Anda di halaman 1dari 25

1.

1 PENGENALAN
Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid, peranan
yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali. Guru juga perlu merancang
dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis
maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti
pengukuhan, pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara salah satu kaedah atau
prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan
dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Ujian juga
adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan
yang dijalankan.
Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat pemilihan
jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik pelajar di
mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/soalan tersebut. Dengan
adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat
membantu kita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yang
bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita.
Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah dibuat
untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk digunakan.
Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi
kesukarannya, yakni sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu
kumpulan pelajar. Selepas membuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis
ujian bagi menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis
analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks
Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian. Analisis analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu
tujuan tertentu.
Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah ditugaskan untuk membentuk satu
Jadual Penentuan Ujian (JPU) yang meliputi salah satu sukatan pelajaran sekolah rendah, di
mana melalui JPU berkenaan kami perlu menggubal satu set instrument ujian aneka pilihan
sebanyak 15 soalan dan mentadbirkannya kepada sebuah kelas. Kemudiannya kami perlu

menentukan indeks kesukaran, indeks diskriminasi dan menghuraikan keberkesanan item


yang telah dipilih.
Oleh yang demikian, bagi melaksanakan tugasan ini, kami telah memilih tajuk Mengenal
Negara Kita yang diambil daripada huraian sukatan matapelajaran Kajian Tempatan Tahun
5. Berdasarkan tajuk ini kami telah membina satu unit JPU bagi memudahkan kami untuk
menggubal satu set soalan ujian aneka pilihan yang akan kami tadbirkan di sekolah nanti.
Setelah soalan ini siap dibina, kami telah mentadbirkan soalan ini kepada pelajar-pelajar
tahun 5 yang terdiri daripada 30 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sok Matu.
Ketika pertama kali kami menerima tugasan ini, kami merasakan tugasan ini amat berat dan
sukar untuk dilaksanakan, terutamanya dalam menyediakan Jadual Penentu Ujian ( JPU ). Ini
kerana, kami berasa agak keliru untuk membina soalan/item yang bersesuaian mengikut aras
taksonomi Bloom seperti mana yang dikehendaki di dalam JPU tersebut. Di samping itu,
kami turut mengalami masalah dan keliru dalam membahagikan soalan mengikut kemahiran
dan aras kognitif berdasarkan sukatan pelajaran yang telah kami pilih. Mujurlah, pensyarah
kami iaitu En.S.Thirugnana banyak membantu kami dalam menyediakan Jadual Penentu
Ujian ( JPU ) serta dalam membina soalan yang bersesuaian agar kami tidak akan
menghadapi masalah dalam melaksanakan tugasan yang seterusnya. Di sini, kami juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit
Kerayong, di atas kerjasama yang telah diberikan ketika kami mentadbirkan soalan ini
kepada murid murid tahun 5 di sekolah tersebut.
Oleh yang demikian, kami merasakan tugasan yang telah diberikan ini banyak memberi
pengetahuan dan manfaat yang berguna kepada kami yang bakal menjadi warga pendidik
pada suatu hari kelak. Di samping itu juga, melalui tugasan ini, ia memberikan pengalaman
yang baru kepada kami terutamanya ketika kami mentadbirkan soalan ini kepada pelajar di
mana kami perlu mengawal suasana kelas agar tugasan ini dapat dijalankan dengan lancar
dan berkesan serta tidak menghadapi sebarang masalah. Akhir kata, kami berharap agar
tugasan ini dapat dikekalkan pada tahun tahun yang berikutnya kerana ia banyak memberi
manfaat kepada para pelajar sebagai persediaan untuk menjadi bakal guru dan sekali lagi
kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.S.Thirugnana dan juga kepada warga
pendidik SK.Bukit Kerayong di atas kerjasama yang telah diberikan. Sekian.
.

1.3 JADUAL PENENTU UJIAN ( JPU )


Menurut Kubiszyn dan Borich ( 2003 ), Jadual Penentu Ujian ( JPU ) adalah carta dua hala
yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini
menyenaraikan objektif objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan
konsep konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Antara ciri ciri yang terdapat pada
Jadual Penentu Ujian ialah ia mengandungi kandungan sukatan pelajaran, jenis item yang
digunakan, kemahiran dan aras soalan mengikut aras taksonomi bloom, nombor soalan serta
jumlah keseluruhan soalan. JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas
ujian dan pembina item/soalan ujian. Antara kepentingan JPU ialah, kertas ujian dapat
digubal secara teratur dan bersistematik, untuk menjamin kesahan dari segi persampelan
sukatan pelajaran, memberi keseimbangan terhadap taburan soalan mengikut tajuk yang telah
ditetapkan dan perlaksanaan ujian adalah meliputi keseluruhan sukatan pelajaran yang telah
dipelajari. Di samping itu juga, aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun,
walaupun item dibina oleh pembina soalan yang berbeza.
Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah membentuk satu Jadual Penentu
Ujian ( JPU ) yang meliputi sukatan pelajaran bagi Tahun 5 sepertimana yang terdapat pada
Jadual 1.1 berikut. Berdasarkan JPU tersebut, kami telah memecahkan tajuk Mengenal
Negara Kita kepada 3 topik kecil iaitu Lokasi Negara Malaysia, Negeri-negeri dalam
Malaysia dan Identiti Negara Malaysia. Daripada topik topik ini kami telah membina I
set instrument soalan aneka pilihan yang meliputi kemahiran kognitif mengikut aras
Taksonomi Objektif Domain Kognitif Bloom. Soalan soalan yang telah kami gubal adalah
terdiri daripada 6 soalan aras pengetahuan, 3 soalan aras kefahaman ,3 soalan aras aplikasi , 3
soalan aras analisis, 2 soalan aras sintesis dan 3 soalan aras penilaian. Soalan soalan yang
dibina juga adalah terdiri daripada 10 soalan aras rendah, 5 soalan aras sederhana dan 5
soalan aras tinggi.

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN BUKIT KERAYONG, KAPAR


JADUAL PENENTUAN UJIAN
KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5
UJIAN BULAN OGOS 2006

KANDUNGAN J. ITEM
KEMAHIRAN
ARAS
NO.
JUM.
SUKATAN
PELAJARAN
OBJEKTIF P K A A
S P R S T Soalan Soalan
n
5.1 Lokasi

a) Di asia

(1)

(13)

Tenggara

X
X

X
X
X

b) Di dunia

(15)

(14)

(12)

(2)

(5)

(17)

5.2 Negeri
dalam Malaysia

a) Nama
negeri,ibu negeri
& bandar utama

X
X
X

(19)

b) Lagu,bendera
dan jata negeri

(10)

X
c) Ketua negeri
dan Ketua
kerajaan negeri

(18)

(3)

(6)

(4)

(8)

(7)

(16)

5.3 Identiti
Negara

a) Lagu,bendera
jata, mercu dan
lambang lain

X
b) Struktur
pentadbiran
negara

X
X
X

c) Ketua negara
& K.Kerajaan

JUMLAH

(11)

(20)

1
0
Jadual 1.1 : Jadual Penentuan Ujian (JPU)

(9)

20

20

1.4 SOALAN UJIAN


Nama :____________________ Kelas:___________
Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D.Di antaranya
hanya terdapat satu pilihan jawapan yang betul.Pilih jawapan yang betul.
1. Apakah nama ibu negeri Sarawak ?
A. Kangar
B. Kuching
C. Shah Alam
D. Kota Bharu
2. Negara apakah yang paling hampir dengan Malaysia ?
A. China
B. Taiwan
C. Pakistan
D. Thailand
3. Berikut adalah gelaran ketua negeri-negeri Melayu kecuali
A. Putera
B. Sultan
C. Yang diPertuan Besar
D. Yang diPertuan Negeri
4. Apakah Bunga Kebangsaan Malaysia ?
A. Bunga Melur
B. Bunga Raya
C. Bunga Matahari
D. Bunga Kemboja

5. Kenyataan manakah yang tidak benar mengenai Negeri Sembilan ?


A. Negeri ini mengamalkan adat perpatih
B. Yang diPertua Negeri adalah Ketua Negeri
C. Terdapat empat undang luak di Negeri Sembilan
D. Terdapat sembilan daerah utama di Negeri Sembilan
6. Gelaran Ketua pentadbir bagi Negeri Sabah ialah
A. Ketua Menteri
B. Menteri Besar
C. Yang diPertua Negeri
D. Yang diPertua Besar
7. Apakah cogankata yang terdapat pada Jata Negara Malaysia ?
A. Bersekutu Maju
B. Tekun Usaha Jaya
C. Usaha Hingga Jaya
D. Bersekutu Bertambah Mutu
8. Apakah yang dimaksudkan dengan lima bilah keris yang terdapat pada Jata Negara?
A. Negeri negeri selat
B. Negeri berdemokrasi
C. Negeri Melayu bersekutu
D. Negeri Melayu tak bersekutu
9. Antara tugas tugas seorang Perdana Menteri Malaysia ialah
I. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran negara
II. Berkuasa mengampunkan orang yang didapati bersalah
III. Mempengerusikan mesyuarat kabinet

IV. Menjadi ketua agama islam bagi negeri yang tiada Sultan
A. I dan II
B. II dan IV
C. I dan III
D. III dan IV
10. Sembilan tangkai padi yang terdapat pada Jata Negeri Sembilan bermaksud
A. Sembilan adat
B. Sembilan dialek
C. Sembilan daerah
D. Sembilan undang
11. Pernyataan yang manakah tidak benar mengenai pentadbiran negara Malaysia
A. Perdana Menteri berkuasa membubarkan Parlimen
B. Perdana Menteri adalah ketua pentadbiran Malaysia
C. Yang diPertuan Agong sebagai ketua negara Malaysia
D. Rakyat berhak memilih kerajaan baru setiap lima tahun sekali
12. Perkara- perkara berikut benar mengenai matlamat penubuhan ASEAN kecuali
A. mempercepatkan pertumbuhan ekonomi
B. menggalakkan keamanan dan kestabilan politik
C. meningkatkan taraf hidup penduduk negara negara anggota
D. cuba melahirkan seberapa banyak ahli sukan bertaraf dunia
13. Negara kita, Malaysia merupakan ahli anggota
A. Blok Komunis
B. Kesatuan Eropah
C. Pertubuhan Atalantik Utara
D. Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu

14. Untuk menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan perdagangan yang
berjaya,negara negara ahli telah
A. mengadakan kerjasama ekonomi serantau
B. mengadakan kerjasama kebudayaan serantau
C. mengadakan kerjasama pelancongan serantau
D. mengadakan kerjasama perikanan serantau
15. Di kalangan negara- negara di Asia Tenggara,Malaysia merupakan
I. Sebuah negara membangun
II. Sebuah negara pengeluar getah utama di dunia
III. Sebuah negara demokrasi
IV. Sebuah negara yang tinggi kadar penganggurannya
A. I, II dan III
B. I,II dan IV
C. II,III dan IV
D. I,III dan IV
16. Kementerian apakah yang bertanggungjawab ke atas aspek keselamatan negara?
A. Kementerian Pendidikan
B. Kementerian Pertahanan
C. Kementerian Pengangkutan
D. Kementerian Kesihatan
17. Berikut adalah benar bagi sesebuah daerah dalam sesebuah negeri di Malaysia.
I. Ditadbir oleh seorang Pegawai Daerah
II. Pegawai Daerah akan dibantu oleh Penghulu Mukim
III. Pegawai Daerah dipilih melalui pilihanraya
IV. Setiap daerah mempunyai Majlis Daerah masing-masing

A. I,II dan III


B. II,III dan IV
C. I,II dan IV
D. I,III dan IV
18. Kenapakah setiap negeri di Malaysia mempunyai lagu negeri masing-masing?
A. untuk bersaing dengan negara negara jiran
B. menimbulkan semangat bersatu padu ,setia dan sayang kepada negeri sendiri
C. berbangga apabila menyanyikan lagu tersebut
D. memupuk semangat rajin bekerja dan berusaha hingga berjaya.
19. Pernyataan berikut menggambarkan peranan bandar-bandar di Malaysia
I. Pusat pentadbiran
II. Pusat perkembangan ekonomi
III. Menyediakan pelbagai kemudahan
IV. Pertanian untuk perdagangan dijalankan dengan meluas di Bandar
A. I,II dan III
B. II,III dan IV
C. I,II dan IV
D. I,III dan IV
20. Di peringkat pusat,kerajaan bertanggungjawab meninggikan taraf hidup
rakyatnya.Perkara-perkara di bawah adalah sebahagian dari cara- cara yang boleh
dilakukan kecuali
A. menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan
B. memberi wang sara hidup kepada orang yang menganggur
C. menyediakan dan membina lebih banyak kemudahan infrustruktur
D. menyediakan lebih banyak sekolah dan pusat pengajian tinggi.

1.5 JADUAL ANALISIS


Setelah soalan ini siap dibina, kami telah mentadbirkan soalan ini kepada pelajar-pelajar
tahun 5 yang terdiri daripada 20 orang pelajar dari Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit
Kerayong, Selangor. Hasil daripada ujian yang telah dijalankan ini, kami telah menyediakan
sebuah jadual pencapaian untuk menunjukkan hasil pencapaian yang telah diperolehi oleh
pelajar-pelajar ini seperti yang ditunjukkan pada jadual 1.2 di bawah. Di samping itu, melalui
jadual pencapaian ini ia akan memudahkan kami untuk mengukur sejauh mana keberkesanan
item soalan ini terhadap para pelajar di sekolah ini.
Berdasarkan jadual pencapaian ini, seramai 20 orang pelajar telah dipilh untuk menjalani
ujian ini yang terdiri daripada 15 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan.
Daripada sejumlah 20 orang pelajar dari kelas tahun 5 Bijak ini, hanya seorang pelajar sahaja
yang mendapat markah tertinggi iaitu Mohd Khairullah Saufi yang berjaya menjawab 14
soalan dengan tepat dan diikuti dengan Mohd.Rafiee yang berjaya menjawab dengan betul
sebanyak 13 soalan. Seramai 5 orang pelajar telah mendapat 12 markah, seorang mendapat
11,10 dan 8 markah serta seramai 4 orang pelajar telah mendapat 9 markah. Bagi pelajar yang
mendapat 7 markah, hanya 2 orang pelajar sahaja yang mendapat markah ini. 2 orang pelajar
pula hanya mampu menjawab 6 soalan dengan betul. Manakala, hanya 2 orang pelajar sahaja
dicatatkan mendapat markah yang terendah iaitu memperoleh 5 markah sahaja.
Berdasarkan pencapaian yang diperolehi melalui jadual ini didapati hampir 70% daripada
pelajar kelas ini mampu menjawab soalan yang telah diberikan dengan baik. Manakala 30%
pelajar lagi gagal menjawab soalan yang diberikan dengan jayanya. Oleh yang demikian,
melalui pencapaian yang telah diperolehi tugasan kami yang seterusnya ialah menentukan
Indeks Kesukaran bagi item soalan yang telah kami sediakan ini.

1.7 INDEKS KESUKARAN ITEM


Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui Indeks
Kesukaran Item (p).Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama ada
sesuatu item yang telah dibina itu mudah atau sukar untuk dijawab. Bagi ujian yang
berbentuk soalan aneka pilihan, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon
yang memberi jawpan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item
tersebut. Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut :
p = Bilangan calon yang memberi jawapan betul
Jumlah calon yang menjawab
Berikut adalah jadual yang menunjukkan Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item.
Nilai (p)

Pengkelasan Item

0.00 0.20

Terlalu Sukar

0.21 0.40

Sukar

0.41 0.60

Sederhana Sukar

0.61 0.80

Mudah

0.81 1.00

Terlalu Mudah

Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu ingat bahawa soalan
yang terlalu mudah (p>0.85) atau yang terlalu sukar (p<0.15) tidak akan dapat memberi
maklumat psikometrik ( ukuran psikologi ) yang bermakna. Ini adalah disebabkan, soalan
yang terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir kesemua pelajar, sementara soalan yang
terlalu sukar pula tidak akan dapat dijawab oleh semua pelajar. Justeru, soalan soalan ini
tidak dapat membezakan pelajar yang lebih rendah keupayaannya dengan pelajar yang tinggi

keupayaannya. Antara tujuan indeks kesukaran ini diadakan adalah untuk mengenalpasti
konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati ramai pelajar yang tidak dapat
menjawab soalan tersebut dengan baik, untuk mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan
kelemahan bahagian bahagian kurikulum, memberi maklumbalas kepada pelajar bagi setiap
tajuk pengajaran yang diuji dan untuk mengenalpasti soalan yang bias kepada sesuatu
kandungan.
Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar selepas melaksanakan ujian di
sekolah, kami telah membina jadual untuk menunjukkan indeks kesukaran item yang telah
kami perolehi. Indeks kesukaran bagi item yang telah dijalankan adalah seperti yang terdapat
pada jadual 1.3 berikut :

No.Soalan

Nilai (p) / Aras Kesukaran

Pengkelasan Item

0.90

Terlalu Mudah

0.60

Sederhana Sukar

0.55

Sederhana Sukar

0.95

Terlalu Mudah

0.40

Sukar

0.40

Sukar

0.45

Sederhana Sukar

0.60

Sederhana Sukar

0.55

Sederhana Sukar

10

0.35

11

0.25

Sukar

12

0.40

Sukar

13

0.60

Sederhana Sukar

14

0.10

Terlalu Sukar

15

0.20

Terlalu Sukar

16

0.40

Sukar

17

0.25

Sukar

18

0.75

Mudah

19

0.30

Sukar

Sukar

Jadual 1.3 : Indeks Kesukaran Item

Melalui jadual di atas, kita dapat melihat soalan 1 dan soalan 4 mempunyai aras kesukaran
0.90 0.95 di mana pengkelasan item menunjukkan soalan ini terlalu mudah untuk
diselesaikan. Jika menurut ujian rujukan norma, soalan ini adalah tidak sesuai untuk
ditadbirkan kerana ia tidak dapat membezakan di antara pelajar yang pandai dengan yang
lemah.
Bagi soalan 18 pula, seramai 15 orang daripada 20 orang pelajar telah berjaya menjawab
soalan ini dengan betul. Ia mempunyai aras kesukaran 0.75 yang menunjukkan soalan ini
juga mudah untuk dijawab dan juga tidak sesuai untuk digunakan bagi ujian rujukan norma.
Sebanyak 6 soalan mempunyai aras kesukaran 0.41 - 0.60 iaitu soalan 2,3,7,8,9 dan soalan 13
di mana soalan soalan ini dikategorikan sebagai soalan yang sederhana sukarnya. Soalan
soalan seperti ini sesuai untuk ditadbirkan di dalam kelas kerana ia dapat membezakan
keupayaan menjawab di antara pelajar yang lemah dengan pelajar yang bijak.Soalan seperti
ini tidaklah terlalu mudah atau terlalu sukar untuk dijawab dan sesuai untuk menguji
pengetahuan mengikut aras kemampuan kumpulan para pelajar yang tertentu.
Soalan yang berada pada aras yang sukar iaitu pada aras 0.21- 0.40 adalah yang paling
banyak terdapat pada ujian ini di mana terdapat sebanyak 9 soalan yang sukar di dalamnya.
Antara soalan tersebut ialah soalan yang bernombor 5,6,10,11,12,16,17,19 dan 20. Di dapati
agak ramai pelajar yang gagal menjawab dengan tepat soalan- soalan ini. Jika mengikut ujian
rujukan norma, soalan soalan seperti ini juga agak sesuai untuk digunakan di dalam ujian
kerana ia mampu membezakan pelajar yang rendah keupayaan dengan pelajar yang tinggi
keupayaannya. Walaubagaimana pun, soalan soalan seperti ini, haruslah diperbaiki dan
diseimbangkan mengikut aras kemampuan pelajar.
Manakala yang terakhir soalan 14 dan soalan 15 adalah soalan yang paling banyak gagal
dijawab oleh pelajar di mana hanya 2 orang pelajar sahaja yang berjaya menjawab soalan 14
dan hanya 4 orang pelajar sahaja yang berjaya menjawab soalan 15 dengan tepat. Oleh yang
demikian, kedua dua soalan ini dikategorikan sebagai terlalu sukar dan soalan ini tidak
sesuai untuk dikekalkan di dalam ujian ini.
1.8 INDEKS DISKRIMINASI ITEM

Indeks diskriminasi item ialah indeks yang dapat membezakan/ mendiskriminasikan antara
pelajar yang berkeupayaan rendah dengan pelajar yang berpencapaian tinggi. Indeks
diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan ( RU RL ) dengan T(L+U).
RU adalah bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar yang
berpencapaian tinggi. RL pula ialah bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di
kalangan pelajar berkeupayaan rendah.T(L+ U) adalah jumlah pelajar berpencapaian rendah
dan tinggi. Cara mengira indeks diskriminasi item adalah seperti yang berikut :
Indeks Diskriminasi (d) = (RU RL)
(1/2 T (L+U) )

Berikut menunjukkan jadual Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item :

Nilai ( d )

Pengkelasan Item

0.00 0.10

Tidak Baik

0.11 0.20

Kurang Baik

0.21 0.30

Sederhana Baik

0.31 0.40

Baik

0.41 1.00

Sangat Baik

Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks diskriminasi hampir
kepada 1.00 bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan Norma ( PRN)
kerana ia dapat membezakan pelajar yang berpencapaian tinggi dengan pelajar yang
berpencapaian lemah. Bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif menghampiri

0.0, soalan soalan ini dikatakan tidak sesuai untuk PRN kerana ia tidak berupaya
membezakan pelajar pandai dengan pelajar lemah. Akhirnya, bagi soalan yang mempunyai
indeks diskriminasi negatif yang menghampiri -1.00, dikatakan tidak baik untuk PRN kerana
ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai
pelajar lemah dapat menjawab soalan soalan ini dengan betul berbanding pelajar pandai.
Antara tujuan indeks diskriminasi ini ialah , untuk mengenalpasti konsep yang perlu diajar
semula, mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian bahagian
kurikulum yang tertentu, memberi maklumbalas kepada pelajar pandai tentang kelemahan
mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji, mengenalpasti soalan yang bias kepada
sesuatu kandungan dan mengenalpasti pelajar yang berpencapaian tinggiuntuk melanjutkan
pengajian dalam bidang bidang tertentu.

N0.SOALAN

Nilai
(d) / ArasDiskriminasi

Pengkelasan Item

0.33

Baik

0.33

Baik

0.00

Tidak Baik

0.16

Kurang Baik

0.66

Sangat Baik

0.33

Baik

0.66

Sangat Baik

0.50

Sangat Baik

0.83

Sangat Baik

10

-0.33

Tidak Baik

11

-0.16

Tidak Baik

12

0.33

Baik

13

0.50

Sangat Baik

14

-0.16

Tidak Baik

15

0.00

Tidak Baik

16

0.66

Sangat Baik

17

0.16

Kurang Baik

18

0.50

Sangat Baik

19

0.50

Sangat Baik

20

0.66

Sangat Baik

Jadual 1.4 : Indeks Diskriminasi Item


Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar selepas melaksanakan ujian di
sekolah, kami telah membina jadual untuk menunjukkan indeks diskriminasi item yang telah
kami perolehi. Indeks diskriminasi bagi item yang telah dijalankan adalah seperti yang
terdapat pada jadual 1.4 di atas. Contoh pengiraan untuk mendapatkan hasil analisa seperti
yang di atas ialah :

Contoh soalan 1 : Markah Tinggi (RU) = 6 orang


Markah Rendah (RL) = 4 orang
T(L+U) = 6 orang
(RU-RL) = 6 4 = 0.33
T(L+U) 6
ANALISIS ITEM
Soalan/Item 1
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.33. Seramai 6 orang murid
dari kumpulan pencapaian tinggi dan 4 orang dari kumpulan berkeupayaan
rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam
pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana
soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.
- Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.

Soalan/Item 2
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.33. Seramai 4 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi dan 2 orang murid dari kumpulan berkeupayaan
rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam
pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana
soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.
- Soalan ini juga sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.
Soalan/Item 3
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.00.Bilangan pelajar
berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul
adalah sama.Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang tidak baik untuk
Penilaian Rujukan Norma kerana soalan ini tidak dapat membezakan di antara
murid yang pandai dengan murid yang lemah.
- Oleh itu, soalan ini perlu diganti dengan soalan yang lebih sesuai.
Soalan/Item 4
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.16. Seramai 6 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi dan 5 orang murid dari kumpulan berkeupayaan
rendah dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Soalan ini berada dalam
pengkelasan item yang kurang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN)
kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah

- Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik.
Soalan/Item 5
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 4 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, tidak ada
seorang murid pun dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini.
Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma
(PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di
dalam kelas.
- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.
Soalan/Item 6
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.33. Seramai 4 orang murid
dari kumpulan pencapaian tinggi dan 2 orang dari kumpulan berkeupayaan
rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam
pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana
soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.
- Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.
Soalan/Item 7
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, hanya
seorang sahaja murid dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini.
Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma
(PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di
dalam kelas.

- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.


Soalan/Item 8
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.50. Seramai 5 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya 2 orang
murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan
ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma
(PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di
dalam kelas.
- Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.
Soalan/Item 9
Soalan/Item 9
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.83. Seramai 6 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi dan seorang murid dari kumpulan pencapaian rendah dapat menjawab
soalan ini dengan jayanya. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk
PRN kerana ia dapat membezakan di antara murid yang bijak dengan murid yang lemah di
dalam kelas.
- Soalan 9 ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.
Soalan/Item 10
- Bagi soalan nombor 10 ini, indeks diskriminasinya adalah -0.33 di mana seramai 3 orang
murid dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab soalan ini dengan betul
berbanding hanya seorang sahaja dari kumpulan berpencapaian tinggi.Soalan ini tidak baik
untuk PRN, kerana ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah,
iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan ini dengan betul daripada pelajar
pandai.
- Soalan ini perlu diperbaiki atau diganti dengan soalan yang lebih sesuai.

Soalan/Item 11
- Bagi soalan 11, indeks diskriminasi soalan ini juga adalah negatif iaitu -0.16 di mana
seramai dua orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menjawab soalan
ini.Hanya seorang pelajar sahaja dari kumpulan pencapaian tinggi dapat selesaikan soalan ini
dengan tepat.Soalan ini adalah tidak baik untuk penilaian rujukan norma.
- Soalan ini juga perlu diperbaiki dan diganti dengan soalan yang lain.
Soalan/Item 12
-Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.33. Seramai 3 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi dan seorang orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab
soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik untuk Penilaian
Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan
murid yang lemah.
- Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.
Soalan/Item 13
- Indeks diskriminasi item bagi soalan 13 ini ialah 0.50 di mana seramai 4 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat .Manakala hanya
seorang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat selesaikan soalan ini dengan betul.
Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan
Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang
lemah di dalam kelas.
- Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.
Soalan/Item 14
- Bagi soalan nombor 14 pula ini, indeks diskriminasinya adalah -0.16 di mana hanya seorang
murid sahaja dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab soalan ini dengan
betul.Manakala, tidak seorang murid pun dari kumpulan berpencapaian tinggi yang dapat
menyelesaikan soalan ini.Soalan ini tidak baik untuk PRN, kerana ia secara songsang

membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitulebih ramai pelajar lemah dapat
menjawab soalan ini dengan betul daripada pelajar pandai.
- Soalan ini tidak sesuai untuk dikekalkan di dalam ujian ini.
Soalan/Item 15
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.00. Bilangan pelajar
berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul
adalah sama iaitu seorang bagi kumpulan murid pencapaian tinggi dan juga seorang murid
bagi kumpulan berpencapaian rendah.Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang tidak
baik untuk Penilaian Rujukan Norma kerana soalan ini tidak dapat membezakan di antara
murid yang pandai dengan murid yang lemah.
- Oleh itu, soalan ini perlu diganti dengan soalan lain yang lebih sesuai
Soalan/Item 16
- Indeks diskriminasi item bagi soalan 16 ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, hanya
seorang sahaja murid dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini.
Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma
(PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di
dalam kelas.
- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.
Soalan/Item 17
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.16. Hanya seramai 2 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi dan seorang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat
menjawab soalan ini dengan tepat. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang kurang
baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid
yang pandai dengan murid yang lemah.

- Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik.
Soalan/Item 18
- Indeks diskriminasi item bagi soalan 18 ini ialah 0.50 di mana seramai 6 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya 3 orang
murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menyelesaikan soalan ini dengan betul.
Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan
Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang
lemah di dalam kelas.
- Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.
Soalan/Item 19
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.50 di mana seramai 4 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat .Manakala hanya
seorang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menyelesaikan soalan ini dengan
betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian
Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan
murid yang lemah di dalam kelas.
- Soalan ini perlu dikekalkan dalam ujian ini.
Soalan/Item 20
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya seorang
murid sahaja dari kumpulan murid berpencapaian rendah yang dapat menjawab soalan ini.
Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma
(PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di
dalam kelas.
- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Anda mungkin juga menyukai