Anda di halaman 1dari 9

PENTAKSIRAN PRASEKOLAH

Merupakan satu proses yang sistematik untuk memperoleh maklumat perkembangan murid bagi
membantu guru membuat penilaian.
TUJUAN PENTAKSIRAN

Mengesan pertumbuhan murid

Mengenalpasti kecerdasan & potensi

Mengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid.

Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.

Memberi maklumbalas kemajuan murid

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN PRASEKOLAH


Mementingkan proses untuk menghasilkan produk.
Dijalankan dalam suasana semulajadi (naturalistik).
Dijalankan dalam suasana tidak formal.
Dijalankan secara berterusan, bukan hanya pada akhir pembelajaran.
Bersifat diagnostik: mengenalpasti kekuatan, kekurangan dan keperluan.

KEPENTINGAN PENTAKSIRAN KEPADA GURU


Mendapatkan gambaran tentang perkembangan murid.
Menilai keberkesanan pengajaran yang dijalankan secara berterusan.
Membantu memperbaiki p&p dan merancang tindakan susulan.
Memberi maklumbalas terhadap kemajuan murid
KEPENTINGAN PENTAKSIRAN KEPADA MURID
Melalui maklumbalas pentaksiran, murid akan dapat :
Memahami tujuan mereka belajar dan perkembangan mereka.
Motivasi dan keyakinan diri untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka.
PERKARA YANG DITAKSIR MERUPAKAN KONSTRUK YANG TERKANDUNG DI DALAM
KSPK YANG TERDAPAT DALAM :
Tunjang Komunikasi
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
Tunjang Ketrampilan Diri
Tunjang Fizikal dan Estetika
Tunjang Sains dan Teknologi
Tunjang Kemanusiaan

PERKARA-PERKARA YANGDITAKSIR TERMASUK ELEMEN BERIKUT:

penerapan nilai

pembentukan sikap

penguasaan kemahiran

status kecergasan

status kesihatan

kesediaan sosial

Panduan umum:

1. Pemerhatian yang dijalankan tidak semestinya mengikut urutan dalam instrumen senarai
semak ini.
2. Kaedah dan masa pemerhatian terpulang kepada kebijaksaan guru dan kesediaan murid.
3. Pemerhatian tidak harus dijalankan jika murid didapati gelisah atau tidak selesa.
4. Guru boleh mengisi instumen senarai semak ini dengan:
a. mengenal pasti murid yang ingin diperhatikan pada waktu itu
b. mengenal pasti konstruk yang ingin difokuskan pada waktu itu
c. lain-lain sila nyatakan kaedah
5. Guru boleh membina instrumen lain seperti yang dicadangkan dalam Modul Pentaksiran
Perkembangan Murid Prasekolah untuk membantu beliau mengisi instrumen senarai semak
ini.
6. Pemerhatian boleh dijalankan tiga kali setahun, iaitu:
a. Kali pertama: Februari ke April
b. Kali kedua: Mei ke Julai
c. Kali ketiga: Ogos ke Oktober

SKALA PERKEMBANGAN MURID (STANDARD PRESTASI PRASEKOLAH)

Skor
(Tahap Penguasaan)

Simbol

Kriteria

Telah Menguasai

TM

Sedang Maju

SM

Tahu dan boleh buat dengan sendiri dengan baik


secara bertatasusila
Tahu dan boleh buat dengan bimbingan.

Belum Menguasai

BM

Tahu beberapa perkara asas (yang minimum)


berkaitan dengan konstruk tetapi tidak boleh buat
(sentiasa memerlukan bimbingan)

Singkatan Sumber Evidens

LI
PR
HK
TL
LL

Lisan
Projek
Hasil kerja
Tingkah laku
Lain-lain

Anda mungkin juga menyukai