Anda di halaman 1dari 27

PENDAHULUAN

Pembentukan disiplin di sekolah adalah sama pentingnya dengan penyebaran ilmu pengetahuan.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah mempunyai perkaitan yang rapat dengan
kesempurnaan disiplin pelajar. Untuk mendapatkan gambaran mengenai soal dan keadaan disiplin
sekolah dikatakan serius sehingga menggangu-gugat pengawasan pengajaran dan pembelajaran adalah
merujuk kepada kajian yang telah dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran
Kementerian Pendidikan pada tahun 1979. Kajian juga telah dilakukan oleh Unit Disiplin Bahagian
Sekolah-sekolah dalam tahun 1984 dapat memberikan perspektif yang betul. Kajian menunjukkan
masalah disiplin disekolah menengah hanya sebanyak 2.2% kes kesalahan setahun yang kebanyakannya
merupakan kes sederhana berat. Dalam kajian Reynolds (1977) menunjukkan bahawa sekolah yang
kadar hukuman deranya tinggi mempunyai lebih masalah tidak berdisiplin daripada sekolah yang lain.
Jadi masalah tidak berdisiplin perlu ditangani dengan bijak oleh pihak sekolah dan pihak lain-lain yang
berkenaan untuk mengelakkan kes-kes yang lebih teruk berlaku.

RASIONAL PEMILIHAN TAJUK


Tajuk ini menjadi pilihan kami memandangkan generasi pelajar pada hari ini adalah merupakan aset
penting bagi negara untuk masa hadapan. Oleh itu pihak sekolah, ibu bapa dan lain-lain pihak yang
terlibat perlu bekerjasama untuk sama-sama cuba menangani masalah displin pelajar di peringkat awal
lagi. Pelbagai tindakan dan dendaan atau hukuman telah diambil oleh pihak-pihak yang terbabit, namun
masalah displin dikalangan pelajar masih juga tiada penghujungnya.

Isu disiplin dan pelajar ini semakin hari semakin serius dan hangat diperkatakan. Namun, sehingga kini
masalah ini masih tiada jalan penyelesaiannya dan kadang kala menimbulkan rasa kecewa terutama di
kalangan pendidik yang sering dipertanggungjawabkan ke atas masalah disiplin di kalangan pelajarpelajar. Maka adalah wajar untuk kita sebagai bakal pendidik di masa hadapan , bertanggungjawab
untuk sama-sama cuba memikirkan apakah jalan penyelesaian yang terbaik untuk menangani masalah
ini.

3.0

TAKRIFAN TAJUK

Denda

Peters dalam bukunya yang bertajuk Ethics and Education (1966) dan The Logic of Education (1970)
telah mendefinisikan denda sebagai mengenakan kesakitan dengan sengaja oleh orang yang berautoriti
ke atas seseorang yang melanggar peraturan dan ke atas sesorang yang melakukan sesuatu yang tidak
menyenangkan.

Pembentukan

Kamus Pelajar terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka telah mendefinisikan pembentukan sebagai
perbuatan atau hal membentuk. Daripada sini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa langkah-langkah
yang dijalankan bagi memastikan bahawa pelajar akan mematuhi disiplin dan menjadikan pelajar insan
yang berguna.

Disiplin

Kebanyakan kamus memberikan berbagai definisi tentang perkataan disiplin. Walau bagaimanapun, di
antara kebanyakan definisi kamus yang sering digunakan ialah latihan membentuk, membetul atau
melengkap suatu sistem peraturan tentang tingkahlaku atau aturan yang di adakan untuk murid-murid
sekolah dan lain-lain. Namun begitu, definisi yang diberikan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet adalah
terhad iaitu kehidupan bilik darjah seharian disiplin bererti aturan atau kawalan yang dikenakan dari
luar.

4.0

TEKNIK MENGHADAPI MASALAH DISIPLIN

Guru juga adalah berperanan sebagai pengurus. Guru akan menjadi pengurus yang berjaya sekiranya
berupaya menghadapi masalah disiplin dengan menggunakan teknik tertentu. Antaranya ialah
memonitor bilik darjah dengan lebih kerap. Sentiasa berjalan-jalan dalam bilik darjah dan secara tak
langsung menunjukkan kehadirannya kepada pelajar, oleh itu pelajar akan merasa takut untuk
melakukan tingkah laku yang melanggar disiplin. Guru juga boleh menggunakan perhubungan mata
secara berkesan. Guru boleh berdiri berhampiran dengan pelajar dan mengarahkan perhatian pelajar
yang mempunyai masalah tingkah laku pada sesuatu aktiviti.

Masalah yang lebih serius boleh dihadapi dengan menghentikan tingkah laku yang melanggar disiplin
dengan memanggil namanya dan membetulkan tingkah laku mereka. Sebagai contoh sewaktu anda
sedang mengajar ada pelajar yang bercakap dan guru boleh menghentikan tingkah laku demikian
dengan memanggil nama pelajar dan menyuruh mereka berhenti berbual. Tetapi dalam pertengkaran
dan perbalahan, guru perlu mengkaji punca situasi itu kerana ia kurang jelas atau kabur. Jika terdapat
kes di mana situasi adalah jelas, guru tidak perlu menyoal atau berleter lagi dan guru bolehlah
mengenakan denda yang sesuai. Walau bagaimanapun guru tidak boleh memberi ancaman kerana ini
boleh menimbulkan konflik di antara guru dan murid.

5.0

KONSEP DENDA

Denda bolehlah juga dikatakan sebagai insentif untuk memperbetulkan tingkah laku pelajar. Seorang
ahli kaji jiwa telah menyatakan bahawa insentif atau dorongan yang negatif amat penting dalam
kehidupan seharian. Mendenda bukanlah perkara yang disukai oleh guru dan pelajar. Biasanya, perkara
ini boleh dielakkan tetapi guru perlu mengetahui bila, bagaimana dan dendaan jenis apa yang sesuai
untuk digunakan.

Dendaan perlu dibezakan daripada dendam dan benci. Menurut Peters dalam bukunya Ethics and
Education (1966), kesalahan yang dihukum merupakan kes membalas dendam dan bukan dendaan jika
yang menghukum itu tidak ada autoriti. Sebagai contoh pelajar telah membocorkan tayar kereta guru.
Dalam hal ini, jika guru menghukum pelajar atas alasan kerugian yang telah beliau alami, maka ini adalah
kes membalas dendam. Namun begitu jika pelajar dihukum oleh guru kerana kesalahan membocor
tayar, maka ia adalah satu kes denda.

Oleh itu perlulah diambil perhatian oleh guru apakah tujuan mereka menghukum dan juga samada
mereka mempunyai autoriti atau tidak. Selain itu, jenis dan kadar hukuman yang dikenakan juga perlu
dipertimbangkan, ini adalah kerana apabila dendam yang terlibat biasanya hukuman yang dikenakan
adalah lebih berat daripada yang sewajarnya. Para guru perlu berhati-hati dalam menggunakan denda
supaya tidak dieksploitasi oleh pelajar.

BENTUK DENDAAN
Abdul Rahman dan Zakaria Kasa dalam bukunya Falsafah dan Konsep Pendidikan telah membahagikan
dendaan kepada tiga jenis seperti berikut :

Teori Pembalasan

Teori ini melihat kembali atau ke belakang akan kesalahan yang dilakukan dan memastikan bahawa
dendaan adalah sesuai dengan kesalahan. Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk menentukan jenis
dendaan yang sesuai dengan pelanggaran peraturan yang dilakukan oleh pelajar. Oleh itu faedah
dendaan berbentuk pembalasan adalah kurang kerana kemungkinan tingkah laku pelajar masih tidak
dapat diubah malahan boleh membangkitkan perasaan marah dalam diri pelajar kepada gurunya.

Teori Pencegahan

Teori ini mengatakan bahawa dendaan yang dikenakan adalah bertujuan untuk mencegah daripada
berulangnya pelanggaran tingkah laku. Apa yang menjadi isu di sini teori ini ialah pertenglingkahan di
antara keadilan dan pertimbangan untuk kepentingan ramai. Sebagai contoh ialah guru mendenda
semua pelajar yang berada dalam kelas apabila guru gagal mencari pelajar yang melakukan kesalahan.
Guru sepatutnya membuat pilihan di antara keadilan dan kepentingan ramai. Daripada contoh tadi guru
telah mengambil keputusan mencegah untuk kepentingan ramai daripada mengutamakan keadilan
kerana pesalah yang sebenar tidak dikenakan hukuman. Telah menjadi isu ialah apabila guru mendenda
semua pelajar, guru telah menganiayai pelajar yang tidak bersalah.

Dendaan Berbentuk Pemulihan

Seorang penulis Nash (1966) berpendapat bahawa dendaan jarang-jarang sekali memulih pembuat
kesalahan kecuali ada perhubungan yang benar-benar mesra serta penuh dengan kasih sayang di antara
yang membuat kesalahan dan yang mendenda. Tetapi tidak ramai guru yang mempunyai pengetahuan
dan kemudahan yang ada pada mereka dapat memulih pelajar-pelajar liar. Jika kita lihat sekarang ini
majoriti sekolah mengadakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di mana pakar-pakar psikologi
ditempatkan untuk menolong memulihkan pelajar-pelajar berkenaan. Teori ini lebih banyak mendidik
pelajar menjadi manusia berguna kerana pemulihan yang dibuat telah menggantikan dendaan.

Teori ini juga sesuai dengan situasi sekolah iaitu bersifat pemulihan, pendidikan atau perubahan ke arah
yang lebih baik. Jika kita lihat kepada matlamat sekolah juga ialah ingin memajukan sesuatu yang
berfaedah seperti perkembangan pelajar sebagai individu yang bebas, maka dendaan yang berbentuk
pemulihan adalah amat sesuai.

Ketiga-tiga teori denda iaitu pembalasan, pencegahan dan pemulihan ada kelebihan dan kelemahannya.
Oleh yang demikian, janganlah diutamakan satu teori sahaja dan mengenepikan yang lain. Apa yang
diminta ialah satu pemahaman yang betul mengenai pembalasan sebagai asas utama dendaan sambil
dipertinbangkan fubgsi-fungsi atau matlamat pencegahan dan pemulihan sesuatu dendaan itu.

7.0

MENDENDA SECARA BERKESAN

Kerjaya guru bukanlah seperti mata-mata gelap yang harus mancari semua kesalahan pel;ajar den
kemudiannya mengenakan denda. Guru mesti tahu bila dan bagaimana menggunakan denda yang tidak
merosakkan. Ada guru yang berpendapat bahawa denda hanya sesuai untuk tingkahlaku yang diulang,
tetapi jika pelajar menunjukkan usaha membaiki tingkah lakunya, maka jangan dikenakan denda. Ada
benarnya pendapat ini kerana pelajar yang telah sedar akan kesalahannya tetapi masih dikenakan denda

akan hilang keyakinan kepada guru berkenaan. Denda disarankan digunakan apabila sudah tiada jalan
yang sesuai lagi.

Menurut Bandura (1961), denda mengurang dan mengawasi tingkah laku tetapi dengan sendirinya tidak
mengajar tingkah laku yang diingini atau mengurangkan keinginan untuk bertingkah laku buruk. Oleh
sebab itu mendenda perlulah dibuat setimpal dengan tingkahlaku yang bermasalah atau syarat juga
boleh dikenakan supaya pelajar berusaha mengelakkan denda dengan memperbaiki tingkah lakunya.
Denda boleh diberi dalam pelbagai bentuk iaitu menyisih atau mengasingkan pelajar yang bermasalah
dari kumpulan, menghadkan hak-haknya, dan memberikan kritikan yang tajam.

Ada juga pelajar yang mengalami masalah emosi dan personaliti yang memerlukan rawatan yang
istimewa. Beberapa langkah telah dimajukan dalam beberapa penulisan dan daripada kajian iaitu seperti
di bawah.

Megelakkan daripada memberi gelaran. Perbincangan hendaklah secara sulit dabn bukannya didepan
kelas.
Menegaskan tingkah laku yang diingini dengan menggunakan peneguhan positif. Adalah didapati jikalau
guru menggunakan ancaman dan ugutan, murid tidak mungkin memperbaiki dirinya dan berulangnya
tingkah laku yang bermasalah.
Memberikan fokus kepada tingkah laku pelajar yang berkaitan dengan sekolah. Pelajar yang ada
masalah dirumah perlu dianggap sebagai normal bukan individu yang mesti dikesani.
Menjalinkan perhubungan yang baik dengan pelajar dan jadikan hubungan ini untuk mempelajari
kecacatannya.
Walau bagaimanapun sedikit denda jika digunakan pada ketika tertentu banyak manfaatnya. Ada teori
mengatakan tingkah laku yang baik sahaja yang perlu diperhatikan dan diberi ganjaran. Tingkah laku
nakal harus jangan diberi perhatian langsung. Walaupun demikian, dalam keadaan semulajadi bilik
darjah , setengan tingkah laku pelajar amat berbahaya jika dibiarkan saja, oleh itu denda yang dikenakan
haruslah berkesan.

ISU-ISU
8.1

SEJAUH MANAKAH HAD KUASA GURU DALAM MELAKSANAKAN

DISIPLIN SEKOLAH

Guru memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan disiplin sekolah kerana guru adalah orang
yang rapat sekali dan mempunyai hubungan langsung dengan murid. Oleh sebab itu pelaksanaan disiplin
sekolah adalah tanggungjawab dan tugas setiap guru dan bukan semata tanggungjawab Guru Besar,
Penolong Kanan dan Guru Disiplin sahaja.

Guru memainkan peranan dan tanggungjawab bukan sahaja setakat mengajar tetapi juga mendidik.
Mereka membentuk sikap, nilai dan akhlak para pelajar melalui pembentukan disiplin yang baik. Dalam
buku Pengurusan Sekolah ada menyatakan bahawa matlamat akhir guru adalah membentuk disiplin
kendiri yang baik. Penulisnya Omardin Ashaari juga ada menyatakan peranan guru dalam melaksanakan
disiplin adalah dengan mengawas disiplin dalam bilik darjah, disekitar sekolah dan dalam kegiatan luar
sekolah.

Ordinan Pelajaran 1957 dan Pekeliling Ikhtisas yang diedarkan oleh Bahagian Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan 1968 dijadikan landasan untuk membentuk tatacara disiplin di sekolah-sekolah
diseluruh Malaysia. Namun begitu, dari kajian yang telah dilakukan oleh Jawatan kuasa Disiplin sekolah,
didapati bahawa pihak sekolah mengambil tindakan yang berbeza-beza ke atas kes yang sama. Ini
adalah kerana pentadbir sekolah diberi kuasa menggunakan budi bicara mengikut Buku Panduan Disiplin
yang menimbangkan tindakan yang setimpal dan berdasarkan persekitaran persekolahan, latar belakang
pelajar, kekerapan melakukan kesalahan dan alasan pelajar melakukan kesalahan tersebut.

Kuasa guru dalam melaksanakan undang-undang disiplin tidak dapat dipertikaikan lagi kerana ia telah
termaktub dalam Ordinan tapi perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam Peraturan 4,
Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) iaitu :

keadilan hendaklah diamalkan


seseorang tidak boleh dihukum tanpa belaan dirinya.
3. stiap individu yang dituduh hendaklah diberi peluang dan hak untuk didengar.

Oleh itu, guru mestilah adil dalam menjatuhkan hukuman kepada pelajar dan pelajar juga perlu diberi
peluang untuk mengemukakan alasan-alasan terhadap perlanggaran disiplin itu untuk membela diri
mereka.

Buku Pengurusan Sekolah tulisan Omardin Ashaari ada menyebut mengenai dendaan yang boleh
diamalkan untuk mengatasi masalah disiplin terdiri daripada hukuman biasa dan berat. Hukuman biasa
yang boleh dikenakan kepada pelajar yang didapati melakukan kesalahan kecil adalah seperti rotan,
amaran, dan penahanan. Jikalau pelajar melakukan kesalahan yang serius dengan mengancam guru,
merosakkan harta benda, penggantungan bagi tempoh tertentu dan pembuangan sekolah dikenakan ke
atas diri mereka. Pada masa penggantungan pelajar tidak dibenarkan memasuki kawasan dan
menggunakan kemudahan sekolah.

Itu adalah antara hukuman-hukuman yang disarankan dan begitu jugalah pendapat beberapa orang
penulis lain. Walau bagaimanapun, dalam Peraturan ( c ) menyatakan guru Besar atau Pengetua boleh
menggenakan hukuman yang difikirkan sesuai. Oleh itu hukuman yang pada pendapat orang ramai tidak
sesuai seperti yang berbentuk penyeksaan, cacian dikhalayak ramai atau lain-lain hukuman yang liar
perlu dielakkan.

Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 telah menetapkan guru besar adalah orang yang
bertanggungjawab dan diberi kuasa mengambil tindakan terhadap pelajar yang melanggar disiplin
tertentu. Namun begitu, Guru Besar boleh menurunkan kuasanya kepada guru lain, khasnya Penolong
Kanan, Penyelia Petang, Guru Disiplin, Guru Bimbingan dan Kaunseling atau Guru Kelas.

Guru biasa bertanggungjawab dalam mengawal disiplin pelajar walaupun mereka jarang diberi kuasa
untuk menghukum. Guru tidak hanya mengawas pelajar dibilik darjah tetapi juga semasa aktiviti luar
bilik darjah dijalankan. Di dalam buku Dinamika Sekolah Dan Bilik Darjah tulisan Kamarudin Hj Hussin,
menyatakan tindakan yang boleh diambil oleh guru biasa ialah

memberi amaran atau nasihat kepada pelajar yang melanggar disiplin sekolah.
jika kes disiplin adalah ringan, guru boleh menghukum pelajar dengan menyuruhnya berdiri atau
mengasingkan pelajar dari rakan.
jika pelanggaran disiplin adalah berat, guru hendaklah menghantar pelajar yang berkenaan kepada Guru
Besar untuk diberi nasihat dan tindakan yang sewajarnya.
Untuk kes berat guru perlulah memberi perhatian yang serius kerana ini akan melibatkan masa depan
pelajar. Sebagai contoh, Sek. Men. Jalan San Peng, Kuala Lumpur, telah menggariskan Prosedur Tindakan
Lembaga Disiplin untuk kesalahan berat, Lembaga Disiplin Sekolah akan menyiasat terlebih dahulu dan
kemudian akan membuat keputusan samada buang atau gantung sekolah. Sekiranya pelajar digantung

sekolah, tingkah laku pelajar berkenaan akan terus diperhatikan dan sekiranya tiada perubahan maka
pelajar akan dibuang sekolah.

Sebagai rumusannya, guru seharusnya mencari pendekatan yang sesuai supaya mencapai matlamat
akhir iaitu membentuk disiplin yang baik dalam diri pelajar. Namun begitu, untuk mencapai matlamat
akhir itu guru sendiri seharusnya mempunyai disiplin yang baik dan menunjukkan contoh dan teladan
yang baik kepada pelajar dengan sentiasa bertata tertib , berbudi bahasa serta bijak dalam menghadapi
masalah.

Isu Dalam Akhbar

Terdapat satu kes dalam akhbar yang berlaku di Taiping yang bertarikh 18 Julai 1997 yang bertajuk
Pelajar Patah Tangan Dirotan. Pelajar lelaki berkenaan telah dirotan 4 kali kerana menyaksikan
menyaksikan permainan sepak takraw oleh rakan mereka dalam blik asrama. Bagaimanakah hukuman
rotan dikenakan dan adakah guru berkenaan bersalah kerana menyebabkan kecederaan? Di sini tidak
menjadi isu dan pelajar tidak boleh menyaman guru sekiranya terdapat dalam undang-undang sekolah
hukuman rotan akan dikenakan sekiranya pelajar melakukan kesalahan yang berkenaan. Prosedur yang
telah ditetapkan oleh Ordinan Dalam Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 telah menyatakan
bahawa hukuman dera yang hendak dijalankan perlu menggunakan rotan ringan dan pukulan rotan
hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau bahagian punggung yang dilapik dengan pakaian.

Dalam melaksanakan proses hukuman, untuk mengelakkan guru yang melaksanakan hukuman teraniaya
, Peraturan 5 ada menyebut bahawa guru perlu merekod jenis hukuman, ditandatangani oleh Guru
Besar dan disaksikan oleh seorang guru lain sebagai saksi. Dalam Bereita Harian yang bertarikh 4
September 1997, telah melapurkan bahawa, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Khalid Yunus iaitu
berikutan daripada peningkatan kes jenayah yang melibatkan pelajar sekolah, guru terutamanya Guru
Disiplin akan dilindungi oleh Undang-undang ketika mereka menguatkuasakan atau meaksanakan
peraturan sekolah.

Oleh itu selagi guru yang melaksanakan hukuman mematuhi tatacara yang telah ditetapkan dalam
Ordinan dan undang-undang sekolah maka guru berkenaan terselamat daripada segala tindakan yang
diambil oleh pihak pelajar yang bersalah termasuk tindakan mahkamah.

SEJAUH MANA KEBERKESANAN HUKUMAN ATAU DENDA


TERHADAP PEMBENTUKAN DISIPLIN PELAJAR

Seperti yang sedia maklum masalah disiplin dikalangan pelajar-pelajar sekolah kian hari semakin
membimbangkan. Oleh itu pelbagai tindakan telah diambil dan dirancang oleh pihak-pihak terbabit bagi
mengatasi masalah masalah disiplin dikalangan pelajar ini.

Di antaranya beberapa langkah yang diambil oleh pihak sekolah adalah seperti hukuman rotan, gantung
sekolah, buang sekolah dan lain-lain lagi. Ini dapat dilihat malalui laporan-laporan akhbar tentang
masalah disiplin dan salahlaku pelajar sekolah serta tindakan yang diambil. Persoalan yang timbul adalah
sejauh mana keberkesanan tindakan yang diambil terhadap pembentukan disiplin sekolah. Kita boleh
melihat kesannya dari dua sudut iaitu kesan positif dan negatif. Contohnya seperti berikut :

Hukuman Penyingkiran Pelajar


Kesan Positif

Kesan positif dapat dilihat dengan jelas melalui tindakan penyingkiran pelajar yang merokok setelah tiga
kali melakukan kesalahan yang sama. Ini secara tidak langsung dapat menyelesaikan pelajar yang
merokok di sekolah dan dapat menjadikan sekolah sebagai kawasan yang bebas dari gejala merokok.
Sebagai mana yang dilaporkan dalam akhbar Berita Harian pada 13 Mei 1997 di mana Kementerian
Pendidikan telah mengarahkan pihak sekolah menyingkirkan pelajar yang merokok selepas tiga kali
melakukan kesalahan yang sama. Tindakan ini diambil selepas dikenakan hukuman amaran, rotan dan
gantung persekolahan pada kali pertama dan kedua kesalahan tersebut.

Hukuman ini telah diumumkan sendiri oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak,
memandangkan kes ini adalah serius dan perlu ditangani dengan segera. Ibu bapa juga akan
menghadapi tindakan sekiranya mencampuri tindakan sekolah yang menjalankan hukuman ke atas anak
mereka.

Kesan Negatif

Bagaimanapun tidak kurang pula kesan negatif yang boleh dipersoalkan ekoran daripada tindakan
disiplin ini. Amntara nya sebagai mana yang menjadi isu kepada akhbar tempatan China Press iaitu
adakah hukuman tegas sebagaimana yang dicadangkan itu akan membawa kepada masalah sosial
seperti merokok yang lebih serius. Walaupun masalah merokok di sekolah dapat diatasi tetapi

bagaimana pula diluar sekolah. Masalah ini merupakan asas atau bibit -bibit awal kepada masalah sosial
yang lain.

Bagi mereka yang dibuang sekolah, ke manakah pula haluan yang seterusnya? Apa yang jelas, pelajar
yang disingkirkan itu mungkin boleh dilihat sebagai cara untuk menyelesaikan masalah disiplin
disekolah, tetapi hakikat sebenarnya memberitahu kita ia cuma menjadikan masalah remaja itu berubah
kepada masalah sosial yang lebih besar sahaja. Ini kerana remaja yang terlalu awal disingkirkan oleh
sekolah akan mudah terpengaruh dalam gejala buruk dalam masyarakat.

Hukuman Rotan
Kesan Positif

Selain daripada hukuman penyingkiran pelajar, hukuman rotan juga merupakan satu hukuman yang
berat dan menyakitkan. Hukuman ini menjadi amalan biasa di sesetengah sekolah sebagai salah satu
cara untuk mengatasi masalah disiplin di sekolah. Contohnya bagi kesalahan merokok pertama kali di
sekolah, pelajar akan dirotan sebelum disingkirkan.

Guru patut diberi sedikit hak dan kuasa untuk memukul pelajar bagi mengawal disiplin di kalangan
pelajar yang kini ditahap membimbangkan. Ibu bapa dan media perlulah lebih adil dan rasional apabila
berdepan dengan kes guru memukul anak mereka. Tidak ada seorang gurupun yang mahu memukul
pelajarnya sesuka hati tanpa sebarang sebab. Guru adalah pendidik dan berpendidikan, mereka tahu
natijahnya jika mereka memukul pelajar ( Dewan Masyarakat, Januari 1997).

Menurut menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datok Dr. Abdul Hamid Othman, adalah wajar memukul
sebagai satu hukuman terhadap salah laku kanak-kanak dan ini dibenarkan sendiri dalam Islam kerana ia
adalah kaedah pengajaran yang berkesan. Beliau juga berpendapat ibu bapa sepatutnya memberi sedikit
kelonggaran kepada guru untuk memukul anak mereka yang melakukan kesalahan bagi membentuk
disiplin dan keperibadian mereka. Ini kerana apabila seseorang pelajar menerima hukuman seperti
rotan, pelajar tersebut akan merasa sakit dan serik untuk melanggar peraturan sekolah lagi. Manakala
pelajar-pelajar lain yang melihat hukuman ini dijalankan juga akan merasa ngeri untuk melakukan
kesalahan tersebut. Oleh itu masalah pelanggaran disiplin dapat diatasi.

Kesan Negatif

Bagaimanapun disamping memberi kesan yang positif terhadap pelaksanaan hukuman rotan, ia juga
turut memberi kesan negatif kepada pelajar. Ini kerana walaupun hukuman ini pernah diiktiraf dan
diakui keberkesanannya pada suatu ketika dulu, tetapi kaedah ini dikatakan tidak sesuai pada masa
sekarang memandangkan keadaan persekitaran yang berubah. Justeru itu keberkesanan hukuman rotan
perlu dinilai semula, ini tidak bermakna hukuman rotan tidak boleh direalisasikan tetapi elok jadikan ia
sebagai salah satu daripada alternatif yang boleh diambil.(Tamadun, Julai 1996).

Menurut Datok Dr. Abdul Hamid Othman beliau juga tidak menggalakkan penggunaan rotan kerana ia
boleh meninggalkan kesan fizikal kepada pelajar yang dipukul. Pun begitu dalam melaksanakan
hukuman rotan guru seharusnya berhati-hati sebelum sesuatu tindakan diambil. Hukuman yang
dikenakan perlulah setimpal dengan jenis kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. Guru sewajarnya tidak
menyalahgunakan kelonggaran atau kuasa yang ada dan bertindak memukul pelajar dengan dorongan
perasaan geram atau marah. Ini bertujuan mengelakkan gejala penderaan terhadap pelajar sekolah
berlaku.

9.0 KESIMPULAN

Walau apapun masalah disiplin yang timbul, pelajar perlu dikenakan hukuman atau denda baik ringan
atau berat bergantung kepada tahap kesalahan yang dilakukan. Pelaksanaan hukuman ini perlu kerana
ia merupakan salah satu daripada kaedah atau cara pendidikan yang berkesan. Ini diakui sendiri oleh
Datok Dr. Abdul Hamid Othman. Bagaimanapun sebelum pelaksanaan sesuatu hukuman, pihak ibu bapa
hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu supaya tidak timbul sebarang masalah berbangkit selepas
sesuatu tindakan dilakukan. Namun begitu pihak sekolah juga harus bertanggung jawab sepenuhnya
terhadap tindakan yang dibuat. Ini bertujuan mempastikan sesuatu tindakan yang diambil adalah wajar
dan berpatutan dengan keslahan yang dilakukan. Secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada
timbulnya masalah guru mendera pelajar.

Hukuman rotan antara kaedah terbaik disiplinkan pelajar


Laporan media mengenai sekumpulan pelajar lelaki sebuah sekolah menengah berasrama di pedalaman
Sarawak yang berani membuli seorang pelajar, malah merakamkan aksi ganas mereka dan disiarkan di
laman web YouTube cukup menggemparkan.

Begitu juga kes sekumpulan pelajar yang dikatakan membelasah seorang pelajar Tingkatan Empat
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi sehingga mati amat membimbangkan banyak pihak.

Ini antara beberapa kes yang berjaya disiarkan, malah banyak lagi kes jenayah yang masih terpendam
dan tidak dibongkar di luar pengetahuan pihak berwajib.

Kementerian Pelajaran sudah menggunakan pelbagai kaedah dalam mengekang masalah pelajar ini.
Antaranya, menggunakan kaedah terbaru termasuk mendapatkan kepakaran polis bagi mengemas kini
semua peraturan dan undang-undang disiplin sekolah untuk mengekang budaya jenayah di kalangan
pelajar.

Kementerian juga mengarahkan semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) membantu memantap dan
menguatkuasa peraturan sedia ada yang dikatakan semakin longgar.

Berita keruntuhan disiplin dan moral pelajar ini bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.
England turut menghadapi masalah berhubung krisis disiplin ini. Badan Kajian dan Penyelidikan di
London menunjukkan sebahagian ibu bapa percaya hukuman berat adalah kaedah kawalan berkesan
kepada pelajar. Mereka juga percaya tingkah laku kanak-kanak dan remaja semakin teruk sejak amalan
merotan dihapuskan di bidang pendidikan.

Pihak penyelidik menyatakan keputusan mengharamkan hukuman itu menyumbang kepada


peningkatan masalah disiplin di kalangan pelajar di negara itu. Jika England akan mengembalikan
peranan rotan dan pembaris ke tempatnya, mengapa kita tidak mendahului mereka dalam hal ini.

Seingat penulis yang dibesarkan dalam suasana rotan dan pembaris yang dihadiahkan guru setiap hari
bukanlah bertujuan untuk mendera pelajar tetapi mendidik supaya tidak melakukan kesalahan demi
kebaikan diri mereka juga.

Ibu bapa dan penjaga perlu memahami kaedah ini dalam asuhan pendidikan. Mereka bersikap garang
untuk membentuk orang yang berguna dalam masyarakat. Cuba perhatikan anak sekarang yang semakin
terhakis budaya timur dan akhlak hingga hilang rasa hormat kepada golongan lebih tua terutama ibu
bapa serta guru.

Persoalannya adakah salah merotan anak? Sesetengah pihak menganggap ia adalah perbuatan yang
teruk kerana boleh menjejaskan hubungan antara kedua pihak. Merotan mungkin tidak mendatangkan
kesan buruk jika dilakukan guru atau ibu bapa.

Sebelum mengenakan hukuman ini, pihak guru dan penjaga wajar memahami dan mengenali
perwatakan dan sikap anak itu. Guru dan penjaga juga perlu mengambil kira tahap hubungan mereka
dengan anak.

Jika anak mempunyai hubungan rapat dengan guru dan penjaga, maka hukuman fizikal tidak akan
menjejaskan emosi anak. Sebaliknya jika ibu bapa tidak rapat dengan anak, hukuman fizikal mungkin
akan mengakibatkan emosi anak terganggu seperti berdendam atau marah.

Guru dan penjaga perlu memastikan mereka tidak berada dalam keadaan marah dan beremosi ketika
hukuman fizikal dilaksanakan. Mereka juga perlu tahu bagaimana cara merotan yang tidak
mendatangkan sebarang kecederaan kepada anak.

Jangan sesekali memukul di bahagian sensitif seperti muka atau di tempat boleh mendatangkan bahaya
seperti kepala atau perut. Pukulan jangan terlalu kuat, cukup sekadar dapat memberi pengajaran dan
peringatan kepada anak supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Bagi umat Islam, mereka sudah tentu pernah mendengar sabda Nabi SAW di dalam hadisnya yang
bermaksud: Suruhlah anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka jika tidak
bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka tempat tidur. (Hadis riwayat Abu
Dawud)

PENGENALAN

Hukuman rotan boleh didefinisikan sebagai perihal menghukum dengan menggunakan sebuah rotan
bagi kesalahan serius. Pada masa kini, masalah displin di kalangan murid sekolah semakin berleluasa
seiring dengan isu-isu akhlak remaja di akhbar-akhbar tempatan yang semakin menular. Perkara ini
memerlukan perhatian dari pelbagai pihak tentang punca displin murid semakin sukar untuk dibendung.
Lantaran pelbagai isu masalah displin timbul, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal
Peraturan-Peraturan Displin 2006 sebagai panduan perlakuan salah laku murid.

Walau bagaimanapun, masalah displin masih menjadi belenggu kepada guru dalam memastikan murid
mematuhi peraturan yang ditetapkan. Oleh itu, hukuman rotan sering digunakan sebagai pengajaran
kepada murid yang melakukan kesalahan dan memberikan kesedaran kepada murid-murid lain. Namun,
hukuman rotan yang digunakan oleh pihak sekolah telah menimbulkan isu-isu penderaan terhadap
murid walaupun hukuman yang dijalankan adalah berdasarkan kesalahan yang dilakukan murid.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas
bil. 7/2003: Kuasa guru merotan murid yang digubal sebagai panduan kepada pihak sekolah bagi
melaksanakan hukuman rotan mengikut kesalahan yang dilakukan murid. Surat Pekeliling Ikhtisas bil.
7/2003 menyatakan prosedur pelaksanaan hukuman rotan. Antaranya ialah guru biasa tidak dibenarkan
merotan murid kecuali Guru Besar dan dilaksanakan mengikut syarat yang telah ditetapkan dalam Surat
Pekeliling Ikhtisas bil. 7/2003.

Artikel Boleh rotan atau tidak (myMetro, 10 Mei 2009) menyatakan Peguam Negara diminta membuat
pertimbangan semula dan keputusan segera berhubung pelaksanaan hukuman merotan terhadap
murid. Peraturan yang dibentuk melarang guru merotan murid yang melakukan kesalahan displin.

Sunday, September 2, 2012

Artikel 3: Boleh Rotan atau Tidak?

Nama : Nurul Izzati bt Shamsuddin

Video di atas menunjukkan hukuman rotan yang dilaksanakan oleh seorang guru terhadap 40 orang
murid di negara Thailand. Rotan yang digunakan dibalut menggunakan kabel elektrik..

Adakah tindakan ini adalah cara paling sesuai dan berkesan digunakan pada masa kini?

Walaupun kerajaan Thailand telah mengharamkan penggunaan rotan di sekolah namun ia masih
digunakan dan secara terang hukuman rotan tersebut menyalahi prosedur yang ditetapkan.

Situasi seperti ini juga sering berlaku di negara kita, Malaysia. Pelbagai isu penderaan murid, murid
cedera dipukul atau dirotan guru timbul di dada-dada akhbar tempatan. Jadi, adakah pelaksanaan
hukuman rotan masih relevan di gunakan di sekolah?

Hasil tulisan di bawah mengupas dengan lebih lanjut mengenai isu keguruan "Boleh rotan atau tidak?"

1.0 PENGENALAN

Hukuman rotan boleh didefinisikan sebagai perihal menghukum dengan menggunakan sebuah rotan
bagi kesalahan serius. Pada masa kini, masalah displin di kalangan murid sekolah semakin berleluasa
seiring dengan isu-isu akhlak remaja di akhbar-akhbar tempatan yang semakin menular. Perkara ini
memerlukan perhatian dari pelbagai pihak tentang punca displin murid semakin sukar untuk dibendung.
Lantaran pelbagai isu masalah displin timbul, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal
Peraturan-Peraturan Displin 2006 sebagai panduan perlakuan salah laku murid.

Walau bagaimanapun, masalah displin masih menjadi belenggu kepada guru dalam memastikan murid
mematuhi peraturan yang ditetapkan. Oleh itu, hukuman rotan sering digunakan sebagai pengajaran
kepada murid yang melakukan kesalahan dan memberikan kesedaran kepada murid-murid lain. Namun,
hukuman rotan yang digunakan oleh pihak sekolah telah menimbulkan isu-isu penderaan terhadap
murid walaupun hukuman yang dijalankan adalah berdasarkan kesalahan yang dilakukan murid.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas
bil. 7/2003: Kuasa guru merotan murid yang digubal sebagai panduan kepada pihak sekolah bagi
melaksanakan hukuman rotan mengikut kesalahan yang dilakukan murid. Surat Pekeliling Ikhtisas bil.
7/2003 menyatakan prosedur pelaksanaan hukuman rotan. Antaranya ialah guru biasa tidak dibenarkan
merotan murid kecuali Guru Besar dan dilaksanakan mengikut syarat yang telah ditetapkan dalam Surat
Pekeliling Ikhtisas bil. 7/2003.

Artikel Boleh rotan atau tidak (myMetro, 10 Mei 2009) menyatakan Peguam Negara diminta membuat
pertimbangan semula dan keputusan segera berhubung pelaksanaan hukuman merotan terhadap
murid. Peraturan yang dibentuk melarang guru merotan murid yang melakukan kesalahan displin.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan hukuman rotan yang ingin dikaji dan dikuatkuasakan semula
menghadapi beberapa halangan daripada pihak seperti badan bukan kerajaan, peguam dan ibu bapa
yang menganggap hukuman rotan tidak bertujuan untuk mendidik tetapi bertujuan untuk mendera
murid di sekolah. Masalah ini timbul kerana mentaliti segelintir masyarakat yang tidak faham dan sering
menyalahkan guru walaupun guru menggunakan rotan untuk mendisplinkan sikap murid di sekolah dan
bertujuan untuk membendung salah laku displin kembali berulang.

Artikel tersebut juga ada menyatakan tentang kelantangan pihak masyarakat terutamanya ibu bapa
dalam mencantas perbuatan guru merotan murid. Pihak ibu bapa dan masyarakat diharap tidak
mengambil langkah mudah untuk menggunakan saluran undang-undang bagi mengambil tindakan di
atas tindakan guru yang merotan anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa dan masyarakat seharusnya
sedar akan tanggungjawab mereka terhadap pembentukan displin dan memahami tugas guru yang
menggalas tanggung jawab untuk mendidik dan memberi sokongan terhadap tindakan yang dibuat oleh
pihak sekolah yang bertujuan memastikan dapat melahirkan anak bangsa yang bermutu.

2.0 PERKEMBANGAN HUJAH

Penggunaan hukuman rotan sebagai kaedah dendaan terhadap kesalahan displin yang dilakukan oleh
murid diharap dapat mengubah displin murid. Walau bagaimanapun, penggunaan pelaksanaan
hukuman rotan perlu dititikberatkan agar ia lebih memberikan impak positif kepada displin murid dan
tidak melanggar etika keguruan. Namun, bagi sesetengah pihak berpendapat hukuman rotan yang telah
dihentikan pada tahun 2006 merupakan satu tindakan yang tidak menjejaskan displin murid malah
penggunaan pendekatan psikologi lebih berkesan bagi mengawal displin murid.

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 7/2003, hanya Guru Besar yang dibenarkan melaksanakan
hukuman rotan kepada murid yang melakukan kesalahan tertentu. Oleh itu, setiap salah laku murid
perlu dirujuk kepada Guru Besar sebelum sebarang hukuman diberikan. Guru biasa tidak dibenarkan
menjatuhkan hukuman rotan kepada murid yang melakukan sebarang kesalahan. Ini adalah kerana
pelaksanaan hukuman rotan yang sering disalah erti oleh pelbagai pihak terutamanya ibu bapa telah
menyebabkan pelaksanaan hukuman rotan dilihat tidak lagi releven dan efektif untuk dilaksanakan.
Sehubungan dengan itu, pelbagai isu yang timbul yang melibatkan displin murid dan kekejaman guru.
Jadi, adakah pelaksanaan hukuman rotan ini masih releven atau tidak.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd Dom tetap mengekalkan keputusan
mengharamkan hukuman rotan ke atas murid yang melakukan kesalahan displin walaupun terdapat
desakan supaya keputusan tersebut dikaji dan dikuatkuasa semula (Berita Harian, 29 Oktober 2008).
Hukuman rotan yang digantikan dengan sesi kaunseling dan pendekatan psikologi untuk menangani dan
menguruskan masalah displin diyakini lebih berkesan bagi memberi kesedaran kepada murid tanpa
memberi kesan negatif terhadap aspek fizikal dan emosi. Hukuman rotan hanya akan digunakan setelah
sesi kaunseling gagal untuk mendisplinkan murid.

Kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia disokong oleh pendapat Yang Dipertua Persidangan
Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia, Azam Mat Atan. Beliau berpendapat pelaksanaan
hukuman rotan selepas sesi kaunseling gagal, dilihat paling berkesan bagi mendisplinkan pelajar
terutama peringkat menegah (Berita Harian, 28 Ogos 2009). Tambahan beliau, pelaksanaan hukuman
rotan perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk memberi amaran pertama, kedua dan ketiga
kepada murid sebelum melibatkan ibu bapa serta hukuman dilaksanakan oleh guru berkelayakan dan
mengikut prosedur yang ditetapkan.

Seterusnya, pelaksanaan hukuman rotan selepas sesi kaunseling gagal memberi kesan kepada murid
bermasalah mendapat respon daripada Pengerusi Majlis Permuafakatan Persatuan Guru Malaysia,
Jemale Paiman iaitu beliau yakin akan keberkesanan hukuman yang dilaksanakan sejak sekian lama
merupakan kaedah terbaik menangani masalah displin murid di sekolah dan akan mendapat sokongan
ibu bapa. Sekiranya perbincangan dua belah pihak menemui jalan penyelesaiannya, maka sekolah tidak
perlu menggunakan rotan sebagai hukuman (Berita Harian, 29 Oktober 2012)

Kajian yang dijalankan oleh Zainudin dan Jani menunjukkan persepsi ibu bapa bersetuju dengan
pelaksanaan hukuman merotan yang dijalankan di sekolah berkaitan displin dan salah laku berat tetapi
perlu mengikut garis panduan khusus, peraturan dan prosedur yang dibenarkan undang-undang.
Berdasarkan hasil kajian Persepsi Ibu Bapa Terhadap Hukuman Merotan Ke Atas Pelajar Yang
Melakukan Kesalahan Displin di SMK Ulu Tiram, Johor Bahru menunjukkan keputusan Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk mengekalkan pelaksanaan hukuman rotan hanya bagi kesalahan tertentu dan
dilaksanakan oleh Guru Besar mendapat persetujuan dari pihak ibu bapa.

3.0 IMPLIKASI HUJAH

Hukuman rotan yang dimaksudkan hukuman dera dapat dikenakan tertakluk kepada syarat-syarat yang
dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran 1959 (Ang, 2007). Pelaksanaan hukuman rotan
memberikan kesan dalam usaha guru mendidik murid dalam pelbagai aspek terutamanya kawalan
displin. Implikasi pelaksanaan hukuman rotan di sekolah adalah:

Membantu guru memberikan kesedaran kepda murid


Memudahkan guru mencegah masalah displin
Menjamin proses pengajaran dan pembelajaran lancar
Timbul isu penderaan di sekolah
Dianggap tindakan tidak berperikemanusiaan

Hukuman rotan yang berbentuk hukuman fizikal merupakan cara yang efektif dalam membentuk displin
murid. Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 7/2003 telah menyatakan kesalahan-kesalahan yang dibenarkan
hukuman rotan iaitu seperti melakukan pergaduhan atau kekerasan. Berdasarkan contoh kesalahan ini,
hukuman rotan adalah relevan untuk dilaksanakan dengan bertujuan untuk memberikan kesedaran
kepada murid tentang kesalahan yang dilakukannya. Dengan adanya pelaksanaan hukuman rotan yang
mendatangkan kesakitan dan kesan fizikal, ia akan menimbulkan rasa takut kepada murid untuk
mengulangi perbuatan yang menyalahi peraturan displin sekolah. Oleh itu, dengan menggunakan
hukuman rotan kepada murid yang melakukan kesalahan, ia akan memupuk rasa sedar yang dan dapat
mengurangkan kekerapan masalah displin yang timbul. Dengan itu, ia akan membantu guru untuk
memberikan kesedaran kepada murid setelah mengulangi perbuatan tersebut berulang kali walaupun
telah diberi amaran.

Hukuman rotan yang dijalankan mengikut prosedur yang betul boleh diaplikasikan sebagai langkah
pencegahan agar murid-murid menjaga displin di sekolah. Walaupun hukuman rotan hanya boleh
dilaksanakan oleh Guru Besar, ia sekurang-kurangnya dapat membantu guru-guru menimbulkan rasa
takut murid untuk melakukan kesalahan displin. Sebagai contoh, murid melakukan kesalahan ringan
semasa di bilik darjah. Guru boleh menggunakan kuasa merotan murid dengan mengingatkan murid
tentang kesalahan-kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman rotan oleh Guru Besar. Oleh itu, ia sedikit
sebanyak dapat membantu dari segi psikologi untuk menimbulkan rasa menghormati guru walaupun
guru tidak mempunyai kuasa untuk merotan murid. Dengan adanya hukuman rotan, guru dapat
menggunakan cara mudah agar murid mematuhi displin semasa mengikuti proses pembelajaran.

Seterusnya, dengan adanya pelaksanaan hukuman rotan, ia dapat memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Kaedah ini sangat berkesan untuk membantu guru
mengawal bilik darjah di samping melaksanakan pengajaran yang menggunakan pelbagai teknik
terutamanya aktiviti yang melibatkan murid secara aktif. Tugas untuk memastikan semua murid
menumpukan perhatian memerlukan guru sentiasa peka terhadap kelakuan murid. Sebagai contoh,
murid yang kerap membuat bising di dalam kelas akan mengganggu murid lain yang sedang
menumpukan perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Hukuman rotan akan
memngurangkan kekerapan perbuatan tersebut kerana hukuman fizikal lebih berkesan berbanding

hukuman psikologi. Oleh itu, penggunaan hukuman rotan merupakan langkah mudah untuk mengawal
tingkah laku murid semasa di dalam bilik darjah.

Walau bagaimanapun, isu penyalahgunaan rotan semakin kerap tersiar di dada-dada akhbar temapatan
yang menunjukkan kesalahan guru semasa menjatuhkan hukuman rotan. Isu penyalahgunaan rotan
yang pernah menghias dada akhbar adalah mengisahkan tentang seorang murid sekolah tahfiz dirotan
sebanyak 10 kali oleh gurunya sehingga berdarah yang berpunca daripada seorang rakannya mengadu
mengenai perbuatan murid tersebut yang mengejeknya sehari sebelum itu (Meor Riduwan & Mohd
Zaidi, myMetro). Hukuman rotan yang dijalankan adalah menyalahi undang-undang kerana tidak
mengikut prosedur hukuman rotan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7/2003 iaitu:

Kesalahan murid adalah mengganggu kawan iaitu dikategorikan sebagai kesalahan ringan dan
hukumannya adalah diberi amaran dan sesi kaunseling tetapi murid dihukum rotan.
Guru tidak adil kerana merotan murid tersebut sebanyak 10 kali manakala rakan lain yang membuat
kesalahan sama dirotan hanya sebanyak tiga hingga empat kali sahaja.

Hukuman rotan dijalankan oleh guru biasa.

Berdasarkan artikel tersebut, terbukti pelaksanaan hukuman rotan memberikan implikasi negatif kepada
profesion guru. di mana hukuman rotan bukan satu tindakan yang boleh mengatasi masalah displin
murid secara mutlak dan berkekalan. Hukuman rotan dilaksanakan kepada murid yang melakukan
kesalahan berulang kali. Sebagai contoh, murid melakukan kesalahan melibatkan diri dalam pergaduhan
akan dijatuhkan hukuman rotan tiga kali di punggung. Walau bagaimanapun, segelintir guru yang
kadang-kala tidak dapat mengawal emosi akan melaksanakan hukuman mengikut perasaan dan boleh
memberikan kecederaan fizikal terhadap murid. Seterusnya, kesan kecederaan fizikal tersebut boleh
menimbulkan prasangka negatif ibu bapa dan beranggapan hukuman yang diberikan adalah tidak
relevan dengan kesalahan yang dilakukan. Oleh itu, hukuman rotan ini perlu dilaksanakan dengan teliti
kerana kesilapan guru akan menimbulkan perspektif negatif masyarakat dan seterusnya timbul pelbagai
isu penderaan yang dianggap disengajakan oleh guru.

Hukuman rotan boleh dianggap tindakan yang tidak berperikemanusiaan sekiranya menyebabkan
kecederaan yang serius seperti yang sering dilaporkan di dada-dada akhbar masa kini. Ini merupakan
impak negatif yang perlu dihadapi oleh guru tentang spekulasi masyarakat terhadap tindakan guru
walaupun ia bertujuan untuk mendidik. Menurut Mohd Rashid (2006), terdapat golongan yang menolak
hukuman rotan walaupun ia dijalankan berlandaskan alasan. Merotan dianggap satu seksaan ke atas
kanak-kanak yang tidak berperikemanusiaan. Kanak-kanak pada umur persekolahan masih tidak matang
dan cara terbaik adalah dengan memberikan nasihat. Hukuman rotan akan menyebabkan kecedaraan
sekiranya guru tidak menjalankan hukuman rotan dengan sempurna dan tidak berhati-hati.

Sebagai contoh, guru menjalankan hukuman rotan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan dalam
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7/2003 iaitu merotan murid pada bahagian kaki dan badan. Kesan rotan akan
kekal dibahagian badan dan menimbulkan prasangka pada ibu bapa. Seterusnya, ibu bapa mengambil
langkah mudah iaitu menggunakan saluran undang-undang untuk menyaman guru. Tindakan ibu bapa
akan mencalarkan nama profesion keguruan hanya disebabkan oleh kesalahan kecil merotan murid
tanpa mengikut prosedur yang betul. Oleh itu, majoriti ibu bapa bersetuju sekiranya hukuman rotan
tidak dilaksanakan di sekolah.

Tanpa pelaksanaan hukuman rotan di sekolah, masalah displin hanya dapat di atasi dengan cara
psikologi dan kaunseling. Penarikan balik hukuman rotan di sekolah telah membuka ruang kepada murid
untuk lebih berani bertindak memandangkan risiko untuk dihukum rotan adalah tipis. Tambahan sifat
semula jadi kanak-kanak adalah untuk belajar melalui pengalaman dengan kaedah mencuba sesuatu
yang baru telah mendorong murid untuk melakukan sebarang perkara tanpa perasaan takut akan
akibatnya kerana tiada hukuman berbentuk fizikal yang akan diterima.

Sebagai contoh, murid mempunyai rasa ingin tahu untuk mencuba menghisap rokok. Murid bertambah
berani untuk mencuba kerana pada anggapan mereka kesalahan pertama hanya diberi amaran dan ia
tidak mendatangkan kesan yang serius terhadap diri sendiri. Namun, sekiranya ia menjadi satu
keseronokan, tabiat ini akan menular sabagai masalah displin yang sukar untuk dihentikan. Seterusnya,
ia akan menjadi masalah kepada guru untuk mengawal tingkah laku murid bermasalah tanpa
penggunaan rotan. Ia berpunca daripada tiada pencegahan awal yang serius di ambil oleh guru dan guru
juga akan disalahkan kerana tidak menjalankan tugas kerana semakin banyak masalah displin yang
berlaku.

Apabila berlakunya peningkatan masalah displin di sekolah, guru perlu menggalas pelbagai beban tugas
selain mengajar. Guru perlu menggantikan ibu bapa iaitu sebagai penjaga murid ketika murid-murid di
sekolah. Bebanan tugas guru boleh memberikan tekanan semasa menjalankan tugas. Menurut Sapora
Sipon (2007), dalam artikel Pendidik mesti bijak kawal emosi menyatakan masalah displin
sememangnya boleh menggugat emosi guru dan jika ia tidak ditangani dengan baik, guru cenderung
untuk bertindak di luar emosi.

Apabila menghadapi tekanan, seseorang individu akan gagal untuk bertindak dengan baik dalam
membuat keputusan dan tindak-tanduknya akan menjadi tidak rasional. Implikasinya, ia akan
membahayakan murid di mana guru mungkin akan bertindak di luar batasan kerana sudah tidak tahan
dengan kelakuan murid yang semakin mencabar kewibawaan seorang guru. Sebagai contoh, artikel yang
diterbitkan Sinar Harian pada 17 Ogos 2012, seorang guru telah menampar seorang murid sehingga
menyebabkan gegendang telinga pecah. Ia bermula apabila murid tersebut mengejek guru sebelum
guru tersebut naik minyak dan bertindak menampar murid tersebut sehingga telinganya berdarah.
Kejadian ini merupakan salah satu contoh di mana seorang guru yang tidak dapat menahan emosinya
lalu menggunakan kekerasan bagi menghukum murid yang bersikap tidak menghormati guru.

Berdasarkan kes yang pernah berlaku, guru masa kini bukan sahaja perlu menghadapi masalah yang
dilakukan murid malah perlu bertanggungjawab dan perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah ibu
bapa. Pada masa kini, ibu bapa lebih memanjakan anak-anak berbanding mengutamakan displin anakanak walaupun tujuan guru adalah untuk mendidik. Tindakan guru sering disalahertikan dan perlu
berhadapan dengan spekulasi masyarakat yang menggunakan saluran undang-undang bagi menyebelahi
nasib anak mereka. Oleh itu, pada pandangan saya penarikan balik pelaksanaan hukuman rotan akan
mendatangkan pelbagai implikasi. Ia bukan sahaja menjurus kepada peratus masalah displin malah ia
akan menggugat pencapaian akademik murid seterusnya mempengaruhi kestabilan emosi dan
kemampuan guru untuk bertindak sebagai seorang yang profesional. Hasilnya, ia akan mengganggu dan
menyukarkan tugas guru untuk mendidik murid.

4.0 CADANGAN

Oleh itu, pada pandangan saya guru perlu menggunakan pendekatan baru yang lebih efektif bagi
mengatasi kesalahan displin sederhana dan ringan. Langkah bagi memastikan displin murid dibendung
walaupun tanpa penggunaan rotan adalah dengan menggunakan psikologi yang memerlukan kemahiran
guru. Ia bukan satu perkara mustahil walaupun ia mampu mencabar karisma seorang guru yang
profesional. Langkah yang boleh diambil adalah seperti di bawah.

Guru sebagai egen perubahan


Program bridget komuniti
Penglibatan ibu bapa

Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mewujudkan hubungan selesa di antara guru dan
murid. Oleh kerana masalah displin berlaku di sekolah, maka guru perlu mendekatkan murid yang
bermasalah dengan sekolah. Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010), peranan guru sebagai agen
perubahan adalah untuk membawa perubahan baru untuk memenuhi aspirasi dan kehendak murid yang
semakin kompleks dan progresif. Perubahan yang dilaksanakan perlu berasaskan pemusatan murid,
mengamalkan sifat penyayang dan bersikap terbuka secara proaktif. Ketiga-tiga asas perubahan ini
dapat membantu guru merasionalkan fikiran murid seterusnya membantu murid keluar dari masalah
displin yang sering membelenggu dirinya. Pada pandangan saya, guru yang berkemahiran dan
berkelulusan tidak mempunyai masalah dalam mengaplikasikan langkah ini kerana guru yang terlatih
telah mendapat latihan yang melayakkan guru ditugaskan di sekolah. Bekalan kemahiran yang diperoleh

dapat diaplikasikan dalam mengatasi masalah displin tanpa menggunakan hukuman rotan malah dapat
menarik minat murid untuk berubah dengan adanya kemahiran psikologi dari guru.

Seterusnya, setelah menjadi sebahagian dari diri murid iaitu sebagai agen perubahan, guru boleh
menggunakan kaedah motivasi yang melibatkan murid dalam aktiviti komuniti. Program seperti ini boleh
dilaksanakan sekiranya pendekatan pertama iaitu guru sebagai agen perubahan gagal menemui jalan
penyelesaian. Menurut Mohd Ismail (2006), program bridget komuniti adalah bertujuan untuk
melibatkan pihak selain guru seperti pertubuhan badan berkanun untuk membantu sekolah dalam
usaha untuk mendisplinkan murid. Langkah seperti ini mampu mewujudkan kerjasama di antara dua
pihak agar sedar tentang tanggungjawab mendisplinkan murid-murid. Memandangkan pelaksanaan
hukuman rotan mendapat tentangan dari masyarakat, maka pihak sekolah dapat meringankan beban
para guru dengan menggembeling tenaga pelbagai pihak bagi membendung masalah displin murid di
sekolah dan di luar sekolah. Pada pandangan saya, sekiranya program bridget komuniti ini berjalan
seperti yang dirancangkan, masalah displin yang serius akan berkurangan atau sekurang-kurangnya ia
dapat dikawal pada tahap yang minimum dan hukuman rotan tidak lagi diperlukan bagi mengatasi
masalah displin.

Pelbagai program dan langkah penyelesaian yang diambil tidak dapat membantu guru untuk
memberi kesedaran kepada murid yang bermasalah, maka langkah terakhir adalah dengan melibatkan
ibu bapa bagi berkolaborasi dan berbincang tentang masalah yang dihadapi oleh murid. Ini adalah
kerana masalahyang dihadapi murid bukan berpunca daripada rakan mahupun guru di sekolah tetapi
institusi keluarga yang menyumbang kepada salah laku murid di sekolah. Oleh itu, kerjasama yang wujud
antara guru dan ibu bapa dapat membantu membendung salah laku murid agar tidak menjdai lebih
parah kerana adanya kawalan di sekolah dan di rumah. Di samping itu, peranan ibu bapa dalam
memberikan kasih sayang, bekalan ilmu agama dan menjadi contoh teladan yang baik dapat
menyumbang kepada pengurangan masalah displin murid di sekolah. Persekitaran di rumah banyak
mempengaruhi dan menjadi punca utama murid bertingkah laku baik atau sebaliknya. Sekiranya segala
usaha yang dilakukan di sekolah gagal membuahkan hasil, maka guru perlu merujuk kembali pada latar
belakang murid yang dapat membantu guru atasi masalah displin murid.

5.0 RUMUSAN

Berdasarkan perbincangan dan bukti yang dikemukakan, terbuktilah bahawa hukuman rotan
mendatangkan pelbagai implikasi sama ada dari aspek positif mahupun negatif. Pelaksanaan hukuman
rotan wajar dilaksanakan di sekolah memandangkan terdapat kes-kes displin yang menyalahi kesalahan
berat dan menuntut pihak sekolah untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal dan dapat memberikan
kesedaran kepada murid yang melakukan kesalahan. Pada pandangan saya, cara didikan murid masa kini

perlu disuaikan dengan peredaran zaman. Hukuman rotan bukanlah pilihan pertama yang efektif bagi
membantu guru atasi masalah murid di sekolah.

Namun begitu hukuman rotan tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya malah perlu dilaksanakan
mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Di samping itu, guru perlu
memahami bahawa hukuman rotan merupakan alternatif yang terakhir selepas semua langkah
penyelesaian telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengelakkan perspektif negatif dari masyarakat
terutamanya murid dan ibu bapa. Justeru, guru perlu bijak dalam mendidik murid masa kini yang
terdedah dengan pelbagai infomasi dan peluang. Pengurusan kendiri emosi guru dan pendekatan yang
sesuai akan membantu guru membentuk anak bangsa yang seimbang seterusnya mengekalkan
profesion keguruan sebagai suatu pekerjaan yang mulia.
Tambahan, sekiranya guru bijak berkolaborasi dengan semua pihak dalam pelbagai perancangan yang
dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, masalah yang telah lama menjadi duri dalam
daging ini akan dapat diselesaikan dengan saksama dan impian sekolah untuk melahirkan insan yang
berguna dapat direalisasikan tanpa sebarang halangan.

Denda fizikal jejaskan anak-anak


DENDA atau hukuman yang melibatkan jasmani seperti merotan, menengking dan memukul merupakan
amalan biasa di sekolah-sekolah sama ada di negara ini mahupun di luar negara. Begitupun, laporan oleh
Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bertajuk Keganasan Terhadap KanakKanak berpendapat, amalan itu hanya akan memberikan kesan negatif kepada emosi serta pelajaran
mereka.
Laporan tersebut menyebut, hukuman dalam bentuk fizikal sebenarnya tidak memberi kesan positif
kepada pelajar, malah lebih teruk lagi apabila mereka secara tidak langsung mula beranggapan bahawa
keganasan boleh diterima pakai ketika berhadapan dengan masalah.
Tindak tanduk seperti menengking, memukul dan hukuman yang melibatkan fizikal dan psikologi,
berakhir dengan kesan kemarahan serta perasaan malu kepada pelajar tersebut, ujar wakil UNICEF di
Malaysia, Youssouf Oomar.
Beliau menambah, terlalu sedikit nilai positif yang diperoleh oleh pelajar yang pernah menjalani
hukuman fizikal di sekolah
Sebaliknya, apa yang lebih merisaukan pelajar berkenaan hilang matlamat dalam akademik dan kurang
bermotivasi untuk berjaya.
Laporan tersebut dijalankan dalam tempoh lima tahun menerusi lawatan dan pemantauan intensif
daripada sembilan bahagian, termasuk kerajaan, orang awam dan kanak-kanak.
Di samping lawatan dan pemantauan, borang kaji selidik turut diedarkan kepada 133 kerajaan di seluruh
dunia termasuk Malaysia.

Laporan yang dikeluarkan dua tahun lalu iaitu pada Oktober 2006 mendedahkan skop yang mengejutkan
ke atas keganasan terhadap kanak-kanak , keluarga, komuniti terhampir mahupun komuniti yang lebih
meluas.
Kebanyakan kanak-kanak mempunyai pengalaman merasai hukuman jasmani oleh individu yang
sepatutnya melindungi mereka.
Dalam laporan yang sama, sekolah turut direkodkan sebagai kawasan hitam kepada pelajar yang pernah
menjalani hukuman jasmani mahupun mereka yang pernah merasai pengalaman dibuli.
Laporan tersebut turut memberitahu, kanak-kanak yang diberi hukuman jasmani di sekolah mempunyai
nilai moral yang lebih rendah dan cepat menjadi tertekan serta bersikap agresif.
Hukuman jasmani mengikis kepercayaan pelajar terhadap guru dan sekolah mereka. Ia juga boleh
menyebabkan pelajar tersebut menjadi tidak hormat dan mempunyai perasaan marah terhadap
pendidik mereka, selain menyebabkan kanak-kanak itu menjadi kurang tindak balas terhadap sesuatu
perkara.
Kanak-kanak yang mempunyai sikap anti sosial, agresif dan berasa tertekan biasanya akan terbawabawa perangai tersebut sehingga mereka dewasa, jelas Youssouf.
Di Malaysia, hukuman jasmani dilihat sebagai cara terbaik untuk mendisiplinkan pelajar yang
mempunyai masalah disiplin serta salah laku.
Manakala, untuk kesalahan yang lebih serius seperti mencuri, merokok, gangsterisme dan buli menjadi
penyebab mengapa rotan dan pembaris kayu panjang perlu ada dalam bilik darjah di negara ini.
Ada kalanya kesalahan kecil seperti tidak melakukan kerja rumah turut berhadapan dengan hukuman
jasmani.
UNICEF percaya bahawa hukuman jasmani ini perlu dihapuskan kerana ia bersifat penganiayaan dan
tidak berkesan dalam mendidik pelajar menjadi lebih baik dan berdisiplin.
Untuk mengukuhkan lagi kajian tersebut, Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak turut mengharamkan cara
hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan tanpa mengira apa jua keadaan sekalipun.
Dalam hal ini, bagi memberi persekitaran yang baik untuk kanak-kanak, Youssouf mencadangkan cara
alternatif bagi menggantikan hukuman jasmani, sekali gus meningkatkan prestasi pelajar dalam
pelajaran dan keperluan psikologi mereka.
Pelajar, pendidik, para guru dan ibu bapa mestilah bersama-sama berkongsi matlamat menjadikan
suasana kelas yang lebih berdisiplin.

Ia secara tidak langsung menggalakkan pelajar untuk memiliki sikap kawalan diri yang tinggi, keyakinan
dan sifat hormat menerusi proses pembelajaran yang bukan bersifat keganasan.
Kanak-kanak dengan sendirinya akan membetulkan tidak tanduk mereka sekiranya kita memberikan
satu panduan yang positif.

Dengan sumber yang betul dan pendekatan yang berkesan, pihak sekolah akan dapat juga mencari
alternatif terbaik bagi menggantikan hukuman fizikal bagi memastikan generasi yang lebih positif dan
lebih berkualiti pada masa hadapan, katanya.

ISU hukuman rotan di sekolah kembali menarik perhatian apabila ia dikatakan langkah terbaik
mendisiplinkan pelajar bermasalah dan suka melanggar peraturan.
ISU hukuman rotan di sekolah kembali menarik perhatian apabila ia dikatakan langkah terbaik
mendisiplinkan pelajar bermasalah dan suka melanggar peraturan.Walaupun dulu ramai anggota
masyarakat yang tidak menyokong hukuman ini dan lebih memilih sesi kaunseling, kini masyarakat
merasakan ia jalan penyelesaian terbaik.
Jika mengimbau persekolahan zaman 60-an dan 70-an, jika guru merotan pelajar yang melakukan
kesalahan, ia perkara biasa dan mendapat sokongan ibu bapa.
Murid atau pelajar sedar jika dirotan, ia adalah kerana kesalahan sendiri dan mereka tidak berani
mengadu kepada ibu bapa kerana aduan itu tidak dilayan, sebaliknya mereka mungkin dirotan lagi.
Memang sakit apabila dirotan, tetapi kebanyakan pelajar yang pernah menerima hukuman itu, kini
menjadi manusia berguna, memegang jawatan tinggi dan disegani masyarakat.
Malah, ada pelajar yang pernah dirotan berterima kasih kepada guru kerana mengambil tindakan
berkenaan.
Tetapi, suasana kini berbeza kerana hukuman merotan dianggap ketinggalan zaman dan guru yang
melakukan perbuatan itu mungkin menerima 'hukuman' ibu bapa.
Ada ibu bapa mengambil tindakan undang-undang, membuat laporan polis atau memukul guru yang
merotan anak mereka.
Disebabkan takut dikenakan tindakan undang-undang, rotan hanya disimpan dalam laci meja dan
akibatnya, pelajar semakin liar dan tidak terkawal.
Saban hari, ada saja kes membabitkan disiplin pelajar dilaporkan malah polis terpaksa campur tangan.
Rentetan daripada perkembangan itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi meminta
Pejabat Peguam Negara membuat keputusan segera berhubung pelaksanaan hukuman merotan pelajar
sekolah.
Beliau berpendapat sudah sampai masanya satu tindakan drastik dilakukan bagi menangani masalah
disiplin pelajar sekolah.
"Peraturan sekarang yang melarang guru menyentuh pelajar menjadi kekangan utama melaksanakan
hukuman rotan bagi mendisiplinkan pelajar.
"Justeru, bagi mengelak ibu bapa menggunakan saluran undang-undang terhadap guru yang merotan
anak mereka, keputusan itu sangat diperlukan," katanya.

Katanya, pelajar tidak dihukum tanpa sebab dan ibu bapa perlu memahami guru merotan anak mereka
bertujuan membendung mereka mengulangi kesalahan.
Dari segi kuasa merotan, hanya pengetua dan guru besar boleh melakukan, tetapi mereka boleh
menurunkan kuasa itu kepada guru lain.

Bagaimanapun, hukuman rotan hanya boleh dilakukan selepas amaran bertulis dikeluarkan kepada
pelajar.
Hukuman itu tidak boleh dilakukan di tempat terbuka, kesalahannya itu mesti direkodkan dan ada saksi
ketika hukuman merotan.
Hakikatnya, boleh atau tidak hukuman merotan ini?
Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Wan Azreena Wan Jaafar, berkata kesesuaian hukuman rotan itu
bergantung kepada usia anak atau pelajar.
Dari segi psikologi, bagi pelajar sekolah hukuman rotan pelajar adalah langkah terakhir, tetapi bagi
murid sekolah rendah, ia tidak sesuai.
"Jika hukuman rotan dikenakan terhadap murid sekolah rendah, ia akan meninggalkan kesan negatif
kepada mereka.
"Parut di rotan pasti boleh hilang, tetapi parut di hati mungkin menjadi dendam," katanya.
Azreena tidak menolak kemungkinan, tindakan itu mengakibatkan murid murung dan tidak mahu ke
sekolah kerana takut dirotan.
"Apa yang paling membimbangkan, mereka juga mungkin terdorong untuk menjadikan rotan itu sebagai
hukuman kepada sesiapa yang mereka rasakan melakukan kesalahan.
"Pada usia sekolah rendah, otak mereka cepat menangkap apa yang dilakukan orang dewasa.
"Ia adalah satu perkembangan yang tidak sihat terhadap tumbesaran mereka," katanya.
Bagi pelajar di sekolah menengah, mereka mungkin boleh menerima hukuman berkenaan.
"Namun, kita juga perlu melihat, siapa yang merotan dan di mana ia dilakukan.
"Jika dilakukan pengetua atau guru disiplin dan dilaksanakan di tempat tertutup, ia tiada masalah.
"Bagaimanapun, jika yang merotan itu guru biasa dan dilakukan di khalayak ramai, mereka mungkin
berdendam," katanya.
Emosi guru adakalanya tidak stabil dan tertekan. Jadi, jika guru biasa yang menjatuhkan hukuman,
Azreena khuatir mereka akan memukul pelajar sekuat hati bagi menghilangkan tekanan itu.
Tetapi, itu tidak bermakna seseorang pelajar itu tidak boleh dihukum. Elak memukul di bahagian sensitif
seperti muka, perut atau kepala.
Pukul pula jangan terlalu kuat, cukup sekadar memberi 'pengajaran dan peringatan' supaya tidak
mengulangi kesalahan yang sama.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda dalam hadisnya yang bermaksud: "Suruhlah anak kamu
bersembahyang pada
usia tujuh tahun dan pukul mereka jika tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara
mereka tempat tidur." (Hadis riwayat Abu Dawud).
"Jika mahu memukul, lebih baik ibu bapa atau guru memukul anak dengan tangan kerana mereka dapat
merasakan sendiri kesakitan dialami si anak," katanya.
Sementara itu, bapa kepada empat orang anak lelaki, Mohd Zaidi Syukri, 48, berkata beliau tidak ada
masalah apabila anaknya dirotan kerana melakukan kesalahan.
"Jika hukuman itu boleh menyedarkan anak, kita patut menyokong, bukan membela anak yang
melakukan kesalahan.
"Jika ibu bapa selalu membela, anak lebih berani melakukan kesalahan dan mungkin menconteng arang
di muka kita nanti," katanya.
Menurut Zaidi, hukuman rotan bukanlah hukuman yang kejam kerana kesakitan dek rotan itu akan
hilang juga.

Anda mungkin juga menyukai