Anda di halaman 1dari 13

Perbezaan konsep

TAMADUN ISLAM DAN


TAMADUN BARAT

Disediakan Oleh:
NURUL AIMAN BINTI
ABDUL KHALID
DIPLOMA
KAUNSELING
NO. MATRIK : 0901
2046

MAKNA PERADABAN / TAMADUN DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT SERTA


PERBEZAAN DI ANTARA KEDUA-DUA PERADABAN / TAMADUN TERSEBUT

1.0

PENDAHULUAN
Memperkatakan tentang tamadun dan ketamadunan membuka ruang kepada
beberapa persoalan asas - Apakah tamadun dan apakah yang melandasi
pengertian dan konsepnya?
Sudut dalaman Islam, seperti ajaran Islam, al-Quran, al-Sunnah, kepimpinan
dan peribadi Rasulullah s.a.w., tauhid, syariah, pendidikan Islam dan lain-lain,
adalah sudut terpenting untuk melihat bagaimana Islam membentuk tamadun.
Inilah sudut tamadun yang lebih penting yang diketepikan atau kurang
difahami sesetengah sarjana bukan Islam bila mereka mengulas tentang
tamadun Islam. Sesungguhnya peranan Islam dalam mengasas dan
membangunkan tamadun adalah satu fakta yang tidak dapat ditolak.
Sebagai perbandingan dengan peradaban barat, didapati identiti tamadun
barat adalah aspek pemikiran yang muncul jauh lebih awal daripada
kemajuan fizikal. Konsep sekularisme, modernisme, liberalisme, humanisme,
rasionalisme adalah dasar tamadun barat dan menjadi pencetus kepada
sains dan teknologi. Pemikiran dan falsafah barat juga menentukan identiti,
halatuju dan destinasi peradaban barat.

2.0

PELBAGAI ISTILAH TAMADUN


i.

UMRAN Istilah yang terkenal pada abad ke 14-18. Diperkenalkan oleh


ibn khaldun (1332-1406M) dalam al-Muqaddimah, terbitan dari perkataan
Amara yang merujuk kepada pembangunan/kemajuan, kehidupan
Bandar/kota, teratur dan stabil.

ii.

HADHARAH Istilah ini juga diperkenalkan oleh Ibn Khaldun dan


popular pada abad ke 20, merujuk satu wilayah/ daerah/ kawasan/ atau
kampung. Berasal dari hadara yang

bererti Kehidupan menetap @

wilayah yang maju. Tempat lahirnya perkembangan ilmu, kesenian,


kesusasteraan, undang-undang dan kemasyarakatan serta mencapai
tahap kehidupan lebih tinggi, bukan liar dan ganas (al-hadarah lawan albadawah). Hadharah adalah lawan bagi istilah Badw : berpindah randah/
kehidupan padang pasir.
iii. Perkataan MADANIYYAH yang diperkenalkan oleh Farid Wajdi (alMadaniyyat wa al-Islam) dan Syaikh Muhammad Abduh (al-Islam wa alNasraniyyat Maa al-Ilm wa al-Madaniyyat) diperkenalkan pada kurun ke20. Berasal dari kata akar madinah yang membawa pengertian
kehidupan Bandar/kota. Walaubagaimanapun, istilah ini kurang popular.
iv. Pada kurun ke 20M juga muncul perkataan TAMADDUN yang
diperkenalkan oleh Jurji Zidan (Tarikh al-Tamaddun al-Islami), dari kata
ad-din

(agama)

maddana,

yang

bermaksud

membina

bandar/masyarakat yang teratur, pencapaian manusia dalam semua


bidang kehidupan iaitu rohani dan kebendaan. Namun istilah yang
digunakan

kini

adalah

terjemahan

dari

CIVILIZATION

yang

diperkenalkan oleh Adam Ferguson, seorang penulis dari barat.


Civilization bermaksud Keadaan bersifat kebandaran atau kemajuan
yang diambil dari bahasa Latin civitas bererti bandar.
v.

Dalam kamus dewan, terdapat dua istilah popular yang dipinjam dari
perkataan Arab iaitu TAMADUN bermaksud masyarakat yang memiliki
taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi
dan PERADABAN yang bermaksud keadaan dan tingkat kemajuan
pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa, masyarakat dan
sebagainya. Manakala dalam kamus besar bahasa Indonesia menulis
peradaban bermaksud kemajuan (kecergasan,kebudayaan) lahir batin.

3.0

CIRI-CIRI SESEBUAH TAMADUN DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT

i.

PERSPEKTIF ISLAM
Karya-karya Seperti Tarikh al-

i.

tamaddun al-islami (jurji Zaidan),


tarikh al-hadharah al-islamiah fi al-

manusia di sesebuah kawasan.


ii.

sarq (jamal al-din al-surur) the


image of islamic civilization (MAJ
ii.

PERSPEKTIF BARAT
Wujudnya penempatan masyarakat
Peningkatan kualiti kehidupan ke
arah lebih positif dan sempurna.

iii. Wujudnya sistem organisasi dan

Berg)

institusi sosial yang baik serta

Negara pemerintahan yang

sistematik.

teratur

iv. Wujudnya bahasa atau beberapa

iii. Kota Bandar

bahasa serumpun dengan sistem

iv. Ilmu pendidikan, sains,

tulisan tersendiri.

intelektual
v.

v.

Wujudnya sistem undang-undang

Seni senibina,khat,lukisan

dan sistem moral berwibawa.

vi. Masyarakat kehidupan sosial

vi. Wujudnya daya kekreatifan yang

yang teratur dan baik


vii. Kehidupan ekonomi

tinggi seperti seni, sastera dan


sebagainya.

perdagangan dan perindustrian

4.0

KONSEP TAMADUN ISLAM


4.1 Definisi
sebuah tamadun yang dibangunkan atas asas takwa dan keredhaan
Allah SWT melengkapi syarat-syarat dan ciri-ciri yang ditetapkan oleh
al-Quran dan as-Sunnah sehingga wujud sebuah masyarakat yang
aman harmoni dan mendapat keampunan ilahi. Agama islam
merupakan ad-din, merupakan cara hidup yang syumul membawa
perubahan yang menjadi pemangkin kepada peradaban. Allah SWT
telah berfirman;
Demi sesungguhnya bagi penduduk Saba satu tanda (kemurahan
Allah) terdapat di tempat tinggal mereka dua kebun (yang luas dan
subur) di kiri kanan mereka (lalu dikatakan kepada mereka) makanlah
4

rezeki tuhanmu dan bersyukurlah kepadaNya (atas kurniaan) sebuah


negeri yang aman dan makmur serta mendapat keampunan ilahi.
(Saba, 34:35)

4.2 Asas-asas tamadun islam:


i. Akidah Keimanan kepada perkara ghaib yang diwajibkan oleh
Allah dan Rasulnya dalam Al-Quran dan As-Sunnah terikat kukuh
dalam sanubari setiap mukmin.
ii. Syariat Peraturan yang digariskan oleh Allah dalam pelbagai
persoalan perlu dipatuhi untuk mendapatkan kesejahteraan hidup di
dunia dan kebahagiaan di akhirat kelak
iii. Akhlak Menurut Imam Al Ghazali, akhlak ialah suatu keadaan
yang wujud dalam sanubari setiap insan yang menerbitkan sesuatu
tingkahlaku tanpa teragak-agak. Kebiasaan yang dilakukan oleh
seseorang samada baik (akhlak terpuji) atau buruk (akhlak tercela),
membabitkan hubungannya dengan Allah, sesama manusia atau
makhluk-makluk Allah yang lain. Contoh aklah terpuji ialah seperti
redha, sabar, ikhlas, adil, amanah dan sebagainya.
4.3 Faktor-Faktor Pendorong Peradaban Islam
i. Dorongan al-quran untuk maju
ii. Pematuhan terhadap ajaran al-quran
iii. Penekanan kepada ilmu pengetahuan
iv. Dorongan untuk berfikir
v. Dorongan untuk merekacipta
4.4 Keistimewaan Tamadun Islam:
i. Rabbani - bersumberkan wahyu, asli daripada Allah SWT dan
bukan pemikiran manusia. Bersifat mutlak - Ketentuan syariat dan
sifatnya ditentukan Allah dan RasulNya.
ii. Syumul dan universal Menyeluruh dan mencakupi semua
bidang kehidupan. Sejagat dan sepanjang zaman, tidak terikat oleh
sempadan masa, geografi, budaya, bangsa, politik dan sentiasa
5

menjamin 5 kepentingan; agama, nyawa, akal, harta benda dan


maruah (maqasid al-syariah)
iii. Mudah dan jelas boleh difahami dan diamalkan oleh semua,
pada semua keadaan dan ketika kerana sesuai dengan fitrah dan
akal manusia.
iv. Terbuka dan bertoleransi menerima dan mengiktiraf semua
kebaikan dan sumbangan dari orang lain yang membawa kebaikan
dan tidak bertentangan dengan perundangan islam. Bertolak ansur
kepada mereka yang berlainan agama serta memiliki pegangan
berbeza, tanpa mengenepikan kepada asas akidah, syariat dan
akhlak yang perlu dipegang oleh tamadun islam.
v. Bergerak dalam wadah keagamaan - Dengan bimbingan wahyu
lebih menekankan aspek pembangunan spiritual berbanding
material. Mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat, di antara
pembangunan

intelektual,

spiritual,

emosional

(akhlak)

dan

material.(keperluan rohani dan jasmani).


vi. Tegak di atas dasar kerelaan - Bukan paksaan, tunduk di bawah
kuasa Allah Tuhan yang esa. Bermatlamatkan keredhaan Allah swt
pembinaan tamadun tidak berlandaskan hawa nafsu dan akal
fikiran, tetapi tunduk kepada kehendak dan tuntutan wahyu Allah
swt.
vii. Unggul dan praktikal matlamat kesempurnaan, namun realistik
dengan

mengambilkira

keadaan

manusia

dan

persekitaran.

Gemilang Dan Agung, mampu mengimbangi perkembangan zaman


yang menonjulkan imej kebendaan.
4.5 Sumber Tamadun Islam
i. Al-Quran Perkataan Allah yang diturunkan melalui malaikat jibril
kepada Nabi Muhammad SAW, berbahasa arab, dipindahkan
secara beransur-ansur, dipindahkan secara mutawatir dan ibadah
bagi sesiapa yang membacanya.

ii. As-sunnah Segala perkataan, perbuatan dan keperibadian Nabi


Muhammad SAW perlu dijadikan contoh dan ikutan setiap orang
islam.
iii. Al-ijtihad kesungguhan di kalangan para ulama ketika mebuat
keputusan terhadap sesuatu persoalan yang belum dinaskan
secara qati (samada al-quran dan as-sunnah). Contohnya dalam
meletakkan hukum dadah, rokok dan seumpamanya.
iv. Tamadun-tamadun asing segala kebaikan yang terdapat dalam
tamadun asing yang tidak bertentangan dengan syariat islam boleh
dimanfaatkan oleh umat islam untuk mebangunkan tamadun
mereka. Contohnya ilmu sains dan teknologi. Dalam hal ini Allah
SWT telah berfirman;
maka berikanlah khabar gembira kepada hamba-hamba yang
mendengar segala perkataan lalu ia mengikuti yang terbaik.
Merekalah (sebenarnya) orang-orang diberi hidayah oleh Allah dan
merekalah orang-orang yang mepunyai mata hati yang terang (alZumar,17:18)

5.0 KONSEP TAMADUN BARAT


5.1 Definisi
Sebuah

tamadun

yang

diasaskan

kepada

Faham

Sekular

(sekularisme) dokrin bahawa moral bersandarkan semata-mata


kepada kepentingan manusia di dunia dan menafikan sama sekali
pertimbangan kepercayaan kepada tuhan atau hari akhirat (Oxford
English Dictionary) serta kepercayaan bahawa agama tidak patut
dilibatkan dalam aktiviti-aktiviti sosial dan politik dalam sesebuah
negara. (Cambridge international Dictionary Of English). Istilah secular
berasal dari bahasa latin, saeculum bermaksud tempat-di sini, masamasakini (kedisinikinian). Yang hakiki,benar dan mutlak hanyalah dunia
ini sahaja. Dengan erti kata lain, pemikiran dan keinginan nafsu
manusia menjadi sumber dan rujukan utama dalam pembangunan dan
pembinaan tamadun mereka.
5.2 Sejarah perkembangan dan falsafah tamadun barat
7

i. Sumber utama pemikiran tamadun barat ialah tamadun greek


yunani yang mementingkan logik akal dan kepercayaan kepada
apa yang mampu dicapai oleh pancaindera. Tokoh utama
Socrates,plato dan Aristotle. Dalam satu dialog, Aristotle pernah
berkata; pada hakikatnya nilai moral dan spiritual yang mutlak
tidak ada. Oleh itu, manusia hendaklah berseronok semasa hidup
di dunia ini. Hanya itu satu-satunya matlamat hidup manusia
memenuhi

keseronokan

pancaindera

dan

syahwat

kebinatangannya. (faham hedonism) .


ii. Ini diikuti dengan tamadun Romawi di mana kehidupan hanya
berpaksikan kebendaan semata. Zaman ini telah memberikan
sumbangan yang penting dari segi undang-undang.
iii. Pada zaman Kristian barat, gereja dan dunia (politik) mula
terpisah.

Pihak

gereja

yang

mempunyai

autoriti

bertindak

menghukum para ilmuan dan saintis sehingga menyebabkan barat


mengalami zaman gelap selama kira-kira 1000 tahun. Ketika inilah
tamadun islam mula bersinar di timur.
iv. Kemunculan

tamadun

barat

bermula

dengan

kebangkitan

masyarakat eropah yang tidak senang dengan pemerintahan


golongan gereja katolik yang terlalu mengongkong,menindas dan
menzalimi rakyat yang inginkan perubahan dalam Negara.
v. Pengaliran tamadun islam ke eropah sejak abad ke 9-12 telah
berjaya membuka pemikiran masyarakat barat yang datang ke
pulau silicy yang terletak antara selatan itali dengan benua Afrika
untuk menimba ilmu pengetahuan yang dipelopori oleh ilmuan
islam.
vi. Akhirnya timbul kesedaran yang membawa kepada tercetusnya
zaman

peralihan

(renaisance)

menyebabkan

pemikiran

masyarakat barat terbuka luas dan menimbulkan permusuhan


terhadap gereja yang berakhir dengan kejatuhan golongan gereja.
Muncul mazhab baru dalam agama kristian iaitu progestant. Para
saintis dan para pemimpin revolusi muncul dengan slogan baru;
give it to ceaser what it is and give it ti God what every tahunings
8

belongs to god. Penafian hak gereja dalam sistem pemerintahan


bermula apabila gereja diketepikan dan dianggap sebagai hak
peribadi, bukan lagi sebagai hak masyarakat dan Negara.
vii. Zaman pencerahan (enlightment), bermula dengan revolusi
perindustrian perancis yang membangkitkan pemikiran barat untuk
maju dalam bidang sains dan teknologi, sehingga mendewakan
sains moden barat yang berjaya menguasai timur apabila sedikit
demi sedikit wilayah islam ditakluki dan berakhir dengan kejatuhan
khilafah Uthmaniah di Turki pada tahun 1924m.
5.3 Fahaman yang mendasari tamadun barat
i. Berpijak kepada fahaman pemikiran falsafah sebagai alternatif
kepada

agama.

Sekularisme;

suatu

faham

falsafah

yang

memisahkan pemikiran dan kegiatan hidup beragama dalam


seluruh kegiatan hidup bermasyarakat dan bernegara. Merupakan
fahaman induk kepada seluruh fahaman moden. Terdapat
pelbagai fahaman yang hakikatnya berpaksikan fahaman sekular
seperti berikut:
ii. Modenisme; mengajak masyarakat meninggalkan segala amalan
tradisional ke arah hidup secara moden. Lantaran itu, agama juga
mesti diubah supaya selari dengan pemikiran moden.
iii. Rasionalisme; mengajak masyarakat berfikir secara logik dan
menolak segala yang bertentangan dengan logik akal. Lantaran itu,
kepercayaan kepada kuasa ghaib, alam akhirat, syurga, neraka dan
sebagainya perlu ditolak.
iv. Liberalism; mengajak masyarakat berfikir secara liberal-bersikap
terbuka menerima apa sahaja pemikiran dan budaya tanpa kawalan
peraturan agama dan adat tradisi.
v. Kapitalisme; memberi kebebasan sepenuhnya untuk mengaut
keuntungan dan faedah untuk peribadi tanpa mengambilkira
kepentingan masyarakat.

vi. Pragmatism; mementingkan kehendak majoriti dalam masyarakat


walaupun salah dan member kesan kepada akidah dan akhlak
umat.
vii. Kolonialisme; penjajahan yang bukan sahaja menjajah aspek
fizikal dan materialnya tetapi termasuk pemikiran dan adat tradisi
masyarakat sehingga yang terjajah sukar untuk bangkit sebagai
bangsa merdeka dan berdaulat kerana perasaan dan pemikiran
mereka sentiasa terkongkong dan terjajah.
viii.Materialism; mementingkan kekayaan dan segala yang bersifat
fizik dan

menolak aspek

spiritual

yang

dianggap

sebagai

penghalang tamadun. Kuasa ghaib dan dosa pahala diketepikan


oleh fahaman ini.
ix. Selain itu, terdapat banyak lagi fahaman yang lahir dari faham
sekular seperti hedonism (hidup hanya untuk berseronok) dan
sebagainya.

6.0

PERBEZAAN UTAMA DI ANTARA TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN

BARAT
ASPEK
PUNCA
TAKRIF
SUMBER

TAMADUN ISLAM
Allah swt
Jasmani + Rohani
Al-Quran & As-Sunnah

TAMADUN BARAT
Akal
Akal (fikir dunia) + Jasmani
Alam
fizikal
dan

FOKUS
AKTIVITI
TUMPUAN
MATLAMAT

Ilmu + akhlak
Kawalan akhlak
Duniawi-ukhrawi
Keredhaan Allah,

pengalaman manusia
Kebendaan
Logik dan nafsu
Duniawi sahaja
Kepuasan diri semata-mata

kebahagiaan dunia dan


akhirat

7.0

PERTENTANGAN DI ANTARA SEKULAR DENGAN ISLAM

Tamadun islam berasaskan akidah,syariah dan akhlak sedangkan asas


tamadun

barat

adalah

materialism.

Contonya

denda

hukuman
10

berdasarkan benda, kuasa tuhan tidak ada, malah kuasa fizik lebih
mendominasi.

Sumber asasi dan mutlak pemikiran tamadun islam ialah wahyu


sedangkan tamadun barat adalah pemikiran manusia semata-mata.
Sekularisme menolak unsur ghaib seperti tuhan,roh,akhirat, syurganeraka, mengiktiraf hanya unsur fizikal dan keduniaan, memisah dan
meminggirkan agama dalam semua bidang kehidupan seperti politik,sosial
dan ekonomi, menolak nilai-nilai kudus,tetap dan murni sebaliknya
berpegang dengan nilai-nilai profan dan nisbi.

Tamadun barat menolak segala yang bersifat tradisional termasuk


kehidupan beragama yang dianggap sebagai penghalang kemajuan
sedangkan tamadun islam berpegang kepada agama sebagai ad-din/cara
hidup yang syumul.

Tamadun islam tegak atas dasar takwa dan keredhaan Allah sedangkan
tamadun barat tegak atas dasar keinginan nafsu dan matlamat hidup
hanya keduniaan dan keseronokan. Contoh, mengharuskan pembunuhan
untuk mencapai matlamat nafsu, serangan ke atas Negara Afghanistan,
Iraq dan Lubnan.

Tamadun islam bermatlamatkan keampunan dan keredhaan Allah,


kebahagiaan

dunia

dan

akhirat,

sedangkan

tamadun

barat

bermatlamatkan kepuasan segelintir manusia dan keseronokan hidup


dunia semata-mata. Contoh, Negara barat yang mempunyai kuasa veto
tidak mengendahkan kehendak PBB, negara membangun dan negara
miskin.

8.0

KESIMPULAN
Penentangan islam terhadap sekularisme tidak bermakna permusuhan
terhadap barat tetapi bermaksud untuk melindungi agama islam daripada
penyangkalan dan pengkategoriannya kepada hanya pada hal-hal bersifat
ritual dan peribadi sahaja. Perbincangan mengenai islam dan barat biasanya
tidak dapat lari dari konflik yang muncul di antara kedua-dua tamadun
tersebut.
11

9.0

PENUTUP
Tamadun islam dan barat boleh wujud bersama, jika barat berusaha
memahami islam dan umat islam. Namun hakikatnya, ini sangat sukar dicapai
kerana dari kajian yang dibuat, barat tidak pernah ikhlas untuk melakukannya.
Fenomena ini terjadi akibat dari persepsi barat bahawa islam telah menjadi
ancaman kepada mereka Oleh itu mereka sentiasa mengkritik dan
mencemuh tamadun islam dengan desakan supaya islam akan tunduk
kepada dasar dan cara berfikir barat.
Malah kemunculan kelompok islam liberal yang banyak dipengaruhi oleh
kelompok orienstalis yang menanggap islam sebagai kolot, dogmatic dan
literal telah membantu secara tidak langsung pihak barat menjayakan agenda
mensekularisasikan fahaman umat islam.
Yang paling membimbangkan sekiranya sekularisasi menjadi satu
proses sejarah yang mungkin tidak mampu berpatah balik!
Hakikatnya, Allah SWT telah menegaskan bahawa agama islam adalah jalan
yang terbaik untuk diikuti sekalian umatNya, seperti di dalam firmanNya:
Dan bahawasa sesungguhnya inilah jalanKu (agama islam) yang betul lurus,
maka hendaklah kamu menurutnya, dan janganlah kamu menurut jalan-jalan
(yang lain dari islam) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan
Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu
bertakwa. (al-anam:153).

Wallahualam.
Sekian.

RUJUKAN

12

1. NOTA KURSUS PERADABAN ISLAM

- AHMAD MOHAMAD SAID, KOLEJ

DAR AL-HIKMAH, 2009

2. ISLAM DAN ISU-ISU KETAMADUNAN - GHAZALI BASRI,AHMAD MOHAMAD


SAID DAN KHALIF MUAMMAR, KOLEJ DAR AL-HIKMAH

3. PERBINCANGAN MENGENAI TAMADUN

- PROF MADYA DR NIK ROSDI

NIK AHMAD DAN NIK KAMALIAH BT NIK ABDULLAH, UITM, 2007

4. SIRI SERANGAN PEMIKIRAN-ISLAM LIBERAL DAN PLURALISME AGAMA


RIDUAN MOHAMAD NOR & AHMAD ADNAN FADHIL, MHI PUBLICATION,2006

13

Anda mungkin juga menyukai