Anda di halaman 1dari 3

4.

0 KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA


Peribumi Melayu mewakili pembina Tamadun Melayu, etnik Cina mewarisi Tamadun
Cina dari Tanah Besar Cina dan etnik India mewakili Tamadun India dari Benua Kecil
India. Kepelbagaian bangsa yang mendiami Malaysia pasti memberi pelbagai kesan
dalam hidup bermasyarakat.
Kosa kata dalam Bahasa Melayu telah bertambah sehari ke sehari sejak berlakunya
interaksi antara bangsa. Sebahagian contoh kosa kata bahasa Melayu yang wujud hasil
interaksi :
(i)Makanan dan buahan
-Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki
(pisang kaki), tauhu
(ii). Pakaian dan barang dagangan
- Cukin, tocang, lo cuan, kekwa (bunga) koyok, cat, gimpai, gincu, tahil, koyan,
d ( 1/10 tahil )
(iii). Manusia dan ehwalnya
- Apek, loki, nyonya, cempiang, taukeh, kongsi, kicak, cinggeh, cincau, ampau,
taijin, kuntau, gua, lu, sengse, samsing, l suwe, toa pekong, tokong, tekong,
banci, cuak, culai, lancong.
Hasil interaksi antara bangsa turut melahirkan budaya campuran yang diamalkan oleh
satu komuniti masyarakat di Malaysia. Antara komuniti tersebut adalah Budaya BabaNyonya.Pada awal kurun ke 17 sekitar tahun 1613 M, komuniti China telah menetap di
Melaka. Oleh kerana tiada pendatang Cina dari kalangan wanita mereka berkahwin
dengan wanita tempatan. Justeru itu bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa
pengantar dalam urusan perniagaan dan institusi keluarga.Lahirlah satu budaya

kacukan yang dipanggil Baba dan Nyonya. Masyarakat Baba dan Nyonya dikenali
kerana mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Baba atau Peranakan.
Selain itu, mereka bertutur dalam bahasa Melayu gaya mereka yang kemudiannya
dikenali sebagai bahasa Melayu Baba. Bahasa yang digunakan mereka adalah bahasa
dialek Melayu Baba yang diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar. Setiap kawasan
mempunyai ragam yang dipengaruhi dialek Melayu tempatan yang berbeza-beza.
Bahasa ini berbeza dengan Bahasa Melayu baku.
Terdapat juga Budaya China Peranakan. Terdapat dua komuniti Cina Peranakan di
Malaysia. Pertama, Cina Peranakan Kelantan yang dikatakan bermula hasil wujudnya
hubungan diplomatik negara Cina dengan negeri di Pantai Timur yang berlaku sejak
sebelum zaman Srivijaya lagi. Komuniti ini terdapat di tebing sungai Kelantan dan Kuala
Kerai di hulu sehingga ke muara Tumpat. Antara kesan interaksi yang berlaku antara
mereka dengan penduduk tempatan ialah penyerapan ciri-ciri budaya Melayu di
kalangan mereka. Paling ketara ialah penggunaan dialek Kelantan yang fasih dan
fesyen pakaian
Komuniti kedua ialah Cina Peranakan Melaka dan Pulang Pinang. Masyarakat Cina
Peranakan dua tempat ini menggunakan bahasa Melayu dan cara hidup Melayu,
namun mereka tidak beragama Islam. Kehidupan mereka begitu dekat dengan orang
Melayu. Mereka juga mengamalkan adat resam yang mirip adat resam orang Melayu,
walaupun masih terdapat ciri budaya Cina lama. Mereka turut percaya kepada makhluk
halus atau ghaib dan roh seperti masyarakat Melayu.

Hasil interaksi antara Tamadun Melayu dan Tamadun Cina di Tanah Melayu pada
zaman awal amat ketara pada aspek seni bina . Unsur seni bina Cina diserap dalam
pembinaan masjid. Antara ciri khusus serapan ialah pada reka bentuk bumbung masjid
yang menyerupai seni bina Pagoda
Dasar pendidikan di Malaysia digubal setelah mengambilkira aspek masyarakat
majmuk yang telah berinteraksi sekian lama secara harmoni. Antara dasar pelajaran
tersebut ialah Penyata Barnes, Penyata Fenn-Wu, Undang-undang Pelajaran 1952,
Pernyata Razak dan Penyata Rahman Talib. Semua dasar-dasar ini berperanan
memupuk perpaduan dan bagi memastikan pengasingan yang wujud dalam sistem
pendidikan sebelum ini dimansuhkan dan digantikan dengan sistem yang lebih seragam
dan menyeluruh
Malaysia telah berusaha membentuk perpaduan antara masyarakat majmuk dan
integrasi yang lebih mantap antara penduduk Semenanjung dengan Sarawak dan
Sabah. Sehubungan ini, Dasar Integrasi Nasional digubal untuk melaksanakan proses
kewujudan identiti nasional di kalangan kaum yang berbeza kebudayaan, kepercayaan
dan penempatan
Interaksi antara bangsa di Malaysia dipadukan melalui penggunaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi seperti yang tercatat pada Perkara 152, Perlembagaan
Persekutuan. Namun, bahasa-bahasa lain boleh digunakan. Untuk mengukuhkan lagi
peranan bahasa Melayu dalam masyarakat majmuk kerajaan telah membentuk Akta
Bahasa Kebangsaan pada tahun 1963.

Anda mungkin juga menyukai