Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS 1

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO WAN AHMAD

TEKS PENGACARA MAJLIS CERAMAH 10 RAMADHAN TERAKHIR


Assalamualaikum wbrkth.
1. Pembuka Bicara
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan
salam sejahtera.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad serta para sahabat.
Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.
Zikir Munajat Pembersih jiwa... Doa dipohon menjana taqwa...
Untuk itu, saya menjemput Ustaz Azharuddin untuk memimpin bacaan doa.
Syukran jazilan buat Ustaz Azharuddin atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
2. Protokol
Yang Berusaha Pn Rokiah Binti Che Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Dato Wan Ahmad,Yang Berbahagia En. Ibrahim, selaku penceramah dari Institut
Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Guru penolong kanan Pn Rusinda, Guru
penolong kanan HEM Pn Mazalah, Guru penolong kanan Kokurikulum Pn
Rizuana, guru-guru seterusnya murid-murid yang dimuliakan pada pagi ini.

TEKS PENGACARA MAJLIS 2


SEKOLAH KEBANGSAAN DATO WAN AHMAD

3. Kata alu-aluan
Salam ramadhan kami hulurkan,
Dengan izinnya kita ditemukan,
Rasa syukur kami lafazkan,
Kesudian hadirin menerima jemputan.
Alhamdulillah, bersyukur kita terhadap Allah swt atas limpah kurniaNya, dapat
kita bersama-sama dalam majlis yang berbahagia ini untuk satu majlis ilmu
sempena bulan ramadhan yang penuh barakah ini yang akan disampaikan oleh
penceramah yang dijemput khas daripada IPG Kampus Darulaman, Jitra ,Kedah.
Sebelum mikrofon ini beralih tangan izinkan saya membacakan sedikit biodata
ringkas penceramah kita pada hari ini

..
Para pelajar yang saya kasihi sekalian, di sini ingin saya ingatkan agar samsamalah kita menjaga adab ketika berada di dalam majlis ilmu. Semoga dengan
beradanya kita di sini memberi seribu keberkatan dan manfaat dan bukannya
sekadar sia-sia sahaja.. Baiklah, tanpa membuang masa lagi majlis dengan
segala

hormatnya

mempersilakan

Ustaz.

untuk

menyampaikan

ceramah yang bertajuk KEISTIMEWAAN 10 RAMADHAN TERAKHIR


PESANAN: Semua hadirin sediakan buku catatan untuk mencatat ilmu yang
akan disampaikan. Akan ada kuiz di akhir ceramah nanti.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

TEKS PENGACARA MAJLIS 3


SEKOLAH KEBANGSAAN DATO WAN AHMAD

Tamat Ceramah
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas perkongsian yang begitu bermakna
dan sarat dengan informatif yang telah disampaikan sebentar tadi..
Semoga

ianya menjadi iktibar dan pengajaran buat diri kita. sedikit rumusan

daripada apa

yang telah disampaikan tadi bahawa sesungguhnya dari

Ramadhan ke

Ramadhan, dari satu peribadatan ke peribadatan berikutnya

semestinya membuahkan taqwa kita kepada Allah Swt semakin berkualiti, ibarat
orang menaiki tangga, maka apabila dia sudah berada pada pijakan tangga yang lebih
tinggi sesuai dengan frekuensi peribadatannya. Tetapi jika sekiranya dari tahun
ke tahun ibadah Ramadhan kita tunaikan, tapi ternyata tidak ada peningkatan
taqwa kepada Allah yang kita tunjukkan, maka kita khuatir kalau puasa kita itu
tergolong dalam golongan orang yang hanya merasakan lapar dan dahaga
sahaja, Rasulullah Saw bersabda yang Ertinya: Betapa banyak orang yang
berpuasa, tapi tidak mendapatkan pahalanya, melainkan hanya lapar dan haus
saja (HR. Ahmad dan Hakim dari Abu Hurairah). Semoga kita termasuk orang
yang berjaya dalam menjalankan ibadah Ramadhan.
SOALAN KUIZ
*dari penceramah
Dijemput Ustaz untuk menyampaikan hadiah kepada yang menjawab dengan
tepat.
Terima kasih kepada Ustaz Muhd Ibrahim kerana sudi memberikan hadiah
kepada yang menjawab dengan betul.

Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,

TEKS PENGACARA MAJLIS 4


SEKOLAH KEBANGSAAN DATO WAN AHMAD

Tak lengkap malam tanpa purnama,


Tak lengkap laut tanpa ombak badainya,
Tak lengkap sambutan tanpa ucapan alu-aluannya..
Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan, Pn Rokiah
Binti Che Hasan, Guru Besar Sekolah kebangsaan Dato Wan Ahmad, untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya menyampaikan cenderamata kepada
penceramah kita pada hari ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat Tn Guru Besar atas
ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan, majlis mempersilakan Pn
Rokiah Binti Che Hassan diiringi Pn Rusinda untuk menyampaikan cenderamata
kenang-kenangan daripada pihak sekolah. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

4. Penutup
Hadirin yang dihormati, dengan berakhirnya upacara penyampaian cenderamata
itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis ilmu kita pada hari ini. Saya akhiri majlis
ini dengan

lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum

warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai