingan pihak Amerika. Melaksanakan peranan ini menuntut perluasan
aktiviti CIA, penambahan kadernya dan pembinaan pejabatnya di Tebing Barat
dan Semenanjung Gaza, bahkan boleh jadi di negara lain juga.
5. Meskipun persetujuan menamatkan kebekuan yang dihadapi perjalanan
rundingan IsraelPalestin selama 19 bulan, namun kemenangan metode
Netanyahu dan fasal yang berbentuk umum berkenaan komitmen pihak Israel
menjadikan Netanyahu yang asalnya tidak mempercayai persetujuan Oslo,
dapat menafikan persetujuan beliau itu dengan pelbagai alasan. Contohnya,
ketidakpuasan hatinya dengan perlaksanaan pihak berkuasa Palestin terhadap
langkah yang disepakati. Ataupun beliau tidak dapat meyakinkan sekutu
pemerintahannya berkenaan persetujuan yang telah ditandatangani.
Melihatkan ketiadaan sebarang jaminan bagi menjamin perlaksanaan
persetujuan oleh pihak musuh dan wujudnya lompang yang banyak terhadap
perlaksanaannya, ia boleh menjadi sebab kepada krisis yang baru.
6. Persetujuan tersebut memberi jaminan untuk menganjurkan seruan bagi
menyertai rundingan penyelesaian kekal, tetapi tidak meletakkan sebarang
syarat terhadap kandungannya. Perkara ini mencadangkankan ‘kedudukan
peralihan’ untuk menjadi ‘kedudukan penyudah’ kepada isu ini, iaitu sebagai
mana yang dirancang oleh kerajaan Netanyahu.
7. Desakan keras perunding Zionis dalam persetujuan ini untuk memansuhkan
fasal tertentu daripada piagam kebangsaan Palestin dalam bentuk yang kukuh
dan spesifik. Ini bererti musuh tidak cukup dengan pengiktirafan pihak
berkuasa Palestin yang mengesahkan penjajahan dari segi undangundang.
Bahkan ia mahu pihak berkuasa Palestin merendahrendahkan sejarah dan
masa lalu mereka, sebagaimana ia mahu menghina orang Palestin melalui
pembatalan tersebut. Di samping memaksa perubahan pemikiran dan
keyakinan orang Palestin.
8. Ketidakendahan Persetujuan ini mengenai topik penempatan dan senjata
penduduk Yahudi, dan tidak pula mengenakan sebarang ikatan kepada musuh
dalam isu ini merupakan kesalahan yang membunuh dan berat. Ia juga menjadi
107
bukti kelemahan pihak berkuasa Palestin dalam melindungi dan memberi
keamanan kepada rakyatnya. Ataupun menunjukkan sikap tidak pedulinya
dengan perkara tersebut supaya rakyat Palestin terus terdedah kepada
tindakan bermaharajalela penduduk Yahudi dan jenayah mereka terhadap
kanakkanak, wanita dan orang tua bangsa kita. Adakah ini dia keamanan dan
kestabilan yang akan direalisasikan oleh persetujuan ini?!
Ketiga: Kesan Buruk Dan Bahaya Ke Atas Kedudukan Palestin
108
kepadatan penduduk yang tinggi. Padahal pada masa yang sama kebanyakan
kawasan Tebing Barat kekal di bawah tindak tanduk penjajah untuk membina
lebih banyak penempatan Yahudi. Kedudukan rakyat Palestin di Tebing Barat
akan berkesudahan sebagaimana kedudukan rakyat Palestin di wilayah yang
dijajah pada 1948M.
5. Melihatkan peranan luas Jabatan Perisikan Pusat Amerika (CIA) dalam
persetujuan; meliputi penglibatan dalam merealisasi dan mengulangkaji
kembali ketetapan mahkamah, meletakkan perincian bagi maksud hasutan,
pengumpulan maklumat dan penyiasatan dan lainlain, ia menjadikan
pentadbiran Amerika musuh secara langsung pada pandangan rakyat Palestin.
Bagi mereka juga, pentadbiran Amerika adalah pembantai tambahan yang
dikembangkan peranan lamanya dalam membantu pihak musuh, Zionis kepada
peranan secara langsung menyekat dan melakukan konspirasi ke atas bangsa
kita. Perkara ini mengusutkan keadaan dan menambah ketiadaan kestabilan
yang diidamkan daripada perjalanan rundingan penyelesaian.
Empat: Kesan Buruk Dan Bahaya Terhadap Kedudukan Arab dan Islam
109
4. Natijah daripada persekongkolan kerajaan musuh dan pihak berkuasa Palestin
serta peneguhannya melalui persetujuan ini, pihak berkuasa Palestin akan
terlibat secara hukum dan terpaksa dalam pakatan Israel dengan beberapa
negara di kawasan ini. Sebagaimana musuh Zionis akan mengeksploitasi
hubungan pihak berkuasa PalestinArab sebagai alat perisikan, tekanan atau
alat untuk meyakinkan pihak lain demi merealisasikan kepentingan Zionis.
Khususnya, entiti Zionis telah berjaya menanam tali barutnya dalam jentera
pentadbiran pihak berkuasa Palestin.
5. Melalui peranan pentadbiran Amerika yang luas dalam perlaksanaan fasal
fasal persetujuan, ia akan melakukan sebagaimana yang dilakukan
sebelumnya; menuntut negara Arab dan Islam untuk mengeringkan sumber
kewangan daripada bangsa Palestin dan institusi awam dan sosialnya.
Tuntutan ini dibuat dengan alasan bantuan kewangan ini turut memberikan
saham dalam membantu perjuangan yang ia labelkan sebagai kekerasan dan
keganasan.
Amerika juga menekan negara Arab dan Islam secara khusus untuk
memutuskan hubungan dengan gerakan Hamas. Perkara ini mengakibatkan
pendirian negara Arab dan Islam berada di bawah tekanan Amerika yang
berterusan. Ditambah pula dengan galakan pihak berkuasa Palestin sendiri.
Padahal keyakinan kita ialah pendirian negara Arab dan Islam tidak akan tunduk
kepada tekanan yang tidak memberi sumbangan untuk kepentingan isu Palestin
dan umat kita ini.
6. Natijah daripada usaha perseteruan yang bertujuan untuk memisahkan isu
Palestin daripada dimensi ArabIslam. Khususnya kesatuan pendirian Arab, al
Quds dan alAqsa yang diberkati akan menjadi mangsa dalam rundingan
penyelesaian kekal nanti. Kiblat pertama Islam akan terus berada di bawah
penguasaan musuh yang selepas ini boleh jadi mengambil inisiatif
meruntuhkan alAqsa dan mendirikan Haikal Ketiga yang didakwa mereka.
Kelima: Rumusan, Natijah Dan Pendirian Yang Dituntut
1. Persetujuan ini dianggap sebagai persetujuan keamanan yang tunduk kepada
syarat dan tuntutan Zionis. Ia akan menjadi alat pemusnah kemampuan dan
keupayaan bangsa Palestin, institusi, masyarakat awam juga perpaduan
nasionalnya. Ia juga mencetuskan ketidakstabilan di kawasan ini, dalam
bentuk memberi sumbangan kepada kepentingan ZionisAmerika dengan
menggadaikan kepentingan bangsa Arab dan Islam.
2. Tanggungjawab menghadapi persetujuan ini, kesan dan gejala buruknya tidak
terbatas ke atas gerakan Hamas dan ketumbukan pembangkang Paletin yang
lain, juga bukan hanya terhad ke atas semua lapisan rakyat Palestin sahaja,
bahkan terletak di atas pundak kerajaan, bangsa Arab dan orang Islam.
3. Pihak berkuasa Palestin telah menjalankan perlaksanaan fasalfasal
persetujuan keamanan sejak saat ditandatangani lagi. Para wartawan yang
110
melawat syeikh mujahid, Ahmad Yasin untuk mengambil pandangannya
berkenaan persetujuan ini telah ditangkap. Sebagaimana pasukan keamanan
melakukan operasi besarbesaran penangkapan dalam barisan gerakan Hamas
dan Jihad Islam. Begitu juga, khatib Masjid alAqsa dan merangkap ketua
Ikatan Ulama Palestin, Syeikh Hamid alBitawi ditangkap serta merta selepas
sesi temubual media menerusi telefon. Syeikh Nafiz Azzam pula ditangkap
selepas ucapannya di sebuah sambutan keramaian. Sebagaimana perisikan
tentera Palestin bertindak menyerbu markaz ‘Gerakan Fatah’ di Ramallah
untuk merampas senjata dan melepaskan tembakan ke atas demontrasi secara
aman yang dilakukan oleh para penyokong ‘Gerakan Fatah’. Kejadian tersebut
telah menamatkan riwayat hidup seorang pemuda Palestin daripada gerakan
Fatah di samping beberapa orang yang cedera. Ini mengakibatkan ketegangan
diseluruh kota tersebut.
Ringkasan Sejarah Isu Palestin (18971995M)
1897M: Persidangan pertama Zionis diadakan di Basel, Switzerland, di mana
seorang wartawan Yahudi warga Austria, Theodor Herzl mengisytiharkan
kemungkinan dan kemampuan untuk menegakkan negara Yahudi di Palestin
dalam tempoh 50 tahun.
1901M: Persidangan kelima Zionis mula mengumpul derma untuk tabung
kebangsaan Yahudi dengan tujuan membeli tanah di Palestin.
1 Julai 1914M: Perang Dunia Pertama meletus.
16 Mei 1916M: Perancis dan Britain menandatangani persetujuan sulit Sykes
Picot untuk membahagikan wilayah milik empayar ‘Otsmaniyyah kepada wilayah
di bawah pengaruh Britain dan Perancis (di negaranegara Arab).
2 November 1917M: Britain mengeluarkan perjanjian Balfour yang menyeru
penubuhan tanahair perkauman Yahudi di Palestin.
9 Disember 1917M: Jeneral Britain, Edmund Allenby memasuki alQuds
seraya berkata: “Sekarang perang Salib telah tamat.”
31 Ogos 1918M: Presiden Amerika, Woodrow Wilson mengutuskan surat
kepada pendeta Yahudi, Rabbi Stephen Wise bagi menyatakan persetujuan beliau
terhadap perjanjian Balfour.
1 Julai 1920M: Herbert Samuel dilantik sebagai pesuruhjaya tinggi pertama
di Palestin.
1920M: Tentera mandat Britain menghalang Persidangan Kebangsaan
Palestin Kedua diadakan di alQuds pada bulan Mei. Persidangan Palestin Ketiga
diadakan di Haifa dan majlis ekskutif telah dipilih. Majlis tersebut terus mengawal
pergerakan politik Palestin sehingga tahun 1935M.
111
5 Jun 1921M: Persidangan Palestin Keempat diadakan di alQuds. Ia
memutuskan pengutusan rombongan Palestin ke London untuk menerangkan
pandangan Palestin berkenaan perjanjian Balfour.
Februari 1922: Ia mengisytiharkan pembentukan rombongan Palestin kedua
dan mengutusnya ke London untuk menyatakan bangkangannya terhadap
perjanjian Balfour kepada setiausaha penjajah Britain, Winston Churchill dan
menuntut kemerdekaan tanahair Palestin.
30 Jun 1922M: Kongres Amerika memperakui perjanjian Balfour.
Oktober 1939M: kumpulan gerila Zionis, Stern di bawah pimpinan Abraham
Stern dibentuk. Stern kemudiannya dibunuh oleh polis Britain pada 1942M.
16 Ogos 1945M: Presiden Amerika Harry Truman menyeru penempatan
Yahudi di Palestin.
22 Julai 1946M: Hotel King David di alQuds dibom oleh kumpulan gangster
Menachem Begin. Ia mengakibatkan kematian 95 orang berbangsa Britain dan
Arab.
112
29 November 1947M: PBB mengadakan pungutan suara untuk mengeluarkan
ketetapan membahagikan Palestin kepada dua negara; satu untuk Arab dan satu
lagi untuk Yahudi. Pembahagian ini bermula daripada 1 Oktober 1948M. Tetapi
perwakilan Arab memboikot ketetapan tersebut dan keluar daripada majlis sebagai
protes.
8 April 1948M: Panglima Abdul Qadir alHusaini gugur syahid dalam
pertempuran alQosthol.
9 April 1948M: Berlaku penyembelihan di Dir Yasin, di mana kumpulan
kumpulan gerila Zionis membunuh lebih daripada 250 orang. 100 daripadanya
adalah wanita dan kanakkanak. Penyembelihan tersebut diketuai oleh pengganas,
Menachem Begin.
13 April 1948M: Liga Negara Arab mengisytiharkan perang melawan semua
kumpulan gerila Yahudi di Palestin.
14 Mei 1948M: Penubuhan negara Israel dan penamatan mandat Britain di
Palestin diisytiharkan.
15 Mei 1948M: Presiden Amerika, Harry Truman mengiktiraf Israel pada jam
11.12 pagi.
15 Mei 1948M: Lima angkatan tentera Arab (Jordan, Mesir, Iraq, Syria dan
Lubnan) memasuki Palestin, untuk menyelamatkannya daripada cengkaman
kumpulan gerila Zionis.
11 Jun 1948M: Gencatan senjata selama empat minggu antara Arab dan
Yahudi diisytiharkan.
17 September 1948M: kumpulan gangster Zionis membunuh pengantara PBB
bagi proses perdamaian, Count Bernadotte.
20 September 1948M: Liga Negara Arab mengisytiharkan penubuhan negara
umum (common state) Palestin.
25 Januari 1949M: David Ben Gurion menjadi Perdana Menteri pertama
negara Yahudi.
10 Mei 1949M: Israel menjadi anggota PBB.
16 Disember 1949M: Perdana Menteri Zionis, Ben Gurion mengisytiharkan
alQuds akan menjadi ibu kota Israel bermula dari 1 Januari 1950M.
17 Mac 1950M: Turki dan Iran mengiktiraf Israel.
24 April 1950M: Tebing barat dan timur sungai Jordan diisytihar menjadi
satu.
31 Mei 1950M: Kumpulan gerila Zionis menyerang Wadi ‘Arabah dan
membunuh 30 orang Arab.
113
18 Mei 1951M: PBB memprotes cubaan Zionis untuk mengalih aliran air tasik
alHawlah.
1415 Oktober 1953M: Penyembelihan di Qibyah dilaksanakan. 42 Palestin
dibunuh dan 41 rumah diruntuh.
2 November 1954M: Israel mula menjalankan pengalihan aliran sungai
Jordan.
Oktober 1956M: Penyembelihan di Kafr Qasim di tangan Ariel Sharon. 47
Arab dibunuh.
29 Oktober 1956M: Britain, Perancis dan Israel menyerang Mesir dalam
serangan yang dinamakan pencerobohan tiga pihak. Serangan ini bertujuan
menguasai Terusan Suez. Angkatan perang Israel berjaya menakluki Gaza dan
Sinai.
1 Mac 1957M: Angkatan tentera Israel yang berperang berundur dari Gaza.
13 November 1966M: Angkatan tentera Zionis menyerang perkampungan as
Samu’ di selatan alKhalil. 18 terbunuh, 54 cedera dan 125 rumah diruntuhkan.
5 Jun 1967M: Angkatan tentera Zionis memulakan Perang Haziran (Perang
Bulan Jun) apabila ia menyerang Jordan, Mesir, Syria dan Lubnan.
7 Jun 1967M: Angkatan tentera Israel yang menyerang telah menakluki
seluruh Tebing Barat, Gaza dan Sinai.
10 Jun 1967M: Angkatan tentera Zionis menakluki Bukit Golan, Syria.
22 November 1967M: Ketetapan 242 PBB dikeluarkan; menyeru Israel untuk
berundur dari semua tanah yang ditakluki pada perang 1967M.
10 Julai 1968M: Majlis Kebangsaan Palestin mengadakan perhimpunan buat
kali pertama di Kaherah.
21 Ogos 1969M: Masjid alAqsa dibakar oleh seorang pelancong Yahudi warga
Australia yang pernah tinggal di ghetto yahudi untuk suatu tempoh.
19 September 1970M: Permulaan fitnah perbalahan September antara
tentera Jordan dan para pejuang Palestin.
4 Oktober 1971M: Perutusan Amerika, William P. Rogers mengisytiharkan
pelan damai bagi Timur Tengah.
6 Oktober 1973M: Perang Ramadhan (Oktober) bermula di barisan depan
Mesir dan Syria melawan negara Yahudi.
23 April 1974M: Yitzhak Rabin menjadi Perdana Menteri Israel.
114
29 April 1974M: Menteri Luar Amerika, Henry Kissinger memulakan
pusingan lawatannya di Timur Tengah bagi memisahkan angkatan tentera yang
berada di medan tempur.
10 November 1975M: Majlis Umum PBB mendokong ketetapan 3379 yang
menyamakan Zionis dengan perkauman.
21 Jun 1977M: Menachem Begin menjadi Perdana Menteri di Israel.
10 Ogos 1977M: Menteri Luar Amerika, Cyrus Vance melawat Timur Tengah
dalam tugas berkaitan usaha damai.
19 November 1977M: Presiden Mesir, Muhammad Anwar asSadat melawat
Israel. Beliau merupakan presiden Arab pertama yang melawat Israel secara
terangterangan sejak penubuhannya.
17 September 1978M: Presiden asSadat, Menachem Begin dan Presiden
Amerika, Jimmy Carter menandatangani Perjanjian Camp David.
10 Mac 1980M: Yitzhak Syamir menjadi Perdana Menteri Israel.
30 Julai 1980M: Parlimen Knesset Israel mempertegaskan tentang kesatuan
alQuds, di keduadua bahagian timur dan baratnya.
6 Jun 1982M: Angkatan perang Israel mula menyerang Lubnan berslogankan
keselamatan alJalil. Serangan tersebut bertujuan membantai binaan asas tentera
PLO.
6 Ogos 1982M: Angkatan tentera Israel memasuki barat Beirut.
21 Ogos 1982M: Angkatan tentera PLO mula keluar daripada Beirut.
115
9 Disember 1987M: Tercetus Intifadhah besar Palestin di Tebing Barat dan
Semenanjung Gaza.
3 Januari 1988M: Angkatan tentera Zionis melaksanakan polisi mengusir
pimpinan besar intifadhah Palestin keluar dari Palestin.
15 Februari 1988M: Angkatan tentera penjajah Zionis menanam hiduphidup
4 Palestin dengan jentolak. Namun mereka berjaya ditarik keluar dan
diselamatkan.
1012 April 1988M: Permulaan perletakan jawatan para pekerja Palestin di
jabatan polis pemerintahan tentera, di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
16 April 1988M: Khalil alWazir “Abu Jihad” dibunuh di Tunis oleh unit
perisikan Israel, Mosad.
79 Jun 1988M: Sidang kemuncak Arab diadakan untuk mengkaji situasi
intifadhah.
31 Julai 1988M: Raja alHusain mengisytiharkan pembubaran hubungan
undangundang dan pentadbiran antara Jordan dan Tebing Barat.
15 November 1988M: Majlis Kebangsaan Palestin yang diadakan di Algeria
mengisytiharkan penubuhan negara Palestin yang merdeka di Gaza dan Tebing
Barat sekaligus mengiktiraf Israel secara tersirat.
11 Januari 1989M: Pihak berkuasa Israel mengusir 13 pimpinan intifadhah
Palestin.
2 Ogos 1990M: Iraq menakluki Kuwait.
116
Palestin di bumi yang dijajah. Ia ditandatangani di dalam satu upacara
tandatangan yang diadakan di White House, Washington.
4 Mei 1994M: Israel dan PLO menandatangani persetujuan di Kaherah
berkisar perlaksanaan pemerintahan autonomi di Semenanjung Gaza dan Kota
Jericho. Ia meletakkan syarat dalam tempoh beberapa minggu, tandatangan
tersebut perlu disusuli oleh penyusunan semula taburan tentera Israel, dan pihak
berkuasa Palestin pula mengambil tampuk pentadbiran di keduadua kawasan ini.
1 Julai 1994M: Presiden PLO, Yasir Arafat memasuki Gaza dan menerima
jawatan ketua pihak berkuasa Palestin.
26 Oktober 1994M: Jordan dan Israel menandatangani perjanjian damai
dalam satu upacara tandatangan perjanjian yang diadakan di sempadan keduadua
negara, iaitu di Wadi ‘Arabah. Ia turut dihadiri oleh Presiden Amerika, Bill Clinton.
24 September 1995M: Yasir Arafat dan Menteri Luar Israel, Shimon Peres
mencapai persetujuan berkenaan perincian perlaksanaan pemerintahan autonomi
di kebanyakan tanah yang dihuni oleh orang Palestin, di Tebing Barat dan kota
kota utama. Persetujuan ini dikenali sebagai persetujuan Oslo 2, ataupun
persetujuan fasa peralihan, ataupun persetujuan Toba.
29 Mei 1996M: Parti Likud mengambil alih tampuk pemerintahan di Israel
sebaik sahaja selepas pilihanraya. Ia menyebabkan proses damai terhenti lebih
daripada enam bulan penuh.
15 Januari 1997M: Persetujuan tidak menyeluruh ditandatangani. Ia
memutuskan langkah penyempurnaan penyusunan semula taburan angkatan
tentera Israel di kota alKhalil selepas kota tersebut dibahagi antara keduadua
pihak. Begitu juga, pihak berkuasa keselamatan juga turut dibahagikan di kota
tersebut.
4 Mei 1999M: Pihak berkuasa Palestin tampil untuk mengisytiharkan
pembentukan negara, tetapi ia berundur pada saat akhir. Kemudian dia mengulang
kembali usaha pengisytiharan ini pada bulan September 2000M, tetapi sekali lagi ia
berundur.
Akhirnya, beberapa rundingan Camp David yang berulang kali dilakukan pada
2000M. Isu alQuds terbengkalai sehingga kini di jalan penyelesaian yang digembar
gemburkan. Sehingga hari ini rundingan masih berlegar di tempat yang sama. Yang
rugi ialah pihak yang lebih lemah. Yang untung ialah pihak yang lebih kuat.
Sedangkan kita merupakan pihak yang lebih kuat melalui jihad, kebenaran,
kesabaran dan keteguhan. Persoalannya, adakah pihak berkuasa Palestin
inginkannya? Adakah Arab mahukannya? Adakah ia akan melepaskan tangan para
mujahid sebagaimana yang Lubnan lakukan?!
117
PERSENJATAAN ARAB-ISRAEL
Dalam perbincangan yang lalu kami telah menyatakan saiz kekuatan tentera
Israel dan Arab pada 1948M. Jelas bahawa angkatan tentera Israel berjumlah kira
kira 190 ribu berbanding 20 ribu tentera Arab, dengan senjata usang. Namun,
sekalipun berlaku pelbagai pengkhianatan, tentera Arab bersama sekelompok kecil
pejuang yang sanggup berkorban apa saja berjumlah 10 ribu orang ini masih
mampu berhadapan dengan Yahudi. Mereka berjaya menghalang dan memaksa
tentera Israel meminta gencatan senjata berkalikali. Angkatan tentera Arab
tersebut hampirhampir menang sekalipun berlaku pengkhianatan.
Sementara sekarang, situasinya terbalik. Jumlah angkatan tentera Arab dan
Islam yang mengelilingi Israel berlipat kali ganda jumlah tentera Israel. Tetapi
rasa takut dan lemah berhadapan Israel juga bertambah berlipat kali ganda
berbanding tahun 1948M.
Untuk anda dikemukakan kekuatan persenjataan tentera ini, agar pembaca
jelas:
118
119
120
121
Selepas anda melihat kekuatan angkatan tentera ini, dan saiz persenjataan
mereka berbanding persenjataan Israel, pasti timbul persoalan dalam imaginasi
anda:
122
1. Bagaimana Arab dan orang Islam di rantau ini tidak dapat mengambil kembali
Palestin dan tempat suci yang dirampas Yahudi, kemudian mengusir seluruh
bangsa tersebut daripada bumi, tanahair dan kampung halaman mereka?
2. Bagaimana keadaan semakin buruk berbanding sebelumnya? Kenapa Israel
mampu mengawal dunia Arab dan sekitarnya dengan menyatakan syarat yang
dikehendakinya, membentuk realiti yang diingini, dan menggerunkan semua
pihak?!
Bahkan Israel memaksa mereka untuk mengiktirafnya sebagai sebuah negara
di kawasan tersebut. Melalui pengiktirafan ini, ia mahu menguasai keupayaan
mereka. Israel langsung tidak memberikan mereka bumi yang ditaklukinya, apatah
lagi secebis tanah Palestin.
3. Bagaimana ia memaksa mereka untuk duduk di meja rundingan yang pernah
mereka enggan sejak berdekad lamanya? Rundingan berlangsung di Oslo dan
Wye River Plantation. Bahkan Israel pula yang enggan berunding sedang kita
pula yang mengemis dan mengheret negaranegara agar meyakinkan Israel
untuk duduk (berunding) bersama kita.
4. Bagaimana ia dapat memansuhkan Piagam Pembebasan Palestin tanpa apa
apa bayaran? Bagaimana dengan sekadar ugutan ia dapat meyakinkan orang
Palestin untuk merungkaikan ‘revolusi batu’ dan membantai pertubuhan
Hamas yang berjuang serta melabelkannya sebagai pengganas?
Bagaimana pula ia dapat mengumpulkan semua negara Arab di persidangan
Syarm asSyeikh untuk melabelkan para pejuang Arab yang cuba mengembalikan
bumi mereka dengan label ‘pengganas’? Bagaimana di persidangan itu, ia mendesak
supaya memerangi, mengusir, memburu dan menghumban para pejuang tersebut
ke dalam penjara Palestin dan Arab? Sebagaimana ia mendesak pihak berkuasa
Palestin untuk membasmi para pejuang di serata pelusuk jalan.
5. Adakah seseorang dapat mentafsirkan perkara ini walau betapa hebat
sekalipun politiknya selain daripada tiga rumusan yang dapat kita beri
terhadap mereka:
i. Lemah dan tidak berdaya.
ii. Pengkhianat.
iii. Tali barut.
Adakah Palestin Dijajah Kerana Kekalahan Perang Atau Pengkhianatan?
123
raksasa. Ia membesar di medan yang dihuni kumpulan manusia tidak bersenjata,
para pencinta damai yang dungu dan pihak berkuasa yang merupakan broker yang
mahir melakukan pengkhianatan. Saya menjerit beberapa kali lantaran keperitan
dan kesugulan yang menyelubungi saya.
Di mana para politikus dan pemimpin kita yang mulia? Di mana para
cendikiawan dan nasionalis agung kita? Di manakah para jeneral, tentera dan
angkatan kita yang berani? Adakah mereka tidur sedang musuh berjaga? Adakah
mereka leka sedangkan penjajah berkonspirasi pada waktu malam? Atau mereka
pengecut, tenggelam dalam nafsu dan bergelumang di dalam lumpur pagi dan
petang tanpa sedar? Atau di sana terdapat jual beli, harga dan pertukaran sebagai
bayaran kepada jawatan yang dusta, kerusi dan takhta yang kosong, atau, atau…?
Sekarang, tiada ruang kepada andaian atau pertanyaan. Kerana sejarah telah
banyak menyingkap kebenaran, menzahirkan beberapa dokumen dan kejadian. Ia
menuding semua jari, tangan dan kaki kepada dalang, penyebab dan pemikul dosa
malapetaka ini. Bagi membasmi kumpulan gangster Yahudi ini, sudah memadai
untuk menghulurkan senjata dan kelengkapan kepada para pemuda dan pejuang
Palestin. Usaha ini bukanlah sesuatu yang susah. Rakyat Islam di Palestin dibakar
kerinduan untuk berjihad dan membebaskan negaranya daripada penjajah Inggeris
dan Yahudi.
Sebagai contoh, terdapat seorang pemandu kereta yang miskin. Beliau diminta
oleh Inggeris untuk memandu kereta yang membawa sejumlah tentera ke alQuds,
di mana mereka membantu menghapuskan kekacauan yang dilakukan oleh orang
Islam di sekeliling kota tersebut. Beliau tiada keupayaan menolaknya, lalu akur
kepada mereka dengan bertekad dalam jiwanya untuk menghapuskan mereka.
Lantas beliau mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya. Beliau membawa
tentera tersebut melalui jalan alQuds. Di atas puncak tinggi yang menganjur Bab
alWadi, beliau melencongkan keretanya ke gaung yang dalam. Kereta itu tersadai
di dasarnya dengan muatannya yang terburai dan berkecai. Ruh beliau naik
menemui Tuhannya selepas menunaikan kewajipannya.
Ini pula seorang kanakkanak desa berusia sembilan tahun. Sebuah pasukan
peronda Yahudi melintasinya. Beliau merasa tercabar untuk membiarkan sahaja
mereka berlalu dengan aman. Lantas diambilnya senapang bapanya dan menunggu
peronda tersebut di sebuah taman. Beliau menyasarkan senapangnya ke arah
mereka, lalu membunuh seorang daripada mereka. Maka pasukan peronda itu
mengepung dan menembak pehanya. Betapa terkejutnya mereka apabila
mendapatinya seorang kanakkanak kecil.
124
kecuali selaras senapang lama buatan Perancis. Kelongsong pelurunya hanya boleh
melepaskan tembakan tidak lebih 20 tembakan. Beliau sendiri yang mengisinya
dengan ubat bedil dan peluru. Kemudian bersembunyi berhampiran punca air yang
dipanggil Ain alBaidha‘. Orang Yahudi mengambil air minum yang mereka
perlukan daripada punca air itu. Beliau terus di persembunyiannya sehingga
Yahudi mangsa buruan mendekatinya. Beliau melepaskan tembakan semua peluru
yang dimilikinya. Ada yang cedera dan ada yang terbunuh. Kemudian beliau pulang
ke khemahnya dengan tenang. Di situ beliau mengisi kelongsong pelurunya semula
sebagai persediaan untuk mengulangi perburuan. Dan demikian berterusan
sehinggalah Yahudi berjaya menembak dan mencederakannya. Beliau cedera
parah. Tetapi beliau enggan menyerah kalah. Dia tetap melarikan diri jauh dari
tempat tersebut kerana bimbang Yahudi akan memperolehi mayatnya. Sehinggalah
dia gugur berhampiran kaumnya dan syahid meninggalkan seorang isteri dan
beberapa anak. Sejak itu, akhbar Yahudi senyap daripada aduan berkenaan
kumpulan gangster merbahaya tersebut.
Contoh sebegini banyak sekali dan tidak mungkin dirangkumkan dalam
halaman ini. Tetapi anda lihat betapa mendalam ruh jihad dalam individu,
mendalamnya iman dan pengorbanan dalam hati; sama ada tua yang telah beruban
mahupun remaja. Sebagaimana anda boleh lihat ruh ini pada para pemimpin muda
yang menerajui amal jihad. Contohnya seperti wira Abdul Qadir alHusaini;
panglima agung yang memening dan menggerunkan Yahudi kerana kejadian
letupan dan kemusnahan yang dilakukannya di tengah perkampungan Yahudi.
Kekuatan dan ketelitian kerja jihad yang dilakukan hingga ke tahap Inggeris dan
Yahudi mempercayai ia tidak mungkin sama sekali dilakukan oleh Arab. Mereka
meuaruarkan pelaksananya tidak lain kecuali sukarelawan Jerman dan
Yugoslavia yang pernah menyertai pelbagai perang yang besar.
Masa dan hari tetap mengingati pertempuran yang dipimpin Abdul Qadir di
‘Kifar ‘Asyun’, di pertengahan jalan Khalil Bait alLahm. Bagaimana beliau dapat
menewaskan angkatan perisai Yahudi dan menukarnya menjadi api yang marak,
selepas mengenakan kepungan yang tidak mungkin dibolos di sekelilingnya,
sehinggalah angkatan tersebut terpaksa menyerah kalah.
Semangat dan tenaga Abdul Qadir membuakbuak. Beliau beranggapan, siri
kemenangan yang bergema ini akan menjadi sokongannya di sisi anggota Biro
Tentera Arab. Dengan itu, biro itu akan memberinya harta walau sedikit yang
dikutip daripada orang Islam bagi perang Palestin. Tetapi dukacitanya, oleh sebab
yang tidak diketahui, sepanjang perang beliau, biro itu menyekat dan tidak
memberinya kecuali 370 Poud sahaja, itupun setelah didesak kuat. Wang itu
diserahkan kepada beliau untuk mengagihkannya kepada 3,000 tentera yang
bersama beliau. Berhubung senjata, anggota biro itu berlepas tangan daripada
beliau. Mereka juga mencadangkan beliau membeli senjata yang dikehendaki
daripada wang itu juga.
Setelah berputus asa, beliau mengemukakan laporan kepada Liga Negara Arab
pada 16 April 1948M. Dalam laporan itu, beliau mempersalahkan Liga Negara Arab
125
di atas kehilangan Palestin. Seolaholah beliau merasakan dirinya telah
melaksanakan kewajipannya sedangkan pengkhianatan lebih besar daripada
usahanya itu. Lalu dia tampil berjihad dalam pertempuran alQasthol. Bersama
beliau beberapa laras senapang lama. Ternyata beliau berjaya mengeluarkan
Yahudi dari alQasthol selepas dua hari dari tarikh laporan ditulis. Tetapi dia gugur
syahid di medan tempur sebagai wira yang mengadu kepada Tuhannya berkenaan
pencerobohan Yahudi dan pengabaian mengecewakan Biro Tentera di bawah Liga
Negara Arab.
Padahal para sukarelawan dengan pimpinan muda mereka boleh melakukan
kerja yang menarik, memberi kata putus terhadap perang tersebut dan mengajar
Yahudi pengajaran yang mereka tidak akan lupa selamalamanya. Tetapi… !! di
manakah orang yang ikhlas?!
Perkara ini mungkin dijelaskan oleh ucapan Syeikh Hasan alBanna, ketika
beliau mengetahui berita kesyahidan beberapa ikhwan yang berjihad di Palestin.
Dengan linangan air mata, beliau berkata: “Bagi mereka yang melakukan kebajikan
hanya Allah… Bagi mereka hanya Allah dalam keimanan dan jihad mereka. Bagi
mereka hanya Allah dalam pertempuran yang mereka harungi kini dan yang bakal
menanti mereka. Sesungguhnya pertempuran mereka yang terbesar masih lagi di
hadapan mereka; pertempuran mereka dengan golongan para pemerintah yang
jahat yang takutkan mereka lebih dahsyat daripada takutkan kepada Yahudi, juga
pertempuran dengan semua murid sistem penjajahan. Sesungguhnya darah mulia
yang mengalir ini, kita tidak akan dapat memetik buah untuknya, selagimana
wujudnya keadaan yang korup dan selama mana Islam menjadi dagang di negara
orang Islam sendiri. Sesungguhnya mereka mencurahkan darah mereka di jalan
Allah dalam pertempuran di mana pemacu kemudinya di tangan sekelompok
manusia yang tidak mempedulikan Islam mahupun langkah menuju kepada Allah.
Sesungguhnya mereka adalah dagang…dagang… Saya jangkakan kedagangan
mereka akan berpanjangan… Sesungguhnya kita mengharapkan darah mulia yang
mengalir ini menjadi alasan kepada Allah dan juga peringatan kepada umat ini,
sekiranya mereka mengambil manfaat daripada peringatan.”
Wahai saudaraku, kita lihat selepas banyak tahun, adakah regim
pemerintahan yang mengosongkan Palestin daripada para mujahidin dapat
melakukan sesuatu? Adakah mereka akan dapat berbuat sesuatu sekarang atau
selepas ini!!
126
MALAPETAKA BOSNIA HERZAGOVINA
Kerungsingan orang Islam tidak terbatas kepada masalah kematian minda dan
tamadun. Ia bukan hanya terbatas kepada kehilangan Palestin dan pengusiran
penduduknya. Bukan juga oleh sikap belang Yahudi dan penguasaan mereka
terhadap negara dan manusia. Tidak juga terbatas oleh antarabangsa yang melupai
orang Islam mahupun ketiadaan pengiktirafan terhadap orang Islam sebagai
bangsa yang diambil kira, termasuk dalam konflik mereka dengan Israel.
Antarabangsa memihak kepada Israel tanpa menghiraukan Arab dan orang
Islam, baik dari segi pertimbangan mahupun perasaan. Kerungsingan orang Islam
juga tidak terhad kepada tali barut yang muncul di kalangan individu dan bangsa
dengan menggadaikan kepentingan, kemajuan dan ketamadunan umat Islam. Ia
juga tidak terhenti kepada kongkongan, penindasan dan ketidakpedulian ke atas
umat. Bukan juga oleh kehilangan perancangan tamadun dan gagasan umat,
ataupun ketiadaan usaha pelaburan bahan mentah dan tenaga, ataupun tindakan
mendedahkan umat Islam untuk mengemis hinggakan dalam soal makanan
asasinya.
Bahkan kerungsingan di atas ditambah lagi dengan pelbagai kerungsingan
lain. Antaranya ialah tribulasi yang mengepung orang Islam di sana sini dan
penghapusan beramairamai yang menimpa mereka baik di negara bertamadun
mahupun mundur. Mereka menghadapinya di tahap yang sama di negaranegara
itu. Begitu juga, kebencian anti orang Islam yang disebarkan, cubaan menjadikan
mereka musuh, usaha mencetuskan kekacauan dan huru hara di negara mereka,
sama ada sesama bangsa ataupun dengan jiran mereka.
Kurun 19 mengandungi terlalu banyak contoh tentang perkara ini. Terlalu
banyak untuk disebut dalam sebuah buku. Tetapi di sana terdapat tribulasi yang
menguasai perasaan dan keprihatinan orang Islam. Ia timbul di permukaan dan
amat mempengaruhi hati dan perasaan. Antaranya tribulasi di Bosnia Herzagovina,
Chenchya dan Kosova.
Tribulasi Umat Islam Di Barat (*)
(*) Muhammad ‘Imarah, akhbar ‘Aqidati – 24 Ogos 1993.
Di Republik Bosnia Herzagovina yang majoriti orang Islam, (di tengah Eropah),
Serbia yang bermazhab Orthodoks melakukan ‘kerja melapah manusia’ terhadap
orang Islam sebagaimana yang disifatkan oleh media Barat. Kekejaman itu tidak
pernah berlaku seumpamanya dalam sejarah. Untuk beberapa bulan, Barat hanya
berhenti di tahap memberi makan kepada mangsa sehinggalah tiba waktu yang
ditetapkan bagi menyembelih mereka di tangan orang Serb.
127
Ketika setengah pemimpin Serb (seperti Menteri Penerangan) mengungkapkan
tentang tabiat dan hakikat konflik, seraya berkata: “Sesungguhnya Serb (dalam
serangan mereka untuk melenyapkan orang Islam) hanya mewakili barisan depan
Perang Salib yang baru bagi menentang Islam yang sedang mara, bersenjatakan
akidah dan harta. Sedangkan pada masa yang sama, agama Kristian mundur ke
belakang… Sesungguhnya mereka (Serb) mengharungi perang agama ini demi
mempertahankan Eropah!!”
Ketika kenyataan seperti ini mengungkapkan hakikat persepsi Barat terhadap
serangan Salib bagi menentang Islam dan orang Islam… beberapa pendirian lain
berselindung di bawah istilah nifaq bagi menyembunyi akar umbi konflik yang
buruk dan ganas ini. Maka kita dengar usaha menghapuskan orang Islam dari
kampung halaman mereka (melalui penyembelihan dan pengusiran) disifatkan
sebagai ‘pembersihan etnik’. Padahal perbezaan antara tukang sembelih dengan
mangsa sembelihannya bukan pada perbezaan etnik, tetapi pada perbezaan
agama… Isu sebenarnya ialah menafi dan mencabut agama Islam hingga akar umbi
dari tengah Eropah, bukan mencabut sesuatu etnik.
Seorang pemikir Barat, Edward Mortimer menulis satu kajian kepada sebuah
majalah Britain yang khusus berkenaan hal ehwal antarabangsa, keluaran Januari
1991M, (iaitu setahun setengah sebelum penyembelihan Bosnia Herzagovina).
Beliau mengkhususkannya untuk mengkaji pendirian Barat Kristian terhadap
Islam. Dalam kajian ini terdapat pengakuan Barat terhadap permulaan gelombang
Barat untuk mencabut Islam hingga akar umbi dari negara mereka… mencabutnya
atas dasar Islam tanpa melihat keturunan orang yang menganutinya… juga tanpa
melihat sama ada orang Islam Eropah tersebut merupakan warga negara Eropah,
atau imigran yang datang ke sana!
Mereka yang mengikuti perkembangan tribulasi yang dihadapi oleh komuniti
Islam di Barat, khususnya daripada pihak beraliran kanan dan neoFacism akan
mendapati bahawa tribulasi tersebut tidak terhenti kepada para imigran Islam di
negara itu. Bahkan ia meliputi orang Islam yang telah berakar umbi di Eropah
sejak beberapa generasi.
Edward Mortimer membandingkan antara pendirian Barat yang memusuhi
orang Islam Eropah (yang bukan pendatang dan bukan orang asing) dengan
pendiriannya terhadap para imigran Eropah Timur yang datang ke Eropah Barat
selepas kejatuhan Komunis. Beliau menegaskan, sambutan yang baik kepada
golongan akhir (golongan imigran Eropah Timur) adalah disebabkan mereka
penganut Kristian… sementara permusuhan kepada orang Islam adalah
disebabkan mereka penganut agama yang menolak sekularisme yang telah
diwajibkan Barat ke atas Kristian sejak berkurunkurun. Cubaan mencabut hingga
ke akar umbi orang Islam ini dari negara tumpah darah mereka, mempunyai
hubungan erat dengan perubahan yang telah menghapuskan Komunis. Ia juga
berhubung kuat dengan perubahan yang menjadikan Barat kembali
memperkenalkan dirinya dengan neraca Kristian dan membahaskan pihak lain
dengan neraca agama untuk dijadikan musuh.
128
Mortimer berkata: “Sebelum tahun 1989M, sebab utama kebencian terhadap
komuniti Islam di Barat tidak tertegak atas sebab agama. Secara ringkas, mereka
sekurangkurangnya memperolehi sokongan moral daripada institusi budaya liberal
yang menentang hukuman tanpa dalil (prejudgement) dan aparteid yang mereka
hadapi. Tetapi pada 1989M, mereka kehilangan sokongan ini, disebabkan agama
mereka dianggap memusuhi sesetengah prinsip konvensional gerakan Barat. Di
Britain, mereka dikritik berkenaan kebebasan bersuara dan penyebaran idea dalam
isu Salman Rushdie… Di Perancis, golongan sekular dalam pentadbiran negara
menentang mereka dalam isu pemudi Islam yang memakai tudung di sekolah…
Keduadua perkara ini menjadikan ramai orang Eropah tertanyatanya,
adakah mungkin menjadikan Islam menerima dasar masyarakat sekular,
sebagaimana yang dilakukan oleh Kristian, selepas konflik yang banyak, panjang
dan menyakitkan?! Bagaimanakah apabila ia merupakan agama yang mempunyai
kemantapan dalam bidang politik dan sosial, menjadikannya menolak sebarang
pengasingan antara urusan Allah dan urusan Kaisar; yang mana ia tidak
membenarkan sama sekali penganutnya untuk menjadi warga yang tunduk kepada
undangundang dalam bentuk yang diperakui oleh demokrasi sekular…”
Oleh itu, pendirian orang Barat yang memusuhi orang Islam di negara Barat
ialah pendirian terhadap Islam selaku agama. Pada asasnya, ia terbit daripada
perbezaan Islam dengan Kristian dalam pendiriannya terhadap sekular… Mereka
mahu Islam menggugurkan personalitinya yang khusus… maksudnya daripada
identitinya… Jika tidak, tiada tempat baginya di negara mereka. Lantaran itu,
penolakan diasaskan kepada ‘perbezaan agama’ bukan sebab lain”.
Isu sebenar bukan isu para pendatang yang menyaingi penduduk negeri dalam
lapangan kerja dan rezeki… buktinya ialah penerimaan Barat terhadap
penghijrahan yang datang dari negara Kristian di timur Eropah… Tentang pelbagai
kebarangkalian berkenaan penghijrahan ini, kajian Mortimer berkata:
“Realitinya, di sana terdapat kebarangkalian penghijrahan akan menghujani
Eropah Barat dari timur yang beragama Kristian… Tetapi ia tidak akan
menimbulkan gangguan yang bakal timbul jika penghijrahan itu datang dari
selatan yang beragama Islam….. Kerana warisan Kristian mereka akan menjadikan
mereka menerima proses asimilasi dalam Eropah Barat… Kepercayaan (yang
membezakan manusia berdasarkan sebab agama) ini merupakan sebab
tersembunyi di sebalik banyak alasan yang dikemukakan bagi membangkang
penerimaan Turki sebagai anggota penuh Kesatuan Eropah…”
Seluruh faktor ini mendorong Eropah untuk memperkenalkan dirinya dari
dimensi warisan Kristian. Ia juga mendesaknya untuk mengfokus secara serius
terhadap perbezaan dan batas sempadan antaranya dan dunia Islam…
Sesungguhnya kenyataan di atas merupakan penyaksian bahawa, isu ini
bukan isu etnik… ia hanyalah isu agama… Perbandingan mestilah dilakukan
antara Timur yang beragama Islam, yang membuka seluruh pintunya untuk segala
etnik dan agama… dengan Barat yang beragama Kristian, yang mahu
129
menundukkan orang lain (yang berbeza agama atau etnik)… Segala puji bagi Allah
di atas nikmat Islam.
Beberapa Fakta Tentang Bosnia Herzagovina
130
ii. 31% Serb Orthodoks,
iii. 17% Croat Katholik,
iv. 7% Lainlain.
Bosnia Herzagovina: Sejarah dan Fakta
Orang Islam di Bosnia tinggal di kawasan tengah selatan Yugoslavia. Mereka
mendiami kawasan dari sungai Vardar hingga pergunungan Sar Planina di
tenggara Sungai Sava dan Sungai Una di barat laut.
Orang Islam Bosnia hidup di bumi tersebut. Turut berkongsi dengan mereka di
situ, kaum Serb, Croat, penduduk Montenegro, bangsa Alban dan penduduk
Macedonia.
Orang Islam Bosnia membentuk peratus penduduk di Yugoslavia yang ketiga
terbesar. Ini berdasarkan bancian tahun 1971,1981 dan 1991M. Menurut bancian
1991, terdapat di sana tiga juta orang Islam Bosnia di Yugoslavia. Tiga juta
daripada mereka pula tinggal di Turki, Amerika dan Eropah. Mereka yang hidup di
Bosnia merupakan 45% daripada jumlah penduduk republik tersebut.
Pada zaman pertengahan, kawasan Bosnia dan Herzagovina merupakan
tempat konflik antara gereja Orthodoks dan Katholik. Ini kerana keduadua
kawasan ini terletak antara dua Empayar Byzantine dan Frankish. Semasa zaman
dahulu, gereja dibina secara khusus dan terpisah. Sementara pengikut gereja ini
telah memasuki Islam pada akhir kurun ke 14. Oleh itu, orang Islam dianggap
sekumpulan etnik yang khusus. Mereka menjadikan agama dan budaya Islam
sebagai akidah mereka.
Dengan kemajuan pembukaan ‘Otsmaniyyah di Balkan dan Eropah Tengah,
orang Islam Bosnia telah bermustautin di negara yang berhampiran dengan
mereka, seperti di Serbia, timur laut dan barat laut persisiran pantai Montenegro,
Slovenia dan Hungary. Sementara itu, Kerajaan Islam Turki tidak melakukan
sebarang bentuk penghapusan dan pembasmian fizikal kepada manamana bangsa
yang dibukanya. Setiap bangsa yang berada di bawah sayap negara menyertainya
secara aktif dalam pelbagai aspek kehidupan, di samping memelihara budaya dan
agama mereka.
Semasa kurun 17 dan 18M, meletus peperangan yang getir antara Empayar
Austria dan negara ‘Otsmaniyyah. Tentera yang berperang di keduadua pihak
terdiri daripada kaum Serb, Croat, penghuni Montenegoro dan orang Islam
Bosnia… Dalam perang ini, angkatan ‘Otsmaniyyah berundur, sekaligus
meninggalkan kawasan Islam Bosnia kepada penindasan, setelah peperangan
berbentuk perkauman agama… Tempoh jenayah penghapusan ini dianggap tempoh
paling buruk dalam sejarah Eropah. Kampung dan bandar Islam dimusnahkan dan
yang lain terpaksa meninggalkan agama mereka. Ramai pelarian dan mereka yang
diusir berangkat mencari tempat perlindungan. Dokumen sejarah menegaskan
kisah keinginan Serb untuk menubuhkan kawasan etnik yang seratus peratus milik
131
mereka. Syarat asasinya ialah menghapuskan orang Islam. Tindakan jahat ini
bermula dari Montenegro pada awal kurun ke 18. Kerja jenayah mereka telah
dicatatkan oleh pujangga mereka, pendeta Nichos dalam antologinya, ‘Tuntut Bela
Bukit’.
Selepas itu, serangan ke atas orang Islam Bosnia mula bertalutalu. Pada
1887M, angkatan tentera Austria dan Hungary menakluki bumi Bosnia
Herzagovina. Penaklukan ini telah meletuskan penentangan bersenjata pertama
daripada pihak orang Islam. Ia diikuti oleh penghijrahan beramairamai ke Turki.
Dalam dua kurun yang lalu, orang Islam telah dihilangkan sepenuhnya. Kesan
dan budaya mereka telah dipadamkan. Hanya sedikit yang masih kekal, di
sesetengah kota dan kampung di utara sungai Sava, Montenegro dan Serbia.
Penghapusan yang paling buruk ialah pada malam tahun baru mengikut kalendar
Orthodoks. Sempena memperingati malam tersebut, pada sepanjang tahun Perang
Dunia Kedua (19411945M), gerila Chetnik Serb telah melakukan penyembelihan
anti orang Islam. Mereka melakukan penyembelihan tersebut khususnya pada
malam tahun baru sebagai pengabadian untuk memperingatinya.
Sumber sejarah menyebut, 1000 orang Islam yang dilaporkan hilang pada
1972M dijumpai hidup di kawasan Montenegro. Bancian yang dijalankan pada awal
kurun 19M mendedahkan bahawa 20,000 orang Islam Bosnia tinggal di Belgrade.
Mereka menamakan warga Bosnia yang tinggal di Serbia sebagai orang Turki.
Sebagaimana yang diperkatakan oleh sejarawan Serb, Stofan Novakovitch:
“Operasi membersih bangsa daripada kaum Turki di Belgrade telah
berlangsung selama dua bulan bagi menentang orang Islam Belgrade. Serb telah
memasuki kota tersebut pada 8 Januari 1807 dan memusnahkan banyak masjid,
sekolah dan kubur. Bilangan orang Islam di Bosnia yang sebelumnya di Serbia pada
1830M, dianggarkan seramai 50,000 orang. Apabila Serbia memperolehi
pemerintahan autonomi, ia memutuskan, orang Islam mesti meninggalkan Serbia.
Oleh itu, dalam satu tahun, lebih 20,000 orang telah meninggalkan negara itu.
Dalam persidangan antarabangsa Kanilika, orang Islam di Montenegro diwajibkan
memeluk Kristian. Orang Islam yang dipaksa menganut Kristian tersebut telah
dibaptis dalam satu majlis keraian yang besar dengan dihadiri oleh sejumlah besar
pegawai polis dan pendeta agama.
Apabila Serbia dan Montenegro telah diiktiraf sebagai kerajaan yang merdeka,
iaitu berdasarkan keputusan persidangan Berlin 1878M, Serbia dapat meluaskan
kawasannya meliputi empat wilayah yang dihuni oleh ribuan orang Islam.
Demikian juga keadaan yang berlaku di Montenegro. Kejatuhan negara
‘Otsmaniyyah dan penjajahan Austria dan Hungary ke atas tanah orang Islam
Bosnia bererti perubahan kepada cara hidup orang Islam di sana. Mereka menjadi
sebahagian daripada tamadun Barat. Orang Islam merasa diri mereka dalam
kehilangan. Nasib mereka tidak diketahui. Tiada pilihan di hadapan mereka
kecuali berhijrah ke Turki. Hinggakan 1/3 bilangan penduduknya telah sampai ke
Turki, atau ke negara lain di Timur Tengah.
132
Perang Balkan yang berlaku pada 19121914M telah membawa kesulitan baru
kepada orang Islam Bosnia di wilayah Sanjak, Novi Pazar. Mereka menjadi sasaran
penindasan. Wilayah tersebut dibahagikan antara Serbia dan Montenegro. Maka
bermulalah suatu tempoh panjang kepada diskriminasi dan ketidaksamaan.
Peristiwa ini mengakibatkan penghijrahan ke pelbagai wilayah dan negara di
dunia.
Selepas pembentukan negara Yugoslavia yang pada permulaannya dinamakan
kerajaan SerbsCroatsSlovenne, juga selepas etnik dan bangsa Slovak Selatan
bersatu, penghapusan orang Islam berterusan dalam pelbagai bentuk. Perang itu
sendiri telah memberi kesan kepada orang Islam Bosnia, penduduk Kosova,
Macedonia dan kawasan timur Herzagovina. Pada tahuntahun kesatuan yang
pertama, 3,000 orang Islam dibunuh tanpa mengikut undangundang dan tanpa
perbicaraan.
Operasi penghapusan yang paling mengerikan berlaku pada permulaan
November 1924M di perkampungan ?????****Sohubich dan Bavinobolia di wilayah
Bilowabolia****???. Penduduk Montenegro telah membunuh 6,000 orang Islam
dalam satu malam. Badan manusia yang masih hidup dipotong kepada beberapa
potongan, mata dikorek, telinga dipotong dan anggota dalaman badan seperti perut
dikeluarkan. Tanda salib dilakarkan di atas badan menggunakan pisau. Mereka
yang lari daripada penyembelihan ini berhijrah ke utara Bosnia, Turki dan Albania.
Pada 1939M, Bosnia dibahagikan antara Serb dan Croat. Pada 1938M pula,
mereka memutuskan untuk mengeluarkan semua orang Islam dari Yugoslavia.
Operasi penghapusan anti orang Islam berterusan antara 19411945. Ini
merupakan sebahagian daripada 250 tahun sejarah penindasan dan kezaliman.
Kiraan mangsa berdasarkan peluru ialah antara 80 – 120 ribu. Sementara tempoh
45 tahun lalu, tidak terdapat apaapa maklumat berkenaan penghapusan yang
berlaku di Yugoslavia. Dan sejak pengisytiharan kemerdekaan pada Mac 1992M,
penyembelihan berterusan.
Tragedi Bosnia Dan Dendam Kesumat (Tahun 1992M)
133
Agensiagensi berita membawa paparan kejadiannya sejam demi sejam dan minit
demi minit. Namun begitu, dunia yang mengaku bertamadun dan
berperikemanusiaan sedikitpun tidak bergerak untuk berbuat sesuatu.
Penghapusan terus berlaku secara terangterangan.”
Semua ini pada hakikatnya merupakan penyembelihan moden yang
digambarkan oleh media massa dalam segala bentuknya. Ia dipindahkan melalui
satelit ke skrin tv. Seolaholah dunia dalam keadaan mabuk dan orang Islam
seumpama berada dalam kubur, sekalipun setiap yang berperasaan bergejolak
marah. Begitu juga, sekalipun air mata bercucuran di sana sini dan tragedi ini telah
diluahkan dalam setiap penulisan pena dan setiap lidah menjerit meminta
pertolongan dalam apa jua bentuk, Namun tidak ada apaapa pertolongan yang
datang. Untuk anda, kami tampilkan katakata para penulis yang menyaksikan
tragedi ini:
1. Sesungguhnya Eropah amat membenci Islam. Pendirian Amerika juga tidak
kurang berbanding Eropah. Tetapi perancangan dan alat yang digunakan
berubah bersama ketuanan sistem sekular dan kepimpinan yang ditinggalkan
golongan pendeta agama kepada orang lain…!!! Pertukaran kepimpinan
mendedahkan Islam kepada tribulasi yang lebih keji dan lebih buruk. Kita telah
lihat Russia yang menganuti fahaman atheis komunis selama 70 tahun. Ia tetap
kawan setia kepada Serb dan Orthodoks. Ia berusaha menjadikan negara
Bosnia benarbenar sebagai negara pelarian… sebagaimana yang berlaku di
Palestin… Adakah kita sudah sedar atau kita terus tidur sehingga kita dilanda
bencana?! Sesungguhnya apa yang berlaku di Bosnia dan Herzagovina
menghiris hati, mencetuskan ketakutan dan menggerakkan setiap mereka yang
berperasaan. Untuk anda diutarakan beberapa ucapan berkenaan tragedi ini.
(Syeikh Muhammad alGhazali).
2. Setiap kali aku berbisik dengan diriku: Wahai manusia yang tidak berdaya lagi
pengecut! Diamlah, bagi menghormati kedahsyatan tragedi yang kamu tidak
terdaya memberi sebarang bantuan untuk memberhentikannya… diamlah
kerana hati terkejut, ruh hancur dan tergamam di hadapan cebisan anggota
yang berkecai hancur dan darah yang mengalir… diamlah… wahai pembaca
kami, adakah kamu menangis?? Adakah kamu menipu dirimu dengan air
matamu??!! Atau air matamu boleh ditimbang dengan darah, atau dengan
sekati daging orang Islam, atau dengan kepala seorang bayi?! Siapakah di
kalangan kita yang berani mendakwa air mata dapat memenuhi tuntutan jihad
dan mati syahid?! Penipuan terhadap diri sendiri yang bagaimanakah untuk
kita cari untuk kelepasan diri kita?! Sabarlah wahai keluarga Sarajevo,
sesungguhnya janji kamu adalah syurga. (Dr. Muhammad ‘Abbas).
3. Sesungguhnya Serb lebih membenci Islam dan orangorang Islam berbanding
kecintaan mereka kepada Orthodoks sebagai agama. Lebihlebih lagi agama di
sisi mereka saling bercampur baur dengan semangat perkauman, sehinggakan
agama lebih menjadi pengenalan identiti daripada menjadi aqidah. Jelas
kepada kita kenapa mereka memperkatakan tentang Orthodoks sedangkan
134
mereka tidak mementingkan ajarannya. Dari satu sudut, ia menjelaskan
bahawa perang Salib telah menggunakan agama sebagai topeng kepada objektif
dan ketamakan lain, terutamanya yang bersifat ekonomi. Dengan nama agama,
puluhan ribu orang Islam disembelih. Sesungguhnya kita boleh menganggap
apa yang berlaku sekarang merupakan suatu bentuk peperangan tersebut
(perang Salib). (Fahmi Huwaidi).
4. Wahai pemerintah negara orang Islam: Adakah kamu membaca, atau
mendengar, atau menyaksikan apa yang berlaku kepada saudara lelaki dan
perempuan Islam kita di Bosnia Herzagovina??!! Kami tertanyatanya: Adakah
kamu tidur, atau kamu jaga, atau kamu dalam keadaan koma tidak berkata
kata??!! Wahai pemerintah Islam, hadirkan rasa tanggungjawab kamu di
hadapan Allah, terhadap saudaramu di Bosnia dan di Palestin. (Mushthofa
Masyhur).
5. Konspirasi disempurnakan pada siang hari terang benderang, dengan doa restu
yang tenang daripada Eropah yang mendokong Salib. Sementara dunia Islam
dalam tragedi ini hanya beranggapan ia sekadar fenomena geografi. Dunia
Islam tidak mempunyai sebarang timbangan terhadap tragedi yang berlaku di
wilayahnya, dalam dunia baru yang diperintah oleh Washington tanpa sebarang
pesaing. Adakah tragedi ini merupakan perang Salib baru yang mensasarkan
saki baki kawasan orang Islam yang suatu hari dulu dinamakan Republik
Bersatu Yugoslavia? (Dr. Ahmad Malath).
6. Setengah pemimpin Serb seperti Menteri Penerangan mengungkapkan tabiat
dan intipati konflik, seraya berkata: Sesungguhnya Serb (dalam serangan
mereka menghapuskan orang Islam) hanya mewakili pasukan perintis Perang
Salib yang baru melawan Islam yang sedang mara dalam masa Kristian
mundur ke belakang. Mereka (Serb) mengharungi perang agama ini hanya
untuk mempertahankan Eropah!! Ia menjadi saksi bahawa isu ini bukan isu
etnik… tetapi ia merupakan isu agama. (Dr. Muhammad ‘Imarah).
7. Sesungguhnya isu ini adalah isu perkauman dan perang Salib baru. Mereka
pernah berkata: Era perang Salib telah tamat. Adakah mereka mahukan perang
Salib yang baru? Mereka juga mengatakan: Zaman apartheid dan rasialisme telah
berlalu. Adakah mereka mahukan Nazi yang baru? (Dr. Yusuf alQardhawi).
8. Gambaran kekuatan tentera dalam dunia Islam hanya terserlah ketika
konflik berlaku sesama mereka (iaitu antara sebuah negara Islam dengan negara
Islam yang lain!!) Sebaliknya, ketika konflik berlaku antara negara Islam dengan
negara Eropah, kekuatan tentera menyembunyi untuk diambil alih tempatnya oleh
kekuatan pidato, prosa dan puisi!! Dunia Islam tidak akan bangkit kecuali apabila
ia mengetahui intipati kekuatan sebenar dalam dunia moden, iaitu kekuatan
ketenteraan. Maka bersedialah untuknya dan bentuklah kekuatan bersenjata Islam
yang mampu campurtangan untuk mempertahankan kepentingan orang Islam
ketika dharurat. (Dr. Abdul ‘Azhim Ramadhan).
135
9. Tidak berlaku sebuah negara Islam memutuskan hubungan diplomasi
dengan kerajaan Serbia. Tidak berlaku suatu negara yang mengusir duta (negara
tersebut)… Begitu juga, tidak berlaku apaapa gerakan untuk mengisytiharkan
kerahan perang, atau membuka pintu kepada sukarelawan, atau membekalkan
orang Islam yang tidak bersenjata dan lemah ini dengan senjata. Semua khusyuk
duduk di bangku penonton. Seolaholah burung bertenggek di atas kepala
mereka(*). Mereka meninggalkan saudara seakidah dan seagama menemui
kesudahannya yang pasti!! Terima kasih kepada Kesatuan Doktor Mesir… terima
kasih kepada seruan mulia mereka untuk pintu derma… Sesungguhnya harta
merupakan salah satu bentuk jihad yang difardhukan dalam Islam. (Prof. Fayez
Halawah).
(*) Kiasan kepada keadaan diam tidak bergerak, sehinggakan burung boleh bertenggek di atas kepala lantaran
menyangkanya seperti tunggul kayu.
10. Sesungguhnya serangan ke atas Mogadishu dan sikap pasif yang jelas di
Sarajevo membuktikan secara putus bahawa Amerika Syarikat mengamalkan
double standard berkenaan krisis antarabangsa. Untuk lebih jelas, Amerika
tidak mempunyai apaapa kepentingan yang aktif berkaitan tragedi yang
berlaku di Bosnia. Dalam masa yang sama, sekutu Amerika di kalangan negara
Eropah semuanya memihak kepada Serbia. Mereka secara jelas atau
berlindung bersama Serbia dalam menentang penegakan manamana negara
Islam di kawasan Balkan. (Prof. Sa’duddin Wahbah)
11. Meskipun segala jenayah yang tidak pernah diketahui kemanusiaan setanding
dengannya berlaku, pentadbiran Amerika dan kebanyakan negara Barat yang
tiaptiap hari melaungkan slogan hak kemanusiaan, mereka tetap berdegil
untuk menyekat senjata daripada rakyat Bosnia. Sedangkan senjata melimpah
limpah dari segenap penjuru ke atas Serbia yang membunuh. Senario ini
memperkukuhkan keraguan, wujudnya konspirasi antarabangsa. Fasalfasal
butirannya mengandungi komplot untuk meneruskan perbincangan di PBB
sehingga tirai dilabuhkan (ditamatkan) dengan pembasmian bersih rakyat
Bosnia dan Herzagovina. (Prof. Jalal Duwaidar).
Penutup Tragedi
Tragedi ini tamat, tetapi ditanggung kosnya oleh orang Islam Bosnia
Hezagovina, sebagaimana yang dijangkakan. Perkara ini telah diungkapkan oleh
seorang penulis akhbar ‘Observer’ dalam eseinya berjudul: ‘Sarajevo mati tercegat
berdiri’.
Orang Islam di Bosnia Herzagovina disembelih dua kali. Sekali di dunia realiti,
dalam pertempuran berat sebelah yang dihadapi mereka dengan tentera Serb…
Sekali lagi dalam perbincangan damai di Geneva.
Boleh jadi penyembelihan akhir (yang merupakan penyembelihan spiritual)
merupakan penyembelihan yang lebih teruk antara keduadua penyembelihan.
136
Orang Islam dipaksa untuk menerima persetujuan yang menjerut mereka dan
memberi peluang kepada Serbia mencekik mereka selepas itu pada saban hari…
Telah jelas bahawa, konspirasi anti Islam telah berjaya sepenuhnya.
Akhbar ‘Observer’ menulis: Sesungguhnya duta menasihatkan Alija Izetbegovic
agar menandatangani persetujuan dan mengunci mulutnya. Kerana orang Amerika
tidak serius untuk memaksa Serb berundur. Sementara penimbang tara
antarabangsa, Lord Owen telah meletakkan Alija Izetbegovic di bawah tekanan
besar agar beliau menerima pembahagian negara yang dijalankan.
Alija Izatbegovic telah akur. Beliau berada di hadapan dua alternatif: Untuk
menolak, lalu bangsanya dihapuskan sama sekali… atau untuk menerima realiti
yang berlaku dan merelai agihan pembahagian sebanyak 30% daripada bumi
tanahairnya sedangkan bangsanya mewakili 70% penduduk.
Akhbar ‘Times’ pula mengungkapkan senario yang berlaku dalam satu esei
berjudul, ‘Sarajevo mati tercegat berdiri’…
Ia menyebut: “Ketika perbincangan damai berjalan dan ‘tersungkur’ di kota
Geneva, kota Sarajevo yang tertegak megah mati dalam keadaan berdiri di atas
kedua kakinya.”
Keadaan di ibu kota Bosnia telah kembali mundur kepada keadaan bandar
pada kurun pertengahan. (Maksud Akhbar tersebut mengisyaratkan ia ketiadaan
air… elektrik… hubungan pengangkutan… hospital… ubatan… dan makanan…
ringkasnya tiada sebarang mercu tanda ketamadunan).
Akhbar itu terus berkata: “Sama ada Serbia benarbenar berminat menguasai
Sarajevo atau sekadar memaksa kerajaannya (Sarajevo) untuk menyerah dengan
penuh hina di Geneva, pemboikotan tetap kekal sebagai senjata yang
menakutkan… ia bertukar sebagai cara untuk menyebarkan kesukaran (kepada
pihak Bosnia) demi memperolehi pengaruh paling kuat dan syarat paling baik bagi
pihak Serbia”.
Apa yang diperkatakan oleh akhbar ‘Times’ telah berlaku… Fasa pertama
tragedi telah tamat. Orang Islam telah menerima kemahuan Serb.
Tinggal persoalan: “Siapakah yang bertanggungjawab terhadap tragedi ini?”
Jawapannya diketahui semua… Orang Islam di Bosnia menghadapi seluruh
dunia berseorangan… Mereka menjerit meminta senjata, tetapi tiada seorangpun
yang menyahut mereka. Mereka meraung meminta pertolongan, namun tiada
siapapun yang menolong mereka… Tragedi ini lahir kesan kelemahan orang Islam
dan sikap lengah pemimpin mereka. (1)
(1) Ahmad Bahjat, al-Ahram, 17 Ogos 1993M.
137
CHECHNYA: KEAJAIBAN UNTUK TERUS
BERTAHAN SEPANJANG EMPAT KURUN
Republik ini (sebagaimana yang dipaparkan dalam peta) terletak di kaki bukit
di utara rangkaian banjaran besar Caucasus. Ia bersempadankan Russia di sebelah
utara dan Georgia di sebelah selatan. Sementara arah yang lain, ia disempadani
oleh beberapa republik Caucasus yang dikuasai oleh Russia.
Keluasannya mencapai 19.3 ribu km 2. Manakala bilangan penduduknya pula
seramai 1.5 juta orang. Kebanyakan mereka berasal daripada bangsa Chechen dan
Ingush. Wilayah tersebut didiami oleh bangsa dan perkembangan populasinya tiada
tandingan di dunia. Boleh jadi ini merupakan keistimewaan wilayah Caucasus
secara umum.
Sepanjang empat kurun, republik ChechenIngushetia menduduki tempat yang
menyerlah dalam sejarah. Sekalipun negara ini berada dalam lingkungan yang
dilupai untuk seketika, namun penjajahan Russia terhadapnya pada Disember
1994M telah menarik perhatian terhadapnya. Khususnya, selepas bangsanya yang
kerdil dengan kelengkapan yang serba ringkas dapat menewaskan penjajah Russia
dan memaksa mereka untuk berundur kalah. Sejarah bakal mencatatkan bangsa
ini dapat merobek tembok Russia dan mereka pada hari ini mengancamnya kepada
keruntuhan. Sekiranya terdapat banyak faktor yang terkumpul untuk mengancam
Kesatuan Russia kepada perpecahan, kekalahan tentera Russia di Chechnya
menduduki tangga pertama di kalangan faktor tersebut.
Tabiat bukit bukau dan keadaan cuaca yang mencabar menyumbang
pembentukan manusia yang kuat, mampu menanggung kesusahan, kesulitan dan
kehidupan dalam keadaan paling sukar. Ia menjadikan manusia Chechen terkenal
sepanjang sejarah dengan keupayaannya yang tinggi untuk mengharungi perang
dan mencapai kemenangan yang menakjubkan. Manusia Chechen sepanjang
sejarah kekal sebagai barisan pertahanan pertama negara bagi melawan
penceroboh yang tamak dan cuba menjajahnya dalam sejarah.
Kemasukan Islam pada kurun ke 16 dan perkembangannya yang cepat di
kalangan anak negara tersebut, menjadi faktor baru dan penting dalam membentuk
keperibadian bangsa Chechen. Islam menambah kekuatan iman, kecintaan kepada
jihad dan syahid di kalangan mereka. Ini melipat gandakan kekuatan mereka dan
menjadikan manusia Chechen benarbenar barisan pertahanan pertama melawan
serangan berturutturut yang menyerang negara tersebut. Ia turut menjadikan
mereka faktor penentu pertama dalam kekalahan golongan tamak yang berterusan
datang menceroboh sepanjang sejarah.
Chechnya dalam peredaran sejarahnya telah terdedah kepada beberapa siri
serangan angkatan tentera Russia. Serangan tersebut bertujuan
138
menggabungkannya ke dalam Empayar Russia. Cubaan pertamanya pada 1556M,
iaitu apabila Maharaja Russia, “Ivan The Terrible” cuba menggabungkan orang
Islam negara tersebut ke dalam empayarnya. Tetapi cubaan ini gagal disebabkan
tentangan sengit bangsa Chechen.
Pada1772M, iaitu pada era Maharani Catherine II, Russia cuba menakluki
negara ini sekali lagi. Tetapi Chechnya mengajar mereka dengan kekalahan yang
teruk. Pada 1785M, panglima Mansur Ushuma (syeikh sufi Naqshabandi berbangsa
Chechen) dapat mengenakan pukulan maut kepada Russia dalam pertempuran
yang dipersaksikan sejarah.
Sekalipun semua kekalahan ini, cubaan Russia untuk menakluki Chechnya
tidak terhenti, sehinggalah penaklukan benarbenar tercapai pada 1859M. Ketika
itu tentera empayar Russia mengenakan segala bentuk seksaan kepada seluruh
bangsa Caucasus, bukan hanya kepada bangsa Chechen sahaja. Mereka juga telah
mengusir 1.2 juta orang Islam Chechnya ke Turki untuk mengosongkan negara
daripada mereka. Di samping berharap agar Islam dicabut ke akar umbi dari
negara tersebut. Tetapi orang Islam yang terlepas daripada pengusiran, mereka
telah bersatu dan menyambung penentangan.
Selepas berlaku Revolusi Bolshevik pada 1917M, orang Islam Chechen
mengharungi pertempuran sengit baru dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.
Tetapi Stalin melancarkan serangan penghapusan yang tersusun bagi melawan
mereka serentak dengan gelombang pengusiran berterusan dari negara. Mereka
dipecahpecahkan di luar negara mereka. Serangan ini mempunyai kesan besar
kepada Chechnya. Tetapi pada akhirnya, ia tidak berhasil merealisasikan
keinginan Stalin dan regim pemerintahan komunis untuk menghapuskan dan
memadamkan bangsa Chechen dari permukaan bumi… Bangsa Chechen dan
negara Chechnya tetap kekal sedangkan Soviet Union telah runtuh pada 1991M.
Negaranegara Caucasus (antaranya Chechnya) telah diiktiraf sebagai negara yang
merdeka sebagaimana negara Soviet Union yang lain.
Oleh itu, bangsa Chechen menyusun pilihan raya bebas yang membawa kepada
pemilihan Dzhokhar Dudayev sebagai presiden negara. Tetapi Russia tidak
mengiktiraf pilihanraya ini. Ia cuba menjatuhkan presiden dan kerajaan Chechnya
dengan segala cara, namun tidak berjaya. Dudayev mengisytiharkan kemerdekaan
negara pada 1992M.
Lantaran itu, Russia tiada jalan lain kecuali menyerang Chechnya pada 11
Disember 1994M. Pada hari tersebut, tentera Russia menyangka mereka dalam
‘perkelahan makan angin’ yang akan memakan masa hanya beberapa jam sahaja.
Tetapi mengejutkan, ia merupakan ‘paya lumpur’ yang menakutkan. Tentera
tersebut ‘tenggelam lemas’ di dalamnya untuk tempoh dua hari kemudian keluar
mengheret kekalahan. Kekalahan tersebut menyebabkan keruntuhan moral yang
besar di kalangan tenteranya. Ia juga menyingkap ‘paya lumpur yang busuk lagi
kotor’ yang berlaku dalam seluruh pentadbiran Russia ekoran korupsi.
139
Bangsa Chechen menang dan menjadi tuan empunya negara selepas
mengemukakan 80 ribu syahid, 1/4 juta orang yang cedera dan kerosakan luas
kepada institusi bandarnya. Kehidupan lumpuh sama sekali. Persenjataan Russia
yang ganas memusnahkan 360 sekolah, semua hospital dan semua kilang. Ia
meletakkan manamana kerajaan dalam situasi sukar untuk mentadbir negara,
terutamanya apabila disertai kemiskinan yang meluas dan gejala sosial merbahaya
yang tersebar di meratarata.
Russia cuba mencetuskan perpecahan di dalam negara tersebut dengan
menembak mati Presiden Dzhokhar Dudayev. Tetapi rakyat Chechnya menutup
peluang Russia dengan kejayaan mereka (rakyat Chechnya) menyusun pilihan raya
presiden baru yang memilih Aslan Maskhadov sebagai Presiden negara itu.
Maskhadov memasuki perundingan dengan Russia dan menandatangani
perjanjian damai Caucasus pada Jun 1997M. Antara fasal perjanjian yang paling
menonjol ialah Russia berjanji membayar ganti rugi dalam bentuk material kepada
Chechnya bagi membina kembali kemusnahan yang dilakukannya semasa perang.
Tetapi Russia tidak menepati janjinya. Ia memasuki fasa baru membuat pertaruhan
bagi keruntuhan keadaan dalaman di dalam negara itu. Russia juga melakukan
permainan perselisihan politik; melagakan Maskhadov dengan beberapa pimpinan
tentera yang mencipta sejarah dan memperolehi kemenangan dalam perang.
Tetapi rakyat Chechnya menggagalkan segala perancangan pencerobohan yang
dilancarkan sejak kurun ke 16. Mereka yang menolak serangan pencerobohan
sepanjang kurun tersebut, dapat menumpaskan Russia dalam pertaruhan kali ini.
Oleh demikian, Russia kembali melakukan serangan. Ia menyerang Chechnya
pada 1999M. Pencerobohan ini masih berterusan, tetapi kali ini Russia mahu
mengharunginya sebagai perang peringkat sejagat bukannya tempatan. Dalam
perang ini, ia mengerahkan seluruh tenteranya membawa segala peralatan
ketenteraan. Ia menyangka sebagaimana sangkaan sebelumnya, perang ini akan
tamat dalam beberapa hari. Terutama setelah angkatan udara, pelancar roket, bala
tentera yang dipenuhi kereta kebal, perisai dan para panglima yang besar turut
menyertai serangan kali ini. Perang ini dipertaruhkan oleh Perdana Menteri
Russia, Putin sebagai tiket untuk berjaya dalam pilihan raya Doma, kemudian
pilihan raya Presiden di samping mengembalikan kehebatan angkatan perang
Russia.
Perang ini bertambah hebat ekoran persepakatan sulit Amerika, Eropah dan
Russia. Dalam perang ini, Russia diberi kebebasan penuh untuk mengikut polisi
‘bumi hangus’ dan tidak mempedulikan hak kemanusiaan bagi membunuh siapa
sahaja yang jatuh ke tangannya di kalangan orang awam, wanita, kanakkanak dan
warga tua. Ia juga memperolehi kebebasan untuk meletupkan semua rumah dan
memusnahkan seluruh bandar, bahkan menghancurkan segala yang menunjukkan
terdapat kehidupan di Chechnya.
Perang ini adalah perang yang tidak pernah disaksikan seumpamanya kecuali
apa yang berlaku dalam perang Bosnia atau Kosova di tangan penjenayah Serb.
140
Perang ini bertambah dahsyat disebabkan sikap diam dan membisu orang Islam
yang cukup membimbangkan. Mereka tidak menghulurkan sebarang pertolongan
kepada saudara mereka, walau hanya bantuan kemanusiaan, demi memuaskan
Barat dan Russia dengan bayaran darah orang Islam.
Tetapi, sekalipun semua ini, adakah Chechnya menyerah kalah? Adakah ia
lemah atau longlai? Tidak. Adakah tentera Russia memperolehi pencariannya?
Tidak. Seribu kali tidak. Tentera Russia terbunuh di paya lumpur dan masih terus
terbunuh. Russia kembali mencari penyelesaian kepada masalah yang mereka cipta
sendiri. Namun, jauh sekali untuk masalah ini selesai.
141
KOSOVO DAN ALBANIA
Kajian Sejarah
Berdasarkan kajian amat teliti oleh pakar sosiologi etnik, keturunan bangsa
Alban berasal daripada bangsa Aliria kuno. Mereka merupakan keturunan paling
lama dan bersih di Eropah. Daripadanya datang nama kuno bagi Albania, ‘Illyria’.
(Oleh kerana itu, semua bangsa yang dikenali sebagai Yugoslavia Kuno cuba
mewujudkan hubungan atau keturunan dengan salasilah keturunan ini).
Walau bagaimanapun, setengah kajian lain mengembalikan asal usul bangsa
Alban ke wilayah Caucasus, di mana terdapat sebuah wilayah kuno bernama
Albania yang merangkumi Syirwan dan Daghestan. Mereka kemudian berhijrah
dari wilayah tersebut ke Balkan.
Ada yang mengatakan, mereka adalah bangsa Aria yang mendiami Albania di
persisiran pantai Laut Adriatik. Ada pula yang mengatakan, mereka daripada
kaum Barbar di Maghribi Arab dan telah menyeberangi Laut Meditranean menuju
ke Adriatik. Sesetengah pengkaji Arab pula mengatakan mereka daripada asal usul
Arab, secara spesifiknya daripada Arab Syam, iaitu kabilah Jabalah bin alAiham
alGhassani.
Nampaknya sebagaimana yang kami nyatakan, pendapat yang pertama
merupakan pendapat yang terpilih. Di samping itu, sekalipun berlaku perselisihan
pendapat berkenaan keturunan, namun yang pastinya, bangsa Alban telah memak
murkan pantai Adriatik dan membangunkan ketamadunan mereka di sana.
Ketamadunan mereka berkembang sehingga sampai ke empat wilayah pada zaman
pemerintahan ‘Otsmaniyyah, iaitu: wilayah Shkodra (sebuah bandar di utara
negara Albania sekarang), Kosovo, Manastir (yang turut merangkumi kota Skopje,
ibu negara Macedonia sekarang), Ionnina di utara Greece sekarang dan wilayah
Cameria (Thesprotia).
Keluasan bumi yang didiami oleh bangsa Alban di empat wilayah tersebut
kirakira 100 ribu km2. Tanah mereka menganjur hingga ke Montenegro, Serbia,
Greece dan Macedonia. Oleh itu, kita dapati bangsa Alban masih tinggal di negara
negara tersebut, selepas mereka disekat daripada berhimpun dalam sebuah negara.
Keadaan mereka sama seperti keadaan etnik lain yang diberikan hak selepas
peperangan yang berulang kali.
Bangsa Alban bercakap menggunakan satu bahasa, sekalipun mereka duduk
berpisahpisah di Balkan. Bahasa mereka ialah bahasa Albania, salah satu dialek
Aliria. ia merupakan salah satu bahasa Aria. Bahasa ini diketahui sebelum 3,000
tahun lalu. Ia terpengaruh dengan beberapa perkataan yang ditinggalkan penjajah
sepanjang tahun penjajahan dulu dan moden. Tetapi bahasa Turki mempunyai
142
bahagian yang terbanyak dalam bahasa ini. Semasa pembukaan ‘Otsmaniyyah ke
atas Albania, ia meninggalkan lebih 3,000 patah perkataan dalam kamus bahasa
Alban. Bahasa Yunani turut memberi pengaruh terhadap bahasa Alban.
Dulunya bahasa Albania ditulis dalam huruf Arab sehingga akhir kurun lepas.
Tetapi telah disepakati untuk disatukan abjad dan penulisannya dalam huruf latin
(selepas perang Balkan – Perang Dunia) atau selepas perubahan politik yang
berlaku di dunia. Yang mengkagumkan ialah bahasa Albania pernah dan masih
menjadi faktor terbesar kepada penyatuan etnik Alban di dunia. Cerita berikut
membuktikannya:
Seorang berbangsa Alban telah sesat dalam perjalanannya di New York. Di
satu simpang, dia membuka tingkap keretanya untuk bertanya sesiapa yang
terawal datang dari sebelah kirinya. Tanpa disedari dia bertanya dengan bahasa
Albania. Dan yang mengejutkan, orang yang ditanya menjawab dengan bahasa
Albania tentang tempat yang ditanya… tanpa mereka mengajukan soalan yang
biasa dimulakan, “Adakah kamu boleh bercakap bahasa Albania?” sebagai contoh.
Serangan Ke Atas Albania
Sebelum dan selepas tertegaknya negara Albania pada 1912M, tanah air Alban
mengalami beberapa serangan luar. Pada zaman pertengahan, serangan dilakukan
oleh Rom dan Byzantine, kemudian datang pula Serb, setelah itu ‘Otsmaniyyah, di
ikuti Itali (19391944M) dan German ketika Perang Dunia Kedua.
Antara tahun 19151918M, semasa Perang Dunia Pertama, Kosovo dan
sebahagian bumi induk Albania telah jatuh ke bawah penjajahan Bulgaria dan
kerajaan yang dipanggil kerajaan AustriaHungary (AustroHungarian). Sebelum
ini ia berada di bawah kuasa ‘Otsmaniyyah; bermula pada 1415M dan bertapak
kukuh pada kurun 15M sehinggalah sebelum pengisytiharan negara Albania pada
1912M.
Kemerdekaan Albania
143
amanan kembali stabil dan dunia mengiktiraf negara Albania. Ia diterima dalam
Liga Bangsabangsa pada 17 Disember 1920M.
Ahmet Zogu menjadi Menteri Dalam Negeri, kemudiannya Perdana Menteri
pada 1922M. Setelah itu beliau dipilih menjadi Presiden. Tidak lama selepas itu
berlaku penggulingan kuasa secara aman melalui perantaraan Paderi Fan S. Noli.
Namun Zogu segera kembali ke Albania pada 1924M. Beliau mengisytiharkan
Republik Albania pada 1925M dan dipilih menjadi Presidennya semula. Pada
1928M beliau menukar Albania menjadi kerajaan beraja . Beliau dilantik menjadi
raja Albania yang pertama dan terakhir (King Zog). Penjajahan Itali pada 1939M
menyebabkan Zogu dan keluarganya lari ke Turki, kemudian Mesir, kemudian
Perancis dan meninggal dunia di sana.
Anwar Khoja (Enver Hoxha) Yang Zalim
Pahlawan di medan Albania pada dekad 40an kurun ini. Meskipun gerakan
penentangan telah wujud sebelum beliau menceburi perjuangan kebangsaan,
namun kewibawaan peribadinya menjadikan belaiu berjaya memimpin semua
kumpulan pejuang. Beliau juga mampu mengumpulkan semua kumpulan agama di
bawah satu gabungan penentangan. Itali berjaya diusir pada 1944M, iaitu pada 29
November (Hari Kebangsaan Albania). Pada 1946, suruhanjaya pengasas
mengisytiharkan pembentukan republik rakyat di Albania dan Anwar Khoja
dilantik menjadi presiden. Dengan pengisytiharan tersebut, bermulalah fasa
kekerasan di Albania.
Albania dalam kegelapan komunis (19441992M)
144
pembentungan. Tugas ini dilakukan dengan seorang penghuni menerima arahan
kerja daripada ketua parti di kawasan tersebut di samping menerima peralatan
penggalian, keluasan yang bakal digalinya, tempoh masa dan bayaran (demi
Albania!!!).
Para warga juga diharamkan daripada menonton televisyen swasta dan
memasang ariel di atas rumah. Sesiapa yang berbuat demikian akan dihukum
penjara. Mereka juga diharamkan berbual dengan warga asing di kalangan
perwakilan diplomat atau tetamu yang dibenarkan melawat Albania oleh kerana
mereka dari negara rakan. Dia mestilah melaporkan dia telah bertemu dengan
seorang asing, atau berbual dengannya dalam topik sekian, sekalipun orang asing
tersebut sekadar bertanya tentang alamat rumahnya…
Kebebasan bermusafir di dalam Albania dan dari satu daerah ke daerah yang
lain turut disekat kecuali dengan keizinan pemerintah tentera daerah. Ini di
samping tegahan sama sekali bermusafir ke luar negara.
Pengintipan sesama individu berleluasa. Kenaikan pangkat berkait rapat
hubungan dengan jentera keamanan, terutamanya di kalangan pelajar universiti
yang mendapat pendidikan Barat.
Khoja telah menghapuskan mereka yang pernah membantunya. Beliau
membuang negeri tokohtokoh gerakan penentang penjajah yang dikenali dengan
Barisan Kebangsaan. Khoja juga membunuh penyokong kuat beliau, Mehmet Shehu
setelah merasakan Mehmet mula mengambil keputusan tanpa meminta
pandangannya.
Khoja memperdayakan rakyat Alban dengan kepercayaan palsu, iaitu mereka
menjadi sasaran kuasa jahat yang mahu menghalang mereka dari mencapai syurga
dunia yang diidamidamkan. Dia bertindak menjemput beberapa orang Sudan,
Afrika dan Palestin, dan mengizinkan mereka belajar di Universiti Tirana untuk
tujuan ini. Tetapi dia juga bertindak menmbina 0.75 juta pos kawalan bersenjata di
bandarbandar Albania untuk rakyat Alban berlindung ketika angkatan tentera
musuh, Amerika atau Soviet menyerang dan kemudiannya serangan Yugoslavia.
Albania bermukamuka dengan China dan memutuskan hubungan dengan
semua negara Eropah, khususnya Eropah Barat, ataupun negara lain yang
beraliran liberal. Tetapi yang paling bahaya ialah keputusan Khoja pada 1967
untuk mengisytiharkan Albania sebagai negara atheis pertama di dunia. Dia ber
tindak meruntuhkan masjid dan gereja; kebanyakannya ditukarkan kepada
kandang ternakan dan kilang, atau muzium dan teater. Sementara tokoh agama
ditangkap dan sebahagian mereka lari ke Syam, Arab Saudi dan Turki.
Ketika Khoja sibuk (secara rela atau terpaksa) dengan urusan dalaman
Albania, Kosovo menderita oleh penyembelihan dan operasi pengusiran yang
dilakukan Serb. Meskipun aliran perkauman Khoja yang ekstrim, namun dia
langsung tidak mengucapkan sepatah katapun terhadap pencerobohan yang
berlaku. Dia tidak bertindak sedikitpun apabila 125 ribu bangsa Alban diusir
daripada Kosovo ke Turki dan negara Arab, khususnya Syria.
145
Beliau tidak mempunyai sebarang peranan menyokong, sama ada ketika
tunjuk perasaan 1968 mahupun tunjuk perasaan 1981 di Kosovo. Hinggakan
setengah penganalisa berkata: “Barat mendiamkan diri terhadap Anwar Khoja dan
kekerasan yang berlaku di tangannya terhadap rakyat sebagai balasan kepada
beliau mendiamkan diri terhadap masalah Kosovo”.
Ramiz Alia
Anwar Khoja mati pada 1985 dan kuasa pemerintahan diambil alih Ramiz Alia.
Dia merupakan salah seorang pengikut Khoja, tetapi era dan zaman ketika itu
bukan lagi era dan zaman sebelumnya. Angin perubahan bertiup ke Eropah Timur
dan Soviet Union. Ramiz Alia berhadapan dengan situasi ini. Dia mula
mengamalkan dasar terbuka secara berperingkat. Namun ia tetap tidak memadai
bagi bangsa yang ditindas
Dia cuba menindas rakyat selepas bermulanya beberapa tunjuk perasaan pada
1990M. Kesilapan paling besarnya ialah apabila menghalang mereka yang
berhijrah untuk berhijrah. Manakala pasukan polis menembak orang awam dan
membunuh ramai orang. Kemudian gerakan pelajar bermula di utara bandar
Shkodra melancarkan tunjuk perasaan dan dikenali dengan demonstrasi pelajar.
Antara pemimpin pelajar yang terlibat ialah bekas presiden Albania, Soleh Berisha
(Sali Berisha).
Ramiz cuba membenarkan sedikit kebebasan bagi setengah kesatuan dan
perhimpunan kelompok tertentu. Kemudian dia membenarkan penubuhan parti.
Parti Demokrat telah dibentuk dan pilihan raya dijalankan dua kali pada zaman
pemerintahannya. Yang terakhir diadakan pada Mac 1992M, yang dimenangi oleh
Parti Demokrat dengan kemenangan majoriti.
Ramiz Alia dimasukkan dan dihukum penjara kerana jenayah anti
kemanusiaan. (Dia dibebaskan selepas golongan sosialis memperolehi tampuk
pemerintahan pada pilihanraya Jun 1997M)
Soleh Berisha (Sali Berisha)
Beliau merupakan doktor pakar jantung. Berasal dari wilayah utara dan
berlatar keluarga miskin. Beliau dikagumi para rakannya kerana merupakan
pelajar yang genius.
Ketika kecil Berisha tinggal di sebuah kampung di utara Albania yang terkenal
dengan pegangan agamanya, khususnya dalam aliran kesufian yang dipanggil
Baktashiyyah. Bapanya merupakan salah seorang pemimpin sufi (Qutub). Utara
Albania mempunyai hubungan kuat dengan Kosovo dari segi keturunan dan
kekeluargaan. Ini kerana perhubungan yang mudah antara kampung di utara
dengan bandar dan kampung di Kosovo.
Soleh Berisha cuba menjadikan isu Kosovo sebagai isu perkauman. Albania
telah mengiktiraf Republik Kosovo yang diisytiharkan oleh bangsa Alban di sana
selepas pungutan suara pada 1990M. Sementara Berisha dan partinya, (sebelum
146
mereka berkuasa), mengisytiharkan Kosovo sebagai sebahagian daripada Albania.
Beliau melaungkan slogan, “Satu bangsa, satu kesudahan hala tuju dan satu
negara”.
Barat bimbang dengan orientasi Berisha yang cuba menghidupkan sejarah lalu
dan membuka ‘bisul nanah Kosovo di perut Eropah’. Mereka cuba mengawal
Berisha dan menggabungkan Albania dalam Kesatuan Eropah. Berisha
mengumumkan persetujuan kerajaannya terhadap ekonomi pasaran Eropah.
Dengan itu, krisis Mac 1997M bermula. Ia menjadi permulaan kepada era
pelaburan harta.
Pelaburan harta
147
kepada bangsa Palestin, Amerika secara bersendiri berhubung terus dengan
Rugova.
Rugova nampaknya lebih gembira hubungannya dengan Amerika berbanding
desakannya untuk mencapai kemerdekaan Kosovo. Sikapnya ini mengakibatkan
berlaku pengapungan pendirian rasmi Kosovo (pendirian tidak tetap). Akibatnya,
beliau tidak mempunyai sebarang sokongan apabila golongan sosialis memperolehi
tampuk pemerintahan di Albania.
Golongan sosialis yang menang pula, mereka ingin memuaskan hati Amerika
dan Eropah. Suatu yang bodoh untuk mengulang kesilapan sama yang dilakukan
Berisha. Oleh kerana itu, Fatos Nano, Perdana Menteri Albania (19971998)
mengambil inisiatif mengisytiharkan, negaranya melepaskan tuntutan
kemerdekaan Kosovo. Bahkan dia meminta para pejuang angkatan Tentera
Pembebasan Kosovo menghentikan kerja ‘keganasan’!! Dia juga menganjurkan
penyelesaian damai yang memberikan wilayah kuasa autonomi kepada bangsa
Alban.
Oleh yang demikian, jelas kepada kita, peristiwa yang berlaku sepanjang 1979
1998M merupakan permulaan hakiki kepada kebebasan penuh Serbia di Kosovo
untuk menguasai wilayah itu. Bantuan Eropah merupakan penyelesaian yang
bersesuaian dengan pandangan setiap pihak, tetapi jauh daripada pandangan
Alban Kosovo, tuan empunya isu.
Hubungan Kosovo Serbia
Pada 1910M dan dua tahun sebelum kemerdekaan Albania (tahun yang sama
diisytiharkan perang ke atas Turki; yang dinamakan perang Balkan), Turki
mengisytiharkan niatnya untuk mengurniakan kemerdekaan kepada keempat
empat wilayah Alban. Oleh kerana itu, perang ke atas Turki disegerakan supaya
apabila ia tewas, wilayah tersebut akan dibahagikan sesama pihak Bersekutu.
Bilangan bangsa Alban di empat wilayah tersebut (KosovoShkodraManastir
Ionnina) ialah dua juta orang. Di samping mereka, terdapat minoriti Serb (di
Kosovo), Greece (di Ionnina) dan Bulgaria (di Manastir).
Ketika negara Albania diisytiharkan, keluasan negara yang sepatut diberikan
kepada mereka ialah 48 ribu km persegi (keluasan sekarang hanya 28 ribu km
persegi). Ia merangkumi bilangan penduduk yang mencecah 2.1 juta orang.
Sedangkan sepertiga penduduk Alban tinggal di luar sempadan negara yang baru.
Kenapa dan bagaimana pengaruh kewujudan Alban dapat dibataskan di dalam
negara Albania sahaja? Kenapa Kosovo, Manastir dan Ionnina tidak digabungkan
ke dalam negara Albania yang baru?
Sepanjang sejarah, Kosovo diketahui merupakan bumi yang didiami oleh
bangsa Alban. Ia dikenali sebagai Dardania/Dardanae sehinggalah kurun ke 14;
apabila ia mula dipanggil dengan nama sekarang. Sekalipun hakikat yang
diketahui umum ini, namun sejarah yang dipenuhi kebencian dan iri hati telah
membakar ceruk pelusuknya. Sepanjang sejarah kuno, Kosovo dan penduduknya
148
ditawan oleh Serb. Mereka menawannya dalam tempoh antara kurun Ke 12 hingga
kurun Ke 14, iaitu pada kurun berlakunya pembukaan ‘Otsmaniyyah.
Raja Serb, Orosh mengetahui wilayah ini didiami oleh majoriti bangsa Alban.
Dia berpandangan, suatu kezaliman untuk dia mengamalkan keganasan dan
kekejaman ke atas mereka. Dia memutuskan perlindungan kepada penduduk
bangsa Alban di semua kampung tersebut. Sesiapa yang menyakiti mereka dalam
interaksi akan dikenakan hukuman. Dekri ini merupakan pengiktirafan pertama
Serb terhadap hak bangsa Alban di wilayah tersebut.
Impian dahulukala Serb ialah membentuk Serbia Raya (Nacertanija). Impian
ini ditanggung padah oleh etnik lain dan wilayah yang didiami mereka. Antara
wilayah itu ialah Bosnia, Macedonia, Montenegoro dan utara Albania termasuk
Kosovo. Selagi mana penduduk wilayah ini tidak di“Serbia”kan, impian ini tidak
akan tercapai. Pada 1844M, perancangan ini diperakui setelah penubuhan wilayah
Serbia (Principality of Serbia).
Serb percaya sepenuh hati, penjajahan sahaja tidak memadai, bahkan bangsa
bangsa yang berada di bawah kuasa mereka perlu di“Serbia”kan. Ia bukan sahaja
bermaksud menukar bangsabangsa itu kepada agama Orthodoks, bahkan ketaksu
ban Serb menjadikan gereja Orthodoks menjulang bendera meng“Serbia”kan
bangsa. Gereja Orthodoks di Serbia dikenali sebagai Gereja Serbia. Kegilaan
terhadap bangsa Serb dan kepercayaan mereka terhadap peri pentingnya
meng“Serbia”kan dunia sampai ke tahap mereka dakwa. Cukuplah penjelasan yang
diperkatakan oleh ilmuwan dan pemikir Serb yang terkenal, Mice Popovice:
“Bangsa Serb terus mempercayai asalusul dunia ini adalah Serb, bahkan Tuhan
adalah berbangsa Serb…”. Maha tinggi Allah setinggitingginya (daripada dakwaan
mereka).
Alban Kosovo telah memberi saham bersama Serb dalam kebangkitan melawan
pemerintahan ‘Otsmaniyyah dari 1804 hingga 1815M. Tetapi balasannya ialah
pembersihan etnik di enam kawasan, iaitu?????***** Belgrade, Subaria, Krusevac,
Savilanovach, Parasin, Pajodina.*****????? Dalam cubaan mengusir bangsa Alban
daripada wilayah barat, pada 1834M, raja Serbia, Milos Obrenovic telah
menggunakan kekerasan, keganasan dan penghapusan.
Ketika perang RussiaTurki berlaku pada 18771878M, dalam cubaan
memperolehi sokongan bangsa Alban di Kosovo, kerajaannya mengisytiharkan
jaminan persamaan bagi semua penghuni negara yang dibebaskan. Tetapi
persidangan yang dikenali dengan persidangan BerlinMontenegoro mengemuka
kan sebaliknya. Seorang putera Serb mengeksploitasi situasi tersebut. Dia
memusnahkan 620 kampung Alban. Menurut persidangan Berlin, 11 ribu km
persegi daripada tanah wilayah Kosovo berpindah ke tangan Serbia.
Kemudian perang Balkan tercetus. Raja Serbia, Alexander mengisytiharkan
bangsa Alban akan memperolehi hak mereka jika mereka membantu Serb dalam
perang tersebut. Lalu Alban benarbenar membantu Serb tetapi Serb (selepas itu)
telah menyangkalnya. Bahkan mereka menggunakan peralatan perang untuk
149
menghapuskan bangsa Alban dan membunuh puluhan ribu nyawa selepas bangsa
itu menolak untuk menganut agama Orthodoks.
Lord Lamington berbangsa Inggeris mengecam seraya berkata, “Objektif pihak
bersekutu dalam perang ialah memerdekakan tanah, tetapi ia bertukar kepada
perang penghapusan etnik.”
Pada 19121913M berlaku Persidangan London dan Kosovo diserahkan kepada
Serbia.
Dalam perang Dunia Pertama, Kosovo dijajah oleh Bulgaria dan kerajaan
AustriaHungary pada 19151918M. Selepas pengunduran Austria, kapal terbang
Serbia menjatuhkan bahan sebaran kepada penghuni wilayah ini, menyeru mereka
melindungi minoriti Serb dan menghalakan senapang mereka kepada musuh. Alban
menunaikan seruan ini, namun Serb sekali lagi menyangkalnya dan mengulang
kembali penghapusan dan pembunuhan yang berlaku enam tahun lalu.
Dalam persidangan Ke 4 Parti Komunis Yugoslavia, ia mengisytiharkan
sokongan terhadap perjuangan bangsa Alban untuk menyatukan bumi mereka dan
mencapai kemerdekaannya. Dalam persidangan Ke 5, parti itu mengisytiharkan ia
akan membenarkan penubuhan negara peladang bagi bangsa Alban menerusi
revolusi menentang imperialis antarabangsa dan fasisme Serb. Tetapi tiada suatu
pun yang tercapai dalam Perang Dunia Kedua.
Pihak Bersekutu telah bersetuju, semua bangsa yang menentang Kuasa Paksi
akan memperolehi kemerdekaan. Maka bangsa Alban di Kosovo telah melakukan
penentangan dan turut serta dalam perang melawan golongan Fasis pada 1941M.
Mereka juga bertindak membentuk Majlis Pembebasan Kebangsaan. Majlis ini
mengakui: Hanya bangsa Alban satusatunya pemilik hak untuk menentukan
kesudahan (nasib) dan penyatuan mereka dengan Albania.
Pihak Bersekutu juga telah bermuafakat dengan Tentera Pembebasan
Yugoslavia dan Tentera Pembebasan Kebangsaan Kosovo… Tetapi tiada sebarang
hasil kecuali Serb menuduh bangsa Alban sebagai pengkhianat padahal mereka
telah sepakat dengan Serb. Serb telah melakukan serangan di wilayah Kosovo.
Mereka memanggil serangan ini sebagai proses “mengembalikan situasi kepada
keadaannya yang normal” (Normalization of the situation). Ini terjadi pada 8
Februari 1945M.
Pada Julai 1945M, persidangan Prezrin diadakan. Iaitu setelah Serbia
menyembelih dan membunuh 47 ribu orang Alban dengan tuduhan mereka
melakukan revolusi terhadap negara Serbia.
Bangsa Alban masih meneruskan perjuangan. Mereka diberikan kedudukan
khusus dan bangsanya dianggap etnik minoriti. Perkara ini tidak dapat mereka
terima . Satu biro sulit untuk melakukan penentangan dibentuk, tetapi ia
terbongkar dan anggotanya ditangkap.
150
Pada tahun 1968M, tunjuk perasaan berlaku sekali lagi. Serb terpaksa
membuka pintu Universiti Pristina kepada para pelajar Alban. Kemudian pada
1974M, wilayah Kosovo ini telah dikurniakan gelaran sebagai satu unit daripada
unit Kesatuan Yugoslavia, di samping pertambahan kebebasan, pemerintahan
tempatan dan penyertaan dalam kepimpinan dan kementerian.
Pada 1981M berlaku berlaku lagi siri serangan penghapusan dan penindasan.
Pada 1989M, kedudukan khusus di wilayah ini dimansuhkan.
Pada 1990M, undangundang darurat dikuatkuasakan, semua tokoh politik di
wilayah ini ditangkap dan yang bakinya dipindahkan.
Pada 1991M, pungutan suara di kalangan Alban Kosovo. Ia berkesudahan
dengan kemerdekaan dan pengisytiharan Republik Kosovo. Tiada satu negara yang
mengiktirafnya kecuali negara Albania.
Pada 1996M, persetujuan pelajaran dimaterai antara Rugova dan Milosevic di
bawah seliaan Gereja San Igidio, Itali.
Pada 1997M, sejak Oktober, kekacauan pelajar Alban bertambah, kemudian
universiti ditutup, bangsa Alban diusir, para pelajar mula berlindung di bukit
bukau dan angkatan tentera pembebasan Kosovo muncul sebagai kekuatan di
arena.
Mac 1998, berlaku penyembelihan Drenica.
Penempatan Serb Di Wilayah Kosovo
Langkah ini merupakan salah satu cara merubah realiti yang diguna pakai
oleh Serbia bagi merubah struktur kependudukan di wilayah ini. Ia juga adalah
satu cubaan matimatian untuk menekan penduduk Alban di situ untuk berhijrah.
Ini dilakukan dengan sokongan bantuan Serb kepada golongan minoriti Serb dan
desakan kepada mereka untuk bergaduh dengan Alban. Dengan itu, angkatan
tentera Serb akan campurtangan.
Sejarah dahulu dan moden menyaksikan gelombang berturutturut yang
bermula bersama serangan mengusir warga Alban untuk digantikan dengan Serb.
Gelombang terakhir ialah penempatan lebih 8,000 Serb yang lari daripada wilayah
Krayina/Krajina, Croatia. Ia merupakan antara kandungan pelan penempatan 20
ribu Serb di wilayah Kosovo. Kerajaan Serb juga bertindak menempatkan
pendatang Serb di sekolah, universiti, klinik, rumah kediaman Alban dan beberapa
apartment.
Untuk menggalakkan penempatan ini, kerajaan Serb membuat pelan
penerangan dan pelan ekonomi. Pelan pertama mengandungi jaminan kepada
warga Serb berkaitan kedudukan keselamatan di wilayah Kosovo. Ia menegah sama
sekali sebarang sebaran am berkenaan operasi berani mati yang dilakukan oleh
angkatan tentera Pembebasan Kosovo. Bahagian kedua daripada kempen
penerangan ini pula melibatkan penyiaran berita berkenaan operasi penggeledahan
151
terperinci, penyiksaan, penjara dan hukuman penjara ke atas bangsa Alban Kosovo.
Ini bertujuan membuktikan penguasaan angkatan Serb ke atas situasi di wilayah
itu. Ini di samping kempen kesedaran dan galakan di bawah slogan “Penempatan di
Kosovo adalah kewajipan kenegaraan yang suci”.
Sementara pelan ekonomi pula, ia mengandungi peruntukan belanjawan bagi
proses penempatan yang mencecah lebih 3.17 juta matawang Mark Jerman. 1.7 juta
daripadanya adalah untuk pembinaan 2,000 unit tempat tinggal. Dan yang baki
dalam bentuk hutang yang dipermudahkan bayarannya bagi pembinaan rumah,
khusus bagi Serb yang berminat untuk tinggal di Kosovo. Ini adalah untuk
mempermudahkan proses penempatan.
Kerajaan Serb dalam tempoh lima tahun telah menggubal lebih daripada 500
akta khusus berkenaan penempatan dan insentif di Kosovo. Di samping itu,
undangundang yang mengharamkan pemindahan milik daripada warga Serb
kepada Alban dan undangundang yang menggalak dan memangkinkan langkah
sebaliknya turut digubal..
Pujuk rayu lain ditampilkan dalam bentuk pemberian pekerjaan dan gaji yang
mahal kepada sesiapa yang berminat untuk berhijrah ke Kosovo. Begitu juga,
penggabungan institusi ekonomi Kosovo dengan institusi Serb yang sama
dengannya. Kempen ini juga menjadikan pentadbiran Serb bererti pemindahan dan
pengusiran ratusan ribu warga Kosovo demi memuaskan kemahuan Serb.
Pemindahan Bangsa Alban Dari Wilayah Kosovo
Bilangan etnik Alban yang berhijrah (sebelum peristiwa Mac 1998M) hampir
400 ribu orang. Mereka tinggal di Switzerland, Jerman dan Austria. Bilangan ini
sudah cukup untuk kamu, tanpa perlu mencari bilangan mereka yang tinggal di
Albania pula. Operasi pemindahan (transfer) bermula pada 1877M dan ketika
perang RussiaTurki (18771878M). Kemudian fasa lain bermula sejak 1918M. Fasa
ini menyaksikan kemuncak pemindahan sehingga tahun 1941M, iaitu tempoh masa
di antara dua perang dunia. Pemindahan ini berlaku dalam dua fasa, sebagaimana
yang dinyatakan oleh Prof. Zamir Syatola dalam satu tulisan beliau yang disiarkan
dalam jurnal tahunan bagi penerangan Kosovo di luar negara.
Fasa pertama dilakukan melalui kerajaan yang dipanggil Kerajaan Serbia
CroatiaSlovenia. Ia berlaku antara 19181929M. Sementara fasa kedua dilakukan
melalui kerajaan Yugoslavia, iaitu antara 19291941M. Pengusiran dibuat ke
Istanbul dan wilayah lain di Turki. Wilayahwilayah ini menerima 40 ribu daripada
300 ribu orang yang diusir secara kekerasan dalam fasa ini. Pengusiran juga
dilakukan ke beberapa negara Arab, bahkan ke Albania. Jalan pengusiran adalah
menerusi Skopje (Macedonia) ke Thessaloniki (Greece) dengan keretapi, kemudian
ke Turki melalui jalan laut dan keretapi. Bulgaria pula berperanan sebagai transit,
sementara Serbia menanggung segala perbelanjaan pengusiran. Pada 1995M, pihak
berkuasa Serb telah merampas lebih 854 rumah daripada bangsa Alban untuk
menempatkan orang Serb yang datang daripada Krayina.
152
Manakala fasa moden pula telah bermula pada Mac 1998M, sejurus selepas
pihak berkuasa Serb melakukan serangan ketenteraan besarbesaran ke atas
Kosovo. Serangan itu dengan alasan mengembalikan keamanan dan membanteras
penentangan bersenjata yang diterajui oleh Tentera Pembebasan Kosovo. Dalam
fasa ini, hampir 380 ribu orang Alban telah dipindahkan di dalam dan di luar
wilayah ini. Usaha ini dalam rangka cubaan menyusun kembali struktur
kependudukan (penempatan). Ia dilaksanakan dengan mengosongkan sebahagian
kawasan daripada penduduk Alban dan melakukan pengagihan kembali bangsa
Serb di situ. Tampaknya, fasa ini sebagai persediaan untuk pemisahan.
Sementara pemindahan di luar Kosovo; seperti ke Montenegoro, Albania dan
Serbia, musim sejuk yang menjelang pada 1998M telah menghalang kepulangan
kebanyakan mereka yang dipindahkan, iaitu setelah mereka melarikan diri ke
hutan dan rumah mereka pula diruntuh dan dirampas.
Perubahan Struktur Ekonomi
Pihak berkuasa Serb telah menyita hak milik dan institusi Kosovo. Ia telah
mengusir lebih 150 ribu pekerja daripada pekerjaan mereka. Ia juga
menggabungkan kilang dan syarikat dengan kilang dan syarikat Serbia yang sama
dengannya. Semua ini dengan alasan perkara tersebut mengakibatkan kerugian.
Orang Serb juga diletak di puncak hiraki pentadbiran dalam semua institusi
penting tanpa melihat kepada keupayaan akademik dan pengurusan. Demikian
juga, pihak berkuasa menjual sebahagian besar daripada kilang dan syarikat
bangsa Alban dan menswastakannya agar ia jatuh ke tangan Serb sekali lagi.
Antara paradoks yang berlaku, ialah sebuah kilang bangsa Alban telah didedahkan
kepada penswastaan, agar ia jatuh ke tangan seorang rakan kongsi berbangsa Serb,
isteri, para sepupu dan anakanaknya yang memperolehi lebih 50% saham kilang
tersebut.
Memadam Identiti Budaya
Usaha ini telah memadai dengan Serb menghentikan penyiaran radio dan
televisyen berbahasa Alban, menghentikan pengeluaran akhbar ‘Pembangunan’
terbitan Kosovo berbahasa Alban, membuang krew kerja dan lebih 1500 wartawan
yang bekerja dengan akhbar tersebut sehingga memaksanya diterbitkan di luar
Kosovo.
Angkatan Serb juga telah menguasai Pusat Budaya Alban di seluruh pelusuk
wilayah ini. Semua ini sudah cukup bagi kamu tanpa perlu memperkatakan lagi
tentang institusi pendidikan berbahasa Alban. Yang terakhirnya ialah Universiti
Pristina. Pembubaran pengajian yang berpengantar bahasa Alban telah meng
akibatkan berlakunya beberapa tunjuk perasaan dan merebaknya aktiviti
keganasan. Ia meletus sejurus selepas campurtangan polis Serb dan pencerobohan
ke atas penunjuk perasaan secara aman.
Situasi ini mendesak campurtangan Eropah pada masa itu, menerusi Gereja
Katholik Itali yang terkenal, San Igidio dan tandatangan persetujuan yang dikenali
153
dengan persetujuan pendidikan. Ia ditandatangani pada 1996M, antara Presiden
Serbia, Milosevic dengan pemimpin Kosovo, Ibrahim Rugova. Peristiwa ini dianggap
kali pertama, wakil Kosovo bertemu dengan Presiden Serbia, sejak pengisytiharan
pemansuhan kemerdekaan Kosovo oleh Serb pada 1989M.
Dalam krisis Mac 1998M dan dalam tempoh hampir enam bulan, angkatan
tentera Serb mengulangi senario yang sama. Mereka menutup Pusat Penerangan
Kosovo (K.I.C), menyita akhbar yang dikeluarkan dari Pristina dan melakukan
operasi terbesar mengaburi kejadian yang berlaku di Kosovo. Tindakan ini
menimbulkan andaian kemungkinan Serb melakukan operasi pembersihan etnik di
tahap yang sama mirip dengan apa yang berlaku di Bosnia. Lebihlebih lagi dengan
wujudnya pelbagai gambar ngeri yang memaparkan penyembelihan Drenica!!!
Penyembelihan Drenica (Mac 1998)
Pada 9 Mac 1998, angkatan tentera Serb melakukan penyembelihan besar di
Drenica, di tengahtengah Kosovo. Beriburibu orang keluar menjerit menyeru
meminta bantuan kepada orang Islam dan Eropah, tetapi tiada yang menyahut.
Dunia memekakkan telinganya selagi mana jeritan tersebut datang daripada orang
Islam. Ribuan mangsa gugur dan sungai darah mengalir sedangkan bangsa Alban
yang beragama Islam tidak mempunyai sebarang helah untuk berhadapan
peralatan ketenteraan dan hati batu Serb, yang bertekad melakukan pembersihan
etnik dan mengosongkan negara daripada warganya.
Penyembelihan Berterusan
154
iv. Faktor agama, di mana gereja Orthodoks memainkan peranan yang besar
dalam membantu Presiden Russia, Yeltsin dalam pendirian politiknya untuk
menghadapi arus komunis di Russia. Dan Presiden Russia pula cuba
membayar hutang budi kepada gereja Orthodoks di Balkan dalam
menghadapi orang Islam.
Gereja Orthodoks juga menghadapi dakwaan berperanan di dalam konflik
tersebut menerusi kewujudannya di Greece, Bulgaria, Serbia dan Russia. Di mana
ia banyak mengawal polisi luar negara bagi semua negara ini, terutamanya dalam
masalah etnik dan agama.
2. Amerika Syarikat: Diketahui peranan Amerika adalah satusatunya ‘joker
yang dapat menggerakkan semua daun terup’. Meskipun Amerika dituduh oleh
media penerangan Serb sebagai memusuhi dan merancang mengalahkan
Serbia, namun Holbrooke seorang sahaja yang mampu meyakinkan Milosevic
dan Ibrahim Rugova untuk duduk berunding secara bersemuka tanpa mana
mana orang tengah.
Amerika sebagai wakil semua kumpulan perhubungan turut menjadi satu
satunya pihak yang telah mengeluarkan keputusan membekukan setengah
hukuman yang dikenakan ke atas Serbia sebagai ganjaran kepada negara itu.
Amerika juga merupakan pihak yang mengancam menggunakan kekerasan,
sedangkan pada masa yang sama, Albright memberi kenyataan secara terang
terangan, sebahagian kepentingan Serbia dan dunia adalah dengan mencapai
penyelesaian secara damai.
Amerika jugalah yang menerajui katakata, “Tidak kepada kemerdekaan. Ya,
kepada pemerintahan autonomi yang diperluaskan”.
Albright turut menemui dan mendesak Rugova untuk mengisytiharkan
penolakannya terhadap keganasan, dan Rugova melakukannya. Dia juga mendesak
Rugova untuk mengumumkan penafiannya terhadap angkatan Tentera
Pembebasan Kosovo, dan beliau juga melaksanakannya.
Kementerian Luar Amerika pula mengutuk pembunuhan golongan tidak
berdosa di keduadua pihak, pencerobohan oleh kedua pihak dan mengecam
Ibrahim Rugova sebagai pengganas. Namun, Holbrooke memecahkan semua adat
kebiasaan dan ‘menjilat balik’ segala kenyataan yang mengecam Tentera
Pembebasan Kosovo. Itu, dia sedang duduk di atas tanah bersama para panglima
tentera pembebasan yang dikecamnya kelmarin. Adakah ini semua demi
memuaskan hati Tentera Pembebasan Kosovo?
Namun, bacaan cepat terhadap peranan Amerika dalam masalah Afghanistan
semasa jihad Afghanistan berada di permulaan krisis, demikian juga dalam krisis
Bosnia dan krisis Zaire, ia memberi latar belakang yang baik kepada kita ber
kenaan cara Amerika mengendalikan konflik di dunia, khususnya konflik yang
membakar dan bersifat perang bersenjata.
155
Dalam krisis Afghanistan, Amerika telah meminta pertolongan Pakistan dan
sempadan Pakistan telah dibuka kepada perisikan Amerika untuk memainkan
peranan, menyusun dan mengurus. Ia juga berjaya menarik beberapa negara Arab
dan Islam ke gelanggang konflik. Peranan Amerika sekadar pemetik api (starter),
kemudian ia berpindah ke fasa menilai. Amerika langsung tidak melibatkan diri
walau dengan seorang tentera sekalipun dalam krisis yang salah satu akibat
terbesarnya ialah perpecahan Soviet Union. Perpecahan ini terjadi setelah kerun
tuhan ketenteraan dan ekonomi Soviet akibat peperangan ini.
Amerika mengurus konflik ini dari luar sempadan dan dengan tanggungan
paling minima. Bahkan ia melibatkan negara Arab dan Islam untuk melaksanakan
peranan yang ingin dilaksanakannya, tetapi di sebalik tabir!!
Sementara di Bosnia, Amerika tidak mengemukakan apaapa penyelesaian
kepada krisis, berbeza dengan jangkaan yang dijangka oleh ramai pihak. Bahkan
penyelesaian yang diutarakan sebelum pembentangan penyelesaian Amerika
mungkin lebih baik bagi orang Bosnia. Tetapi pihak Amerika ketika krisis ini, dapat
mengupah Croatia untuk membantu orang Islam dan Croat, menyampaikan
bantuan Arab dan Islam dari seluruh tempat sehingga kepungan terhadap Sarajevo
dapat dirungkaikan dan penyelesaian damai dilakukan.
Pada fasa kedua pula, Amerika bertindak menutup ‘kedai Croatia’ kepada
semua Arab dan orang Islam. Dalam sehari semalam, ratusan Arab diusir dan
ribuan lagi dihalang daripada memasuki Croatia untuk menyeberang ke Bosnia.
Bahkan semua pejabat pertubuhan kebajikan ditutup dan senarai pengganas
diisytiharkan?! Orang Islam di Bosnia dituntut untuk mengusir atau menyerahkan
mereka (para pengganas tersebut) kepada kerajaan masingmasing untuk ia
melaksanakan kewajipannya terhadap mereka.
Fasa tersebut berterusan sehinggalah Amerika bertindak memasarkan pelan
politiknya bagi persetujuan Dayton, jauh daripada tekanan operasi ketenteraan
angkatan perang Bosnia. Angkatan perang Bosnia mula menyusun kembali
struktur dan mengatur strateginya untuk mengharungi perang pembebasan
menentang Serb, tetapi pihak Amerika membunuh impian Bosnia sejak
kelahirannya lagi.
Jelasnya, Amerika ingin menguasai Balkan, tetapi dengan caranya yang telah
diuji di banyak tempat dan berjaya sehingga kini.
3. Eropah yang tak berdaya dan keputusan Amerika:
(Keputusan Eropah berkenaan Kosovo menunjukkan ketidakupayaan Eropah
menangani permasalahan di dalam Eropah, apatah lagi permasalahan di luar).
Sekalipun sejauh mana tamadun dan kemajuan yang dicapai, Eropah tidak
dapat menghentikan aktiviti penindasan Protestant terhadap Katholik di Ireland.
Ia juga gagal mewujudkan medium untuk mencapai kesefahaman dengan puak
pemisah Basque.
156
Sementara keagungan Perancis pula tidak membantu bagi menamatkan
keganasan yang berlaku di Corsica, salah sebuah koloninya. Ia juga tidak
menggerakkan sesuatu pun di Bosnia, mahupun dapat melakukan apaapa di
Timur Tengah. Begitu juga, Belgium dan Perancis gagal menghentikan konflik di
tengah Afrika, tetapi Amerika dapat melakukannya. Eropah juga tidak berbuat
apaapa di Chechnya.
Yang peliknya Amerika adalah pihak yang meyakinkan Ireland dan Britain,
seiring dengan kejayaan Tony Blair memperolehi pemerintahan, untuk berunding
dengan Sean Penn dan ia berjaya untuk sesuatu tahap.
Amerika juga pihak yang memperincikan persetujuan Dayton untuk menepati
ukuran semua pihak kecuali orang Islam. Meskipun begitu, ia berjaya. Sekalipun
Kesatuan Eropah merupakan sebahagian negara Eropah, namun Eropah tidak
mengeluarkan satu keputusan sekalipun dalam manamana masalah politik yang
dihadapi oleh kesatuan itu.
Masalah dalam krisis Kosovo ialah kepentingan Eropah di Balkan beraneka
ragam dan tidak disepakati. Antaranya:
1. Jerman: Mempunyai kepentingan ekonomi dan bukan politik. Jerman
berminat untuk memain peranan sebagai pelengkap peranannya di Croatia,
Slovenia, Macedonia dan Bosnia.
2. Perancis: Berpandangan dimensi budaya dan pengembangannya hingga ke
ceruk pelusuk Balkan khususnya di Albania dan Kosovo, akan memberi
momentum kepada peranan Perancis di dunia, di samping memperkuat dan
menyokong Pertubuhan ?????Francofon******?????? yang berusaha ke arah
dimensi agama yang menyokong peranan Itali.
3. Itali: Bergerak melalui gereja Katholik dan menerusi sokongan institusi
Vatican yang mengepung gereja Serb dan menghalangnya daripada tersebar ke
barat. Di samping peranan ekonomi yang ditampilkan dalam menangani
masalah pelarian.
4. Greece: Merupakan sebahagian daripada segitiga Orthodoks yang
menggerunkan, bersama Serbia dan Bulgaria. Ia melihat Balkan sebagai pintu
kepimpinannya di kawasan tersebut. Oleh kerana itu, ia menyeru kepada
persidangan kemuncak Balkan, yang diadakan di pulau Crete pada November,
tahun lepas. Greece juga hampir dengan dimensi agama dan politik, namun ia
mempunyai ketamakan yang tidak pernah lekang untuk diulangi tuntutannya,
iaitu haknya di selatan Albania.
5. Russia: Sekalipun ia di luar organisasi Kesatuan Eropah, namun kepentingan
dagangnya dengan Serbia dan pencariannya terhadap peranan politik bagi
menghadapi Amerika, mendorongnya untuk berdiri di samping Serbia dan
‘menyewakan’ hak veto untuk negara itu.
157
6. Britain: Pemilik rekod yang meriah di Balkan, persetujuan London 1912M dan
persetujuan London 1990M, dan juga tragedi Bosnia. Begitu juga, peranan
utusannya, Lord Carrington menentang orang Islam. Kepimpinan Britain yang
menerajui Kesatuan Eropah ketika berlaku krisis ini, turut mendorong negara
itu ke lapangan arena.
Oleh kerana perbezaan kepentingan ini, Eropah gagal bersepakat bagi
mencapai polisi dan keputusan yang satu untuk menentang Serbia. Selanjutnya ia
tidak berupaya menyatakan persetujuan untuk melakukan serangan tentera ke
atas Serbia, bagi mendesaknya menerima syarat Eropah untuk berunding dengan
Alban Kosovo.
Hanya tinggal peranan Turki yang jauh daripada Eropah untuk sedikit
sebanyak mewakili titik cahaya perlindungan kepada Alban di Kosovo. Tetapi bukti
lama pada dekad 60an kurun ini dan persetujuan TurkiYugoslavia untuk
memindahkan warga Kosovo berketurunan Turki ke Turki, telah memadai bagi
kamu untuk tidak mengkaji masalah dalaman yang menjadikan peranan Turki
sekadar simbol sahaja.
Pendirian Eropah tidak terhenti kepada perselisihan berkenaan cara
menangani krisis, bahkan sampai kepada persepakatan untuk menyekat bantuan
material dan spiritual kepada Tentera Pembebasan Kosovo. Pendirian mereka ini
mengakibatkan hiruk pikuk media jahat, yang dipasang oleh pihak Amerika untuk
Tentera Pembebasan Kosovo dan cubaan menyerlahkan simpati media terhadap
mereka.
Selepas Tentera Pembebasan Kosovo berdegil untuk menuntut kemerdekaan,
Amerika mengisytiharkan perang rahsia terhadap bangsa Alban Kosovo. Ia
memerangi, menghalang bantuan serta menghasut agar menentang Tentera
Pembebasan.
Walau apa pun keadaan, pelan Amerika dalam setiap krisis melihat kepada
penguasaan politik ke atas semua pihak. Dan daripada penguasaan kepada
menguruskan dunia. Peranan Amerika di Kosovo dalam banyak segi, selari dengan
aspirasi Eropah, iaitu mengekang dan menyingkirkan orang Islam serta menyekat
tertubuhnya negara Islam yang merdeka di Eropah.
Sokongan Islam Kepada Kosovo
Siri penyembelihan di Kosovo:
1. Penyembelihan di Drenica pada Mac 1998M.
2. Penyembelihan Dukadjin pada Mei 1998M.
3. Penyembelihan di Rahofich pada Julai 1998M.
4. Penyembelihan di Rachak pada Januari 1999M.
Tetapi tiada yang menyahut, tiada tindak balas, tiada persidangan membela
(Kosovo) atau tunjuk perasaan memprotes, mahupun tuntutan mengusir Serb dari
158
negara Arab. Bahkan berlaku sebaliknya, Serb menyertai kejohanan sukan di bumi
Arab dan Islam. Stesen penyiaran Arab membuka pintunya kepada duta Serb
untuk menyerang orang Islam Serb dan melakukan seruan menerusinya untuk
menghentikan keganasan Serb.
Ketika Ikhwan Muslimin menyertai jihad di Palestin, mereka pulang disambut
oleh penjarapenjara Mesir. Adakah ini sebagai permulaan polisi kerajaan dalam
menghadapi sokongan rakyat kepada jihad atau penentangan terhadap
pecerobohan kehormatan orang Islam di dunia?!… Boleh jadi!!!
Selepas krisis Afghanistan, semua bersetuju ramai orang di dunia Arab dan
Islam kecewa. Ini jelas daripada penulisan para pemikir yang sesetengahnya
pemikir Islam. Mereka merumuskan tindakan mendadak bangsa Arab dan orang
Islam untuk menolong orang Islam Afghanistan adalah tanpa perhitungan teliti.
Amerika telah berjaya mengheret orang Islam ke sana demi kepentingan Amerika
di wilayah tersebut.
Tetapi peranan besar ini, dengan segala kesan negatifnya, dianggap lebih besar
peranannya terhadap bangsa Islam bukan Arab. Ia memberi bukti besar bahawa
umat ini mampu menyumbang tanpa batas dan berupaya mempertahankan
kehormatan Islam di mana saja ia wujud.
Sudah memadai sokongan ini mampu meledakkan tenaga para pemuda di
dunia Arab dan dunia Islam, ‘apabila kita mengecualikan eksploitasi jihad di
Afghanistan untuk tujuan keganasan’.
Perkara yang sama, walaupun pada tahap yang lebih rendah, telah terjadi di
Bosnia Herzagovina. Orang Islam berjaya menggembleng tenaga mereka dan
mengerah rakyat (untuk berjuang), sekalipun cubaan kerajaan untuk
menjadikannya urusan negara (bukannya rakyat). Nampak jelas kelemahan
kerajaan, apabila melihatkan kepada kaitan setengah kerajaan dengan kepentingan
sejarah dan politik bersama Yugoslavia ‘pada zaman pemerintahan Josip Broz Tito’.
Tetapi simpati orang Islam terhadap Kosovo nampaknya pucat dan lemah.
Kamu tidak lihat ia mempunyai warna, mempunyai bau dan kamu hampirhampir
tidak mengecap rasanya. Kita membaca setiap hari tentang penyembelihan, tetapi
kita menenangkan diri kita bahawa, di sana terdapat penentangan. Dan Tentera
Pembebasan menghadapi dengan baik pencerobohan Serb. Kita berpada
mengucapkan: “Semoga Tuhan kita bersama mereka”. Kita lupa mereka memerangi
perampas yang menceroboh kehormatan, membunuh wanita, kanakkanak dan
orang tua. Kita juga lupa perang adalah para wira, kelengkapan, peluru, orang
beriman, roti dan garam.
Kita dengar tentang ratusan ribu penduduk diusir, kita berdoa kepada Allah
untuk mereka dikurniakan keteguhan, sedangkan kita lupa bahawa mereka yang
berhijrah itu memerlukan daripada kita khemah, selimut, pakaian dan boleh jadi
sekolah dan hospital selain daripada doa … mereka memerlukan kepada kehidupan
baru yang perlu mereka biasakan. Tetapi di manakah kehidupan yang sukar
159
tersebut? Hingga kehidupan inipun susah dicapai… Kenapakah orang Islam lambat
membantu Kosovo?!
Kenapakah Umat Islam Lengah Membantu Kosovo?
Manamana pengkaji tidak dapat menentukan sebab fenomena ini secara tepat,
tetapi ia merupakan sebahagian lintasan, buah fikiran dan pemerhatian yang boleh
jadi kebanyakannya betul. Antaranya ialah:
1. Penyebaran berleluasa berkenaan pengertian keganasan dan ekstrim yang
didokong oleh penjajah. Sebahagian negara Arab dan Islam turut terseret sama.
Ini tidak termasuk pemburuan yang diterima oleh para mujahidin yang pulang
daripada Afghanistan, yang memaksa mereka melakukan tindakan yang
menambahkan porak peranda.
2. Pemburuan terhadap jamaah Islam beraliran sederhana, pengharaman aktiviti
dan pengawasan anggotanya. Perkara ini sampai ke tahap menuduh niat dan
ketakutan regim pemerintah terhadap kecemerlangan usaha kepahlawanan
dan bantuan daripada pelbagai jamaah Islam. Sedangkan usaha dan bantuan
tersebut dilakukan demi menepis serangan terhadap umat Islam dan
menghilangkan ketidakselesaan umat Islam.
3. Kebencian penjajah dan konconya terhadap kerja usaha pelbagai jamaah Islam
dalam menopang orang Islam dan mendorong mereka untuk tetap bertahan.
Juga kebimbangan penjajah dan konconya terhadap manamana kemenangan
Islam akan menaikkan ruh spiritual orang Islam, lalu berlaku pembentukan
entiti umat Islam yang proaktif dan tiada dalam perhitungan/jangkaan.
4. Kegagalan agenda jihad untuk mencapai objektifnya, kerana banyak sebab yang
kadangkadang di luar kemampuan. Contohnya, agenda jihad Afghanistan dan
Bosnia.
5. Sesetengah negara terikat dengan Barat dan Yugoslavia.
6. Kelemahan umum dan kegagalan umat Islam yang berbillion jumlahnya dalam
menghadapi lima juta Yahudi di Palestin. Begitu juga, banyak pengkhianatan
yang mencurigakan orang Islam terserlah dalam banyak perkara. Dan
seterusnya, masalah orang Islam yang banyak di sana sini; di Somalia,
Kasymir, Filipina dan negara Islam seperti Iraq, Libya, Sudan dan lainlain.
Susunan Struktur Tentera Pembebasan Kosovo
Sumber dekat daripada dalam Tentera Kosovo mengatakan, susunan struktur
kepimpinan mereka adalah beraneka ragam. Aliran yang dominannya ialah para
pemuda Islam yang mempelajari dengan baik pengajaran daripada perang Bosnia.
Aliran ini berpandangan, berpegang dengan agama akan membolehkan mereka
untuk menang. Selagi mana seseorang akan pasti mati oleh peluru Serbia
(sebagaimana kata setengah pemimpin), adalah memalukan untuk dia mati secara
pengecut.
160
Tetapi ini tidak bererti semua angkatan seperti gambaran ini, bahkan di sana
terdapat aliran perkauman nasionalis. Ia merupakan aliran yang jujur dan
setengah anasirnya turut serta di Bosnia. Mereka berpandangan Barat tidak akan
membenarkan pengislaman agenda di Kosovo. Oleh itu, usaha mesti difokuskan
kepada dimensi perkauman, terutamanya semuanya adalah orang Islam. Walau
bagaimanapun, setengah anasir kumpulan ini mempunyai kecenderungan fahaman
komunis lama. Mereka pernah bersama tentera Serb sebelum sepuluh tahun lalu.
Kumpulan inilah yang ditemui oleh Holbrooke.
Tentera pembebasan ini mempunyai sistem kepimpinan yang diagihagihkan
antara pelbagai kawasan. Operasi tidak dilaksanakan kecuali dengan izin pimpinan
tertinggi yang melantik seorang jurucakap bagi pihaknya, iaitu Ya’kub Krasnitchi.
Beliau seorang bekas guru. Pada akhir ini, beliau mengeluarkan kenyataan,
Tentera Pembebasan Kosovo tidak mewakili gerakan bersenjata bagi manamana
parti dan tiada parti yang menjadi sayap politik kepada tentera ini. Beliau berkata,
di sana terdapat perbezaan antara kami di Kosovo dengan Tentera Pembebasan
Ireland. Kami berusaha membebaskan bumi, bukan untuk berunding berkenaan
perwakilan diplomat.
Tentera Pembebasan Kosovo menghimpunkan hampir 50 ribu tentera. Ia
mungkin bertambah apabila semua parti politik bersetuju, penyelesaian
ketenteraan merupakan satusatunya jalan.
Penentangan Dan Keadaan Spiritual Tentera Serb
Sejak permulaan krisis terakhir Mac 1998, semangat penentangan di kalangan
warga awam Alban bertambah. Ia ditampilkan dengan kepulangan kembali kaum
lelaki ke wilayah Kosovo selepas mereka menghantar keluarga mereka ke
perkampungan di sempadan Albania.
Sekalipun bantuan tentera harian yang dimasukkan oleh Serb ke wilayah ini,
khususnya kawasan yang mempunyai penentangan, seperti Drenica, Mitrovica,
Peja dan Badovac… Saksi di tempat kejadian telah menyaksikan deretan kereta
perisai, trak tentera dan bas dan ini sudah memadai bagi kamu tanpa perlu
menyebut tentang pengangkutan menerusi keretapi… sekalipun pengeboman yang
mencapai 500 bom dalam satu hari, sebagaimana yang berlaku di kawasan Ditsyan
di barat Kosovo… sekalipun jentera ketenteraan telah sampai ke sepuluh kawasan
Alban di wilayah ini dan memusnahkan lebih 165 kampung… namun penentangan
semakin kuat dan bertambah.
Bilangan korban kalangan tentera dan pegawai tentera Serb tidak termasuk
yang ditawan juga bertambah. Antara yang disebut ialah, bilangan yang bukan
sedikit daripada tentera dan pegawai Serb telah ditawan oleh Tentera Kosovo.
Bahkan rasa putus asa di kalangan tentera Serb sampai ke peringkat mereka
menyerah diri kepada angkatan pengawal sempadan Albania, sebahagian yang lain
lari daripada khidmat tentera dan enggan patuh kepada arahan untuk pergi ke
Kosovo.
161
Sudah cukup itu semua tanpa kamu membicarakan lagi tentang tunjuk
perasaan oleh ibu bapa di Belgrade yang memprotes tindakan mencampak anak
mereka ke lapangan maut di Kosovo. Para ibu menuntut Presiden Milosevic
menghantar anaknya untuk berperang di Kosovo, seraya berkata: “Kenapa anak
anak kami berperang demi segelintir pemimpin negara?!”
Parlimen Montenegoro pula menuntut secara rasmi penarikan angkatan
tenteranya yang menyertai Tentera Kesatuan Yugoslavia. Ia juga meminta agar
tidak melibatkan anak watan Montenegoro dalam perang ini.
Natijah daripada itu, sebahagian angkatan polis Serb telah berundur (sebelum
persetujuan HolbrookeMilosevic pada Oktober 1998), dari sesetengah kawasan.
Antaranya ialah Klina, kawasan di mana Serb bertindak merampas sebelum lari.
Mereka juga membakar banyak rumah dan pos perlindungan selepas mereka
terusir.
Amerika Dan Tentera Pembebasan
162
dengan alasan mempertahankan Kosovo dan melemahkan diktator Serbia,
Milosevic, menumpulkan kukunya serta menyekat impiannya untuk merealisasikan
Serbia Raya.
Penglibatan Nato Dalam Perang Melawan Serb
Menteri Luar Amerika, Albright memberi kenyataan kepada CNN, tiga paksi
untuk menangani krisis ini, dengan mengikut susunan berikut:
1. Paksi bantuan kemanusiaan untuk menyelamatkan 0.75 juta pelarian yang
menanggung bahaya kebinasaan, terutamanya dengan hampirnya musim sejuk.
2. Paksi diplomasi.
3. Paksi penyelesaian ketenteraan.
Apabila ditanya, kenapa penyelesaian tentera dikemudiankan ke peringkat
yang akhir? Dia menjawab: “Sesungguhnya kita telah berjaya dalam perkara ini di
Bosnia”.
Jeneral George Joulwan, bekas panglima angkatan tentera pakatan Nato,
berkata: “Serangan udara tidak akan merealisasikan sesuatu. Perkara ini
memerlukan campurtangan angkatan darat. Siapakah bersamasama angkatan
tenteranya yang akan turut serta?”
Menegaskan perkara ini, seorang pakar Britain, William Hopkins menjelaskan:
“Boleh jadi serangan udara tidak memadai untuk menundukkan Serbia dan
Milosevic kepada tuntutan antarabangsa. Dalam kondisi ini, apakah langkah
seterusnya oleh pihak Nato?”
Selepas segala ketetapan yang lalu dikeluarkan, tibatiba para tokoh
berautoriti mendapati pakatan Nato tidak boleh menyerang Serbia tanpa alasan
yang kuat. Kerana Barat tidak mengiktiraf Kosovo sebagai negara yang merdeka.
Rentetan itu, mesti dicari sebab untuk dilakukan serangan udara. Nampaknya isu
penyembelihan Alban yang terbongkar hanya pada hari ini mungkin boleh menjadi
sebab !!!.
Tetapi Russia dan China tidak berpuas hati dengan alasan ini. Oleh itu,
sehingga tempoh Barat berjaya meyakinkan mereka… orang Islam di Kosovo perlu
menunggu giliran dalam barisan untuk disembelih!!
Beberapa pemerhati tertanyatanya tentang hakikat tuntutan antarabangsa.
Tiada di sana sebarang catatan teks dalam ketetapan PBB, Kesatuan Eropah
mahupun kumpulan perhubungan yang mengenakan sebarang tindakan ke atas
Serbia kecuali melakukan gencatan senjata.
Dan selepas enam bulan atau lebih daripada kejadian penyembelihan, tibatiba
dunia mendapati ratusan orang Alban disembelih seperti kambing di Kosovo.
163
Jika Barat masih tenggelam dalam perincian serangan udara, siapa pula yang
akan menyertai angkatan tenteranya? Apakah gambaran kepada penyelesaian
krisis selepas serangan ini?
Ketika perang di Bosnia berlaku bagi menghalang orang Islam daripada hak
menubuhkan negara mereka, Barat bingkas bangun dan wajah para pemimpin
negara merah. Mereka mengancam Milosevic dengan hukuman paling berat dan
mengisytiharkan kecemasan dalam barisan Nato. Ini berlaku pada 1992M. Dan
Nato benarbenar melaksanakan ancamannya, tetapi pada 1995M!!! Justeru Nato
sentiasa memerlukan waktu… kemudian ia melepaskan serangan udaranya ke atas
beberapa perisai lama dan rumah yang rosak. Semoga Allah mengambil alih bangsa
Eropah untuk berperang…!
Pada hari ini, suara mereka yang menuntut campurtangan pakatan Nato bagi
melawan Serbia, semakin tinggi. Tuntutan ini semakin bertambah akhirakhir ini
ekoran bertambahnya serangan ganas Serb ke atas wilayah Kosovo, berita tentang
penyembelihan beramairamai dan pemindahan penduduk di dalam mahupun ke
luar yang mencecah kepada 0.25 juta orang.
Sebagaimana tuntutan ini timbul selepas Barat memperolehi kepastian,
bangsa Alban di tempat pengusiran, bersedia untuk membiayai Tentera
Pembebasan Kosovo dengan harta yang perlu bagi penerusan penentangan
sehingga impian bangsa Alban memperolehi kemerdekaan tercapai.
Benar, Amerika Syarikat merupakan pihak pertama yang menggunakan
bahasa ancaman untuk melakukan serangan udara ke atas Serbia, jika ia
menceroboh Kosovo. Ini dinyatakan semasa perang di Bosnia. Ketika itu, Bush
mengisytiharkan, “Kalau Serbia menoleh ke Kosovo, Amerika tidak akan diam”.
Seterusnya, diketahui tanpa sebarang ruang untuk diragui lagi, Nato tidak
memasuki perang kecuali setelah terserlah keberkesanan Tentera Pembebasan
Kosovo. Justeru, Nato mesti campurtangan untuk membantai tentera tersebut dan
membebaskan negara itu daripada mereka, (tetapi) dengan alasan melindungi
warga Kosovo daripada Serb, setelah segala penyembelihan yang sekian lama
berlaku.
Ini adalah perancangan yang sama sebagaimana yang digunakan di Bosnia
Herzagovina. Apabila tentera Bosnia yang menentang telah kuat, ia dipaksa untuk
akur merelai dengan perolehan sebahagian hak sahaja, di bawah payung Amerika
dan Nato.
Selepas Pembentangan Ini
164
Hizbollah di selatan Lubnan. Adakah ini akan menjadi pengajaran yang dipelajari
oleh orang Islam? Terutamanya isu mereka masih tiada penyelesaian putus mahu
pun kemenangan yang mampu menghalang mereka daripada dicerobohi sekali lagi.
Pintu masih terbuka dan semua andaian masih wujud.
165