Anda di halaman 1dari 2

NASI LEMAK

Nasi lemak merupakan


makanan kegemaran bagi
orang Malaysia dan
Singapura terutama
sebagai sarapan pada
waktu pagi. Nasi lemak
merujuk kepada nasi
yang dimasak dengan
menggunakan santan
kelapa, bagi menambah
rasa lemaknya.
Kadangkala daun pandan
dimasukkan semasa nasi
lemak dimasak bagi
menambahkan
aromanya.

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal.
Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad
kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu). Kaum Cina tempatan juga
ada yang memasak nasi lemak dengan lauk babi.

Nasi lemak bukanlah satu makanan sarapan harian


pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak
merupakan satu bekalan kepada pesawah-pesawah
padi mahupun yang mengusahakan kebun seperti
getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain.
Kebanyakan di Semenanjung Malaysia ,Selatan
Thai, Brunei dan Singapura, bekalan Nasi Lemak
sering dibekalkan, kerana ia mampu memberi tenaga
kepada mereka ini yang membanting keringat.

Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia
dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak
merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota
yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini
semakin mudah didapati di mana-mana sahaja. Biasanya harga nasi lemak berada di
dalam linkungan Ringgit Malaysia 1 sehingga 6 sebungkus.

http://sridamansaraoutdoor.com

Anda mungkin juga menyukai