Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM JOGATHON

Teks Ucapan Juruacara


Bil
1

Perkara Upacara
Pengumuman Ketibaan Tetamu Kehormat
Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat, Yang Berbahagia En. Hamzan Bin
Idrus, Yang DiPertua PIBG SK St Paul, Tanjong Tualang.

Ucapan Alu-aluan
Mencari timba Si anak Dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Assalamualaikum wrt wbkth dan salam sejahtera diucapkan kpd
Yang Berhormat,
En. Hamzan Bin Idrus, Yang DiPertua PIBG SK St. Paul,Tanjung
Tualang,
Yang Berusaha ,
Tn Hj Razali Bin Zakaria, Guru Besar SK St. Paul,
Yang Berusaha, Puan Seniyati @ Rahayah bt. Daeng, Penolong Kanan
Pentadbiran,
En. Mohamad Yusoff Bin Ahmad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pengetua-pengetua, Guru-guru Besar, Guru-guru Kanan, guru-guru, dif dif
kehormat, tuan-tuan, puan-puan seterusnya pelajar SK ST.Paul yang dikasihi
sekalian.
SELAMAT DATANG KE ACARA JOGATHON SK. ST. PAUL 2014.

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi,


kerana atas limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama pada hari yang gilang
gemilang ini untuk menjayakan acara Jogathon bagi tahun 2014.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan
puan-puan untuk hadir memeriahkan lagi temasya ini. Sesungguhnya kehadiran
semua membuktikan sokongan dan semangat yang jitu untuk menjulang dan
memartabatkan Sk St. Paul ke tahap yang tinggi dalam bidang sukan.

Ucapan Guru Besar


Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Guru Besar Sk
St. Paul Tn Hj Razali Bin Zakaria untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih

Ucapan Tetamu Kehormat dan perasmian


Tidak sempurna majlis kita pada hari ini tanpa mendengar ucapan daripada
Tetamu Kehormat. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang
Berbahagia En. Hamzan Bin Idrus, Yang DiPertua PIBG SK St Paul, Tanjong
Tualang untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan acara jogathon
bagi tahun 2014 ini.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia kerana


menyempurnakan upacara perasmian itu tadi.
Sebagai tanda terima kasih dan ingatan berpanjangan, dijemput Tuan Guru Besar
untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang DiPertua PIBG En Hamzan Bin
Idrus.
Sirih puan terselit di jari,
Ingin kucecah kapur di gagang;
Kesudian Tuan hadir kemari,
Temasya yang indah tambah gemilang.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih

Penyampaian Hadiah
Sekarang tibalah masanya bagi upacara penyampaian hadiah kepada para
pemenang. Kita mulakan dengan penyampaian hadiah bagi kutipan tertinggi
projek jogathon 2014.
Untuk makluman, kad sumbangan jogathon telah diedarkan kepada murid-murid
bermula daripada 16 Jun 2014 hingga 8 Ogos 2014.
Tempat Ketiga : Ainul Sakinah T3 (RM 170)
Tempat Kedua : Muhd Nasrullah T4 (RM 214)
Tempat Pertama : Nurina Zulaikha T4 (RM 251)
* Cabutan bertuah (2) panggil penyampai
* Penyampaian hadiah Kategori A (T1 & T2) 10 L, 10 P
* Cabutan bertuah (2)
* Penyampaian hadiah Kategori B (T3 & T4) 10 L, 10 P

* Cabutan bertuah (3)


* Penyampaian hadiah Kategori C (T5 & T6) 10 L, 10 P
* Cabutan bertuah (3)

Penutup
Penghargaan
Dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah sebentar tadi, maka
berakhirlah acara jogathon kita pada hari ini. Pihak SK. St. Paul, dengan
sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua jawatankuasa
yang telah memberikan kerjasama dan sokongan secara langsung atau tidak
langsung bagi menjayakan acara jogathon tahun 2014.

Bunga Seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
Akhir kata daripada saya,
Maaf atas keterlajuran kata dan bahasa, syabas untuk semua dan
Majulah Sukan Untuk Negara
Wabillahitaufik wslmk wrt

Anda mungkin juga menyukai