Anda di halaman 1dari 1

SOALAN DIMENSI ANTARABANGSA

Latihan 1
Industri pelancongan negara turut menerima tempias akibat wabak selesema
burung dan penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) yang berlaku di
kebanyakan negara di dunia beberapa tahun lalu.
Sarankan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara kita dan negaranegara yang terlibat.
Latihan 2
Kegiatan pengganas dan pihak yang tidak bertanggungjawab yang meletupkan
bangunan-bangunan tertentu di beberapa buah negara telah menyebabkan
kesengsaraan dan menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat dunia.
Berikan komen anda tentang penyataan tersebut.
Latihan 3
Kemasukan pendatang asing tanpa izin dari negara asing ke Malaysia telah
menimbulkan masalah dari segi ekonomi, sosial, dan menyebabkan ketegangan
hubungan diplomatik antara negara yang terlibat.
Bincangkan penyataan di atas.
Latihan 4
Pelaksanaan Zon Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) telah menyebabkan
pengeluar dan produk sesebuah negara itu tidak lagi mendapat perlindungan
untuk bersaing kerana pengguna boleh memilih produk yang lebih berkualiti dan
lebih murah harganya daripada negara lain.
Huraikan pendapat anda tentang penyataan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai