Anda di halaman 1dari 3

Faktor

PENOLAKAN IDEOLOGI KOMUNISME REPUBLIKAN OLEH GOLONGAN TENTERA DAN


BANGSAWAN.
Faktor berlakunya perang Sepanyol dapat diteliti dari kronologi perang saudara itu sendiri.
Antara faktor yang mencetuskan perang Sepanyol ialah Penolakan ideologi komunisme
republikan oleh golongan tentera dan bangsawan. Pilihanraya yang telah diadakan tahun 1931
telah dimenangi oleh parti campuran republican-sosialis. Kemenangan Barisan Popular pada
pilihanraya 1936 telah membawa parti tersebut ingin mewujudkan republik di Sepanyol dengan
menghapuskan dominasi gereja dan monarki. Fahaman komunisme yang dipegang Barisan
Popular telah mengubah segala dasar yang digunakan sebelum ini. Seperti yang diketahui,
golongan republik terdiri daripada golongan bawahan dan golongan nasionalis pula terdiri
daripada golongan tentera dan bangsawan. Perbezaan ideologi yang dipegang oleh kedua pihak
ini telah mewujudkan berbezaan fahaman yang begitu ketara.
IDEOLOGI FASISME MERUPAKAN SATU FAHAMAN YANG MEMENTINGKAN KEPADA
IDENTITI IDEOLOGI, BANGSA DAN NEGARA
Ideologi fasisme merupakan satu fahaman yang mementingkan kepada identiti ideologi, bangsa
dan negara serta ia merupakan idea atau pemikiran yang digabungkan dalam pemerintahan
sesebuah masyarakat dan negara secara totalitarian. Fasisme juga turut mengutamakan identiti
bangsa sendiri dan memandang rendah terhadap bangsa lain. Hal ini dapat dilihat dalam
golongan nasionalis menolak republikan yang inginkan keseramataan dari segi segala aspek.
Disini juga dapat dilihat ideologi fasisme Franco telah mewujudkan satu gerakan radikal yang
mengawal sesuatu bangsa mengikut perspektif sistem nilai, politik dan ekonomi serta
berpegang kepada unsur-unsur perang, agresif dan pemaksaan untuk mencapai objektif atau
matlamatnya dengan apa cara sekalipun. Fasisme yang merangkumi Imperialism dan Rasisme
iaitu ideologi yang sama yang menjadi ciri asas dan membentuk ketidaksamaan dan kekerasan
terhadap masyarakat. Selain itu, Puak Nasionalis merupakan pengikut fahaman fasisme dan
dalam masa yang sama, pemerintah ketika itu iaitu Front Popular mendapat pengaruh daripada
ideologi Komunis. Bimbang Sepanyol akan menjadi sebuah Negara komunis dan mengacam
kedudukan fahaman Fasis di Sepanyol menyebabkan puak Nasionalis menentang pemerintahan
Front Popular. Pernentangan ini sebenarkan bertujuan untuk mewujudkan sebuah kuasa
Fasisme yang kuat seperti di German dan Italy. Oleh itu, semasa berlakunya perperangan
,Francisco Franco menggunakan ideologi ini untuk menyatukan para penyokongnya
IDEOLOGI KOMUNISME YANG DIPEGANG OLEH REPUBLIK LAHIR SIKAP
MEMENTINGKAN PEMILIKAN INDIVIDU DAN MELETAKKAN BURUH SEBAGAI
SAMPINGAN.
Ideologi komunisme yang dipegang oleh Republik lahir sebagai reaksi terhadap kapitalisme
pada abad ke-19 ini menentang sikap mementingkan pemilikan individu dan meletakkan buruh
sebagai sampingan. Sebagai anti-kapitalisme, komunis memenggunakan sistemsosialis me

sebagai alat kekuasaan, yang menghadkan pemilikan modal keatasindividu.Istilah komunis me


juga merujuk kepada fahaman politik di mana rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk mentadbir
Negara dan segala produk keluaran Negara menjadi milik bersamarakyat
DASAR PEMBAHARUAN YANG DILAKUKAN KERAJAAN REPUBLIK YANG MEMBAWA
KEPADA SERANGAN FRANCO UNTUK MENENTANG MENGGULINGKAN REPUBLIKAN
DAN INGIN BERPERANG.
Seterusnya faktor perang Sepanyol berlaku ialah dasar pembaharuan yang dilakukan kerajaan
Republik yang membawa kepada serangan Franco untuk menentang menggulingkan republikan
dan ingin berperang. Perlembagaan yang akan dibentuk Barisan Popular lebih mengutamakan
hak rakyat iaitu membaiki keadaan ekonomi dan sosial para pekerja dan petani. Hal ini juga
dipengaruhi dengan dewan mahu membentuk perlembagaan yang akan menyediakan Sepanyol
dengan kerajaan demokratik dan membaiki keadaan ekonomi dan sosial pekerja dan petani.
Dalam pentadbiran republik telah mengadakan reformasi dengan memberi peluang kepada
rakyat untuk memilih kerajaan melalui proses pilihan raya yang mana sebelum ini ditentukan
oleh pihak tentera dan gereja. Pembentukan kerajaan berparlimen memberikan peluang kepada
rakyat dan menghadkan kuasa hak tentera dan gereja. Malah, dasar pendidikan akan
disekularkan, harta gereja juga akan dimiliknegarakan. Kerajaan juga diberikan kuasa
merampas harta persendirian, membahagikan semula pemilikan estet besar dan
memiliknegarakan kegunaan awam. Kerajaan baru ini mahu menjalankan program reformasi
yang telah dilakukan sebelum ini. Perlembagaan baru ini juga turut mula memenjara,
membuang negeri atau memindahkan pemimpin politik yang dianggap sebagai penentang
kerajaan. Dalam menjalankan reformasi ini mereka telah berhadapan dengan tentangan dari
pihak tentera, gereja dan pemilik harta. Hal ini kerana timbul rasa tidak puas hati dengan dasar
yang dibuat Barisan Popular. Ini telah telah membawa kepada pemberontakan dan permulaan
perang saudara Sepanyol mula tercetus. Franco merupakan ketua kepada barisan Nasionalis
dan memegang ideologi fasis nasionalisme, dan amat membenci dengan republik walaupun
begitu, masih hormat pada tradisi dan disiplin. Majoriti pengikut Franco merupakan kumpulan
monarki, tuan tanah dan golongan berharta dan mereka yang setia pada Gereja Katholik. Dasar
pembaharuan itu memberi pelbagai kebaikan kepada pihak Republik dan ini menjadikan pihak
nasionalis mula memberontak dan tidak setuju dengan pembaharuan yang dilakukan dan
merugikan pihak nasionalis.
TERCETUSNYA SEMANGAT ANTI-PADERI DALAM KALANGAN PUAK REPUBLIK
Tercetusnya semangat anti-paderi dalam kalangan puak Republik .Pada awalnya, pihak gereja
lebih menyokong kepada puak republik namun disebabkan tindakan puak Republik mengkritik
kedudukan golongan Paderi yang dilihat hidup mewah menyebabkan sokongan pihak gereja
beralih kepada puak Nasionalis. Malahan, pentadbiran yang dilakukan oleh Republik pada ketika
itu telah menghapuskan hak-hak istimewa Gereja Katolik. Misalnya, memisahkan gereja
daripada terlibat dalam pentadbiran, sekolah-sekolah Katolik diletakkan di luar sistem kerajaan
dan pada tahun 1933, semua biarawati dilarang untuk mengajar.

MASALAH EKONOMI YANG DIHADAPI OLEH SEPANYOL JUGA MERUPAKAN ANTARA


PEMICU KEPADA TERCETUSNYA PERANG SAUDARA SEPANYOL
Masalah ekonomi yang dihadapi oleh Sepanyol juga merupakan antara pemicu kepada
tercetusnya Perang Saudara Sepanyol. Sepanyol merupakan sebuah negara yang mengamalkan
pertanian. Namun demikian, jurang perbezaan antara golongan atasan dan redah amatlah
ketara. Golongan atasan menguasai ekonomi dengan memiliki tanah yang luas smentara
masyarakat bawahan pula dikerah untuk bekerja secara bermusim. Penguasaan ini telah
menyebabkan masalah kekurangan makanan dalam masyarakat bawahan.Di luar bandar sering
kali berlakunya kekacauan dan huru-hara kerana hal ini. Sementara di tengah dan selatan
Sepanyol bergantung kepada pertanian sebagai sumber ekonomi, di utara Sepanyol pula
terdapatnya industri ekonomi. Namun demikian, industri ini tidak berkembang kerana bersifat
setempat sahaja. Seperti di kawasan tengah dan selatan Sepanyol,di bahagian utara juga
memiliki permasalahannya yang tersendiri. Para pekerja dibayar dengan gaji yang rendah,
dipaksa bekerja dalam jangka masa yang panjang, serta tiada jaminan keselamatan. Semasa
Perang Dunia Pertama, Sepnyol mengalami ledakan ekonomi dengan peningkatan bahan
eksport, namun dalam masa yang sama Sepanyol juga mengalami inflasi sehingga pada tahun
1920-an, ekonomi Sepanyol telah merundum dan inilah yang membawa kepada Perang
Saudara yang turut menyaksikan pembabitan kuasa luar kemudiannya apabila berlakunya
kekerasan diantara majikan dan juga pekerja.
PEMBABITAN ANTARABANGSA
Seperti yang telah dinyatakan, tercetusnya Perang Saudara Sepanyol pada 1936, bukan sahaja
menyaksikan perbalahan puak Nasionalis dan Republik malah turut memperlihatkan pembabitan
antarabangsa sehinggalah perang ini tamat pada tahun 1939. Pembabitan antarabangsa ini,
bukan sahaja melibatkan bantuan dari segi kewangan malah peralatan ketenteraan seperti
kereta kebal, kapal perang, meriam dan seumpamanya . Keterlibatan kuasa luar seperti
Germany, Italy, dan Soviet Union dilihat sebagai usaha untuk menyokong pegangan ideologi
masing-masing. Hal ini demikian, puak Nasionalis merupakan puak yang menyokong ideologi
fasisme dan mendapat bantuan daripada Germany dan Italy yang juga merupakan kuasa
Fasisme manakala Republik pula mendapat bantuan daripada Soviet Union yang merupakan
sebuah negara Komunis.

Anda mungkin juga menyukai