Anda di halaman 1dari 39

PENGETAHUAN ASAS DALAM

MUZIK
WAJ 3107

NORZULAIKA BINTI SABTU


NUR SURAYA ASHIKIN BINTI ISA
ALIZATUL AISYAH BINTI MOHAMAD ALI

Pensyarah : Encik Amran Bin Aris

DEFINISI MUZIK
- Satu cabang seni dan juga sains yang
menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau
instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi
dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara
yang dianggap memuaskan mengikut estetika,
corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga
boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu

Bahasa Arab Handasah alsawt


bermaksud kejuruteraan bunyi
secara artistik.
Diwarisi dari cerita-cerita dongeng
zaman Purba Yunani yang diberi
nama Muses yang bermaksud semua
bentuk seni halus termasuk muzik.

MATLAMAT
Matlamat memperkembangkan
potensi dan kualiti diri individu dari
segi nilai estetika muzik dan etika
melalui pelbagai pengalaman muzik
ke arah meningkatkan kesejahteraan
hidup dalam konteks budaya dan
aspirasi negara.

OBJEKTIF
Memperkembangkan nilai estetika,
kreativiti dan ekspresi diri.
Merasai dan mengenal konsep
muzik.
Meningkatkan kemahiran
mendengar muzik secara aktif.
Memperkembangkan kemahiran asas
dalam kegiatan nyanyian, muzik
dengan gerakan dan permainan alat.

MENGENAL DAN MEMAHAMI SISTEM NOTASI


MUZIK YANG ASAS

http://www.youtube.com/watch?v=GcytN
P4dMGo

Mengenal dan menghargai pelbagai


jenis muzik tanah air, tradisional dan
semasa yang sesuai.
Mengenal muzik yang sesuai dari
beberapa negara lain.
Menjadi pemuzik yang
berpengetahuan.

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK


(PRINCIPLES OF THE PESTALOZZIAN SYSTEM
OF MUSIC)
Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda atau
saimbologi (kaedah hafalan sebelum catatan).
Mendidik pelajar dengan memberi galakan kepada mereka
(penerangan dan panduan yang paling minimum daripada guru
-Kaedah Penemuan Kendiri) supaya :- Memerhati
- Mendengar
- Meniru serta membezakan bunyi-bunyi yang didengarnya
itu
- Menentukan dengan pengalaman atau usaha mereka sendiri
sama ada bunyi itu sama atau berlainan & seronok didengar
atau tidak.

Mengajar 1 unsur muzik sahaja (melodi,


harmoni, irama, ekpresi, bentuk, warna, ton
& jalinan pada satu ketika).
Prinsip-prinsip dan segala teori harus diberi
hanya selepas amalan praktik dijalankan
(pembelajaran heuristik).
Pelajar harus diberi peluang mencukupi
untuk mempelajari muzik & membuat
latihan-latihan dengan elemen-elemen muzik
melalui usaha sendiri untuk dipraktikkan.
Nama-nama not untuk nyanyian & muzik
instrumental harus diselaraskan.

EMILE JACQUES
DALCROZE
- Pergerakan
Berirama

ZOLTAN
KODALY
Pembelajaran
Berperingkat

KAEDAH-KAEDAH
PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN
MUZIK
SHINUCI
SUZUKI
- Pendekatan
Bakat

CARL ORFF
- Pengalaman
Muzikal
EDWIN
GORDON
- Sound Before
Symbol

PERGERAKAN IRAMA
(EMILE JACQUES DALCROZE)
Lebih memberi penumpuan kepada
pembelajaran untuk pengajaran muzik sekolah
rendah.
Pendekatan secara berirama & tarian dengan
aktiviti eurhythmic.
Pergerakan, improvisasi dan nyanyian solfa
diberikan keutamaan.
Perkembangan kebolehan muzik di kalangan
pelajar boleh berlaku dengan baik tanpa
tumpuan yang mengongkong & formal kepada
aktiviti-aktiviti muzik pada peringkat awal pelajar.

AKTIVITI EURHYTHMIC

KLIK SAYA..

http://www.youtube.com/watch?v=n5D
djXZkPfg

KLIK SAYA..

http://www.youtube.com/watch?v=fc5N
GYF0jkU

Menggunakan gerak geri tubuh badan


untuk menanam kefahaman &
menimbulkan kepekaan atau sensitiviti
terhadap aspek-aspek muzik seperti
irama, rangkai lagu, melodi & bentuk
atau struktur muzik dalam kalangan
pelajar.
Berpendapat tubuh badan manusia
mempunyai hubungan yang rapat
dengan otak melalui satu sistem urat
saraf atau otot-otot yang begitu
kompleks.

PEMBELAJARAN BERPERINGKAT
(ZOLTAN KODALY)
Penumpuan kepada pembelajaran untuk
pengajaran muzik di sekolah rendah.
Beliau telah merancang satu kurikulum
muzik untuk kegunaan sekolah.
Pembelajaran muzik diadakan sebanyak 46 kali seminggu dari peringkat pra sekolah
hingga peringkat sekolah menengah.
Program muzik diaturkan secara
berperingkat atau sequential dalam muzik
dan permainan alat muzik.

Memberi penekanan yang jelas


kepada aktiviti membaca & menulis
notasi muzik dari peringkat awal lagi
melalui aktiviti nyanyian semerta
dan menurunkan melodi dengan
notasi.
Kegunaan isyarat tangan, latihan
solfa, tangga nada, pentatonik &
nyanyian lagu rakyat secara a
capella (nyanyian tanpa iringan alat
muzik).

A CAPELLA

KLIK SAYA..

http://www.youtube.com/watch?v=TSBI
AGCulDw

PENGALAMAN MUZIKAL (CARL


ORFF)
Penumpuan kepada pembelajaran untuk
pengajaran muzik di sekolah rendah.
Penekanan kepada beraneka jenis
pengalaman muzikal.
Pendekatan Orff kegunaan peralatan
muzik yang direka atau dipilih khas
untuk pendidikan muzik bagi pelajar.
Sifat semulajadi kanak-kanak untuk
bermain diberi makna sepenuhnya.

Mengaitkan muzik dengan gerakan & pertuturan


pelajar yang berirama.
Irama, bahasa atau lagu & pergerakan secara
spontan membantu pelajar supaya mempelajari &
memahami dengan lebih berkesan tentang konsepkonsep muzikal.
Cara penemuan sendiri.
Pendekatan Orff ada lima (5):
a) Imitasi mengajuk balik
b) Ekplorasi fasa cari sendiri
c) Improvisasi secara individu/kumpulan dengan
semua
peralatan Orff.
d) Creation mencipta
e) Literasi berjaya menulis & membaca notasi
muzik seperti sight singing, menulis corak irama &
skor muzik.

SIGHT SINGING

KLIK SAYA..

SOUND BEFORE SYMBOL


(EDWIN GORDON)
Berasaskan kepada hasil penyelidikan jangka
panjang mengenai kandungan muzik & turutan
pembelajaran di peringkat sekolah rendah.
Bercorak formal
Pembelajaran permainan muzik tanpa notasi
dahulu sebelum simbol-simbol muzik
diperkenalkan.
Pembelajaran muzik berlaku dengan baik jika
setiap pelajar dapat menguasai satu kebolehan
yang digelar audiation (proses mental yang
membolehkan seorang manusia mendengar muzik
dalam akal fikiran tanpa rujukan mana-mana bunyi
yang diakibatkan secara fizikal sound vibration).

Aspek kognitif diberi keutamaan


seiring dengan aspek pembelajaran
muzik yang lain pelajar boleh
membezakan irama, meter dan
tonaliti selain dari menyanyi,
bermain alat muzik, membaca
notasi atau bermain alat muzik.

PENDEKATAN BAKAT
(SHINUCI SUZUKI)
Dikenali sebagai pendekatan bahasa ibunda.
Penumpuan kepada pembelajaran muzik instrumental
& berkait dengan pembelajaran muzik pra sekolah.
Memerlukan alat-alat khas violin kecil
Penglibatan ibu bapa dalam proses P & P muzik
secara individu.
Pendidikan muzik harus bermula dari peringkat kanakkanak dengan bermain secara menghafal rote
playing sebelum menerima pembelajaran notasi
formal note.
Dengar muzik secara berulang kali.

KONSEP MUZIK
Bunyi yang disusun secara sistematik &
mempunyai kualiti tersendiri.
Merangkumi irama, melodi, harmoni, warna
ton, bentuk, ekspresi dan jalinan.
IRAMA
Gabungan pelbagai jenis nilai not muzik yang
berbeza akan menghasilkan irama yang
berbeza.
Elemen-elemen irama : corak irama, rentak,
meter, tempo dan detik.

Corak Irama
- Gabungan nilai not yang berbeza akan
menghasilkan corak irama yang berbeza.
- Contoh: Zapin, Joget
Rentak
- Corak Irama tertentu yang digunakan untuk
mengiringi nyanyian atau permainan alat. (contoh:
rentak masri)
Meter
- Masa bagi muzik dikawal oleh meter
Tempo
- Kelajuan sesebuah lagu atau muzik (contoh: allegro
cepat, moderato moderate pace)
Detik
- Bit yang konsiten.

MELODI
Mengandungi pic rendah, sederhana dan
tinggi.
Pic bunyi tinggi rendah
Skel susunan lipatan not dalam satu tanda
nada dimainkan mengikut langkah tertentu
Contoh: skel C major
Jeda jarak pic di antara dua not
contoh: do re mi (jeda tiga)
Solfa - Nyanyian pic menggunakan sebutan
not C.
Rangkai Lagu

HARMONI
Gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan
bersama atau serentak. Gabungan not-not ini akan
membentuk kod untuk mengiringi melodi.
Elemen-elemen harmoni : triad, arpeggio,
pergerakan kod.
Triad gabungan 3 not membentuk kod.
Arpeggio not-not dalam sesuatu kod boleh
dimainkan secara satu persatu, menaik atau
menurun.
Pergerakan kod apabila satu kod bergerak ke satu
kod yang lain.

WARNA TON
Warna ton dalam muzik bunyi ada sifat dan kualiti tersendiri.
Warna ton berbeza berdasarkan bahan pembuatan alat
tersebut & cara dimainkan.
Perkataan menerangkan warna ton bunyi - lembut, kasar,
nyaring, garau.
Contoh: perempuan soprano & alto
lelaki bariton, tenor & bes
Gabungan alat muzik menghasilkan warna ton yang menarik
dan indah.
contoh: alat ketukan logam, alat ketukan kayu, alat tiupan
buluh

BENTUK
Mempunyai susunan struktur
tersendiri.
Contoh, penyusunan idea muzik
dalam bentuk:
- bentuk dua bahagian(binari/bentuk
AB)
- bentuk tiga bahagian
- bentuk rondo
- bentuk strofik
- bentuk tradisional

EKSPRESI
Ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu
persembahan vokal / instrumental.
Ciri muzikal ini :
a) Dinamis simbol-simbol berkaitan
bunyi kuat atau lembut dalam muzik
b) Istilah tempo, Andate (sederhana
cepat), fine (tamat).
c) Tanda Isyarat simbol-simbol yang
digunakan dalam notasi muzik dengan
maksud khusus.

JALINAN
Merupakan cara pemuzik mengadunkan
bunyi.
Terbahagi kepada:
a) Monofoni muzik hanya pada melodi
(satu bunyi sahaja)
b) Homofoni melodi diiringi oleh alat
muzikal yang harmoni yang ada kod.
c) Polifoni satu atau dua melodi
dibunyikan berterusan menggunakan
alat iringan.

KEMAHIRAN MUZIKAL
Komponen dalam Pendidikan Muzik:a) Kemahiran Muzikal Nyanyian
- Membina teknik berasaskan elemen-elemen postur, pernafasan, sebutan,
artikulasi, ekspresi, penghasilan ton dan memfrasa.
- Membina kemahiran menyanyi secara individu atau ensemble.
b) Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan
- Melibatkan diri secara aktif
- Mendengar secara aktif dan selektif
- Melahirkan ekspresi diri melalui pergerakan
- Memahami konsep muzik melalui pergerakan
- Mengenali aspek budaya yang berkaitan dengan pergerakan dalam muzik
- Meneroka dan menginterpretasi muzik melalui gerakan
c) Kemahiran Muzikal Permainan Alat muzik
- Bermain alat muzik secara muzikal dan terkawal
- Memahami dan mengaplikasi konsep muzik dalam permainan alat
- Mengenali alat muzik tradisional

PENYAMPAIAN KONSEP MUZIK DALAM


AKTIVITI MUZIKAL

NYANYIAN
http://www.youtube.com/watch?v=SKhm
FSV-XB0

PERMAINAN
ALAT
http://www.youtube.com/watch?v=y0It
PoaY1E0

MUZIK
DENGAN
PERGERAKAN
http://www.youtube.com/watch?v=70w_
0bqDMwA

PERMAINAN
ALAT
http://www.youtube.com/watch?v=G
EOZ31HeZT4&feature=related

NYANYIAN
Penekanan kepada aspek postur,
pendengaran, sebutan, pernafasan dan
teknik pengeluaran suara
Aktiviti-aktiviti yang boleh diadakan :- Mari Menyanyi
- Menyanyi secara muzikal
- Teknik dan Cara Menyanyi
- Meneroka dan Mengenal Muzik
Nyanyian

MUZIK DENGAN GERAKAN

Memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan


sebagai respon kepada muzik. (melahirkan ekspresi diri
melalui rangsangan bunyi)
Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan:
- Gerakan mengikut lirik lagu
- Gerakan mengikut konsep muzik
- Interpretasi muzik dengan gerakan
- Gerakan bebas dengan muzik
- Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik.
Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan
deria yang dilahirkan secara simbolik. 4 Unsur pergerakan :- Imbangan berat badan
- Ruang
- Masa
- Daya/ aliran

PERMAINAN ALAT
Melatih pelajar dalam koordinasi mata,
pergerakan dan psikomotor melalui penglibatan
pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik.
Memberi latihan asas untuk pendengaran secara
selektif, teknik permainan alat dan kreativiti
melalui improvisasi susunan bunyi.
Pelajar berpeluang merasai hasilan bunyi melalui
penglibatan mereka bermain alat muzik.
Konsep di dalam permainan alat ialah corak
irama, warna ton, melodi dan ekspresi.
Alat muzik dalam permainan alat secara
ensemble ialah seperti alat perkusi, melodian,
rekoder dan lain-lain alat tradisional tempatan.

SEKIAN, TERIMA
KASIH..

Anda mungkin juga menyukai