Anda di halaman 1dari 18

MODUL 7

KAUNSELING

PENGENALAN KAUNSELING
Apa itu kaunseling.
Kaunseling ialah suatu proses perhubungan
menolong yang sistematik berasaskan prinsip
psikologi yang dilakukan oleh kaunselor
profesional bagi menghasilkan perubahan,
perkembangan dan penyesuaian peribadi klien,
yang baik dan menyeluruh secara sukarela
sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.

OBJEKTIF KAUNSELING
1.

2.
3.

4.

Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan


dan kelakuan yang menghalang klien bekerja dengan
berkesan.
Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam
situasi bekerja melalui proses penyelesaian masalah.
Membolehkan klien menganalisa pandangan mereka
dan mencari pelbagai cara dan tingkah laku yang
mengganggu.
Menolong klien menyelesaikan masalahnya.

TUJUAN KAUNSELING
1.

2.

Masalah klien selalunya berkaitan dengan


kekurangan maklumat.
Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas
berhubung dengan masalah daripada kaunselor.

MENGGALAKKAN CELIK AKAL


1.
2.

Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai


diri (menyelami diri dan persekitaran).
Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci
kepada masalah.

MEMBERI SOKONGAN
Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak
berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan
yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan
masalah.

PENYELESAIAN KONFLIK
1.

2.

Mengurangkan ketegangan dan permusuhan di


antara dua individu (pihak).
Membantu mereka menerima perbezaan dan
mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang
mengutungkan.

MEMBUAT KEPUTUSAN
1.

2.

Membantu klien membuat keputusan kerana


kerap kali menghadapi masalah untuk membuat
keputusan.
Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan
berbincang dengan klien sebelum sesuatu
keputusan diambil.

AKTIVITI KAUNSELING
PERKEMBANGAN

Memberikan maklumat mengenai sumber dan


kekuatan seseorang supaya ia mempunyai azam dan
usaha kepada aktiviti sihat, peningkatan sifat positif
PENCEGAHAN
Mengadakan program-program pencegahan ke atas
perlakuan dan sifat yang negatif dari segi emosi dan
pemikirannya

INTERVENSI
Merubah dan membuka pemikiran, perasaan dan
tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya
menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan
diri.

PEMULIHAN
Penekanan adalah kepada isu-isu dan permasalahan
peribadi, mentaliti, kerjaya dan penyesuaian diri agar
seseorang itu dapat berfungsi sepenuhnya

RASIONAL PERKHIDMATAN
KAUNSELING
3. Kebimbangan tentang

1. Kewujudan ketegangan
dan ketidakpuashatian
di tempat kerja

2. Ketidakseimbangan
emosi

kemahiran
&
kemampuan
4. Perbezaan individu yang
bertentangan dengan
imej korporat

5. Konflik peranan dengan


cara gaya pengurus

6. Prestasi kerja yang tidak


memuaskan & tabiat
kerja yang tidak baik

7. Masalah peribadi &


keluarga

8. Kebosanan kerja &


kekurangan pergerakan
kerjaya

9. Keperluan pertolongan
untuk mengembangkan
sesuatu tingkah laku

10. Keperluan sokongan


dalam menghadapi
krisis semasa

MENGAPA PERLU KAUNSELING


1. Masalah pencapaian mutu kerja
2. Stress di tempat kerja

3. Masalah penyesuaian diri


4. Masalah sikap
5. Masalah peribadi

5 PRINSIP KAUNSELING
PEKERJA
1. Mendengar dengan sebaiknya
sebelum membuat pernyataan
2. Elakkan mengkritik atau
nasihat yang terburu-buru
3. Jangan bertelagah
atau berhujah

4. Menumpukan sepenuh
perhatian kepada pekerja
5. Dapatkan sesuatu yang
Tersirat yang cuba
di sampaikan

FUNGSI KAUNSELING
DALAM ORGANISASI
1. Mengdiagnosis masalah pekerja atau kepincangan
organisasi
2. Memberi peluang pekerja meluahkan perasaan.
3. Membantu pekerja berfikir dengan jelas dan tidak
dikuasai oleh emosi.
4. Memberi nasihat.
5. Menyokong dan menenangkan pekerja.
6. Menilai diri.
7. Mempertingkatkan komunikasi dalam organisasi.
8. Memajukan diri.

PERINGKAT-PERINKAT
KAUNSELING
1.
2.

Peringkat Permulaan
Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang
terbuka dan sebagai seorang yang boleh dipercayai.
Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah
yang perlu diselesaikan dan dia sendiri perlu
memainkan peranan dalam proses penyelesaian.
Di peringkat ini juga, kaunselor menentukan sama ada
masalah wujud dan perlu diselesaikan dan bersedia
untuk meneruskan proses kaunseling itu.

1.

Peringkat Pertengahan
Peringkat penentuan masalah dan
penyelesaian.
Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti
masalah-masalah yang dihadapi oleh klien.
Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti
tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh klien
untuk menangani masalah yang dihadapinya

1.

Peringkat Akhir
Peringkat apabila klien telah selesai melakukan
tindakan yang dipersetujui dengan jayanya.
Diperingkat ini kaunselor berkenaan akan:
Membincangkan tentang tindakan yang telah
diambil oleh klien dan penilaian terhadap tindakan
yang diambil itu.
Mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan
tanpa penyeliaan dari pihak kaunselor.
Mengakhiri kaunseling dengan teratur dan
membuat rumusan tentang kejayaan proses
kaunseling tersebut

KAUNSELING YANG BERETIKA


Kerahsiaan:
Perkhidmatan kaunseling adalah berpandukan
Piawaian Amalan Kaunseling (Standards of Practice)
serta memelihara Kod Etika. Setiap maklumat
dalam sesi kaunseling adalah dijamin kerahsiaannya.
Maklumat klien tidak akan diberitahu kepada manamana pihak melainkan setelah mendapat kebenaran
dan persetujuan klien demi kebaikan klien sendiri.

Anda mungkin juga menyukai