Anda di halaman 1dari 3

Yang Berusaha Guru Besar SK ST PAUL BEAUFORT EN JALIUS GADSONG,

Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK ST PAUL BEAUFORT ENCIK
SHAMSUDDIN BIN BUJANG. BARISAN Guru Penolong Kanan, Guru-guru yang
diraikan, BARISAN AHLI JAWATANKUASA PIBG serta rakan-rakan yang dikasihi
sekalian.
Assalammualaikumdan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi yang
mulia.
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SK ST PAUL
BEAUFORT BAGI TAHUN 2015.
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan
Nya dapat sama-sama kita berkumpul di dewan
ini untuk meraikan
Sambutan Hari Guru bagi Tahun 2015 dengan tema : GURU MEMBINA ILMU,
MENYEMPURNAKAN AKHLAK
Awal Bismillah pembuka bicara
Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua,
Doa tulus pinta dilafazkan.
Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan
dilafazkan oleh MOHD IZZUDDIN AKMAL BIN ISMAIL........ DIPERSILAKAN.
(bacaan doa)
Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi.
Semoga yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.
______________________________________________________________
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian tiga
buah lagu,Lagu Negaraku, Lagu Negeri.... dan Lagu Sekolah........ Sidang
HADIRIN dipersilakan berdiri.
(rakaman nyanyian)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Sidang hadirin dipersilakan duduk.
Hadirian yang dihormati sekalian,

Seterusnya majlis menjemput yang berusaha gurubesar sk st paul beaufort


EN JALIUS GADSONG untuk menyampaikan ucapan alu aluan..Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
(ucapan guru besar)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
.Seterusnya majlis mempersilakan Yang Dihormati Encik SHAMSUDDIN BIN
BUJANG, selaku YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK ST
PAUL BEAUFORT UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN SETERUSNYA MERASMIKAN
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2015.
Dipersilakan.
(ucapan perutusan)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Sidang hadirin sekalian,
Sebagai hiburan dan tatapan, marilah sama-sama
persembahan KOIR daripada MURID MURID TAHUN 1

kita

saksikan

Seterusnya KITA SAKSIKAN persembahan tarian yang akan dipersembahkan


oleh murid-murid tahun 2
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi.
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MENJEMPUT MURID MURID TAHUN 6 YANG
AKAN MEMPERSEMBAHKAN TARIAN SINGA.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi.
Sidang hadirin sekalian,
Seterusnya majlis penyampaian hadiah BAGI PEMENANG SUKANEKA YANG
TELAH DIJALANKAN PADA HARI RABU YANG LALU.
Untuk itu bagi menyempurnakannya, majlis mempersilakan GURUBESAR
menjemput dan mengiringi Yang Di Pertua PIBG untuk menyampaikan
hadiah kepada pemenang. Dipersilakan.....
(penyampaian hadiah)
Sidang hadirin sekalian ;

Maju Bangsa Kerana Bahasa,


Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;
Ingatan Diberi Tidak Seberapa,
Penghargaan Tanda Pernah Bersua.
Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan guru
besar untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada
Yang Dipertua PIBG.dipersilakan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Sidang dewan yang dimuliakan,
Andai berkayuh dah sampai ke seberang
Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini
sebagai penutup bicara,
Sisir pelepah meraut lidi,
Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.
Dagang singgah membeli kajang,
Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.
Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya daripada
Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala kekurangan
dan kepincangan majlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan
kemaafan jua yang kami pinta.
Wabillahhitaufik
walhidayah,
wassalamualaikum
hiwabarakatuh dan terima kasih.SELAMAT HARI GURU

warrahmatullah

Anda mungkin juga menyukai