Anda di halaman 1dari 13

BAB 6:

Pembetukan Kerajaan
Islam &
Sumbangannya
Kerajaan Bani
Abbasiyah
Latar Belakang, Pembentukan,
Sumbangan & Kejatuhan

Disediakan oleh:
Qhaiyum Shah

Pendahuluan
Kerajaan Bani Abbasiyah ialah nama yang diberi
olehKhalifahBaghdadiaitu empayar keduaIslamselepas penyingkiran
pemerintahanKerajaan Bani Umaiyah.
Kerajaan ini merampas kuasa pada tahun750 M selepas mereka berjaya
mengalahkan tentera Kerajaan Bani Umaiyah dalam medan peperangan.
Kerajaan ini berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan
mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera
berbangsaTurkiyang mereka cipta.
Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun1258 M selepasHulagu
Khaniaitu seorang panglima tentera Mongol menghancurkan kota
Baghdad.

Peta Kerajaan Bani Abbasiyah

Garis Masa: Pemerintahan Kerajaan Bani


Abbasiyah

Latar Belakang Kemunculan


Kerajaan Bani Abbasiyah

Pada peringkat akhir pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah, golongan Mawali (orang Islam
bukan berketurunan Arab seperti bangsa Parsi dan Barbar) merasa didiskriminasikan
(tidak mendapat jawatan yang layak dan dikenakan cukai yang lebih tinggi).

Akibat daripada peristiwa ini, golongan mawali mula menyokong dan menyertai gerakan
Abbasiyah untuk menentang pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah.

Pada peringkat akhir pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah, khalifahnya yang mentadbir
pula mula mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dan ajaran Islam.

Sistem warisan Kerajaan Bani Umaiyah untuk memilih khalifah juga telah ditentang oleh
orang Islam Syiah (golongan orang Islam yang menyokong Khalifah Ali bin Abu Talib) dan
Khawarij (golongan orang Islam yang menentang Khalifah Ali bin Abu Talib dan Kerajaan
Bani Umaiyah).

Kedua-dua golongan ini muncul selepas peristiwa Perang Siffin.

Golongan ini kemudiannya menyumbang kepada kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyah.

Pembentukan Kerajaan Bani


Abbasiyah
Pada tahun 750 M, akhirnya Kerajaan Bani Abbasiyah dibentuk selepas
gerakan Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan Kerajaan Bani
Umaiyah.
Gerakan ini dimulakan oleh Ali bin Abdullah secara sulit dan menjadi terbuka
setelah bermulanya zaman Khalifah Umar Abdul Aziz.
Gerakan ini diteruskan atas nama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad
SAW) agar mendapat sokongan.
Pusat operasi mereka ialah di Khurasan, Kufah dan Humaimah.

Tokoh penting dalam gerakan ini ialah:


a) Abu Muslim al-Khurasani yang mengetuai gerakan di Khurasan.
b) Abu Salamah al-Khallal yang mengetuai gerakan di Kufah.
Nama kerajaan ini diambil sempena nama al-Abbas (sempena nama
bapa saudara Nabi Muhammad SAW).
Kerajaan ini mengamalkan sistem warisan atau sistem monarki
(pemerintahan keturunan raja).
Ketika pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, pusat
pemerintahan kerajaan ini berpindah dari Damsyik ke Baghdad di Iraq
berhampiran ibu negara Parsi lama.

Sumbangan Kerajaan Bani


Abbasiyah
Semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmun kota
Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu.
Melalui penulisan dan penterjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab,
perkembangan ilmu telah berlaku.
Baitulhikmah (institusi keilmuan) telah dibina oleh Khalifah Harun al-Rasyid.
Aktiviti penterjemahan dijalankan dengan sistematik di baitulhikmah. Kerja
penterjemahan dilakukan oleh sekumpulan penterjemah di bawah pegawasan
seorang penyelaras.
Karya asing seperti falsafah dan sains Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.
Selain daripada karya Yunani, karya lain seperti bahasa Sanskrit dan Suriani turut
diterjemahkan.
Pada tahun 761 M, ramai golongan ulama melibatkan diri dalam penulisan
dalam bidang fikah, tafsir, sejarah dan sebagainya.

Antara ulama yang terkenal ialah:

a) Imam Malik (Menyusun buku al-Muwatta)


b) Ibn Ishaq (Menyusun sejarah hidup Nabi Muhammad SAW)
c) Imam Abu Hanifah (Menyusun fikah dan pendapat ijtihad)
d) Imam Syafii
e) Imam Ahmad bin Hanbal

Ketika zaman ini, berlaku pemisahan ilmu tafsir, sirah (sejarah hidup Nabi
Muhammad SAW) dan hadis.
Orang Islam Islam menterjemah dan mencipta serta membuat
pembaharuan, menghurai, menambahbaik karya asing seperti
Sanskrit, Suriani dan Yunani ke bahasa Arab.
Akibat daripada peristiwa ini, berlaku percambahan dan perkembangan
ilmu pengetahuan.
Melalui usaha penterjemahan, orang Islam telah berbakti kepada
kebudayaan dunia.
Islam memelihara warisan ilmu itu ketika Eropah dilanda Zaman Gelap
(Eropah kurang menghargai ilmu pengetahuan) dan ketika itu Tamadun
Islam mencapai kemuncaknya.

Penyelidikan sarjana Islam di kota Baghdad dan Cordova kemudiannya


diterjemah pula ke bahasa asing (Eropah) dan membuka mata para
ilmuwannya.
Ilmu inilah yang membawa kepada kebangkitan Eropah pada zaman
pemulihan budaya yang dipanggil Zaman Renaissance.

Mona Lisa,
Leonardo da Vinci

Negara bermulanya
Zaman Renaissance. Itali

Kejatuhan Kerajaan Bani


Abbasiyah
Hulagu Khan(cucu Genghiz Khan)
menyerang dan
memusnahkanBaghdadpada10
Februari1258, menyebabkan kehilangan
nyawa yang banyak.
Khalifah Al-Musta'sim, pemerintah
terakhir Kerajaan Bani Abbasiyyah
kemudiannya diusir dari Baghdad pada20
Februari1258.
Banyak buku-buku rujukan yang tidak ternilai
musnah akibat seranganMongolini. Adalah
dikatakan bahawa seramai 800,000 penduduk
Baghdad mati dibunuh oleh tentera Mongol.

Anda mungkin juga menyukai