Anda di halaman 1dari 18

BAHAGIAN B

(a)Huraikan faktorfaktor yang


menyebabkan industri
berat semakin penting
di malaysia (12)

Menyediakan peluang pekerjaan


sektor perinduastrian menyediakan
peluang pekerjaan di pelbagai peringkat
sama ada pemprosesan ,pemasangan
,pengeluaran pembungkusan dan lain-2.
seterusnya ,penglibatan penduduk dalam
sektor industri dapat meningkatkan
pendapatan perkapita,kuasa beli,dan
tabungan yang sekali gus meningkatkan
taraf hidup dan kualiti hidup.contoh sektor
perkilangan yang banyak menawarkan
peluang pekerjaan ialah pembuatan elektrik
dan elektronik ,tekstil,pembuatan
getah,pembuatan minyak kelapa sawit dan
pembuatan petrokimia.

Menyumbang kepada KDNK dan


pendapatan negara.
Keluaran dalam negara kasar(KDNK) dan pendapatan
negara terhasil melalui eksport keluaran industri
perkilangan.Pada tahun 2012, sektor pembuatan
menyumbang sebanyak 27.5 peratus kepada KDNK
negara dan nilai ditambah dalam sektor perkilangan
berkembang sebanyak 4.5 peratus dalam tempoh
tersebut.Contoh keluaran industri perkilangan yang
banyak dieksport ke luar negara seperti kereta
nasional(proton) , alat penghawa dingin dan barangan
elektrik dan elektronik.Keuntungan pendapatan eksport
ini digunakan oleh kerajaan untuk membangunkan
sektor-sektor ekonomi yang lain dalam negara
disamping pembangunan fizikal dan sosial .

Meningkatkan kemajuan teknologi


dan kepakaran
sektor perindustrian menggalakkan pemindahan
teknologi, kepakaran dan buruh mahir,serta
mempercepatkan program pembangunan dan
penyelidikan(R&D) dalam negara.perkembangan industri
perkilangan banyak bergantung kepada kemajuan
teknologi tinggi(HI-TECH) dan inovasi-inovasi baharu bagi
mengekalkan daya saing dipasaran
antarabangsa.permindahan teknologi dan teknologi
kemahiran tinggi dari negara maju seperti jepun dan
jerman dapat mengekalkan daya saing
tersebut.kepakaran dan teknologi tinggi yang diperoleh
rakyat dalam negara membolehkan pembangunan negara
pada masa hadapan terus maju tanpa mengharapkan
bantuan dan kepakaran asing.

Memperluaskan saiz pasaran


sektor perindustrian memperluaskan saiz
pasaran ke peringkat antarabangsadan
meningkatkan produk pasaran tempatan keluaran
industri seperti barangan elektrik dan elektronik
serta automobil banyak menembusi pasaran
antarabangsa meliputi ASEAN, APEC,
EU,USA,JEPUN,BRITAIN/UK negara-negaranTimur
Tengah.Perluasan pasaran ke peringkat
antarabangsa membolehkan Malaysia tidak
terlalu bergantung kepada pasaran di sesebuah
negara sahaja yang jelas berisiko tinggi jika
berlaku krisis dan kegawatan ekonomi

Kesan pengganda,
memperkembangkan aktiviti
ekonomi yang berkaitan
kesan pengganda dalam aktiviti perindustrian
mewujudkan aktiviti ekonomi seperti perkhidmatan
perniagaan, pengangkutan, kewangan dan lain-lain
yang akan memberikan pekerjaan baharu dan menjana
perkembangan ekonomi setempat.kesan pengganda
akibat aktiviti perkilangan boleh ditinjau dari dua sudut
iaitu ekonomi huluan dan ekonomi hiliran.ekonomi
huluan menerima kesan pengganda apabila wujud
industri memproses yang memerlukan sumber bahan
mentah.kesannya, ekonomi huluan(perladangan,
perlombongan, dan perikanan) akan turut berkembang
seiring dengan perkembangan industri pemprosesan.

sebagai contoh, industri memproses minyak


kelapa sawit akan memajukan sektor
perladangan kelapa sawit manakala industri
memproses petroleum mentah akan
meperkembangkan sektor perlombongan cari
gali.begitu juga dengan aktiviti ekonomi
hiliranyang berkaitan dengan industri perkilangan
seperti pengangkutan dan telekomunikasi,
kewangan, sunsektor insurans, pergudangan dan
logistik turut berkembang seiringan dengannya.

Pentambahan modal atau dana


dalam negara
perkembangan industri perkilangan secara langsung
akan menambahkan keupayaan modal dalam negara
khususnya yang berkaitan dengan kemasukan modal
dari pelabur asing(FDI).FDI ialah pelaburan
antarabangsa yang dibuat brtujuan untuk mengekalkan
kepentingan berterusan entiti residen kepada sesebuah
ekonomi yang memberikan sumbangan yang besar
untuk menggerakkan sektor ekonomi negara.pada
tahun, dana FDI dalam sektor perkilangan diMalaysia
ialah sebanyak RM34.2billion.selain dana FDI,
keupayaan modal dalam negara juga dijana oleh
pelaburan domestik dalam sektor perkilangan. Sebagai
contoh dana tempTAN menyumbang sebanyak
RM21.9billion pada tahun 2012.

Mempercepatkan pembangunan
fizikal
kewujudan banyak kilang dan kawasan estet
perindustrian akan dapat menyediakan pelbagai
kemudahan asas kepada penduduk seperti
perumahan, perkhidmatan, pembandaran,
perhubungan dan pengankutan.Di Malaysia
banyak kawasan industri bertukar menjadi
bandar(bandar industri) seperti Bandar Baru Nilai
dan Bandar Raya Shah Alam(elektrik dan
elektronik), dan Bandar Raya Petaling Jaya,bandar
baru kerteh(petroleum), tanjung
malim(automotif)

(b)Jelaskan impak negatif


industri pembuatan terhadap
persekitaran fizikal di Malaysia
(13)

Pencemaran udara dan jerebu


aktiviti perindustrian meningkatkan kadar
pencemaran udara dan jerebu melalui
pembebasan pelbagai gas pencemar ke
atmosfera seperti karbon dioksida, karbon
monoksida, sulfur oksida dan lainlian.pembebasan partikel-partikel terampai
(PM10) seperti debu, habuk, asap pula akan
menyebabkan jerebu terutama dalam keadaan
udara kering (dry air). Ini telah meningkatkan
nilai IPU (Indeks Pencemar Udara). Ini telah
menyebabkan komposisi ruang udara tercemar
dan teroksida.

Hujan asid
hujan asid terbentuk disebabkan kualiti air hujan
terjejas melalui tindak balas antara gas pencemar
dengan wap-wap air dalam udara.terdapat dua jenis
hujan asid, iaitu hujan asid lembap dan hujan asid
kering.proses kondensasi yang dilakukan oleh gasgas sulfur nitrogen dan karbon akan menghasilkan
hujan asid sulfurik, nitrit dan karbonik. Bahan-bahan
pencemar (pollutions) bertindak sebagai nukleus
kondesas untuk menyerap wap-wap air di atmosfera
dan menghasilkan sebatian-sebatian asid.hujan asid
boleh menjejaskan ekosistem akuatik, meluruhkan
daun, membantutkan tumbesaran pokok,
menjejaskan kesihatan manusia, meningkatkan nilai
keasidan tanah dan melunturkan warna bangunan .

Pencemaran Air
Bagi industri perkilangan yang berdekatan
dengan air(sungai,tasik, kolam, paya,muaradan
laut), biasanya akan menyebabkan sungai-sungai
berhampiran dengannya tercemar dan teroksid
akibat pembuangan sisa-sisa toksid dari kilang.
contohnya, kilang pembuatan tayar di Pasir Besar
telah membuang sisa toksidnya di Sungai Pasir
Besar. Ini menyebabkan air sungai yang tercemar
akan menjejaskan ekosistem akuatik serta
memusnahkan pelbagai spesis . Kualiti air sungai
tercemar biasanya diukur melalui nilai Biological
Oxigen Demand (BOD). Paras BOD yang tinggi
menggambarkan air sungai berkenaan kotor,
keruh,beracun, bertoksid, air berubah warna dan
tercemar serta memberi bau yang busuk.

Pencemaran Bau
Sesetengah industri khususnya industri
pembuatan sepeti industri pembuatan
tayarmembebaskan sisa getah , asap dan
sebagainya,industri pembuatan minyak kelapa
sawit mengeluarkan bau yang kuang
menyenangkan. Sisa-sisa ini sukar dilupuskan dan
tertinggal sebagai enap cemar di persekitaran
kilang. Oleh itu, pencemaran bau sentiasa
berpanjangan dan menimbulkan ketidakselesaan
hidup bagi penduduk- penduduk di
persekitarannya.

Kemusnahan Hidupan Akuatik


Pelbagai spesis hidupan akuatik termasuk
ekosistemnya akan musnah akibat pembuangan
sisa-sisa industri yang tidak terkawal ke dalam
sungai. Ekosistem dan rantaian makanannya
turut musnah dan hidupan akuatik akan
mengalami tahap keracunan yang tinggi.

Peningkatan Suhu Sekitar/


Pemanasan Setempat
Kesan daripada pengelompokan industri di
Gemas(industri sawit,getah, balak), telah banyak
membebaskan gas dan partikel pencemaran ke
atmosfera. Sesetengah gas pencemar khususnya
karbon dioksida bersifat memerangkap
bahangan matahari. Bahangan matahari masuk
menembusinya pada waktu siang tetapi
menghalang pembebasan semula bahangan
tersebut pada waktu malam. Pemerangkapan haba
yang berlebihan ini akan menyebabkan suhu
persekitarannya pada waktu malam tinggi
beberapa darjah Celcius berbanding suhu yang
normal.

Pulau haba bandar


indeks suhu sebagai satu komponen sumber
udara akan meningkat akibat daripada kepekatan
karbon yang tinggi di atmosfera yang dilepaskan
oleh pebagai punca industri pembuatan.haba
yang terperangkap membolehkan mekanisme
kesan rumah hijau berlaku sehingga
mengakibatkan persekitaran khususnya dibandar2 industri lebih panas.bandar yang lebih panas
berbanding dengan kawasan pinggir bandar atau
luar bandar akan membentuk pulau haba.

Jyeaahh .. Habissss !!!


Assalamualaikum !!!
Bye-2 !!!

Dicipta oleh :
Ehh
Dayyu

Anda mungkin juga menyukai