Anda di halaman 1dari 17

Bahagian C

Tulis empat pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan

Ibu menyuruh Amran pergi ke kedai untuk membeli barang. Meskipun dia sedang
mengulang kaji pelajaran pada masa itu, dia tidak membantah. Dia terus pergi ke
kedai. Sungguhpun mempunyai basikal, namun dia lebih gemar berjalan kaki kerana
ingin mengekalkan kecergasannya. Dia merupakan atlet olahraga sekolah. Amran
tidak pernah cuai ketika di jalan raya. Dia berjalan di bahu jalan dan menentang arus
lalu lintas.
Sewaktu hendak melintas, Amran ternampak seorang lelaki tua yang ingin
melintas jalan. Dia berasa amat kasihan melihat orang tua itu. Dia memimpin tangan
lelaki itu menyeberang jalan itu bersamanya. Selepas itu, dia terus ke kedai untuk
membeli barang yang dipesan oleh ibunya itu. Amran memastikan semua barang
yang dipesan telah dibeli.
Setelah selesai, dia terus pulang ke rumah. Dia memulangkan baki wang
kepada ibunya. Ibu Amran mengucapkan terima kasih kepadanya. Amran berasa
gembira kerana dapat membantu ibunya.

Kata Nama

Kata Bantu

Kita

hendaklah

Kita

mestilah

Kita

perlulah

Kita

patutlah

Nilai/Pengajaran

Contoh/Huraian

Bahagian C
Tulis empat pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.

6.00 pagi

Saya bangun pagi seperti biasa. Selepas mandi, saya sembahyang dan
mengemaskan tempat tidur sebelum bersiap pergi ke sekolah.

6.45 pagi

Saya bersarapan bersama-sama keluarga. Saya membasuh


pinggan dan cawan yang telah digunakan. Saya tidak lupa bersalaman
dengan ibu bapa sebelum pergi ke sekolah.

7.00 pagi

Saya menaiki basikal ke sekolah. Biasanya saya berbasikal dengan


rakan-rakan yang lain. Kami sentiasa berhati-hati ketika di jalan raya.

7.30 pagi

Saya dan rakan-rakan beratur sebelum masuk ke kelas. Rakanrakanku yang bertugas sedang bertungkus-lumus membersihkan kelas.

7.45 pagi

Kami bangun memberi salam apabila guru masuk ke dalam kelas. Kami
sentiasa menumpukan perhatian ketika guru mengajar dan menjaga
tingkah laku agar tidak mengganggu pengajaran guru.

10.30 pagi

Selepas menikmati sepinggan nasi lemak dan segelas air, saya ke


perpustakaan untuk membaca buku. Hari ini, saya memilih buku cerita
untuk dipinjam selama seminggu.

1.00 petang Saya segera pulang ke rumah kerana sudah pukul 3.00 petang.

Kata nama

Kata bantu

Kita

mestilah

Kita

perlulah

Kita

hendaklah

Kita

haruslah

Nilai/pengajaran

Huraian

Bahagian C
Tulis empat nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang

jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Safina : Ibu, kelas saya akan melawat rumah orang tua, tidak lama lagi. Boleh saya
ikut?
Ibu

: Bilakah lawatan itu, apakah tujuannya?

Safina : Hari Sabtu depan. Lawatan itu bertujuan melihat lebih dekat kehidupan dan
nasib orang tua yang tinggal di sana. Bolehkah saya ikut, ibu?
Ibu

: Baiklah Safina, ibu benarkan. Setidak-tidaknya lawatan kamu dan kawankawan nanti dapat menghiburkan hati dan perasaan sedih mereka.

Safina : Saya hendak membawa makanan dan buah-buahan sebagai buah tangan, ibu.
Ibu

: Kalau begitu, baguslah. Kita mesti membantu mereka atau orang susah yang
lain. Bantuan diberi tidak semestinya berbentuk wang ringgit, tetapi apa
sahaja asalkan dapat membantu mereka.

Safina : Kenapa mereka tinggal di sana, ibu?


Ibu

: Mereka tidak mempunyai tempat tinggal, keluarga dan sanak-saudara.

Safina : Saya dengar dalam kalangan mereka ada anak yang berjawatan tinggi.
Ibu

: Betul. Ada anak menghantar ibu bapa mereka ke sana kerana tidak mahu
menjaganya. Perbuatan itu salah, Safina. Kita sepatutnya membalas jasa
dan pengorbanan ibu bapa yang membesarkan kita dengan penuh kasih
sayang. Hairan, ibu bapa dapat menjaga sepuluh orang anak, tetapi sepuluh
orang anak tidak dapat menjaga seorang ibu atau bapa.

Kata nama

Kata bantu

Kita

mestilah

Kita

perlulah

Kita

hendaklah

Kita

haruslah

Nilai/pengajaran

Huraian

Bahagian C
Tulis empat nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan
kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.

Sofiya menyusun buku-bukunya di rak agar kelihatan kemas dan teratur.


Kemudian, dia merujuk kepada jadual belajarnya. Buku latihan Bahasa Melayu
dikeluarkan dari begnya lalu dibaca. Ibu mengajaknya makan bersama-sama. Sofiya
menutup buku tersebut lalu makan bersama-sama keluarganya. Sudah menjadi
kebiasaan dalam keluarganya untuk makan bersama-sama. Adab-adab semasa
............................................................................................................................................................
makan sentiasa dipatuhinya.
............
Selepas makan, Sofiya menolong ibunya membasuh pinggan mangkuk dan
mengelap meja makan. Selesai membantu ibunya, Sofiya meminta izin untuk
mengulang kaji pelajaran. Ketika sedang membuat catatan tentang bahan yang dibaca,
adiknya datang kepadanya untuk bertanyakan beberapa soalan. Sofiya membantu
adiknya menjawab soalan tersebut. Jika soalan itu tidak dapat dijawab, dia akan
merujuk kepada abangnya. Sofiya amat sayang akan adik dan abangnya. Dia juga
sayang akan ibu dan ayahnya. Dia hendak menjadi anak yang baik.

Kata nama

Kata bantu

Kita

mestilah

Kita

perlulah

Kita

hendaklah

Kita

haruslah

Nilai/pengajaran

Huraian

Bahagian C
Tulis empat nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan
kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam
satu perenggan.

Arif dan Aiman baru balik dari perpustakaan awam. Mereka membaca buku
sambil menunggu bas di perhentian bas. Tatkala itu, mereka terpandang seorang
wanita tua sedang menuju ke arah perhentian bas sambil menjinjing banyak barang.

Arif bangun lalu memberikan tempat duduk kepada wanita tua itu. Wanita tua itu
mengangguk-angguk kepalanya sambil tersenyum.Mereka berbual dengan nada lembut
dengan wanita itu. Wanita tua itu menjelaskan bahawa dia hendak pergi ke rumah
anaknya. Secara kebetulan rumah anaknya berhampiran dengan rumah Aiman dan
Aiman mengenalinya. Anak wanita tua itu merupakan seorang yang peramah dan
dihormati oleh penduduk setempat.

Apabila bas tiba, mereka membantu membawa barang-barang wanita tua itu.
Wanita itu mengucapkan terima kasih kepada Arif dan Aiman.

Kata nama

Kata bantu

Kita

mestilah

Kita

perlulah

Kita

hendaklah

Kita

haruslah

Nilai/pengajaran

Huraian

Bahagian C
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan
kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.

Pada suatu petang, hujan lebat dan disertai angin yang kencang. Encik Lim
sekeluarga sedang duduk berbual-bual di ruang tamu sambil menikmati minum petang.
Mereka sekeluarga tidak berani keluar rumah kerana ribut petir.

Selepas hujan berhenti, Encik Lim keluar dari rumh untuk mengetahui apa yang
berlaku. Dia terkejut apabila melihat rumah jirannya Encik Rahim

musnah ditimpa

pokok yang tumbang. Dia segara ke rumah Encik Rahim untuk mengetahui keadaan
keluarganya. Encik Lim gembira melihat Encik Rahim sekeluarga selamat.

Encik Lim memberitahu kejadian itu kepada ketua kampung. Sebagai ketua
kampung, Encik Osman mengadakan mesyuarat tergempar untuk membantu keluarga
Encik Rahim. Sementara menunggu rumah dibaiki, Encik Rahim tinggal di rumah
saudaranya, Encik Zainal. Encik Zainal menerima dengan hati yang terbuka. Encik
Rahim mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang membantu keluarganya.

Kata nama

Kata bantu

Kita

mestilah

Kita

perlulah

Kita

hendaklah

Kita

haruslah

Kita

patutlah

Nilai/pengajaran

Huraian

Bahagian C
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan
kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.

Pada suatu hari, Hafiz dan Chong ke hospital untuk melawat rakan sekelas
mereka, Ravi yang dimasukkan ke wad kerana kemalangan jalan raya. Mereka
membawa buah tangan ketika melawat Ravi.

Ketika Hafiz dan Chong masuk ke wad, Ravi melambai-lambai tangan ke arah
mereka. Ayah dan ibu Ravi turut berada di sisi katilnya. Hafiz dan Chong bersalamsalaman dengan mereka. Hati Hafiz tersentuh apabila melihat keadaan kaki Ravi yang
bersimen. Ravi memberitahu mereka bahawa kakinya patah. Dia perlu dirawat di
hospital untuk beberapa hari lagi.

Mengimbau kembali kemalangan itu, Ravi mengakui bahawa dia cuai ketika
menunggang basikal. Oleh sebab hendak cepat ke sekolah, dia mengayuh basikal
dengan laju. Ketika tiba di kawasan selekoh, dia gagal mengawal basikalnya lalu
berlanggar dengan sebuah motosikal. Ravi amat menyesali perbuatannya itu.

Kata nama

Kata bantu

Kita

mestilah

Kita

perlulah

Kita

hendaklah

Kita

haruslah

Kita

patutlah

Nilai/pengajaran

Huraian

Bahagian C
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan
kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.

Sudah acap kali Pak Dolah menasihati Sudin tentang sampah sarap di belakang
rumahnya itu. Botol-botol plastik, tin kosong, malah tayar buruk juga dilonggokkan di
situ. Malangnya Pak Sudin keras kepala orangnya. Nasihat Pak Dolah langsung tidak
diendahkannya.
Suatu hari, anaknya Amir jatuh sakit. Pak Sudin membawa anaknya berjumpa
doktor. Rupa-rupanya, Amir disahkan menghidap demam denggi. Keadaannya itu
menyebabkan Amir terpaksa ditahan di wad.
Pak Sudin kesal dengan sikap keras kepalanya selama ini. Kedegilannya
menyebabkan anaknya terlantar di hospital. Dia sedar akan kesilapannya. Dia bertekad
untuk membersihkan kawasan belakang rumahnya secepat mungkin.

Kata nama

Kata bantu

Kita

mestilah

Kita

perlulah

Kita

hendaklah

Kita

haruslah

Kita

patutlah

Nilai/pengajaran

Huraian

Bahagian C
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan
kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Rosli tinggal bersendirian di rumah. Ibu dan ayahnya tiada kerana menghadiri majlis
kenduri kahwin sahabat mereka. Semasa dia mengulang kaji pelajaran di biliknya, tibatiba pintu rumahnya diketuk oleh seseorang.

Rosli terperanjat lantas bangun membuka pintu rumahnya. Alangkah terkejutnya


Rosli apabila melihat seorang pemuda memegang bahunya yang berlumuran darah
dalam keadaan yang mencurigakan. Rosli segera memapah pemuda tersebut lalu
membantu merawat lukanya. Tanpa membuang masa, Rosli meninggalkan pemuda itu
seketika untuk menghubungi pihak polis.

Pihak polis segera berkejar ke rumah Rosli dan menangkap pemuda itu. Polis
mengucapkan terima kasih kepada Rosli kerana telah membantu menangkap
penjenayah yang paling dikehendaki. Rupa-rupanya pemuda itu ialah penjenayah yang
cuba melarikan diri setelah ditembak oleh pihak polis.

Kata nama

Kata bantu

Kita

mestilah

Kita

perlulah

Kita

hendaklah

Kita

haruslah

Kita

patutlah

Nilai/pengajaran

Huraian

Bahagian C
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan
kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.

6.40 pagi Setelah siap memakai uniform sekolah,Liza bersarapan bersama-sama


Dengan ibu dan ayah.Liza makan dua keping roti ,sebiji telur dan minum
segelas susu.Liza bersalam dan mencium tangan mereka sebelum
menaiki bas sekolah.
7.10 pagi Tiba di sekolah ,Liza bergegas ke sekolah kerana hari ini Liza bertugas
menyapu sampah bersama-sama Mina dan Humaira.Liza meminta maaf
kepada mereka kerana lambat tiba.Mina dan Humaira gembira melihat
kedatangan Liza.Mereka faham keadaan Liza. Liza mencapai penyapu
lalu pergi kebahagian belakang kelas.Setelah tugas mereka selesai,
mereka berhimpun di tapak perhimpunan.
7.25 pagi Loceng berbunyi .Mereka beratur .Murid-murid yang lain turut
beratur.Mereka berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyikan lagu
Negaraku. Mereka menyanyi dengan penuh semangat. Cikgu Anita
tampil ke depan perhimpunan sambil memegang alat pembesar suara.
Beliau menegur sikap segelintir murid yang suka membuang sampah
merata-rata.Ada sampah yang dibuang di kantin ,di dalam longkang ,
dan di bawah pokok.Kami mengangguk tanda faham.
7.35 pagi Setelah Cikgu Anita selesai berucapa, mereka berjalan dalam barisan
untuk masuk ke kelas.

10

Kata nama

Kata bantu

Kita

mestilah

Kita

perlulah

Kita

hendaklah

Kita

haruslah

Kita

patutlah

Nilai/pengajaran

Huraian

Pengajaran terdapat dalam petikan adalah______________________seperti


_______________________________________________.Selain itu, kita hendaklah
________________________seperti _____________________________________.
Di samping itu, kita perlulah _________________________ seperti _____________
_______________________________.Seterusnya, kita mestilah _______________
seperti _____________________________.Akhir sekali, kita haruslah __________
___________________ seperti _________________________________________.

11

Bahagian C
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan
kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.

Hari ini Badrul membawa bekalan ke sekolah.Dia mengajak Kamal bersarapan


bersamanya.Selepas makan , Badrul memasukkan sisa makanan ke dalam tong
sampah. Kamal pula mengucapkan terima kasih kepada Badrul.

Setelah itu , mereka menjalankan tugas membersihkan kelas.Mereka menyusun


kerusi dan menyapu sampah.Kerja itu dilakukan bersama-sama rakan yang lain.

Apabila loceng berbunyi , mereka segera berbaris. Kemudian, mereka


mendengar pesanan daripada guru yang bertugas.Selepas itu, mereka berjalan masuk
ke kelas dengan tenan dan senyap.

Kata nama

Kata bantu

Nilai / Pengajaran

Contoh / Huraian

12

Bahagian C
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan
kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Hari ini sekolah Ramli mengadakan Hari Anugerah Cemerlang. Awal-awal lagi
Ramli telah bangun untuk ke sekolah. Setelah mengerjakan solat subuh dan bersarapan
bersama keluarga, dia terus pergi ke sekolah. Hari ini, Ramli pergi ke sekolah bersamasama ibu bapanya. Wajah Ramli begitu ceria sekali. Dalam perjalanan, Ramli tidak
henti-henti bercerita kepada ibu bapanya tentang cita-citanya untuk menjadi seorang
jurutera.

Kedatangan ibu bapa Ramli disambut oleh dua orang guru. Mereka membawa
ibu bapa Ramli ke dewan sekolah. Semasa berjalan ke dewan sekolah, Ramli melihat
beberapa orang guru sedang sibuk menyusun kerusi dan membuat pendaftaran
kedatangan ibu bapa. Selepas setengah jam menunggu, majlis pun bermula. Ramli
semakin berdebar-debar. Apabila namanya diumumkan, Ramli pun bangun dan berjalan
dengan bangganya ke pentas. Ramli mengucapkan terima kasih kepada pegawai yang
memberi hadiah.

Apabila sampai ke tempat duduknya, kedua-dua ibu bapa Ramli memeluk dan
mencium Ramli. Ramli menangis gembira. Tidak sia-sialah usahanya selama ini yang
memberi tumpuan semasa guru mengajar dan selalu mengulang kaji pelajaran. Ramli
bersyukur kepada tuhan atas kejayaannya itu.
Kata
nama

Kata
bantu

Nilai /
Pengajaran

Contoh / Huraian

13

Bahagian C
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan
kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.

Apabila abangnya ditawarkan melanjutkan Jepun, Amira mengucapkan rasa


syukur. Namun jauh di sudut hatinya, berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan
abangnya. Hal ini diluahkan kepada ibunya. Ibu memujuknya supaya bersabar . Kata
ibu, abang pergi untuk menuntut ilmu dan hanya mengambil masa empat tahun sahaja.

Kini empat tahun sudah berlalu. Minggu depan abangnya akan pulang dengan
membawa segulung ijazah. Amira gembira kerana cita-cita abangnya untuk menjadi
doktor sudah tercapai. Sementara menunggu kepulangannya, dia membantu ibu
mengemas bilik abang.

Hari yang ditunggu semakin hampir. Amira sentiasa berdoa semoga abangnya
pulang dalam keadaan sihat. Tepat jam 5.45 petang, di Lapangan Terbang Bayan
Lepas, dia bersama keluarganya menyambut kepulangan abang. Apabila terlihat saja
abangnya, dia terus berlari mendapatkan abangnya itu. Mereka berpelukan untuk
melepaskan rasa rindu.

Kata nama

Kata bantu

Kita

mestilah

Kita

perlulah

Kita

hendaklah

Kita

haruslah

Nilai/pengajaran

Huraian

14

Kita

patutlah

Bahagian C
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan
kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.

Kini tiba giliran guru disiplin menyampaikan ucapan. Sebelum menyampaikan


ucapan, Cikgu Halim memerhatikan anak muridnya seorang demi seorang.
Saya kumpulkan kamu semua di dewan ini memerhatikan anak muridnya
seorang demi seorang.
Saya kumpulkan kamu semua di dewan ini kerana beberapa sebab. Pertama, di
dalam kelas ketika guru mengajar, kamu tidak memberi tumpuan terhadap apa yang
diajar. Kamu selalunya berbuat bising, kata Cikgu Halim.
Kedua, kelas kamu didapati kotor. Sudah berulang kali saya ingatkan, sebelum
sesi pembelajaran bermula, kamu harus pastikan kelas dalam keadaan bersih. Semua
sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah, bukan dibiarkan bertaburan di
lantai, kata Cikgu Halim.
Perkara ketiga, saya dapati kamu tidak memakai pakaian yang lengkap. Selain
uniform sekolah, kamu diwajibkan memakai lencana , tali leher, dan stoking. Manakala
baju perlu dimasukkan ke dalam seluar. Mulai hari ini, jika kamu melanggar peraturan
sekolah, kamu akan didenda, tegas Cikgu Halim.

Kata nama

Kata bantu

Kita

mestilah

Kita

perlulah

Nilai/pengajaran

Huraian

15

Kita

hendaklah

Kita

haruslah

Kita

patutlah

Bahagian C
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan
kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.

Pada tengah hari itu, Siti Haliza membaca buku cerita sambil menunggu bas untuk
pulang ke rumahnya di Kampung Berjaya.Tiba-tiba dia dikejutkan dengan tangisan
seorang murid perempuan yang duduk tidak jauh daripada bangku kayu tempat duduk
dia duduk.
Siti Haliza menghampiri murid perempuan itu dan bertanya apa yang
berlaku.Murid perempuan itu memberitahu Siti Haliza bahawa dia kehilangan duit untuk
membayar tambang bas.Siti Haliza terus menghulurkan RM 2 baki duit dia membeli
buku latihan kepada murid perempuan itu.
Murid perempuan itu mengucapkan terima kasih kepada Siti Haliza.Tidak lama
kemudian , bas pun tiba.Siti Haliza beratur sebelum menaiki bas itu. Dia memberikan
peluang kepada murid-murid Tahap Satu dan dua orang tua untuk menaiki bas itu
dahulu.

Kata nama

Kata bantu

Kita

mestilah

Kita

perlulah

Kita

hendaklah

Kita

haruslah

Nilai/pengajaran

Huraian

16

Kita

patutlah

17

Anda mungkin juga menyukai