Anda di halaman 1dari 15

SET 1

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan-kebaikan
sukan air di negara kita dan usaha-usaha mempopularkannya. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Apabila Malaysia diumumkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Bot Laju Formula
Future di Parque Das Nacoes, Lisbon, kerajaan Malaysia mula sedar tentang manfaat besar jika
sukan air dipopularkan di negara ini. Sukan ini bukan sahaja berpotensi untuk mengharumkan nama
negara di persada antarabangsa, malah berupaya meningkatkan pendapatan negara dan
membolehkan golongan remaja terlibat dalam aktiviti yang bermanfaat.
Di negara ini, sukan air kurang diminati mungkin disebabkan sukan ini bukan mesra
masyarakat atau kurang pendedahan mengenainya kepada golongan pelajar. Ramai yang
beranggapan bahawa sukan air sangat berisiko terutamanya kepada kanak-kanak. Sukan air
melibatkan aktiviti yang menggunakan kayak, perahu laju, perahu pendek, perahu panjang, dan bot
laju. Antara permainan sukan air ialah pelayaran layang-layang (kite sailing), polo air, dan banyak
lagi tetapi kegiatan tersebut memerlukan kos yang tinggi. Di sesetengah negeri, lokasi untuk
aktiviti sukan air amat kurang. Sebenarnya, sukan ini bukanlah baharu dalam kalangan masyarakat
di sesetengah negeri di negara ini, malah ada yang menjadikannya sebagai aktiviti riadah untuk
memenuhi masa lapang. Di Sarawak, sukan air dikenali sebagai Regatta dan di Pulau Pinang
dikenali sebagai Dragon Boat.
Seperti sukan lain, sukan air juga menanamkan nilai murni dalam diri atlet yang bertanding
seperti berdisiplin dan bertanggungjawab. Bukanlah mudah untuk mendayung kayak atau perahu di
laut atau kolam jika seseorang atlet tidak mempunyai kombinasi tenaga dan mental untuk
mendayung mengikut laluan yang disediakan. Di sinilah kesabaran dan kesungguhan diperlukan
oleh atlet untuk mencapai matlamat. Seterusnya, masyarakat yang sihat dapat dilahirkan.
Sukan air juga dianggap sukan yang mengekalkan kebudayaan dan tradisi sesuatu kaum. Di
Sarawak, Regatta atau perlumbaan perahu tidak dianggap sebagai sukan air sahaja, sebaliknya
diklasifikasikan sebagai pengekalan kebudayaan suku kaum di negeri tersebut. Sukan ini
mengeratkan persahabatan, semangat kekitaan, menanam sifat persefahaman, dan meningkatkan
keharmonian dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, kita dapat mencungkil bakat-bakat baru
yang berpotensi dalam sukan ini.
Sukan air merupakan sukan yang dapat menggalakkan perkembangan sektor pelancongan.
Banyak pelancong datang ke negara ini untuk melihat acara sukan air yang diadakan. Semasa
Kejuaraan Bot Laju F1 Grand Prix Malaysia 2004 di Tasik Putrajaya, ribuan pelancong datang ke
negara ini untuk menyaksikan kejuaraan tersebut. Hal ini menunjukkan sukan air juga berpotensi
untuk meningkatkan pendapatan negara dan menarik minat pelancong untuk datang ke negara ini.
Oleh yang demikian, penganjuran sukan air di negara ini perlu diberikan galakan sepenuhnya.
Sukan ini berpotensi dalam banyak aspek dan jika keunikan sukan ini dimanfaatkan sebaik
mungkin, sukan air pasti menguntungkan masyarakat dan negara. Galakan ibu bapa, pihak sekolah,
masyarakat, dan pihak kerajaan penting untuk menjadikan sukan air ini popular dan diminati ramai.
(Diubahsuaikan daripada Mempopularkan Sukan Air oleh
Mohan Ratha, Dewan Masyarakat, April 2006)

Pendahuluan
Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan

di negara kita.

Isi Tersurat (4 hingga 12 markah)


Antara kebaikan sukan air ialah

. Kedua ialah
. Ketiga kebaikannya
. Selain itu,
. Seterusnya,

Usaha-usaha untuk mempopoularkannya ialah


Keduanya,

Kesimpulan
Kesimpulannya semua pihak harus
sukan ini

agar/ supaya kemajuan

Soalan 2 : Pemahaman
Soalan 2 (a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata bukan mesra masyarakat.
[2 markah]
Maksudnya ialah
(ii) Nyatakan tiga sebab masyarakat kurang meminati sukan air.
[3 markah]
Tiga sebabnya

(iii) Jelaskan dua cara bagaimana sukan dapat mempererat perpaduan antara
kaum di negara ini mengikut pendapat anda.
[4 markah]
Dua caranya ialah

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Mariah ada masalah. Cakaplah terus terang, Mariah mendengar suara Cikgu Tini
seperti di hujung pernafasannya. Kecil dan ngilu. Dia terperangkap dan serba salah.
Sahlah Cikgu Tini sudah mengetahui. Sahlah juga Cikgu Tini menjemputnya
sekadar untuk mendapatkan keterangan lanjut. Sahlah, dia tidak boleh berdalih. Sahlah,
Tuhan tidak mengizinkan dia berbohong.
Mariah sakit, Cikgu.
Apa sakitnya?
Malu Cikgu, Mariah tunduk.
Kita berdua sahaja, Mariah.
Mariah segera menangkap secebis rasa kecewa Cikgu Tini.
Wajarkah keperihalan ayah yang mabuk dan setiap hari memaksa anaknya
menghulurkan wang diceritakan. Anak itu pula masih bersekolah yang tentunya
memerlukan bantuan ayah. Percayakah Cikgu Tini kalau didedahkan itu?
Cerita yang terlalu pelik Cikgu.
Mariah melihat sebaris gigi Cikgu Tini yang cantik ketika Cikgu itu tersenyum.
Cikgu difahamkan ayah Tini sakit. Apakah sekarang sudah sembuh?
Siapa agaknya yang menceritakan rahsia-rahsia hidup dirinya ini? Edah? Atau
jiran-jiran seperti Mak Som dan Pak Usu Dolah? Apakah Cikgu Tini mengenali mereka
selain Edah?
Mungkin Edah atau kalau tidak Edah siapa lagi? Edahlah yang tahu. Tetapi Edah
sudah berikrar dan bersumpah tidak akan pecah di mulut.
(Dipetik daripada cerpen Mariah,
Oleh Sharif Putera dalam antologi Kerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Nyatakan dua sebab mengapa Mariah menyembunyikan masalah yang
dihadapinya daripada pengetahuan cikgu Tini.
[2 markah]
Dua sebabnya ialah
(ii) Kemukakan tiga kebaikan sikap berterus terang.
[3 markah]
Tiga kebaikannya
(iii) Berikan dua pengajaran dalam petikan di atas dan dua pengajaran lain
yang terdapat dalam cerpen tersebut.
[4 markah]
Dua pengajaran dalam petikan ialah
Dua pengajaran dalam cerpen ialah

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik


Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hatta, maka Jibor pun mengeluarkan suatu kopiah buatan Rom, terlalu baik rupanya lagi
ajaib: halusnya seperti roma cucuk telinga rasanya tatkala dipegang, demikianlah halusnya.
Adalah harganya seribu dinar. Lalu dibawanya kepada Sabor. Maka kopiah itu pun
diberikannya disuruh pakai kepada Sabor akan hendak menyukakan hati Sabor. Maka kopiah
itupun dipakai oleh Sabor. Maka Sabor pun hendak mengatakan hal Saidah itu kepada
saudaranya Jibor, (maka ia pun sangat malu rasanya).
Maka Jibor pun segera pergi pada suatu tempat sunyi. Maka disuruhnya panggil
empat orang sipahi seraya diberinya seratus dinar pada seorang, katanya, Apabila waktu
Maghrib sekarang, segala orang pergi sembahyang ke dalam masjid, tatkala itu barang siapa
memakai kopiah kaulihat buatan Rom, maka kamu penggal lehernya, tatkala ia pergi
sembahyang, orang bertandakan kopiah itu.
Maka kata sipahi, Baiklah, tuan hamba, serta dengan takzimnya.
Setelah sudah ia bersetia itu, maka Jibor pun kembalilah ke rumahnya lalu ia tidur.
Maka hari pun malamlah. Maka Jibor pun terkejut daripada tidurnya lalu ia keluar pergi ke
masjid mengambil air sembahyang. Setelah sudah lalu ia masuk masjid.
(Dipetik daripada
Sabor
Dalam antologi Kerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah maksud orang yang bertandakan kopiah itu?
[2 markah]
Maksudnya
(ii) Kemukakan tiga keistimewaan kopiah kepunyaan Jibor seperti yang
digambarkan dalam petikan.
[3 markah]
Tiga keistimewaannya ialah
(iii) Berikan tiga alasan mengapakah Jibor memilih kopiah sebagai tanda untuk
membunuh Sabor mengikut pendapat anda.
[3 markah]
Tiga alasannya

Soalan 2(d) Petikan Puisi Tradisional


Baca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri
PANTUN ENAM KERAT
Ular tedung jangan dipermudah,
Bisanya dapat membawa maut,
Jika tak maut merana juga;
Berhujan berpanas aku tak endah,
Keris lembing aku tak takut,
Kehendak hati kuturut juga.
Kuda liar berkeliling kota,
Kota terbuat dari kayu,
Tempat berkawal lasykar Feringgi;
Kami mendengar khabar berita,
Bunga kembang sudah pun layu,
Gugur ke bumi tak harum lagi.
Penakik pisau raut,
Ambil galah sebatang lintabung,
Seludang dijadikan nyiru;
Setitik dijadikan laut,
Sekepal dijadikan gunung,
Alam terbentang dijadikan guru.
Sultan Muda dari Lampung,
Memikul cangkul dengan bajak,
Singgah minum di lepau nasi;
Sudah sekah tempat bergantung,
telah patah tempat berpijak,
Ke mana hendak digapai lagi.
Permatang Budi, 1991.
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
(i) Apakah maksud Jika tak maut merana juga?
[2 markah]
Maksudnya ialah
(ii) Nyatakan tiga langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan maruah
diri daripada tercemar mengikut pendapat anda.
[3 markah]
Tiga langkahnya
(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam puisi tersebut.
[4 markah]
supaya

Dua pengajarannya ialah


[Lihat sebelah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[ 30 markah ]
Jawab semua soalan
(a) Tulis satu ayat daripada setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.
(i) telapak
(ii) Serabut
(iii) Selaput
(iv) Gemuruh
(v) Kemuncup
(vi) Gelembung
[6 markah]
(b) Kenal pasti binaan ayat berpola FN+FN dan FN+FK di bawah. Bahagikan subjek dan
predikatnya berdasarkan pola ayat tersebut.
(i) Air merupakan anugerah Tuhan.
(ii) Baju songket itu tenunan asli dari Terengganu.
(iii) Pemain bola sepak itu sedang beraksi di padang.
(iv) Dia tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anaknya.
(v) Bekerja sendiri akan mendatangkan pendapatan lumayan.
(vi) Kesihatan bapanya beransur baik kerana mengamalkan pemakanan seimbang.
[6 markah]

(c)
(d)
(e)

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
Dalam setiap
bawah, terdapat satuitukesalahan
kata tanpa
atau menulis
istilah dan
imbuhan.
Kenalayat
pastidi kesalahan-kesalahan
dan betulkan
ayatsatu
itu
kesalahan
tatabahasa.
Kenal
pasti
kesalahan-kesalahan
itu
dan
betulkan
tanpa
semula.
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian senaraikan peribahasa yang sesuai
menulis
ayat itupada
semula.
untuk
diisikan
tempat kosong.
(i) Ibu pejabat polis kontingen yang baru siap dibina itu dilengkapkan dengan alat
(i) canggih.
Kaum
harus melibatkan
diri mereka
dieksploitasi
pengeluar
Puan
Ramlahwanita
seringtidak
mengingatkan
anak-anaknya
supaya
sentiasaoleh
menabung
kerana
tertentu
supaya melariskan jualan syarikat tersebut.
1a,
kontingen
kos sara hidup semakin meningkat dari semasa ke semasa. Peringatan ini ..
b. dilengkapkan
(ii) Anugerah Seni
Negara
merupakan
penilaian
penggiat
seni tanah
(i)
sangat
penting
kerana wang
yangkerajaan
disimpankepada
itu boleh
digunakan
ketika
air
yang
telah
berkecimpung
begitu
lama
di
dalam
bidang
ini.
(ii) Sukan bukan sahaja dapat menyatu padukan rakyat tanpa mengira idealogi
mereka dalam kesusahan dan kecemasan. Apabila mempunyai wang yang banyak
malahan mampu semarakkan semangat patriotik.
(iii)
Para
peserta padukan
Program
Khidmat Negara
lebih....(ii)
berhemat
menyatu
Latihan
boleh 2a.
digunakan
untuk pergi
melancong
ke luardinasihati
negara agar
kerana
selepas
ini untukmengelakkan semula kejadian yang amat tidak diingini.
b. semarakkan
. Pengalaman di luar negara akan menambahkan ilmu pengetahuan mereka.
[6semangat
markah]
(iii)
pihakkita
swasta
dalam
acara Hari
Sastera
ke13, dan
menunjukkan
WalauPenglibatan
bagaimanapun,
wajib
mematuhi
segala
peraturan
undang-undang
di
ingin bersama-sama memperkukuhkan martabat bahasa Melayu.
tempat yang kita kunjungi seperti kata pepatah ...(iii)
3a. ke13
b. memperkukuhkan
[6 markah]
[6 markah]
Soalan 4: Novel
[15 markah]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda
pelajari.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)

Terminal Tiga karya Othman Puteh


Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof
Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
Bukit Kepong karya Ismail Johari
Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
Julia karya Abu Hassan Morad
Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Pengarang menggunakan unsur saspen untuk menjadikan jalan cerita sesebuah novel itu
lebih menarik.
Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari, huraikan satu contoh peristiwa yang
berunsur saspen yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[7 markah]
Novel yang baca ialah Julia dan Perlumbaan Kedua. Unsur saspennya dalam
Julia ialah
. Contohnya, ialah
. Manakala dalam Perlumbaan Kedua ialah

. Contohnya
(b) Pengarang banyak menerapkan nilai bertanggungjawab yang dapat dijadikan teladan
kepada pembaca melalui penulisan novel .
Jelaskan tiga contoh nilai bertanggungjawab yang terdapat dalam sebuah novel yang
anda pelajari.
[8 markah]

SKEMA PEMARKAHAN
Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan kepentingan sukan berasaskan air di Malaysia

2m

Isi Tersurat (4 hingga 12 markah)

Markah

S1
S2
S3
S4
S5
S6
S7

Mengharumkan nama negara di persada antarabangsa


Meningkatkan pendapatan negara
Membolehkan golongan remaja terlibat dalam aktiviti yang bermanfaat
Menanamkan nilai murni dalam diri atlet yang bertanding
Masyarakat yang sihat dapat dilahirkan
Mengekalkan kebudayaan dan tradisi sesuatu kaum
Mengeratkan persahabatan, semangat kekitaan, persefahaman dan
keharmonian
S8 Mencungkil bakat-bakat baru
S9 Menggalakkan perkembangan sektor pelancongan
Isi Tersirat (4 hingga 12 markah)
T1 Media massa kerap menyiarkan rancangan/mempromosikan sukan air

2m
2m
2m
2m
2m
2m
2m
2m
2m

Markah
2m

T2 Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka melibatkan diri


T3
T4
T5
T6

2m

dalam sukan air


Kementerian Pelajaran perlu menggalakkan penubuhan Kelab Sukan
Air di sekolah dalam aktiviti kokurikulum
Pihak swasta menjadi penaja utama dalam acara sukan air usaha
menarik minat masyarakat
Memanfaatkan lombong-lombong terbiar/sungai/tasik untuk
dijadikan kawasan rekreasi sukan air
Kerajaan perlu merangka pelbagai rancangan untuk menggiatkan
sukan air di Malaysia

2m
2m
2m
2m

Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai

Kesimpulan
Kesimpulannya semua pihak harus memainkan peranan untuk memajukan sukan
air agar kemajuan sukan ini standing dengan sukan-sukan lain di negara kita.

Pemahaman
Petikan Umum
i. Maksud : kurang/tidak diketahui oleh orang ramai/rakyat
terlalu asing bagi masyarakat
tidak selari/sebati dengan budaya masyarakat
kurang/tidak mendapat sambutan rakyat/orang ramai

2m
2m
2m
1m

ii. Sebab-sebab masyarakat kurang meminati sukan air


- kurang tempat/lokasi untuk mengadakan sukan air
- melibatkan kos yang tinggi
- tanggapan masyarakat bahawa sukan air sangat berisiko
- pelajar-pelajar kurang didedahkan dengan aktiviti sukan air
(pilih mana-mana 3 jawapan)

1m
1m
1m
1m

iii. Cara mempererat perpaduan


- penyertaan pelbagai kaum dalam setiap acara sukan.
Melalui penyertaan tersebut pemain-pemain akan bekerjasama antara satu
sama lain.
- kehadiran penonton daripada pelbagai kaum yang duduk bersamasama menyaksikan sesuatu permainan . Melalui kehadiran tersebut
penonton akan bertegur sapa dan terhibur bersama-sama.
- penganjuran pertandingan persahabatan antara negara. Melalui
pertandingan persahabatan akan terjalin hubungan silaturrahim /
mengeratkan hubungan persahabatan.

2m

2m

2m

2m

(pilih mana-mana 2 jawapan)


Soalan 2 (b) Petikan Cerpen
(i)

Sebab:
- malu kepada cikgu Tini.
- tidak wajar menceritakan keburukan ayahnya yang sering mabuk
dan meminta wang
- bimbang cikgu Tini tidak percaya akan ceritanya.
- cerita yang terlalu pelik.

1m
1m
1m
1m

[ pilih mana-mana dua jawapan ]


(ii)
-

tiga kebaikan:
perkara / hal sebenar dapat disampaikan / dapat mengelakkan
kekeliruan
supaya pihak lain dapat menerima hakikat sebenar sesuatu perkara
agar pihak lain tidak tertanya-tanya / tidak mengesyaki sesuatu
supaya sesuatu masalah dapat diselesaikan
dapat menunjukkan keikhlasan seseorang terhadap orang lain
supaya pihak lain terus mempercayai kita
mengelakkan sikap suka berbohong / menipu

1m
1m
1m
1m
1m
1m
1m

[ pilih mana-mana tiga jawapan ]


(iii)

Dua pengajaran daripada petikan:


- kita hendaklah berterus terang apabila menjelaskan sesuatu perkara
- kita hendaklah bersifat amanah menyimpan rahsia.

1m
1m

Dua pengajaran daripada cerpen:


- kita haruslah bersabar menghadapi takdir Tuhan
- kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita
- Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran dan rintangan hidup
- Kita janganlah menyalahkan diri sendiri apabila berlaku sesuatu
musibah

1m
1m
1m
1m

Soalan 2(c) Prosa Tradisional


(i)

(ii)

(iii)

maksud:
- sesiapa yang memakai kopiah berkenaan/tersebut/dimaksudkan
- sesiapa yang memakai kopiah
tiga keistimewaan kopiah:
- buatan Rom
- cantik buatannya
- lembut dan halus
- berharga seribu dinar
- lagi ajaib
tiga alasan:

2m
1m

1m
1m
1m
1m
[ pilih mana-mana tiga jawapan ] 1m

- kopiah biasanya dipakai di kepala dan mudah dilihat.


- Sabor seorang yang warak dan kopiah sesuai diberikan sebagai
hadiah untuknya
- kopiah lazimnya dipakai pada waktu sembahyang
- kopiah bukan sesuatu yang asing dipakai di masjid.
[ pilih mana-mana tiga jawapan ]

1m
1m
1m
1m

Soalan 2(d) Petikan Puisi


(i)

(ii)

maksud:
- Sekiranya tidak mati hidup akan menderita
- Sekiranya tidak mati hidup susah
pendapat:
- taat kepada perintah Tuhan/menjauhi diri daripada perkara
mungkar
- patuh/taat kepada nasihat /tunjuk ajar ibu bapa
- bergaul dengan orang-orang yang baik akhlaknya
- sentiasa menjaga tingkah laku dan tutur kata
- sentiasa memikirkan kesan buruk jika melakukan perkara yang
memalukan diri sendiri.

2m
1m

1m
1m
1m
1m
1m

(pilih mana-mana tiga jawapan)

(iii)

pengajaran:
- kita hendaklah bertindak mengikut fikiran yang waras kerana jika
kita bertindak mengikut hati atau hawa nafsu kita akan kecewa.
- kita hendaklah menjaga maruah dan kehormatan diri terutama
kaum wanita kerana jika diri sudah ternoda masyarakat akan
memandang rendah dan menghina kita.
- kita hendaklah sentiasa menuntut dan mengembangkan ilmu
kerana ilmu dapat menjadi panduan hidup kepada diri dan orang
lain.
- kita jangan cepat berputus asa dan perlu ada keyakinan diri serta
sanggup berdikari supaya kita tidak sentiasa mengharapkan
bantuan orang lain.
(pilih mana-mana dua jawapan)

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


Soalan 3a
(i)
telapak
-tapak kaki, tapak tangan:
Contoh ayat: i. Dia meletakkan wang itu ke telapak tangannya.
ii. Pengemis itu sujud di bawah telapak kaki Sultan Malim
Kundang
(ii)

serabut
- serat seperti yang terdapat pada sabut (kulit kayu dan lain-lain), sesuatu
yang berupa serat; akar pokok yang tidak mempunyai akar tunjang

2m
2m
2m
2m

(buluh dan lain-lain), akar yang berambu-rambu; 2. berambu-rambu,


berbulu-bulu (tali, benang, dan lain-lain)
Contoh ayat: i. Serabut kelapa itu boleh dibuat berus mencuci kuali.
ii. Akar serabut pokok buluh itu perlu dikikis sebelum
batang buluh itu dijadikan galah.
(iii)

selaput
- lapisan nipis tisu (pada benda-benda hidup) yang menyaluti sesuatu;
Contoh ayat: i. Tanda merah pada selaput mata kanak-kanak itu tidak
boleh diubati.

(iv)

gemuruh
- berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dsb),
agak gementar.
Contoh ayat: i. Setiap pemain bola sepak itu pasti berasa sedikit
gemuruh apabila menentang lawan, terutamanya dalam
kejohanan penting itu.

(v)

kemuncup
- sejenis tumbuhan (rumput), cemucup, rumput jarum
Contoh ayat : i. Di halaman rumah Pak Aman dipenuhi dengan rumput
kemuncup.

(vi)

gelembung
- sesuatu yang berisi udara, bola-bola air (sabun, buih, dan lain-lain)
Contoh ayat: i. Kanak-kanak itu bermain gelembung sabun ketika
ibunya sedang membasuh baju.
Soalan 3b
(i)

Air merupakan anugerah Tuhan.


FN: Air ( Subjek)
FK: merupakan anugerah Tuhan ( predikat)

(ii)

Baju songket itu tenunan asli dari Terengganu.


FN: Baju songket itu ( Subjek)
FN: tenunan asli dari Terengganu ( Predikat)

(iii)

Pemain bola sepak itu sedang beraksi di padang.


FN: Pemain bola sepak itu (Subjek)
FK: sedang beraksi di padang ( Predikat)

(iv)

Dia tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anaknya.


FN: Dia ( Subjek)
FK: tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anaknya ( Predikat)

(v)

Bekerja sendiri akan mendatangkan pendapatan lumayan.


FN: Bekerja sendiri (Subjek)
FK: akan mendatangkan pendapatan lumayan ( Predikat)

(vi)

Kesihatan bapanya beransur baik kerana mengamalkan pemakanan


seimbang.
FN: Kesihatan bapanya ( Subjek )
FK: beransur baik kerana mengamalkan pemakanan seimbang (Predikat )

Soalan 3c
(i)

kontingen - kontinjen
dilengkapkan dilengkapi

(ii)

menyatu padukan - menyatupadukan


semarakkan - menyemarakkan

(iii)

ke13 ke-13
memperkukuhkan memperkukuh / mengukuhkan

Soalan 3d
(i)

melibatkan - membiarkan
supaya demi / untuk

(ii)

penilaian - pengiktirafan
di dalam - dalam

(iii)

berhemat - berhemah
mengelakkan semula kejadian mengelakkan kejadian

Soalan 3e
(i)
(ii)
(iii)

sediakan payung sebelum hujan / ingat sebelum kena, jimat sebelum


habis
banyak berjalan luas pandangan
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Soalan 4 a
Novel Julia
Unsur-Unsur Saspen:
.
(a)
Julia menerima hadiah misteri daripada seseorang melalui mak
cik Nadia- Pembaca tertanya-tanya siapakah pemberi hadiah
tersebut.

(b)

Sister Fatimah mengajak Julia ke bilik pengetua-Pembaca


tertanya-tanya tujuan Julia dipanggil .

(c)

Rashid tiba-tiba muncul di rumah Julia- Pembaca saspen


apakah motif dan tujuan dia datang dan tertanya-tanya reaksi
penerimaan Julia pula.

(d)

Jun muncul di tanah perkuburan Bukit Kiara- Pembaca tertanyatanya tujuan sebenar Jun berpakaian Melayu dan tindakan
seterusnya.

Novel Perlumbaan Kedua.


Unsur unsur saspen :
(a)

Sang Arnab Putih telah memberitahu syarat-syarat perlumbaan.


- Pembaca ingin tahu sama ada Tuk Kura akan menerima atau
tidak cabaran perlumbaan.

(b)

Semua binatang sedang berhimpun dan menunggu untuk


menyaksikan perlumbaan.
- Pembaca tertanya-tanya adakah Tuk Kura akan muncul pada
hari pertandingan
- Adakah Tuk Kura menepati janji atau tidak.

(c)

Semua binatang sedang menyaksikan perlumbaan.


- Pembaca ingin tahu siapa yang akan memenangi perlumbaan
tersebut.

(d)

Tuk Kura tidak hadir melatih suku-sakatnya.


- Pembaca tertanya-tanya ke mana Tuk Kura pergi.

Pilih mana-mana 2 isi

1 isi + huraian = 2 markah

Bahasa 3 markah

4b
Nilai bertanggungjawab
Novel Julia
- (i).
Bertanggungjawab menjaga adik-adiknya.
-Julia menyediakan keperluan asas dan memberi kasih sayang
kepada adik-adiknya setelah kematian ibu bapa mereka.
(ii)

Bertanggungjawab membangunkan syarikat semula.


-Julia melaksanakan pelbagai usaha membangunkan syarikat
miliknya setelah mengalami kemerosotan akibat kegawatan
ekonomi.

(iii)

Bertanggungjawab menjayakan program Homestay.


-Julia melaksanakan pelbagai usaha memastikan program

homestaynya berjaya walaupun terpaksa meminta kerjasama


daripada rakan niaganya ,Jun.
(iv)

Bertanggungjawab memberi pendidikan.


-Dato Bakar dan Datin Maznah menghantar Julia belajar di
Hidayah Islamic College,Australia.

Novel Perlumbaan Kedua


- Isi
(i)
Bertanggungjawab menjaga maruah keturunan
- Tuk Kura menyahut cabaran Sang Arnab untuk berlumba
buat kali kedua demi menunaikan tanggungjawabnya terhadap
maruah keturunannya.
(ii)

Bertanggungjawab memastikan kemenangan


dalam
perlumbaan
-Tuk Kura membuat latihan walaupun dipulau oleh anak
buahnya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ketua.

(iii)

Bertanggungjawab memberi kemahiran kepada ahli keluarga


-Tuk Kura melatih anak cucunya meniti batang licin

(iv)

Bertanggungjawab menjalankan tugasan yang diamanahkan.


-Semua binatang bertugas mengikut tugasan yang ditetapkan
pada hari pertandingan.

Catatan : pilih mana-mana 3 isi x 2 =6 markah


Bahasa maksima 2 markah

Anda mungkin juga menyukai