Peraturan Ragbi Sentuh Kanak-Kanak Diumur 6
Peraturan Ragbi Sentuh Kanak-Kanak Diumur 6
Asal-usul ragbi sentuh boleh ditelusuri kembali ke Australia pada 1960-an di mana ia
digunakan sebagai permainan pemanasan untuk code rugby. Kesederhanaan dari
permainan ini adalah unik; anda cuma memerlukan bola ragbi, padang untuk bermain
dan beberapa orang rakan.
Ragbi sentuh adalah permainan yang pantas, melibatkan sentuhan yang minimum dan
tidak merbahaya.
Permainan ini sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada tua atau muda
dan lelaki mahupun perempuan. Permainan ini hamper sama dengan rugby union,
tetapi tanpa lineouts, scrum, rucking dan tackle.
Ia cepat, mudah dan permainan ini menarik untuk meningkatkan kemahiran asas
larian(running), pengendalian bola(handling), mengelak(evasion) dan memberi
sokongan(support), sementara mengembangkan prinsip-prinsip asas
serangan(attacking) dan pertahanan(defensive), tanpa takut tercedera kerana
permainan ini memang tidak merbahaya.
yang melakukan sentuhan. Pasukan yang mendapat hukuman perlu kembali 10meter
ke belakang untuk meneruskan permainan.
DUMMY HALF boleh membawa bola tetapi tidak dibenarkan untuk disentuh ketika
membawa bola. Jika disentuh ketika membawa bola, bola akan diserahkan kepada
pasukan yang bertahan dan dimulakan dengan Rollball .
Tempoh Permainan:
Tempoh permainan boleh divariasikan supaya sesuai dengan keadaan tempatan. Tapi
sebagai panduan cuba 2 x 10 minit.
Rollball
Rollball ini dipengaruhi oleh bahagian.
Posisi pemain yang menyerang mestilah berhadapan dengan garisan skor(scoreline)
pihak lawan(bertahan) , berdiri selari dengan garisan tepi, dan bola digulingkan ke
belakang di atas tanah. Ia mesti digulingkan di antara kaki dan jarak digulingkan tidak
lebih dari satu (1) meter. Apabila bola berada pada tandanya, pasukan penyerang perlu
melangkah melebihi bola tersebut.
Jika bola yang digulingkan melebihi dari 1 meter, hukuman akan diberikan kepada
pasukan bertahan.
'Voluntary Rollball' terjadi apabila seorang pemain tidak menyentuh dan tidak
menggulingkan bola di antara kakinya. Ini tidak dibenarkan dan akan mengakibatkan
pihak pembangkang mendapat kelebihan penalti.
Ukuran Padang:
Ukuran Padang boleh berbeza-beza, tetapi permainan kebiasaannya akan dimainkan
pada ukuran setengah padang ragbi iaitu 50x70meter. Goal Post tidak diperlukan
untuk memainkan permainan ragbi sentuh.
Jumlah pemain:
Pasukan boleh terdiri daripada maksimum pemain sehingga14 pemain, iaitu 6 pemain
di atas padang pada satu-satu masa. Sebagai cadangan, satu pasukan terdiri dari 8
hingga 10 orang pemain untuk penglibatan maksimum dan aktiviti kepada setiap
pemain.
Kaedah penilaian:
Satu skor diberikan pada pemain menyerang jika menyentuh bola di tanah selepas
garisan skor pihak lawan. Satu skor bernilai 5 mata.
Orang yang mengambil peranan 'DUMMY HALF' (orang yang menerima bola dari pihak
lawan untuk memulakan permainan) boleh melepasi garisan skor pihak lawan, tapi tidak
boleh skor.
Penalti:
Jika seorang pemain diberi penalti, pasukannya harus mundur 10 meter.
Penalti diambil dengan menempatkan bola di tanah, melepaskan bola, menyentuh bola
dengan kaki dan mengangkat bola kemudian meneruskan permainan.
Setelah skor dibuat oleh mana-mana pasukan, permainan akan dimulakan semula
dengan tab di tengah padang oleh pasukan non-scoring.
Seorang pemain bertahan akan offside jika terdapat pemain yang tidak mundur 10meter
(ketika Rollball) atau 10 meter (ketika penalti dan ketika memulakan permainan selepas
melakukan skor).
Untuk semua insiden offside, pihak lawan akan diberikan hukuman.
Pengadil menjadi hakim tunggal(Foul play of any nature) yang akan mengeluarkan
pemain yang bersalah dari padang tanpa pengganti.
BAHAGIAN 5 - PRINSIP UMUM PERMAINAN
1. Maju:
Ketika Menyerang:
Objektif permainan ini adalah untuk melakukan skor lebih daripada pasukan
bertahan. Untuk mencapai matlamat ini, pemain perlu membawa bola menghampiri
garisan skor pasukan bertahan. Ketika ini, taktikal yang dicipta oleh pasukan
menyerang akan menambah lagi peluang untuk bergerak ke hadapan dan seterusnya
menghampiri garisan skor pihak bertahan.
Dalam pertahanan:
Ketika bertahan, pemain bertahan perlu berusaha untuk memintas masa dan ruang
pihak lawan dengan bergerak ke hadapan untuk mengelakkan pasukan menyerang dari
menghampiri dan menguasai kawasan skor.
2. Menyokong(Support) pembawa bola pada setiap masa:
Sokongan yang rapat daripada pembawa membolehkan pihak menyerang mempunyai
pilihan yang banyak untuk menyerang dan mengekalkan kedudukan. Sokongan yang
rapat juga bermaksud kawasan tanah sendiri tidak harus hilang ketika membuat
hantaran bola ke belakang untuk rakan sepasukan. Ingat, hantaran langsung ke sisi
dibenarkan dan merupakan hantaran paling berkesan.
3. Penukaran pemain sebanyak mungkin:
Seorang pemain baru di padang dapat memberi kesan kepada pasukan sama ada
menang atau kalah. Lihat dan lakukan pertukaran pemain ketika pasukan anda
menyerang dan ketika berada di kawasan pertukaran pemain.
Apabila anda telah membuat skor(touchdown), idea yang baik adalah dengan
menukarkan pemain baru di padang untuk menjaga potensi pasukan.
Pengadil
Seperti di dalam permainan, peranan pengadil sangat penting untuk memastikan
bahawa peraturan-peraturan yang ditetapkan diikuti oleh pemain-pemain supaya semua
pemain berpuas hati.
Siapapun boleh menjadi pengadil ragbi sentuh pada peringkat sosial dengan
menyediakan asas-asas peraturan yang mudah untuk di fahami(sila lihat Peraturan
Ringkas di bawah). Pengadil harus mampu mengendalikan permainan di padang
dengan tegas tapi mesra. Persatuan pengadil dan juga kelab-kelab ragbi di kawasan
anda adalah tempat yang terbaik untuk mendapatkan pengadil dan untuk mendapatkan
rujukan dan pendapat.
Peraturan Ringkas
1. Peraturan permainan ini sebagaimana yang ditentukan oleh Federation of
International Touch (F.I.T) dan akan digunakan, kecuali terdapat perubahan.
2.Padang permainan ragbi sentuh dikurangkan daripada saiz standard antarabangsa.
3. Pasukan menyerang harus bermula dengan sekali tab dari tengah padang.
4. Pasukan bertahan harus kembali 10 meter untuk memulakan permainan, dan setelah
gol masing-masing.
5.Setelah mana-mana pasukan melakukan skor, permainan bermula lagi dengan tab
di tengah-tengah padang.
6. Orang yang mengambil peranan sebagai dummy half boleh melebihi garisan
skor(try-line),tetapi tidak boleh membuat skor.
7. Jika dummy half disentuh ketika memegang bola, pasukan dummy half akan hilang
giliran. Permainan akan dimulakan semula dengan Rollball .
8. Setelah disentuh, pemain yang disentuh perlu menggulingkan bola di antara 2
kakinya.
9. Pasukan penyerang boleh bermain sehingga mereka disentuh sebanyak 6 sentuhan.
> Pemain wajib berhenti serta merta selepas disentuh.
> 3-langkah atau. 3-saat adalah peraturan untuk ragbi rimau dan bukanlah untuk
ragbi sentuh.
10. Setelah disentuh sebanyak 6 kali, bola perlu diserahkan kepada pihak
lawan. Permainan akan dimulakan semula dengan Rollball.
11. Setelah menyentuh pemain menyerang yang memegang bola, semua ahli pasukan
bertahan harus mundur 10 meter dengan kadar yang segera.
12. Bola ke tanah(Ball to ground): Ketika bola jatuh di tanah, bola akan bertukar tangan
kepada pihak lawan.
13. Hilang giliran(turn over): Berlaku apabila pasukan menyerang hilang giliran dengan
sebarang sebab. Maka, bola perlu diberi kepada pasukan bertahan.
14. Tidak ada kawalan(No control): Ketika bola dilemparkan(forward pass),
dijatuhkan(dropped), mengetuk/jatuh(knock on), dalam sentuhan(in a touch).Rollball
kepada pasukan yang bertahan.
15. Ketika seseorang diberi penalti/hukuman, seluruh ahli pasukannya ketika itu harus
mundur 10 meter ke belakang dengan kadar yang segera.
PENALTI/HUKUMAN: Bola di tanah, lepaskan bola, menyentuh bola dengan kaki anda,
angkat bola dan meneruskan permainan.
16. Jika para pemain bertahan tidak mundur, mereka telah melakukan kesalahan
offside. Maka Penalti/Hukuman diberikan.
17. Jika sentuhan dianggap terlalu kuat. Penalti/Hukuman akan diberikan.
18. Offside: Terjadi apabila pemain bertahan tidak mundur 10 meter. Penalti/Hukuman
diberikan.
19. Forward Pass: Berlaku ketika bola melepasi di depan pemain yang
membawa/memegang bola. Penalti/Hukuman diberikan.
20. Touch and Pass: Berlaku ketika pemain yang disentuh kemudian terus membuat
hantaran tanpa berhenti. Penalti/Hukuman boleh diberikan.
21. Overstep or off the mark: Apabila pemain yang telah disentuh berjalan
meninggalkan tanda di mana mereka disentuh. Penalti/Hukuman boleh diberikan.
22. Voluntary Rollball atau tidak disentuh(no touch): Apabila pemain tersebut tidak
disentuh dan menggulingkan bola antara kaki mereka. Penalti/Hukuman akan
diberikan.
23. Lebih dari satu meter: Bola tidak boleh digulingkan lebih dari satu meter.
Penalti/Hukuman akan diberikan.