Anda di halaman 1dari 36

Menu

Sitik's Blog

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijriah


Pada tahun ini 30 Zulhijjah 1432H jatuh pada 26 November 2011 (Sabtu)
dan 1 Muharram 1433H jatuh pada 27 November 2011 (Ahad). Jangan lupa
membaca kedua-dua doa akhir tahun (1432H) dan doa awal tahun (1433H)
ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat
keampunan Allah SWT, insya Allah.
Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu
Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan
Allah SWT dari tnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan
dosa yang lalu.
Search
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-
perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum
bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak
melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau
berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat
selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku
memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan
yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku
dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai
Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah
Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan
Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan
sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari
Sabtu malam Ahad).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib badiyyah
Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat
untuk melindunginya daripada tnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang
mendatang.
Previous Next
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required elds are marked *
Share this:
Like this:
November 22, 2011

133 Replies
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas
kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah
tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan
dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan
tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan
melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan
Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah
berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli
keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Loading...
You May Like
1.
About these ads
Post Comment Post Comment
Notify me of follow-up comments via email.
Name
Email
Website
Comment
wcr1414diket on November 25, 2011 at 6:49 am
Terima kasih kerana berkongsi ilmu. Izinkan saya meletakkan di blog
saya. Terima kasih.
Reply
sitik on November 25, 2011 at 1:32 pm
Silakan
Reply
*
*
kang on November 14, 2012 at 7:55 pm
berkongsi ilmu? bahasa apa itu?
hghghghghghghg
Kamarol (Nashir as Sunnah) on November 25, 2011 at 11:45 am
asslamualaikum..izinkan share ilmu ini..jazakillahu khair..
Reply
sitik on November 25, 2011 at 1:33 pm
Waalaikum salam.sila, sila
Reply
jmazli on November 25, 2011 at 1:09 pm
thanxnak mintak izin letak kt blog sy
Reply
sitik on November 25, 2011 at 1:34 pm
Welcome.silakan.
Reply
adillah on November 25, 2011 at 3:05 pm
mohon izin, saya share di fb.terima kasih atas kebaikan
Reply
sitik on November 26, 2011 at 5:54 am
Silakan share
Reply
hamba allah on November 25, 2011 at 4:16 pm
DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN ADAKAH IA BENAR ATAU BATHIL?
Reply
Elmo Nur Helmy on November 19, 2012 at 1:46 am
Alhamdulillah..syukran.
Reply
sida on November 25, 2011 at 4:45 pm
saya copy buh kat blog saya yer untuk nota sayajazakallah
Reply
sitik on November 26, 2011 at 5:55 am
Silakan copy
Reply
adi on November 25, 2011 at 5:28 pm
saya juga copy ini utk blog saya bagi ingatan saya dan kawan-kawan..
terima kasih!
Reply
sitik on November 26, 2011 at 5:55 am
Ya, untuk peringatan bersama
Reply
fatin on November 25, 2011 at 7:29 pm
izinkan jugak utk sy share d blog ye..smoga kite smue dpt bukak buku
baru yg lbih baik..amin^^
Reply
sitik on November 26, 2011 at 5:56 am
Silakan. amin.
Reply
amiewah on November 25, 2011 at 10:33 pm
Assalamualaikum w.b.t
Saudari, izinkan saya untuk berkongsi share di wall facebook
saya..untuk berkongsi dan memperingati bagi yang mungkin terlupa..
Terima Kasih
Reply
sitik on November 26, 2011 at 5:56 am
Silakan ingat-mengingati sesama kita, semoga bermanfaat untuk
semua.
Reply
Ashraf on November 25, 2011 at 11:04 pm
sekadar berkongsi utk perbandingan & pengetahuan bersama.
Kata Syaikh Bakr B. Abdillah Abu Zaid rahimahullah: Tiada dalam
syariat ini sedikitpun doa atau zikir-zikir khusus untuk awal tahun di
bulan Muharram. Umat Islam pada hari ini banyak membuat tokok-
tambah (bidah dalam agama) berupa doa, zikir, atau saling bertukar
ucapan selamat. Demikian juga dengan puasa awal tahun baru,
menghidupkan malam pertama Muharram dengan solat, zikir, atau
doa-doa yang khusus, serta puasa akhir tahun dan seumpamanya yang
sebenarnya semua ini tidak ada dalilnya sama sekali. Tidak juga ada
satupun doa atau zikir-zikir khusus sempena akhir tahun yang memiliki
sandaran dalil syara. Di setiap akhir tahun, ramai orang yang berdoa
dan menyusun doa-doa khusus tertentu yang tidak pernah ditetapkan
oleh syara. Ini semua adalah contoh perbuatan bidah yang padanya
tidak memiliki asas sandaran dalam agama. (Bakr B. Abdillah Abu Zaid,
Tashhiih ad-Dua, m/s. 107 Daar al-Aashimah)
Kata Dr Asri: Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah,
iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada
zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara
ibadah khusus sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan
khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana
kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda.
(http://drmaza.com/home/?p=1297)
Kata Ulama Muda UMNO: Dalam kalangan masyarakat Islam hari ini,
terdapat beberapa salah faham tentang bulan Muharram. Selain
kepercayaan khurafat sebagaimana telah penulis sentuh, terdapat
beberapa amalan lain yang turut perlu diambil perhatian. Antaranya
adalah seperti amalan doa awal dan akhir tahun hijriyah, perayaan maal
hijrah, puasa awal dan akhir tahun, dan perayaan meratap kematian
Hussein B. Ali radhiyallahu anhuma.(http://qh-sunnah.blogspot.com
/2011/11/187-bulan-muharram-dalam-pandangan.html)
Reply
sitik on November 26, 2011 at 6:04 am
Ini sekadar doa dalam sesuatu occassion, cuma telah disusun oleh
ulama terdahulu untuk memudahkan orang-orang terkemudian
yang ingin berdoa untuk mengikutinya. Kalau dah rasa hebat
sangat, tak payahlah ikut, tak payahlah berdoa. tak ada paksaan
pun.
Yang pelik bin ajaib puak-puak wahabi ni, kalau sesuatu yang baik
yang dilakukan (bukan yang melanggar syariah pun) ada saja
suara-suara sumbang yang menuduh bidah dan sebagainya. Tapi
kalau maksiat yang berleluasa di luar sana tak sibuk pulak nak
membenterasnya, tak sibuk pulak nak kata bidah, senyap saja? Tak
senang duduk betul puak-puak ni kalau lihat ada orang yang
hendak melakukan kebaikan.
Jangan nak samakan berdoa dengan meratap dan melolong. kir-
kirkan.
Reply
saudara seislam on November 14, 2012 at 6:38 pm
Ssiapa nak doa awal&akhir tahun silakan. Namun mndakwa
itu amalan atau suruhan Nabi adalah x benar. X de hadis
sahih sbgitu
Nur Helmy on November 19, 2012 at 1:57 am
Ini sekadar doa dalam sesuatu occassion, cuma telah
disusun oleh ulama terdahulu untuk memudahkan
orang-orang terkemudian yang ingin berdoa untuk
mengikutinya Orang yang terkemudian ini ada yang
mengikuti (kerana tidak tahu) dan ada yang tidak mengikuti
(kerana sudah tahu).. kami ingin menegur sesiapa sahaja
bahawa pilihlah amalan yang sahih walaupon sekadar doa..
Anda mengharapkan fadhilat-fadhilat dari amalan tersebut
namun Allah tidak pernah menjanjikan demikian.. Apa yang
anda rasa? Jadi lebih baik amalkan yang sahih kerana ia telah
dijanjikan akan mendapat pahala InshaAllah..
-SayaBukanWahabi..
adi on November 14, 2012 at 10:43 am
seharusnya mengunakan hp.internet itu kamu katakan bidah.
ulama terdahulu juga belajar,bahkan lbh lama belajarnya dibanding
sampeyan.baru bisa baca tulis aja suka mencelah.yg mengaku
dirinya paling pinter dan paling bener itu adalah iblis.
Reply
saudara seislam on November 14, 2012 at 7:00 pm
saudara yang dirahmati Allah,yang membangkitkan isu
bidaah bkn orang malaysia tapi orang membngkitkan isu
bidaah adalah baginda nabi muhammad sallahu alaihi
wasalamjgn mmpermainkan hadith nabi,,bidaah adalah
jalan yang direka dlm agama yg menyerupai syariat yg
bertujuan utk berlebihan dlm beribadah..internet x termasuk
dlm bidaah,pasal ia bkn utk ibadat khas.ia adlah satu
cara..Allah lebih mengetahui
zaharah ali on November 25, 2011 at 11:30 pm
terima kasih dan saya telah print untuk diamal pada esok hari
Reply
sitik on November 26, 2011 at 6:05 am
Sama-sama
Reply
ProfIque on November 25, 2011 at 11:59 pm
salam, empunya blogizinkan saya share doa ni dalam blog saya. =)
Reply
sitik on November 26, 2011 at 6:05 am
Waalaikum salam silakan share, semoga bermanfaat.
Reply
xainax on November 26, 2011 at 8:20 am
Salam~
Terima kasih atas ilmunya. Mohon izin utk dishare ek. Bagi mengingati
diri sendiri n kawan2 yang lain.
-Action speaks louder than words ;8)
Reply
ema on November 26, 2011 at 1:47 pm
thanks coz share.
Reply
along on November 26, 2011 at 2:10 pm
Salamun alayk..izin share ya.. jzkk..
Reply
ismail on November 26, 2011 at 2:21 pm
izinkan sya share dlm FB sy yer..amat berguna.
Reply
noor ellina on November 26, 2011 at 3:53 pm
mohon share yea kt fb tenkiu
Reply
sitik on November 26, 2011 at 4:08 pm
Untuk makluman semua pengunjung,
Sesiapa yang hendak share dipersilakan, sesiapa yang tak nak pun tak
apa, tiada paksaan.
Sesiapa yang berasa hendak berdoa kepada Allah SWT, lebih baik
daripada orang tak nak berdoa kerana takut dikatakan bidah atau
mungkin sudah berasa cukup hebat.ada puak wahabi yang
mempertikaikan doa-doa ini. Saya ulangi sekali, ini hanyalah doa hamba
kepada Tuhannya bersempena peralihan tahun, salah ke? Kalau tak nak
berdoa, jangan cuba mempengaruhi orang lain yang hendak berdoa.
Mohon maaf kepada semua jika terkasar bahasa.
Reply
cik syeri on November 26, 2011 at 4:13 pm
izinkan sy share d fb saya untuk saling mempengingati..tq
Reply
eita on November 26, 2011 at 4:21 pm
mintak izin copy doa..
Reply
liza on November 26, 2011 at 4:24 pm
assalam..izin kan saya berkongsi ilmu ini di laman facebook saya
ya..terima kasih.
Reply
yun on November 26, 2011 at 4:56 pm
salam.
mohon share di fb sayaterima kasih
Reply
umibarakah on November 26, 2011 at 5:06 pm
SY SHARE TKASIH
Reply
szmy on November 26, 2011 at 5:43 pm
Minta izin nak share dan copy doa ini untuk diamalkan dan disimpan.
Terima kasih
Reply
q on November 26, 2011 at 5:50 pm
trima kasih..dan nk minta izin share yer
Reply
Kartini Kamal on November 26, 2011 at 6:16 pm
Salam alaiki. Mohon doa nya di kongsi ya . Brakallah.
Reply
siti on November 26, 2011 at 6:48 pm
assalamualaikumminx izin share ya..tima kasih
Reply
yubel on November 26, 2011 at 7:48 pm
Aslm alaikm pn, jgn dihiraukan isu bidah kat sini, coz kita smua arif yg
bidah HASANAH tidak ada mslhnya utk dikerjakan, drpd buat kerja2 lain
yg blum tntu ada faedahnya.
Thnx utk perkongsian doa, sy pn pakai jugak, hehe~
Wslm~~
Reply
sitik on November 27, 2011 at 12:13 am
Betul, kalau nak ikutkan cakap puak2 ni, satu amalan pun tak boleh
nak buat. di mana-mana mereka cuba masukkan jarum
ajaran/fahaman mereka yang bertentangan dengan amalan ahli
sunnah wal jamaah.
Reply
Ali KD on November 27, 2011 at 12:13 am
salam,saya setuju dengan Sitik..tiada salah nya jika kita berdoa mnta kpd
Allah walaupun Nabi s.a.w tidak menganjurkan amalan tersebut..selagi
mana ianya tidak bertentangan dgn agama,perkara itu di sebut sbg
bidaah hasanahbidaah yg baikwallahualam..
Reply
Nur Helmy on November 19, 2012 at 2:00 am
Memang ada bidaah hasanah, tetapi bukan dalam ibadah..
Reply
Rusimah Samian on December 4, 2011 at 2:04 am
mohon share,untuk kebaikan bersama..t.ksh
Reply
sitik on December 4, 2011 at 2:16 am
Silakan.
Reply
hamizi on November 11, 2012 at 1:10 pm
Mohon di baca & share..syukran jazilan
Reply
sitik on November 11, 2012 at 1:31 pm
Silakan
Reply
Zuria Ulfa binti Zubair Husen on November 13, 2012 at 12:14 pm
Assalamualaikum wr wb.
Izin baca dan ngopy ya,
Jazakallahu khairan
Reply
sitik on November 13, 2012 at 12:17 pm
Waalaikum salam,
Silakan
Pingback: Doa akhir tahun dan doa awal tahun | Berakhir Zulhijjah 1433H
Muncul Muharam 1434H | Puanbee.com
Reply
Irdelia on November 13, 2012 at 11:45 pm
Mohon share ya, Terima Kasih
Reply
sitik on November 14, 2012 at 12:28 am
Silakan.
Reply
azila_naufal on November 14, 2012 at 8:41 am
mohon izin print.. ready utk dibaca ptg ni.. tQ..
Reply
sitik on November 14, 2012 at 9:39 am
Silakan
Reply
jijah on November 14, 2012 at 9:09 am
izinkan saya copy untuk dibuat pedoman hari ini dan selamanya,
terimakasih ye
Reply
sitik on November 14, 2012 at 9:40 am
Ya, silakan
Reply
haz on November 14, 2012 at 9:52 am
salamyaa tuanmohon share
Pingback: Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijriah | Dahsyatnya Sedekah
Reply
sitik on November 14, 2012 at 11:11 am
Silakan
Reply
Madam LaLa (@Mdm_Elle) on November 14, 2012 at 11:09 am
thnax for the info, saya share di blog ye..
Reply
sitik on November 14, 2012 at 11:11 am
Silakan.
Reply
muadz on November 14, 2012 at 12:28 pm
JAZAKALLAH MY UKHTI, FROM MUADZ AT SAMBAS IN INDONESIA
Reply
sitik on November 14, 2012 at 12:34 pm
Aamiinwaiyyak.
Reply
antok on November 14, 2012 at 4:02 pm
makasih doanya ya mudah2 jadi amal baik dan niat nya
Reply
sitik on November 14, 2012 at 4:21 pm
Sama-samaAamiin.
Reply
mohd Azizi on November 14, 2012 at 5:29 pm
Mohon share, Jazakalllah
Reply
sitik on November 14, 2012 at 5:34 pm
Silakan share waiyyak.
Reply
zamzida on November 14, 2012 at 5:50 pm
Mohon share yer..tq.
Reply
Yadi Mulyadi on November 14, 2012 at 6:12 pm
Assalaamualaikum..ijinkan saya mengcopy dan mensharenya ke teman
dan jejaring sosial, terima kasih. Yadi
Reply
Cik Ira on November 14, 2012 at 6:35 pm
as salam ukhwah..sy mohon share doa ini ye..
Reply
Imam E-budhi Indramayu on November 14, 2012 at 6:45 pm
Thanks. Saya share ya.
Reply
Noriha Basiron on November 14, 2012 at 6:46 pm
salam. mohon share untuk sy ltakkan dlm fb. tuk diri sy n kawan2.
terima kasih
Reply
Hamba Allah on November 14, 2012 at 6:46 pm
Terima kasih sbb share. Doa yg ada dalam blog ni lebih jelas dan senang
dibaca. Tulisan simple memudahkan pembacaan terutama pada insan
jahil mcm saya ni. Satu saja nk tambah, ustaz saya ada mengingatkan
bahawa di akhir zaman syaitan akan cuba menghalang kita melakukan
amal baik melalui manusia yang riak dgn ilmu yg dimiliki. Allah
berrman, berdoalah nescaya Aku perkenankan. Pada pandangan saya
yg banyak dosa ni, tak salah berdoa moga hati terbuka untuk bertaubat
dan seterusnya taubat kita diterima Allah
Reply
aida on November 14, 2012 at 6:47 pm
thanks 4 da doa..mohon share ye..smoge pahala yg mngalir kpd
pmbacanye,mngalir trus kpd punulisnya,amin
Reply
ida... on November 14, 2012 at 6:52 pm
Terima kasihinfo yang sangat bergunaterima kasih.
Reply
Ari on November 14, 2012 at 6:53 pm
Minta izin mau share tulisanya ke yang lain
Reply
Kasihku Nana on November 14, 2012 at 6:54 pm
ashraf,awak kena banyak belajar lagi,,ilmu mana tidak awak kata bidaah
ni?saya setuju dengan pendapat sitik..ayuh!mari kita sama2
berjuang..aminnnn!!!
Reply
fariza on November 14, 2012 at 6:55 pm
izinkan saye ltak d fb utk prngatan pda diri yg lmah ini srta tman2 saye,,,,
Reply
Aini Bakar on November 14, 2012 at 7:02 pm
bidaah -mengada2kan pkara yg Rasul s.a.w mmg x pnh buat dlarang
amatkcuali bidaah hasanah..dan kta stgh bidaah hasanah ialah bnda yg
nabi x buat tp sahabat ada buat ,maka x mjd slh kr nabi ada bsabda
sahabat2 ku ibarat bintang d langit..mne2 kamu ikut insya Allah dpt
ptunjuk- lbih kurang maksudnya.jd klu bkn drpd sahabat wlp org alim ,
kne kir2..Ttg doa ni x msti mcm susunan tsb ,jgn anggap sunnah
/kmestian mmg x leh tp kita di suruh bdoa tiap masa apa2 doa yg baik
..wallaahualam
Reply
nina on November 14, 2012 at 7:03 pm
terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.
Reply
idrees on November 14, 2012 at 7:04 pm
mintak izin untuk di share
Reply
hamba on November 14, 2012 at 7:04 pm
Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre
Terbaca di beberapa blog dan forum baru-baru ini, memandangkan
hampirnya kita memasuki tahun baru Hijrah, berkemundang sekali lagi
seruan bahawa bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan
satu bidah yang jelas haram di sisi Islam. Benarkan apa yang
dihebohkan ini? Kalau benar mengapa saban tahun setiap jabatan
agama negeri tidak pernah menghalang sambutan ini? Adakah tok mufti
dan semua ustaz yang berada di setiap jabatan agama ni bersekongkol
dalam kesesatan? Sama-sama kita kaji..
Biasanya apabila kita tidak mengetahui asas bagi satu masalah, maka
kita akan mudah membuat keputusan yang salah. Asas dan sebab bagi
satu masalah merupakan kunci bagi kita untuk mendapatkan jawapan
bagi masalah tersebut. Di sini kita perlu mengkaji dua masalah. Mengapa
dibaca doa akhir dan awal tahun. Seterusnya mengapa pula satu
golongan lagi cuba untuk mengharamkan perbuatan ini.
Asas pendapat pertama
kita lihat dari sudut amalan para ulamak berkurun lamanya bukan
sahaja di nusantara malahan di banyak lagi tempat di dunia, yang
mengamalkan berdoa di akhir dan awal tahun. Apakah asas mereka?
Jawapannya yang ringkas, bukankah kita semua mengetahui bahawa
beredarnya bulan dan tahun ini merupakan tanda kekuasaan Allah?
Maka tidak layakkah kita sebagai hamba yang lemah memuji Allah
apabila kita memerhatikan kebesaranNya? Seterusnya, bukankah molek
kalau kita akhiri akhir tahun kita dengan memohon ampun atas
kesalahan kita sepanjang tahun lalu, dan seterusnya memulakan awal
tahun baru, dengan berdoa kepada Allah agar tahun yang mendatang
dipenuhi rahmah dan maghrahNya? Doa itu senjata mukmin. Maka
gunakanlah senjata ada sebaik mungkin.
Asas pendapat kedua.
Bidah dholalah (atau kata mereka bidah secara mutlak) adalah
mengadakan sesuatu yg baru yang tiada asasnya langsung dalam
agama. Itu kata kita. Ada di kalangan mereka yang menyalah erti bahawa
bidah adalah sesuatu urusan agama yang tidak dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w. Namun sangkaan ini amat tersasar dari kebenaran
berdasarkan terlalu banyak dalil menunjukkan keharusan perkara dalam
agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah seperti menghimpunkan
Al-Quran dan azan solat jumaat sebanyak dua kali yang dilakukan oleh
Saiyidina Usman. Maka diistilahkan pula oleh Imam Syae dan para
mujtahidin yang lain perkara ini sebagai bidah hasanah. Malah
diklasikasikan pula oleh Imam Nawawi bidah kepada 5 hukum takli
yang ada. Mereka kata klasikasi ini klasikasi dari sudut bahasa, namun
jika kita kaji bidah dari segi bahasa bukanlah yang dimaksudkan oleh
Imam Syae dan yg lain, tetapi bidah dalam agama.
Apapun yang diistilahkan kita sepakat mengatakan bahawa perkara yang
dibaharukan yang tiada asasnya langsung dalam agama hukumnya
haram dan bidah yang dholalah. Nah, sekarang mereka membuat pula
satu kaedah. Jika satu ibadat itu dilakukan pada satu waktu tertentu atau
hari tertentu atau bilangan tertentu tanpa ada hadis yang warid dari
Rasulullah s.a.w. maka ianya dikira sebagai bidah (baca bidah dholalah)
dan haram. 2 asas inilah yang dipegang menjadikan bacaan doa akhir
dan awal tahun sebagai haram.
Maka apa pula komentar bagi kedua-dua hujjah kedua-dua golongan ini
ya?
Perbincangan bagi hujjah pendapat yang pertama.
Dikatakan bahawa memuji Allah apabila memerhatikan kebesaran-Nya.
Benar. Namun cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur itu perlukan
petunjuk dari Allah dan Rasul-Nya s.a.w. Bukannya mengikut kiran kita
semata-mata. Adakah berdoa tersebut cukup untuk menghapuskan
segala dosa yang berlaku di sepanjang tahun. Kalau begitu mudahla,
Buat dosa banyak-banyak. Akhir tahun doa jelah. Lagipun kalau doa ni
pun da bidah dan berdosa, sebenarnya bukan hapuskan dosa tapi
tambahkan dosa lagi.
Jawapan kepada perbincangan ini.
Cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur adalah diharuskan selagi
mana tidak melanggar syara. Sebanyak mana pun kita bersyukur takkan
cukup dengan nikmat yang Allah beri. Lagipun kita bukan bersyukur
mengikut kiran kita semata-mata, tetapi berdasarkan kepada petunjuk
Allah dan Rasul-Nya jugak kan. Bukankah berdoa ini satu cara yang
ditunjukkan dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Bukannya kita
sambut dgn konsert atau pertunjukkan bunga api.
Berkenaan doa boleh menghapuskan dosa atau tidak tersebut, urusan
tersebut diserahkan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang
memerintah kita supaya berdoa dan Dialah yang memakbulkan doa dan
mengampunkan dosa. Ini merupakan usaha kita yg diperintah oleh-Nya.
Hujjah buat dosa banyak2 kemudian berdoa adalah hujah yang dangkal,
kerana tiada siapa yang mengetahui selama mana hayatnya. Juga ia
seolah-olah mempermain-mainkan mereka yang berdoa setiap hari agar
diampunkan oleh Allah. Mengapa tidak tunggu tua sahaja baru berdoa.
waktu muda buat dosalah banyak2. Hujah yang amat cetek dan tidak
perlu dihiraukan, tetapi perlu dijawab kerana banyak antara mereka
yang cetek ilmu, tapi mengaku berilmu. Semua kita sepakat bahawa
melakukan perkara yang dilarang oleh syarak secara pasti dan mesti
adalah haram. Jadi mengapa perlu dipersoalkan perkara begini. Tetapi
kita sebagai manusia yang tidak maksum pasti tidak akan lari dari
kesalahan. Jadi kita perlu dari masa ke semasa meminta pengampunan
dari Allah s.w.t. Niat melakukan dosa dengan harapan berdoa di waktu
lain agar diampunkan adalah niat yang jelas salah dan terlarang.
Perbincangan hujjah pendapat yang kedua pula.
Perbincangan hujjah pendapat yang kedua. Apakah asas-asas yang
diiktiraf dalam menentukan hukum dan adakah doa ini tiada asasnya
langsung dalam agama? Para ulamak telah berselisih dalam perkara ini,
namun mereka sepakat menentukan bahawa Al-Quran, Assunnah, Ijma
dan Qias secara umumnya adalah asas dalam menentukan hukum.
(kecuali beberapa ulamak zahiri dan syiah yang menolak terus qias).
Mereka pula hanya menganggap Al-Quran dan Assunnah dan ijtihad
para mujtahidin berdasarkan dua sumber ini merupakan asas.
Walaubagaimanapun kedua-dua masalah ini tidakla jauh bezanya jika
difahami dengan betul. Jadi persoalan sekarang adakah di sana asas bagi
doa ini dibaca?
Secara ringkasnya asas bagi berdoa secara umumnya adalah ayat-ayat
Alquran dan Assunnah yang terlalu banyak menerangkan perintah
berdoa tak kira masa dan tempat. Perintah2 ini tidak boleh kita
khususkan kepada doa yang warid dalam alquran dan sunnah
semata-mata, kerana ia dikira sebagai mengkhususkan sesuatu yg
umum tanpa pengkhususnya. Selain itu warid dari Hadis2 dan asar para
solihin keharusan berdoa selain dari yg warid mengikut keperluan kita
asalkan tidak bercanggah dengan syarak.
Asas seterusnya dalam berdoa ini adalah berdasarkan maslahah (yang
juga sumber perundangan hukum islam). Maslahah yang rajihah (yang
boleh diguna pakai) dalam perkara ini ditentukan oleh para ulamak
terdahulu bukan menurut pemikiran kita semata. Maslahah ini lebih
jelas di zaman kita yang mana ramai di kalangan masyarakat kita sudah
jauh dari ajaran Islam dan tidak reti berdoa lagi. Malah di tahun baru ini
pun mereka tanpa segan silu membuat kemaksiatan. Bukankah molek
jika kita menyeru mereka berdoa di waktu begini?
Jadi apabila ada asas-asas yang disebutkan maka kita tidak boleh
menyebut amalan berdoa ini sebagai satu perkara bidah yang sesat.
Malah boleh kita masukkannya di dalam bidah hasanah yang disebutkan
oleh Imam Syae.
Mereka juga menyatakan bahawa sesutu ibadat seperti zikir dan doa itu
perlu menyamai Rasulullah dari sudut bilangan, masa, hari dan tempat.
Sesuatu yang bercanggah dengan salah satu darinya adalah haram. Kita
pula menjawab, di manakah dalil kepada penyataan ini? Ulamak
terdahulu tidak pernah membuat kaedah sebegini. kaedah yang ada
adalah, ibadat tidak menyalahi dari apa yang Rasulullah tunjukkan.
Jangan Rasulullah bersolat subuh 2 rakaat kita bersolat 3 rakaat, kerana
nak pahala lebih. Itu yang salah. Adapun berdoa dan berzikir di waktu
yang tidak warid Rasulullah berzikir pada waktu tersebut adalah tidak
diharamkan. Kerana Rasulullah sendiri sentiasa berzikir dan berdoa.
Selain itu perintah berzikir berdoa tidak pernah mengkhususkan masa
dan tempat. Tiada salahnya jika kita hanya mengaji Al-Quran selepas
maghrib setiap hari dan memerintahkan pula anak-anak kita berbuat
sedemikian, walaupun tidak warid dalam hadis Rasulullah ada
mengkhusukan begitu. Itu kita sepakat bukan. Jadi mengapa kita
mengkhususkan pula sebelum maghrib akhir zulhijjah untuk berdoa
dikira sebagai sesuatu perbuatan yang haram?
Hujjah mereka seterusnya adalah kebaikan sesuatu perkara adalah
berdasarkan al-Quran dan As-sunnah. Maka kita katakan bahawa
kebaikan berdoa ini juga adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah
yang menyuruh kita berdoa tanpa mengira waktu dan tidak pernah pula
melarang kita berdoa di waktu2 tertentu. Maka kita simpulkan bahawa
berdoa awal dan akhir tahun ini merupakan perkara yang baik menurut
syara. Bidah mustahabbah kata Imam Nawawi.
Kesimpulan:
Doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan
harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah
perkara yang wajib. Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan
ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal
dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yg lalu
diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun
baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan
serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin.
Wallahu Alam
Wasallallahu Ala Saiyidina Muhammad Waala Alihi Wasohbihi Ajmain,
Walhamdulillahi Rabbil Alamin
Reply
hamba on November 14, 2012 at 7:08 pm
Sumber :
1. http://aljoofre.blogdrive.com/archive/10.html
2. http://aljoofre.blogdrive.com/archive/11.html
Biodata Penulis :
Pengkhususan : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang
Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan seterusnya meyambung
Sarjana Syariah juga di Mesir (Feqh Perbandingan Mazhab) (kajian
bertajuk: Hukum hakam Masjid : Kajian Perbandingan Mazhab dan
Permasalahan Kontemporari).Mantan Ketua Moderator Agama
Laman Iluvislam.Com. Kini bertugas sebagai pegawai di Sekretariat
Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)
Reply
zak on November 17, 2012 at 9:26 pm
memang lah diakhir-akhir ini bahyak yang didengar
mengenai melakukan amalan spt membaca yasin malam
jumaat, berdoa awal dan akhir tahun membaca talkin
dikubur dan berbagai perkara yang baik dikatakan bidaah
bahkan kadang-kadang puak-puak ni orang yang bertitle
ustaz/jawatan tinggi mengadakan ceramah disurau-surau.
Dan yang mendengar tak berani utk menyanggah akan
hanya menelan apa yang di cakapkan oleh penceramah atas
kekurangan ilmu dan hujah utk membantah. Bahaya keatas
pendengar yang kurang ilmu.
sitik on November 15, 2012 at 12:11 am
Setuju dengan pendapat di atas. Kalau nak buat amalan yang baik,
ada saja suara-suara sumbang wahabi yang mengatakan bidah dari
dulu (sejak ada fahaman wahabi yang mengaku sala) hinggalah
sekarang. Wirid lepas solat pun dikatakan bidah (walhal Nabi s.a.w.
buat jugak), baca qunut solat subuh pun bidah, baca talqin selepas
jenazah dikebumikan pun dikatakan bidah, semuanya bidah
belaka apa lagilah doa akhir dan awal tahun yang dibaca setahun
sekali Sesiapa yang rasa berdoa ni pun bidah, tak usahlah berdoa,
perkara ini bukan wajib pun.
Reply
knull yukti on November 15, 2012 at 12:42 pm
Yang penting niat dan harapannya baik, dan tidak melajggar
perintah Allah,,,,, saya kir itu baik, dari pada merayakan tahun baru
masehi dengan foya2 lebih bijak berdoa dan sholat hajat menjelan
awal tahun islam lebih banya manfaatnya dari pd
mudhorotnya,,,,,,, Allah gk pernah melarang hambanya untuk
meminta dan medekatkan diri pada Nya baik itu dengan cara Doa
Reply
sitik on November 15, 2012 at 1:30 pm
Itu yang peliknya, ada segelintir manusia yang tidak suka
orang lain berdoa tak ada lain tuduhan selain daripada
tuduhan bidah dan sesat. Baru baca dan belajar sepotong
dua ayat Quran dan Hadis Nabi s.a.w. sudah berani
mempersoalkan amalan ulama2 zaman dulu yang ternyata
lebih berilmu
Findra on November 14, 2012 at 7:05 pm
terima kasih, sangat bermanfaat.. Wassalamualaikum..
Reply
lililk on November 14, 2012 at 7:09 pm
makasih,,, ijin share di blog ane gan
Reply
Jebat Myth on November 14, 2012 at 7:17 pm
terima kasih sbb post doa ini.
Reply
ayish3 on November 14, 2012 at 7:18 pm
Mohon share
Reply
irmayuuni on November 14, 2012 at 7:26 pm
assalamualaikum
terimaksaih..blok ini sudah sangat membantu,,saya orang indonesia dan
salam kenal dari saya.
Reply
fariz on November 14, 2012 at 7:28 pm
Saya pun mintak izin copy dalam website walaupun terlewat
Reply
sitik on November 14, 2012 at 11:57 pm
Silakan..
Reply
auni on November 14, 2012 at 7:46 pm
assalamualaikum
saya shared ye
smoga Allah mmberkati anda
Reply
solihin on November 14, 2012 at 8:24 pm
assalamualaikum..,disini bukti yg mana xsalah kalau kite nk berdoa
memohon kpd pencipta kita,paling penting jgn cepat n mudah utk bt
andaiya sndri.,insyallah sama2 share link ini http://trigyy.blogspot.com
/2012/11/hukum-doa-awal-dan-akhir-tahun-ustaz.html
Reply
najd on November 14, 2012 at 8:39 pm
setiap amalan itu mestilah menepati syariat yg diajarkan oleh rasulullah
saw.., moga artikal dr DrMAZA.com ini memberi pencerahan kepada kita
sempena bulan muharam yg sering kali dikatakan bulan hijrah
http://drmaza.com/home/?p=1297
Reply
Muhammad on November 15, 2012 at 1:31 am
Salam, doa awal/akhir tahun hijrah bkan amalan yg dianjurkan oleh nabi
s.a.w kerana sistem tahun hijrah wujud selepas baginda wafat. Maka
ianya tiada kelebihan berbanding doa pada hari2 lain. Berdoalah
meminta perlindungan Allah setiap hari pada bila2 masa xperlu tunggu
awal/ akhir tahun hijrah itulah yg terbaik.
Reply
onesingledust on November 15, 2012 at 5:36 am
Apakah sumber doa ini dr hadits ukh? Shohih kah? Kalau ada mohon
dicantumkan Maaf saya masih sedikit awam..
Reply
sitik on November 15, 2012 at 8:16 am
Baca komen2 sebelum ni, dah malas nak jawab fahamilah apa yg
dimaksudkan dengan bidah hasanah, jangan nak pakai borong
semua bidah sesat. Al-Quran zaman Rasulullah s.a.w. pun tak
dibukukan dan diberi baris seperti sekarang ini, AlQuran cuma
ditulis pada kulit2 kayu, kulit binatang dan lain kenapa baca
AlQuran yang dibukukan? bukankah ini pun bidah? maknanya
berdosalah baca AlQuran sekarang ni? kalau nak beri contoh ada
seribu satu macam lagi. gunakan internet ni pun bidah sebab
Nabi tak buat pun kenapa berinternet buatan orang kar?
Reply
knull yukti on November 15, 2012 at 12:50 pm
Klo manusia sudah tidak jau berdoa meminta sama Allah itu namanya
takabbur dan klo ada yg bilang berdoa itu bidah ya biar aja orang
itu gk usah herdoa.. dzikir itu artinya mengingat, klo zikrullah berarti
mengingat Allah dengan mengagungkan kebesaran Allah kemudian
meminta rahmat Allah.dg berdos itu bukan bidah
Reply
sitik on November 15, 2012 at 1:26 pm
Betul tu pak!
Reply
zak on November 17, 2012 at 9:30 pm
Agak nya puak ni lebih suka menonton tv ,,,,,,,,,mungkin tak bidaah.
Amalan baik bidaah ,,,,kirkanlah
Reply
teungku hana on November 3, 2013 at 6:50 am
izin baca & copy syaikhuna
Reply
sitik on November 3, 2013 at 4:11 pm
Silakan
Reply
Mohammad on November 3, 2013 at 2:36 pm
siapa bilang doa-doa begini tidak dianjurkan Nabi adalah orang yang
kurang paham tentang Islam. Berdoalah yang banyak, boleh bikin doa
semau anda, karena doa itu harapan, setiap orang harapannya
beda-beda, jangan bikin paham baru. orang yang mengatakan semua
doa harus dari Nabi adalah mengada-ada
Reply
azhar bin ahmad on November 3, 2013 at 10:49 pm
sedangkan kita juga mereka doa di sekolah dan di pejabat seperti doa
hari kemerdekaan, doa hari penyampaian hadiah, doa mesyuarat
ibubapa dan guru dll. itu semua dicipta untuk majlis-majlis di ekolah dan
pejabat mahupun di parlimen ada doa khusus majlis tilawah dan banyak
lagi sampai hari sukan pun ada doa jadi mana yang kata tak boleh
langsung cipta doa khusus untuk sesuatu majlis. jadi doa awal dan akhir
tahun ini dah jadi amalan beratus tahun bukan sehari dua..
Reply
wan on November 4, 2013 at 12:42 am
Assalamualaikum, izinkan saya copy doa ini, trima kasih
Reply
sitik on November 4, 2013 at 2:57 am
Waalaikum salam,
Silakan
Reply
ainee on November 4, 2013 at 7:29 am
salam..minta izin untuk copy..
Reply
sitik on November 4, 2013 at 8:08 am
Silakan
Reply
yati on November 4, 2013 at 10:09 am
SALAM..MOHON COPY..TQ
Reply
Pingback: Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun Hijrah Blog Fyna
Pingback: November | Dear XOXO,
sitik on November 4, 2013 at 5:57 pm
Waalaikum salam,
Silakan
Reply
siti aishah binti ishak on November 4, 2013 at 10:16 am
slm sis, mohon share doa ni sya copy utk kwn2 sekerjasemoga kiat
semua berada dlm pandangan Allah dan perkasakan selawat ke atas
Baginda saw
Reply
sitik on November 4, 2013 at 5:56 pm
Waalaikum salam,
Silakan share, semoga bermanfaat untuk semua
Reply
irwan on November 4, 2013 at 2:01 pm
assalamualaikum mohon izin u di copy
Reply
sitik on November 4, 2013 at 5:55 pm
Waalaikum salam,
Silakan..
Reply
u choppie on November 4, 2013 at 2:25 pm
ntr sore jangn pada lupa baca doa itu yah hehe
Reply
sukalong on November 4, 2013 at 2:52 pm
Jazaakallaahu Khoirul Jazaa
Reply
mukhayat on November 4, 2013 at 3:09 pm
Terima kasih artikelnya, mhn ijin copy doa ini untuk jamaah kami
Reply
norahanum on November 4, 2013 at 4:03 pm
Salamsaya mohon copy yaterima kasih di atas maklumat ini.
Reply
Meli hapsari on November 4, 2013 at 5:25 pm
Terimakasih
Reply
Jack Berger on November 4, 2013 at 6:04 pm
salamsaya copyterima kasih.
Reply
sitik on November 4, 2013 at 6:10 pm
Silakan
Reply
sunita on November 4, 2013 at 6:24 pm
mohon syer yatq
Reply
Selamat Datang & Welcome to Sitiks Blog
Blog ini mengandungi himpunan bahan-bahan daripada pelbagai sumber,
termasuk buku, dan juga catatan & pendapat saya untuk tatapan semua.
Tujuan utama blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat
dengan anda semua. Ilmu yang berguna eloklah dipanjang-panjangkan. Semoga
blog ini berinformasi dan bermanfaat kepada semua yang sudi melayarinya.
Diharapkan juga blog ini menjadi wadah untuk bertukar pendapat dan
pandangan.
Maksud Hadis Qudsi:
Berkata Abu Umamah Al-Bahili r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda: Allah
telah berrman:
"Sebaik-baik persembahan yang dapat diberikan hamba-Ku kepada-Ku ialah
menyampaikan nasihat kerana Aku." (Riwayat: Ahmad, Hakim dan Abu Nu'aim)
Hadis Rasulullah saw: "Sampaikan dariku walaupun satu ayat."
Kepada semua penulis asal, blogger atau sesiapa saja yang artikelnya saya petik
dan masukkan di sini, saya memohon kebenaran dan diharap tidak dituntut di
akhirat nanti. Seboleh-bolehnya saya akan "quote" artikel asal dan sumbernya
sekali, supaya apa yang dimaksudkan oleh penulis asal tidak lari atau
menyeleweng.
Hanya Keampunan & Keredhaan Allah SWT yang diharapkan. Semoga ia menjadi
amal jariah buat diriku.
Selamat melayari blog ini. Komen dan respons anda dialu-alukan.
"Tanggungjawab Disempurnakan
Kualiti Diutamakan"
SitiK
sitik on November 4, 2013 at 6:24 pm
Silakan..
Reply
Get Your Prayer Times Widget!
Recent Posts
Doa Akhir Tahun 1434H dan Doa Awal Tahun 1435H
Todays Quote
Fadilah Surah Al-Kausar
Hadis ~ Amalan orang hidup dibentangkan kepada orang mati
Todays Quote
Tahukah anda?
Todays Quote
Hadis ~ Ahli kubur menjawab salam
Todays Quote
10 Syarat Taubat Nasuha
Top Posts
Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijriah
Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijriah - 1433/1434H
Penyakit kulit: Kurap
Zikir & Doa
Hukum Tajwid Asas (penuh) - Ustaz Mohamad Hazli Bin Ismail
Khasiat Cuka Epal
Kaki dan kuku penunjuk tahap kesihatan
TV Online
Awas! Tanda penyakit serius menyerupai pedih ulu hati
Sakit kaki: Sebab dan Rawatan
Archives
November 2013 (1)
October 2013 (24)
September 2013 (8)
August 2013 (23)
July 2013 (34)
June 2013 (7)
May 2013 (55)
April 2013 (43)
March 2013 (80)
February 2013 (60)
January 2013 (107)
December 2012 (98)
November 2012 (77)
October 2012 (76)
September 2012 (50)
August 2012 (54)
July 2012 (49)
June 2012 (25)
May 2012 (45)
April 2012 (81)
March 2012 (58)
February 2012 (43)
January 2012 (66)
December 2011 (43)
November 2011 (72)
October 2011 (55)
September 2011 (53)
August 2011 (65)
July 2011 (37)
June 2011 (49)
May 2011 (65)
April 2011 (82)
March 2011 (93)
February 2011 (80)
January 2011 (87)
December 2010 (110)
November 2010 (112)
October 2010 (107)
September 2010 (89)
August 2010 (175)
July 2010 (50)
June 2010 (70)
May 2010 (96)
April 2010 (36)
March 2010 (35)
February 2010 (31)
January 2010 (196)
December 2009 (191)
November 2009 (101)
October 2009 (48)
September 2009 (7)
August 2009 (32)
Penaan
Sesetengah isi kandungan dalam blog ini mungkin tidak diketahui sumber dan
kesahihannya, terutamanya maklumat yang diterima melalui email.
Oleh itu, saya tidak bertanggungjawab atas segala isi kandungannya. Terpulanglah
kepada kebijaksanaan pembaca untuk menilainya sendiri.
Follow Blog via Email
Enter your email address to follow this blog and receive notications of new posts by
email.
Join 101 other followers
Follow
Visitors since Dec 13, 2010
Visitors on Map
Click for next Quotes
Blog Stats
2,154,433 hits
View Full Site
Now Available! Download WordPress for Android
Blog at WordPress.com.

Anda mungkin juga menyukai