Anda di halaman 1dari 15

Konstruktivisme

Pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme pula menekankan


bahawa manusia memperolehi pengetahuan hasil dari usaha-usaha
mentalnya. Konstruktivisme melibatkan pelajar ke dalam pengalaman yang
bermakna di mana pelajar menginterpretasi sendiri maklumat tanpa mengikut
apa yang dipetakan oleh orang lain (Heinich, Molenda, Russel & Samaldino,
1999). Pendekatan ini menumpukan kepada bagaimana untuk belajar,
menjana dan menguji pengetahuan yang diperolehi. Menurut Brunner (1974),
semasa pelajar belajar, dia perlu membentuk konsep-konsep dan membuat
kategori dengan membezakan benda-benda yang beraneka jenis dan rupa
yang terdapat di persekitaran. Melalui pembentukan konsep-konsep ini,
pelajar menyusun maklumat yang telah dikumpul ke dalam unit-unit yang
bermakna. Dengan proses ini, pelajar akan memahami persekitarannya dan
konsep tersebut terus berkembang sejajar dengan kedewasaan seseorang.
Konstruktivisme menegaskan proses dalam mana pelajar mencipta dan
mengembangkan idea (Ng, 1999). Dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar 8
sememangnya digalakkan sentiasa mengembangkan idea utama kepada
percambahan idea-idea baru agar dapat menghasilkan karya yang lebih
kreatif, estetika dan berkualiti. Sebagai contohnya, dalam pelajaran teori seni
bagi tajuk teori warna, daripada kemahiran asas teori warna ini pelajar dapat
mengembangkan idea mereka kepada penghasilan warna-warna baru untuk
diaplikasikan di dalam karya visual mereka. Pelajar juga boleh diperkenalkan
pasangan warna yang bertindak positif dan pasangan warna yang bertindak
negatif, dan juga pasangan warna yang boleh mewujudkan suasana yang
harmoni, kontra, sejuk, panas dan sebagainya. Melalui pembelajaran
konstruktif, pelajar akan memperolehi maklumat, membentuk konsep-konsep

dan membuat kategori dengan membezakan warna-warna yang beraneka


jenis yang terdapat di persekitaran mereka. Sebagai contohnya, kombinasi
warna hijau (latar) dan putih (tulisan) sesuai untuk papan tanda tetapi
kombinasi warna hijau dan biru tidak sesuai untuk papan tanda kerana ia
bertindak negatif. Daripada pemahaman dan konsep asas ini pelajar dapat
menghasilkan grafik atau lukisan dengan membuat kombinasi warna
mengikut kesesuaian bagi menghidupkan suasana yang diperlukan seperti
suasana sejuk, panas, sedih, harmoni, ceria dan sebagainya.
Dalam abad ke-21 ini teori konstruktivisme dikatakan semakin popular.
Teori ini berperspektifkan psikologi dan falsafah dengan mengambil kira
bagaimana seseorang individu membina atau membentuk apa yang dipelajari
dan difahami oleh mereka (Bruning, Schraw, & Ronning, 1995). Konsep
utama konstruktivisme ialah pengetahuan dibina oleh pelajar dan bukan
hanya disebarkan oleh orang perseorangan (Driver, Squires, Ruswork & 9
Wood, 1994). Konstruktivis percaya bahawa seseorang itu adalah aktif dan
membina pengetahuan di dalam bilik darjah dengan tujuan dan keinginan
hendak tahu berdasarkan pengalamannya (Brooks & Brooks, 1993; Fosnot,
1989; Piaget,1954). Dalam persekitaran ini guru memainkan peranan sebagai
pemudahcara. Pelajar digalakkan untuk menyoal antara satu sama lain dan
membuat hujahan berdasarkan perspektif masing-masing dalam
menyelesaikan masalah yang diberi. Pandangan konstruktivis ini sesuai
dengan pengajaran berasaskan laman web. Sebagai contoh, guru boleh
mencadangkan aktiviti berkumpulan, dan setiap kumpulan diberi tugasan
berdasarkan topik-topik tertentu. Pelajar dikehendaki mencari maklumat dan
bahan-bahan dari laman web yang dicadangkan atau melalui pencarian
mereka sendiri.

Antara pendekatan kontruktivis dalam pembelajaran ialah teori


pengajaran inkuiri oleh Collins dan Stevens (1983) dan pembelajaran secara
penerokaan (discovery) seperti model kitar pembelajaran (learning cycle) oleh
Lawson (1995). Pendekatan yang dicadangkan oleh kelompok kontruktivis ini
adalah berpusat kepada pelajar di mana pembelajaran berlaku hasil usaha
atau melalui pengalaman pelajar sendiri. Konstruktivis percaya bahawa
pendekatan pembelajaran secara aktif, spontan dan arahan kendiri adalah
perlu (Lawson, 1995). Oleh kerana nilai seni sentiasa hidup dan perlu dijiwai,
maka pengajaran Pendidikan Seni Visual sewajarnya adalah sentiasa aktif,
kreatif, dinamik, berpusatkan pelajar dan konstruktif. Maka kedua-dua
pendekatan yang dicadangkan oleh Collins dan Stevens (1983) dan Lawson
(1995) adalah sesuai digunakan dalam Pengajaran Pendidikan Seni Visual. 10
Pembelajaran melalui laman web mengajak para guru dan mereka
yang terlibat dalam pembinaan laman web pendidikan untuk mengalih
paradigma pengajaran mereka daripada yang bercorak behaviorisme dan
kognitivisme kepada konstruktivisme. Pendekatan konstruktivisme dikatakan
berupaya mengubah sikap memindah maklumat secara pasif kepada yang
lebih aktif dengan menyediakan suasana pengajaran-pembelajaran yang
dapat mempertingkat kemahiran berfikir tahap tinggi (high- order thinking
skills). Aliran ini juga percaya bahawa pengajaran-pembelajaran yang
bertumpu kepada penglibatan multisensori pelajar dan persekitaran
pembelajaran yang interaktif dan eksploratori dapat membantu meningkatkan
kemahiran yang dimaksudkan. Justeru, penggunaan laman web yang
mempunyai ciri-ciri hipermedia, hiperteks dan hiperlink amat sesuai dengan
konteks konstruktivis ini. Oleh yang demikian, laman web harus dimanfaat
sepenuhnya oleh guru-guru dalam pengajaran-pembelajaran. Di antara laman

web berbentuk pendidikan di negara ini yang bersesuaian dengan konteks


konstruktivis bercorak penerokaan ialah seperti Portal Pendidikan Langkawi
(http:/www.tutor.com.my/tutor/lada/etour). Walaupun kandungan laman ini
tidak bertepatan dengan kurikulum pendidikan dan ia lebih kepada
edutourisme, ia merupakan laman web yang membenarkan pengunjung
membuat penerokaan, dengan berpindah dari satu tempat ke tempat yang
lain di Pulau Langkawi melalui kemudahan hiperteks, hiperlink dan
hipermedia.11
Penglibatan pelajar secara aktif merupakan salah satu komponen
penting dalam kejayaan sesuatu proses pembelajaran melalui laman web.
Menurut Baharudin, Mohamad Bilal dan Muhamad Kasim (2001),
pembelajaran melalui laman web seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti
berikut;
menghasilkan konteks pembelajaran yang tulen dan melibatkan
penyelesaian masalah sebenar.
pelajar bertanggungjawab dan mempunyai inisiatif belajar secara kendiri
dalam membentuk sesuatu kemahiran.
guru bertindak sebagai fasilitator dan memberikan panduan, dan bukan
sebagai sumber maklumat.
perbincangan yang aktif di antara pelajar dan guru.
kaedah pembelajaran secara berkumpulan iaitu pembelajaran secara
kolaboratif dan kooperatif.
strategi penilaian pembelajaran yang tulen dalam menilai kemahiran
sebenar.

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun


dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran
dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak
ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada
guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut
mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan
guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu
skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan
dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam
persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya
telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap
persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur
kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik
dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk
ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu
bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir
semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini
diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap
kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh
guru.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang
cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina
pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam
setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah.
Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara
melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan
oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid

membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah
tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran
sesuatu konsep daripada kaca mata murid.

PENGGUNAAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FIZIK


Oleh : Burhan Bin Ramli

Pengenalan

Pendekatan penggunaan teori pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam
menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Menurut Arif
Sukardi (1987) teori pembelajaran memainkan peranan yang penting kepada guru kerana menerusi teoriteori ini guru akan memahami proses pembelajaran yang berlaku di dalam diri pelajar, memahami faktor
yang mempengaruhi dan mempercepatkan proses pembelajaran para pelajar. Selain itu guru akan dapat
membuat ramalan yang tepat tentang hasil yang diharapkan dari proses pengajaran dan pembelajaran.
Sehubungan dengan itu salah satu teori yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah
teori konstruktivisme. Teori ini pada umumnya adalah merupakan pembelajaran yang menerangkan
bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia.

Definisi Teori Konstruktivisme


McBrien & Brandt (1997) menyatakan konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan
kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap
individu membina pengetahuan dan bukannya menerima pengetahuan daripada orang lain.
Briner,M., (1999) pula menyebut pelajar membina sendiri pengetahuan mereka dengan menguji idea dan
pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru
dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.
Menurut Brooks & Brooks (1993), teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang
dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka
membentuk peraturan melalui refleksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan
objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada

menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau
mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih
baik.
Sushkin,N (1999), pula menyatakan bahawa dalam teori konstruktivisme penekanan diberikan lebih kepada
pelajar berbanding kepada guru. Ini adalah kerana pelajarlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa
dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, pelajar membina sendiri konsep
dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif pelajar hendaklah diterima dan
digalakkan.Nik Aziz Nik Pa (1999), menyebut konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen
terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu
pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh
individu tersebut dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang di terima secara pasif daripada luar.
Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang
lain. Sebaliknya setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara
terpilih.
Berdasarkan pandangan-pandangan di atas maka pengertian pembelajaran secara konstruktivisme bolehlah
dirumuskan sebagai satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan
pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Implikasi
dari teori ini adalah pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan pelajar. Pengetahuan yang dipunyai
oleh pelajar adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh pelajar tersebut dan bukan pengajaran yang
diterima secara pasif. Guru pula berperanan sebagai fasilitator yang membantu pelajar membina
pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Guru juga sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang
menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru. Guru akan mengenal pasti
pengetahuan sedia ada pelajar dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan
tersebut. Seterusnya ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme adalah mengambil kira kepercayaan dan
sikap yang dibawa oleh pelajar, menggalakkan pelajar bertanya dan berdialog dengan pelajar lain dan
gurunya, menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen, memberi peluang kepada
pelajar untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi
dunia yang sebenar,mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana pelajar belajar sesuatu idea,
menyokong pembelajaran secara koperatif, menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama
penting dengan hasil pembelajaran, menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar dan
akhirnya menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar yang digunakan sebagai panduan
merancang pengajaran.

Bagaimana Penggunaan Teori Konstruktivisme dalam pengajaran guru memberikan kesan ke atas
pembelajaran pelajar.
Untuk melihat bagaimana penggunaan teori ini digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pelajar , model Konstruktivisme 5 Fasa Needham digunakan. Needham (1987) menyatakan dalam model ini
pelajar digalakkan bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang
pelajar meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semua idea, guru digalakkan
merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu pelajar mengubah idea asal mereka. Pelajar diberi peluang
untk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah dipercayai idea baru yang dibina
oleh pelajar sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami dan
berguna. Dalam fasa penggunaan idea, pelajar boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan
masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali
merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini pelajar membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan
merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini
juga dapat memperkembangkan kemahiran meta kognitif.

5 fasa yang dinyatakan diatas adalah :


(i) Fasa orientasi: (Engage)
Fasa ini bertujuan untuk menarik perhatian dan minat pelajar serta memotivasikan pelajar agar mereka
terus berminat dalam pengajaran yang berlangsung. Antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan dalam fasa
ini adalah dengan membuat tunjukcara atau demontrasi oleh guru, membuat tayangan filem, membuat
tayangan video, memberikan alam keratan akhbar kepada pelajar dan juga mengemukakan soalan-soalan
yang boleh menjanakan perasaan ingin tahu kepada pelajar-pelajarnya. Kesan terhadap pembelajaran
pelajar dalam fasa ini adalah pelajar lebih berfikir dan lebih seronok dengan aktiviti yang telah dijalankan
dalam bilik darjah.

(ii) Fasa Pencetusan idea: (Explore)


Dalam fasa ini, guru-guru mengenalpasti kerangka alternatif pelajar. Idea-idea pelajar yang terdahulu akan
dikenalpasti melalui soalan-soalan yang diajukan untuk mendorong mereka berfikir mengapa idea mereka
tidak selari dengan idea saintifik. Soal jawab yang mendorong pemikiran boleh dijalankan oleh guru. Guru
boleh menggunakan kaedah inkuiri untuk menyelongkar dan menyiasat melalui kaedah eksperimen. Contoh
aktiviti yang boleh dijalankan adalah membuat amali, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan
konsep dan laporan. Kesan kepada pelajar dalam fasa ini adalah pelajar lebih berfikir, seronok dan lebih

berkemahiran sosial. Pelajar lebih berfikir kerana dalam membina pengetahuan baru pelajar akan berfikir
untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi
pelbagai kemungkinanan. Ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal
pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan.
Pelajar lebih seronok kerana mereka sendiri yang membina pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini
akan menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat
walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Pelajar juga adalah lebih berkemahiran sosial
kerana boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran
sosial ini diperoleh apabila pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan mereka dan guru dalam membina
pengetahuan.

(iii) Fasa Penstrukturan Semula idea : (Explain)


Dalam fasa ini, pelajar berpeluang untuk mengubahsuai kerangka alternatif kepada idea saintifik. Idea-idea
baru akan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan kecerdasan pelajar. Penerangan
beserta dengan aktiviti yang sesuai dengan kecerdasan masing-masing akan digunakan untuk membantu
membentuk konsep yang baru ini. Pelajar akan dapat membuat definisi, menerangkan konsep, menyoal
tentang penerangan lanjutan dan meminta justifikasi serta penjelasan. Contoh aktiviti adalah perbincangan
dalam kumpulan kecil dan membuat laporan. Kesan keatas pembelajaran pelajar dalam fasa ini adalah
pelajar lebih yakin dan berani mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk
membuat ramalan. Pelajar mempunyai banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutama
melalui perbincangan dalam kumpulan.

(iv) Fasa Aplikasi idea: (Elaborate)


Fasa ini bertujuan untuk mengenalpasti idea yang baru diubahsuai atau dibina dalam fasa penstrukturan
semula idea dapat diaplikasi dalam situasi yang baru. Konsep yang telah dibina di kaitkan dan
dikembangkan di dalam bidang yang lain atau di dalam dunia sebenarnya. Contoh aktiviti adalah penulisan
sendiri kerja projek oleh pelajar. Kesan keatas pembelajaran pelajar adalah pelajar lebih faham dan ingat.
Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung
dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang pelajar yang memahami apa yang dipelajari akan dapat
mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru. Setelah memahami sesuatu
konsep, pelajar akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif
dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan
baru.

(v) Fasa Refleksi (Evaluate)


Fasa ini bertujuan untuk menilai kefahaman murid dan menilai sama idea terdahulu telah berubah. Contoh
aktiviti adalah membuat penyoalan kepada pelajar secara reflektif seperti menyoal mereka apakah yang
mereka fikirkan, apakah bukti yang anda ada atau apakah yang anda tahu tentang sesuatu pekara itu.
Kesan daripada fasa ini keatas pembelajaran pelajar adalah pelajar dapat menilai adakah mereka faham dan
dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.
Ahli-ahli konstruktif mencadangkan bahawa pelajar-pelajar membina pengalaman baru berdasarkan
pengetahuan sedia ada. Pengetahuan sedia ada akan digunakan oleh pelajar untuk memberikan penjelasan
berdasarkan pemerhatian mereka, makna akan dibina sendiri oleh individu dengan menambah atau
mengubahsuai idea yang sedia ada (Driver,1983; Osborne& Freyberg, 1985; Scott,1987). Oleh itu guru
perlu mengambilkira idea pelajar yang terdahulu dalam proses pengajaran. Guru perlu membina
pengalaman yang dapat mencabar idea yang dimiliki pelajar untuk membantu mereka menstrukturkan
semula idea yang baru. Konstruktivis juga percaya bahawa pelajar membina realiti mereka sendiri atau
mentafsir realiti berasaskan persepsi pengalaman mereka. Setiap pelajar akan membentuk perwakilan
pengetahuan frame of reference mereka sendiri melalui pengalaman yang dialami (Johnson & Gott, 1996).

Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut Model Konstruktivisme


5 Fasa Needham.
Untuk menjelaskan lagi bagaimanakah penggunaan teori konstruktivisme ini dalam pengajaran guru dapat
memberikan kesan keatas pembelajaran pelajar diberikan satu contoh P&P bilik darjah bagi matapelajaran
Fizik tingkatan empat.

Tajuk : Daya graviti

Objektif: Supaya pelajar dapat mendefinisi pecutan graviti, menentukan nilai pecutan graviti dan
menentukan hubungan antara pecutan graviti dengan jisim.

Masa P&P: 80 minit


Pengetahuan sedia ada:
Pelajar sudah dapat mendefinisikan halaju dan pecutan.
Pelajar sudah dapat menghitung halaju dan pecutan
Pelajar sudah belajar tentang daya geseran

Fasa Aktiviti:

Fasa orientasi: (Engage)


Pelajar ditunjukkan tayangan CD peristiwa gerakan sebiji kelapa bila terlepas dari tangkainya, gerakan sebiji
bola yang ditendang bila jatuh kebumi, seketul batu jatuh dari puncak bukit, gerakan bulu ayam yang
sedang jatuh dan gerakan seorang penerjun payung terjun yang terjun turun dari sebuah kapalterbang.
Aktiviti ini adalah untuk meransang perasaan ingin tahu pelajar tentang objek jatuh. Minat pelajar dapat
dipupuk dengan tayangan CD kerana tayangan itu adalah gerakan sebenar dalam kehidupan harian.
Seterusnya aktiviti ini dapat menjanakan minat pelajar untuk mengetahui dengan mendalam mengapa
objek-objek itu jatuh ke bawah. Perasaan ingin tahu pelajar dapat dipupuk dengan tayangan CD tersebut
sebab banyak persoalan yang dapat dijanakan dari gerakan objek semasa jatuh itu.

Fasa Pencetusan idea: (Explore)

Dari aktiviti diatas, pelajar-pelajar disoal:


a) Mengapa objek-objek itu jatuh ke bawah?
b) Apakah maksud halaju?
c) Apakah maksud pecutan?
d) Apakah rumus untuk menghitung halaju?
e) Bagaimanakah cara untuk menghitung pecutan?
f) Apakah yang terjadi kepada halaju buah kelapa dan batu semasa jatuh
menghampiri bumi?
g) Apakah terjadi kepada pecutan buah kelapa dan batu itu?
h) Apa yang terjadi kepada halaju dan pecutan penerjun yang menggunakan payung
terjun itu?
i) Apa yang terjadi kepada halaju dan pecutan bulu ayam itu?

Pelajar dipecahkan kepada enam kumpulan kecil dan diminta membuat satu eksperimen untuk menentukan
pecutan jasad yang jatuh ke arah pusat bumi tersebut. Dalam eksperimen ini pelajar juga diminta untuk
menentukan nilai pecutan graviti dan hubungan antara pecutan graviti dengan jisim jasad. Prosedur asas
aktiviti eksperimen perlu dipatuhi oleh pelajar iaitu merancang, menjalankan eksperimen dan mengambil
data.

Aktiviti ini adalah untuk mengcungkil jawapan kepada perasaan ingin tahu para pelajar tentang gerakan
objek dalam medan graviti dengan cara memberikan soalan-soalan inkuiri dan kemudian meminta mereka
menjalankan eksperimen. Hasil dapatan ujikaji ini pelajar akan dapat menentukan adakah idea dan
pengetahuan sedia ada mereka selari atau tidak dengan dapatan baru itu dari eksperimen itu. Kesan kepada
pelajar adalah mereka akan merasa seronok untuk mendapat pengetahuan kerana mereka sendiri yang
mencari jawapan dan bukti kepada pengetahuan asal mereka. Keyakinan pelajar akan lebih jelas lagi jika
pengetahuan asal mereka sama dengan dapatan baru dari eksperimen itu.

Fasa Penstrukturan Semula idea : (Explain)

Pelajar-pelajar diminta membentangkan dapatan eksperimen mereka mengikut kumpulan masing-masing.


Pembentangan dibuat dengan menggunakan transparensi atau perisian powerpoint. Selepas
pembentangan oleh sesebuah kumpulan ,kumpulan lain diminta untuk memberikan komen dan pandangan
mereka tentang gerakerja dan hasil eksperimen kumpulan tersebut.
Selepas selesai setiap kumpulan membentang hasil dapatan mereka, guru meminta pelajar membuat
definisi pecutan graviti, nilai pecutan graviti, pengaruh jisim terhadap pecutan graviti, makna medan graviti
dan daya graviti. Akhirnya pelajar-pelajar diminta untuk menyiapkan laporan eksperimen tersebut mengikut
format yang telah diberikan sebelum ini. Satu kesan yang dapat dilihat dari aktiviti ini adalah pelajar lebih
yakin dan berani untuk menyampaikan hasil dapatan mereka dan sentiasa berbincang dalam kumpulan
untuk mendapat sesuatu keputusan yang dipersetujui bersama. Mereka lebih berani untuk membuat
hipotesis dan bernai juga mencabar hipotesis kumpulan lain jika tidak sama dengan kumpulan mereka.

Fasa Aplikasi idea: (Elaborate)

Pelajar ditunjukkan satu eksperimen maya dari komputer iaitu Graviti experiment by Galileo. Dalam
eksperimen maya ini Galileo berada di atas sebuah bangunan pencakar langit. Beliau menjalankan 3 aktiviti
iaitu:
i) menjatuhkan dua ketul batu yang berlainan saiznya ke bawah secara serentak .
ii) Kemudian beliau menjatuhkan pula seketul batu dan sehelai bulu ayam dari ketinggian yang sama secara
serentak juga.

iii) Akhir sekali bangunan dan Galileo di vakumkan dan sekali lagi beliau menjatuhkan batu dan bulu ayam
serentak.

Dari tayangan itu pelajar-pelajar di soal:


a) Batu mana yang sampai ke permukaan bumi terlebih dulu?
b) Antara bulu ayam dan batu yang mana akan sampai ke bawah dulu?
c) Bila dalam vakum, yang mana akan sampai dulu?
d) Mengapakah kedua-dua batu sampai serentak ke permukaan bumi?
e) Mengapakah bulu ayam lambat sampai ke permukaan bumi berbanding batu?
f) Dalam vakum mengapa bulu ayam dan batu sampai serentak?
Guru kemudiannya meminta pelajar untuk menjelaskan kejadian lif putus dan satelit jatuh semasa
mengorbit bumi dengan menggunakan konsep graviti.
Aktiviti ini adalah untuk menentukan bahawa pengetahuan
tentang graviti dapat diaplikasikan dalam situasi baru iaitu dari eksperimen maya Galileo, kejadian lif putus
dan satelit jatuh semasa mengorbit bumi. Di sini pelajar akan dapat menggunakan kefahaman mereka
tentang graviti bagi menjelaskan sebab kepada fenomena yang terjadi. Selain kefahaman pelajar bertambah
mereka akan mengingati konsep graviti ini dengan lebih lama lagi.

Fasa Refleksi (Evaluate)

Guru mengedarkan soalan-soalan kuiz pendek untuk dijawab oleh pelajar selama 10 minit.
Guru seterusnya meminta pelajar membuat satu peta konsep tentang apa yang telah dipelajari hari itu.
Aktiviti ini adalah untuk menilai kefahaman para pelajar tentang konsep graviti.

Rumusan
Dari huraian di atas dapat dirumuskan bahawa konstruktivisme adalah satu daripada teori pembelajaran
yang pada asasnya merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan sedia ada
disusun semula dalam minda pelajar untuk membentuk pengetahuan baru. Melalui pembelajaran secara
konstruktivisme, pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara
pasif daripada persekitarannya. Pelajar membina pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing dan
pengetahuan sedia ada mereka. Ini menjadikan pelajar lebih seronok dan berminat untuk belajar kerana
pengetahuan yang dibina adalah hasil usaha pelajar sendiri. Selain itu untuk memastikan proses pertukaran
idea berlaku pada tahap optimum, gaya pengajaran guru perlulah setara dengan gaya pembelajaran yang

terdapat pada setiap pelajar untuk memastikan mereka terus


termotivasi untuk mengikuti pengajaran yang disampaikan. Bagi menunjukkan bagaimana teori
konstruktivisme ini dapat digunakan keatas pengajaran guru dan memberikan kesan kepada pembelajaran
pelajar, maka model 5 fasa Needham digunakan. Model ini menggunakan lima fasa dalam proses P&P iaitu
fasa orientasi (Engage) , fasa pencetusan idea (explore), fasa penstrukturan semula idea (Explain), fasa
aplikasi idea (Elaborate) dan fasa refleksi (Evaluate).
Kelima-lima fasa ini perlulah diikuti dengan sistematik oleh guru untuk mendapat keberkesanan yang tinggi.
Secara ringkasnya fasa pertama adalah untuk meransang perasaan ingin tahu pelajar dengan melakukan
aktiviti seperti demonstrasi oleh guru , tayangan video atau penyoalan oleh guru. Fasa ini juga bertujuan
untuk menjana minat para pelajar dalam proses P&P mereka. Fasa kedua adalah untuk mencetuskan idea
supaya pelajar sedar tentang idea dulu melaui amali ,perbincangan, pemetaaan konsep dan laporan. Fasa ini
dapat menggalakkan pelajar bekerjasama, guna pendekatan inkuiri, menyiasat melalui eksperimen dan
selalu bertanya. Fasa ketiga adalah untuk menstruktur semula idea-idea asal kerana idea asal mungkin perlu
diubahsuai, di ganti dengan idea yang lebih saintifik atau dikembangkan. Fasa keempat adalah fasa aplikasi
atau penggunaan idea dimana idea yang telah dibina dikukuhkan dalam situasi baru. Fasa terakhir adalah
fasa refleksi dimana pelajar dapat membuat penilaian sejauh mana idea asal telah berubah dan setakat
mana idea baru betul.
Dengan mengikuti kesemua fasa ini maka kesan yang dapat terhasil dikalangan pelajar adalah pelajar akan
lebih seronok kerana mereka bina sendiri pengetahuan, pelajar mempunyai kemahiran sosial yang tinggi
kerana saling berinteraksi sesama mereka dalam membuat aktiviti untuk mencari pengetahuan baru, pelajar
mempunyai keyakinan diri yang tinggi kerana diberi peluang bina sendiri kefahaman, pelajar lebih
mengingati sesuatu konsep lebih lama lagi kerana mereka terlibat secara aktif dalam proses P&P, pelajar
lebih faham kerana dapatan pengetahuan adalah hasil karya mereka sendiri dengan bantuan guru, pelajar
lebih berfikir kerana untuk bina pengetahuan baru mereka perlu menjana idea, menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan.

Bibliografi
Arif Sukardi. 1987.Prinsip-prinsip (teori) Pembelajaran.
http:// www.Ut, Ac Id/OI Supp/Fkip/Pgsm3803/. (20 Dis 2000)
Briner, M .(1999). [Online]Available :
http:// carbon.cudender.edu/ mryder/itc data/constructivism.html

Brooks,J.G. & Books,M.G. (1993). In Search Of Understanding: The case For Constructivist Classrooms.
Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Developtment (ASCD)
Driver,R. (1983). The Pupil as Scientist? Milton Keynes: Open University Press
Johnson,P.,& Gott,R.(1996). Constructivism and Evidence From Childrens Ideas. Science Education.
80.561-577. Dalam kertas kerja Rio Sumarni Sharifuddin & Tang Howe Eng Effectiveness of Condiff as a
Cognitive Tools for the Learning of Differentiation. Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan, UKM, 2002.
McBrien, J.L & Brandt,R.S. (1997). The Language of Learning: A Guide to Education Terms. Alexandria, VA.
Association for supervision and Curriculum Developtment.
Nik Aziz Nik Pa (1999). Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.
Needham,R. (1987). Teaching Strategies for Developing Understanding in Science. Leeds, Childrens
Learning in Science Project, University of Leeds.
Osborne,R., & Freyberg,P. (1985). Learning in Science. Auckland, Heinemann.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 1991. Pembelajaran secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Sushkin,N.(1999).[Online] Avalaible:
http://carbon.cudenver.edu/ mryder/itc data/ constructivism.html
posted by burhan at 1:16 am

Anda mungkin juga menyukai