Anda di halaman 1dari 17

Pengenalan

Di alaf baru ini, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Malaysia


masih lagi tidak diberi status yang sewajarnya seperti pengiktirafan yang telah
dibuat di Negara-negara barat dan negara-negara Asia lain. Di Amerika, badanbadan professional seperti Akademi Pediatriks, Persatuan Perubatan Amerika,
Persatuan Pendidikan Nasional, Persatuan Kebangsaan, Guru-guru Besar Sekolah
Rendah dan Badan Bersekutu Untuk Kesihatan, Pendidikan Jasmani,Rekreasi dan
Tarian (AAHPERD) telah mengesahkan Resolusi 97 Kongres Amerika (1987) yang
menggalakkan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan serta agensi-agensi
pendidikan tempatan untuk mengadakan program Pendidikan Jasmani harian yang
berkualiti untuk semua kanak-kanak di sekolah rendah. Adakah perkara seperti ini
berlaku

di

Negara

Malaysia

yang

kita

cintai

ini?

Justeru kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah seharusnya memberi


penekanan kepada pembangunan golongan kanak-kanak tanpa mengetepikan
kanak-kanak yang kurang mahir dalam aktiviti sukan. Sekolah seharusnya
mengajar kanak-kanak tentang senaman dan pembangunannya serta pengekalan
pelaziman senaman seumur hidup. Ini diselaraskan dengan pendapat Barrow
(1971) yang meletak Pendidikan Jasmani dalam konteks pengalaman pendidikan
keseluruhan (the total education experience) yang menegaskan bahawa
pengalaman pendidikan jasmani berkait rapat dengan proses pendidikan
keseluruhan dan berkaitan dengan hal dalam keseluruhan kehidupan seseorang.
.

Definisi Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan


1

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan


prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan
penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan
kecergasan

untuk

kesihatan

optimum

dan

keadaan

baik;

memperoleh

pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny


(1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi
pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua
perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Menurut
Kementerian Pendidikan Malaysia, PJK berteraskan pemupukan fahaman, nilai dan
amalan terhadap cara hidup yang sihat dan cergas.
Kurikulum

Pendidikan

Jasmani

digubal

untuk

memenuhi

keperluan

pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang


cergas, sejahtera dan produktif. Kurikulum ini dibahagikan kepeda tiga tunjang
pembelajaran iaitu kercergasan, kemahiran dan kesukanan. Tiga tunjang ini
membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.

Murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan


pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan

gaya hidup cergas

sebagai budaya Malaysia. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan


persekitaran yang kondusif dapat menggalakan pengajaran dan pembelajaran bagi
meningkatkan potensi murid ke tahap optimum
Ringkasnya Pendidikan Jasmani ialah pendidikan dari dan melalui kegiatan
fizikal.

Ia

merupakan

satu

proses pembelajaran

yang

menyeluruh

yang

merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan
emosi- Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS). Melalui Pendidikan
Jasmani, pelajar akan diberi ruang untuk mencuba dan mengalami sendiri
pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. (Pettifor, dalam Wee Eng Hoe,
2005).
Berikut adalah beberapa definisi yang diutarakan oleh pakar-pakar Pendidikan
Jasmani:

Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani

memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi


semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.
Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks

pengalaman pendidikan menyeluruh dan berkait rapat dengan proses


pendidikan

seluruhan dan hal seumur hidup setiap individu. Apabila

Pendidikan Jasmani memberi sumbangan kepada pendidikan lain maka


fungsi Pendidikan Jasmani sebagai alat pendidikan dipenuhi.

Baley & Field (1976) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani adalah satu

proses

pengubahsuaian

dan

pembelajaran

berkenaan

organik,neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik,


hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,
3

Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi


pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain
pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.
Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses
yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal,
mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.

Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada


program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada
asasnya

melalui

pengalaman-pengalaman

pergerakan

kepada

perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.


Model Thomas, Lee&Thomas (1998), Model Siedentop (1994) dan Gallahue
(1996) menyatakan bahawa Pendidikan Jasmani meluangkan sebahagian
daripada hari persekolahan untuk aktiviti-aktiviti otot besar yang mendorong
dan membangun belajar untuk bergerak dan belajar melalui pergerakan.
Pettifor (1999) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani menyediakan
kanak-kanak yang mantap secara keseluruhan (whole child). Mengamalkan
hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman yang rapid dan
berurutan. Pengalaman seharusnya meningkatkan pembangunan kemahiran
motor, kecergasan dan pengetahuan berasaskan kesihatan, yakin dalam
menjadi aktif dan dapat mengapresiasikan faedah aktiviti fizikal.

Roddick (1982), Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada


pendidikan yg menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidkan yg
menekankan pembentukan sikap, pengetahuan , kemahiran yg berhubung
dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi.
4

Menurut Lawson dan Placek (1996), pendidikan jasmani yang diajar


disekolah perlu merangkumi 8 aspek iaitu, perkembangan motor, anatomi
kinesiologikal, biomekaniks, fisiologi latihan, kesihatan, pedagogi sukan,
psikologi sukan serta pekembangan dan kawalan motor.

Clark W. Hetherington, Pendidikan Jasmani adalah asas bagi semua


pendidikan di mana otak dan badan berfungsi serentak. Pendidikan
psikomotor, akhlak dan intelektual dianggap sebagai pendidikan yang
dicapai melalui pendidikan jasmani

KBSM (1992), PJK bertujuan menjadikan

pelajar sihat,cergas dan

produktif denganpemupukan nilai, sikap, pengerahuan danamalan kesihatan


dan kecergasan dalamkehidupan seharian.

Definisi Pendidikan Kesihatan

Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal untuk memenuhi keperluan


pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat sihat yang
mengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang
pembelajaran iaitu Kesihatan Diri dan Keluarga, Gaya Hidup Sihat, Kebersihan
dan Keselamatan Persekitaran. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat
dan objektif Pendidikan Kesihatan. Murid perlu memahami dan menghayati
5

pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan agar dapat


mengamalkan

gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia.

Murid

dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan


persekitaran dan sosial. Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang dan
persekitaran

yang

kondusif

dapat

menggalakkan

proses pengajaran

dan

pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap optimum.


Pendekatan yang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran
melalui peningkatan pengetahuan, pengalaman dan amalan yang meliputi:
Penglibatan murid secara penghayatan ilmu
Interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat
Penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid

sebagai bukti

pembelajaran.

Pendidikan

Kesihatan

merupakan

suatu

proses

membekalkan

atau

menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman,


sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.
Berikut adalah beberapa definisi yang diutarakan oleh pakar-pakar pendidikan
kesihatan:

Pendidikan Kesihatan adalah sebarang pengalaman pembelajaran yang

dibentuk bagi memudahkan adaptasi dan tingkahlaku yang kondusif untuk


kesihatan(Green, 1980)
Pendidikan

menyediakan

Kesihatan
dimensi

memperkembangkan

sebagai

pembelajaran

kesihatan
pengetahuan,

fizikal,
sikap

di

mental,
dan

bilik

darjah

emosi

dan

kemahiran

yang
sosial,

berkenaan

kesihatan. (Marx & Wooley, 1998)


6

Pendidikan

Kesihatan

merupakan

proses

untuk

mengembang

dan

membekalkan pengalaman pembelajaran yg terancang dlm cara utk


memberi maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi tingkahlaku
(Anspaugh &Enzell, 1995)

Grout (1968), Pendidikan kesihatan merupakan suatu proses membekal


atau menggunakan pengalaman bagi mempengaruhi secara mendalam
kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu,
keluarga dan komuniti.

Matlamat Pendidikan Jasmani & Kesihatan Di Sekolah Rendah


Matlamat Pendidikan Jasmani
Pedidikan

Jasmani

bertujuan

membantu

murid

menjadi

cergas

melalui

pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Pendidikan Jasmani dapat


membentukkan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, social
dan intelek. Selain itu, Pendidikan Jasmani juga mampu membangunkan
kemahiran motor yang sesuai dari kemahiran asas hingga kemahiran sukan khusus
dan akhirnya menitikberatkan sukan seumur hidup.
7

Pendidikan

Jasmani

bertujuan

membantu

murid

menjadi

cergas

melalui

pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.


Menurut Bucher & Wuest (1987), matlamat Pendidikan Jasmani termasuklah
memahami apa yang hendak dilakukan
membantu dalam penghasilan keputusan lebih bermakna ketika menghadapi
masalah
memahami nilai Pendidikan Jasmani lebih mendalam
memberi sumbangan Pendidikan Jasmani kepada masyarakat
menghargai pencapain pelajar melalui penglibatan dalam program

Matlamat Pendidikan Kesihatan


Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan
kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya
hidup sihat. Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri,
keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan
gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta
jangka hayat panjang yang berkualiti. Pendidikan Kesihatan diharap dapat
mewujudkan insan yang berpelajaran dan berpengelaman tentang kesihatan,
menbantu orang ramai mencapai tahap kesihatan yang optimum dengan tingkah

laku dan usaha sendiri, memajukan keadaan komuniti dan meningkatkan


tanggungjawab kesihatan kerajaan.

Objektif Pendidikan Jasmani dan Kesihatan


Objektif Pendidikan Jasmani
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum ( 1999) objektif Pendidikan Jasmani
adalah :

Pendidikan Jasmani adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak menjad


cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

Melalui Pendidijan Jasmani murid boleh :


9

mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan


perlakuan motor
menguasai

kemahiran

asas

pergerakan

dan

permainan

mengikuti

kemampuan diri
melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
mengaplikasikan

pengetahuan

kesihatan

dan

keselamatan

semasa

menyertai
pelbagai kegiatan fizikal.
membentuk sahsiah dan displin diri.
membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

Objektif kurikulum Pendidikan Jasmani untuk keseluruhan tahun dan tingkatan


ialah:
Memahami cara menjaga kebersihan diri dan kepentingannya
Memahami perbezaan peranan dan fungsi kumpulan peringkat umur
Menjelaskan proses perolehan dan penyediaan makanan.
Memahami cara meningkatkan harga diri.
Menjelaskan keburukan merokok, menghidu dan pengambilan dadah.
Memahami tujuan pengiklanan dan kesannya ke atas pengguna dan produk.
Mengetahui jenis penyakit berjangkit bawaan air dan makanan serta langkah
pencegahnya
Menyenaraikan alatan yang terdapat dalam peti kecemasan dan rawatan
awal untuk kecederaan

Pembelajaran Pendidikan Jasmani dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara


utama :
(a) Pembangunan Kognitif :

10

Mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan

dalam kehidupan seharian


Menjana tahap keupayaan berfikir dengan pengumpulan pengetahuan atau
makumat serta menginterprestasikan pengetahuan itu.

(b) Pembangunan Psikomotor:


Melakukan aktiviti kecergasan berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular,
kelenturan, koordinasi, imbangan dan ketangkasan
Melakukan pergerakan asas, gimnastik pendidikan dan pergerakan kreatif
dengan betul dan selamat.
Boleh meningkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam
aktiviti yang diajar untuk membentuk keseimbangan diri yang sempurna.

(c) Pembangunan sosial, emosi dan afektif:


Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi
menjaga keselamatan
Memahami serta mengamalkan pengurusan masa yang sesuai untuk
beraktiviti
Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan dalam suasana yang
menyeronokkan
Untuk

melahirkan

insan

yang

sihat

dan

tahu

akan

kepentingan

mengamalkan gaya hidup sihat.


,membantu individu dalam menyesuaikan diri dengan keadaan sebagai ahli
masyarakat serta member kepuasan dan keseronokan semasa menyertai
gerak kerja untuk melahirkan perasaan sendiri.

11

(d) Pembangunan Neuromaskular dan Organik


Melibatkan

pembangunan

kesedaran

tubuh

badan

dan

perlakuaan

pergerakan fizikal dengan sedikit tenaga dan bergerak dengan cekap dan
indah.

Objektif Pendidikan Kesihatan:


Pendidikan Kesihatan adalah pendidikan untuk kesihatan, bukan hanya
pengetahuan tentang kesihatan. Pendidikan Kesihatan bukan semata-mata untuk
menyembuh, mengurang atau mencegah penyakit, malah untik mencapai keadaan
fizikal, mental dan sosial yang optimum untuk individu, keluarga dan komuniti.
Objektif utama Pelajaran Kesihatan adalah ditumpukan kepada perubahan
sikap dan tabiat untuk memperbaiki taraf kesihatan individu dan masyarakat
menerusi usaha-usaha sendiri dan masyarakat melalui:
Menanam minat dikalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan
dan untuk bertangungajawab terhadap kesihatan mereka
Meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang langkah-langkah
promosi kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan dan untuk
memulihkan penerimaan kaedah tersebut.
Menyedarkan orang ramai tentang perkhidmatan dan kemudahan yang
sedia ada dan untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan dan
kemudahan ini dengan berkesan

Selain itu, Pendidikan Kesihatan juga bertujuan membantu murid-murid :


mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan
12

persekitaran;
menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu
berkaitan dengan kesihatan;
membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan
dan pengalaman;
menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian; dan
berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara
keseluruhan.

Kepentingan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam Kurikulum Sekolah


Pendidikan Jasmani amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum
sekolah rendah. Hal ini demikian kerana, melalui pendidikan jasmani, pelbagai
aspek dapat dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi. Kurikulum Pendidikan
Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan
individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif.
Manakala mata pelajaran

Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang

membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk


membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya
hidup sihat.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan memainkan peranan yang amat penting dalam kurikulum sekolah.


13

Berikiut adalah beberapa kepentingan pengajaran Pendidikan Jasmani dan


Kesihatan dalam kurikulum sekolah:
1. Kecergasan Fizikal
Pendidikan Jasmani dapat membantu murid-murid membina dan mengekalkan
tahap kesihatan fizikal yang sesuai dengan minat serta keperluan. PJK juga
menitikberatkan keupayaan murid-murid melakukan kemahiran daripada
pelbagai aspek pergerakan otot. Murid-murid akan diberi tumpuan kepada
kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan
reaksi.
2. Kemahiran Motor
PJK adalah penting dalam mengurus bahagian anggota dan membina kemahiran
motor dengan cekap yang sesuai digunakan .Ini menjadi nadi yang menggerakan
kebolehan dan menguruskan bahagian-bahagian onggota badan dengan cekap
dan

membina

kemahiran

motor

yang

sesuai

dan

berguna,

iaitu

mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan


perlakukan motor.
3. Kecekapan dalam Mengurus Badan
PJk juga penting untuk menungkatkan kecekapan murid-murid dalam mengurus
badan masing-masing. Murid-murid didedahkan pelbagai jenis senaman dan
aktiviti fizikal sebagai rutin kehidupan berterusan seperti menjaga posture dan
koordinasi badan.
4. Aspek Kemahiran dan Pergerakan Asas
PJK adalah penting dalam membantu murid-murid menguasai asas kemahiran
pergerakan seperti pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan kemahiran
manipulatif. Dengan menguasai asas kemahiran pergerakan, murid-murid dapat
mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan apabila melakukan sesuatu
senaman.
14

5. Konsep Kendiri
Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam kurikulum sekolah juga
penting dalam membantu murid-murid membina imej kendiri yang realisti
. selain itu, bentuk konsep kendiri kanak-kanak juga dapat dibina melalui aktiviti
fizikal.
6. Keselamatan
Selain menekan kepada aspek fizikal, Pendidikan Jasmani juga memberikan
penekanan kepada keselamatan semasa melakukan aktiviti sama ada
keselamatan sendiri atau pun keselamatan orang lain. Murid-murid seharusnya
mampu mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa
melakukan senaman. Murid-murid diharapkan dapat mengelakkan berlakunya
sebarang kecederaan dan mengetahui tindakan yang wajar diambil jika berlaku
peristiwa kecemasan.
7. Nilai Peribadi dalam Pendidikan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan juga penting dalam pembentukan sahsiah
dan disiplin diri .Semasa aktiviti-aktivitii dijalankan, murid-.murid akan
didedahkan pelbagai nilai moral seperti: bekerjasama, tolong-menolong,
toleransi,
kasih saying, dan lain-lain lagi. Contohnya, dalam permainan bola keranjang,
setiap pemain harus bekerjasama antara ahli pasukan untuk mencapai
kemenanagan.

8. Membentuk dan Perkembangan Kognitif


Pendidikan Jasmani juga penting dalam membentuk dan mengembang kognitif
murid-murid. Ia dapat melatih kanak-kanak membuat keputusan yang baik dan
bijak dalam kehidupan seharian. Pemikiran kanak-kanak akan lebih kritis dan
kreatif. Tambahan pula, Pendidikan Jasmani dapat membantu kanak-kanak
15

berfikiran konstruktivisme iaitu cara pembelajaran di mana murid-murid mampu


membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif.
9. Pertumbuhan & Perkembangan Fizikal
PJK memainkan peranan yang penting dalam membina dan membentuk sebuah
masyarakat yang cergas dan sihat. Seluruh rakyat samaada kanak-kanak,
remaja, dewasa, warga emas dapat menjaga kesihatan dan meningkatkan
kecergasan diri melalui aktiviti pelbagai fizikal .PJK dapat membentu murid-murid
mengekakan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor

16

17

Anda mungkin juga menyukai