Anda di halaman 1dari 2

PENJENAMAAN SEMULA BAGI PELAKSANAAN AMALAN 5S

SEKTOR AWAM DI BAWAH MAMPU


EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).Ia diterajui oleh pihak MAMPU (
Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusa Malaysia) dan ia merupakan penjanamaan semula
bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam serta bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan
organisasi yang lebih berimej korporat. Selain itu juga ianya melahirkan idea dan kreativiti dan inovasi.
LATAR BELAKANG

Mampu telah mengeluarkan Panduan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010 yang mana
agensi/jabatan di bawah Sektor Awam sudah boleh memperolehi Pensijilan Amalan 5S melalui pihak
MAMPU (Bahagian Inspektrorat dan Pengiktirafan). Seperti sedia maklum selama ini Pensijilan 5S/QE
(Sistem Persekitaran Berkualiti) di tunjangi oleh pihak MPC ( Perbadanan Produktiviti Malaysia) sejak
tahun 80an lagi. Manakala tempoh pensijilan 5S ini adalah selama 2 tahun sekali.Berbanding tempoh
Pensijilan 5S MPC setahun sekali.

Bagi merealisasi dan memantapkan lagi Amalan 5S Sektor Awam ini, pada tahun 2011 pihak
MAMPU telah melaksanakan Program Training oF Trainers (ToT) Amalan 5S kepada Institut Latihan
Awam. Sejak itu beberapa agensi/jabatan sektor awam mula memperolehi pensijilan 5S melalui
pengauditan MAMPU. Sehingga tahun 2013 sejumlah 173 agensi/jabatan sektor awam telah
memperolehi pensijilan ini.

Atas usaha untuk penjenamaan semula 5S Sektor Awam ini, dengan acuan sendiri dan tidak
mengguna pakai nama 5S (berasal dari Jepun : Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu & Shitsuke), makapada
tahun 2013, Makmal 5S dan Pilot Test EKSA telah dilaksanakan dengan menggunakan kriteria yang
ditambah baik hasil perbincangan danidea dari 'pakar-pakar' wakil agensi sektor awam yang telah
memperolehi Sijil 5S Sektor Awam sebelum ini.

Seterusnya pada awal tahun 2014, ToT EKSA telah dilaksanakan dan te;ah menjemput hampir 80
peserta daripada pelbagai agensi Sektor Awam dan Institut Latihan Awam (ILA) yang terpilih untuk
memberi penjelasan berhubung pelaksanaan EKSA dalam memperkukuhkan budaya organisasi
berprestasi tinggi dan inovatid, memberi pendedahan dan kefahaman menyeluruh berhubung kriteria
baru EKSA, menyediakan latihan amali berkaitan tatacara pengauditan EKSA dan juga melahirkan
juruaudit yang terlatih dan berkaliber dalam program pengauditan dan pensijilan EKSA.

Dengan perancangan rapi MAMPU melahirkan juruaudit terlatih dan berkaliber, maka EKSA akan
mudah diperluaskan dan Surat Pekeliling EKSA 2014 akan dikeluarkan pada tahun berkenaan.
TUJUAN PENJENAMAAN SEMULA
MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan
semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha
memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi-agensi sektor
awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga
agensi sektor awam.

Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi
kerajaan:Meningkatkan imej korporat

Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go Green

Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan stakeholders

Memperluaskan pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan

Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian organisasi /agensi


kerajaan.
Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang
merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis
agensi kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang
dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi kepelbagaian agensi kerajaan pada
masa ini. Jestreu itu, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.
Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan kongsep 5S yang
sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik eleman 5S tersebut dengan menyokong kepada
pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.

Anda mungkin juga menyukai