Anda di halaman 1dari 193

Apa khabar semua?

Saya baik. Heehee

an
Bahagian A: Membina Ayat
(i) Aktiviti
(ii) Situasi / Gambaran / Suasana
(iii) Umum

Penskoran [9 -- 10 markah]
(i)Menggunakan ayat yang
gramatis dan menepati
bahan grafik I
(ii) Penggunaan pelbagai
kosa kata yang sesuai
dengan tugasan

(iii) Penggunaan ejaan dan


tanda baca yang betul
(iv) 5 ayat yang betul dan
tidak melakukan lebih
daripada 3 kesalahan

PANDUAN MENJAWAB
LANGKAH 1
1. Lihat gambar / grafik dengan teliti.
2. Fikirkan 3 kata tanya (siapa/mengapa/mana)
3. siapa berkaitan dengan orang / manusia
4. mengapa aktiviti-aktiviti yang telah berlaku
5. mana berkaitan dengan tempat / situasi
siapa / apa ? buat apa / mengapa ? mana / bagaimana ?

LANGKAH 2
Catatkan aktiviti (kata kerja) atau situasi (kata adjektif)
yang terdapat dalam gambar atau grafik.

LANGKAH 3
Binalah lima ayat yang lengkap berdasarkan situasi
atau aktiviti tertentu berdasarkan gambar atau grafik.

LANGKAH 4
Baca semula ayat-ayat yang dibina. Betulkan semua
kesalahan tatabahasa, terutama dari segi penggunaan
kata, struktur ayat (gramatis), penggunaan imbuhan,
tanda baca dan ejaan.

siapa / apa ? buat apa / mengapa ? mana / keterangan

1. Ayat pertama

2. Ayat kedua

3. Ayat ketiga

4. Ayat keempat

5. Ayat kelima

3
4

siapa?

1. perempuan : dewasa dan kanak-kanak


2. lelaki : dewasa dan kanak-kanak (budak)

mengapa?

mana?

1.
2.
3.
4.
5.

berjoging
bermain bola
mengejar
berbuai
membaca

taman permainan

4
5

siapa / apa ? buat apa / mengapa ? mana / bagaimana ?

1
3
4
2

CONTOH JAWAPAN

1. Seorang budak perempuan sedang berjoging


untuk menyihatkan badan.
2. Dua orang budak lelaki sedang bermain bola
sepak di taman permainan itu.
3. Seorang budak perempuan sedang mengejar
beberapa ekor rama-rama.
4. Dua orang budak perempuan sedang berbuai
dengan riang dan gembira.
5. Cik Zulaikha sedang membaca sebuah novel
sambil duduk di atas bangku.

siapa ? buat apa / mengapa ? bagaimana ?

4
3

CONTOH JAWAPAN

1. Seorang ibu bersama anaknya hendak membeli


ayam goreng.
2. Seorang budak lelaki sedang membawa dua
bungkusan plastik yang berisi sesuatu.
3. Peniaga itu sedang mencedok air berperasa
epal dari salah sebuah balang.
4. Seorang peniaga sedang menyusun bebera biji
kek di atas meja.
5. Seorang lelaki pula sedang memilih kuih yang
disukainya di gerai itu.

siapa ? buat apa / mengapa ? bagaimana ?

2
4

CONTOH JAWAPAN (Aktiviti)

1. Encik Ali menjual berbagai-bagai barangan kraf


tangan Sarawak di gerainya.
2. Pembantu Encik Ali sedang menyusun barangbarang kraf tangan di atas meja.
3. Seorang budak perempuan sedang memakai
dan mengayakan seutas rantai yang dibelinya.
4. Puan Nita dan anaknya sedang memilih pasu
untuk dijadikan hadiah.
5. Seorang budak lelaki sedang memegang sebiji
pasu yang cantik.

siapa / apa ? buat apa / mengapa ? bagaimana ?

1
3
2

CONTOH JAWAPAN (Situasi)

1. Gerai yang menjual barangan kraf tangan dari


Sarawak itu cantik dan kemas.
2. Barangan kraf tangan yang dijual di gerai itu
buatannya sangat halus.
3. Barang-barang kraf tangan Sarawak itu dijual
dengan harga yang berpatutan.
4. Pasu yang pelbagai saiz dan beraneka corak itu
menarik hati para pelancong yang datang.
5. Berpuluh-puluh biji pasu yang pelbagai saiz
dan berwarna-warni tersusun di atas meja.

siapa / apa ?

buat apa / mengapa ?

bagaimana ?

2
5

CONTOH JAWAPAN [Aktiviti]

1. Beberapa orang budak lelaki bermain balingbaling bola sambil mandi-manda.


2. Seorang kanak-kanak berlari untuk menaikkan
layang-layangnya.
3. Seorang peniaga aiskrim membunyikan loceng
untuk menarik perhatian pelanggannya.
4. Puan Normah sedang menghidangkan juadah
untuk dinikmati oleh keluarganya.
5. Aiman dan adiknya membina istana pasir di
tepi pantai dengan menggunakan sebiji baldi.

siapa / apa ? buat apa / mengapa ? bagaimana ?


2
1
3

4
5

CONTOH JAWAPAN

[Situasi]

1. Beberapa orang murid kehujanan ketika pulang


dari sekolah.
2. Beberapa buah rumah ditenggalami air banjir
akibat hujan lebat yang turun berjam-jam.
3. Pihak polis memberi bantuan kecemasan dan
memindahkan mangsa banjir.
4. Seorang budak membawa sebuntil bungkusan
untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat.
5. Pak Cik Samad memikul segulung permaidani
sambil meredah banjir.

1. Encik Kamil sekeluarga berkelah di tepi


pantai yang indah.
2. Sambil duduk di tikar mengkuang, dia
memerhatikan anak-anaknya yang riang
berkejaran di pasir memutih.
3. Di laut yang landai, kanak-kanak dengan
ditemani penjaga masing-masing seronok
bermandi-manda.
4. Dua orang kanak-kanak membaling bola
tanpa mengira penat.
5. Di sebatang pokok yang rimbun, seorang
dewasa memerhatikan gelagat orang ramai
yang berada di tepi pantai.

1. Walaupun hujan turun dengan lebat, Zahid dan


Alex terus mengayuh basikal untuk pulang ke
rumah.
2. Dalam perjalanan, mereka ternampak sebatang
pokok tumbang dan pokok itu merentangi jalan
raya.
3. Zahid berusaha mengalihkan batang pokok itu,
manakala Alex meminta bantuan kenderaan yang
lalu di situ.
4. Sebuah kereta berhenti, lalu mereka berempat
mengalihkan batang kayu itu ke tepi.
5. Pemandu dan temannya mengucapkan
penghargaan kepada Zahid dan Alex atas sikap
prihatin yang ditunjukkannya.

Tiga

soalan & perlu pilih satu soalan


sahaja.
Setiap karangan sekurang-kurangnya 3
isi.
Setiap isi perlu tiga ayat.
Ayat tersebut perlu ISI, CONTOH, &
KESAN

Penskoran [24 -- 30 markah]


(i) Penyampaian idea atau
persembahan yang jelas
dan menarik
(ii) Pengolahan idea yang sangat
baik menggunakan pelbagai
ayat gramatis bertepatan
dengan tema/tugasan

(iii) Penggunaan pelbagai


kosa kata dan bersesuaian
dengan tema
(iv) Penggunaan ejaan dan
tanda baca yang betul
berdasarkan jenis karangan
(iii) Tidak lebih 5 kesalahan

ICK
Untuk Karangan Fakta

Isi + Contoh + Kesan


Faedah-faedah Mengikuti
Lawatan Sambil Belajar

1. Kita perlu mengikuti


lawatan sambil belajar.
2. Banyak faedah yang
diperoleh daripada lawatan
itu.
3. Pihak sekolah biasanya
akan mengenakan bayaran
tertentu.

1. Banyak faedah yang


diperoleh daripada
lawatan.
2. Salah satu
daripadanya boleh
menambahkan ilmu
pengetahuan.
3. Pengetahuan penting
kepada setiap murid.

1. Lawatan sambil belajar


boleh menambahkan ilmu
pengetahuan.
2. Kita akan mengetahui
proses membuat minuman
apabila melawat ke kilang
membuat minuman.
3. Pengetahuan tersebut
boleh dimanfaatkan dalam

FAEDAH-FAEDAH
BERSUKAN
Idea
Dapat

Menyihatkan
Badan

1. Ramai yang suka bersukan.


2. Kita boleh bersukan pada
waktu pagi ataupun petang.
3. Banyak faedah apabila kita
bersukan.

1. Menerusi sukan, kita


dapat menyihatkan tubuh
badan kita.
2. Tubuh yang sihat penting
bagi setiap orang.
3. Oleh itu, kita perlu
bersukan supaya tubuh kita
sihat.

1. Menerusi sukan, kita dapat


menyihatkan tubuh badan kita.
2. Sebagai contoh, ketika kita
berlari, tubuh kita akan
mengeluarkan peluh.
3. Kesannya, tubuh kita menjadi
sihat, lalu mudahlah untuk kita
mengulang kaji pelajaran.

(i) [I] Menambahkan ilmu pengetahuan


(ii) [M] Memanfaatkan masa
(iii) [H] Hiburan

Menambahkan Ilmu Pengetahuan


Apabila ____________ pengetahuan
kita akan bertambah. Sebagai
contoh, kita akan mengetahui
___________. Pengetahuan itu boleh
kita manfaatkan dalam pembelajaran
di kelas / kehidupan seharian.

Memanfaatkan Masa Lapang


Seterusnya, apabila kita _____
bermakna kita menggunakan masa
kita dengan baik. Jika tidak ______,
kemungkinan kita bercampur gaul
dengan budak-budak nakal.
Akibatnya kita terpengaruh dengan
aktiviti tidak sihat seperti merokok.

Memberi Hiburan
Kita juga akan memperoleh
hiburan apabila kita ________.
Sebagai contoh, kita akan
_________. Kesannya diri kita
akan tenang, seterusnya dapat
mengulang kaji pelajaran dengan
berkesan.

Pengalaman Menarik Berkelah di


Port Dickson
Pada hari minggu lalu saya
sekeluarga makan angin
di
pantai Port Dickson. Kami
bertolak dari rumah jam 8.30 pagi
dengan menaiki kereta. Apabila
kami tiba dua jam kemudian,
orang telah ramai membanjiri
tepi pantai.

Ayah meletakkan kereta di


kawasan letak kereta tidak jauh dari
pantai. Kemudian kami mengangkat
barang yang dibawa seperti beg
pakaian, tikar, dan pinggan mangkuk
ke bawah sepohon pokok yang
rendang. Selepas itu saya dan abang
saya, Amirul segera bertukar
pakaian.

Kami bermandi-manda dalam


suasana yang menyeronokkan.
Terdapat sekumpulan kanakkanak melemparkan bola plastik
ke arah kami. Kami mengambil
bola tersebut dan melemparkan
semula ke arah mereka untuk
mewujudkan suasana kemesraan.

Sedang kami leka bermandimanda, tiba-tiba terdengar orang


meminta tolong.
Tolong...! Tolong...!

Orang lemas! jerit abang saya.


Abang saya yang mahir berenang
dan ahli Persatuan Bulan Sabit
Merah, segera ke arah kanakkanak yang hampir lemas itu.
Abang menarik tangan kanakkanak itu. Kanak-kanak itu
dibawa ke tepi pantai.

Beberapa orang pemuda dan juga


keluarga
kanak-kanak
itu
menyambut kanak-kanak itu di
tepi pantai. Air yang terminum
oleh kanak-kanak itu dikeluarkan
oleh seorang pemuda dengan
menggunakan mulut. Beberapa
minit kemudian kanak-kanak itu
sedar semula.

Keluarga kanak-kanak tersebut


mengucapkan
terima
kasih
kepada abang saya. Abang
tersenyum dan mengangguk. Saya
yakin abang berasa puas kerana
pengorbanannya dihargai.

FAEDAH-FAEDAH MAHIR DALAM


MENGGUNAKAN KOMPUTER
Komputer merupakan alat yang
merangkumi alat monitor, papan
kekunci dan mesin penyimpan
maklumat. Penggunaan komputer
mula meluas digunakan pada tahun
1980-an. Jika mahu menjadikan
Malaysia sebuah negara maju pada
tahun 2020, setiap rakyat perlu tahu
menggunakannya.

Komputer dapat memudahkan


kerja-kerja menaip. Sebagai
contoh,
komputer
boleh
menyunting bahan yang ditaip,
menyimpan, dan dicetak dalam
jumlah yang diingini. Kesannya,
segala urusan dapat dilakukan
dengan lebih cepat dan berkesan.

Kini komputer
telah
dimasukkan talian Internet. Hal
ini memudahkan kita memperoleh
maklumat yang terkni dalam apa
juga bidang dari seluruh dunia.
Kesannya
menjadikan kita
manusia yang tahu dengan
perkembangan
semasa
menyebabkan kita tidak seperti
katak di bawah tempurung.

Komputer boleh juga


menambahkan ilmu pengetahuan.
Contohnya, dengan menggunakn
Internet, kita akan memperoleh
maklumat dalam bidang sains,
sejarah, dan bahasa. Segala
pengetahuan itu boleh kita
gunakan dalam pembelajaran di
kelas.

Komputer juga boleh


memberikan hiburan. Contohnya,
terdapat pelbagai jenis permainan
boleh
disimpan
di
dalam
komputer.
Bermain
dalam
keadaan terkawal menyebabkan
diri kita tenang, lalu mudahlah
untuk kita mengulang kaji semula
nota pelajaran.

Kesimpulannya, komputer
merupakan alat yang banyak
memberi faedah. Jadi, saya
menyeru kepada rakan-rakan,
kuasailah ilmu komputer untuk
memastikan kita orang yang
berjaya. Cara tidak langsung,
kita akan menjadi manusia yang
berjiwa besar, bukan berjiwa
hamba.

Pada waktu rehat di kantin


sekolah,
kamu
mendapati
beberapa
rakan
kamu
termuntah-muntah.
Ceritakan tindakan yang kamu
ambil untuk mengatasi masalah
tersebut.

Nasi Lemak Beracun

Pada waktu rehat, murid-murid


diminta pergi ke kantin. Tiada
seorang pun yang dibenarkan
duduk di dalam kelas. Tujuannya
untuk mengelakkan kecurian yang
dilakukan oleh mereka yang
panjang tangan.

Pada hari itu, selepas membeli


makanan, saya duduk di sebuah
bangku panjang. Sebelum sempat saya
menikmati nasi lemak, saya terlihat
tiga orang murid termuntah-muntah
di belakang saya. Secepat kilat saya
membuat kesimpulan, tentu mereka
mengalami keracunan makanan.

Tanpa memikirkan perut


yang lapar, saya mendapatkan
murid tersebut. Saya memintanya jangan meneruskan
memakan nasi lemak. Saya
membawanya ke tepi agar tidak
mengotorkan lantai yang sudah
dibersihkan oleh pekerja kantin.

Kamu duduk di sini diamdiam. Saya akan memberitahu


guru yang bertugas, kata saya
lalu bergegas ke bilik guru. Belum
tiba di bilik guru, saya
terserempak Cikgu Tahir yang
hendak ke kantin. Saya
menerangkan apa yang berlaku.

Cikgu Tahir segera ke kantin


mendapatkan tiga orang murid
yang kelihatan seperti ayam
berak kapur. Mereka segera di
bawa ke bilik kesihatan. Guru
besar segera mengarahkan
pengusaha kantin jangan
menjual nasi lemak sehingga
terbukti makanan itu benar-

Mangsa keracunan
kemudiannya dibawa ke klinik.
Saya berharap mangsa akan
segera sembuh. Sementara
menanti rakan-rakan itu pulang,
saya alas perut dengan memakan
roti.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi


Majlis. Yang Berusaha Tuan Guru
Besar, guru-guru penolong kanan,
guru-guru, dan rakan sekalian.
Assalamualaikum dan salam
sejahtera saya ucapkan. Pada pagi
yang mulia ini, izinkan saya
menyampaikan syarahan yang
bertajuk Faedah-faedah Mengikuti
Lawatan Sambil Belajar.

Kita beruntung kerana


negara kita banyak tempat yang
boleh dilawati. Kita boleh ke
kawasan peranginan di puncak
gunung, di tepi pantai, dan
kawasan air terjun. Kita juga
boleh melihat tempat bersejarah
dan kawasan industri.

Rakan-rakan yang diingati,


Mengikuti lawatan sambil belajar
bersama keluarga ataupun rakan boleh
menambahkan ilmu pengetahuan.
Sebagai contoh, jika ke Melaka, kita
akan dapat melihat kesan bersejarah
seperti Kota A Famosa dan Bangunan
Stadhuys. Segala pengetahuan itu boleh
digunakan dalam mata pelajaran Kajian

Aktiviti makan angin boleh


merehatkan minda setelah penat
belajar. Sebagai contoh, jika kita
berpeluang melihat keindahan
Pulau Pangkor, hati akan terasa
terhibur. Kesannya, perasaan
menjadi tenang, yang
menyebabkan mudah untuk kita
mengulang kaji semula pelajaran.

Rakan-rakan yang dikasihi,


Mengikuti lawatan sambil belajar
bermakna kita menggunakan masa
lapang dengan aktiviti bermanfaat.
Jika tidak turut serta, kemungkinan
kita bercampur gaul dengan budakbudak nakal. Kesannya, kemungkinan
kita terjebak dalam kegiatan yang
tidak sihat seperti menghisap rokok.

Aktiviti lawatan ini jika dalam


tempoh yang lama boleh
meningkatkan penguasaan dalam
sesuatu bahasa. Sebagai contoh, jika
kita mengikuti keluarga melawat ke
Britain, penguasaan bahasa Inggeris
akan meningkat. Kesannya,
mudahlah kita menguasai mata
pelajaran Bahasa Inggeris ketika
belajar di Malaysia.

Rakan-rakan yang disayangi,


Demikianlah serba sedikit faedah
yang diperoleh apabila mengikuti
lawatan sambil belajar. Sesunggunya
luas berjalan, luaslah pengalaman
kita. Saya akhiri syarahan saya
dengan serangkap pantun yang
berbunyi,

Sertai Cuti-cuti Malaysia,


Indahnya bercuti bersama keluarga;
Bercuti boleh membawa bahagia,
Hilang risau hati pun lega.

Sekian, terima kasih.

Karangan Berbentuk Cerita


Kamu dan rakan kamu berbasikal
untuk pulang ke rumah. Dalam
perjalanan, hujan tiba-tiba turun
dengan lebat.
Tulis pengalaman yang kamu lalui
itu.

Nyawamu Masih Panjang

Oleh sebab rumah kami cuma dua


kilometer dari sekolah, saya dan Alex
lebih senang berbasikal untuk pergi
dan pulang dari sekolah. Hari itu,
awan
gelap
hampir
menutupi
keseluruhan angkasa. Menyedari
masa itu emas, tanpa berlengah kami
mengayuh basikal meninggalkan
perkarangan sekolah.

Dalam perjalanan, tiba-tiba gerimis


membasahi bumi, lalu kami memecut
laju seperti lipas kudung. Hujan yang
pada mulanya renyai-renyai, tiba-tiba
bertukar menjadi lebat. Saya menjerit
meminta Alex berteduh di sebuah
rumah kosong.

Saya rasa tempat ini tidak


selamat, kata saya meluahkan
rasa bimbang. Apa tidaknya,
keadaan rumah yang usang yang
bila-bila masa sahaja menyembah
bumi. Guruh dan petir pula bersilih
ganti.

Saya memerhatikan keadaan


rumah. Alex yang dikenai dengan
sikap berani, memijak anak
tangga untuk naik ke atas. Belum
sempat saya menegah, tiba-tiba
rumah menyembah bumi, lalu
saya melompat keluar.

Alex! Alex!! jerit saya apabila


menyedari Alex masih di dalam, di
bawah timbunan rumah yang roboh
itu. Saya tidak mampu mengangkat
timbunan papan dan tiang. Saya ke
jalan untuk meminta pertolongan.

Dalam hujan yang hampir teduh,


sebuah kereta berhenti apabila
melihat lambaian saya. Seorang lelaki
keluar dan saya terangkan apa yang
berlaku.
Belum
sempat
kami
membantu Alex, Alex seperti ayam
berak kapur keluar dari timbunan
rumah itu dengan badan yang
dipenuhi darah.

Karangan Berunsur Fakta


Setiap tahun sekolah kamu
akan mengadakan pesta
sukan tahunan.
Terangkan faedah-faedah
yang diperoleh apabila kita

Faedah-faedah Menyertai Acara


Sukan Tahunan
Saban tahun sekolah kita akan
menganjurkan pesta sukan. Pesta
sukan biasanya diadakan pada
hari Sabtu atau hari Ahad untuk
memberi peluang ibu bapa hadir.
Aktiviti tersebut memang ditunggutunggu oleh setiap murid.

Menerusi penyertaan dalam


pesta sukan, badan kita akan
sihat. Hal ini demikian kerana
apabila kita berlari otot-otot kita
akan mengeluarkan peluh.
Kesannya kita akan memperoleh
ketenangan yang menyebabkan
mudah untuk kita mengulang kaji
pelajaran.

Aktiviti sukan juga boleh


menambahkan rakan kita.
Sebagai contoh, penyertaan
sukan mengikut rumah; Rumah
Kuning, Rumah Biru, Rumah
Hijau, atau Rumah Merah tanpa
mengira kaum. Secara tidak
langsung boleh memupuk
perpaduan kaum rakyat
Malaysia.

Penyertaan dalam sukan


dapat menaikkan nama sekolah.
Hal ini berlaku kerana apabila
kita terpilih mewakili sekolah dan
menjadi juara, nama sekolah kita
akan harum. Dalam jangka
panjang, apabila kita sudah
dewasa, kita akan berusaha
untuk mengharumkan nama
negara.

Penyertaan dalam sukan bermakna kita


dapat memanfaatkan masa lapang kita.
Jika tidak bersukan, mungkin kita
bercampur gaul dengan budak-budak
nakal yang menyebabkan kita menjadi
kacang hantu dan muka tembok.
Kesannya, diri kita bebas daripada
gejala yang tidak sihat, sekali gus tidak
berfikiran jumud bagai katak di bawah

Sesungguhnya sukan
merupakan aktiviti yang
berfaedah yang perlu disertai
oleh setiap murid. Dalam usaha
menjadi murid yang cemerlang,
gemilang, dan terbilang, kita
janganlah sekadar menjadi ulat
buku. Oleh itu, kita jangan
melepaskan peluang untuk

Bahagian C: Ulasan
Nilai Murni @ Pengajaran
Pelbagai petikan; cerita, berita,
atau puisi (pantun, sajak, syair)
Perlu 5 nilai murni / pengajaran
Setiap isi perlu keterangan dan
bukti

Penskoran [17 hingga 20 markah]


(i) Idea jelas dan tepat
dengan menggunakan
ayat gramatis
(ii) Penggunaan pelbagai kosa
kata yang meluas dan
bersesuaian bahan rangsangan

(iii) Penggunaan ejaan


dan tanda baca yang betul
(iv) Terdapat 5 nilai murni /
pengajaran
(v) Tidak lebih 3 kesalahan

16 Nilai Murni
1.Baik Hati
2. Berdikari
3. Hemah tinggi 4. Kasih Sayang
5. Hormat-menghormati
6. Keadilan
7. Kebebasan
8. Keberanian 9. Kejujuran
10.
Kebersihan
Fizikal
&
Mental
N

12. Kerajinan 13. Kerjasama


14. Kesyukuran 14. Rasional
15. Kesyukuran
16. Semangat Bermasyarakat

Nilai Murni
Kebiasaannya pada hari minggu
seperti ini, selepas bersarapan, Anita
akan mengulang kaji pelajaran. Dia
lebih suka membaca buku daripada
menonton televisyen. Sedang dia
membaca, dia terdengar namanya
dilaung. Tanpa membuang masa dia
keluar dari dalam bilik.

Tolong emak siram pokok


anggerik itu, pinta Puan Zainon.
Anita dengan senang hati
membuat seperti yang diminta
oleh ibunya. Sambil menyiram,
dia akan mengutip sampah yang
bertaburan di halaman.

Tanpa diduga, dia ternampak


seekor ular daun menjuntai dari
celah pokok anggerik. Anita
berdiri tegak, kemudian
mengundur secara perlahan
untuk mendapatkan ibunya yang
sedang mencuci lantai anjung
rumah.

Terdapat beberapa nilai murni yang


boleh didapati daripada petikan. Nilai
murni yang pertama ialah menghargai
masa, contohnya Anita mengisi masa
terluang dengan mengulang kaji
pelajarannya agar memahami apa yang
guru ajar. Seterusnya, nilai murni yang
kedua pula ialah hormat dan taat kepada
ibu bapa, contohnya Anita segera keluar
dari bilik dan mendapatkan ibunya
sebagai tanda menghormati panggilan
ibunya itu.

Selain itu, nilai murni yang ketiga ialah


kerajinan, contohnya Anita menyiram
pokok anggerik supaya pokok itu hidup
subur dan mengeluarkan bunga.
Selanjutnya nilai murni yang keempat
ialah keikhlasan, contohnya Anita ikhlas
menyiram pokok bunga tanpa
mengharapkan sebarang balasan. Nilai
murni yang kelima ialah menjaga
kebersihan, contohnya Anita mengutip
sampah yang bertaburan di halaman
rumah agar persekitaan kelihatan bersih.

Nilai murni yang terakhir ialah boleh


membuat pertimbangan, contohnya
Anita berdiri tegak dan berundur
secara perlahan apabila berhadapan
dengan ular. Kesimpulannya, kita
hendaklah mengisi masa yang
terluang dengan aktiviti berfaedah
agar dapat memberi kegembiraan
kepada diri sendiri dan orang lain.

PENGAJARAN
ZAIDI: Mengapa kamu duduk
sahaja di sini? Kamu tak
pergi makan?
GOPAL: Duit saya dicuri orang.
Hilang ketika di dalam
kelas lagi.
ZAIDI: Saya bawa RM2.00.
Ambillah RM1.00.

GOPAL: Terima kasih. Kamu memang


kawan yang baik hati.
ZAIDI: Eh, budak di sana tu
muntah! Mungkin memakan
makanan yang tidak bersih!
Kita jangan membeli makanan
yang kotor. Sebenarnya untuk
memastikan makanan bersih
dan berjimat lebih elok
membawa makanan dari
rumah.

Terdapat beberapa pengajaran


yang boleh didapati daripada
petikan dialog di atas. Pengajaran
pertama, kita hendaklah prihatin
dengan masalah rakan, contohnya
Zaidi bertanya kepada Gopal
sebab rakannya itu duduk sahaja di
situ, sedangkan orang lain pergi
membeli makanan.

Pengajaran yang kedua, kita perlulah


bersikap amanah, contoh sikap murid
yang mencuri duit Gopal sehinggakan
Gopal tidak boleh berbelanja pada
waktu rehat janganlaah diikuti.
Pengajaran yang ketiga, kita
seharusnya berkongsi masalah dengan
rakan, contohnya Zaidi memberi
RM1.00 kepada Gopal agar rakannya
itu boleh membeli makanan.

Pengajaran yang keempat, kita


sepatutnya melahirkan penghargaan
pemberian orang, contohnya Gopal
mengucapkaan terima kasih setelah
Zaidi memberikan wang sebanyak
RM1.00. Pengajaran yang kelima, kita
hendakklah memakan makanan yang
bersih, contohnya sikap murid yang
memakan yang kurang bersih
menyebabkan termuntah ketika makan.

Pengajaran yang terakhir, kita


sewajarnya berjimat dalam berbelanja,
contohnya, sebaik-baiknya membawa
makanan dari rumah sebagai langkah
berjimat. Oleh hal demikian, kita
hendaklah bersikap baik hati dengan
membantu orang yang dalam
kesusahan agar orang lain juga akan
membantu kita ketika kita memerlukan.

Ulasan A [Nilai Murni]


Hafiz dan Raju berjalan berhati-hati di bahu
jalan. Di depan dia ternampak sebuah kereta
Proton Waja. Daripada nombor kereta itu,
dia tahu kereta itu kepunyaan Cikgu
Halimah. Mereka melangkah lebih cepat.
Hafiz bertanya untuk mengetahui kedudukan
perkara yang sebenar.

Kereta cikgu habis minyak.


Setesen minyak pula jauh. Hendak
menelefon suami, telefon cikgu
tertinggal di rumah, kata Cikgu
Halimah, guru kelas mereka.

Cikgu jangan bimbang. Biar saya


belikan minyak petrol di kedai Pak
Kassim. Biasanya motosikal beli
minyak di kedai itu, kata Hafiz.
Cikgu Halimah bersetuju, lalu
menyerahkan
wang
sebanyak
RM10.00. Hafiz segera bergegas ke
kedai setengah 500 meter dari situ.

Beberapa minit kemudian Hafiz


datang dengan membawa bekas
plastik. Setelah minyak dituang,
enjin kereta dapat dihidupkan.
Cikgu Halimah mengucapkan
terima kasih atas pertolongan
Hafiz.

Ulasan B [Pengajaran]
Kami akan ke rumah Cikgu Safuan,
kata Kim Boon, berbohong kepada
ibunya. Kim Boon, Taufik, dan Raja
secara diam-diam ke lombong di hujung
kampung. Sebelum sampai di tempat
dimaksudkan, mereka akan melalui
dusun Pak Tahir. Tanpa meminta izin
tuan punya dusun, mereka memakan
sepuas hati buah rambutan, duku, dan
langsat.

Setibanya di tasik bekas lombong itu,


mereka segera mandi. Sekiranya ibu
bapa mereka mengetahui aktiviti
tersebut, sudah tentu mereka akan
dimarahi. Mereka mandi di situ sudah
90 minit. Sedang mereka mandi, tibatiba Kim Boon meminta tolong.
Beberapa minit kemudian dia hilang
daripada pandangan. Taufik dan Raja
cuba membantu, tetapi gagal.

Petang itu, lebih 50 penduduk


kampung berusaha mencari Kim Boon.
Usaha mereka berhasil tetapi Boon
Kim sudah tidak bernyawa. Taufik dan
Raja berasa sedih dan menyesal akan
perbuatan mereka bermandi-manda di
kawasan yang dilarang.

Ulasan 1
NADIA: Kami sekeluarga mengucapkan takziah atas pemergian ayahmu,
Azuen. Saya berharap kamu tabah
menghadapi dugaan ini.
AZUEN: Terima kasih Nadia kerana
sudi datang.
NADIA: Itulah kawan namanya. Saya
cuma ingin tahu, sebelum ayah kamu
meninggal dunia, ada dia berpesan
apa-apa kepada kamu?

AZUEN: Ayah berpesan kepada saya,


sebagai anak sulung, dia mahu saya gigih
belajar supaya memperoleh kejayaan dan
kejayaan itu dapat dicontohi oleh adikadik. Ayah juga mahu jika saya ada
kelapangan hendaklah membantu ibu di
dapur, sebagai latihan apabila saya
dewasa. Satu lagi, ayah mahu saya
menghormati dan mendengar nasihat
guru.

NADIA: Saya perhatikan kamu begitu


tabah menghadapi dugaan ini.
AZUEN: Saya perlu tabah dan tidak perlu
berterusan menangis, kelak menambah
rasa risau ibu dan dua orang adik saya.
Ayah mahu saya memperoleh 5A dalam
UPSR. Walaupun ayah telah tiada, saya
tetap berusaha menunaikan impian ayah
yang mahu saya mendapat keputusan
yang cemerlang.

NADIA: Sebagai tanda simpati, terimalah


sedikit pemberian daripada kami
sekeluarga.
AZUEN: Buat apalah susah-susah. Kamu
sudah datang pun sudah lebih daripada
cukup. Terima kasih banyak-banyak.

Ulasan 2
Diana seorang murid yang rajin.
Pada waktu lapang, dia akan
menghabiskan masa dengan
membaca buku sekolah. Dia suka
membaca buku cerita sama ada
dalam bahasa Melayu, mahupun
dalam bahasa Inggeris.

Di dalam kelas, dia akan tekun


mendengar apa yang guru ajar. Jika
dia tidak mengetahui tentang sesuatu
topik yang guru ajar, dia akan
bertanya guru. Sikapnya yang ringan
mulut dan ringan tulang
menyebabkan rakan-rakan dan guruguru menyayanginya.

Ketika di rumah dia tidak pernah


duduk diam. Selepas membat kerja
sekolah yang guru beri, dia akan
membantu ibunya di dapur seperti
membasuh
pinggan
mangkuk,
mengelap meja, dan menyampu lantai.
Apabila dia penat, dia akan
merehatkan badan dengan menonton
televisyen.

Pada waktu lapang, dia akan


membantu ibunya di dapur. Dia tahu
ibunya letih, sebab itulah dia ringan
tulang membantu. Kadang-kadang
dia akan dia akan bermain
badminton dengan jiraan sebelah
rumaahnya, Anita.

Ulasan 3
Syair Pesanan Ayahanda
Dengarlah anakanda ayahandamu berperi,
Kepada anakanda yang muda bestari,
Nasihat berguna ayahanda beri,
Menjadi bekalan kemudian hari.

Menjalankan kerja janganlah malas,


Zahir dan batin janganlah culas,
Lakukanlah pekerjaan dengan ikhlas,
Tergambar kebaikan bagai air di gelas.

Tutur kata sopan perlu dilafazkan,


Perangai yang lembut anakanda lakukan,
Hati yang sabar anakanda tetapkan,
Perasaan orang perlu fikirkan.

Kesukaan orang anakanda cari,


Kawan tidak akan lari,
Masyhurlah anakanda dalam negeri,
Sebab kelakuan anakanda bijak bestari.

Ulasan 4
Saya menunggang basikal dengan
berhati-hati. Pengalaman yang dilalui
oleh rakan saya yang patah kaki akibat
dilanggar kereta membuatkan saya
berhemah ketika di jalan raya. Saya
yakin, jika saya melalui jalan yang
betul dan memakai baju yang cerah,
risiko kemalangan akan kurang.

Di depan, saya ternampak satu


bungkusan di tepi jalan. Saya
berhenti dan membuka
bungkusan itu untuk
mengetahui apa yang terdapat
dalam bungkusan yang
beratnya melebihi 10 kilogram.

Eh, ini barangan pos. Macam mana


posmen boleh terjatuh? Alamatnya...
saya kenal Pak Cik Hamid, penduduk
kampung saya, bisik hati saya lalu
meletakkan barang tersebut di tempat
barang. Saya mengayuh basikal di ke
rumah Pak Cik Hamid, dua kilometer
dari sini. Apabila tiba di rumah Pak Cik
Hamid, saya menujukkan bungkusan
itu.

Pak Cik Hamid kemudian menghadiahi


saya wang sebanyak RM10.00 atas
pertolongan saya. Saya menolaknya
dengan baik kerana apa yang saya
lakukan memang ikhlas. Pak Cik
Hamid bersyukur kerana barang yang
berharga yang dipesannya akhirnya
dapat diterima dalam keadaan selamat.

Ulasan 5
Waktu pembelajaran Bahasa
Melayu sudah berlalu. Kini saya
menunggu kedatangan Cikgu
Noraini yang akan mengajar mata
pelajaran Sains. Sementara
menanti kedatangan Cikgu
Noraini, saya meminta rakan-rakan
membuka buku Sains.

Ada murid yang tidak mendengar


kata; terus berbual dan mengetukngetuk meja. Dalam suasana yang
hinggar-binggar itu, saya ternampak
Deren tiba-tiba jatuh pengsan. Saya
meluru mendapatkan Deren yang
terbaring di simen.

Sejurus selepas itu, Cikgu Noraini dan


Cikgu Kamal muncul. Mereka berdua
segera mendapatkan Deren yang dalam
dalam keadaan pengsan. Deren
kemudiannya diangkat oleh guru
tersebut dengan dibantu empat orang
murid dan dibawa ke bilik kesihatan.
Oleh sebab keadaan Deren tidak juga
berubah, Cikgu Kamal membawa
Deren ke Klinik Sentosa.

Di klinik, saya yang turut menghantar


Deren menanti di luar bilik rawatan.
Kemudian doktor yang bertugas
memberitahu keadaan Deren tidak
membimbangkan. Menurutnya, Deren
hanya pengsan biasa kerana terlalu letih
bersukan. Saya berdoa semoga rakan
baik saya akan pulih semula dan dapat
ke sekolah kembali.

Ulasan 6
Ketika dalam perjalanan untuk ke
sekolah, hujan mula turun. Audrey
dan Malik berteduh di sebuah
pondok yang usang. Sambil menanti
hujan teduh, mereka memanfaatkan
masa
yang
terluang
dengan
membaca. Mereka tidak mahu masa
yang ada berlalu begitu sahaja.

Setelah hujan teduh, mereka


bergegas ke sekolah. Oleh
sebab keadaan jalan becak,
mereka berjalan di bahu jalan
dengan berhati-hati. Mereka
mempercepat langkah. Akhirnya
mereka tiba di sekolah.

Jam sudah menunjukkan


8.30 pagi. Ketika mereka tiba,
Cikgu Murni sedang mengajar
Matematik. Malik mengetuk
daun pintu. Sesudah meminta
izin masuk, barulah mereka
berdua masuk ke kelas 6
Excel.

Minta maaf, cikgu. Kami


berdua lewat kerana hujan, kata
Malik.
Cikgu kagum melihat kamu
berdua. Walaupun hujan tetap
mahu ke sekolah. Sikap yang
kamu tunjukkan seharusnya
menjadi contoh kepada murid
yang lain, balas Cikgu Murni.

Ulasan 7
ZAIDI:

Mengapakah kamu
tidak hadir
ke kelas tambahan
semalam?

BADRUL: Saya penatlah.


Lagipun dalam
peperiksaan
yang lepas saya
mendapat
keputusan yang agak
baik.
Tak payah susahsusah lagi.

ZAIDI:

Habis, sepanjang

petang kamu ke
mana?
BADRUL: Saya ke kolam
memancing.
ZAIDI:
Ibu bapa kamu
tahu?

BADRUL:

Buat apa beritahu.


Ah, mereka bukan
tahu apa
yang saya buat.
Mereka sibuk
dengan kerja
sehinggakan saya
ke sekolah atau
pun tidak,
mereka tidak kisah.

ZAIDI:

Untuk berjaya dalam


pelajaran, perlu
berterusan
belajar. Jangan berpuas
hati terhadap keputusan
yang lepas. Sebagai
kawan, saya hanya
mampu
memberi nasihat.

BADRUL: Saya bosan


dengan leteran.
Saya tidak mahu
mendengar apa-apa
lagi teguran. Saya
sudah
bosan belajar.

PEMAHAMAN

SOALAN 1

_______ lah cara membuat kek perasa


vanila, kata Chef Wan kepada suri
rumah itu.
A

Sini

Situ

Begini

Begitu
MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 2

_______ Putera Sultan Selangor telah


melawat hospital yang baru itu pagi tadi.

Yang Mulia

Yang Berusaha

Yang Berhormat

Yang Berbahagia
MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 3

Semasa melawat kilang minuman itu,


kami _______ dengan baik oleh pengurus
kilang tersebut.
A

dilayan

dijamu

dijaga

MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 4

Nur Afiqah berusaha _______ diri dengan


kawan-kawan di sekolah barunya.

menyesuai

bersesuaian

menyesuaikan

MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 5

Rancangan Hari Ini Dalam Sejarah


disiarkan _______ mengenang kembali
peristiwa silam.
A

bagi

agar

kerana

supaya
MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 6

Suara Abdul Jamil sungguh _______


sehingga mengganggu adik perempuannya yang sedang tidur lena.
A

nyaring

manja

garau

lunak

MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 7

Tikus putih _______ bekas plastik ini


hingga tidak dapat digunakan lagi.

memagut

menggigit

menggerit

mengunyah
MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 8

Ibu bapa perlu memberi _______ kepada


anak-anak untuk meningkatkan prestasi
pelajaran mereka.
A

dorongan

asuhan

ingatan

arahan

MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 9

Tuan Haji Shamsuddin menabur bunga


dan _______ air mawar ke atas pusara
isterinya.
A

merenjis

menyiram

menyimbah

MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 10

Fikirkanlah perkara itu _______ sebelum


kamu membuat keputusan, kata ayah
kepada Shuhaimi.
A

masak-masak

benar-benar

hidup-hidup

bulat-bulat

MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 11

Rasdan gigih menjalani latihan. _______,


dia gagal mendapat tempat pertama
dalam pertandingan lompat jauh.
A

Meskipun

Setelah itu

Jika demikian

Namun demikian

MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 12

Tan Ah Leong _______ tahi lembu yang


bertaburan di atas jalan ketika dia
hendak pergi ke rumah kawannya.
A

terpijak

tersepak

tertendang

MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 13

Amboi, cantiknya _______ di tasik itu!


kata Nita kepada abangnya.

flora dan fauna

pemandangan

keadaan

suasana
MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 14

Puan Zunaidah _______ tangan anaknya


ketika hendak melintas jalan itu.

menghayun

memimpin

menolak

menarik
MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 15

Lima _______ rumah kedai telah hangus


dalam kebakaran di Jalan Bendahara,
Teluk Intan pada bulan lepas.
A

biji

jalan

pintu

buah

KEMBALI
MONTAJ

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 16

Hakim telah _______ pencuri itu hukuman


penjara selama setahun enam bulan.

terjatuh

jatuhkan

menjatuhi

menjatuhkan
MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 17

Rumah kayu yang usang di Kampung


Pasir Salak itu telah dibaiki dan dicat
semula oleh sekumpulan _______.
A

bangsawan

sukarelawan

cendekiawan

olahragawan

MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 18

Mak Cik Norhasimah membeli dua _______


serai di pasar tani pagi tadi.

ikat

gugus

batang

rumpun
MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 19

Dia ________ kejayaan dalam pertandingan


itu kerana usaha gigihnya yang tidak pernah
mengenal jemu.
A

perolehi

berolehkan

memperoleh

memperolehi

MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 20

Encik Rashid ________ isterinya sepasang


anting-anting berlian sempena ulang tahun
perkahwinan mereka yang kelima.
A

hadiahi

menghadiahi

berhadiahkan

menghadiahkan

MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 21

Para pekerja Majlis Perbandaran Teluk Intan


sedang ________ jalan menuju ke kawasan
taman rekreasi itu.
A

melebar

memperlebar

memperlebari

memperlebarkan

MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 22

Pak Malek sedang ________ besi pemegang


kereta sorong itu supaya selesa dan senang
untuk digunakan.
A

mengikir

mengikis

mengukir

mengorek

MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 23

Hidung dan tapak tangan kiri budak itu luka


sedikit apabila dia jatuh ________ semasa
berlari di padang pagi tadi.
A

telentang

tejelepak

terperosok

tersembam

KEMBALI
MONTAJ

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 24

Abd. Rahim tenang duduk di dalam sampan


sambil menunggu __________ dimakan oleh
ikan di sungai itu.
A

kailnya

jorannya

umpannya

pancingnya

MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 25

Hakim telah ________ pencuri itu hukuman


penjara selama setahun sembilan bulan dan
denda sepuluh ribu ringgit.
A

menjatuhi

dijatuhkan

berjatuhan

menjatuhkan

MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 26

________ Putera
melawat hospital
pagi tadi.

Sultan Terengganu telah


yang baru siap dibina itu

Yang Mulia

Yang Berusaha

Yang Berhormat

Yang Berbahagia

MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 27

Kerja-kerja ________ ini harus dilakukan


dengan berhati-hati, pesan Cikgu Suhaimi
kepada Murad.
A

memaku

memahat

mengetam

menggerudi

MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 28

Mak Cik Odah


________ anak
semalam.
A

gemal

pokok

batang

rumpun

sedang
padi di

menanam beberapa
bendangnya petang

MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 29

Mereka menuju ke ruang tamu untuk


menikmati juadah yang sudah berhidang.
A

sajian

sarapan

makanan

hidangan

PERKATAAN
SAMA ERTI

MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

SOALAN 30

Setelah disoal siasat, pencuri itu akhirnya


mengakui perbuatannya.
A

menolak

menafikan

menyetujui

membantah

PERKATAAN
BERLAWAN

MONTAJ

KEMBALI

TERUSKAN

EXIT

1 Budak itu tercicir dari tingkat dua rumah pangsa.


11 Oleh sebab selalu ponteng sekolah, Deren
tercicir dalam pelajarannya.
111 Wangnya tercicir dalam perjalanan pulang
dari sekolah.
1V Air yang dibawanya di dalam gelas tercicir
sedikit apabila dia terlanggar bucu meja.
A 1 dan 11 sahaja
B 11 dan 111 sahaja
C 1, 111, dan 1V sahaja
D 1, 11, dan 1V sahaja

1 Setelah berbalah, penghabisannya


tiada siapa yang dapat merebut
jawatan itu.
11 Hari ini merupakan hari penghabisan
sebelum muird-murid bercuti panjang.
111 Kereta yang baharu dibelinya telah
penghabisan minyak.
1V Dia diamanahkan mengunci pintu
pejabat kerana penghabisan keluar.
A 1 dan 111 sahaja
B 11 dan 111 sahaja
C 1, 111, dan 1V sahaja
D

1, 11, dan 1V sahaja

Kegiatan sukan membantu


memumpuk semangat kesukanan,
membina badan yang sihat, dan
otak yang cerdas.
A Adalah dipercayai bahawa badan yang
sihat dan otak yang cerdas adalah
hasil daripada kecerdasan seseorang
dalam kegiatan sukan, sekali gus
dapat memupuk semangat kesukanan.

B Semangat kesukanan yang tulen lahir


daripada kegiatan sukan yang
berasaskan kercerdasan otak dan
badan yang sihat.
C Orang mengatakan bahawa kegiatan
sukan dapat melahirkan masyarakat
yang bersemangat kesukanan.
D Lazimnya, orang yang sihat dan
berbudi bahasa ialah orang yang aktif
dalam kegiatan sukan.

Penyakit barah merupakan


penyakit moden yang berbahaya
kerana penyakit itu akan merebak
dan memusnahkan sel, tisu, dan
organ.
A Barah ialah penyakit yang boleh
merebak melalui jangkitan sel, tisu,
dan organ.

B Sel, tisu, dan organ yang musnah


akibat kanser adalah disebabkan
peredaran darah yang tidak
berfungsi.
C Barah ialah penyakit yang
berbahaya dan pengubatannya
memerlukan sel, tisu, dan organ
baharu.
D Salah satu penyakit yang boleh
memusnahkan fungsi sel, tisu, dan
organ seseorang ialah penyakit

Anda mungkin juga menyukai