Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN

BAHASA
SEMESTER JANUARI /2012

HBAE
3103

KRAF TRADISIONAL

NO. MATRIKULASI

: 830501025103002

NO. KAD PENGNEALAN

: 830501-02-5103

NO. TELEFON

: 012 4516113

E-MEL
hafizshaarin@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

IPGM KAMPUS PERLIS


0

KANDUNGAN

Muka Surat

1.0

Pengenalan

2.0

Kraf Melayu

3.0

Proses Pengarapan Idea

4.0

Seni dari Sudut Orang Melayu

10

5.0

Kraf Melayu Dan Konsep Keindahan

10

6.0

Kesimpulan

13

7.0

Rujukan

14

1.0

Pengenalan
Memang tidak pernah terfikir oleh kita bahawa nenek moyang kita dahulu telah

memahami dan menghayati seni yang dihasilkan oleh mereka ternukil dari deria kreativiti
serta bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Kehalusan dan
keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui idea dari alam semesta ciptaan Tuhan
merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi khazanah seni yang tidak ternilai.
Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan
dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau
tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf. Keluaran Kraftangan ertinya apa-apa
keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari
sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan
termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik
pada atau di mana-mana bahagiannya. (Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan
Malaysia 1979).
Terdapat berbagai bidang dalam seni kraf ini seperti aneka kraf, hasil rimba, hasil tanah ,
logam dan tekstil. Aneka kraf ialah seni kraf berasaskan manik, kertas, siput, mutiara dan lainlain lagi. Hasil rimba pula ialah seni kraf yang berasaskan kayu, buluh, rotan, mengkuang dan
lain-lain lagi. Hasil tanah pula ialah seni kraf berasaskan tembikar, kristal, kaca dan batu
marmar. Seni kraf berasaskan logam pula meliputi penggunaan besi, emas, perak, pewter,
tembaga dan lain-lain lagi manakala tekstil pula ialah seni kraf yang meliputi batik, tenunan,
songket, tekatan, sulaman dan lain-lain.
Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa
mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama. Islam adalah agama
yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi
menepati citarasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam
jiwa, perasaan, nurani dan keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan
keindahan itu adalah seni. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar
dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. Sukar untuk
mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu
sendiri. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula
2

menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai
dengan fitrahnya.
Kraf tradisional melayu yang berkonsepkan islam jarang sekali keindahan yang
dihasilkan melahirkan sesuatu bentuk lukisan manusia dan alam yang naturalistik. Antara seni
yang dihasilkan seni islam adalah jenis yang rumit dan dikenal sebagai arabes (tumbuhtumbuhan yang digaya menurut sesuatu stail) yang terdiri daripada beraneka bentuk seperti
geometric, tumbuh-tumbuhan yang digaya dan juga kaligrafi. (Othman Mohd Yatim, 1989).

2.0

Kraf Melayu
Terdapat pelbagai jenis kraf melayu seperti batik, songket, anyaman, tembikar, ukiran

halus, seni telepuk, rotan, filigree dan sebagainya. Kraf-kraf ini dihasilkan dengan penuh terliti.
Dalam penghasilan kraf ini, elemen reka bentuk seperti garisan, warna, bentuk dan tekstur telah
digunakan untuk menghasilkan sesuatu reka bentuk kraf. Mengikut perspektif orang melayu, seni
merupakan keindahan yang menarik minat, pandangan dan perasaan. Dalam masa yang sama,
estetika dan kecantikan kraf mereka selalunya berkait dengan latar belakang budaya mereka
terutamanya melibatkan konsep islam.
Batik merujuk kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan
lilin bagi menghasilkan reka corak yang kemudian dicelup dengan pelbagai warna yang
menarik. Kebiasaannya reka corak dan motif-motif batik diinspirasikan dari alam semula jadi
seperti flora dan fauna yang kemudiannya digabung dengan corak-corak geometri atau abstrak
serta berkonsepkan islam. Reka corak batik ini diaplikasikan ke atas batik menggunakan teknik
canting, batik blok dan batik sutera saring. Di Malaysia kini batik telah diangkat sebagai salah
satu daripada seni warisan bangsa yang menjadi kebanggaan negara. Perusahaan batik
dipercayai bermula pada awal abad ke 12 iaitu di Kepulauan Jawa dan kemudiannya
berkembang ke Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di Kelantan dan Terengganu. Semenjak
itu seni kemahiran batik terus berkembang ke negeri-negeri lain di Malaysia. Batik di negara ini
dihasilkan dengan teknik dan reka corak yang beridentitikan Melayu dan islam.
Terdapat pelbagai jenis teknik batik seperti batik blok, batik canting dan batik skrin. Batik blok
merupakan antara teknik pembuatan batik yang terawal di negara. Blok yang diperbuat
daripada sebongkah kayu atau logam diukir dengan motif-motif bersesuaian untuk mengecap
3

kain yang

dikenali sebagai batik blok atau cop. Selain daripada kain kapas, penggunaan kain sutera dan
organza dalam pengeluaran batik blok telah menghasilkan tekstil batik yang sesuai untuk rekaan
fesyen, perhiasan serta kelengkapan rumah yang eksklusif. Batik canting juga dikenali juga
sebagai batik lukis. Proses batik bermula dangan lilin cair dilakar menggunakan canting dan
diwarna mengikut kesesuaian reka corak. Selain dari kain kapas, kain rayon, voile, organza dan
sutera turut digunakan. Reka corak yang menarik dengan pilihan warna yang ceria menampilkan
batik bukan sahaja sesuai untuk fesyen pakaian malah boleh juga dijadikan sebagai kelengkapan
dan hiasan rumah serta hadiah dan cenderamata yang eksklusif. Batik skrin pula dikenali juga
sebagai batik stensil atau batik sutera saring. Batik jenis ini merujuk kepada teknik lakaran corak
dan terapan warna dilakukan di atas skrin yang diperbuat daripada poliester diregang di atas
pemidang. Motif-motif dilukis atas skrin yang telah ditetapkan ukurannya. Kebiasaannya
beberapa keping pemidang dengan reka corak yang berbeza disediakan. Ini adalah kerana satu
pemidang hanya untuk satu warna sahaja. Skrin kemudian dilekapkan di atas sehelai kain putih
bagi melakukan proses pewarnaan. Proses pewarnaan ini dilakukan beberapa kali bagi
melengkapkan corak dan warna sehelai kain batik.
Contoh batik yang dihasilkan :

Songket ialah lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman.
Kemahiran dan kreativiti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan
yang indah lagi menarik. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan
lagi perkembangan tenunan tempatan. Tenunan songket mula berkembang dibeberapa negeri
terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di zaman
silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan kedudukan
seseorang. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang
emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan. Keanggunan kain
songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk mempermanis dan memperaga seni
budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar,
hiasan dinding, kusyen dan sebagainya. Tradisi menenun masih dapat dikekalkan tidak berubah
sebagaimana seratus tahun dahulu. Alat-alat tenunan atau kek, motif dan ragamhiasnya serta cara
menenun itu sendiri memperlihatkan keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam
yang masih segar hingga ke hari ini.
Ragamhias masih dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan
beberapa bentuk bahagian kain seperti kepala, kaki dan badan kain. Penyusunan motif pula
terbahagi kepada dua susunan bunga penuh dan bunga tabur. Motif kain songket terdiri daripada
dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan. Motif yang sering digunakan meliputi bentuk
bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan. Motif-motif rekacorak yang
menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-bungaan. Dengan teknik menenun
yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometrik. Motif-motif pada kain
songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan bercorak. Motif
pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan dikepala kain. Manakala motif 'awan larat' pula
dijadikan sebagai kaki kain . contoh kain songket yang dihasilkan :

Kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional di Semenanjung Malaysia telah mula


dikenali sejak zaman-berzaman dan kini perusahaannya masih hidup di beberapa tempat di
Semenanjung Malaysia. Melalui kudrat tangan dan ketajaman ilham manusia, maka terbentuklah
tembikar yang memaparkan keindahan warisan tradisi yang sebahagian besarnya disempurnakan
oleh kaum wanita. Seni tembikar ialah hasil seni kraftangan yang diperbuat dari tanah liat yang
diuli, diterap dengan pelbagai corak, diasapkan serta dibakar untukmenghasilkan satu rupabentuk
yang sungguh berseni dan unik. Tembikar yang lebih dikenali sebagai Labu Sayong berwarna
hitam banyak terdapat di Sayong, daerah Kuala Kangsar, Perak. Malah sebut sahaja Sayong,
maka tergambarlah keindahan bentuk seni labu yang berwarna kehitaman. Wujudnya labu hitam
ini dari buah labu tua yang dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas untuk
menyimpan air. Suatu masa dahulu, labu hitam adalah alat penting yang digunakan sebagai
bekas menyimpan air minuman di majlis kenduri. Keistimewaan labu hitam ini ialah airnya yang
sejuk dan dipercayai boleh menawarkan beberapa jenis penyakit seperti batuk dan demam panas.
Ia juga digunakan sebagai bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan.
Labu Sayong menekankan sifat semulajadi iaitu tanah liat serta teknik penggunaan tangan.
Rekaan corak permukaannya dihiasi dengan motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk
rebung, bunga cengkih dan juga calaran-calaran geometrik yang harmoni. Semua motif ini
dihasilkan berdasarkan latar belakang budaya dan dipengaruhi unsure seni islam yang menular di
tanah melayu pada masa dahulu. Labu Sayong tetap dikagumi dan diminati bukan sahaja kerana
penggunaannya semata-mata tetapi kerana keindahannya, berasaskan nilai estetika barangan
tembikar itu. Contoh motif yang terdapat pada labu saying.

Seni pertukangan perak adalah satu daripada cabang kesenian orang-orang Melayu yang
amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam dipercayai telah wujud sejak
zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Islam yang memang terkenal dengan pertukangan
barangan logam seperti emas dan tembaga. Barangan perak yang dihasilkan terbahagi kepada 3
jenis iaitu barang-barang kasar (serbaguna), barang-barang dapur seperti pinggan mangkuk, teko
dan sebagainya. Barang-barang filigree seperti aksesori wanita dan cenderahati dan barangbarang perhiasan ikatan permata. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak
filigree atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai
keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam
hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung disebaliknya mengikut daya imaginasi
jiwa pencipta itu sendiri. Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri
yang menjadi kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif bunga-bungaan terdapat dalam
pertukangan perak filigree seperti bunga matahari, bunga cempaka, bunga orkid, bunga mawar
dan lain-lain motif moden dalam rekacorak pertukangan barangan filigree. Rekaan motif pada
barangan perak filigree bukan sekadar hiasan sahaja tetapi juga adalah manifestasi falsafah
budaya Melayu melalui hasil cipta yang penuh simbolik. Penghasilan barangan perak filigree
tidak sahaja untuk kegunaan perhiasan diri, malah dibuat dalam bentuk cenderahati, hiasan pada
alat senjata dan alat kebesaran diraja. Contoh filigree yang dihasilkan :

Seni anyaman Rombong merupakan satu seni kraftangan yang menghasilkan bakul
serbaguna yang diperbuat daripada mengkuang. Seni ini sangat terkenal di kalangan kaum
wanita negeri Melaka. Rombong boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan mengandungi motifmotif yang memaparkan saling berkaitan antara alam sekitar dan manusia. Kewujudan rombong
adalah sebahagian hasil kemahiran kraftangan yang dipusakai sejak zaman berzaman. Melalui
kemahiran tangan dan ilham daun mengkuang dianyam dengan teknik "anyaman gila"sehingga
membentuk sebuah bakul serbaguna. Kemahiran dan kreativiti tukang anyam terserlah di dalam
penghasilan rekacorak dan saiz yang variasi. Keindahan warisan ini memaparkan hubungkait
alam sekitar di dalam kehidupan manusia seharian. Penggunaan motif-motif yang berteraskan
alam semulajadi seperti flora dan fauna menjadi sumber inspirasi di dalam penghasilan bakul
rombong. Rombong boleh didapati dalam bentuk bujur telur, potong wajik, tiga segi, empat segi
dan bulat. Ianya juga terdapat dalam set susunan tiga atau lima biji pada bentuk yang sama tetapi
berlainan saiznya. Cara menghasilkan corak pada rombong.

3.0

Proses Pengarapan idea


Seni bagi sesuatu kraf mempunyai perkaitan dan persamaan dengan perkataan manual

atau corak pekerjaan yang lebih menggunakan tangan. Berkaitan dengan pekara ini, tenun juga
digolongkan dalam kraf tradisi. Kraf yang dihasilkan oleh pereka merangkumi dua perkara, iaitu
seni dan reka bentuk yang dikategorikan sebagai aktiviti secara kecil-kecilan yang menggunakan
tangan. Individu yang terlibat dalam kraf selalunya melalui beberapa proses seni reka dan
dikaitkan dengan aktiviti yang inovatif. Kesenian biasanya menekankan kepada sesuatu perkara
atau suasana yang mementingkan aspek keindahan dan bukan menekankan kepada aspek gunaan.
(Syed Ahmad Jamal, 1992)
9

Mengikut teori seni yang dikemukakan oleh Mohamed Najib (1995) pula, karya seni merupakan
kerja yang harus melalui beberapa tahap dan proses pengkaryaan yang bertitik tolak daripada
penggunaan akal yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada manusia. Mengikut beliau
kegiatan ini merangkumi :
Bahan Mentah

Input Mental

objek

subjek

Berdasarkan konsep diatas, proses peringkat pertama yang dikemukakan ialah pemilihan bahan
mentah yang dipilih, diproses oleh pengkarya.peringkat ini melibatkan penglihatan mental dan
tenaga buruh pembuat. Ia melibatkan tahap pengkarya dalam memindah imeh mentalnya yang
bersifat preconceived (gagasan) kepada bahan yang terdiri daripada bentuk pemukaan seperti
kanvas atau kain putih. Peringkat kedua pula ialah merupakan bahan seni yang dibuat dalam
bentuk imej. Selepas peringkat ini barulah sesuatu karya itu dibuat penilaian oleh khalayak
mengikut kemampuan masing-masing.
Dalam banyak perkara, seni reka ialah sesuatu yang kreatif dan ciptaan merupakan
sesuatu karya yang tidak mempunyai jawapan yang tepat bagi permasalahan. Hasil seni reka
merupakan sesuatu yang dapat disampaikan oleh perekanya kepada khalayak yang melihatnya.
Perkataan reka bentuk pula berkait rapat dengan kaedah penghasilan. Pengkhususan dalam
bidang reka bentuk biasanya lebih menglihat pada hasil atau imej pada sesuatu kraf. Dalam
perkara ini, seni reka dikaitkan dengan perkataan komuikasi, iaitu satu tindak balas yang
dihasilkan kepada khalayak. Komunikasi tampak dan idea sepertigarisan, warna, dan bentuk
lebih berkesan bagi menerangkan sesuatu kepada khalayak. dalam penghasilan reka bentuk
pula, pengkarya harus membuat manipulasi bagi melahirkan kebebasan.dalam proses ini,
perubahan dan penyesuaian bagi penyelesaiaan masalah unyuk melihat kesan. Proses ini diiikuti
dengan melukis sehinggalah masalah dalam reka bentuk dapat diselesaikan dalam kraf. Dua
perkara
yang harus difahami, iaiyu seni dan sains selain tahu melukis. Dalam hal ini, seni reka merujuk
pada prose penyelesaiaan masalah yang dilalui oleh pereka yang melibatkan satu aktiviti yang
dipanggil reka bentuk. (Lawson 1994). Dalam penghasilan sesuatu karya kraf yang menarik, ia
melibatkan daya kreativiti berbanding dengan prinsip gunaan. Proses penghasilan sesuatu reka
bentu melibatkan tiga perkara iaitu memikir, melihat, dan membuat.

1
0

4.0

Seni dari Sudut Orang Melayu

Dalam kesenian Melayu, seni yang dilahirkan oleh masyarakat melayu merupakan alat kepada
budaya yang dikenal sebagai peralatan budaya. Dari sudut antrapologi pula, seni merupakan
model kepada peralatan budaya yang bersama-sama menentukan perkembangan sesuatu
budaya. Berkaitan dengan seni orang Melayu, dua pekara yang selalu diambil kira iaitu gunaan
dan hiasan. Seni ini kebiasaanya terdapat dalam kesenian rakyat. Ia juga sering merujuk kepada
seni peralatan budaya tradisi yang dikaitkan dengan peasant art atau kesenian desayang
bermula dari zaman primitive lagi (Wan Abdul Kadir dan Mohd Taib, 1986). Seni melayu
mempunyai kaitan dengan asas kebudayaan setempat yang berkembang sehingga terhasilnya
tekstil yang dimiliki sebagai keperluan peralatan bagi tujuan gunaan dan juga hiasan.
Seni tekstil merupakan seni yang berkaitan dengan kreativiti yang dihasilkan melibatkan tata
hubungan manusia dengan bentuk yang menyenangkan.(Sidi Gazalba, 1977). Dalam aktiviti
kesenian pula ialah sifat semulajadi orang melayu yang sukakan seni telah menjadikan mereka
sebagai satu bangsa yang pandai mengolah berbagai-bagai budaya asing sehingga dapat
menjadikan keperibadian melayu terutama budaya islam sendiri. Dalam hal ini, bangsa melayu
bukanlah bangsa yang pasif menerima budaya asing, malah merupakan satu bangsa yang aktif
dan kreatif yang menyumbang kepada perkembangan budaya (A. Aziz Deraman, 1985).
Kesenian dalam tekstil yang dihasilkan oleh orang melayu merupakan satu seni tampak yang
melibatkan sesuatu aktiviti dan jiwa sehinggakan ia telah menarik minat, pandangan dan
perasaan.

5.0

Kraf Melayu dan Konsep Keindahan

Sesuatu objek yang dicipta untuk menimbulkan kesan keindahan seharusnya mempunyai
fungsi yang bukan sahaja boleh digunakan tetapi dapat melahirkan rasa gembira atau
menyenangkan hati. Sidi Gazalba(1977) pula dalam bukunya Pandangan Islam Tentang
Kesenian menyatakan bahawa teori tentang keindahan yang dikemukakan oleh ahli falsafah
1
1

sejak dahulu lagi dapat dibahagikan kepada teori lama yang bersifat mental fizikal manakala
teori moden yang bersifat psikologikal. Baginya akal bukan sahaja memiliki deria fikiran dan
kemahuan malah memiliki deria rasa yang boleh merangsangkan penghasilan dan penilaian seni
yang halus. Ku Zam Zam (1984) menjelaskan bahawa kesenian berkait rapat dengan budaya
kerana ia merupakan sebahagian daripada budaya. Antara unsure budaya yang melahirkan
kesenian ialah agama dan kepercayaan, adat istiadat dan juga bahasa. Mengikut beliau, biasanya
masyarakat membentuk keseniaannya yang tersendiri berdasarkan pengalaman dan kehidupan
yang dilalui. Kesenian merupakan pendorong kepada seseorang untuk bertindak dan
mengakibatkan berkembangnya ruang lingkup perasaan seseorang. Dalam menghayati seni,
penghasilan seni yang dapat memberi kepuasan pada deria penglihatan terbahagi kepada dua
iaitu seni rupa dua dimensi yang terdapat pada seni tekstil dan tiga dimensi yang terdapat pada
seni ukir.
Bagi masyarakat islam, menilai keindahan adalah sesuatu yang digalakkan seperti tercatat
dalam hadis Nabi yang membawa maksud Allah itu Maha Indah, Dia sukakan Keindahan.
(Hadis Muslim). Cirri utama kesenian islam ialah keindahan iaitu sesuatu yang cantik, bagus
benar, elok dan molek. Jarang sekali keindahan yang dihasilkan oleh orang islam melahirkan
sesuatu bentuk lukisan manusia dan alam yang naturalistic. Antara seni yang dihasilkan adalah
jenis rumit dan dikenal sebagai arabesque yang terdiri daripada beraneka bentuk geometric,
tumbuh-tumbuhan yang digaya dan juga kaligrafi (Othman Mohd Yatim,
1989). Hasil seni kita boleh lihat banyak digunakan oleh orang melayu terutama dalam membuat
motif batik dan songket.
Kraf yang dihasilkan oleh orang melayu kebanyakkannya berkait dengan keindahan
yang tertakluk kepada bahan dan teknik. Bahan daripada alam semulajadi pula merupakan tahap
pengalaman terpenting bagi orang melayu. Keadaan alam semulajadi yang kaya dan indah
menjadi tarikan kepada pengkarya melayu untuk menghasilkan dan membuat sesuatu untuk
keperluan dan kegunaanya. Penggunaan bahan alam yang dihasilkan mereka melibatkan dua
perkara iaitu teknik dan estetika. Teknik dikaitkan dengan kaedah atau proses yang dilalui
sehingga dapat menghasilkan sesuatu yang mempunyai nilai estetika. Nilai estetika yang
dihasilkan dalam kraf melayu adalah berkaitan halus, berguna, bersatu, berlawan, dan prinsip

1
2

berlambang (Zakaria Ali,1987) supaya penghasilanya dapat member kepuasan kepada


pereka dan penghayat kraf.
Dari segi kehalusan seni yang dihasilkan oleh orang melayu melibatkan cara pembuatan
teliti dan bahan yang sesuai dari segi kegunaan. Penghasilan seni yang berguna pula melibatkan
hasil seni yang memenuhi fungsi yang bukan hanya indah dipandang malah selesa dipegang.
Prinsip bersatu pula bermaksud hasil seni tidak berakhir dan berhujung (tiada awalan dan
akhiran) iaitu motif yang dihasilkan dikaitkan dengan satu bahagian dengan bahagian yang lain.
Lingkaran belit ialah perkara yang berkaitan dengan prinsip menyatukan, manakala prinsip
berlawan merujuk kepada adanya pertentangan yang terkawal diantara dua bahagian. Akhir
sekali prinsip berlambang adalah sesuatu seni yang berkaitan dengan hiasan kerana hiasan
merupakan lambing keindahan dan kecantikan yang mempunyai hubungkait antara isi (makna)
dan bentuk (Zakaria Ali, 1987).
Mengikut Ku Zam Zam (1984 & 1989), alam sekitar merupakan sesuatu yang menjadi
sumber penting dalam penghasilan motif orang melayu. Kebanyakan corak yang dihasilkan oleh
orang melayu biasanya adanya hubungan harmoni antara kehidupan mereka dengan alam
sekeliling. Berkaitan dengan seni hias ini, penghasilan kraf tukang melayu adalah bertitik tolak
dari rasa kesedaran terhadap keperluan gunaan dan estetika atau keindahan. Seni melayu
merupakan satu seni yang dihasilkan berlandasarkan karya yang tidak bercanggah dengan islam.
Kraf melayu merupakan sesuatu penghasilan yang mementingkan pemilihan motif yang
menyelitkan perkara yang terikat kepada lunas-lunas etika islam. Kraf melayu yang bercorak
islam ini juga telah mengubah pemilihan penghasilan motif daripada kehidupan yang
dipengaruhi agama semasa hindu yang diamati sebelum ini kepada motif daripada tumbuhtumbuhan atau alam semulajadi yang tidak bercanggah dengan nilai islam. Selain itu, unsur
islam ini juga telah menggalakkan susunan motif yang berbentuk geometrik yang
menitikberatkan prinsip harmoni dan kesatuan garisan yang tidak bercanggah dengan Islam
( Othman Mohd Yatim, 1989 dan Abdullah Mohamed, 1990).

1
3

6.0

Kesimpulan

Sudah menjadi lumrah setiap insan sukakan sesuatu yang indah dan cantik. Setiap insan
juga secara tidak disedari mempunyai deria untuk memilih dan tidak pernah pula sesuatu yang
dipilih itu tidak cantik. Sesuatu yang indah itu mempunyai seni yang tersendiri dan seni yang
paling indah ialah hanya yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. dan kita, tanpa disedari memang
diselubungi oleh seni yang indah itu dalam kehidupan seharian kita.
Kraftangan tradisional orang melayu merupakan satu hasil seni yang tak ternilai
harganya. Keindahan seni rekanya pasti mengembirakan dan menyenangkan hati sesiapa sahaja
yang memandangnya. Teori estetika dan keindahan mengikut kaca mata orang melayu pula
mempunyai kaitan dengan keindahan melalui pengalaman dan pemerhatian alam persekitaran
yang mempunyai kaitan dengan budaya itu sendiri. Seni melayu pula ialah seni yang terikat
dengan etika islam. Kraf melayu merupakan sesuatu penghasilan yang mementingkan pemilihan
motif yang menyelitkan perkara yang terikat kepada lunas-lunas etika islam. Unsur islam ini
juga telah menggalakkan susunan motif yang berbentuk geometrik yang menitikberatkan prinsip
harmoni dan kesatuan garisan yang tidak bercanggah dengan Islam

1
4

7.0

Rujukan

A.Aziz Deraman ( Disember 1985), Falsafah Kebudayaan Kebangsaan. Dewan Budaya,


hlm 39-43
Ku Zam Zam Ku Idris (1984) Nilai Keindahan Dalam Seni Kraftangan Melayu, Dewan Budaya,
hlm 40-43
Mohamed Najib Ahmad Dawa (1995), The Symbolism of Batik From Kelantan,Malaysia, Its
Origins and Transformation. Ph. D Tesis, The Manchester Metropolitan University.
Othman Mohd Yatim (1989). Warisan Kesenian Dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Sidi Gazalba ( 1977) Pandangan Islam Tentang Kesenian. Kuala Lumpur : Penerbit Pustaka
Antara.
Atas Talian : http://www.kraftangan.gov.my/

1
5

Anda mungkin juga menyukai