Anda di halaman 1dari 20

Seni Dalam Pendidikan

PENGENALAN
Kandungan mata pelajaran Seni Dalam
Pendidikan (Inovasi Dalam Pedagogi)
Kursus Sijil Perguruan Khas terdiri
daripada Ilmu Seni Visual, Muzik dan
Pergerakan. Mata pelajaran ini dijalankan
selama satu semester dengan jumlah tiga
kredit bersamaan 45 jam interaksi.
Keseluruhan kandungan mata pelajaran
ini dibahagikan kepada tiga tajuk. Setiap
tajuk diperuntukkan sebanyak satu kredit
bersamaan 15 jam interaksi.
PENGENALAN (SAMB.)
Mata pelajaran ini dilaksanakan dalam
bentuk teori dan amali. Tumpuan diberi
kepada aktiviti yang mendorong murid-
murid menggunakan imaginasi, ekspresi.
Inkuiri dan kecerdasan pelbagai.
Penekanan juga diberi kepada aspek
penglibatan secara aktif dan
menyeronokan serta pembelajaran dan
pemindahan pembelajaran yang berkesan
untuk meningkatkan perkembangan
individu yang menyeluruh.
MATLAMAT
Kurikulum Seni Dalam Pendidikan ini
digubal untuk melahirkan guru yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran
asas untuk meningkatkan aktiviti, inovasi
dan keyakinan diri dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran yang
mengintegrasikan aktiviti Seni Visual,
Muzik dan Pergerakan.
OBJEKTIF
Sukatan Pelajaran KSPK Seni Dalam
Pendidikan digubal untuk membolehkan
peserta kursus
i. Memperoleh pengalaman seni visual, muzik dan
pergerakan serta menggunakannya sebagai asas
perhubungan pengetahuan dalam proses
pembelajaran;
ii. Mengaplikasikan konsep pembelajaran melalui
seni dengan menghubungkaitkan pengalaman
Seni Visual, Muzik dan Pergerakan;
iii. Membina kepekaan persepsi, apresiasi,
kesedaran estetik, pemikiran kreatif dan
imaginatif melalui pelbagai aktiviti yang
menyeronokkan;
OBJEKTIF(SAMB.)
iv Meneroka ketiga-tiga komponen iaitu
Seni Visual, Muzik dan Pergerakan untuk
memperoleh pengetahuan dan
pengalaman
v Mengintegrasikan aktiviti Seni Visual,
Muzik dan Pergerakan dengan mata
pelajaran lain
vi Membina dan mengamal nilai-nilai murni
melalui pelbagai pengalaman Seni Visual,
Muzik dan Pergerakan.
KONSEP DAN LATAR BELAKANG
 Merangkumi 3 bidang iaitu Seni visual,
Muzik dan Pergerakan dalam
pembelajaran dan perkembangan kanak-
kanak.
 Kefahaman dalam ketiga –tiga bidang ini
boleh dicapai melalui penerokaan,
memperoleh pengalaman dan ekspresi.
 Aktiviti-aktiviti seni dalam pendidikan ini
kemudiannya diintegrasikan ke dalam
mata pelajaran lain.
 Setiap insan berhak menerima pendidikan dan
pemahaman tentang seni tanpa mengira latar
belakang, bakat atau kebolehan.
 Integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan
meningkatkan perkembangan insan dan minda
secara holistik dan membantu meningkatkan
kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang.
 Teori-teori dari ahli psikologi kognitif dan
konstruktivisme telah membuktikan kanak-kanak
tidak memperolehi pengetahuan secara pasif,
tetapi mereka membina pengetahuan secara
aktif.
 Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard
Gardner telah menyokong seni diberi
peranan yang lebih penting dalam
kurikulum; ini kerana manusia
memperolehi pengetahuan melalui
kecerdasan yang pelbagai
 Quadrant Concept(1993) oleh Hermann
menyatakan bahawa seni membantu
pemikiran rasional dan intuitif seseorang
individu.
Kepentingan Seni dalam
pendidikan untuk sekolah rendah
 Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan
mendorong kanak-kanak menggunakan
imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan
pelbagai.
 Melalui aktiviti Seni Visual, Muzik dan
Pergerakan, kanak-kanak dapat melibatkan diri
dalam pembelajaran secara aktif dan
menyeronokkan.
 Integrasi ketiga-tiga bidang ini dengan mata
pelajaran lain membantu dalam mengimbangkan
perkembangan otak kiri dan otak kanan.
Faedah Seni di sekolah rendah
Pengalaman optima melalui Seni membawa
kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar

Memperkembangkan kemahiran
meneroka, pengalaman dan ekspresi

SENI DALAM PENDIDIKAN Menggalakkan pembelajaran seumur hidup


secara menyeluruh

Belajar cara belajar – aplikasi informasi


secara berkesan

Penghubungkaitan, gerak hati, celik akal


dan kecerdasan “Lateral Leaps”
Seni Dalam Pendidikan dari
Perspektif Teori Pembelajaran
 Teori Konstruktivisme
 Teori Kecerdasan pelbagai
 Teori Behaviorisme Sosial
 Teori Perkembangan
 Teori Otak Kiri Otak Kanan
 Teori Pemprosesan Maklumat
TEORI KONSTRUKTIVISME
 Mengikut dapatan ahli konstruktivisme,
manusia belajar secara aktif dengan
membina ilmu yang didapati bermakna
kepada dirinya (actively construct
knowledge that they find personally
meaningful)
Latar belakang Teori Kecerdasan Pelbagai
(Multiple Intelligences) - diasaskan oleh
Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa

manusia mempunyai sekurang-kurangnya


lapan kecerdasan (intelligences): merangkumi
pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau
kemahiran yang wujud secara semulajadi
TEORI KECERDASAN PELBAGAI
 8 Kecerdasan Pelbagai :
1. Kecerdasan Verbal Linguistik
2. Kecerdasan Logik Matematik
3. Kecerdasan Visual Ruang
4. Kecerdasan Kinestetik
5. Kecerdasan Muzik
6. Kecerdasan Interpersonal
7. Kecedasan Intrapersonal
8. Kecerdasan Naturalis
Gardner menjelaskan bahawa setiap
kecerdasan adalah berasingan dan tidak
saling bergantung - seseorang mungkin
lemah dalam sesuatu bidang kemahiran
tetapi cemerlang dalam domain (bidang
kecerdasan) yang lain. Menurut beliau lagi,
setiap individu mempunyai kelapan-lapan
kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar
yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan
kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh
dikembangkan menerusi pendidikan,
pengalaman dan persekitaran.
KECERDASAN VISUAL RUANG
 Kebolehan mengesan dan
menggambarkan bentuk, ruang,
warna dan garisan termasuklah
kebolehan mempersembahkan visual
dan ruang secara grafik
KECERDASAN KINESTETIK
 Kebolehan menggunakan badan
untuk menyatakan idea, perasaan
dan menyelesaikan masalah,
termasuklah kemahiran fizikal seperti
kordinasi, keanjalan, kepantasan dan
keseimbangan
KECERDASAN MUZIK
 Kebolehan mengesan irama dan
lagu, termasuk kebolehan mengenal
lagu mudah serta membeza atau
mengubah rentak dan tempo dalam
melodi yang mudah

Anda mungkin juga menyukai