Anda di halaman 1dari 36

TS2023 Sistem Cerdas

BAB 3 Teknik Perwakilan Pengetahuan Logik


Pengenalan
Logik simbolik mengandungi 2 cabang iaitu Logik usulan dan Logik
predikat. Logik usulan mengambil usulan sebagai satu unit tunggal.
Manakala Logik predikat pula membuat beberapa ciri yang boleh
memperkembangkan atau meluaskan maksud sesuatu ayat dengan
lebih baik. Penggunaan wakil simbol Logik predikat iaitu konstan,
pembolehubah, fungsi dan ayat atomik , pengkuantiti ,semantiks dan
sintaks dalam Logik predikat boleh menaakul perwakilan pengetahuan
dengan lebih kemas dan lengkap. Anda juga akan diterangkan maksud
istilah modus ponen, modus tolen dan well-formed formula dalam
penggunan Logik predikat nanti. Selain itu, anda juga akan
mempelajari petua penaabiran, petua penyatuan dan teori pembuktian
resolusi dalam pelbagai jenis Logik. Bab ini juga akan menerangkan
kebaikan dan keburukan Logik dan bagaimana untuk mengatasi
masalah ini.

Objektif
Di akhir bab ini anda dapat:
1. Pelajar akan faham sejarah awal Logik.
2. Pelajar akan mengetahui konsep asas Logik usulan.
3. Pelajar akan mengetahui konsep asas dan petua dalam Logik
predikat.
4. Pelajar juga akan mampu melakukan pembuktian teorem Logik.

2.0 Apakah Logik atau Mantik ?


Tahukah anda bahawa Logik adalah satu kaedah perwakilan
pengetahuan yang mula-mula digunakan dalam sistem cerdas ?
Siapakah yang perkenalkannya? Kononnya Logik juga boleh dikenali
sebagai mantik. Perkataan Logik merupakan bahasa Latin manakala
Mantik adalah bahasa Arab yang digunakan semenjak zaman Ibnu
Sinar lagi. Kenapa Logik lebih terkenal dari Mantik? Mungkin
disebabkan oleh penjajahan.

TS2023 Sistem Cerdas


Logik boleh digunakan atau diaplikasikan untuk mengungkap
penyataan, menaabir penyataan baru dan
membukti/menafi/menyangkal penyataan.
Takrifan bagi penaakulan adalah proses deduksi fakta baru daripada
fakta yang sedia manakala deduksi pula adalah tatacara penaakulan
yang bersistem dan Logik.
Sebutan yang selalu digunakan dalam Logik pula adalah penyataan,
usulan, ayat, ungkapan, aksiom, teorem dan lain-lain. Sila rujuk Rajah
2.0.
Hujah P
Bukti/sangkal penyataan baru, menggunakan S

P
P:Set aksiom
(penyataan benar)

Memapan kekosistenan Logik, S (pembuktian teorem


resolusi)

Rajah 2.0: Konsep asas dalam Logik.

TS2023 Sistem Cerdas

penyataan
Nilai kebenaran
Benarkan:
kata_hubung Logik

Benarkan:
pembolehubah

usulan

Predikat
(rumus atomik)
Logik Usulan

Kata_hubung
Logik &
pengkuantiti

Logik peringkat pertama

Rumus terbentuk
rapi

Logik predikat

Rajah 2.1:Asal-usul Logik usulan dan predikat.


Setakat ini, dua kaedah Logik yang biasa dikaitkan dengan kecerdasan
buatan ialah Logik Usulan (Propositional Logic) dan Logik Predikat/
Kalkulus Predikat (Predicate Logic/Predicate Calculus). Sekiranya
anda imbas semula bab 2 iaitu pengaturcaraan PROLOG, secara
dasarnya bab ini akan menceritakan bagaimana aturcara tersebut
boleh menjanakan hasilnya. Di harap anda akan merasa seronok
untuk mengetahui prosesnya yang berlaku di dalam.
Jadual 2.0: Undang-undang Logik Aristotle
Nama
IDENTITI

PERCANGGAHAN
(contradiction)

Keterangan
Sesuatu yang
menyerupai sendiri.
Kenyataan yang
membawa maksud
tersendiri
Sesuatu yang bukan
jadi kedua-duanya
dan bukan sesuatu.
Tiada kenyataan
sama ada benar atau
palsu.

Ungkapan
A adalah A
(A is A)

A adalah bukan
bukan-A
(A is not not-A)

TS2023 Sistem Cerdas


TIDAK TERMASUK
PERTENGAHAN
(excluded middle)

Sesuatu yang ada


atau tidak tidak ada
Setiap kenyataan
sama ada benar atau
palsu

A adalah bukan
kedua-duanya A
dan bukan-A
(A is not both A and
not-A)

Secara ringkas tujuan Undang-undang Logik adalah untuk:


1. Memelihara penyataan integriti
2. Menjanakan sesuatu penyataan dengan nilai kebenaran (Benar
/ Palsu)
3. Setelah sesuatu nilai kebenaran diterima sebagai penyataan, ia
tidak boleh diubah lagi.

2.1 Logik Usulan (Propositional Calculus)


Logik Usulan adalah suatu perwakilan dan alasan dengan usulan di
mana penyataannya yang bernilai sama ada BENAR atau PALSU
contoh:
Jadual 2.1: Contoh nilai kebenaran bagi suatu usulan.
Simbol
U1
U2
U3
U4

Usulan
Semua segiempat tepat mempunyai 4 sisi
Semua burung memiliki sayap
Semua segitiga mempunyai 2 sisi
Burung boleh terbang

Nilai
Benar
Benar
Palsu
Benar/Palsu

Oleh itu, penyataan U1 & U2 disebut tautologi dan penyataan U3


pula dipanggil falasi.
Berikut adalah contoh bentuk perwakilan Logik usulan di mana ia boleh
terdiri dari alphanumerik, simbol usulan atau perkataan. Sila rujuk
Jadual 2.2.
Jadual 2.2: Perwakilan secara Logik usulan.
Usulan
U1
U2
U3
U4

Contoh bentuk perwakilan


a, U1, segiempat.
b,U2, burung_bersayap.
c, U3, sisi_segitiga.
d,U4, burung_terbang...

TS2023 Sistem Cerdas


Perhatian : Setiap penyataan yang anda wakilkan mestilah
mempunyai simbol yang berbeza.
a. Kata penghubung (Connectives)
Sesuatu ayat tidak akan lengkap jika kita hanya menggunakan satu
perkataan sahaja. Oleh itu, kata penghubung seperti dan, atau ,
dengan dan lain-lain lagi akan menjadi pelengkap kepada suatu ayat.
Begitulah juga dengan Logik usulan yang juga mementingkan kata
hubung dalam mewakilkan pengetahuan. Sila rujuk antara kata hubung
yang dibenarkan dalam Logik.
Jadual 2.3: Senarai kata hubung atau Connectives dalam Logik
usulan.
kata_hubung
ATAU (OR)
DAN (AND)
TAK (NOT)
IMPLIKASI
(IMPLICATION)
Setara
(EQUIVALENCE)

simbol
, + ,
, ,- .
~, ,
, ,

contoh
a atau b: a b, a b
a dan b: a b, a b
tak a : ~a,-a
a implikasi b: a b

, ,

a setara b: a b

Jadual yang berikut akan menerangkan jadual kebenaran mengikut


penggunaan kata penghubung yang telah anda belajar sebelum ini.

TS2023 Sistem Cerdas

Jadual 2.4 : Jadual kebenaran yang mewakilikan B= benar, P=palsu

a
B
B
P
P

b
B
P
B
P

a b
B
B
B
P

ab
B
P
P
P

~a
P
P
B
B

a b
B
P
B
B

ab
B
P
P
B

Contoh penggunaan Logik usulan dengan menggunakan petua


pentaabiran.
JIKA kereta tidak boleh dihidupkan
----P
DAN amat jauh berjalan untuk ke kuliah TS2023
----Q
MAKA hari ini saya akan ketinggalan pelajaran Sistem Cerdas----R
Kita boleh tulis petua di atas sebagai P Q R
Ayat dalam Logik Usulan dibentuk melalui gabungan simbol-simbol
usulan dengan menggunakan kata penghubung mengikut syaratsyarat tertentu:1. Setiap simbol usulan dan simbol kebenaran adalah suatu ayat
Contoh: P, Q, R, Benar dan Palsu adalah ayat
2. Penafian ayat adalah suatu ayat
Contoh: P or Benar adalah ayat
3. DAN (TINDANAN) pada dua ayat adalah suatu ayat
Contoh: P Q adalah ayat
4. ATAU (PENYATUAN) pada dua ayat adalah suatu ayat
Contoh: P Q adalah ayat
5. IMPLIKASI satu ayat kepada ayat lain adalah suatu ayat
Contoh: P Q adalah ayat. P adalah premis dan Q adalah
konklusi
6. KESETARAAN dua ayat adalah suatu ayat
Contoh: P = Q adalah ayat

2.2.1 Well-Formed Formulas ( WFF's)

TS2023 Sistem Cerdas


Satu ungkapan yang terbentuk dari simbol usulan benar dan disusun
mengikut turutan syarat-syarat usulan merupakan ayat benar dan
dipanggil Well-Formed Formulas atau WFF's.
Bagaimana hendak mengenali satu penaabiran adalah ayat benar:
Ungkapan:

((P Q ) R ) = P Q R

Syarat: Setiap juzuk ungkapan adalah ayat maka ungkapan tersebut


dikatakan satu ayat. Sibu setiap juzuk mengikut syarat-syarat usulan
yang ada,

P, Q, R adalah SIMBOL USULAN dan juga ayat


PQ
, adalah DAN (TINDANAN) terhadap dua ayat dan
satu ayat
( P Q ) R , adalah IMPLIKASI ayat bagi ayat yang lain dan
satu ayat
PdanQ adalah PENAFIAN ayat dan juga satu ayat
P Q adalah ATAU (PENYATUAN) bagi 2 ayat dan juga
ayat
P Q R adalah ATAU (PENYATUAN) bagi 2 ayat dan
satu ayat
((P Q ) R ) = P Q R adalah SETARA bagi dua ayat
juga satu ayat.

Oleh yang demikian, ungkapan diberi adalah


.

juga
juga

satu
juga
dan

ayat benar atau WFF

TS2023 Sistem Cerdas

2.2.2 Semantiks
Dalam Logik usulan, Semantiks merujuk kepada MAKSUD kepada
ayat usulan
PENTERJEMAHAN pula adalah merujuk kepada setiap usulan simbol
berkait dengan satu penyataan atau simbol usulan.
S menandakan
Matahari sedang memancar
T menandakan
Saya ada kereta merah
Di mana kedua-dua S dan T boleh memberi nilai kebenaran sama ada
BENAR atau PALSU bergantung kepada keadaan tertentu.
Oleh itu, PENTERJEMAHAN digunakan untuk memberi
kebenaran (BENAR atau SALAH) kepada ayat usulan.

nilai

Semantiks Logik usulan (Propositional Calculus Semantics) adalah


PENTERJEMAHAN satu set usulan iaitu dengan menetapkan nilai
kebenaran BENAR (B) atau PALSU (P) kepada setiap simbol usulan.

Penterjemahan bagi sesuatu ayat dikenalpasti melalui,

PENAFIAN ( S ): P sekiranya S ialah B ; B sekiranya S ialah P

DAN ( S T ): B sekiranya S dan T adalah B; sebaliknya P.

OR ( S T ): P sekiranya S dan T adalah P; sebaliknya B.

IMPLIKASI ( S T ): P sekiranya S adalah B dan T adalah P;


sebaliknya B.

SETARA( S = T ): B sekiranya S dan T adalah sama nilai;


sebaliknya P.

Berpandukan kepada petua di bawah, setiap usulan dan Logik predikat


boleh ditaabirkan kepada bentuk lain. Anggap P, Q, R adalah
penyataan Logik usulan. Terdapat beberapa jenis petua iaitu
Kontrapositif, de Morgan, SALING TUKAR TERTIB (commutative) ,
KALIS SEKUTUAN (associative) dan KALIS AGIHAN /TABURAN

TS2023 Sistem Cerdas

(distributive). Sekiranya diberikan beberapa ayat Logik predikat atau


Logik usulan, ia perlulah ditaabir dalam bentuk yang lebih ringkas dan
mudah supaya dapat
ditentukan pembuktian teorem seperti yang
ditunjukkan dalam sub topik 2.3.9.
(P) P
(P v Q) = ( P Q)
Petua kontrapositif : (P Q) = ( Q P)
Petua de Morgan's: (P v Q) = ( P Q) DAN (P Q) = ( Pv Q)
Petua saling tukar tertib : (P Q) = (Q P) DAN (P v Q) = (Q v P)
Petua Kalis Sekutuan: ((P Q) R) = (P (Q R))
Petua Kalis Sekutuan: ((P v Q) v R) = (P v (Q v R))
Petua Kalis Agihan: P v (Q R) = (P v Q) (P v R)
Petua Kalis Agihan: P (Q v R) = (P Q) v (P R)
Berikut adalah jadual kebenaran (Jadual 2.5) bagi ungkapan dan
contoh bagaimana Logik usulan boleh ditaabirkan dengan
menggunakan petua di atas.
Jadual 2.5: Jadual kebenaran bagi ungkapan
S

S T

S T

B
B
P
P

B
P
B
P

P
P
B
B

B
P
P
P

B
B
B
P

S T
(S T )
B
P
B
B

Mengenalpasti
tugasan
kebenaran
menggunakan Jadual Kebenaran.

S =T

(S T ) ( S T )
B
P
P
B
ungkapan

dengan

Jadual Kebenaran akan menyenaraikan semua


nilai kebenaran
tugasan kepada usulan bagi setiap ungkapan dan kemudian
memberikan nilai kebenaran ungkapan untuk setiap tugasan.
Dua ungkapan akan dianggap setara sekiranya nilai kebenarannya
adalah sama mengikut tugasan nilai kebenaran. Sila lihat jadual 2.6
dan jadual 2.7 untuk mendapat gambaran jelas mengenai kesetaraan
apabila diberi 2 ungkapan.
Jadual 2.6: Ungkapan 1 iaitu (S T ) = ( S T )

TS2023 Sistem Cerdas

S T

(S T )

B
B
P
P

B
P
B
P

P
P
B
B

B
P
B
B

B
P
B
B

Jadual 2.7:Ungkapan 2 iaitu

(S T ) = (S T )
B
B
B
B

(S T ) = (S T )

S T

( S T )

(S T ) = (S T )

B
B
P
P

B
P
B
P

P
P
B
B

P
B
P
B

B
B
P
B

B
B
P
B

B
B
B
B

Oleh demikian

Ungkapan 1 = Ungkapan 2

2.2.3 Menggunakan Logik usulan kepada bidang


pengetahuan
Logik merupakan salah satu lagi perwakilan pengetahuan yang
mempunyai keistimewaannya tersendiri. Sebelum anda menggunakan
teknik Logik usulan kepada bidang pengetahuan tertentu, anda
mestilah menganalisis struktur bidang seperti:
i.
usulan yang digunakan pada bidang tersebut
ii.
perhubungan logikal yang wujud di antara usulanusulan.
Sila lihat rajah 2.2 sebagai contoh. Setiap ayat yang panjang
hendaklah anda mengambilkira isi ayat yang penting sahaja. Ayat 1
boleh kita ringkaskan dari
Jikalau Ahmad minat Logik, maka dia akan belajar Logik semester
depan, atau dia malas
kepada

Ahmad minat Logik.

Begitulah juga contoh bagi ayat-ayat yang lain.


panggilkan sebagai proses pengabstrakan.

Proses ini kita

10

TS2023 Sistem Cerdas

Perangai Ahmad terhadap Logik


1. Jikalau Ahmad minat Logik, maka dia akan belajar Logik semester depan, atau dia
malas.
2. Jikalau Ahmad memiliki buku Logik maka dia berminat dalam Logik
3. Ahmad akan mentelaah buku mengenai Logik sendiri
4. Ahmad tidak malas.

Mengabstrak
usulan

Usulan
1. Ahmad meminati Logik
2. Ahmad akan belajar Logik semester depan
3. Ahmad malas.
4. Ahmad memiliki buku Logik sendiri
Aksiom
1. A B C
2. D A
3. D
4. C

Simbol
A
B
C
D

Maksud
(Jika A adalah benar, begitu juga B atau C)
(Jika D adalah benar maka A adalah benar)
(D adalah benar)
(C adalah palsu)

Rajah 2.2: Proses pengabstrakan ayat biasa kepada Logik usulan.

2.3 Logik Predikat (Predicate Calculus)


Setelah anda pelajari konsep asas Logik usulan, Logik predikat adalah
lanjutan dari perwakilan pengetahuan tersebut atau kita boleh
terjemahkan sebagai Kalkulus Predikat. Predikat merupakan lanjutan
Logik usulan yang menyediakan perwakilan akhir bagi pengetahuan
tertentu. Kalkulus Predikat mengandungi penyataan-penyataan
predikat mengenai individu atau objek, ciri-cirinya dan hubungannya
dengan objek lain serta mewakili nilai Benar atau Palsu.

11

TS2023 Sistem Cerdas

Anda mesti ingat bahawa satu predikat (atau ayat atomik)


mengandungi simbol predikat yang menamakan hubungan antara entiti
kosong atau lebih dikenali sebagai argumen.
Bentuk am: predikat (argumen).
Jadual 2.8: Pembentukan dari suatu premis kepada usulan dan
ditaabirkan secara predikat.
premis
usulan
predikat
1. Ahmad seorang lelaki
2. Muru seorang lelaki
3. Siew seorang lelaki
4. Semua lelaki adalah manusia
Perhatian !

P
Q
R
S

lelaki(ahmad)
lelaki(muru)
lelaki(siew)
manusia(lelaki)

nama predikat bermula dengan huruf kecil


nama pembolehubah bermula dengan besar
nama atom/pemalar bermula dengan huruf kecil

Perhatikan contoh di atas (Jadual 2.8), terdapat beberapa kelemahan


Logik. Antara kelemahan yang ketara akan digariskan dalam jadual
perbezaan Logik usulan dan Logik predikat (Sila rujuk jadual 2.9).
Jadual 2.9: Perbezaan Logik Usulan dan Logik Predikat.
Logik Usulan
Tiada hubungan di antara
individu bergelar lelaki dan
individu bergelar manusia.
Setiap simbol (P, Q, R atau S)
mewakili keseluruhan usulan
Tiada jalan untuk menembusi
(menyelami maksu usulan untuk
setiap komponen individu
P = Ahmad bermain bolasepak
Usulan tidak mengandungi
pembolehubah

Logik Predikat
Ada hubungan di antara semua
individu bergelar lelaki dan semua
lelaki adalah manusia.
Membenarkan setiap individu
komponen ditembusi atau diselami
main(ahmad, bolasepak)
Benarkan ungkapan mengandungi
pembolehubah,
Iaitu membenarkan kemasukan
atau 'assertion' entiti kelas seperti,
1. main(X, bolasepak) di mana
X adalah manusia yang main
bolasepak

12

TS2023 Sistem Cerdas

2. main(ahmad, Y) di mana Y
adalah jenis permainan.
Melalui Peraturan penaabiran, kita
boleh menerbitkan ungkapan
kepada ayat baru seperti,
rakan_kumpulan(X, Y) main(X,
bolasepak) main(Y, bolasepak)

2.3.1 Sintaks Logik Predikat


1. Simbol Logik Predikat digunakan untuk menyatakan objek, ciriciri atau hubungan dalam dunia. Simbol adalah seperti 'token'
dalam bahasa pengaturcaraan.
2. Simbol kalkulus predikat mengandungi:
a. Set huruf iaitu huruf kecil atau besar
b. Set digit 0, 1, ..9
c. Garis bawah atau underscore _
3. Simbol bermula dengan huruf dan diikuti dengan sebarang
susunan perkataan yang dibenarkan (huruf, digit & _ )
4. Simbol Logik predikat yang dibenarkan:
a, A, ahmad, ALI, suka, objek1, objek2, adam_dan_hawa,
XXXX
5. Simbol Logik predikat yang tidak dibenarkan:
& % @ ? # , ruang kosong antara huruf
2objek, jumlah%, adam dan hawa, tambah&jumlah

2.3.2 Wakil simbol predikat


Terdapat 5 perkara yang penting dan anda perlu tahu dalam
perwakilan simbol predikat iaitu konstan. pembolehubah, fungsi,
predikat dan ayat atomik.
1. Konstan
a. Selalunya digunakan kepada objek yang spesifik dan ciriciri dalam dunia.
b. Dimulakan dengan huruf kecil seperti ahmad, lelaki,
manusia dan lain-lain.
2. Pembolehubah
a. Selalu digunakan kepada objek kelas am atau ciri-ciri am
bagi sesuatu skop perbincangan.

13

TS2023 Sistem Cerdas

b. Mesti bermula dengan hurus besar seperti Binatang,


Lelaki, Kereta, Permainan , X, Y
3. Fungsi
a. Mewakili satu PEMETAAN dari elemen dalam satu set
(fungsi domain) ke atas elemen unik (jarak fungsi) dalam
set lain.
b. Simbol fungsi mesti bermula dengan huruf kecil
c. Mengandungi ARITI, menyatakan bilangan elemen yang
memetakan ke jarak dalam domain.
Jadual 2.10: Bilangan elemen dalam fungsi tersebut adalah 2.
fungsi_simbol(elemen1, elemen2)
darab (2,3)
campur (2,2)

PETA KEPADA

nilai

PETA KEPADA
PETA KEPADA

6
4

Fungsi darab dan campur (ariti=2) MEMETA 2 nombor kepada nombor


lain.
Jadual 2.11: Bilangan elemen dalam fungsi tersebut adalah 1.
fungsi_simbol(elemen)

PETA KEPADA

nilai

bapa(ali)
kawan(ali)
kakak(ali)

PETA KEPADA
PETA KEPADA
PETA KEPADA

ahmad
hasan
fatima

Fungsi bapa, kawan dan kakak (ariti=1) MEMETA 1 orang kepada


orang lain
d. Ungkapan Fungsi.
Mengandungi satu simbol fungsi berariti n diikuti dengan
TEMPOH n yang dikurungkan oleh parentisis dan
dihadkan oleh masa.
Contoh:
bapa(ahmad).
harga(epal).
campur(X,Y).
ayah(ayah(ahmad)).
TEMPOH
boleh
terdiri
daripada
konstan,
pembolehubah atau ungkapan fungsi.
Contoh:
ahmad

14

TS2023 Sistem Cerdas

Kereta
X
NAMA
darab(2,3)
campur(2,4,6)
4. Predikat
Satu predikat menyatakan satu HUBUNGAN di antara kosong
atau lebih objek dalam sesuatu skop perbincangan. Anda juga
boleh menyatakan bahawa satu hubungan merupakan satu
pemetaan elemen-elemen n (bergantung kepada skop
perperbincangan) kepada nilai kebenaran (BENAR atau
PALSU).
simbol_predikat(argumen1, argumen2)
adalah_lebih_dari(2,3).
adalah_lebih_dari(3,2).
suka(ali, komputer)
benci(ali,hujan).
warna(langit, hijau).

Nilai kebenaran
Palsu
Benar
Benar
Benar
Palsu

Predikat akan bermula dengan huruf kecil seperti suka, benci,


main dan lain-lain. Predikat juga akan dihubungkan dengan satu
ARITI iaitu nombor objek yang berkaitan. Walau bagaimanapun,
nama predikat adalah sama tetapi berlainan ariti maka ia
dikatakan berbeza atau 'distinct'. Oleh itu, predikat diwakili oleh
hubungan berbeza. Contoh,
suka(bolasepak).
ariti = 1
suka(ali,komputer).
ariti = 2
suka(ali, televisyen, tidur).
ariti = 3
Argumen kepada satu predikat akan mengikut tempoh kerana ia
boleh terdiri daripada pembolehubah atau ungkapan fungsi.
Seperti
kawan(ali, X).
kawan(suka(komputer),benci(televisyen)).
Jika diberi 2 objek , ali dan ahmad, kedua-dua suka komputer
dan benci televisyen, satu ungkapan lain akan terjana iaitu:
kawan(ali,ahmad).
5. Ayat atomik

15

TS2023 Sistem Cerdas

Satu ayat atomik adalah satu predikat ariti n yang diikuti dengan
TEMPOH n (iaitu konstan, pembolehubah atau ungkapan
fungsi) yang dikurungi oleh perentisis dan dipisahkan oleh
koma. Selain itu, satu ayat atomik boleh berhenti mengikut
tempoh tertentu.
Contoh:
kawan(ahmad,ali).
kawan(ahmad, ali,hasan).
kawan(ayah(ahmad),ayah(ali)).
suka(ahmad, muzik).
suka(ahmad,X).
suka(X,muzik).
Ayat atomik boleh dipanggil sebagai ungkapan atomik atau
atom. Ayat atomik juga boleh digabungkan dengan penghubung
logikal (seperti ,,, , = ) untuk membentuk sesutau ayat.

2.3.3 Pengkuantiti
Jika satu pembolehubah boleh berlaku dalam ayat maka
dipengkuantiti supaya maksud ayat boleh dikenalpasti.
keterangan
wujud X
untuk semua X

ia mesti

simbol
Contoh
X
X ,(lelaki (X) pelajar(X))
X
X ,(pelajar_itm(X) bumiputera(X))

Pengkuantiti Semesta (Universal Quantifier): Menandakan bahawa


ayat tersebut adalah BENAR untuk semua nilai dalam pembolehubah.
Pengkuantiti Kewujudan (Existential Quantifier) : Menandakakan
bahawa ayat tersebut adalah BENAR untuk sebahagian daripada nilai
dalam pembolehubah (sekurang-kurangnya satu nilai dalam skop
perbincangan tersebut).
Peringatan :
1. Jika pemboleubah X dipengkuantiti, maka X disebut
pembolehubah terbatas
2. Jika pembolehubah X tidak dipengkuantiti, maka X disebut
pembolehubah bebas

16

TS2023 Sistem Cerdas

Contoh ayat Logik predikat yang menggunakan pengkuantiti,


1.
2.
3.

Semua lelaki adalah manusia


X , (lelaki (X) manusia(X))
Ada rakyat yang tidak suka pemimpin negara
X , (rakyat(X) ~suka(X,Y) pemimpin_ negara(y))
Ada rakyat perempuan yang tidak suka semua rakyat lelaki
X , {rakyat(X) perempuan(X) [ Y ((rakyat(Y) lelaki(Y))
~suka(X,Y)]}

2.3.4 Semantik Logik Predikat


Sekiranya anda ingin menggunakan perwakilan lojik predikat dalam
penyelesaian sesuatu masalah, anda mestilah menjelaskan OBJEK
dan HUBUNGAN dalam DOMAIN PENTERJEMAHAN bagi sesuatu set
ungkapan WFFs.
Semantik Logik predikat pula akan menyediakan satu dasar yang
rasmi untuk mengenalpasti Nilai Kebenaran bagi setiap ungkapanungkapan WFFs. Nilai Kebenaran bagi
ungkapan WFFs ini
bergantung kepada pemetaan konstan, pembolehubah, predikat dan
juga fungsi terhadap sesuatu objek dan hubungan dalam domain
tertentu. Secara kesimpulannya semantik bagi Logik predikat boleh
dikatakan ,
1. Menjelaskan satu interpretasi terhadap domain D.
2. Menggunakan penterjemahan untuk mengenalpasti tugasan
nilai kebenaran bagi sesuatu ayat.

2.3.5 Penterjemahan (Interpretation)


Penterjemahan digunakan apabila hendak meletakkan tugasan ahliahli bagi Domain D dalam sesuatu ungkapan lojik predikat (iaitu sama
ada simbol fungsi, konstan, pembolehubah atau predikat)
1. Setiap konstan diberikan kepada satu elemen dalam domain D.
2. Setiap pembolehubah diberikan kepada satu subset tak_kosong
(nonempty). Ia akan membenarkan pembolehubah untuk
menukarganti.

17

TS2023 Sistem Cerdas

3. Setiap fungsi f, ariti m diterjemahkan mengikut bilangan


argumen m dari set D dan kemudian ditakrifkan sebagai satu
pemetaan dari Dm ke D.
4. Setiap predikat p, ariti n diterjemahkan mengikut bilangan
argumen n dari set D dan kemudian ditakrifkan sebagai satu
pemetaan dari Dn dengan menyatakan nilai kebenaran {BENAR,
PALSU}.
Sebagai kesimpulannya, penterjemahan boleh dikatakan sebagai
contoh menggantikan pelbagai konstan, pembolehubah, predikat dan
simbol fungsi bagi sesuatu ungkapan Logik predikat yang terdiri dari
ahli D, dan akhirnya ungkapan yang terhasil akan memenuhi tuntutan
tugasan nilai kebenaran.
Tugasan Nilai Kebenaran bagi Ungkapan Logik Predikat
Bayangkan jika ungkapan lojik predikat adalah E dan wujud satu
penterjemahan I terhadap E bagai satu Domain D yang tak_kosong
(nonempty). Oleh itu, nilai kebenaran E boleh dikenalpasti melalui:
1. Satu nilai konstan yang diberi kepada E oleh I adalah
merupakan satu elemen dari D.
2. Satu nilai pembolehubah diberi kepada E oleh I adalah satu
elemen dari D.
3. Satu nilai ungkapan fungsi yang diperolehi apabila menilai
fungsi (iaitu ketika penterjemahan I memberikan nilai parameter
yang juga merupakan satu elemen dari D).
4. Simbol kebenaran Benar ialah B dan Palsu ialah P.
5. Nilai bagi ayat-ayat atomik iaitu sama ada B atau P (seperti
yang telah dikenalpasti oleh penterjemahan I).
6. Nilai ayat penafian ialah B sekiranya nilai ayat tersebut adalah P
dan P sekiranya nilai ayat tersebut adalah B.
7. Nilai tindanan bagi 2 ayat adalah B sekiranya nilai kedua-dua
ayat ialah B dan adalah P sekira sebaliknya.
8. Ungkapan nilai kebenaran menggunakan V, dan =
dikenalpasti dari nilai kendaliannya (operands) seperti yang
telah diterjemah terlebih dahulu.
Untuk satu pembolehubah X dan satu ayat S mengandungi X pula;
9. Nilai X S adalah B jika S adalah B untuk semua tugasan
dalam X mengikut penterjemahan I dan akan menjadi P jika
sebaliknya.

18

TS2023 Sistem Cerdas

10. Nilai X S adalah B jika S adalah B untuk sekurang-kurangnya


satu tugasan dalam X berpandukan kepada penterjemahan I ;
jika berlaku sebaliknya maka S adalah P.
Berikut adalah sedikit rumusan ringkas bagi penterjemahan dalam lojik
predikat.

PENTERJEMAHAN
AYAT LOJIK PREDIKAT
Setiap ayat atomik adalah satu ayat.
1. Jika s adalah satu ayat, maka penafiannya adalah s.
2. Jika s1 dan s2 adalah ayat, maka tindanannya adalah s1 s2.
3. Jika s1 dan s2 adalah ayat, maka penyatuannya adalah s1 s2.
4. Jika s1 dan s2 adalah ayat, maka implikasinya adalah s1 s2.
5. Jika s1 dan s2 adalah ayat, maka setaranya adalah s1 s2.
6. Jika X adalah satu pembolehubah dan s adalah satu ayat, maka X
s adalah satu ayat.
7. Jika X adalah satu pembolehubah dan s adalah satu ayat, maka X
s adalah satu ayat.

Sekiranya anda sudah terasa agak penat. Bolehlah berhenti sekejap


kerana selepas ini anda akan belajar perkara yang lebih mencabar
iaitu petua penaabiran yang akan menggabungkan semua subtopik
yang telah dipelajari sebelum ini.

2.3.6 Petua Penaabiran (Inference Rules)


Satu lagi perkara yang penting dalam Lojik Predikat ialah Petua
Penaabiran. Petua Penaabiran adalah kebolehan untuk taabir
ungkapan betul baru dari satu set kemasukan (assertion). Jangan risau
jiak anda masih belum memahami apa yang dimaksudkan dengan
petua penaabiran. Sila teruskan pembacaan anda.
Apakah itu Petua Penaabiran yang sebenarnya?
Petua Penaabiran menyediakan satu mekanisma untuk menghasilkan
ayat Logik predikat baru dari ayat-ayat lain. Tambahan lagi, petua

19

TS2023 Sistem Cerdas

penaabiran menyediakan satu cara untuk mengenalpasti sekiranya


satu ungkapan logikal diikuti dari ungkapan lojikal yang lain. Sebagai
contoh jika semua manusia akan mati atau tidak kekal, kita boleh
gambarkan sebagai berikut:
Semua manusia akan mati (tidak kekal).
S : Xmanusia ( X ) mati ( X ).

Seorang manusia yang bernama Abdullah atau mengikut ayat


dibawah,
Abdullah adalah manusia. Boleh diwakilkan dalam ayat Logik predikat
seperti berikut:
manusia(abdullah).
Kedua-dua ayat diatas boleh ditaabir mengikut petua penaabiran iaitu
di mana Abdullah adalah manusia dan akan mati. Oleh itu ia boleh
ditaabirkan ayat yang lebih baik dengan menggantikan X dengan
abdullah.
manusia (abdullah) mati (abdullah).

2.3.7 Modus Ponens


Satu petua penaabiran akan terbentuk sekiranya setiap ungkapan logik
predikat dijanakan oleh petua dari satu set S yang juga merupakan
satu set ungkapan lojik predikat.
Oleh itu, Modus Ponen adalah satu cabang dari petua penaabiran.
Contoh 1:
JIKA kita ada 2 ungkapan dalam format
P Q dan P
di mana kedua-duanya Benar dibawah penterjemahan I
MAKA melalui modus ponen kita boleh taabir Q adalah juga Benar
untuk semua interpretasi bagi P dan P Q adalah Benar.
Contoh 2:
Ungkapan : "JIKA huda sedang menjahit MAKA hari itu adalah cuti"
JIKA P mewakili "huda sedang menjahit"
dan Q mewakili " hari itu adalah cuti"

20

TS2023 Sistem Cerdas

MAKA ungkapan boleh ditulis sebagai P Q


Oleh itukita akan memperolehi petua
PQ
dan fakta
P (huda sedang menjahit adalah Benar)
Selain itu, dengan menggunakan modus ponen kita boleh tambah fakta
Q kepada set ungkapan benar : Q (hari itu adalah cuti).
Modus Ponen juga boleh digunakan kepada ungkapan mengandungi
pembolehubah.
Contoh:
3 penyataan:
1. Comel adalah seekor kucing.
2. Semua kucing adalah makhluk.
3. Semua makhluk akan mati.

Format predikat
kucing(comel).
X ((kucing (X)makhluk(X))
Y ((makhluk(Y)mati(Y))

Buktikan
Comel akan mati.
Menggunakan modus ponen pada penyataan 2 dan gantikan {comel/X}
makhluk(comel).
Menggunakan modus ponen pada penyataan 3 dan gantikan {comel/Y}
mati(comel).
Sila perhatikan contoh di bawah pula yang mengandungi 4 penyataan
iaitu:
1. omar suka kalkulus.
2. semua yang suka kalkulus tahu prolog.
3. prolog berkait dengan Logik.
4. Logik diajar dalam kursus ts2023.
Kita ingin ketahui sama ada Omar ingin ambil kursus ts2023.
1a. suka(omar,kalkulus).
2a. ( X )(tahu ( X , pro log) suka( X , kalkulus ) .
3a. berkait(prolog, Logik).
4a. ( X )(Y )(ambil ( X , ts 2023) tahu ( X , Y ), berkait (Y , lojik )).

21

TS2023 Sistem Cerdas

Menggunakan modus ponen pada penyataan 2a dan gantikan


{omar/X}
tahu(omar,prolog):-suka(omar,kalkulus).
Menggunakan modus ponen pada penyataan 4a dan gantikan
{omar/X} dan {prolog/Y}
ambil(omar,ts2023):tahu(omar,prolog),berkait(prolog,logik).
Oleh itu, petua penaabiran membenarkan sesuatu ayat digantikan
kepada ayat yang lain dengan syarat ia membawa maksud yang sama
atau menggunakan teknik modus ponen. Setelah anda faham apa
yang dimaksudkan dengan penaabiran, mari pula belajar mengenai
penyatuan.

2.3.8 Penyatuan (Unification)


Baiklah satu lagi perkara yang penting dalam Logik predikat ialah
penyatuan. Penyatuan adalah satu alkhawarizmi bagi membandingkan
pembolehubah dalam 2 ungkapan Logik predikat untuk mencari
sekiranya wujud satu set gantian (untuk pembolehubah) yang boleh
menjadikan 2 ungkapan Logik predikat serbasama.
Contoh:
1. Aishah adalah seorang Melayu.
melayu(aishah).
2. Semua melayu adalah warganegara Malaysia.
Xmelayu ( X ) w arg anegara _ malaysia ( X ).
3. Semua warganegara_malaysia sama ada setia kepada
pemimpin negara atau tidak.
Xw arg anegara _ malaysia ( X )
setia ( X , pemimpin _ negara ) benci( X , pemimpin _ negara ).
Tindakan penyatuan.

Dalam penyataan 2, penyataan utama boleh digantikan oleh


penyataan 1, iaitu pembolehubah X = =aisyah.

Ia boleh diikuti (atau ditaabir) dari penggantian ini,


melayu (aisyah) w arg anegara _ malaysia (aisyah). [ X = = aisyah ]
aisyah adalah seorang warganegara_malaysia

Penaabiran warganegara_malaysia(aisyah) boleh digunakan


untuk menggantikan penyataan utama 3, iaitu, X = = aisyah.

22

TS2023 Sistem Cerdas

Ia boleh ditaabirkan dengan menggantikan X = =aisyah ,


Xw arg anegara _ malaysia (aisyah)
setia (aisyah, pemimpin _ negara ) benci(aisyah, pemimpin _ negara ).

Oleh itu, penyatuan membenarkan penaabiran terjadi pada satu set


penyataan Logikal.
Bagaimanakah penyatuan dilakukan?
Untuk menyatukan 2 pembolehubah dalam 2 penyataan predikat anda
mestilah mengetahui mengenai kasus iaitu satu alkharizmi yang
menerangkan bagaimana penaabiran atau penyatuan boleh dilakukan.
Kasus
1. Ungkapan U1 & U2 pemalar atau senarai kosong.
JIKA U1 = U2
MAKA { } *
KALAUTAK gagal
Contoh bagi kasus 1,
cinta(komputer).
benci(komputer).
TAK PADAN

cinta(komputer).
cinta(bolasepak).
PADAN

cinta(komputer).
cinta(X).
PADAN

2. Ungkapan U1 pembolehubah
JIKA U1 wujud dalam U2 MAKA gagal
KALAUTAK { U2/U1}
3. Ungkapan U2 pembolehubah
JIKA U2 wujud dalam U1 MAKA gagal
KALAU TAK {U1/U2}
Contoh bagi kasus 2 dan 3.
p(X,Y).
p(A,B).
PADAN

p(X,X).
P(Y,Z).
TIDAK PADAN

berkahwin(X,Y)
Berkahwin(anak(X),anak(Y)).
TIDAK PADAN
kerana X wujud dalam
anak(X). Ujian ini disebut
semakan kewujudan(occur
check).

23

TS2023 Sistem Cerdas

4. Kedua-dua U1 & U2, senarai


JIKA panjang U1 panjang U2
MAKA gagal
KALAU TAK
Satukan unsur ke-i U1 dan unsur ke-i U2
untuk i=1,,panjang U1 (atau U2)
JIKA ada unsur ke-i yang tidak boleh disatukan
MAKA gagal
KALAUTAK berjaya
Contoh bagi kasus ke 4,
cinta(komputer).
cinta(prolog,matematik).
cinta(komputer,prolog).
cinta(komputer,prolog). cinta(bolasepak,televisyen). cinta(komputer,X).
TAK PADAN
PADAN
PADAN
Sila rujuk rajah 2.3. Berikut adalah alkhawarizmi yang menerangkan
kasus di atas yang diperolehi dari Luger (2001).

24

TS2023 Sistem Cerdas

Rajah 2.3: Alkharizmi penyatuan dari Luger(2001).


Sekiranya anda masih kabur dengan penerangan di atas, apa kata
cuba lihat contoh lain seperti di bawah :
Contoh Penyatuan 1
ibubapa(X,).
ibubapa(siti,).

[siti/X]

Padankan argumen ke-2


X disatukan kepada siti melalui penyataan 1,
Oleh demikian itu kita akan memperolehi,
ibubapa(siti, bapa(siti), ibu(siti)).
Ibubapa(siti, bapa(siti), Y).
Cubaan untuk memadankan
bapa(siti)
bapa(siti)

Padan kerana kedua-dua penyataan adalah sama

Padankan argumen ke-3


ibubapa(siti, bapa(siti), ibu(siti)).
Ibubapa(siti, bapa(siti), Y).

[ibu(siti)/Y]

Kedua-dua padanan menghasilkan 2 penyataan lain yang serbasama


iaitu: siti/X dan ibu(siti)/Y
Penyataan yang terhasil selepas ia dipadankan adalah seperti berikut:
ibubapa(X, bapa(X),ibu(siti)
ibubapa(siti, bapa(siti), ibu(siti)).
ibubapa(siti, bapa(siti), Y)
ibubapa(siti, bapa(siti), ibu(siti)).

25

TS2023 Sistem Cerdas

Contoh Penyatuan 2
ibubapa(X,).
ibubapa(siti,).

[siti/X]

Padankan argumen ke-2


ibubapa(siti, bapa(ali),).
Penyataan predikat 1: ibubapa(X, bapa(ali), ibu(Z)).
Penyataan predikat 2: ibubapa(siti, bapa(Y), ibu(aminah)).
1.
2.
3.

Periksa samada 2 simbol predikat sepadan.


PADAN
Periksa bilangan argumen pada kedua-dua predikat
SAMA
Padankan secara berpasangan.

Padankan argumen pertama


ibubapa(siti, bapa(Y),).
Cubaan untuk padankan,
bapa(ali)
bapa(Y)

[ali/Y]

Padankan argumen ke-3


ibubapa(siti, bapa(ali), ibu(Z)).
ibubapa(siti,bapa(ali), ibu(aminah)).
Cubaan untuk padankan,
ibu(Z).
ibu(aminah).
[aminah/Z]
Penggantian berikut menjadikan 2 penyataan sama:
siti/X, ali/Y dan aminah/Z.
Selepas penggantian,
ibubapa(siti,bapa(ali),ibu(Z)) ibubapa(siti,bapa(ali),ibu(aminah)).
ibubapa(X,bapa(Y),ibu(aminah)) ibubapa(siti, bapa(ali), ibu(aminah)).
Diharap anda telah mula memahami bagaimana untuk melakukan
penyatuan apabila diberi dua penyataan yang boleh dipadankan
berpandukan kasus .

26

TS2023 Sistem Cerdas

2.3.9 Pembuktian Teorem Resolusi


Resolusi adalah satu teknik untuk membuktikan teori dalam lojik usulan
atau lojik predikat.
Resolusi menceritakan satu cara untuk mencari perbedaan dalam satu
set (pangkalan data) klausa penafian. Sila rujuk rajah 2.4.
a b c

Set klausa

b
c d e
e f
d
f
Rajah 2.4 : Set klausa dalam bentuk binari

Resolusi membuktikan satu teori dengan menafikan penyataan asal


untuk dibuktikan. Sila rujuk rajah 2.5.
Buktikan a adalah benar
Penyataan asal adalah a
Penyataan nafi adalah a
Rajah 2.5 : Kaedah penafian
Penyataan Nafi kemudiannya ditambah dalam pangkalan data klausa.
Sila rujuk 2.6.
a b c

Set klausa

b
c d e
e f
d
f

Penyataan nafi ditambah

a
Rajah 2.6:Penyataan nafi ditambah ke dalam set klausa.

27

TS2023 Sistem Cerdas

Sekiranya Penyataan Nafi menyebabkan satu perbedaan maka ia akan


disimpulkan sebagai Penyataan Asal adalah Benar.
Satu Petua Resolusi kemudiannya digunakan untuk menunjukkan
penyataan nafi menuju kepada Perbedaan, seperti Penyataan Nafi
yang tak konsisten atau tak selaras dengan set klausa yang diberi.
Apakah yang dimaksudkan dengan Petua Resolusi?
Anda perlu ingat bahawa anda perlu nafikan sesuatu set klausa
(selalunya bukti klausa yang hendak dihasilkan akan dinafikan) supaya
satu kesimpulan boleh dicapai dengan mudah.
Diberi 2 klausa (kedua-duanya benar)
a b dan b c
Nota: salah satu b dan b mesti sentiasa benar dan sentiasa palsu.
(Tidak dibenarkan jika b adalah benar atau palsu pada masa yang
sama).
Oleh itu,

a c mesti sentiasa benar dan penyelesai kepada 2 klausa tersebut.


Apakah pula Resolusi Binari?
JIKA
Terdapat 2 klausa di mana satu klausa mengandungi satu
pembolehubah dan klausa lain mengandungi penafian terhadap
pembolehubah yang sama
MAKA
Klausa baru dijanakan mengandungi semua predikat yang berbeda
(Buang 2 pemboleubah dan penafiannya).
Mari kita lihat contoh selepas ini.

28

TS2023 Sistem Cerdas

Contoh Pembuktian Resolusi Binari Bagi Logik Usulan


a b c

Set klausa

b
c d e
e f
d
f

Perlu dibuktikan a adalah benar


a
Rajah 2.7:Set klausa ini perlu dibuktikan a adalah tidak benar.

29

TS2023 Sistem Cerdas

a b c
b c

e f

c d e

d e

f d

[ ] Oleh itu, a adalah benar


Rajah 2.8:Jalan penyelesaian secara pembuktian teorem.
Contoh Pembuktian Resolusi Dengan Pembolehubah
Resolusi dalam Lojik predikat menggunakan PENYATUAN untuk
menyamakan 2 pembolehubah dengan nama pembolehubah yang
berbeza.
kucing ( X ) haiwan( X )
kucing(comel)

haiwan(Y ) mati (Y )

Buktikan comel akan mati iaitu mati(comel) {Kesimpulan} .


Selepas dinafikan,
mati(comel).

30

TS2023 Sistem Cerdas

kucing ( X ) haiwan( X )

{Y/X}
kucing(comel)

haiwan(Y ) mati (Y )
kucing (Y ) mati (Y )

{comel/Y}
mati(comel)

mati(comel)

[ ] Oleh itu, dibuktikan comel akan


mati.
Rajah 2.9: Pembuktian resolusi untuk pembolehubah.
Contoh Pembuktian Refutasi Resolusi
1. lulus ( X , spm) menang ( X , sukan) gembira( X )
2. belajar (Y ) lulus (Y , Z )
3. bertuah(W ) lulus (W , V )
4. belajar (huda )
5. bertuah(huda)
6. bertuah(U ) menang (U , sukan)
Buktikan bahawa huda adalah gembira { gembira(huda) }
Selepas dinafikan, gembira(huda)

31

TS2023 Sistem Cerdas

lulus ( X , spm) menang ( X , sukan) gembira( X )


bertuah(U ) menang (U , sukan)

{U/X}
lulus (U , spm) gembira(U ) bertuah(U )

gembira(huda)

{huda/U}
bertuah(huda)
lulus (huda, spm) bertuah(huda )
{}

lulus(huda,spm)

bertuah(W ) lulus (W , V )

{huda/W, spm/V}

bertuah (huda)

bertuah(huda)

{}
[ ]Oleh itu, terbukti huda
gembira.
Diharap anda dapat melakukan teorem pembuktian sekiranya
diberikan satu set klausa sama ada dalam bentuk binari, Logik usulan,
pembolehubah atau lain-lain.

2.4 Kebaikan dan kelemahan Logik (berasaskan


kepada Logik predikat)
Hasil dari perbincangan kita diatas dapatlah kita gariskan beberapa
kebaikan dan kelemahan Logik ini iaitu:
Kebaikan Logik:
1. Kesemulajadian
2. Bermodul
3. Kekonsistenan
4. Kejituan
Kelemahan Logik

32

TS2023 Sistem Cerdas

1. Proses penaakulan yang terbatas dan tidak mudah lentur.


2. Sukar untuk mewakili pengetahuan am atau pun pengetahuan
akal bistari (common sense), contohnya untuk mewakili:
a. Darjah sukatan
Hari ini panas terik.
b. Amaun kepastian
Orang yang berambut hitam selalunya bermata coklat.
c. Maklumat heuristik
Dalam peraduan tarik tali, badan yang tegap memberi
keuntungan
d. Maklumat lalaian (default)
Semua burung pandai terbang.

2.5 Kesimpulan
Secara kesimpulannya bentuk umum sebarang proses Logikal adalah
seperti berikut :
INPUT
Premis atau
fakta-fakta

Proses
Logikal

OUTPUT
Penaabiran
atau rumusan

Komputer akan menerima input yang berbentuk premis atau fakta-fakta


dan kemudian akan melakukan pemprosesan dengan menggunakan
kaedah lojik iaitu sama ada lojik usulan dan predikat dan akhirnya akan
menghasilkan satu penaabiran atau rumusan.
Anda juga telah mempelajari dari awal sehingga akhir iaitu apa itu
logik, dan logik terbahagi kepada dua jenis iaitu logik usulan dan logik
predikat. Logik usulan mempunyai kelemahannya tersendiri seperti
tidak mudah diselami maksud setiap individu dalam sesuatu ayat
tersebut manakala logik predikat lebih mudah untuk melentur maksud
sesuatu ayat tersebut. Namun, kelemahan yang ketara dalam logik
adalah sukatan darjah bagi sesuatu ayat tersebut. Seperti berapakah
kebarangkalian kebenarannya atau sebaliknya. Masalah ini boleh
dikendalikan dengan menggunakan teknik pengurusan ketidaktentuan.
Teknik pengurusan tidak ketidaktentuan ini boleh dijalankan dengan
menggunakan kaedah faktor ketentuan, teori bayes atau logik kabur.

33

TS2023 Sistem Cerdas

Latihan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Logik usulan dan Logik
predikat?
2. Siapakah yang mengasaskan Logik yang sebenarnya ?
3. Apakah tujuan penafian dalam pembuktian teorem resolusi ?
4. Wakilkan ayat-ayat berikut dalam bentuk logik predikat.
Semua buah epal berwarna samada hijau atau merah.
Tiada buah epal yang berwarna biru.
Jika epal itu berwarna hijau maka ianya lazat.
Setiap lelaki suka epal berwarna hijau.
5. Diberi satu set klausa dalam bentuk pembolehubah.
a. Sila tukarkan ayat umum ini kepada ayat Logik predikat.
b. Kemudian nafikan ayat predikat tersebut.
c. Sila buktikan ahmad makan durian.

(P1) Ahmad suka buah-buahan tempatan


(P2) Durian adalah sejenis buah-buahan tempatan
(P3) Manusia makan apa yang dia suka
(P4) Ahmad ialah manusia
(NK) ahmad makan durian
Jawapan
1. Sila rujuk 2.0.
2. Sila rujuk 2.0.
3. Sila rujuk 2.3.9.
4.
X( (buah_epal(X))warna(X,hijau) warna(X,merah)).
X( (buah_epal(X))warna(X,biru)).
X( (buah_epal(X)) warna(X,hijau)) rasa(X,lazat).
X ,Y (( buah_epal(X) lelaki(Y) warna(X,hijau) suka(Y,X)).
5.
a. Sila rujuk kaedah yang digunakan dalam sub topic 2.3.2.
(P1)
(P2)
(P3)
(P4)
(NK)

X( (buah_tempatan(X))suka(ahmad, X)).
buahan_tempatan(durian)
YZ(manusia(Y) suka(Y,Z)makan(Y,Z)).
manusia(ahmad).
makan(ahmad,durian).

34

TS2023 Sistem Cerdas

b. Sila rujuk dibawah sub topik 2.3.5.


Bentuk klausa:
KP1: ~buahan_tempatan(X) suka(ahmad,X)
KP2: buahan_tempatan(durian)
KP3: ~manusia(Y) ~suka(Y,Z) makan (Y,Z)
KP4: manusia(ahmad)
KNK: ~makan(ahmad,durian).

c. Sila rujuk di bawah sub topik 2.3.8 dan 2.3.9.


[KNK]
~makan(ahmad,durian).

[KP3]
~manusia(Y) ~suka(Y,Z) makan (Y,Z)

{ahmad/Y, durian/Z}

[KP4]
manusia(ahmad)

manusia(ahmad) ~suka(ahmad,duiran)

[KP1]
buahan tempatan(X) suka(ahmad,X)

~suka(ahmad,durian)
~buahan-tempatan(durian)

{durian/X}
[]

[KP2]
~buahan-tempatan(durian)

Kesimpulan:ahmad makan durian

[Isi Topik]

[No. Bab].[No. Topik].[Subtopik] [Tajuk Subtopik]


[Isi subtopik]
Nota untuk penulis : Modul yang baik mengandungi beberapa
1. Latihan
2. Uji diri
3. Akses ke CD-ROM
4. Akses ke Laman Web

35

TS2023 Sistem Cerdas

5. Rujukan ke Buku Teks

36

Anda mungkin juga menyukai