Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN

Gejala sosial di Malaysia semakin meruncing. Gejala sosial dapat diklasifikasikan


sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu. Jenayah ini
bukan sahaja dilakukan oleh golongan remaja dan dewasa malahan kanak-kanak
juga turut telibat dalam masalah.
Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif
anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada
kekuatan

sistem

dan

struktur

ekonomi

yang

diamalkan

dalam

sesuatu

masyarakat ataupun negara.


Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial telah
melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik
yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana
golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan
merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap
lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan
cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah
sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan
jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita.
Melalui media massa mahupun media cetak pelbagai kes gejala sosial yang
sering menjadi topik ataupun isu utama yang diperkatakan.
Contoh berita gejala sosial yang disiarkan oleh media massa

DEFINISI GEJALA SOSIAL

Gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda.


Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang
kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau
bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan
masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan).
Sosial ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan
kemasyarakatan
Gejala sosial ialah tanda-tanda, alamat atau petanda tentang segala yang
berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan atau hal
yang berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang.

MASALAH GEJALA SOSIAL


Pada era globalisasi ini pelbagai masalah gejala sosial yang berlaku di negara
kita. Keruntuhan akhlak dan moral dikalangan remaja menjadi topic hangat yang
diperkatakan disebakan golongan ini merupakan generasi yang bakal memimpin
negara pada masa hadapan.
STATISTIK LAPORAN GEJALA SOSIAL
STATISTIK LUMBA HARAM BAGI TAHUN 2001 - 2004
NEGERI
Perlis
Kedah
PulauPinang
Perak
Selangor
Kuala Lumpur

BILANGAN
27
112
431
635
1,041
255

%
0.5
2.0
8.0
12.0
20.0
5.0

Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Kelantan
Terengganu
Sabah
Sarawak
Labuan
Jumlah

469
81
925
477
141
201
240
292
5
5,332

9.0
1.0
17.0
8.9
3.0
4.0
4.5
5.0
0.1
100.0

Penyalahgunaan Dadah di Malaysia


Etnik
Melayu
Cina
India
Bumiputera Sabah & Sarawak
Lain-lain
Jumlah

Bilangan
191,141
53,210
29,134
11,795
4,483
289,763

%
65.9
18.4
10.1
4.0
1.6
100.0

Kes Pembuangan Bayi 2000-2006

Masalah yang sering berlaku dikalangan remaja antaranya:

Ponteng sekolah

Merokok dan menghisap dadah

Seks bebas dan jenayah seksual

Samseng dan gengtarisme

Vendalisme

Memeras ugut

Mencuri dan menyamun

Balck metal

Lumba haram

PUNCA GEJALA SOSIAL


Punca punca utama yang mendatangkan gejala sosial adalah globalisasi dan
modenasasi. Perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana
perubahan padaarus global yang digelar globalisasi.
Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasiekonomi tetapi ia merentasi ke
arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota (cityculture) menuruti landasan
Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan adanyateknologi
maklumat dan multi media sebagai kenderaan yang amat berkesan untuk
melakukan agenda globalisasi. Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat
ingin tahu terhadap perkara baru dan trendy, yakni bukan dari budaya
ketimuran. Tidak mustahil kita akan jatuh terpengaruhdan mengikut arah aliran
kebaratan, terutama sekali golongan belia. Contohnya seperti mewarnakan
rambut, memakai anting-anting atau tattoo bahkan sampai kepada hal-halyang
sangat teruk seperti pengambilan minuman keras dan pergaulan bebas yang
bolehmenjurus kepada masalah masalah gejala sosial yang lebih serius.
Dalam dunia serba moden ini, masyarakat mementingkan prestij dan
kemewahan; oleh sebab itu, mereka menjadi semakin individualistik dan
materialistik. Bandingkan dengan masyarakat tradisional,masyarakat moden
mempunyai cita-cita tinggi, kompetitif dan tidak lagi menganggapsaudara-mara
atau jiran-jiran sebagai kelompok rujukan, bahkan adat tradisional
sepertimemuncang-muncang juga sudah ditinggalkan. Bukan saja ini berpaling

daripada budaya kita sebagai orang Melayu tetapi juga daripada tuntutan agama
Islam. Ukhuwah atau persaudaraan adalah sesuatu yang amat dituntut dalam
Islam memandangkan ianya akan dapat mengukuhkan perpaduan sesama
manusia, khususnya sesama muslim
Bentuk-bentuk Manifestasi globalisasi dan modenisasi
Media Massa
Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan
berbagaialat media-massa yang serba canggih. Media massa merupakan sumber
maklumat ygcukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui
teknologi yang semakincanggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada
banyak maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk
kesemua peringkat umur.Ini menjadimasalah kerana lazimnya golongan belia
mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat disekeliling mereka. Paparan
adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaaningin tahu dan
ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.
Internet
Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada
pemaparangejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi
kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui internet umpamanya,
masyarakat yang berfikiran kurangsehat dengan mudahnya boleh akses kepada
maklumat-maklumat yang boleh menjurus kearah pemikiran negatif.
Institusi Kekeluargaan Yang Goyah
Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial.
Ibu bapaseharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil.
Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidi kan agama anakanak mereka, ini akan menjadisatu faktor punca gejala sosial.Dan lagi, dengan
bertambahnya komitmen ibu bapaterhadap kerjaya mereka, masa diluangkan
untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuatanak - anak kurang mendapat kasih
sayang dan tidak mustahil mereka akan mencarialternatif lain untuk mengisi
kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtanggayang bermasalah
juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remajauntuk
terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

Cara Berpakaian
Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa ini cukup
memalukan.Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya
melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam,
agama rasmi negara kita.Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing
yang dianggap moden dan maju.Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan
ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiransempit.Sayangnya, tidak semua dapat
menerima pendapat bahawa mereka ada memainkan peranan dalam
melonjaknya jumlah kes rogol dan seks bebas. Walaupun BruneiDarussalam
sebuah negara MIB, kita tidak dilarang berfesyen, akan tetapi berpadalahdengan
aturan dan garis panduan syarak dan budaya yang telah ditetapkan
Dunia Cinta Remaja
Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan
mahramtelah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat
yang lebih majutetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memang
lumrah, perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam
remaja. Tetapi sekiranya perasaanini tidak dikawal, sudah tentu ini akan
menimbulkan gejala - gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina
dan sebagainya.Bercinta tidak pernah dianggap salah malahan orang yang tidak
percaya akan cintakepada insan lain dan pencipta-Nya merupakan golongan
manusia yang rugi. Islamsendiri menggalakkan umatnya saling kenal mengenali
antara satu sama lain tanpamengira jantina, bangsa dan agama. Mungkin ada
cara untuk menangani masalah percintaan. Remaja diingatkan supaya berkawan
atau bercinta dengan cara yang telahdigariskan oleh Islam yang diantaranya
adalah mengelakkan pergaulan tanpa batas, berdua-duaan di tempat sunyi dan
sebagainya.
Terlalu Banyak Masa Lapang
Sekiranya masa lapang golongan belia terbatas,mereka akan rasa kurang
berminat pada kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Pengisian masa lapang
yang kurangterarah, akan mendesak remaja untuk melakukan aktiviti yang tidak
bermanfaatseperti perbuatan negatif.
Pengaruh Rakan Sebaya

Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh
membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan
mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap
remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu
mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakanrakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan
mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa kawan
juga kadangkala boleh makan kawan. Dalam keadaan ini ramai para remaja
terjerumus ke dalam gejala sosial.
Dahagakan Keseronokkan
Sikap remaja juga dahagakan keseronokan. Jadi apa sahaja benda-benda yang
memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan sama ada kerana
terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau pilihan sendiri. Hal ini menyebabkan
remaja terlibat dengan rokok, pergaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dan
sebagainya. Ketika ini apa yang terlintas di pemikiran mereka adalah
keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak.

KESAN MASALAH GEJALA SOSIAL

Masalah gejala sosial di dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan
kesan dan impak yang begitu besar dalam diri individu, masyarakat dan Negara.
Remaja pada hari ini merupakan aset utama dan sangat penting dalam
pembangunan negara pada masa akan datang. Kesan jangka panjang dan jangka
pendek pasti akan berlaku seandainya remaja dan masyarakat pada hari ini tidak
tahu bagaimana untuk menanganani permasalahan yang kian meruncing ini, ini
menjadikan pembentukkan jati diri dan kemuliaan akhlak rapuh dari mata
masyarakat kita sendiri.Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi
seseorang individu. Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang
buruk, maka peribadi seseorang individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja
yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri,
keluarga, masyarakat, dan negara.
Kesan Ke atas Individu
Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih
yang tiada kotoranya, ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana
dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya
dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu
yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang
serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar
muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan
perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya,
kebanyankkan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran islam yang
sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat
dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam
pada diri seseorang remaja itu.
Kesan Ke atas Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi
kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu
terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan

hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat.


Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada
sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu,
keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang
besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu.
Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah
kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa
depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat
bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang
lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan
sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.
Kesan Ke atas Masyarakat
Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa kini ialah
dengan melihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan akhlak
remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal ini tidak
dibendung oleh pihakpihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan,
maka tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur
dan keruntuhan akhlak remajaremaja Melayu terutamanya akan rosak dan
binasa. Namun begitu terdapat kesan yang paling ketara yang akan dilihat
kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung dengan segera. Masyarakat
di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatupadu. Akibatnya perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat.
Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Hal ini menberi
kesan apabila berlaku pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan
wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Sekaligus kadar
jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini
disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin
meningkat.
Kesan Ke atas Negara
Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak ditengani segera akan
menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa
hadapan. Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan
terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya
gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara

ini menjadikan kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan
peningkatan gejala sosial ia sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan
untuk mengurangkan kadar jenayah. Seterusnya anasir-anasir luar akan meresap
masuk kedalam negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu
menjaga akhlak mereka. Dan, kesan paling utama ialah remaja pada hari ini
terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa
lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk

CARA MENANGANI MASALAH GEJALA SOSIAL

Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar


remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada
golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:

1.

Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang

serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap


gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa
mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta
sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga
seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan
anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai
kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan
sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan
memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap
masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak
terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsipprinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian
yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi
anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak anak-anak


2.

Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-

aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan kokurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik
pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar
dan teknik pengajaran luar kelas.

3.

Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di

peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di


samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu
bapa dalam pengawasan disiplin.
4.

Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang

kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam
mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil
kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.
5.

Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan

seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah


penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan
lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan
berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan
kaunseling tersebut.
6.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang

penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu
diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya
menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan
lah jadi umpama KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI
Contoh keratan akhbar

Punca-punca dan cara-cara mengatasi masalah


disiplin pelajar
Posted on 14 Mac, 2008 by admin
Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan
golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah
ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?
Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era
globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka
mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar
dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa
mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.
Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan
drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba
pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang

telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin
pelajar yang terus merosot itu.
Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering
menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan
sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab
mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut
merosot dengan drastiknya.
Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut
menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan
masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini
menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan
dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini
menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah
menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.
Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca
masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa
mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang
mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.
Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa
mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi
mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang
berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.
Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari
kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu
bertegas dan berpijak di bumi nyata

Anda mungkin juga menyukai