Anda di halaman 1dari 17

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

TAJUK 2

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN


RESPOND EMPATI

OBJEKTIF

Mengenal pasti aras-aras komunikasi

Memberi definisi mendengar secara aktif

Mengetahui halangan-halangan
kemahiran mendengar

Memahami komunikasi dalam


perhubungan menolong (memberi
respond empati)
WD/KMPP/DKTAN

PENGENALAN
Mendengar merupakan
aktiviti paling penting dan
mempengaruhi fasa
memahami dan mentafsir
mesej dalam komunikasi.
Wujud unsur-unsur yang
mempengaruhi aspek
semantik.
Mendengar dalam proses
komunikasi ialah
mendengar dengan aktif.

WD/KMPP/DKTAN

MENDENGAR SECARA AKTIF

Mendengar secara aktif bermaksud


seseorang berkeupayaan mendengar sambil
menterjemah maksud dan mesej yang
diterima dengan menimbangkan aspekaspek lain seperti situasi, emosi penyampai
mesej, bahasa badan dan berkeupayaan
pula memahami mesej-mesej yang tersirat.

Oleh itu, kita bukan hanya mendengar dan


menunjukkan yang kita sedang mendengar
(bahasa badan/anggota) tetapi juga katakata lisan yang mengemukakan apa yang
telah kita fahami. Ini dinamakan parafrasa
WD/KMPP/DKTAN

TEKNIK MENDENGAR
SECARA BERKESAN

Bersedia untuk mendengar


Dengar dengan penuh tumpuan
Kawal emosi dan tingkah laku ketika
mendengar
Berfikiran positif terhadap maklumat yang
disampaikan
Dengar dengan mata dan hati
Menangguh penilaian
Dengar dengan sabar
Dengar dengan penuh perhatian dan kritikal
WD/KMPP/DKTAN

Bersedia untuk mendengar


Pendengar harus
bersedia mendengar
dengan rasa ikhlas,
jujur dan dengan
penuh minat.
Perlu berusaha
memahami apa yang
disampaikan oleh
komunikator.
Perlu bersedia secara
mental, fizikal dan
emosi.

WD/KMPP/DKTAN

Mendengar dengan tumpuan


Tabiat menyampuk
merupakan tabiat yang
buruk
Budaya mengelamun
menghilangkan daya
tumpuan
Biasakan diri
mendengar sehingga
komunikator selesai
bercakap.

WD/KMPP/DKTAN

Kawal emosi dan tingkah laku

Emosi boleh
menghalang
seseorang
mendengar secara
aktif

WD/KMPP/DKTAN

Berfikiran positif tentang


maklumat yang disampaikan

Menganggap
sesuatu maklumat
itu penting dan
perlu diketahui
untuk kehidupan.

Sikap ini boleh


meningkatkan
minat mendengar
dengan teliti.

WD/KMPP/DKTAN

Dengar dengan mata dan hati


Bermaksud mendengar untuk
mendapatkan fakta tetapi
mendengar melalui perasaan
pengucap, mendengar dan
memahami bahasa lisan serta
bukan lisan
Memerlukan pendengaran
melalui mesej lisan terhadap
komunikator.
Melatih diri memerhati dan
membaca komunikasi bukan
lisanWD/KMPP/DKTAN
komunikator.

Menangguh penilaian
Ia disebabkan emosi negatif
pendengar yang timbul
daripada penilaian dan
pertimbangan awal
Penilaian awal berlaku setelah
pendengar mendapat maklumat
sekunder daripada komunikator
berunsurkan negatif.
Bagi mengelakkan penilaian
awal negatif, kita seharusnya
jangan tergesa-gesa membuat
penghakiman terhadap
komunikator.
WD/KMPP/DKTAN

Dengar dengan sabar

Mendengar dengan
penuh budi bahasa,
sabar dan tenang.

Hal ini penting bagi


mewujudkan
komunikasi dua
hala dan penting.

WD/KMPP/DKTAN

Mendengar dengan penuh


perhatian
Mendengar dangan sepenuh tumpuan dan
berminat terhadap penerangan
komunikator.
Ini dapat mengelakkan komunikator
berasa kecewa
Terdapat beberapa cara mewujudkan
komunikasi berkesan :
Menganggukkan kepala, memandang
komunikator, hubungan mata,
mengeluarkan kata-kata seperti oh!
dan membalas WD/KMPP/DKTAN
pertanyaan.

RESPOND EMPATI
Apabila berkomunikasi dalam perhubungan
menolong, kita perlu memahami orang
berkenaan, agar sambutan yang kita
kemukakan menunjukkan yang kita memahami
apa yang dikata dan apa yang sedang dia alami.
Pendengaran empati berlaku apabila kita
memahami orang itu dengan sepenuhnya dan
secara mendalam, secara emosi dan intelek.
Dalam memberi respond empati, kita
mendengar dengan telinga, mata dan hati kita

WD/KMPP/DKTAN

4 PERINGKAT RESPON
EMPATI
Meniru Kandungan
Menyebut semula
kandungan
Menggunakan otak
kanan dan
mencerminkan perasaan
Menyebut semula
kandungan dan
membalikkan perasaan

WD/KMPP/DKTAN

CONTOH RESPOND EMPATI

Saya rasa macam nak gila.


Tengoklah result saya
semester ni, terok. Saya
tungkus lumus belajar. Saya
rasa setiap masa saya celik
mata, tak ada masa nak relaks
tapi tak berhasil juga.

WD/KMPP/DKTAN

Awak hampa kerana


walau macam mana
awak berusaha pun,
keputusan ujian awak
masih tidak
memuaskan.

KESIMPULAN
Mendengar

dengan baik/aktif akan mewujudkan


komunikasi yang benar-benar berkesan
Respond empati cara menang-menang bermaksud
pendengar benar-benar mendengar dengan tujuan
untuk memahami dan seterusnya betul-betul
memahami masalah yang dikemukakan oleh
seseorang itu.
Untuk mencapai penyelesaian masalah secara
menang-menang, kita memerlukan tahap timbang rasa
dan keberanian yang amat tinggi serta keinginan
secara jujur untuk cuba memahami dan difahami.

Anda mungkin juga menyukai