Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN RPH

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran
yang disediakan oleh untuk beberapa waktu pelajaran. Sebelum merancang dan melaksanakan
P&P seseorang guru perlulah:
Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam
Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai
Merancang pengajarannya
Menentukan strategi P&P
Menyediakan bahan bantu pengajaran
Menyediakan penilaian
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RPH biasanya mengandungi tiga peringkat iaitu peringkat perancangan sebelum pengajaran,
peringkat perlaksanaan pengajaran serta peringkat penilaian.

Pada peringkat perancangan sebelum mengajar, dua perkara penting yang perlu dikenalpasti adalah
isi kandungan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid serta penetapan objektif
pembelajaran. Dalam merancang isi kandungan, guru perlu memahami terlebih dahulu konsepkonsep asas yang seharusnya dikuasai untuk membolehkan seseorang dapat mempelajari sesuatu
topik tersebut.

Seterusnya, cara mengajar dirancang berpandukan kepada objektif pembelajaran. Kita perlu
memikirkan aktiviti atau langkah pengajaran yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan
dan Murid dinilai secara berterusan.
Rancangan pengajaran harian merupakan satu rekod khas yang disediakan oleh guru sebelum
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, rancangan pengajaran harian
ini merupakan satu garis panduan kepada guru dalam menjamin pencapaian objektif bagi sesuatu
sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Rancagan pengajaran harian ini penting bagi
guru sebagai persediaan mengajar supaya dapat melaksanakan semua yang dirancang secara
sistematik dan teratur. Rancangan pengajaran ini juga penting sebagai bahan bukti bahawa guru
telah bersedia sebelum mengajar. Tambahan pula, melalui rancangan pengajaran harian ini guru
dapat meningkatkan keyakinan diri dalam mengajar mengikut seperti yang telah dirancangkan. Ini

dapat membantu dalam kelancaran penyampaian input sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran.
Antara perkara yang penting dalam penulisan rancangan pengajaran dan pembelajaran ialah :
Hari
Tarikh
Matapelajaran
Kelas
Masa
Tajuk
Objektif
Kemahiran yang ingin dicapai
Aktiviti
Refleksi
Manakala Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti
pengajaranpembelajaran
yang disediakan oleh untuk beberapa waktu pelajaran. Sebelum merancang dan
melaksanakan P&P seseorang guru perlulah:
Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam
Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai
Merancang pengajarannya
Menentukan strategi P&P
Menyediakan bahan bantu pengajaran
Menyediakan penilaian
Antara kepentingan-kepentingan RPH ialah
Menentukan objektif pengajaran tercapai.
Menyakinkan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
Mengelakkan sebarang penyelewengan daripada aspek yang perlu diajar.
Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa-masa yang diperuntukkan.
Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid.
Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang yang sesuai.
Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penutup dan penilaian.
Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersususn
dan bersistem

Rancangan Pelajaran Harian


o Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan
Hari dan tarikh
Mata pelajaran dan tingkatan
Masa
Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai
Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi

Persediaan Mengajar yang juga dikenali sebagai Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap perlu
dirancang dan disediakan. Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti dan lengkap
adalah kunci kejayaan kepada guru. Melalui Persediaan mengajar yang lengkap dan sistematiK
membolehkan guru :
a. Menentukan objektif pelajaran supaya guru tidak terkeluar dari apa yang
dirancang
b. Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam masa
yang diperuntukkan
c. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat, kebolehan dan minat pelajar
d. Menentukan dan menyediakan BBM yang perlu
e. Merancang aktiviti murid-murid
f. Mengawal bilik darjah dengan baik
g. Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid
h. Guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid
i. Mengingati bahan pengajaran yang akan disampaikan
j. Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan
dengan teratur
k. Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk dikemukakan semasa
pengajaran
l. Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
m. Merancang bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran
Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar.

Pengajaran Makro Dalam Penulisan


PENGENALAN
Pengajaran mikro dan makro biasa bagi mereka yang pernah mengalaminya semasa mengikuti
kursus perguruan di universiti atau di maktab perguruan. Bagi bakal guru pula mereka akan
mengalaminya sebelum mereka keluar membuat latihan mengajar. Melalui pengajaran mikro dan
makro anda didedahkan dengan pengajaran seolah-olah di dalam bilik darjah dan anda akan
mengetahui kelemahan-kelemahan dan kekuatan-kekuatan anda melalui komen yang dibuat oleh
pensyarah atau pun rakan sekelas anda. Guru pelatih boleh memahirkan diri mereka untuk
menjalankan aktiviti pengajaran saperti pengajaran set induksi, menjalankan aktiviti
berkumpulan atau mencuba menerapkan pelbagai teknik-teknik pengajaran di dalam pengajaran
mikro mereka. Pelbagai teori juga boleh diterapkan melalui pengajaran ini.
PERSEDIAAN MENGAJAR
Persediaan dikaitkan dengan perancangan tentang bagaimana sesuatu aktiviti dirancang dengan
teliti dari peringkat awal hingga akhir.Sesuatu pengajaran yang baik berkaitrapat dengan
perancangan yang rapi. Kebijaksanaan seseorang guru diperlukan bagi merealisasikan hasrat dan
harapan. Maka tanggungjawab seorang guru adalah menyediakan persediaan mengajar yang baik
dan tersusun. Dengan persediaan yang rapi, guru berkeyakinan dalam menyampaikan
pengajarannya dan pelajar mudah mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh guru. Alat bantu
mengajar perlu untuk melancarkan pengajaran dan pembelajaran. Persediaan mengajar yang teliti
menyebabkan pengajaran guru lebih berpandu bagi mencapai objektif yang telah dirangka bagi
sesuatu sesi pengajaran.
KOMPONEN PERSEDIAAN MENGAJAR.
Terdapat tiga bahagian penting dalam pengajaran mengajar iaitu bahagian persediaan,
penyanpaian dan bahagian penyampaian atau penutup. Guru harus menguasai ketiga-tiga
komponen ini. Dalam aspek penggabungjalinan kemahiran juga perlu dinyatakan sebagai
sebagahian daripada persediaan mengajar. Objektif pengajaran merupakan bahagian yang sangat
penting dalam sesuatu pengajaran. Dalam menyediakan sesuatu persediaan mengajar yang baik,
kriteria penilaian perlu diberi perhatian oleh guru.
Seorang guru yang perihatin harus peka penentuan hasil daripada pengajaran dan
pembelajarannya. Ini boleh dilihat melalui gambarajah 6.3.

Sebelum membuat rancangan harian, guru harus pastikan apa yang perlu dikuasai oleh murid
agar apa yang hendak disampaikan nanti dapat diaplikasikan dan tumpuan sepenuhnya dapat
diberikan oleh murid-murid. Guru juga harus rancang kaedah atau sumber yang sesuai bagi
membantu melaksanakan penilaian kelak.
Hasil pelajaran haruslah dirujuk kepada sukatan pelajaran dan pastikan aras pembelajaran
mengikut aras dari mudah ke sukar agar hasil pembelajaran dapat dinyatakan dengan tepat,
eksplisit dan jelas. Ini dapat dilihat berdasarkan gambarajah 6.4
Guru harus pastikan set induksi bertepatan dengan objektif pelajaran, bermakna dan mengikut
tahap murid-murid. Set Induksi juga berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid. Lihat
gambarajah 6.5
FORMAT PERSEDIAAN MENGAJAR PENGAJARAN MAKRO
Semua guru perlu merancang pengajaran masing -masing untuk memastikan keberkesanan
pelajaran,meningkatkan pencapaian pelajar disamping mengurangkan masalah-masalah dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk membuat perancangan pengajaran guru perlu
melaksanakan beberapa perkara:
Meneliti dan menafsir sukatan pelajaran
Membuka skema rancangan kerja untuk sesuatu tahun
Menyediakan persediaan mengajar harian.
Persediaan mengajar atau dikenali dengan Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap perlu
dirancang dan disediakan.Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas,teliti dan lengkap
adalah kunci kejayaan kepada guru.
Melalui persediaan mengajar yang lengkap dan sistematik membolehkan guru :
a.Menentukan okjektif pelajaran supaya guru tidak terkeluar
dari apa yang dirancang.
b. Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup untuk
disampaikan dalam tempoh masa yang diperuntukkan.
c. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan
peringkat,kebolehan dan minat pelajar.
d. Menentukan dan menyediakan BBM yang perlu.

e. Merancang aktiviti murid-murid.


f. Mengawal bilik darjah dengan baik .
g. Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid.
h. Guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid.
i. Mengingati bahan pengajaran yang akan disampaikan.
j. Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti
dapat dijalankan dengan teratur.
k. Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk
dikemukakan semasa pengajaran.
l. Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
m. Merancang bagaimana nilai murid dalam agama dapat
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU TAHUN LIMA
Tarikh : 24 Februari 2005
Masa : 10.35 pagi 11.35 pagi
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5 Sarjan
Bilangan Murid : 30 orang
Tema : Kesihatan
Tajuk : Hospital
Fokus Utama:
1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.
Aras 1
i. Menyatakan panduan tunjuk arah kepada orang lain.
ii. Menyampaikan arahan serta pesanan dengan intonasi yang betul dan bersopan.
Fokus Sampingan:

9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.
Aras 1
i) Membuat catatan ringkas daripada maklumat yang diperoleh.
Objektif:
Pada sesi pengajaran dan pembelajaran diharap murid-murid dapat:
i. menyatakan panduan tunjuk arah kepada orang lain.
ii. Menyampaikan arahan serta pesanan dengan intonasi yang betul dan bersopan.
iii. Mencatat secara ringkas maklumat yang diperoleh
iv. Membina ayat majmuk berdasarkan rangkai kata yang diberi.
Pengetahuan Sedia Ada
Murid telah mempelajari cara memberi penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan
tersirat.
Kemahiran Bahasa
Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran membaca dan Kemahiran menulis
Sistem Bahasa
a) Tatabahasa; Kata nama am, Ayat arahan
b) Kosa Kata; farmasi, x-ray, makmal, wad kecemasan, wad bersalin, lintasan belang
Pengisian Kurikulum
a) Ilmu pendidikan kesihatan
b) Nilai Murni kebersihan, menghargai
c) Kemahiran Bernilai Tambah
i. Kemahiran Berfikir
Mengenal pasti sebab akibat
Menyelesaikan masalah
Mentafsir
ii. Teori Kecerdasan Pelbagai
Interpersonal
iii. Konstruktivisme

iv. Kontekstual
ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN CATATAN
Soalan guru
1.Apakah kejadian yang terdapat dalam gambar ?
Kemalangan di jalan raya.
2.Bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku?
Kerana lalai, mengantuk dll.
3.Siapakah yang terlibat dalam kejadian itu?
Pemandu , penumpang, pejalan kaki dll.
4.Di manakah mangsa itu dirawat?
Hospital, klinik, bomoh patah (sangkal putong)
Set Induksi (5 minit)
1.Guru mempamerkan beberapa keping gambar kemalangan di jalan raya?
2.Guru bertanyakan soalan kepada murid-murid tentang gambar-gambar tersebut.
3.Guru minta murid memberi keterangan yang lengkap tentang gambar tersebut.
BBM
1.Gambar-gambar kemalangan di jalan raya.
2. KBKK
Mengenal pasti sebab akibat
3. Nilai:
Kerjasama
Prihatin
4.Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Konstruktivisme

Panduan tunjuk arah ke bilik Farmasi.


Kamu berada di bilik menunggu. Pergi ke Blok C di hadapan bilik menunggu. Pergi pula ke bilik
rawatan C. Bilik rawatan C terletak di sebelah bilik pengimejan. Dari bilik rawatan C, pergi pula
ke bilik pengimejan. Kemudian, dari bilik pengimejan jalan menghala ke kanan hingga sampai di
simpang. Kemudian, belok ke kiri menuju ke bilik farmasi. Bilik farmasi terletak berhadapan
dengan Blok B.
Langkah 1 (15 minit)
1. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan.
2. Guru mengedarkan Lembaran Pelan Hospital kepada setiap murid dalam kumpulan.
3. Guru meminta murid menyebut semula perkataan yang disebut oleh guru berdasarkan
lembaran itu.
4. Guru meminta murid meneliti pelan dan baca panduan tunjuk arah ke bilik farmasi.(KBKK)
5. Murid mencatat kata arah dalam ayat yang diberi dalam lembaran kerja.
BBM
1.Lembaran Kerja
Aktiviti 1;Pelan Hospital
2. Jadual ayat arahan
3.Nilai:Kerjasama
4. KBT, KBKK
Mentafsir

Catatkan tunjuk arah ke hospital berdasarkan pelan yang diberi.

dari perhentian bas


melalui lintasan belang
laluan basikal
lampu isyarat
di simpang empat
papan tanda pusingan U
Langkah 2 ( 15 minit)
1. Guru mengedarkan lembaran kerja aktiviti 2 kepada semua pelajar?
2 Guru meminta murid-murid melakonkan cara mereka menerangkan tunjuk arah menuju ke
hospital kepada seorang wanita. (KBKK & Nilai)
3. Murid mencatat tunjuk arah ke hospital berdasarkan pelan yang diberikan
BBM
1. Pelan Perjalanan Ke Hospital
2. KBT
KBKK
Menyelesaikan masalah
3. Nilai
Baik hati
4.Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kontekstual

Saya dan adik mengikut bapa ke hospital. Saya diminta oleh bapa menasihati adik yang sedang
berlari-lari.
Cadangan jawapan dialog

Adik jangan berlari-lari kerana ini kawasan hospital


Maaf kak , saya tak tahu. Saya berjanji tidak buat lagi
Langkah 3 (10 minit)
Situasi 1
1. Guru mengedarkan lembaran kerja 3.
2. Murid membincangkan dialog dalam kumpulan bersama rakan.
3. Guru meminta murid-murid melengkapkan dialog.
4. Murid melakonkan dialog yang telah dilengkapkan.
(KBT & Nilai)
BBM
1. Lembaran kerja
Aktiviti 3
2. KBT
Kecergasan Pelbagai
Interpersonal
3. Nilai
Hormat menghormati

Sementara menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor, adik saya telah bermain di taman
permainan. Ibu meminta saya memanggil adik keran sudah tiba gilirannya untuk berjumpa
dengan doktor.

Cadangan jawapan dialog


Adik dah tiba giliran kamu untuk berjumpa doktor
Baiklah kak, saya datang sekarang
(kesantunan bahasa)
Langkah 4 (10 minit)
Situasi 2
1. Guru mengedarkan lembaran kerja 4.
2. Murid membincangkan dialog dalam kumpulan bersama rakan.
3. Guru meminta murid-murid melengkapkan dialog.
4. Murid melakonkan dialog yang telah dilengkapkan.
BBM
1. Lembaran kerja
Aktiviti 4
2. Pengisian Kurikulum
Peraturan sosio budaya
Kesantunan bahasa
3. Nilai
Kasih sayang

Kata Hubung
kemudian, lalu

Sambil, Tetapi , Kecuali


Rangkai kata
1. mengambil ubat singgah di kantin
Ali mengambil ubat kemudian singgah di kantin.
2. Menjalani rawatan berbual dengan doktor
3. dilanggar kereta mangsa kemalangan
4. semua kemudahan makmal darah
5. taun penyakit berjangkit darah tinggi penyakit tidak berjangkit
(nilai)
Penutup (5 minit)
1 Murid dibahagikan kepada enam kumpulan.
2. Guru mengedarkan Lembaran kerja 5 kepada setiap murid dalam kumpulan.
3. Guru meminta murid membina ayat majmuk lisan berdasarkan rangkai kata dan kata hubung
yang diberi.
4. Guru meminta murid membina ayat secara bertulis di dalam buku latihan sebagai kerja
rumah.
BBM
1. Lembaran kerja
Aktiviti 5
2. Sistem Bahasa
Morfologi kata majmuk
3. Nilai;Rajin

Rujukan:
Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof, 2007 `Prinsip Pengajaran Penulisan Batu Caves, Kuala
Lumpur.hlm 255-262
http://www.scribd.com/doc/38152551/Persedian-Mengajar-Pengajaran-Makro
http://hbss1103.blogspot.com/2007/11/topik-6-pengajaran-mikro-dan-makro.html
http://hbss1103.blogspot.com/2007/11/topik-6-tutorial.html
http://www.karanganstpm.com/v2/index.php?
option=com_content&view=article&id=98&Itemid=86
http://syiqinradi87.tripod.com/minggu7/rph_1.pdf

Anda mungkin juga menyukai