Anda di halaman 1dari 31

1.

0 PENDAHULUAN

Ganbar 1: Ilustrasi Perisiwa Perang Salib.


Tidak ada peristiwa yang lebih popular dalam sejarah abad pertengahan
selain daripada perang penaklukan Tanah Suci ataupun Perang Salib. Menyebut
sahaja istilah Perang Salib pastinya akan memperdebatkan tentang agama
Kristian dan agama Islam. Apa tidaknya, kerana perang ini melibatkan perang
antara dua agama besar dunia ini. Perang Salib yang melibatkan beberapa siri
peperangan tidak dinafikan oleh sejarawan sama ada sejarawan barat atau
sejarawan Islam bahawa perang ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur
keagamaan

dan

politik.

Persoalannya,

mengapakah

istilah

Perang

Salib

digunakan dalam perang ini?


Bagi sejarawan Barat, salib merupakan lambang bagi agama Kristian. Oleh
itu, dalam Perang Salib (The Crusades), tentera-tentera Kristian memakai
lambang salib sebagai simbol perjuangan agama mereka. Asas perjuangan
mereka adalah ingin merampas semula Tanah Suci Palestin dan lebih khususnya
Kota Jerusalem daripada orang Islam.

Jerusalem bagi sejarawan Barat yang dirujuk sebagai golongan Kristian adalah:
Jerusalem- The most holy of holy places for Christians.
Jesus had born in nearby Bethlehem and Jesus had spent
most of his life in Jerusalem. He was crucified on Calvary Hill,
also in Jerusalem. There was no important place on earth
than Jerusalem for a true Christian which is why Christians
called Jerusalem the City Of God. 1
Tanah suci Palestin bagi orang Kristian ialah tempat untuk menyucikan dosa. Oleh
itu amat penting bagi mereka untuk menziarah kawasan ini untuk melakukan
penyucian dosa.
Dalam pada itu, ada ungkapan yang menyatakan bahawa; therefore the
Christian fought to get Jerusalem back while the Muslims fought to keep
Jerusalem. Ungkapan ini ternyata kebenarannya apabila kita melihat pendapatpendapat sejarawan Islam yang mana dalam pengertian mereka tentang Perang
Salib sudah memperlihatkan unsur-unsur mempertahankan diri. Sejarawan
Islam terutamanya golongan ulama, enggan menyebut perang ini sebagai Perang
Salib. Mereka mempunyai istilah mereka sendiri iaitu Perang Sabil yang berasal
daripada perkataan Perang Sabilillah atau Jihad Sabilillah( perang atau jihad di
jalan Allah)2. Sejarawan Islam mendefinisikan sedemikian kerana perang ini
adalah untuk mempertahankan Tanah Suci daripada tentera Kristian. Dalam hal
ini, Jerusalem bagi orang Islam adalah:
Jerusalem was also extremely important for the Muslim as Muhammad,
the founder of the Muslims faith, had been there and there was great
joy in the Muslim world when Jerusalem was captured a beautiful
dome called The Dome of the Rock- was built on the rock where
Muhammad was said to have sat and prayed and it was so holy that
no Muslims was allowed to tread on the rock or touch it when visiting the
Dome.3
Di samping itu, terdapat juga sejarawan Islam yang mengatakan Perang Salib ini
sebagai al-Hurub al-Solibiyah.

http://www.historylearningsite.co.uk
http://ummahonline.com/?p=679
3
http://www.historylearningsite.co.uk
2

Perang Salib telah berlangsung dalam jangka masa yang panjang dengan
memakan masa selama 200 tahun. Perang salib ini mempunyai beberapa siri,
ada sejarawan yang mengatakan ada tiga siri peperangan, ada juga yang
mengatakan lapan siri, sembilan siri dan 13 siri. Jika dinilai secara sepintas lalu,
setiap yang berlaku itu pastinya mempunyai sebab-sebabnya yang tersendiri.
Begitu juga dengan Perang salib yang berlaku diantara dunia Kristian dan dunia
Islam.
2.0.
2.1

SIRI-SIRI DALAM PERANG SALIB (1095M-1292M)


Perang Salib I

Gambar 2: Peta Perang Salib I


Dalam siri Perang Salib Pertama pada tahun 1095 M hingga 1099 M, Pope
Urban II memainkan peranan yang sangat penting. Beliau telah mencetuskan
semangat peperangan orang Kristian di Barat Eropah melalui sahutan beliau
tentang rayuan Maharaja Byzantine iaitu Maharaja Alexius Comnenus untuk
sama-sama menentang kemaraan Turki Islam yang mengancam Konstantinople 4.
Seruan beliau dalam Majlis Perhimpunan di Clermont, Perancis, telah dianggap
oleh umat Kristian sebagai satu misi bagi penyucian dosa dan penawanan semula
Tanah Suci. Tindakan

Pope Urban ini juga didorong oleh layanan buruk yang

diberikan oleh Kerajaan Turki kepada pengunjung-pengunjung Kristian yang ingin


4

Wan Abdul Rahman Latif( 2001).,Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia., Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur. Hlm. 174

menunaikan ziarah mereka ke Tanah Suci. Oleh itu, perasaan untuk mengambil
semula Tanah Suci amat kuat di kalangan masyarakat Kristian di Eropah.

Gambar 3: Pope Urban II memberikan seruannya di Clermont,Perancis.


Tentera Salib dalam Perang Salib Pertama diketuai oleh tuan tanah feudal
dan knights seperti Raymond IV (1038-1105 M) dari Toulouse, Robert II (10541134 M) dari Normandy, Hugh (1090 M) dari Vermandois, Bohemond I (10561111 M) dengan sepupunya Tancred (1076-1112 M) dari Normandy, serta adikberadik Baldwin (1058-1118 M) dan Godfrey (1058-1100 M) dari Bouillon tiba di
Konstantinople pada tahun 1096-1097 M. Perang ini dimenangi oleh orang
Kristian dengan penaklukkan Baitul Muqaddis, Edessa, Tripoli dan Antioch.
The First Crusade was the only truly successful crusade. It achieved its
main goal of freeing the Holy Land. In addition, three crusader states were
established in the region, bringing power and wealth to the western European
settlers. A fourth state, Tripoli, was later created, and crusading orders of
chivalry, such as the Knights Hospitalers and the Knights Templars, were founded
to protect the Holy Land.

William Chester Jordan(1996)., The Middle Ages, An Encyclopedia for Students, Edisi 2.,New York, Prentice
Hall., Hlm. 10.

2.2 Perang Salib II


Siri Perang Salib Kedua pula berlaku pada tahun 1147 M hingga 1149 M
yang berpunca daripada pengambilan semula Edessa oleh Turki Seljuk pada
tahun 1144 M di bawah pimpinan Saladin 6. Kerajaan Jerusalem yang dahulunya
telah ditawan oleh Kerajaan Kristian dalam Perang Salib Pertama sebenarnya
tidaklah begitu kuat dan kukuh kerana berlaku perbalahan dan pergolakan
diantara para ketua bangsawan yang menguasai wilayah-wilayah yang luas 7.
Perselisihan juga terjadi di antara para ketua-ketua bangsawan dengan para
pedagang yang datang dari Itali. Penduduk asal dan orang yang baru tiba dari
Eropah juga tidak sehaluan menyebabkan pergaduhan terjadi di antara mereka.
Keadaan orang-orang Kristian pada masa itu berpecah belah dan tidak bersatu.
Penyatuan semula umat Islam di bawah pimpinan Saladin membolehkan
kerajaan Islam mula menjadi kuat. Mereka seterusnya mengambil kesempatan
melalui situasi orang-orang Kristian di Jerusalem. Dengan itu, mereka telah
berjaya menguasai semula Edessa. Penguasaan wilayah oleh Kerajaan Islam
telah menyebabkan orang Eropah terkejut. Mereka akhirnya melancarkan Perang
Salib Kedua dan mengumpul bala tentera.

Saladin atau nama penuhnya ialah al-Malik al-Nashir al- Sulthan Shalah al-Din Yusuf merupakan pemimpin
Islam yang unggul dalam Perang Salib.
7
Wan Abdul Rahman Latif(2001)., Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.Hlm. 177

Gambar 4: Serangan tentera Salib keatas Edessa.


Pope Eugenius III iaitu St. Bernard of Clairvaux telah mengisytiharkan
Perang Salib Kedua. Dengan rayuan dan ucapan beliau, Raja Louis VII (1120-1180
M) dari Perancis dan Raja Conrad III (1193-1152 M) dari Jerman telah membentuk
angkatan tentera Salib dan melakukan serangan dengan mengetuai dua pasukan
tentera yang berlainan merentasi Balkan. Di Balkan,

tentera Salib telah

menerima bantuan pengangkutan daripada Maharaja Byzantine Manuel I (11201180 M) ke Asia Minor. Walaubagaimanapun, Perang Salib Kedua ini tidak berjaya
meraih kemenangan.
The Second Crusade was a failure. While marching through Anatolia, the
crusaders suffered heavy losses. Troops that were left to defend cities along the
way were massacred or sold into slavery.

Selepas kekalahan Jerman di Dorylaeum, kedua-dua tentera Jerman dan


Perancis bergabung di Acre bagi menyerang Damascus (Syria), namun usaha ini
telah gagal disebabkan konflik dalaman antara tentera Salib. Pada tahun 1187,
Saladin telah berjaya menguasai Jerusalem dan seluruh wilayah kecuali Tripoli
dan Antioch.
2.3

Perang Salib III

William Chester Jordan(1996)., The Middle Ages, An Encyclopedia for Students, Edisi 2.,New York, Prentice
Hall., Hlm. 10.

Perang Salib bagi siri ketiga yang berlaku pada tahun 1189 hingga 1192 M
adalah berpunca daripada kejatuhan Jerusalem ke tangan Saladin iaitu pemimpin
Kerajaan Turki Seljuk yang berkarisma,

menyebabkan Pope Gregory VIII

mengisytiharkan Perang Salib Ketiga.


Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam Perang Salib Ketiga ialah Maharaja
Empayar Roman Suci iaitu Frederick I Barbarosa (1125-1190 M), Richard I LionHeart (1157-1199 M) dari England dan Philip II (1165-1223 M) dari Perancis.
Mereka telah menyahut seruan Pope Gregory VIII. Walaubagaimanapun, Maharaja
Frederick Barbarossa telah mangkat akibat lemas semasa menyeberangi sungai
di Asia Kecil. Tentera-tenteranya menjadi lemah dan akhirnya pulang tanpa
mencapai kemenangan
Maharaja Philip II dan Maharaja Richard The Lion Heart pula sering
berselisih faham menyebabkan tentera-tentera mereka tidak bersatu dan sering
bergaduh. Setelah mereka berjaya menawan Acre, Maharaja Philip telah pulang
semula ke Eropah meniggalkan Maharaja Richard untuk menentang Saladin 9.
Angkatan Saladin yang kuat menyebabkan Maharaja Richard tidak berupaya
untuk menakluk semula Jerusalem. Akhirnya, pada tahun 1192, Maharaja Richard
telah membuat perjanjian damai dengan Saladin untuk membenarkan orang
Kristian melawat Jerusalem melalui Palestin dan Acre yang telah berjaya dikuasai
oleh pihak Kristian.

2.4

Perang Salib IV
Perang Salib Keempat pada tahun 1202 hingga 1204 M telah dilancarkan

oleh Pope Innocent III (1160-1216 M). Setelah kematian Saladin, Pope Innocent III
telah mencuba untuk menawan semula Tanah Suci tetapi gagal. Angkatannya
yang lemah akhirnya telah memalukan beliau. Dalam Perang Salib IV ini juga
memperlihatkan penawaran Surat Pengampunan ataupun Indulgences untuk
mendapatkan derma dan bantuan kewangan bagi keperluan ketenteraan Salib.
Dalam siri perang Salib IV, tentera Kristian telah menggunakan jalan laut
yang dirasakan lebih selamat dan cepat dengan pertolongan pedagang Venice di
Hungary tanpa mengenakan apa-apa bayaran dengan syarat membantu mereka
menawan pusat perniagaan di Zara. Disebabkan kelalaian tentera Kristian, orang
Turki mengambil kesempatan menakluki semula kawasan yang terletak di bawah
9

Wan Abdul Rahman Latif(2001)., Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.Hlm. 178.

kekuasaan orang Kristian di Timur Tengah, iaitu Arce. Selain itu, di Zara, Alexius
IV

(1224

M)

menawarkan

anak

kepada

tentera

Salib

Maharaja
dengan

Byzantine
bantuan

yang

wang

digulingkan

dan

militari

telah
untuk

membantunya menggulingkan bapa saudaranya Alexius III (1210 M).


The Fourth Crusade was diverted from its original goal because of
intrigues within the Byzantine Empire. Prince Alexios, the pretender to the
Byzantine throne, met with the crusade leaders and persuaded them to help
depose his uncle, the current emperor.

10

Untuk mendapatkan sumber kewangan untuk ketenteraan, perang yang


dijalankan oleh pihak Kristian telah beralih arah. Mereka berperang sesama
sendiri, misalnya di bandar Zara yang memperlihatkan peperangan antara
pejuang salib dan penduduk bandar Zara yang juga adalah orang Kristian. Hal ini
seterusnya memberi kesan kepada pembentukan Empayar Latin di Byzantine.

2.5

Perang Salib V
Sebagai lanjutan daripada Perang Salib IV, Pope Innocent III dan Honorius

seterusnya telah melancarkan Perang Salib Kelima yang dicetuskan di Majlis


Lateran pada tahun 1215 M. John H. Mundy telah mengatakan:
Already evident in the First Crusade, this idea eventually took on all sorts
of forms, of which the most egregious was the Childrens Crusade of 1212.
Initially designed to stir faith, popular preaching from the Loire valley to that of
the Rhine evoked a curious youth march towards Jerusalem.

11

Hal ini bertujuan untuk memerangi Mesir yang akan menjadi titik untuk
memulihkan semula Jerusalem. Dalam Perang Salib yang kelima ini juga
memperlihatkan pasukan tentera salib dari Hungary, Austria, dan Bavaria
mencapai kejayaan luar biasa dengan penaklukan Damietta di Mesir pada tahun
1219 melalui kepimpinan Raja John dari Brienne, Hungary (1170-1237 M) dan
wakil Papal iaitu Pelagius (1210 M). Semasa perang untuk menawan Damietta ini
10

William Chester Jordan, The Middle Ages, An Encyclopedia for Students, Edisi 2.,Hlm. 11.
John H. Mundy(1991).,Europe in the High Middle Ages 1150-1309, Second Edition, London & New York:
Longman.Hlm. 52.
11

berlangsung, pihak Muslim di Damietta sebenarnya telah menghantar satu usul


perdamaian kepada Raja John. Namun, Pelagius sebagai rakan sekutu Raja John
telah menolak usul ini. Pelagius masih mengharapkan bantuan daripada Maharaja
Empayar Roman Suci iaitu Frederick II (1194-1250 M). Seterusnya, Pada tahun
1221, Pelagius cuba menyerang Kaherah tetapi akibat daripada banjir Sungai Nil,
mereka tidak berjaya. Hal ini seterusnya mendorong Pelagius untuk menerima
perdamaian yang sebelum ini ditolaknya. Namun hal ini dilihat sudah tidak
berguna berbanding perdamaian pertama yang ditolak. Perang Salib yang kelima
ini juga telah memperlihatkan satu insiden penting yang cuba mencipta
persefahaman antara Kristian dan Islam iaitu lawatan yang bersifat dakwah yang
dilakukan oleh Saint Francis dari Assisi (1182-1226 M) terhadap Sultan Kamil
(1180-1238 M).

2.6

Perang Salib VI
Dalam Perang Salib yang Keenam, Maharaja Empayar Roman Suci iaitu

Frederick II telah melancarkan satu misi secara diplomasi tanpa pendekatan


ketenteraan. Misi ini tidaklah dikatakan sebagai satu siri peperangan kerana
ianya bersifat diplomasi iaitu rundingan melalui meja bulat. Walaupun Frederick II
telah disingkirkan oleh Paus (papal excommunication), 12 namun baginda berjaya
membuat perjanjian damai dengan Sultan Kamil. Perundingan damai ini telah
membuahkan hasil kerana Sultan Kamil menyerahkan Jerusalem dan lain-lain
tempat suci di bawah kuasa Kristian selama 10 tahun dengan Maharaja Frederick
II sendiri sebagai Raja Jerusalem. Walaubagaimanapun, setelah 10 tahun berlalu,
perjanjian ini telah dilupakan. Permusuhan antara Kristian dan Islam telah
kembali hangat melalui serangan oleh Thibaut IV (1201-1253 M) dari Navarre dan
Richard (1209-1272 M) dari Cornwall.
2.7

Perang Salib VII


Melalui sokongan Pope Innocent IV (1254 M), Louis IX (1226-1270 M) dari

Perancis telah melancarkan Perang Salib Ketujuh terhadap Mesir. Pengambilan


semula Jerusalem pada tahun 1949 oleh Turki dan penduduk Muslim di Mesir
merupakan penyebab utama Perang Salib yang Keenam ini. Louis IX mengatur
12

Hal ini disebabkan oleh kelewatan Frederick II membantu wakil Papal iaitu Pelagius dalam Perang Salib.

Perang Salib menentang Mesir dari tahun 1248 hingga 1254, dia bertolak dari
pelabuhan Aigues-Mortes yang baru dibina di selatan Perancis. Ia adalah satu
kegagalan dan Louis menghabiskan hidupnya di istana kerajaan tentera salib di
Acre. Di tengah-tengah perang Salib ini, berlaku Perang Salib Pengembala Biri-Biri
pertama pada tahun 1251. Raja Edward dari England (1239-1307 M) tiba di utara
Afrika terlalu lewat untuk menyelamatkan usaha Raja Louis IX, dan melalui
kejatuhan Tripoli pada tahun 1289 M dan Acre pada tahun 1291, era Perang Salib
berada di penutupnya walaupun Konstantinople kekal di tangan Kristian sehingga
tahun 1453 dan Cyprus sehingga tahun 1571 M.

3.

Faktor-faktor Perang Salib

Gambar 5: Pertempuran antara tentera Salib dan tentera Islam.

10

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan terjadinya Perang Salib. Antaranya


ialah;
3.1 Kezaliman pemerintah Dinasti Fatimiyah.
Pemerintah Fatimiyah yang paling terkenal ialah Khalifah Abu Manshur
Nizar al-Aziz (975-996). Baginda dikatakan antara khalifah yang paling bijaksana
dan murah hati. Semasa pemerintahannya, dia telah memberikan toleransi yang
tidak terbatas kepada orang Kristian. Umat Islam dan umat Kristian hidup dalam
keadaan yang aman dan damai.
Kemangkatan khalifah al-Aziz pada tahun 996 M, telah diteruskan dengan
pelantikan Abu Ali Manshur al-Hakim yang baru berumur 11 tahun sebagai
pemerintah Fatimiyah. Pemerintahan Khalifah al-Hakim dikatakan ditandai
dengan

tindakan-tindakan

kejam

yang

amat

menakutkan.

Ia

membunuh

beberapa orang wazirnya dan memusnahkan beberapa gereja Kristian termasuk


Kuburan Suci umat Kristian(1009). Dia juga turut memaksa umat Kristian dan
Yahudi untuk memakai jubah hitam dan mereka hanya dibolehkan untuk
menunggang keldai sahaja. Umat Kristian juga diwajibkan untuk menunjukkan
salib yang dikalungkan di leher semasa mandi. Bagi orang Yahudi pula, mereka
diwajibkan memasang tenggala berloceng di leher mereka 13.
P.K Hitti (2002) menyatakan bahawa Khalifah al-Hakim merupakan khalifah
yang ketiga dalam Islam yang mengenakan undang-undang yang ketat terhadap
penduduk bukan Muslim di Fatimiyah selepas Khalifah al-Mutawakil dan Khalifah
Umar II. Walaubagaimanapun, berkaitan dengan pemusnahan kuburan Suci orang
Kristian dikatakan ditandatangani oleh Ibn Abdun yang merupakan setiausaha
Khalifah al-Hakim sendiri yang beragama Kristian.
Seterusnya,

Khalifah

al-Hakim

juga

dipercayai

telah

mengikut

perkembangan ekstrem ajaran Ismailiyah, dan menyatakan dirinya sebagai


jelmaan Tuhan. Drusiyah antara keagamaan yang terbaru telah menerima,
mengakui dan yakin bahawa al-Hakim adalah betul-betul jelmaan Tuhan. Pada
awal tahun 1021, al-Hakim telah terbunuh dalam sebuah pemberontakan yang
dipimpin oleh adik perempuannya iaitu Sitt al-Muluk di Mukatam kerana
diperlakukan oleh Khalifah. Kekejaman yang dilakukan oleh Pemerintah Fatimiyah
telah menjadi asas atau faktor pemangkin kepada Perang Salib.
13

P. K. Hitti(2002).,History of the Arabs.,Palgrave Macmillon, New York.,Hlm 792.

11

3.2 Mendapatkan kekuasaan dan kepentingan.


Mendapatkan semula Tanah Suci bukanlah tujuan utama bagi sebilangan
orang Kristian. Mereka menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan
kekuasaan dan kepentingan mereka sendiri. Contohnya, Bohemond yang ingin
mendapatkan semula kekuasaan dan kepentingannya setelah tenggelam dalam
persaingan kuasa di negaranya serta para saudagar dari Pisa, Venesia, dan
Genoa yang juga tertarik untuk ikut serta dalam perang kerana motif komersial 14.
Di samping itu, terdapat juga orang-orang romantis, orang-orang yang
selalu gelisah, dan para pemberani, termasuk orang-orang Kristian yang saleh
menjadikan Perang Salib sebagai sandaran baru bagi kehidupan mereka. Para
pendosa pula merasakan Perang Salib ini merupakan satu peluang untuk
menebus dosa. Bagi kebanyakan rakyat Perancis, Lorraine, Italia, dan Sisilia yang
tengah berada di bawah tekanan ekonomi dan sosial, membawa salib lebih
menjadi salah satu bentuk pembebasan dan pengorbanan.
Di samping itu, Zaman Pertengahan di Eropah menampakkan jumlah
penduduknya yang semakin meningkat dan mengalami kesesakan hidup.
Terdapat ramai knights yang tidak bertanah dan juga generasi mudanya yang
tidak memiliki tanah. Oleh itu, berita yang mengatakan di wilayah sebelah timur
masih

kaya

dengan

tanah

dan

banyak

peluang

masih

terbuka,

telah

mempengaruhi mereka dengan peluang-peluang tanah dan kekayaan yang masih


terbuka untuknya15. Pedagang-pedagang Itali pula merasakan Perang Salib ini
merupakan peluang baik mereka untuk mewujudkan pusat perdagangan yang
lebih

selamat,

memandangkan

perdagangan

dari

timur

ini

sangat

menguntungkan kepada peniaga dan pedagang Itali. Justeru itu, penguasaan


Wilayah Timur yang kaya dan menguntungkan mereka ini mestilah dikekalkan
dan dikuasai oleh Kristian sepenuhnya.

3.3 Perasaan taksub terhadap agama.


Pada Zaman Pertengahan, kehidupan para paderi dan rahib-rahib hanyalah
untuk mengabdikan
14
15

diri

kepada agama

dan sentiasa memikirkan

untuk

P. K. Hitti(2002).,History of the Arabs.,Palgrave Macmillon, New York.,Hlm.812


Wan Abdul Rahman Latif(2001).Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,DBP, Kuala Lumpur.Hlm 175.

12

menyucikan dosa dan membuat amal ibadat. Masyarakat umum sepatutnya


harus mencontohi mereka. Namun, mereka tidak sanggup untuk menjalani
kehidupan seperti paderi dan rahib untuk membuat amal ibadat dan menyucikan
diri daripada dosa16. Ketidaksanggupan untuk tidak menjalani kehidupan seperti
paderi telah menjadikan Perang Salib sebagai jalan yang paling mudah untuk
mencapai taraf itu dan menyucikan dosa melalui pembelaan terhadap Tanah Suci
mereka daripada ditawan oleh orang Islam. Perasaan ketaksuban ini juga
bertambah hebat lagi di kalangan anggota tentera yang menyertai Perang Salib.
Para anggota tentera merasakan

Tuhan telah memanggil mereka untuk

berperang mempertahankan Tanah Suci dan agamanya melalui ucapan yang


diberikan oleh Paus dan mereka secara sukarelanya berperang memerangi orang
Islam.
Selain itu, Perang Salib juga adalah bertujuan untuk menunjukkan ketaatan
kuat kepada agama yang bangkit pada abad ke-11 di kalangan orang awam.
Salah satu sebab ini terjadi adalah Kontroversi Istiadat Pengurniaan di mana
satria Kristian menerima penghargaan dari pihak gereja yang bermula lebih
kurang pada 1075 dan masih berterusan sepanjang Perang Salib Pertama.
Perkara ini telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada seluruh
penganut Kristian sehingga mereka berlumba-lumba untuk menarik sokongan
umum, menyebabkan satu pengalaman keagamaan yang dramatik. Hasilnya
adalah satu kesedaran spiritual Kristian dan timbulnya minat awam yang kuat
terhadap

agama.

Ini

diperkuatkan

dengan

propaganda

keagamaan,

dan

sokongan untuk "Perang Yang Adil" untuk merampas semula Tanah Suci termasuk
Baitulmuqaddis (di mana berlakunya kematian, kebangkitan semula dan naiknya
Nabi Isa ke syurga) dan Antioch (bandar raya Nasrani yang pertama) daripada
orang Islam. Semua ini akhirnya dinyatakan dalam sokongan popular massa
untuk Perang Salib Pertama sewaktu abad ke-12.
3.4 Perkembangan Pesat Di Eropah.
Perkembangan yang pesat di Eropah Barat juga telah menjadi faktor
terjadinya Perang Salib yang bertitik-tolak dari pembangunan pesat yang berlaku
semasa Zaman Pertengahan, serta kemerosotan Empayar Byzantine di timur.
Faktor utama yang membawa kepada perkembangan ini ialah pembukaan jalan
perdagangan di sepanjang jalan ke Barat Eropah. Dengan pertumbuhan dan
16

Ibid.

13

perkembangan perniagaan dan perdagangan, telah menjadikan bandar-bandar


lama berfungsi semula. Hasil daripada perkembangan itu, telah wujud kelas
perdagangan dan pembuat (artisan). Mereka ini bukan golongan dalam kelas
bangsawan atau pun petani tetapi bermakna wujud kelas baru dalam masyarakat
feudal.

Dengan

berlakunya

pertukaran

barang-barangan

dengan

wilayah,

penggunaan mata wang telah diperluaskan dan menjadi penting di seluruh dunia
Kristian dan Eropah Barat. Kesannya telah membawa pembaharuan terhadap
masyarakat dan budaya Eropah.

17

Perpecahan Empayar Carolingian pada lewat abad ke-9 dan kestabilan


Eropah selepas pengkristianan kaum Viking, Slav, dan Magyar menghasilkan
ramai satria yang tidak mempunyai pekerjaan kecuali bergaduh sesama sendiri
dan melancarkan keganasan terhadap para petani. Pihak gereja berusaha untuk
membendung keganasan ini melalui beberapa gerakan gencatan senjata yang
dipanggil Peace and Truce of God yang hampir berjaya. Namun, terdapat
segelintir satria terlatih yang masih mahu meluahkan keganasan mereka kecuali yang berlaku semasa Reconquista di Sepanyol dan negeri Portugal, di
mana tentera Kristian sibuk memerangi bangsa Moor beragama Islam di Eropah.
Paus Urban II di Majlis Clermont sedang memberi ucapan berkobar-kobar untuk
mengambil kembali Tanah Suci.
Pada tahun 1009, khalifah Fatimiyyah, al-Hakim bi-Amr Allah telah
menggeledah hospis pilgrim di Baitulmuqaddis dan merosakkan Gereja Makam
yang Suci. Walaupun didirikan semula oleh maharaja Bizantyne, peristiwa
memalukan ini sentiasa berada dalam ingatan bangsa Eropah dan menolong
menyemarakkan lagi Perang Salib. Pada 1063, Paus Alexander II telah memberi
restu papal kepada rakyat Kristian di Iberia untuk melancarkan perang terhadap
orang Islam, memberi papal standard (yang dipanggil vexillum sancti Petri) dan
pengampunan indulgence bagi mereka yang terbunuh sewaktu perang. Rayuan
daripada beberapa Maharaja Byzantium yang diancam oleh tentera Seljuk,
bermula pada 1074 daripada Maharaja Michael VII kepada Paus Gregory VII,
kepada Maharaja Alexius I Comnenus kepada Paus Urban II pada 1095, akhirnya
mendapat perhatian Paus Alexander II.

18

3.5 Faktor ancaman dan kebangkitan kuasa Seljuk Turki.

17

18

Wan Abdul Rahman Latif(2001).Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,DBP, Kuala Lumpur.Hlm .173.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Salib

14

Kerajaan Bani Seljuk yang terletak berdekatan dengan Constantinople


menyebabkan Raja Alexius Comnesus membuat permohonan kepada Paus Urban
II pada tahun 1095 untuk membantunya untuk menangani serangan Bani Saljuk.
Serangan Bani seljuk telah menyebabkan kawasan sepanjang pesisir Marmora
telah ditakluki. Hal ini menyebabkan Raja Constantinople ini cemas dengan
ancaman Bani Seljuk.
Permohonan raja Alexius Comnesus ini dilihat sebagai sesuatu yang baik
bagi Paus Urban II. Dia mengambil peluang ini untuk menyatukan kembali gereja
Yunani dan gereja Roma, yang mengalami perpecahan sejak 1009 hingga 1054 19.
Maka pada 26 November 1095 Paus Urban menyampaikan pidatonya di
Clermont,

Perancis.

Dia

telah

memerintahkan

orang-orang

Kristian

agar

Memasuki Lingkungan Makam Suci, merebutnya dari orang-orang jahat dan


menyerahkan kembali kepada mereka. Pidato Paus ini merupakan pidato yang
paling berpengaruh sepanjang catatan sejarah. Orang-orang yang hadir amat
teruja

sambil

meneriakkan

slogan

Deus

Vult

yang

bermaksud

Tuhan

Menghendaki sambil mengangkat tangan. Dalam pertengahan 1097, seramai


150 000 orang Kristian berkumpul di Constantinople yang terdiri daripada orang
Franka, Norman dan rakyat biasa bagi menyahut seruan dan sokongan mereka
untuk mengambil semula Tanah suci mereka.
Ucapan

Paus

Urban

II

di

Clermont,

Perancis

juga

menginginkan

Baitulmuqaddis jatuh ke genggaman tentera Frank. Alasannya adalah sejak


kejatuhan Konstantinopel ke tangan bangsa Seljuk, bangsa Eropah menghadapi
kesulitan menziarah Jerusalem kerana dihalang oleh bangsa Seljuk. Pihak Vatikan
mengirim surat kepada raja-raja Eropah meminta bantuan beserta sukarelawan
dari rakyat mereka. Vatican juga mula mengumpul sukarelawan perang dan
menjanjikan syurga dan penghapusan dosa. Pihak Vatikan juga mengatakan
membunuh umat Islam adalah halal dan mereka yang berbuat demikian dijamin
masuk syurga.
Para pembesar Eropah mengirimkan mereka sekitar 40,000 orang di bawah
pimpinan Raymod dari Toulouse, Behomend dari Sicily, dan Godfrey dari Boullin.
Pemimpin perang ini diberi jaminam akan menjadi para pembesar di Kerajaan
Suci Jerusalem. Tentera Salib berkumpul di Konstantinopel untuk membantu Rom
Timur pimpinan Alexius Comnenus melawan bangsa Seljuk. Maka bermulalah
perjalanan yang panjang. Pada 4 Jun 1097, tentera salib menakluki ibu kota
Seljuk menyebabkan tentera diterajui Sultan Qilij Arslan mengalami kekalahan
19

P. K. Hitti(2002).,History of the Arabs.,Palgrave Macmillon, New York.,Hlm.811

15

besar-besaran dalam pertempuran Dorylaeum di dataran tinggi Anatolia. Tentera


salib meneruskan perjalanan ke Antioch. Kota ini dikepung cukup lama dari
Oktober 1097 hingga Jun 1098. Gabenor Antioch, Yaghisian, mengusir kaum
Kristian yang terkenal dengan sebutan kaum Ortodoks Timur yang tinggal di
dalam kota sejak bertahun-tahun yang lalu. Yaghisian juga memohon pertolongan
daripada Syria untuk mengusir tentara salib.
Syria mengirim bantuan dan mereka mengepung tentera salib supaya
tidak mendapat bekalan makanan dari luar. Strategi ini berjaya sehingga satria
berkuda tentera salib terpaksa memakan kuda mereka dan para tentera pejalan
kaki memakan dedaunan untuk terus hidup. Walaupun tentera Islam berjaya
memutuskan hubungan dunia luar, tentera Salib masih mampu merebut Antioch.
Kekalahan tentera Islam adalah berpunca rasa ketidakpercayaan antara sesama
pasukan. Tentera bantuan dari Syria enggan mematuhi perintah gabenor Antioch,
Yaghisian, kerana mereka beranggapan panglima dari Syria lebih tinggi daripada
gabenor sebuah jajahan dari Syria. Kekalahan mereka juga disebabkan terdapat
pengkhianatan yang membocorkan rahsia pasukan Islam kepada para pimpinan
tentera salib yang menjanjikan hadiah yang besar.
Setelah menguasai Antioch sepenuhnya, tentara salib bergerak menuju ke
Maaraat al-Numan dan menakluknya pada 2 Disember 1098. Maaraat alNuman bukanlah sebuah kota besar seperi Baitulmuqaddis ataupun Damsyik.
Kekejaman tentara salib tidak akan terhapus dari memori umat Islam. Didorong
oleh kepercayaan bahawa membunuh umat Islam dijamin syurga, tentera salib
membunuh ramai umat Islam.

Setelah menambah kekuatan mereka, tentera

salib bergerak ke matlamat utama mereka iaitu kota Baitulmuqaddis. Dengan


bantuan pasukan tambahan dari Eropah, tentara salib menguasai daerah pesisir
pantai Syria dan meluaskan pengaruh mereka di Mediteranian Timur. Pergerakan
mereka tidak disekat sehingga Baitulmuqaddis

jatuh ke tangan kaum Frank

tanpa perlawanan pada hari Jumaat, 5 Julai 1099. Salah seorang pimpinan
mereka, Godfrey the Bouillon, diangkat sebagai penguasa Baitulmuqaddis.
Perpecahan umat Islam yang terjadi pada masa itu adalah penyebab utama
kejatuhan Baitulmuqaddis.

Jatuhnya ibu kota ini ke tangan kaum Frank

menandakan berakhirnya Perang Salib Pertama.

20

20

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Salib

16

3.6

Faktor Penguasaan Islam Terhadap Edessa.


Kerajaan Jurusalem yang diasaskan oleh para pejuang Perang Salib

tidaklah begitu kuat dan kukuh. Di samping itu, berlaku perbalahan dan
perselisihan faham di antara para ketua bangsawan yang menguasai wilayahwilayah yang luas. Selain itu, terdapat perselisihan faham di antara ketua-ketua
bangsawan dengan pedagang yang datang dari Itali. Perselisihan faham juga
berlaku di antara penduduk asal dengan orang yang tiba dari Eropah. Tetapi
kelemahan dan perselisihan faham ini tidak diambil peluang oleh orang Islam
untuk menguasai semula wilayah yang telah ditakluki oleh orang Kristian itu
kerana orang Islam ada masa itu masih lagi tidak bersatu untuk menguasai
wilayah tersebut. Tetapi, lama-kelamaan, dengan penyatuan semula di bawah
pimpinan Saladin, orang Islam telah dapat menguasai semula Edessa. Berita
tentang perkara itu telah membuatkan orang Eropah melancarkan Perang Salib
Kedua (1145-1149). Dengan rayuan dan ucapan daripada St. Bernard of
Clairvaux, Maharaja Louis VII dari Perancis dan Maharaja Conrad III dari
Hohenstaufenn, telah dibentuk angkatan Perang Salib pada tahun 1147, tetapi
mereka tidak mencapai kemenangan. Pada tahun 1187, Saladin telah menguasai
Jurusalem dan seluruh wilayah melainkan Tripoli dan Antioch. 21
3.7 Peranan Para Ulama Islam Dalam Membangkitkan Semangat Jihad.
Para

ulama

memainkan

peranan

yang

sangat

penting

disebalik

kebangkitan semangat jihad umat Islam. Al-Sulami, seorang ulama sufi dari
Masjid Umayyah, Damsyik adalah ulama yang melopori dakwah bertemakan jihad
dari mimbar masjid. Menurut al-Sulami, kekalahan yang diderita umat Islam dari
perang melawan tentera salib disebabkan hukuman dari Allah S.W.T kerana umat
Islam mengabaikan kewajiban-kewajiban agama, khususnya jihad di jalan Allah.
Al-Sulami berpendapat jika umat Islam menjalankan kewajiban-kewajibannya
sebagaimana yang telah ditentukan oleh Allah SWT, maka umat Islam akan
mencintai agamanya dan akan berjuang sekuat tenaga demi agama. Langkah alSulami ini diikuti oleh ramai ulama di Suriah yang banyak melahirkan kelompok
mujahidin.
Zengi, penguasa Turki dari Mosul, merupakan pemimpin yang pertama
dalam sejarah, setelah ekspansi tentera salib semasa Perang Salib Pertama, yang
21

Wan Abdul Rahman Latif(2001).Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,DBP, Kuala Lumpur.Hlm .177.

17

memimpin para mujahidin Islam. Dengan bantuan seorang ulama, Ibn alKhasysyab, mereka membawa umat Islam ke arah kemenangan menentang
tentera salib dalam Pertempuran Ladang Darah di Balath. Kemenangan ini
membawa impak yang besar kepada psikologi umat Islam dan menghapus
tanggapan mereka tentang kekuatan tentera salib. Kemenangan Zengi pada
tahun 1144 mengukuhkan rasa percaya diri mereka. Kemampuan pasukan Zengi
merebut Edessa sangat berharga kerana Edessa merupakan kota Negara Salib
pertama yang berhasil direbut oleh umat Islam. Walaupun dua tahun kemudian
Zengi tewas akibat dibunuh, Zengi tetap seorang pahlawan bagi umat Islam yang
membakar semangat jihad mereka. Semangat jihad diteruskan oleh Nuruddin,
tokoh utama Islam semasa Perang Salib Kedua yang juga putera kepada Zengi.
4. KESAN PERANG SALIB
4.1 KESAN PERANG SALIB KEPADA DUNIA ISLAM
Perang Salib yang telah berlangsung kira-kira 200 tahun telah membawa
impak yang sangat besar kepada dunia Islam. Kesan yang diterima oleh Dunia
Islam dapat dibahagikan kepada dua iaitu kesan positif dan kesan negatif.
Walaubagaimanapun, selepas Perang Salib ini, telah memperlihatkan bahawa
kesan negatif yang diterima oleh dunia Islam adalah lebih banyak daripada kesan
positif. Secara keseluruhannya, Dapatlah dikatakan bahawa peperangan salib ini
sememangnya telah merugikan dan seterusnya menyebabkan kemerosotan
kepada dunia Islam.
KESAN NEGATIF
kejatuhan Baitulmaqdis, penaklukan banyak wilayah Islam dan negara
Arab yang lain.
Kejatuhan Baitul Maqdis telah disambut dengan tangisan air mata oleh
seluruh umat Islam. Kekalahan tersebut membawa makna kekecewaan yang
besar kepada umat Islam dan ajarannya. Kekalahan ini menandakan terdapatnya
kelemahan di kalangan orang Islam itu sendiri yang memerlukan pembetulan
semula. Seluruh negara Islam yang mendengar berita itu terutamanya pusat
Islam

di

Baghdad

menyambut

dengan

kepedihan

dan

kesedihan

yang

18

memilukan.

Terdapat

syair-syair

yang

diungkapkan

oleh

mereka

bagi

menunjukkan kesedihan itu seperti yang dibuat oleh Abul Musaffr Al- Abyurdi.
Pada tahun yang sama tentera Salibiyah telah berjaya menguasai Haifa
dan mengadakan perjanjian dengan Arsuf. Pada akhir bulan rejab pula, mereka
berjaya menguasai Inwah dan seterusnya membawa kepada kejatuhan Tripolis ke
tangan bala tentera salibiyah. Kehilangan Baitulmaqdis dan kawasan-kawasan
lain menunjukkan dominasi kuasa Islam di kawasan-kawasan berkenaan

mula

lemah. Selama beberapa abad, kuasa Islam mendominasi kawasan berkenaan


dan akhirnya selepas peperangan Salib berakhir kuasa Islam di lemahkan dengan
penaklukan banyak wilayah jajahan Islam.
Selain itu, kesan Perang Salib juga dapat dilihat sehingga ke hari ini.
Perang Salib merupakan peperangan berlarutan yang berhubung kait dengan
polisi penjajahan barat dan juga merupakan satu perang yang penting kerana
ianya berlaku pada tahun pertengahan, dalam usaha penaklukan pihak barat
seperti yang jelaskan oleh P.K. Hitti(1970:209)
Antara dunia Timur dan Barat terus menerus didapati saling
mempengaruhi,
pertengahan,

semasa

peperangan

perang
Trojan

saliblah
dalam

yang
zaman

merupakan
purba

abad

merupakan

pemulaan dan ekspansi dan imperialis daripada eropah barat merupakan


babak terakhir22
Pertempuran berdarah di dalam peperangan Salib tidak berakhir sebegitu
sahaja. Ianya terus berlarutan dan terus menerus mempengaruhi hampir setiap
tahun perhubungan diantara kedua-dua pihak. Bermula pada saat itulah, satu
demi satu negara arab telah terjebak ke dalam perangkap Barat. Seperti yang
diutarakan oleh Toynbee(1961:24):
Sesungguhnya oleh kerana Barat telah berjaya menakluki lautan,
maka sebelum akhir abad ke-16, Barat telah berhasil melemparkan jerat
ke leher islam, tetapi hanya setelah abad ke-19 sajalah baru Barat
memberanikan diri untuk menarik jerat tersebut dengan kuatnya 23

22
23

Hamedi Mohammad Adnan(1991)., Krisis Timur Tengah,.,Percetakan Kong Lee.Hlm.32.


Ibid, hlm 33.

19

Spekulasi yang dikatakan oleh Toynbee telah menjadi kenyataan apabila


menjelangnya abad ke-19, beberapa wilayah Arab telah berjaya dikuasai oleh
kuasa-kuasa Barat.

Pemikiran dan Ideologi yang berbeza


Pertembungan di antara masyarakat Islam dan Kristian melalui Perang
Salib menyebabkan banyak pemikiran dan ideologi daripada Barat meresap
masuk ke dunia Islam. Akibat daripada pertembungan tersebut maka wujudlah
fahaman

individualism,

sekularisme,

menyebabkan seluruh masyarakat

materialism

dan

humanism

yang

Islam amat sukar bersatu padu. Fahaman

sekularisme terutamanya iaitu fahaman yang memisahkan duniawi dan aspekaspek keagamaan semakin tersebar di dunia Islam. Pentadbiran yang dahulunya
mengikut Al-Quran, sunnah, serta lunas-lunas agama mula digantikan dengan
pentadbiran yang bersifatkan duniawi. Diantara contoh fahaman sekularisme
adalah seperti sistem demokrasi yang memisahkan sistem syura dalam Islam.
Kejatuhan dominasi ekonomi perdagangan dan perubahan dalam sistem
ekonomi Islam.
Sebelum

Perang

Salib

bermula,

masyarakat

Islam

mendominasi

perdagangan di kawasan sekitar Mediterranean, di wilayah Sepanyol, Pulau Sicily,


Utara Afrika, dan di wilayah timur tengah.24Namun selepas Perang Salib,
kekuatan dan dominasi perdagangan masyarakat Islam di kawasan-kawasan
berkenaan mula tergugat dengan kemunculan barat.Dengan meletusnya perang
Salib pertama bermakna Eropah telah berjaya membuka kawasan Mediterranean
kepada para pedagangnya. Selepas peperangan, kuasa Islam mula dilemahkan
oleh kuasa barat yang mula bangkit, bertambah kuat dan berkuasa setelah
bangun daripada zaman gelap
24

Wan Abdul Rahman Latif(2001).Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,DBP, Kuala Lumpur.Hlm .173.

20

Dalam aspek ekonomi pula, Perang Salib telah menyebabkan sistem


ekonomi masyrakat Islam mula berubah. Dahulunya sistem ekonomi masyrakat
Islam adalah mengikut syariat yang ditetapkan tetapi selepas Perang salib
berlaku, sistem ekonomi barat mula meresap masuk ke dalam sistem ekonomi
Islam. Masyarakat Islam mula terpengaruh dengan corak perniagaan barat.
Contoh yang paling jelas adalah Sistem Ekonomi Kapitalis dan Riba. Selain itu,
Perang Salib ini juga telah menyebabkan sistem cukai dalam bentuk baru yang
menggantikan sistem lama yang diamalkan oleh golongan feudal.

Wujudnya

konsep

anti-Islam,

perasaan

ketakutan

dan

kerisauan

masyarakat Kristian Eropah.


Tidak dapat dinafikan peperangan Salib telah menyebabkan wujudnya
konsep anti-islam di kalangan masyarakat Kristian. Peperangan Salib yang
melibatkan masyarakat Islam di timur dan Masyarakat Kristian di Barat telah
mewujudkan perasaan ekstrim terhadap agama Islam. Hal ini dapat dibuktikan
dengan layanan buruk terhadap masyarakat Islam semasa penjajahan Portugis di
Asia Tenggara.Bagi orang Portugis, kemaraan mereka ke timur bukanlah sematamata untuk menguasai jalan perdagangan dari Eropah ke timur tetapi juga satu
kemaraan untuk cuba menentang agama islam 25, sesuatu yang boleh dikatakan
diwarisi kesan daripada peperangan Salib yang berlaku dahulu.
Selain daripada itu, peperangan salib telah menyebabkan masih wujudnya
ketakutan dan kerisauan masyarakat kristian eropah kepada masyarakat islam.
Buktinya dapat dilihat sehingga abad ke 21 ini. Contohnya, Bekas Presiden
Amerika Syarikat, George W.Bush menggambarkan tahun 2001 sebagai War on
terror, seterusnya mengelarkan apa yang berlaku pada tahun 2001 sebagai
Crusade. Hal ini sedikit sebanyak menunjukkan Masyarakat kristian masih lagi
mempunyai perasaan risau dan takut selepas apa yang berlaku semasa
peperangan Salib dahulu.
Kemerosotan dunia Islam

25

Ibid, hlm 210.

21

Selepas peperangan salib, Dunia Islam mula merosot dan ini bermakna
bermulanya kebangkitan Dunia barat, bermula dengan Zaman Renaissance. Kita
mengetahui bahawa semasa dunia barat berada pada zaman kegelapan, dunia
Islam pada masa itu berada di zaman kemajuan dari pelbagai aspek. Kejayaan
dunia Islam dalam bidang sains, kesusasteraan dan kesenian telah melebihi
Dunia barat.
Kita dapat saksikan dalam bidang ilmu hisab,kimia, sains perubatan dan
falsafah, sarjana islam sering menjadi rujukan dan sangat dihormati oleh dunia
barat. Nama-nama seperti al-Khawarizmi, al-Razi,

al-Farabi dan Avicenna

merupakan tokoh-tokoh Islam yang terkenal di dunia barat pada masa itu. Namun
selepas peperangan Salib, banyak pengambilan ilmu Islam berlaku dan iannya
telah melimpahi ke Barat seterusnya telah menyebabkan kebangkitan intelektual
di Barat.Masyarakat Barat telah mengambil kesempatan mencuri dan merampas
banyak kaedah,teknik, dan ilmu pengetahuan dunia Islam dan membawa balik ke
negara mereka. Contohnya, Hospital Les Quinze-Vingt yang dibina di Paris oleh
Louis

IX sebenarnya mengambil contoh dan kelengkapan daripada Hospital

Sultan Nur al-Din

di Damsyik26.Kebangkitan dunia barat akhirnya telah

menyebabkan kemerosotan kepada dunia Islam sendiri.

26

Wan Abdul Rahman Latif(2001).Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,DBP, Kuala Lumpur.Hlm .72.

22

Gambar 6: al-Khawarizmi

Aspek kebudayaan dan pengambilan seni bina Islam


Aspek budaya turut tidak terkecuali menerima kesan daripada perang Salib
ini. Kesan tersebut masih dapat dilihat sehingga ke hari ini.Kesan yang meresap
masuk itu sesungguhnya merupakan kesan buruk dan negatif yang telah
mempengaruhi remaja islam di seluruh dunia pada masa kini. Antara aspek
budaya yang telah dipengaruhi oleh Barat adalah seperti dari cara pemakaian,
pergaulan bebas dan juga perayaan masyarakat barat begitu mudah masuk ke
dalam kebudayaan masyarakat Islam. Pada masa sekarang kita boleh lihat
remaja islam memakai pakaian yang ketat,bertindik di telinga serta merayakan
Hari Valentine.
Dalam aspek senibina,sebelum berlakunya perang Salib, Masyarakat Barat
tidak mengetahui dan tidak pandai membina bangunan besar yang diperbuat

23

daripada batu dan konkrit yang kukuh.Selepas berlakunya peperangan Salib,


orang eropah mula mempelajari cara membina istana dan benteng pertahanan
yang tegap dan menggunakan teknologi pembinaan masyarakat islam.Sebagai
contoh

penggunaan

kaca

berbintik-bintik

dalam

bangunan

Abbey(Parlimen Britain) telah ditiru daripada senibina orang islam.

Wesminster

27

Kesan yang diperolehi adalah Masyarakat barat, selepas peperangan salib


tidak hanya menjajah wilayah dan kawasan taklukan islam tetapi secara
perlahan-lahan mula menjajah aspek kebudayaan timur dan meresapkan
kebudayaan barat ke timur. Pengambilan teknologi senibina islam telah
menyebabkan masyarakat Barat semakin maju dalam pelbagai aspek dan
akhirnya meruntuhkan tamadun islam itu sendiri.

KESAN POSITIF
Aspek Perpaduan
Tidak dapat dinafikan bahawa Perpaduan Masyarakat Islam pada masa
peperangan Salib semakin erat dan kuat. Umat Islam bersatu di bawah
kepimpinan Salahuddin Al-Ayyubi untuk menentang para pejuang Salib daripada
barat. Salahuddin Al-Ayyubi sendiri telah berjaya menyatupadukan umat Islam
dan Arab serta mengukuhkan kedudukan mereka yang mana tidak pernah
dilakukan oleh mana-mana pemimpin sebelum ini bagi menghadapi Peperangan
Salib.
Perdagangan
Kesan yang diterima daripada perang Salib kepada aspek perdagangan
adalah perkembangan perdagangan diantara Timur dan Barat. Seperti yang
diketahui

peperangan

Salib

telah

menyebabkan

wujudnya

pertembungan

diantara Timur dan barat. Pedagang Islam telah berdagang ke Eropah. Diantara
tempat dimana Masyarakat Islam timur telah berdagang ke Barat adalah seperti
Akka, Ladhikiyah, Saidon. Diantara barangan yang dijual adalah seperti tenunan
kapas, kain sutera, pinggan mangkuk, batu-batu permata dan bau- bauan

4.2 KESAN PERANG SALIB KEPADA DUNIA EROPAH


27

Wan Abdul Rahman Latif(2001).Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,DBP, Kuala Lumpur.Hlm .100.

24

Perang Salib bukan sahaja telah memberi kesan kepada dunia Islam tetapi
juga telah memberi kesan yang sangat besar kepada dunia barat. Kesan paling
ketara yang dapat dilihat ialah perubahan besar dalam aspek sosioekonomi
masyarakat Eropah.
4.1 KESAN TERHADAP SOSIAL MASYARAKAT EROPAH.
Kemerosotan Sistem Feudalisme
Akibat daripada paksaan untuk menjadi tentera, dan pada masa yang
sama menggunakan perbelanjaan mereka sendiri telah menyebabkan sejumlah
besar petani berhadapan dengan beban hutang yang besar. Untuk melangsaikan
hutang mereka ini, petani-petani ini telah menyerahkan tanah-tanah mereka
kepada golongan Lords yang mana dengan ini, mereka dapat melangsaikan
hutang mereka.28Tetapi dalam masa yang sama juga, mereka yang tidak dapat
melangsaikan hutang akan menjadi hamba kepada golongan Lords untuk
mengusahakan tanah yang diberikan. Mereka kini kehilangan kebebasan hidup
serta kehilangan hak milik tanah.
Namun, Perang Salib yang telah berlangsung selama kira-kira 200 tahun ini
telah dilihat sebagai satu peluang kepada golongan hamba untuk bebas daripada
sistem feudalisme ini dengan menyertai Perang Salib. Melalui penyertaan mereka
dalam Perang salib maka mereka secara rasminya menjadi orang-orang yang
merdeka tanpa ada ikatan daripada golongan bangsawan.
..tentera-tentera Salib Barat mendapati tidak ada seorang pun hamba
dalam bala tentera Islam. Keadaan ini telah meluaskan pandangan untuk
mendapatkan kemerdekaan bagi sesiapa yang telah dicap sebagai
hamba.29
Penjualan kota-kota untuk kemerdekaan juga berlaku apabila golongan feudal
telah menjual sebahagian ladang-ladang mereka bagi persediaan menyertai
peperangan. Keadaan ini menyaksikan kemunculan pekan-pekan merdeka dalam
setiap kota yang mana kota ini akhirnya berada dalam kuasa raja dengan ikatan
terus-menerus dan tidak lagi menerusi golongan feudal. 30

28

Wan Abdul Rahman Latif(2001).Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,DBP, Kuala Lumpur.Hlm .158.
Siva Chandralingam Sundara Raja(2002).,Sejarah Eropah.,Utusan Publication & Distrubors Sdn.Bhd.Hlm 97.
30
Ibid.
29

25

Kemajuan Perdagangan.
Perang Salib juga telah membuka jalan perdagangan yang menemukan
Barat dan Timur sehingga telah meningkatkan lagi perdagangan antara keduadua tamadun ini. Bandar-bandar Itali misalnya telah meraih keuntungan daripada
perdagangan yang dilakukan dengan bandar-bandar di wilayah Syria disamping
keuntungan dengan membawa para pejuang Salib serta pengunjung ke Tanah
Suci orang Kristian.31
Siri

Perang

mercantile32

Salib

yang

pertama

turut

menyaksikan

perdagangan

yang semakin berkembang. Venice sebagai pelopor kepada

perkembangan ini telah menjadikan Venice sebagai bandar yang paling kaya di
Barat. Hal ini juga dapat dilihat melalui perkembangan Genoa dan Pisa. Selain itu,
pelabuhan Flanders juga telah banyak berkembang sehingga menjadi pusat
perdagangan antarabangsa dan pengumpulan barang. Pada Abad ke-12 pula
telah memperlihatkan keadaan ekonomi di wilayah-wilayah selatan Perancis dan
kawasan Kristian Sepanyol telah berkembang sehingga perdagangan mulai
tersebar ke wilayah-wilayah pedalaman Perancis dan Jerman melalui jalan darat
dan sungai sehingga ke wilayah Flemish. Di bahagian Christedom, jalan
perdagangan melalui wilayah Champagne juga telah dibuka dan merancakkan
lagi perdagangan di bahagian ini.33
Hasil daripada kepesatan perdagangan dan perniagaan ini, maka keadaan
kehidupan bandar-bandar di Eropah turut dapat dipulihkan. Hal ini disebabkan
pembukaan banyak jalan-jalan perdagangan. Contohnya, melalui kesatuan
pedagang

yang

dibentuk

telah

memastikan

keselamatan

perjalanan

dan

perniagaan yang berlangsung akibat beberapa faktor seperti ancaman lanun dan
perselisihan faham tentang perniagaan. Kemajuan perdagangan ini adalah
disebabkan oleh pembukaan jalan ketika Perang Salib berlangsung.

Perkembangan Bandar-bandar Eropah.

31

Wan Abdul Rahman Latif(2001).Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,DBP, Kuala Lumpur.Hlm .179.
Ibid, hlm.181.
33
Ibid.
32

26

Selepas peristiwa Perang Salib, Eropah telah mengalami perubahan dan


perkembangan yang pesat. Hal ini bertitik tolak dengan perkembangan dan
penyebaran aktiviti perdagangan. Beberapa bandar-bandar baru telah muncul
akibat daripada adanya interaksi perdagangan dengan bandar yang telah maju.
Perdagangan yang pesat telah menjadi pemangkin kepada kemunculan bandarbandar baru melalui kehadiran pedagang-pedagang yang ramai dan pembinaan
pelbagai kemudahan-kemudahan asas seperti kemudahan perniagaan dan
pelabuhan.
Bandar Genoa misalnya merupakan salah sebuah bandar penting yang
selain Venice, Florence dan Pisa. Ini adalah kerana, Genoa mempunyai hubungan
perdagangan yang mempunyai kaitan dengan perdagangan daerah dalam
kerajaan Jerusalem.34Selain itu, kepesatan perdagangan juga sekaligus telah
membawa kepada pembentukan bandar baru di kawasan Lambard dan Tuscany
di Itali pada abad ke-11.35
Kebangkitan Intelektual.
Eropah pada waktu itu banyak meminjam idea-idea sains, falsafah,
kekayaan dan kebudayaan umum tentang dunia Islam. 36
Akibat daripada zaman gelap di negara-negara barat, banyak buku-buku
yang telah dibakar dan hilang. Hal ini telah menyebabkan dunia barat mengambil
kesempatan daripada Perang Salib untuk menyerap pelbagai maklumat dan ideaidea dari dunia Islam. Nama-nama seperti al-Farabi, al-Razi, Avicenna, alKhawarizmi, Omar Khayyam dan al-Firdausi merupakan tokoh-tokoh yang amat
dikagumi dan terkenal di dunia barat. Hal ini kerana sumbangan mereka yang
besar sekali terutamanya dalam bidang matematik, perubatan, falsafah, sains,
dan kesusasteraan.
Hubungan dan penerimaan ilmu pengetahuan Islam ke dunia barat banyak
diserap di wilayah-wilayah dan pusat perniagaan Eropah iaitu di semenanjung
Itali. Kebangkitan intelektual di kawasan ini telah menyebabkan lahirnya Zaman
Pembaharuan Eropah yang sebelum ini berada dalam belenggu zaman kegelapan
iaitu pada zaman pertengahan. Hal ini juga terjadi akibat daripada perpindahan
para cendekiawan timur ke pusat-pusat perdagangan dan perniagaan di Itali
yang disebabkan oleh kejatuhan Kerajaan Constantinople pada tahun 1453.
34

Wan Abdul Rahman Latif(2001).Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,DBP, Kuala Lumpur.Hlm .181.
Ibid.
36
Siva Chandralingam Sundara Raja(2002)., Sejarah Eropah.,Utusan Publication & Distrubors Sdn.Bhd.Hlm .
98
35

27

Perpindahan mereka ke Itali ini telah memberi dorongan dan sokongan dari segi
kewangan dan penghayatan mereka terhadap ilmu-ilmu yang diterima oleh
mereka.
Kemajuan intelektual dunia Islam pada abad ke-11 melihat akan kemajuan
intelek yang telah melebihi dunia Barat sehinggakan sarjana-sarjana Islam telah
menjadi

rujukan

yang

begitu

dihormati

oleh

golongan

terpelajar

di

Eropah.37Perkembangan masyarakat di Eropah hasil daripada perkembangan


intelektual daripada dunia Islam menjadi salah satu faktor kepada penghasilan
barang-barang perniagaan dengan kos rendah dengan teknologi yang cekap.
Contohnya masyarakat Milan,Venice dan Florence yang bersikap terbuka
terhadap penyelidikan pengetahuan yang sebenar dan dalam bidang sains dan
teknologi.38
Dalam masa yang sama, peningkatan intelektual ini telah merangsang
kesedaran nilai ketinggian ilmu pengetahuan Yunani misalnya Copernicus yang
menunjukkan bahawa matahari adalah pusat sistem alam semesta dan bukan
bumi yang telah dinyatakan oleh institusi agama. Bukan itu sahaja, Zaman
Pembaharuan ini juga telah dilihat lebih mengutamakan bidang jumpaan tanah
yang merangkumi sains melukis peta, membuat kompas, matematik dan
astronomi.39
Perkembangan Kesusateraan dan Kesenian.
Selain itu, di Perancis misalnya, Perang Salib ini telah menyebabkan
tumbuhnya minat dalam bidang penulisan yang berbentuk penceritaan, lagenda
abad dan histografi. Cara penulisan ini banyak digunakan dalam menghasilkan
cerita-cerita dan persembahan tentang pelbagai peristiwa contohnya cerita-cerita
Chalemagne dan Raja Athur dan Perang Salib itu sendiri. Selain itu, kesusasteran
seperti Chanson d'Antioche ataupun chanson de geste yang menyentuh Perang
Salib Pertama, dan Lagu Roland (Song of Roland) yang menyentuh era
Charlemagne dipengaruhi secara terus oleh pengalaman perang Salib. Begitu
juga dengan cerita Troubador iaitu kesatria yang ingin memenangi hati wanitanya
dengan pergi menyertai perang Salib di Timur. Bahasa vernacular Perancis juga
digunakan dalam kebanyakan lagu dan cerita dongeng pada ketika itu. 40
37

Wan Abdul Rahman Latif(2001).Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,DBP, Kuala Lumpur.Hlm .187.
Wan Abdul Rahman Latif(2001).Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,DBP, Kuala Lumpur.Hlm .188.
39
Ibid.
40
Siva Chandralingam Sundara Raja(2002)., Sejarah Eropah.,Utusan Publication & Distrubors Sdn.Bhd.Hlm 99
38

28

Penyebaran Agama Kristian.


Konsep yang pernah diperkenalkan oleh Pope Urban II iaitu mewujudkan
gereja dunia telah membangkitkan semangat penyebaran dan penaklukan yang
dilakukan oleh kuasa dunia Barat. Oleh yang demikian, penyebaran dan
penguasaan agama Kristian Katolik telah berlaku di sekitar wilayah-wilayah
Eropah, antaranya adalah wilayah-wilayah di Scandinavia yang kemudiannya
diikuti oleh Norway dan Sweden.
Selain

daripada

itu,

kejatuhan

Cordova

pada

tahun

1034

telah

menyebabkan agama Kristian dapat disebarkan dengan mudah oleh Kristian


Katolik yang selama ini diidam-idamkan oleh pihak Kristian untuk menakluki
semula wilayah Sepanyol.41Kesan Perang Salib ke atas benua Eropah sebenarnya
boleh dilihat dalam segala sudut dan bersifat pelbagai.

41

Wan Abdul Rahman Latif(2001).Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,DBP, Kuala Lumpur.Hlm .188.

29

5. Analisis
Peristiwa Perang Salib yang berlaku antara dunia Barat dan dunia Islam ini
bukanlah berpunca oleh satu pihak sahaja iaitu Islam mahupun Barat. Ini kerana,
jika diperhalusi, semasa pemerintahan Khalifah al-Aziz, masyarakat Kristian dan
masyarakat Islam hidup dalam keadaan aman dan damai. Namun begitu pada
zaman pemerintahan khalifah al-Hakim telah memperlihatkan adanya unsurunsur berat sebelah antara kedua masyarakat berbeza ini. Ini dapat dilihat
melalui tindakan khalifah al-Hakim yang telah memperkenalkan undang-undang
yang ketat terhadap masyarakat bukan Islam pada ketika itu seperti, orang
Kristian diwajibkan untuk menunjukkan salib yang dikalungkan di leher semasa
mandi manakala bagi orang Yahudi pula, mereka diwajibkan memasang tenggala
berloceng di leher mereka.
Walaubagaimanapun, kita tidak boleh melihat aspek ini sebagai satusatunya pencetus utama kepada peristiwa Perang Salib. Hal ini kerana, terdapat
sesetengah sejarawan yang mengatakan bahawa orang-orang Kristian yang tidak
berpuas hati terhadap tindakan Khalifah al-Hakim telah menyebarkan khabar
angin mengenai penindasan yang berlaku keatas mereka. Melalui hal ini, Pope
Urban

II

lantas

menyeru

masyarakat

Barat

untuk

bersatu-padu

untuk

menegakkan keadilan dengan langkah utama merebut semula Tanah Suci dengan
cara berperang. Tindakan Pope ini adalah amat mendukacitakan kerana sebagai
peneraju agama Kristian, seharusnya menangani masalah yang timbul secara
damai yang mungkin diperoleh dengan mengadakan perundingan ataupun
perbincangan.
Seterusnya Perang Salib yang berlaku antara dunia Islam dan dunia Barat
ini juga telah memperlihatkan dampak yang sangat besar tehadap kedua-dua
pihak. Pertama, dunia Barat dalam jangka masa yang panjang, telah mendapat
keuntungan daripada perang yang berlaku. Contohnya, pengadaptasian mereka
terhadap ilmu-ilmu pengetahuan Islam yang banyak memajukan bangsa Barat
sehingga

lahirnya

golongan-golongan

intelektual

khususnya

di

kalangan

pedagang dan pengembara. Keadaan ini juga telah menyebabkan negara-negara


Barat mula bangkit daripada Zaman Gelap kepada Zaman Pencerahan ataupun
Zaman Pembaharuan.

30

Walaupun begitu, dunia Islam nampaknya telah banyak mengalami


kerugian. Masyarakat Islam mula mengalami kemerosotan terutamanya setelah
kemangkatan Saladin. Mereka juga telah kehilangan banyak wilayah seperti Haifa
dan yang paling penting sekali ialah kejatuhan Baitulmuqqadis di tangan Barat.
Sistem ekonomi mereka juga turut terjejas ekoran daripada Perang Salib yang
semakin mengancam dominasi ekonomi mereka. Walaubagaimanapun, tidak
dapat dinafikan bahawa Perang Salib merupakan titik tolak terhadap kelahiran
semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam.
6. Kesimpulan
Perang Salib merupakan salah satu peristiwa pemberi warna kelam dalam
perjalanan sejarah Dunia Islam dan Dunia Kristian. Warna kelam ini amat
mempengaruhi hubungan Islam kristian hingga dewasa kini. Seperti pernyataan
Montgomery Watt Meatat, yang berbunyi kaum Muslim, Kristian, dan Yahudi di
Sepanyol sebelum Perang Salib boleh hidup berdampingan secara damai, hidup
sebumbung , dan perkara ini boleh dicapai diantara masyarakat Kristian dan
Islam pada masa kini melalui beberapa aspek seperti kepimpinan dan toleransi
diantara kedua-dua agama besar ini. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk
melihat dan mengambil pelajaran yang bererti dalam peristiwa ini untuk
membangun suatu kehidupan bersama yang lebih damai dan jujur.

31

Anda mungkin juga menyukai