Anda di halaman 1dari 22

TERHAD

2611/3

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014

2611/3

PENDIDIKAN SENI VISUAL


KAJIAN REKAAN SENI VISUAL
KERJA KURSUS
Kertas 3
Februari Julai

1.

Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9.

2.

Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja.

3.

Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek


yang ditetapkan.

2611/3

2014 Hak

Kertas ini mengandungi 22 halaman bercetak.


[Lihat halaman sebelah
Cipta Kerajaan Malaysia
TERHAD

TERHAD

2611/3

ARAHAN KEPADA CALON


1.

Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib
melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan
dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

2.

Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan
Februari hingga bulan Julai 2014.

3.

Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan
cetakan komputer.

4.

Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendiri
oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.

5.

Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas


berukuran lebih kurang 28 cm 38 cm.

6.

Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan


tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.

7.

Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali


sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.

8.

Calon mestilah memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan
gred Cemerlang dan Baik. Gred cemerlang dan baik akan dicatat dalam sijil
pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian
Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat
di dalam sijil.

9.

Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga


helai sahaja.

10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.
11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan
menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.
12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio.
Calon digalakkan menjilid hasil kajian.
13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang
masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.
14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.

2611/3

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

2611/3

TUGASAN 1

BIDANG

REKA BENTUK

TAJUK

LANSKAP PERSEKITARAN

PRODUK

LANSKAP KEDIAMAN

SITUASI
Sumber di bawah menunjukkan rumah pangsa.

Akibat daripada harga hartanah yang semakin tinggi, banyak rumah pangsa dibina
bagi menampung keperluan perumahan penduduk. Rumah pangsa tidak mempunyai
laman yang boleh dibuat lanskap kediaman untuk tujuan meredakan tekanan selepas
pulang dari kerja. Rumah pangsa hanya mempunyai balkoni yang kecil. Balkoni inilah
yang digunakan oleh penghuni untuk berehat dan mengambil angin bagi meringankan
ketegangan dan kepenatan sambil melihat pemandangan luar.

2611/3

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah


TERHAD

TERHAD

2611/3

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk lanskap kediaman
yang menarik di kawasan balkoni rumah pangsa. Anda haruslah mengambil kira saiz balkoni
yang kecil dan terhad.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1.

Koleksi gambar lanskap yang berkaitan dengan tajuk sebagai sumber ilham.

2.

Koleksi gambar pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan hiasan yang sesuai.

3.

Lakaran pelan konsep mengikut skala.

4.

Lakaran tumbuh-tumbuhan dan hiasan yang sesuai untuk lanskap.

5.

Lukisan atau catan realistik beberapa tumbuhan yang dipilih.

6.

Lakaran reka letak tumbuhan dan hiasan.

7.

Lakaran pelan tapak yang sebenar mengikut skala.

8.

Lukisan dari tiga sudut pandangan yang menarik.

9.

Lukisan persembahan pada situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.


11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

2611/3

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, model rekaan lanskap kediaman tersebut mestilah mengikut
spesifikasi berikut:
Bahan

Bebas

Teknik

Bebas

Ukuran

Panjang
Lebar

Tema

Mengikut kajian

45 cm
25 cm

Contoh:

25 cm

Nota:
1.
2.

2611/3

45 cm

Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.


Model tumbuh-tumbuhan dan hiasan hendaklah dihasilkan oleh pelajar sendiri.

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah


TERHAD

TERHAD

2611/3

TUGASAN 2

BIDANG

: REKA BENTUK

TAJUK

: REKA BENTUK INDUSTRI

PRODUK

: MOTOSIKAL ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

SITUASI
Anda mempunyai seorang sahabat Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mengalami
kecacatan di bahagian kakinya. Kecacatan ini menyukarkannya bergerak kerana motosikal
yang sedia ada tidak mesra OKU.
TUGASAN
Anda sebagai seorang sahabat yang prihatin dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan
satu reka bentuk motosikal OKU bagi memudahkan sahabat anda bergerak dan menjalankan
aktiviti harian dengan mudah.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1.

Koleksi gambar pelbagai jenis motosikal yang bersesuaian.

2.

Lukisan atau catan realistik motosikal OKU sedia ada.

3.

Lakaran olahan dan perkembangan idea reka bentuk motosikal OKU serta catatan.

4.

Lukisan reka bentuk motosikal OKU yang dipilih.

5.

Kajian warna motosikal OKU yang dipilih dengan catatan dan skema warna.

6.

Lukisan tiga dimensi dari tiga sudut pandangan berbeza.

7.

Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

8.

Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

9.

Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

2611/3

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, model reka bentuk motosikal OKU anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:
Bahan

Bebas dan bersesuaian

Ukuran

Panjang
Lebar
Tinggi

Bilangan warna

Bebas

30 cm
mengikut kesesuaian
15 cm

Contoh:

Sumber : www.pushinglimits.i941.net

Nota:
1.

2611/3

Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah


TERHAD

TERHAD

2611/3

TUGASAN 3

BIDANG

: KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK

: ILUSTRASI DAN PEMBUNGKUSAN

PRODUK

: SARUNG BUKU

SITUASI
Sebuah syarikat penerbitan buku akan menerbitkan sebuah buku cerita kanak-kanak
bertemakan fiksyen sains.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sarung buku bagi buku cerita
kanak-kanak tersebut supaya kelihatan eksklusif.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1.

Koleksi gambar pelbagai jenis sarung buku.

2.

Lakaran reka bentuk sarung buku dengan catatan.

3.

Lakaran olahan dan perkembangan idea ilustrasi pada sarung buku dengan catatan.

4.

Lakaran tipografi untuk kapsyen dan pelbagai teks yang berkaitan dengan catatan.

5.

Lakaran reka letak gabungan ilustrasi dan tipografi dengan catatan.

6.

Kajian warna berserta catatan dan skema warna.

7.

Ilustrasi sebenar sarung buku dari pandangan depan, tepi dan belakang.

8.

Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

9.

Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

2611/3

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, sarung buku anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan

Kertas yang bersesuaian

Ukuran

Panjang
Lebar
Tinggi

Bilangan warna

Bebas

Teknik

Catan

Kapsyen

Bebas mengikut kajian

21 cm
2 cm
30 cm

Contoh:

Hadapan

Nota:
1.
2.

2611/3

Belakang

Hasil kerja hendaklah kemas.


Teknik kolaj tidak dibenarkan.

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah


TERHAD

TERHAD

10

2611/3

TUGASAN 4

BIDANG

: SENI HALUS

TAJUK

: ARCA

PRODUK

: ARCA BINAAN

SITUASI
Maklumat di bawah menerangkan tentang bahaya plastik.
BAHAYA PLASTIK KEPADA KEHIDUPAN
SEMPORNA 18 Nov - Plastik merupakan sampah yang paling
banyak terkumpul di tapak-tapak pelupusan sampah di negeri ini
dengan kadar 70 peratus berbanding bahan buangan lain. Bahan
itu turut mencemarkan keindahan laut yang menjadi nadi utama
masyarakat nelayan di negeri ini. Kesan daripada pembuangan
plastik ke laut bukan sahaja mengancam pendapatan nelayan
malahan hidupan marin seperti penyu dan terumbu karang turut
terjejas. Plastik mengambil masa lebih 20 tahun untuk reput
berbanding dengan sisa pepejal lain yang hanya mengambil masa
beberapa minggu sahaja untuk terurai.
Sumber dipetik dan diubahsuai :
utusan.com.my
Bertarikh 19 November 2010
Berdasarkan maklumat tersebut, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ingin
mengadakan satu pertandingan menghasilkan arca dari botol-botol plastik supaya orang
ramai sedar bahawa botol-botol plastik ini selain dibuang begitu sahaja dan merosakkan
alam sekitar boleh juga menghasilkan satu hasil seni yang menarik.

2611/3

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

11

2611/3

TUGASAN
Anda dikehendaki menghasilkan satu arca seni yang bertemakan dunia maritim. Arca seni
tersebut hendaklah bersifat artistik dan mempunyai nilai estetik.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1.

Koleksi gambar pelbagai jenis arca binaan.

2.

Koleksi gambar pelbagai jenis subjek dunia maritim sebagai sumber ilham.

3.

Lukisan atau catan realistik subjek dunia maritim yang dipilih.

4.

Lakaran dan perkembangan idea dengan catatan.

5.

Lukisan rekaan arca binaan yang dipilih.

6.

Kajian warna pada reka bentuk arca yang dipilih dengan catatan dan skema warna
(jika berkenaan).

7.

Lukisan perspektif hasil arca sebenar dari tiga sudut pandangan yang berbeza.

8.

Lukisan atau catan persembahan dalam situasi sebenar.

9.

Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

2611/3

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah


TERHAD

TERHAD

12

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, arca anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:


Bahan

Pelbagai jenis botol plastik

Ukuran minimum

Lebar
Tinggi

Bilangan warna

Bebas

45 cm
25 cm

Contoh:

Sumber : www.kbbi.org

Nota:
1.
2.

2611/3

Hasil karya hendaklah kukuh.


Rangka arca boleh menggunakan bahan lain yang bersesuaian.

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

13

2611/3

TUGASAN 5

BIDANG

: KRAF TRADISIONAL DIMENSI BAHARU

TAJUK

: TENUNAN

PRODUK

: HIASAN DINDING

SITUASI
Sebuah resort ingin menghiasi dinding bilik mesyuarat mereka menggunakan hiasan dinding
jenis tenunan dengan tema pemandangan lanskap.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan hiasan dinding yang bertemakan
pemandangan lanskap.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1.

Koleksi gambar pelbagai jenis tenunan benang (Tapestry weaving).

2.

Koleksi gambar pelbagai jenis pemandangan lanskap sebagai sumber ilham.

3.

Lukisan realistik pemandangan lanskap yang dipilih.

4.

Lakaran olahan dan perkembangan idea lanskap dengan catatan.

5.

Lakaran reka corak tenunan berdasarkan olahan lanskap yang dipilih.

6.

Kajian warna pada reka corak tenunan lanskap yang dipilih dengan catatan dan
skema warna.

7.

Lukisan atau catan tenunan lanskap yang dipilih.

8.

Lukisan persembahan dalam situasi sebenar.

9.

Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

2611/3

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah


TERHAD

TERHAD

14

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, hiasan dinding anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan

Benang tenun, kain perca, tali dan


bahan-bahan lain yang bersesuaian

Ukuran

Panjang
Lebar

Bilangan warna

Bebas

Teknik

Tenunan (kolaj tidak dibenarkan)

Tema

Lanskap

45 cm
30 cm

Contoh:

Sumber : lindabankhansee.com

Nota:
1.

2611/3

Hasil kerja anda hendaklah kemas dan dibingkaikan.

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

15

2611/3

TUGASAN 6

BIDANG

SENI HALUS

TAJUK

CETAKAN

PRODUK

REKA CORAK BAJU T

SITUASI
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mengadakan satu kempen anti-plastik
bagi mengurangkan pembuangan bahan-bahan plastik yang menyebabkan berlakunya
pencemaran alam.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka corak baju T dengan
menggunakan teknik cetakan stensil bertemakan dunia maritim.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1.

Koleksi pelbagai reka corak baju T.

2.

Koleksi gambar pelbagai jenis subjek dunia maritim sebagai sumber ilham.

3.

Lukisan atau catan realistik subjek dunia maritim yang dipilih.

4.

Lakaran dan perkembangan idea dengan catatan.

5.

Lakaran olahan tipografi dengan catatan.

6.

Lakaran reka letak ilustrasi dan tipografi pada baju T dengan catatan.

7.

Kajian warna pada ilustrasi dan baju T yang dipilih dengan catatan dan skema warna.

8.

Ilustrasi baju dan reka corak baju T (depan dan belakang).

9.

Lukisan atau catan persembahan dalam situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.


11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

2611/3

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah


TERHAD

TERHAD

16

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, reka corak baju T anda hendaklah mengikut


spesifikasi berikut:
Bahan

Baju T

Ukuran

Bebas

Bilangan warna minimum

Tiga

Teknik

Cetakan stensil

Tema

Dunia maritim

Kapsyen

Anti Plastik
(kapsyen tambahan boleh
digunakan jika bersesuaian)

Contoh:

Hadapan

Nota:
1.
2.
3.

2611/3

Belakang

Reka corak baju T mesti dihasilkan di bahagian hadapan dan di bahagian belakang.
Hasil karya hendaklah kemas.
Karya mestilah mengikut disiplin cetakan dengan betul.

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

17

2611/3

TUGASAN 7

BIDANG

KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK

REKA BENTUK IKLAN

PRODUK

RISALAH

SITUASI
Sebuah syarikat pelancongan memerlukan satu reka bentuk risalah untuk mempromosikan
pelbagai jenis makanan tempatan.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk risalah yang
menerangkan tentang keenakan pelbagai jenis makanan tempatan di tempat anda.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1.

Koleksi pelbagai jenis risalah.

2.

Koleksi pelbagai gambar makanan tempatan.

3.

Lukisan atau catan realistik makanan tempatan yang dipilih.

4.

Lakaran reka bentuk risalah.

5.

Lakaran tipografi untuk digunakan dalam risalah dengan catatan.

6.

Lakaran olahan dan perkembangan idea risalah dan catatan.

7.

Lakaran gabungan reka letak tipografi dan ilustrasi serta catatan.

8.

Kajian warna pada risalah yang dipilih dengan catatan dan skema warna.

9.

Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.


11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

2611/3

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah


TERHAD

TERHAD

18

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, model risalah anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan

Kertas

Ukuran

Panjang
Lebar

Teknik

Secara manual dan kolaj tidak dibenarkan

Kapsyen

Mengikut kreativiti sendiri

40 cm
30 cm

Contoh:

Nota:
1.

2611/3

Hasil kerja hendaklah dikemaskan.

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

19

2611/3

TUGASAN 8

BIDANG

REKA BENTUK INDUSTRI

TAJUK

PERABOT

PRODUK

RAK BUKU KANAK-KANAK

SITUASI
Taman Asuhan Kanak-Kanak Seri Cahaya memerlukan reka bentuk rak buku. Rak buku
tersebut mestilah ceria untuk menarik perhatian kanak-kanak.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model reka bentuk rak buku
kanak-kanak.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1.

Koleksi gambar pelbagai reka bentuk rak buku.

2.

Koleksi gambar pelbagai jenis buah-buahan dan haiwan sebagai sumber ilham.

3.

Lukisan atau catan realistik buah-buahan dan haiwan yang dipilih.

4.

Lakaran olahan dan perkembangan idea reka bentuk rak buku kanak-kanak
berdasarkan tema dengan catatan.

5.

Kajian warna rak buku kanak-kanak yang dipilih dengan skema warna dan catatan.

6.

Lukisan tiga dimensi (3D) dari tiga sudut pandangan yang berbeza.

7.

Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.

8.

Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

9.

Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

2611/3

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah


TERHAD

TERHAD

20

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, model reka bentuk rak buku kanak-kanak anda hendaklah
mengikut spesifikasi berikut:
Bahan

Bahan yang bersesuaian

Ukuran

Panjang
Lebar
Tinggi

Bilangan warna

Bebas

Tema

Buah-buahan dan haiwan

45 cm
15 cm
30 cm

Contoh:

30 cm

15 cm
45 cm

Nota:
1.

2611/3

Hasil kerja hendaklah kukuh dan kemas.

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD

21

2611/3

TUGASAN 9

BIDANG

KRAF TRADISIONAL

TAJUK

UKIRAN KAYU

PRODUK

TABUNG DUIT

SITUASI
Sebuah institusi bank terkenal ingin menghadiahkan tabung duit sempena Hari Menabung
yang mereka anjurkan. Tabung duit tersebut mestilah mempunyai ukiran kayu tradisional.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu tabung duit yang mempunyai
ukiran tradisional yang bercorak moden dengan bertemakan flora.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1.

Koleksi gambar pelbagai jenis tabung duit.

2.

Koleksi gambar flora sebagai sumber ilham.

3.

Lukisan atau catan realistik flora yang dipilih.

4.

Lakaran olahan dan perkembangan idea dengan catatan.

5.

Reka letak olahan idea serta catatan.

6.

Lukisan olahan idea yang dipilih.

7.

Ilustrasi persembahan dalam situasi sebenar.

8.

Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

9.

Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

2611/3

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah


TERHAD

TERHAD

22

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, tabung duit anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan

Kayu

Ukuran

Lebar
Tinggi

Teknik

Ukiran

10 cm
15 cm

Contoh:

15 cm

45 cm

Nota:
1.

Hasil karya hendaklah kemas dan disyelek.

TUGASAN TAMAT

2611/3

2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

Anda mungkin juga menyukai