Anda di halaman 1dari 17

LAMPIRAN A

BAHAGIAN I KERJA KELULI STRUKTUR DAN LOGAM

1.

Am

Semua bahan hendaklah mematuhi Piawai Malaysia atau Piawai British yang berkaitan.
Piawai yang setara boleh diterima dengan kelulusan P.P.

2.

Kerja Keluli Struktur

2.1

Semua reka bentuk, bahan dan mutu kerja struktur daripada keluli hendaklah
mematuhi Spesifikasi Piawai JKR Untuk Kerja Keluli Struktur No.20600-0019-99.
Perakuan ujian pengilang hendaklah dikemukakan kepada P.P. sebelum mana-mana
keluli diterima untuk pembinaan struktur. Semua mutu kerja hendaklah menurut BS
5950.

2.2

Bahan

Kecuali ditentukan selainnya semua komponen keluli struktur hendaklah mematuhi


piawai yang ditunjukkan dalam Jadual A.

Dengan kelulusan P.P., Kontraktor boleh mencadangkan komponen keluli struktur


yang setara, tanpa apa-apa kos tambahan. Kontraktor hendaklah menyerahkan
bersama-sama cadangannya segala pengiraan, lakaran, butir-butir dan spesifikasi
reka bentuknya yang disahkan oleh Jurutera Profesional. Selain itu, Kontraktor
hendaklah mengemukakan dokumen dan butir-butir seperti yang tersenarai dalam
Fasal 2.3 berkenaan hal ini, sekiranya dikehendaki P.P.

Produk proprietari hanya boleh digunakan dengan kelulusan P.P. dan hendaklah
dipasang menurut spesifikasi dan syor pengilang.

I/1

JADUAL A PIAWAI BAHAN DAN DIMENSI


Bentuk
Keratan H
Gelegar
Keratan C
Sesiku
Plat & Kepingan

Mutu Bahan

Dimensi

BS EN 10025

JIS G3192
JIS G3192
JIS G3192
JIS G3192
Tidak berkaitan

Had terima
dimensi
JIS G3192
JIS G3192
JIS G3192
JIS G3192
BS EN
3
10029
BS
4848:Pt.2

Keratan Berongga
BS EN 10210-1
BS 4848:Pt.2
Struktur Kemas
Panas
Keratan Berongga
BS 6363
BS 6363
BS 6363
Terbentuk Sejuk
Keratan dan Jalur
BS EN 10147
Tidak berkaitan
BS 2989
Terbuka Tergalvani
Catatan: 1 Keperluan mutu bahan untuk Keluli Berbutir Halus diberikan dalam EN
10113
Keperluan mutu bahan untuk Gred Tahan Cuaca diberikan dalam EN
10155
2 BS EN 10210-1 mengandungi keperluan mutu bahan untuk keluli bukan
aloi dan keluli berbutir halus
3 Had terima untuk plat yang dipotong daripada jalur lebar yang dihasilkan
di atas pengisar berterusan diberikan dalam BSEN 10051

Kecuali ditunjukkan selainnya dalam lukisan, gred keluli yang setara adalah seperti
dalam Jadual B:

JADUAL B GRED KELULI


BS 5950
Gred reka bentuk 43

BS 4360
43

BS EN
S275

Gred reka bentuk 50

50

S355

Semua pengujian dan pengesahan bahan hendaklah mematuhi BS 4360 dan tidak
terhad kepada keperluan seperti yang dinyatakan dalam Spesifikasi Piawai JKR
untuk Kerja Keluli Struktur.

Semua sijil ujian hendaklah mengandungi cap cetak timbul atau logo tera air
pengilang, atau gabungan kedua-duanya sekali.

I/2

2.3

Reka Bentuk Kontraktor

Kecuali butir-butir penyambung dan butir-butir lain disediakan atau apabila Kontraktor
dikehendaki untuk mereka bentuk mana-mana bahagian struktur atau sistem sokong
sementara,

Kontraktor

hendaklah

mengambil

kerja

seorang

fabrikator

yang

bereputasi baik untuk mereka bentuk butir-butir dan menyediakan lukisan fabrikasi
menurut BS 5950. Lukisan fabrikasi hendaklah disahkan oleh Jurutera Profesional.

Sebelum fabrikasi dijalankan, Kontraktor hendaklah mengemukakan dokumen dan


butir-butir berikut untuk kelulusan P.P:

a.

Pelan reka bentuk yang menjelaskan aktiviti reka bentuk utama mengikut
urutan lojik, jenis output reka bentuk, tarikh sasaran untuk memenuhi
keperluan program dan pengagihan tanggungjawab reka bentuk.

b.

Pendokumenan reka bentuk dan prosedur pengeluaran serta penyemakan


(penentusahan).

c.

Perakuan fabrikator bahawa perisian yang digunakan telah diujisah.

d.

Penyataan kaedah untuk keperluan mengendali dan mengangkut komponen


berbentuk luar biasa atau komponen besar bagi memastikan kestabilan
komponen semasa penggerakan.

e.

2.4

Laporan semakan reka bentuk sebelum lukisan terperinci dikemukakan.

Lukisan

Kontraktor hendaklah menyediakan lukisan dengan butir-butir dan susunan kerja


keluli sementara untuk setiap peringkat pembinaan yang berlainan, menurut
keperluan yang ditentukan dalam Spesifikasi Piawai JKR untuk Kerja Keluli Struktur.

2.5

Mutu Hasil Kerja

Mutu hasil kerja untuk segala aspek pemfabrikasian dan penegakan struktur
hendaklah mematuhi Spesifikasi Piawai JKR untuk Kerja Keluli Struktur. Semua
sisihan dan had terima yang dibenarkan untuk ketepatan kerja penegakan struktur
hendaklah mematuhi sepenuhnya nilai yang ditentukan dalam Spesifikasi berkenaan.

Semua kimpalan hendaklah dibuat melalui proses arka logam menurut BS 5135 dan
BS 4570.

I/3

Semua kerja kimpal hendaklah dilakukan oleh pengimpal berkelayakan yang


mempunyai sijil sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bereputasi baik seperti
Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST) dan Malaysian Oxygen
(MOX).

Pemeriksaan kimpalan secara visual hendaklah dijalankan oleh penyelia kimpalan


yang sesuai dan berkelayakan, atau oleh pengimpal yang dapat menunjukan bukti
bahawa dia terlatih dan cekap dalam memeriksa secara visual kerja kimpal bagi jenis
kimpalan yang berkaitan.

Sebelum kerja penegakan struktur dijalankan, Kontraktor hendaklah menyerahkan


kepada P.P. untuk kelulusannya, suatu Penyataan Kaedah penegakan struktur
termasuk prosedur bagi perkara berikut:

a.

Pemeriksaan prapenegakan dan penerimaan asas secara rasmi

b.

Penghantaran komponen secara berperingkat

c.

Kawalan keselamatan dan persekitaran

d.

Pengesahan operatif

e.

Pengesahan loji dan peralatan

f.

Pemeriksaan setiap fasa pembinaan

Apabila bolt dan nat diketatkan dengan menggunakan kaedah putar sebahagian
menurut BS 4604, setiap nat hendaklah diketatkan sebaik-baiknya oleh perengkuh
kendalian kuasa, sehingga mencapai cengkaman seperti yang diberikan dalam
Jadual C:

JADUAL C PEMUTARAN BOLT DAN NAT


Saiz nominal &
diameter ulir bolt

M 16
M 20
M 22
M
M
M
M

24
27
30
36

Cengkaman bolt untuk pemutaran nat (berbanding batang


pemutar bolt)
Tidak kurang daripada
Tidak kurang daripada
putaran
putaran
Sehingga 115mm
Sehingga 115mm
melebihi 115 hingga 225mm
Sehingga 115mm
melebihi 115 hingga 225mm
Sehingga
Sehingga
Sehingga
Sehingga

I/4

160mm
160mm
160mm
160mm

melebihi
melebihi
melebihi
melebihi

160 hingga
160 hingga
160 hingga
160 hingga

350mm
350mm
350mm
350mm

Sekiranya kerana apa jua sebab bolt dan nat didapati longgar setelah diketatkan
pada kali terakhir, bolt, nat dan sesendal berkenaan hendaklah dibuang dan
hendaklah tidak digunakan semula.

Apabila bolt dan nat diketatkan dengan menggunakan kaedah kawalan daya kilas
menurut BS 4604, kerja mengetat hendaklah dijalankan dengan menggunakan alat
pengetat tertentukur, iaitu sama ada perengkuh daya kilas kendalian kuasa atau
perengkuh daya kilas kendalian tangan. Perengkuh hendaklah kerap ditentukur,
sekurang-kurangnya sekali setiap giliran kerja atau lebih kerap sekiranya diarahkan
oleh P.P. Peralatan hendaklah ditentukur semula sekiranya diameter bolt berubah
atau panjang cengkamannya berubah melebihi satu per lima daripada cengkaman
yang digunakan untuk penentukuran.

Untuk tujuan pemeriksaan, satu sampel yang sekurang-kurangnya terdiri daripada 32


bolt hendaklah dipilih secara rambang daripada satu kelompok bolt yang digunakan
oleh satu kumpulan pekerja setiap hari. Sekiranya daya kilas mana-mana bolt
didapati

kurang

daripada

nilai

dalam

penentukuran

yang

dikehendaki

untuk

mendapatkan tegasan sesendal yang betul, setiap bolt dalam kelompok berkenaan
hendaklah diperiksa dan diketatkan lagi.

Bolt dan nat yang didapati cacat dari apa juga aspek hendaklah dibuang dan
digantikan dengan bolt dan nat yang baru.

2.6

Penyediaan Permukaan dan Rawatan Pelindung

Semua permukaan keluli struktur hendaklah disediakan dan dirawat sepenuhnya


menurut prosedur untuk penyediaan permukaan dan rawatan pelindung seperti yang
ditentukan dalam Spesifikasi Piawai JKR untuk Kerja Keluli Struktur.

Kontraktor hendaklah menyerahkan kepada P.P. untuk kelulusannya, Penyataan


Kaedah bagi penyediaan permukaan dan rawatan pelindung sebelum memulakan
kerja fabrikasi, dengan memberi butir-butir spesifikasi rawatan pelindung dan
prosedur kawalan mutu serta prosedur pemeriksaan untuk memastikan pematuhan
kepada Spesifikasi Piawai JKR untuk Kerja Keluli Struktur.

I/5

2.7

Pemeriksaan dan Pengujian Kimpalan oleh Pihak Berkuasa Bebas

Kontraktor

hendaklah

melantik

pihak

berkuasa

pemeriksaan

bebas

untuk

mengendorskan perakuan pengimpal dan juga untuk meluluskan prosedur kimpalan


dan prosedur ujian bagi kerja kimpal.

Pemeriksaan dan pengujian kimpalan hendaklah dijalankan oleh pemeriksa kimpalan


bebas yang memiliki sijil kecekapan yang sah daripada badan yang diiktiraf di
Malaysia, seperti SIRIM dan LPIPM, atau organisasi persendirian lain yang sudah
lama tertubuh dan diiktiraf. Walaupun pemeriksaan dijalankan oleh pemeriksa
kimpalan bebas, P.P. atas budi bicaranya sendiri boleh menjalankan sebarang ujian
untuk mengesahkan keutuhan kimpalan.

2.8

Perlindungan Kebakaran

Kecuali ditunjukkan selainnya dalam lukisan, semua bahan dan sistem perlindungan
kebakaran hendaklah menunjukkan bukti bahawa bahan dan sistem berkaitan telah
melalui ujian rintangan api menurut BS 476, dan hendaklah diendorskan oleh
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Kontraktor hendaklah menyediakan
Risalah Data pengilang untuk bahan yang dicadangkan. Risalah ini hendaklah
mengandungi maklumat penting seperti ciri dan teknik aplikasi bahan yang
dicadangkan, menurut format di Lampiran l/1.

Bahan yang dicadangkan hendaklah sesuai dan wajar bagi melindungi elemen keluli
struktur, tidak kira sama ada elemen struktur berkenaan terletak di dalam atau di luar
bangunan.

Bahan yang dibekalkan hendaklah bebas daripada kecacatan, dan mutunya


hendaklah setara dengan mutu bahan yang dibekalkan untuk tujuan pengujian dan
kelulusan. Bahan hendaklah direka bentuk khusus untuk melindungi elemen struktur
daripada

kebakaran

dan

hendaklah

sesuai

untuk

tujuan

ini

apabila

diaplikasi/dipasang menurut arahan lengkap pengilang. Bahan hendaklah dikendali


dan disimpan seperti arahan pengilang dan hendaklah diaplikasi/dipasang oleh
aplikator/pemasang terlatih dan diiktiraf.

Semua kerja yang sedang dijalankan hendaklah sentiasa diawasi agar risiko akibat
mutu hasil kerja tidak sempurna atau kegagalan dapat dielakkan.

I/6

Penggunaan sistem salutan gembung kepada substrat logam untuk mewujudkan


rintangan api hendaklah terdiri daripada penyebu, salutan gembung, salut tampal
atas dan/atau salut hiasan.

Ketebalan miniumum bagi mana-mana jenis salutan mineral sembur untuk bahan
pelindung kebakaran hendaklah seperti yang diberikan dalam Jadual D:

JADUAL D KETEBALAN SEMBUR MINIMUM


Hp/A
jam

Ketebalan (mm) untuk memberi rintangan api selama:


1 jam
1 jam
2 jam
3 jam

4 jam

150

10

12

25

36

57

79

170

10

13

26

38

60

83

190

10

13

27

40

63

87

65

90

210
10
14
28
41
Catatan: Hp Perimeter keratan yang terdedah kepada api (m)
2
A Luas keratan lintang bahagian keluli (m )

Walau apa jua jenis perlindungan kebakaran yang digunakan, ketebalan minimum
pelindung yang diaplikasi dan ketebalan minimum tipisan kering hendaklah mematuhi
sepenuhnya keperluan seperti yang dinyatakan dalam Risalah Data berkaitan
dengan bahan yang dicadangkan.

2.9

Rekod

Kontraktor hendaklah menyerahkan kepada P.P. dokumen dan rekod yang termasuk
tetapi tidak terhad kepada:

a.

Lukisan dan kiraan reka bentuk dan daftar dokumen

b.

Sijil perakuan untuk bahan dan gunabis

c.

Penentukuran peralatan

d.

Prosedur kimpalan, konsesi dan sebagainya

e.

Laporan pemeriksaan dan laporan ujian

f.

Jadual penghantaran

g.

Pemeriksaan dan keputusan pemeriksaan akhir

h.

Perakuan penyiapan kerja penegakkan struktur dan penyerahan

I/7

2.10

Kepastian Kualiti

Kontraktor hendaklah mengemukakan program Kepastian Kualiti seperti yang


ditentukan dalam Spesifikasi Piawai JKR untuk Kerja Keluli Struktur.

3.

Kekuda Bumbung Keluli Terbentuk Sejuk Prafabrikat

3.1

Sebagai tambahan kepada keperluan seperti yang ditentukan sebelum daripada ini
untuk Kerja Keluli Struktur, semua keperluan yang ditentukan di bawah ini juga
hendaklah digunapakai bagi Sistem Kekuda Bumbung Keluli Terbentuk Sejuk
Prafabrikat.

Semua komponen prafabrikat hendaklah dibuat oleh pengilang kekuda yang berlesen
dan bereputasi baik yang menghasilkan produk dan perkhidmatan yang terjamin
kualitinya, mengikut kelulusan P.P.

3.2

Keperluan Reka Bentuk

Reka bentuk struktur hendaklah mematuhi Spesifikasi American Iron And Steel
Institute (AISI) untuk reka bentuk bahagian struktur keluli terbentuk sejuk. Reka
bentuk, fabrikasi dan penegakan kekuda keluli terbentuk sejuk hendaklah dapat
menanggung beban reka bentuk yang ditentukan dalam lingkungan hadnya, dan
sesuai dengan keadaan yang dikehendaki.

Pesongan beban hidup (pesongan tegak) hendaklah tidak melebihi 1/240 rentangan.
Reka bentuk sistem rangka hendaklah berupaya menyesuaikan pergerakan bahagian
rangka

tanpa

kerosakan,

tegasan

lebih,

kegagalan

penyalutan,

kegagalan

sambungan, terikan berlebihan ke atas pengikat dan penambat, atau kesan


kerosakan yang lain apabila sistem mengalami perubahan suhu ambien maksimum
o

120 F (67 C).

3.3

Penyerahan

Kontraktor

hendaklah

menyerahkan

kepada

P.P

data

produk

dan

arahan

pemasangan daripada pengilang untuk setiap jenis rangka keluli terbentuk sejuk dan
alat tambah yang diperlukan.

I/8

Lukisan fabrikasi yang diserahkan hendaklah menunjukkan susun atur kekuda


bumbung, anggota, jenis, lokasi, jarak, saiz dan ketebalan anggota, kaedah
mencantum kepada anggota sokong dan semua butir-butir yang perlu bagi
penegakan struktur. Lukisan hendaklah juga menunjukkan sokongan tambahan,
pengikatan, sambat, penyambungan, alat tambah dan butir-butir yang dikehendaki
bagi pemasangan yang sempurna.

Butir-butir hendaklah juga memasukkan:


a.

Kriteria reka bentuk

b.

Tegasan ke atas anggota dan pesongan kekuda

c.

Saiz, ketebalan dan penyambungan anggota pada sambungan


kekuda

3.4

d.

Tindak balas sokong kekuda

e.

Keperluan untuk perentas atas dan bawah serta pendakap web

Mutu Hasil Kerja

Kerja fabrikasi hendaklah dijalankan oleh fabrikator kekuda keluli terbentuk sejuk
berpengalaman dengan sekurang-kurangnya tiga(3) pengalaman kerja dalam mereka
bentuk dan memfabrikat sistem kekuda keluli terbentuk sejuk, dengan bahan, reka
bentuk dan takat kerja yang setara dengan sistem yang diperlukan untuk projek ini.

Semua kerja kimpal dan kelayakan pengimpal hendaklah mematuhi keperluan yang
dinyatakan dalam Spesifikasi Piawai JKR untuk Kerja Keluli Struktur.

Sistem

kekuda

keluli

terbentuk

sejuk

hendaklah

dipasang

oleh

pemasang

berpengalaman yang dilulus oleh fabrikator sistem kekuda keluli.

3.5

Penghantaran, Penyimpanan dan Pengendalian

Semua anggota kekuda keluli terbentuk sejuk hendaklah dihantar di dalam bekas
atau bungkusan pengilang yang tertutup; dan setiap anggota dikenal pasti dengan
nama, jenama, jenis dan gred. Langkah berhati-hati hendaklah diambil untuk
mengelakkan kerosakan semasa memunggah, menyimpan dan menegak.

Kekuda hendaklah disimpan di atas blok, palet, pelantar atau sokongan lain, tidak
mencecah tanah dan pada kedudukan tegak, serta disokong secukupnya untuk
mengelakkan kerosakan akibat bengkokan berlebihan. Kekuda hendaklah dijaga

I/9

supaya bebas daripada kotoran dan bahan asing lain dan dilindung daripada kakisan,
ubah bentuk, kerosakan dan kemerosotan semasa disimpan di tapak kerja.

3.6

Penegakan dan Pemasangan

Semasa pembinaan, semua beban yang dikenakan ke atas kekuda hendaklah


diletakkan dengan berhati-hati supaya tidak melebihi keupayaan bawaan mana-mana
gelegar, kekuda atau komponen lain.

Sokong penegak hendaklah disediakan untuk menghalang kekuda daripada tumbang


atau menyebabkan kekuda lain turut tumbang semasa kerja menegak dijalankan.
Sokong sementara hendaklah dibiarkan di tempatnya sehingga kekuda stabil
berkekalan. Kekuda hendaklah ditegakkan dengan satah webnya menegak dan selari
dengan satu sama lain, ditempatkan tepat pada jarak reka bentuk yang dinyatakan.

Peralatan angkat yang betul hendaklah diadakan sesuai dengan saiz dan jenis
kekuda yang dikehendaki, dan diletakkan di titik angkat yang disyorkan oleh
fabrikator. Langkah berhati-hati hendaklah diambil semasa penegakan kekuda untuk
mengelakkan bengkokan mendatar.

Penambat rangka hendaklah disediakan seperti yang ditunjukkan dalam lukisan


fabrikasi dan kekuda mestilah ditambat dengan kukuh di titik galasnya.

Anggota kekuda tidak boleh dipotong tanpa kelulusan terlebih dahulu daripada
pereka bentuk.

Anggota rangka bumbung hendaklah dipasang tanpa sambungan pada keseluruhan


panjangnya, kecuali sambungan sambat ditunjukkan dalam lukisan yang diluluskan.
Pengikatan rangka bumbung dengan dawai tidak dibenarkan sama sekali dalam apa
jua keadaan.

4.

Bingkai Keluli untuk Pintu dan Tingkap

4.1

Bingkai Keluli

4.1.1

Di mana-mana dikehendaki, Kontraktor hendaklah membekal dan memasang


bingkai keluli untuk pintu dan tingkap seperti yang ditunjukkan dalam lukisan.

I/10

Bingkai keluli hendaklah mematuhi BS 6510 dan diperoleh daripada sumber


yang diluluskan dan disalut di bengkel dengan dua lapisan plumbum oksida
merah, atau dengan cat asas tahan karat lain yang diluluskan.

4.1.2

Bingkai keluli hendaklah diperbuat daripada satu keratan tergelek kepingan


keluli lembut tergalvani gred komersil yang baik. Keratan itu hendaklah
kemudiannya diluruskan secara mekanikal dengan semua bucunya dipotong
o

untuk membentuk sambungan rencong 45 supaya boleh dipasang padan


dan tepat, dikimpal sepenuhnya dengan kuasa elektrik, dicanai dan
dibersihkan, atau disambung secara mekanikal mengikut kaedah yang
diluluskan.

4.1.3

Semua skru, nat, bolt dan sesendal hendaklah daripada keluli tahan karat.

4.1.4

Bingkai keluli hendaklah dicat seperti yang ditentukan dalam BAHAGIAN M


KERJA MENGECAT.

4.2

Bingkai Aluminium

4.2.1

Di mana-mana dikehendaki, Kontraktor hendaklah membekal dan memasang


bingkai aluminium untuk pintu dan tingkap seperti yang ditunjukkan dalam
lukisan. Kecuali ditentukan selainnya, semua bingkai aluminium hendaklah
difabrikat daripada keratan yang tersemperit daripada aloi aluminium dan
mematuhi MS 832.

4.2.2

Kecuali

ditunjukkan

atau

ditentukan

selainnya,

permukaan

aluminium

hendaklah berkemasan salut tersadur anod semula jadi setebal purata 25


mikron menurut BS 3987, bebas daripada kecacatan aloi, tanda pewarna,
calar dan kecacatan lain.

4.2.3

Semua kemasan tersalut anod berwarna untuk permukaan aluminium yang


terdedah hendaklah diluluskan oleh P.P.

4.2.4

Semua permukaan penyemperitan atau kepingan aluminium yang terdedah


selepas

proses

dikehendaki

oleh

menyadur
P.P

anod

hendaklah

dan

ditampal,

hendaklah ditentukan mengikut BS 1615.

I/11

selepas
dan

diwarnakan,

sekiranya

kecukupan

tampalan

4.2.5

Semua skru, nat, bolt, rivet, sesendal dan alat pemasangan yang lain
hendaklah diperbuat daripada keluli tahan karat atau aluminium.

4.2.6

Di

mana-mana

sebagainya

anggota

dibentuk

sampingan,

daripada

seperti

bahan

bendul,

kepingan,

gandingan

anggota

dan

berkenaan

hendaklah difabrikat daripada aloi aluminium yang ditentukan mengikut BS


1470 atau piawai setara.

4.3

Bingkai bagi Ram Tingkap Boleh Laras

4.3.1

Di mana-mana dikehendaki, Kontraktor hendaklah membekal dan memasang


bingkai untuk ram tingkap boleh laras seperti yang ditunjukkan dalam lukisan.

4.3.2

Kecuali ditentukan selainnya, bingkai hendaklah daripada buatan yang


diluluskan. Bingkai hendaklah dibekalkan lengkap dengan pengadang cuaca
dan galas tanpa ferus, klip spring, pengunci dan jejalur luluh hawa dan
segala sesendal jarak yang diperlukan. Bingkai, jenang tengah dan sesendal
jarak hendaklah daripada jalur keluli tergelek sejuk tergalvani melalui proses
celup panas setebal 1.219 mm tebal (18 SWG) minimum atau yang
ditentukan selainnya. Klip untuk memasang ram tingkap hendaklah daripada
jalur keluli tergelek tergalvani melalui proses celup panas, setebal 0.711 mm
(22 SWG) minimum.

4.3.3

Rod kendalian hendaklah setebal 2.132 mm (14 SWG). Pemegang dan alat
kunci hendaklah diperbuat daripada keluli setebal 2.642mm (12 SWG).

4.3.4

Bolt, nat dan skru hendaklah diperbuat daripada keluli tahan karat.

4.3.5

Kecuali

ditentukan

selainnya,

kemasan

hendaklah

daripada

lakuer

aluminium.

4.4

Aksesori

Setiap bingkai keluli atau aluminium untuk pintu dan tingkap hendaklah dibekalkan
lengkap dengan:

i.

Bilangan engsel keluli tahan karat siap pasang yang mencukupi, seperti
dalam Jadual Lengkapan Pintu dan Tingkap di bawah BAHAGIAN H

I/12

KERJA

PERTUKANGAN

KAYU,

PERTUKANGAN

TANGGAM

DAN

PEMASANGAN LENGKAPAN PINTU DAN TINGKAP;

ii.

Dua (2) getah penahan bagi setiap jenang penutup untuk mengurangkan
bunyi bising dan getaran;

iii.

Pengadang mortar terkimpal;

iv.

Kisi keluli tahan karat boleh laras, dengan tepinya melengkung sedikit;

v.

Palang pengekang boleh tanggal untuk memastikan bingkai tepat tegak


semasa pengangkutan dan pemasangan; dan

vi.

Minimum lapan (8) bilangan pengikat bingkai berukuran 4mm, untuk


memastikan bingkai dipasang ketat dan kekal.

4.5

Sampel

Sampel keratan keluli atau aluminium untuk bingkai pintu dan tingkap, bersama
dengan lukisan rajah tukang yang lengkap bagi semua kerja hendaklah dikemukakan
kepada P.P. untuk kelulusannya sebelum sebarang kerja dimulakan.

4.6

Pemasangan

4.6.1

Kecuali

ditentukan

atau

ditunjukkan

selainnya

dalam

lukisan,

pemasangan semua jenis bingkai hendaklah menurut arahan dan


prosedur pengilang sepenuhnya.

4.6.2

Pada amnya, bingkai untuk ram tingkap boleh laras hendaklah diskru
pada kayu. Bagaimanapun apabila dikehendaki atau sekiranya
lukisan menunjukkan bingkai perlu dipasang pada jenang yang
diperbuat daripada bata atau konkrit, bingkai berkenaan hendaklah
diskru pada palam dinding berpaten menurut arahan pengilang.

I/13

5.

Sistem Gantung Siling

5.1

Am

5.1.1

Di mana-mana ditunjukkan dalam lukisan, sistem gantung siling hendaklah


terdiri daripada komponen logam T utama, T lintang, sesiku dinding dan
dawai penyangkut lengkap dengan jaket dan klip penyangkut, direka bentuk
untuk menyokong siling, lekapan lampu atau pembaur udara tergantung
dengan pesongan maksimum 1/360 rentang.

5.1.2

Kecuali ditentukan selainnya, semua komponen sistem gantung yang


terdedah hendaklah berwarna sepadan dengan warna jubin siling, seperti
yang diluluskan oleh P.P.

5.2

Pertimbangan Reka Bentuk

5.2.1

Lebar semua T utama dan T lintang dengan reka bentuk dua web hendaklah
24mm. Sesiku dinding hendaklah sama lebarnya dengan lebar T yang
terdedah.

5.2.2

Dawai penyangkut hendaklah daripada keluli karbon tergalvani, bajaan


lembut, praregang dengan beban tegasan alah sekurang-kurangnya tiga (3)
kali beban reka bentuk, tetapi dalam apa jua keadaan hendaklah berdiameter
tidak kurang daripada 12 tolok (12.6mm). Dawai tolok yang lebih tebal
hendaklah digunakan bagi pemasangan yang menanggung beban lebih
berat, atau dalam keadaan apabila jarak dawai penyangkut melebihi
1200mm pusat ke pusat.

5.2.3

Sistem hendaklah direka bentuk dengan sistem mengunci berkembar untuk


memastikan keselamatan, dan juga untuk membolehkan pemasangan dibuat
dengan mudah dan pantas.

5.2.4

Dawai keluli tahan karat atau dawai aloi nikel-kuprum hendaklah digunakan
dalam persekitaran yang memudahkan kakisan.

5.2.5

Pendakap tambahan atau alat penyangkut, seperti pengikat daripada logam,


rod, atau sesiku struktur yang secukupnya hendaklah dipasang bagi
pemasangan yang boleh terangkat disebabkan kesan angin.

I/14

5.3

Pemasangan

5.3.1

Kerja memasang tidak boleh dijalankan sehingga semua kerja basah seperti
menuang konkrit, memasang kemasan lantai, melepa atau mengecat, telah
siap atau kering sepenuhnya.

5.3.2

Semua sistem gantung hendaklah dipasang menurut arahan dan syor


pengilang sepenuhnya.

5.4

Waranti

5.4.1

Kontraktor hendaklah menyerahkan kepada P.P. waranti pengilang terhadap


sebarang kerosakan atau kecacatan yang mungkin timbul dalam tempoh 10
tahun dari tarikh Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Terma waranti hendaklah
seperti yang diluluskan oleh P.P.

6.

Pintu Boleh Lipat, Pengatup Gulung dan sebagainya

6.1

Kontraktor hendaklah membekal dan memasang pintu keluli boleh lipat, pengatup
lipat, pengatup gulung dan sebagainya, lengkap dengan segala aksesori yang perlu,
semuanya seperti yang diluluskan oleh P.P. mengikut saiz dan kedudukan seperti
yang ditunjukkan dalam lukisan. Kecuali ditentukan selainnya, semuanya hendaklah
tergalvani dan dipasang menurut arahan pengilang.

7.

Pelbagai Alat Lain

7.1

Pelepar keluli lembut untuk tangga, balkoni, beranda dan sebagainya hendaklah
dipasang seperti yang ditunjukkan dalam lukisan.

7.2

Semua besi dan keluli untuk pelbagai alat lain hendaklah daripada mutu yang
diluluskan oleh P.P. Skru dan bolt hendaklah mempunyai sesendal di mana sesuai.
Cangkuk untuk menggantung kipas siling hendaklah diperbuat daripada batang keluli
lembut berdiameter 13mm dan dibolt kepada siling kayu, atau dibenam ke dalam
konkrit.

I/15

7.3

Jejaring terkimpal, logam terbabar, kepingan aluminium dan sebagainya hendaklah


dibekalkan dan dipasang seperti yang ditunjukkan dalam lukisan.

7.4

Jerejak keluli lembut dan jeriji penutup longkang hendaklah dibekalkan dan dipasang
seperti yang ditunjukkan dalam lukisan. Kecuali dinyatakan selainnya, semua kerja
keluli hendaklah dilakukan dengan cara kimpalan berterusan.

7.5

Tukup semut hendaklah diperbuat daripada kepingan besi tergalvani tolok 16,
dibentuk seperti yang ditunjukkan dalam lukisan. Tukup hendaklah dipasang di
antara tunggul konkrit/tembok sambut bata atau dinding dengan tiang kayu atau plat
o

seperti yang dikehendaki dan hendaklah terunjur 60mm dan mencondong 45 dari
permukaan.

I/16

LAMPIRAN I/1

Risalah Data Bahan Perlindungan Kebakaran yang Dicadangkan

NAMA PRODUK :

1.

Penerangan Produk

2.

Nama Pengilang

3.

Nama Pembekal

4.

Teknik Perlindungan

5.

Teknik Aplikasi

6.

Keperluan Penyediaan Keluli

7.

Pemasangan atau Pengukuhan Mekanikal Tambahan

8.

Ketumpatan Nominal

9.

Julat Ketebalan

10.

Julat Rintangan Api

11.

Kekangan untuk Rintangan Api

12.

Rupa bentuk

13.

Penggunaan di Tapak

14.

Ciri Tahan Lama

15.

Aplikasi Lain

I/17

Anda mungkin juga menyukai