Anda di halaman 1dari 47

Kemusykilan Bahasa

1. Yang manakah yang betul penggunaan bahasanya ?


(a) Beliau sedang menerangkan tentang faedah berjimat cermat,atau
(b) Beliau sedang menerangkan faedah berjimat cermat.
Jawapan : Kata kerja transitif harus diikuti terus oleh objek.Oleh hal yang demikian,ayat yang betul ialah ayat (b).
2. Adakah penggunaan sehubungan dengan itu betul ? Bagaimanakah dengan sehubungan itu ?
Jawapan : Kita harus melihat apakah erti
sehubungan.Erti sehubungan ialah sama hubungan.Kerana itu,sehubungan dengan itu bermaksud sama
hubungan dengan itu.Kerana itu jugalah,sehubungan itu salah kerana tidak bermakna.
3. Yang manakah betul,berpeleseran atau berpelesiran
Jawapan : Yang betul ialah berpelesiran.
4. Adakah perkataan memperbaiki betul ?
Jawapan : Dalam bahasa Melayu,salah satu fungsi
imbuhan memper- adalah untuk mengungkapkan maksud menjadikan lebih lagi.Apabila kita gunakan
memperbaiki,itu bermakna kereta itu sudah baik tetapi kita hendak menjadikannya lebih baik lagi.Oleh itu,perkataan
yang sesuai ialahmembaiki
5. Apakah sebabnya perkataan ternak dan terjemah apabila ditambah dengan imbuhan me- menjadi menternak dan
menterjemah ?Bukankah huruf t harus dihilangkan seperti tulis menjadi menulis.
Jawapan : Jika mengikut peraturan pengimbuhan dalam bahasa Melayu,huruf t memang harus dihilangkan apabila
perkataan-perkataan yang bermula dengan huruf tersebut diberi imbuhan awalan me-.Namun begitu,bagi sesetengah
perkataan seperti ternak dan terjemah sudah luas penggunaannya dan dianggap betul.
Satu lagi contoh seumpama ini ialah perkataan percaya.Apabila diberi imbuhan me-,bentuk terbitan yang betul
seharusnya memercayai.Tetapi kita tidak pernah mendengar orang menggunakan memercayai melainkan
mempercayai sahaja.Oleh itu,ada kekecualian bagi beberapa perkataan tertentu.
6. Saya sering keliru tentang penggunaan adalah.Bilakah kita boleh menggunakannya? Apakah pedoman yang dapat
kita gunakan dalam hal ini ?
Jawapan : Dalam ayat, penggunaan adalah hanya boleh ,diikuti oleh kata sendi dan kata sifat.Ada
kalanya,kataadalah tidak perlu hadir dan digunakan sebagai penegas sahaja.Misalnya :
(a) Satu lagi usaha yang akan dijalankan adalah untuk menerbitkan risalah yang akan disebarkan kepada orang ramai.
(b) Keputusan panel hakim adalah muktamad.
Dalam ayat (a) adalah perlu ada tetapi dalam ayat
(b) penggunaannya hanya sebagai penegas dan boleh ditiadakan.
7. Bolehkah ini kerana digunakan dalam ayat semasa membuat karangan atau rumusan ?
Jawapan : Penggunaan ini kerana timbul sebagai akibat pengaruh struktur bahasa Inggeris This is because Ayat
yang lebih baik diungkapkan seperti yang berikut :
Hal ini demikian kerana
8. Adakah penggunaan oleh kerana dalam ayat di bawah betul ?
Oleh kerana merokok adalah salah satu gejala
Jawapan :Perkataan kerana tidak perlu didahului oleh oleh.Sepatutnya kita gunakan kerana sahaja ataupun oleh
sebab sebagai kata hubung.Perkataan sebab tergolong sebagai kata nama dan perlu didahului oleh oleh untuk
dapat berfungsi sebagai kata hubung.
9. Ada pendapat mengatakan bahawa penggunaan Para hadirin dan Para hadirin sekalian betul.Mengapakah kedua-

duanya dianggap betul ?


Jawapan : Dalam bahasa Melayu, kata nama yang sudah dijamakkan tidak boleh didahului oleh kata penanda jamak
lagi.Oleh hal yang demikian, salahlah kalau kita katakansemua pelajar-pelajar,sekalian murid-murid,sekalian para
hadirin dan sebagainya.Dalam contoh-contoh yang diberikan,pelajar-pelajar,murid-murid dan para hadirin sudah
merupakan kata jamak dan tidak perlu diberi penanda jamak lagi.
Walau bagaimanapun, penanda jamak yang datang sesudah kata jamak tidak salah dalam bahasa Melayu,malah boleh
dianggap sebagai penegas.Itulah sebabnya kita boleh mengatakan,misalnya pelajar-pelajar semua,murid-murid
sekalian,para hadirin sekalian,tuan-tuan dan puan-puan sekalian, dan sebagainya.
10. Ada dua jenis penggunaan pun dalam bahasa Melayu.Bilakah kita harus menjarakkan penggunaan perkataan
pun dan bila pula harus kita mendekatkan perkataan pun dengan perkataan yang mendahuluinya.
Jawapan : Dalam bahasa Melayu, ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan
pun,iaitu :
Adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun,
meskipun, sungguhpun.
Walau bagaimanapun, pun yang bererti juga ditulis terpisah.
11. Yang manakah yang betul,justeru atau justeru itu ?
Jawapan :Sebenarnya perkataan justeru dengan maksud oleh itu itu salah penggunaannya.Makna justeru ialah
malahan atau bahkan.
Misalnya: Saya tidak pernah mengkhianati dia,justeru saya menolong dia.
12. Ayat yang manakah yang betul ?
1. Buku itu bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak,tetapi juga untuk orang dewasa.
2. Buku itu sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak, tetapi juga untuk orang dewasa.
Jawapan :Dalam hal ini, kedudukan kata nafi yang berbeza itu bertujuan untuk memberikan penekanan kepada unsur
yang berbeza dalam ayat. Dalam ayat (1 ), unsur yang ditekankan ialah kesesuaian buku itu untuk kanak-kanak,
manakala dalam ayat ( 2 ), yang diberi penekanan ialah perihal sesuainya buku itu.
Oleh hal demikian,kedua-dua ayat betul.Namun, lebih tepat lagi jika kata penegas juga diletakkan pada akhir ayat
seperti yang berikut :
1(a). Buku itu bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, tetapi untuk orang dewasa juga.
2(a). Buku itu sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak,tetapi untuk orang dewasa juga.
13. Bolehkah jelaskan penggunaan kata nafi bukan dan kata
nafi tidak ?
Jawapan : Kata nafi bukan boleh menjadi unsur
nafi bagi frasa nama dan frasa sendi nama.
Contohnya :
1. Projek itu bukan usaha saya.
2. Kereta api itu bukan dari Ipoh.
Kata naf tidak pula ialah unsur naf bagi frasa kerja dan frasa adjektif.
Contohnya :
3. Bapanya tidak pergi ke sawah hari ini.
4. Kenyataannya itu tidak benar.
14. Ejaan yang manakah yang tepat istirehat atau istirahat ?
Jawapan : Ejaan yang tepat ialah istirahat.Kata tersebut ialah kata serapan daripada bahasa Arab.Istirahat bermaksud
rehat.Manakala beristirahat bermaksud berehat.

15. Tolong jelaskan tentang ejaan bandaraya dan bandar raya ?

Jawapan :Dalam bahasa Melayu, kata bandar dan raya boleh berdiri sendiri dan masing-masing mempunyai makna.
Jadi, ejaan yang tepat ialah bandar raya.
Namun, bagi kata nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ialah contoh penggunaan ejaan yang salah tetapi
dikecualikan kerana telah terdaftar secara sah.Kesalahan sebegini seharusnya dihindarkan kerana akan menimbulkan
kekeliruan.
16. Apakah perbezaan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan ?
Jawapan : Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi kerajaan dan pentadbiran negara. Manakala
bahasa kebangsaan ialah bahasa yang utama bagi sesebuah negara yang berdaulat.
17. Yana manakah yang betul agung atau agong ?
Jawapan : Dalam bahasa Melayu, mengikut hukum keselarasan vokal, vokal a akan berpasangan dengan vokal u(au). Oleh itu, kata ini sepatutnya dieja agung, contohnya mesyuarat agung,seniman agung,pemimpin agung, tetapi ada
kekecualiaan hanya untuk Yang di-Pertuan Agong yang menggunakan vokal o untuk kata agong.
18. Apakah perbezaan antara memperhamba dan memperhambakan ?
Jawapan :memperhamba bermaksud menjadikan orang lain sebagai hamba.
Contohnya:
Encik Sabri memperhamba Mat Timah di rumahnya.
memperhambakan pula bermaksud menjadikan diri sebagai hamba kepada seseorang.
Contohnya:
Hang Tuah memperhambakan dirinya kepada raja.
19. Apakah fungsi bentuk penggandaan dalam bahasa Melayu ?
Jawapan : Dalam bahasa Melayu penggandaan mempunyai beberapa makna.
Contohnya:
( I ) perbuatan yang berulang-ulang:
tergelak-gelak
melambai-lambai
tersenyum-senyum
tersengih-sengih
( ii ) perbuatan yang berpanjangan:
berangan-angan
mengata-ngata
tergila-gila
( iii ) perbuatan yang bersungguh-sungguh:
bercerai-berai
bertungkus-lumus
memporak-peranda
( iv ) perbuatan yang saling berbalasan:
bersalam-salaman
berpeluk-pelukan
berkasih-kasihan
20. Mengapakah ayat di bawah dikatakan salah ?
Pemain-pemain bola sepak itu berkejaran antara satu sama lain untuk mendapatkan bola.
Jawapan :Ayat itu dikatakan salah kerana kata kerja yang digunakan dalam ayat tersebut perlu ditulis seperti yang
berikut :
Pemain-pemain bola sepak itu berkejar-kejaran antara satu sama lain untuk mendapatkan bola.

Atau,
Pemain-pemain bola sepak itu saling berkejaran antara satu sama lain untuk mendapatkan bola.
Kita perlu menulis ayat seperti di atas kerana berkejar-kejaran membawa maksud saling berbalasan.Oleh itu, apabila
kita menggunakan perkataan tersebut perlu menulis ayat seperti dinyatakan itu.
21. Yang mana satu betul ais krim,ais-krim atau aiskrim ?
Jawapan :Ejaan yang betul ialah aiskrim.Sila rujuk Kamus Dewan untuk kepastian.
22. Bolehkah saudara menjelaskan penggunaan di- kepada saya ?
Jawapan :Penggunaan di dalam bahasa Melayu secara umumnya berfungsi sebagai imbuhan awalan kata kerja pasif
dan berfungsi sebagai kata sendi nama bagi menunjukkan tempat.Namun begitu,terdapat beberapa kekecualian tentang
penggunaan di.
Contohnya:
Yang di- Pertuan Agong
Yang Dipertua Majlis
Diraja
23.Boleh saudara menjelaskan penggunaan imbuhan pinjaman anti- kepada saya ? Saya kurang faham .
Jawapan :Penggunaan anti- ada dua cara.Caranya ialah jika anti- bergabung dengan perkataan yang terdiri daripada
kata nama am,maka kita perlu menulis seperti yang berikut :
antidadah
antikerajaan
Perkataan dadah dan kerajaan merupakan kata nama am.
Sebaliknya,jika anti- bergabung dengan perkataan yang terdiri daripada kata nama khas,maka kita perlu menulis seperti
yang
berikut :
anti-Israel
anti-Amerika Syarikat
Perkataan Israel dan Amerika Syarikat ialah kata nama khas bagi tempat.
24. Mengapakah perkataan menghuruharakan,
memporakperandakan dan menggembargemburkan dianggap salah ?
Jawapan :Sebelum menjawab,saya menasihati saudara supaya mengenal pasti jenis kata dasarnya dahulu.Kemudian
,saudara pasti dapat mengetahui jawapannya.Perkataan-perkataan tersebut dianggap salah kerana kata dasar bagi
bentuk terbitan itu ialah kata ganda, iaitu memerlukan tanda sempang (-) jika hendak menulisnya.
Oleh itu,kita perlu menulis perkataan tersebut seperti yang berikut :
menghuru-harakan
memporak-perandakan
menggembar-gemburkan
25. Yang mana satu betul ke 10, ke-10,ke-X dan ke X ?
Jawapan :Cara menulis yang betul ialah ke-10 dan huruf roman X tidak perlu ada tanda sempang sebelumnya.Jadi,kita
tulis Sukan SEA X sahaja.
26. Ayat yang manakah betul dari segi penggunaan kata sendi namanya bagi ayat-ayat di bawah ? Tolong jelaskan.
i. Ancaman itu datang dari dalam dan luar negara.
ii. Ancaman itu datang dari dalam dan dari luar negara.

iii. Kita pergi dengan bas atau kereta ?


iv. Kita pergi dengan bas atau dengan kereta /
v. Ali melihat ke atas dan ke bawah.
vi. Ali melihat ke atas dan bawah.
Jawapan :Bagi menjawab soalan ini,saya merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu pada muka surat 406.Penerangan
yang diberikan ialah penggabunggan frasa sendi nama dengan kata hubung dan dan atau,kata sendi nama pada unsur
kedua,secara pilihan boleh digugurkan.Bagaimanapun,kata sendi nama pada unsur kedua tidak boleh digugurkan kalau
kata sendi nama dalam bentuk setara itu ialah ke.
Jadi,dapatlah kita rumuskan bahawa ayat i,ii,iii,iv dan v itu betul.Sebaliknya,ayat vi tidak tepat penggunaaanya.
27. Bolehkah kata sendi oleh digugurkan bagi ayat-ayat di bawah ?
i. Baju itu sudah dijahit ibu semalam.
ii. Sampah sarap sudah dibakar ayah pagi tadi.
Jawapan :Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya
selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat.Namun demikian, sekiranya binaan
oleh + FN itu terletak jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan.Contohnya:
i. Baju itu sudah dijahit semalam oleh ibu.
ii. Sampah sarap sudah dibakar pagi tadi oleh ayah.
28. Mengapakah yang perlu diletakkan dalam ayat di bawah ?
Agenda mesyuarat adalah seperti yang berikut :
Jawapan :Perkataan yang perlu disisipkan dalam ayat tersebut kerana perkataan seperti tergolong dalam kata sendi
nama.Oleh itu,kata yang sepatutnya mengikutinya mestilah kata nama.Sebenarnya ayat asal bagi ayat di atas ialah;
Agenda mesyuarat adalah seperti agenda yang berikut:
Kata agenda boleh digugurkan dan yang akan berfungsi sebagai kata ganti nama.Oleh hal yang demikian,ayat tersebut
telah menjadi gramatis kerana kata sendi seperti telah diikuti oleh kata nama.
29. Mengapakah ejaan perabot bukan perabut dan laporan bukan lapuran kerana hukum keselarasan vokal bahasa
Melayu ialah a-u ?
Jawapan : Dua perkataan itu tidak mengikut hukum keselarasan vokal bahasa Melayu sepatutnya kerana perkataanperkataan itu ialah kata pinjaman daripada bahasa Indonesia.
30. Apakah perbezaan antara pelanggaran dengan
perlanggaran ?
Jawapan :Mengikut Kamus Dewan pada muka surat 759,kata pelanggaran bermaksud perihal melanggar
(menyerang,menyerbu dan sebagainya).
Contohnya;
Pelanggaran askar Israel terhadap penduduk Palestin itu telah dapat dipatahkan.
Sebaliknya,kata perlanggaran pula membawa maksud perihal berlanggar(antara kenderaan,kenderaan dengan orang
dan lain-lain)
Contohnya;
Van itu terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah kereta di Jalan Tampoi.
31. Apakah perbezaan antara dedaun dengan tetamu dari segi makna ?
Jawapan :Gandaan separa seperti dedaun dan pepohon membawa maksud jamak atau
banyak.Manakala,tetamu,lelaki dan lelabu membawa maksud tunggal atau satu.Saya berikan contoh di bawah sebagai
perbandingan.
a. Dedaun-dedaun itu layu apabila kekurangan air.(salah)
b. Dedaun itu layu apabila kekurangan air.(betul)

c. Ramai tetamu yang hadir di rumah Abu. (betul)


d. Lelaki-lelaki itu kacak belaka.(betul)
32. Saya kurang faham tentang penggunaan frasa mengkaji semula dalam ayat yang sering saya jumpa apabila
membaca akhbar.Adakah frasa itu betul dari segi tatabahasa ?Bagaimana pandangan saudara ?
Jawapan :Frasa mengkaji semula yang saudara kemukakan itu sebenarnya terjemahan terus daripada bahasa Inggeris
yang berawalan re- iaitu review.Banyak lagi contoh perkataan seperti ini iaitu reconstruct,re-count dan sebagainya.
Apabila perkataan itu diterjemahkan dalam bahasa Melayu,maka menjadi kesatuan yang tidak boleh dipisahkan itu
mengkaji semula,membina semula dan mengira semula.Oleh itu,jika kita menulis ayat menggunakan frasa tersebut
dianggap gramatis.
Lihat perbezaan yang berikut :
a. Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula sistem gaji kakitangan awam yang dipraktikkan sekarang.
b. Saintis itu sedang mengkaji fenomena El-Nino.
Mengkaji semula dan mengkaji berfungsi sebagai kata kerja transitif dan sistem dan fenomena berfungsi sebagai objek
yang mengikuti kata kerja transitif.

33. Mengapakah kita tidak menggunakan mesin basuh baju atau mesin jahit baju ?
Jawapan : Kita tidak menggunakan frasa mesin basuh baju dan mesin jahit baju kerana kita telah menggunakan frasa
mesin basuh dan mesin jahit.Perkataan baju tidak digunakan kerana dalam penciptaan istilah,aspek keringkasan
diutamakan.Tambahan pula,mesin itu tidak membasuh baju sahaja atau menjahit baju sahaja.

34. Yang manakah yang betul antara di kalangan dengan dalam kalangan?
Jawapan : Penggunaan frasa sendi nama di kalangan dan dalam kalangan dapat diselesaikan jika kita mengenal pasti
maksud sebenar kalangan.Dalam Kamus Dewan,kalangan bermaksud 1. lingkungan,golongan
2.lingkaran,gelanggang.Namun,dalam konteks yang dibincangkan,kalangan bermaksud lingkungan.
Bagi menentukan ketepatannya,mari kita gunakan kaedah analogi seperti yang berikut ;
di kalangan guru dalam kalangan guru
di lingkungan guru dalam lingkungan guru
Jadi,berdasarkan analogi itu,dalam lingkungan lebih sesuai daripada di lingkungan.Rumusannya,penggunaan di
kalangan dan dalam kalangan dianggap betul.
35. Saya seorang pelajar tingkatan dua.Saya sering keliru tentang penggunaan perkataan banyak dalam ayat seperti
yang berikut :
a. Kilang itu memerlukan banyak pekerja wanita.
Jawapan : Jika adik menulis ayat seperti itu,ayat itu dianggap tidak gramatis.Ayat tersebut perlu ditulis seperti yang
berikut :
a1. Kilang itu banyak memerlukan pekerja wanita.
atau
a2. Kilang itu memerlukan pekerja wanita yang banyak.
Rumusannya,kata memerlukan tergolong dalam kata kerja transitif yang mesti diikuti terus oleh objek.Objek dalam ayat
tersebut ialah pekerja.
36. Apakah itu homograf,homonim dan homofon ?
Jawapan : Homograf ialah perkataan yang sama ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya.
Contoh: rendang
rendang makna 1: sejenis lauk yang dibuat daripada
daging
rendang makna 2: rendah dan banyak daun serta
cabang
Perkataan lain misalnya,semak,perang dan sebagainya.

Homonim pula bermaksud perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya.
Contoh : ketam
Satu makna ketam ialah sejenis kepiting yang berkaki enam dan bersepit.Kata ketam juga bermakna sejenis alat
untuk melicinkan kayu dan papan.
Homofon bermaksud perkataan yang sama bunyi dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya.Fenomena ini tidak
terdapat dalam bahasa Melayu.
Contohnya :
meat(daging) dengan meet(berjumpa)
cut(memotong) dengan card (kad)
Seen(nampak) dengan scene (pemandangan)
37. Apakah perbezaan antara ayat di bawah ?
a. Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa kegiatan ajaran sesat dapat dibendung jika masyarakat memberikan
kerjasama.
b. Menurut Kementerian Dalam Negeri, kegiatan ajaran sesat dapat dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama.
Jawapan : Perbezaan antara kedua-dua ayat tersebut ialah kedudukan subjek dalam ayat.Dalam ayat
pertama,subjeknya ialah Kementerian Dalam Negeri.Manakala ayat kedua pula,subjeknya ialah kegiatan ajaran sesat.

38. Mengapakah selain dari,selain daripada dan hingga ke dikatakan tidak baku ?
Jawapan : Jawapan bagi masalah yang dikemukakan ialah kata sendi nama tidak boleh hadir berturut-turut.Kata sendi
nama mesti diikuti oleh kata nama sahaja.
39. Guru saya mengatakan bahawa penggunaan di antara mestilah diikuti perkataan yang menunjukkan kedudukan
fizikal atau ada ruang .Mengapakah ayat b. dikatakan salah ?
a. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.
b. Di antara Johor Bahru dengan Singapura ,banyak perbezaannya.
Jawapan : Dalam ayat pertama Johor Bahru dengan Singapura menunjukkan kedudukan fizikal atau
arah.Sebaliknya,Johor Bahru dengan Singapura dalam ayat kedua menunjukkan perbandingan.Jadi,jika ayat itu
menunjukkan perbandingan,gunakan antara bukan di antara.Lihat ayat di bawah;
a. Antara tingkat dua dengan tingkat tiga,tingkat tiga lebih ramai pekerja.
40. Bagaimanakah kita hendak mengenal sesuatu kata ?
Jawapan : Dalam bahasa Melayu,kata dapat digolongkan kepada empat jenis iaitu kata nama,kata kerja,kata adjektif
dan kata tugas(terdapat pelbagai kata).
Bagi mengenal jenis kata,kita perlulah menggabungkan kata-kata tersebut dengan kata yang lain.Antaranya,
Kata bilangan biasanya di hadapan kata nama
semua pelajar
Kata bantu biasanya di hadapan kata kerja
telah berkahwin
Kata penguat di hadapan kata adjektif
amat cantik

41. Saya sering melihat perkataan memperkasakan digunakan di dalam majalah ataupun surat khabar.Saya ingin
bertanya adakah perkataan itu sepatutnya memerkasa,memperkasa atau memperkasakan ?
Jawapan :Perkataan memperkasakan ialah bentuk terbitan bagi kata dasar perkasa yang bermaksud gagah.Apabila
perkataan ini menerima imbuhan meN-,maka kita perlu menulisnya sebagai memperkasakan.Hal ini demikian kerana
kata dasarnya perkasa. Dalam hal ini,berlaku kekecualiaan jika berbalik pada peraturan awalan meN- yang bergabung
dengan kata yang huruf awalnya p,t,k, dan s,huruf awal itu akan lenyap.Oleh itu,kita tidak boleh menulis memerkasa
atau memperkasa.Lihat analogi ini;
42. Bagaimanakah hendak membezakan antara pengajaran dengan pemelajaran ?

Jawapan :Perkataan pengajaran dan pemelajaran berasal daripada kata akarnya ajar.Sekarang kita analogikan
perkataan-perkataan tersebut untuk mengetahui terjadinya perkataan tersebut.
ajar mengajar pengajaran
ajar mempelajari pemelajaran
pengajaran - perihal mengajar,segala sesuatu yang
berkaitan dengan mengajar
pemelajaran - proses mempelajari
43. Apakah perbezaan antara objek dengan pelengkap dalam penggunaan kata kerja ?
Jawapan : Objek ialah frasa nama yang berada di belakang kata kerja transitif dan berfungsi sebagai subjek jika ayat
tersebut diubah menjadi ayat pasif.Selain itu,objek dapat dikenal oleh kehadiran akhiran kan dan i serta awalan meNsebagai pembentuk kata kerja transitif.
Contohnya :
Ali menyepak batu itu.(batu itu sebagai objek)
Batu itu disepak oleh Ali.(batu itu sebagai subjek)
Pelengkap pula ialah unsur yang menjadi pencukup pada sesuatu kata kerja tak transitif.Sementara itu, unsur yang
menjadi pelengkap boleh terdiri daripada frasa nama,frasa adjektif,frasa sendi dan frasa kerja.
Contohnya:
Perkara itu menyangkut masalah negara.
(frasa nama sebagai pelengkap)
Lelaki itu bertubuh sasa.
(frasa adjektif sebagai pelengkap)
Cikgu Ujang tinggal di rumah itu.
(frasa sendi sebagai pelengkap)
Gadis itu pandai menari.
(frasa kerja sebagai pelengkap)

44. Mengapakah mempercepatkan dikatakan salah dari segi tatabahasa sedangkan di dalam Kamus Dewan ada
dimasukkan kata ini sebagai entrinya.
Jawapan : Sebelum menjawab soalan tersebut,suka saya nyatakan bahawa fungsi kamus adalah untuk memasukkan
senarai kata yang pernah dituturkan oleh masyarakat Melayu untuk diberikan maksud.Namun begitu,kamus tidak
mengutamakan aspek tatabahasa kerana mengutamakan makna kata.Dari segi tatabahasa,jika awalan rangkap
mempeR- digunakan,maka kata yang bergabung dengan awalan ini tidak perlu diapitkan dengan akhiran kan.Oleh itu,
kata yang betul ialah mempercepat bukan mempercepatkan.Contoh lain adalah seperti
memperkemas,memperbanyak,memperluas dan sebagainya.
45. Apakah perbezaan apitan ke--an yang tergolong dalam kata nama,kata adjektif dan kata kerja dalam ayat pasif ?
Jawapan : Bentuk apitan ke--an yang tergolong dalam kata nama boleh bergabung dengan kata dasar tertentu tanpa
melibatkan sebarang perubahan huruf.Kata dasar tersebut termasuklah kata nama,kata kerja,dan kata adjektif untuk
membawa maksud hal atau keadaan yang terkandung dalam kata dasar.Contohnya:
Kata nama Kata kerja Kata adjektif
Kedaulatan kedatangan kemalasan
Kepahlawanan kejatuhan kebenaran
Kerajaan kemasukan kedinginan
Apitan ke--an yang tergolong dalam kata kerja dalam ayat pasif terbit daripada gabungan ke--an dengan kata
kerja,kata adjektif dan kata nama.Apitan ke--an yang membentuk kata kerja pasif,menunjukkan subjek ayat
mengalami perbuatan seperti kata dasar.Contohnya:
Semalam jiran saya kecurian.
Dia kehujanan di jalan.

Badannya berpeluh kerana kepanasan.


Kata adjektif terbitan ke--an biasanya bergabung dengan kata dasar daripada jenis kata nama yang umumnya
menerangkan sifat sesuatu bangsa.Contohnya:
Kemelayuan
Kearaban
Kecinaan
46. Apakah maksud melestarikan ?
Jawapan :Saudara boleh merujuki Kamus Dewan pada
halaman 571.Maksud melestarikan ialah menetapkan atau mengekalkan.
47. Mengapakah ayat di bawah ini dikatakan betul ? Bukankah subjeknya merupakan kata kerja ?Tolong jelaskan.
1. Bersenam boleh menyihatkan badan.
2. Bersedekah dituntut oleh Islam.
Jawapan : Ayat tersebut dikatakan betul kerana kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama,KN(inti) +
Penerang boleh digugurkan sehingga yang tinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya yang biasanya
bukan daripada kata nama.Dalam ayat di atas,ayat sebenarnya seperti contoh di bawah :
1a. Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.
2a. Amalan bersedekah dituntut oleh Islam.
Kegiatan bersenam berfungsi sebagai frasa nama yang mengandungi kegiatan sebagai inti dalam frasa nama
tersebut,dan bersenam sebagai penerang.Kata nama kegiatan dalam ayat tersebut boleh digugurkan.Lihat rajah pohon
yang berikut :
A

SP

FN FK
KN (inti) penerang

Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan


Bagi ayat 2a. keadaan yang sama juga berlaku seperti ayat 1a.
48. Benarkah perkataan yang tidak berfungsi sebagai penanda
relatif dalam ayat majmuk sahaja? Jelaskan kepada saya.

Jawapan : Memang benar seperti yang dikatakan oleh saudara itu.Perkataan yang bukan sahaja berfungsi sebagai
penanda relatif dalam ayat majmuk,malahan berfungsi sebagai nama yang digugurkan daripada frasa nama + yang
seperti dalam contoh-contoh berikut:
1. Orang yang tinggal di kawasan itu kebanyakannya Melayu.
2. Bangunan yang tinggi itu bangunan Maybank.
Ayat 1 dan 2 menjadi seperti ayat di bawah jika kata nama
orang dan bangunan digugurkan.
1a. Yang tinggal di kawasan itu kebanyakannya Melayu.
2a. Yang tinggi itu bangunan Maybank.

49. Mengapakah penggandaan separa kata nama langit, siku,pohon dan kura tidak menjadi lalangit,sisiku,popohon dan
kukura ?.Bukankah penggandaan separa melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar tersebut.
Jawapan : Kata nama yang diberikan itu apabila hendak ditukarkan dalam bentuk gandaan separa,perlu mengalami
perubahan menjadi vokal tengah,iaitu e pepet.Oleh itu,menjadi lelangit,sesiku,pepohon dan kekura.
50. Saya lihat dalam bahasa Melayu,kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf p,t,k, dan s akan bertukar menjadi m
bagi p,n bagi t,ng bagi k, dan ny bagi s.Mengapakah perkara ini boleh berlaku ?
Jawapan : Huruf-huruf dalam kata dasar itu akan luluh menjadi m,n,ng,dan ny kerana bunyi pertama dalam kata dasar
p,t,k,dan s telah digantikan dengan bunyi sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya iaitu dua
bibir.Bunyi bahasa seperti ini disebut homorganic.
51. Yang mana satu yang betul antara mampan,mapan dan mempan ?
Jawapan : Perkataan yang dimasukkan entrinya dalam Kamus Dewan ialah mapan yang bermaksud mantap ataupun
stabil.Selain itu,perkataan mempan pula membawa maksud dapat dilukai dengan senjata;dapat terbakar oleh
api.Sebaliknya,perkataan mampan tidak wujud sama sekali.
52. Perkataan-perkataan di bawah ini dikatakan lewah.Bagaimana kita harus menulis perkataan-perkataan tersebut ?
memperkuasai
memperdalami
memperakui
mempersetujui
memperhalusi
Jawapan : Bagi memastikan jawapan yang betul,anda bolehlah membuka Kamus Dewan pada halaman 201.Perkataanperkataan tersebut perlu dtuliskan seperti yang berikut :
memperkuasai - menguasai
memperdalami - mendalami
memperakui - memperakukan
mempersetujui - menyetujui
memperhalusi - menghalusi
53. Apakah maksud rangkai kata parataksis ?
Jawapan : Dua perkataan atau lebih yang digugurkan kata hubung gabungan dan.Contohnya,ibu bapa yang berasal
daripada ibu dan bapa,kasih sayang yang berasal daripada kasih dan sayang serta jimat cermat yang asalnya jimat dan
cermat.
54. Apakah maksud leksikon ?
Jawapan : Leksikon bermaksud daftar kata yang terkandung dalam sesebuah kamus.
55. Yang mana satu yang betul antara mensunatkan dengan menyunatkan ?
Jawapan : Kata dasar bagi kedua-dua bentuk terbitan itu ialah sunat.Kedua-duanya betul.mensunatkan membawa
maksud menjadikan hukumnya sunat.
Sebaliknya,menyunatkan bermaksud mengkhatan.
56. Bagaimanakah kita hendak mengimbuhkan perkataan
X-ray dengan awalan meN- ?
Jawapan : Huruf yang baharu dalam bahasa Melayu ,iaitu q,v,dan x, tidak mengalami sebarang perubahan apabila
bertembung dengan awalan.Lihat contoh di bawah :
qada - mengqada
veto - pemveto
x-ray - mengx-ray

57. Penggunaan kata manakala mengelirukan saya.Bolehkah saudara menjelaskan kepada saya penggunaan
manakala dalam ayat di bawah :
58.a Mereka telah mengambil keputusan untuk bertolak
pada keesokan hari.Manakala kumpulan kedua pula memutuskan untuk meneruskan perjalanan.
58b. Mereka telah mengambil keputusan untuk bertolak pada keesokan hari, manakala kumpulan kedua pula
memutuskan untuk meneruskan perjalanan.
Jawapan : Perkataan manakala berfungsi sebagai kata hubung yang membawa maksud pertentangan.Oleh itu, harus
hadir sebagai unsur yang menghubungkan dua ayat atau dua bahagian ayat.Ayat pertama telah memisahkan
manakala dengan noktah.Tetapi,penggunaan manakala untuk menguhubungkan dua ayat tidak tepat.Jikalau
manakala hendak digunakan,maka kedua-dua ayat tersebut hendaklah disatukan,dan dipisahkan dengan koma,seperti
yang terdapat dalam ayat 58b.
Jikalau difikirkan ayat 58a. terlalu panjang,pecahkan ayat tersebut menjadi dua ayat,tetapi janganlah digunakan
perkataan manakala.Sebaliknya gunakan cara lain,misalnya:
58c. Mereka telah mengambil keputusan untuk bertolak
pada keesokan hari.Sebaliknya, kumpulan kedua pula memutuskan untuk meneruskan perjalanan.
58. Apakah perbezaan tulang ringan dengan ringan tulang ? Tolong jelaskan.
Jawapan : Dalam rangkaian perkataan tulang ringan,ini merupakan susunan frasa nama.Frasa ini terdiri daripada kata
nama tulang sebagai kata inti,dengan kata adjektif ringan.Kata adjektif ini hadir selepas kata nama,iaitu mengikut
peraturan yang disebut hukum D-M,iaitu unsur yang diterangkan(D) mendahului unsur yang menerangkan (M).Fungsi
kata adjektif,dalam hal ini adalah untuk menerangkan kata nama.
Demikian juga dengan contoh tangan panjang,siku buruk,dan kepala besar.
Sebaliknya,ringan tulang merupakan simpulan bahasa.Simpulan bahasa ialah sejenis bahasa kiasan yang lazimnya
dibentuk dengan menggabungkan dua perkataan bagi menghasilkan satu makna khusus.Ringan tulang tidak membawa
maksud tulang yang ringan tetapi bererti rajin bekerja.
Dari segi binaannya,ringan tulang merupakan susunan terbalik bagi frasa nama,kerana dalam hal ini susunannya ialah
kata adjektif diikuti kata nama.
59. Guru Bahasa Melayu saya telah mengajarkan penggunaan
apitan meN--kan dan meN--i.Yang menjadi kemusykilan
kepada saya ialah perkataan menghindarkan dan menghindari.
Harap saudara dapat memberikan penjelasan.
Jawapan : Untuk menjawab soalan saudara,kita perlu melihat makna menghindarkan dan menghindari di dalam
kamus.Menurut Kamus Dewan,Edisi Ketiga (1998),
menghindarkan mengelakkan(menjauhkan,menyingkirkan)
Daripada
menghindari - mengelak supaya terbias daripada,menjauhkan
diri daripada
Lihat contoh ayat yang berikut :
59a. Kita peril menghindarkan diri daripada dadah.
59b. Kita perlu menghindari dadah dalam kehidupan seharian.
60. Apakah perbezaan ayat-ayat yang berikut ini ?
60a. Sembahyanglah kamu sebelum kamu
disembahyangkan.
60b. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi.
Jawapan:Ayat pertama dalam soalan di atas
terkandung di dalamnya perkataan disembahyangkan membawa maksud
sembahyanglah kamu sebelum orang lain mengerjakan sembahyang untuk kamu(kerana kamu sudah mati dan tidak
dapat mengerjakan sembahyang sendiri).Sebaliknya,dalam ayat kedua,terkandung di dalamnya perkataan
disembahyangi yang bermaksud sembahyanglah kamu mendapat kesan perbuatan sembahyang yang dikerjakan oleh
orang lain.

61. Adakah ayat yang saya kemukakan di bawah ini betul ?


Harap dapat membantu saya.
a. Penduduk kampung itu bersetuju agar menamakan
Desa Murni untuk tempat itu.
b. Penduduk kampung itu bersetuju agar menamai tempat itu dengan Desa Murni.
c. Penduduk kampung itu bersetuju agar menamakan tempat itu Desa Murni.
Jawapan :Perkataan menamai dan
menamakan tecatat di dalam Kamus Dewan(1998), muka
surat 919.
menamai membubuh (memberi) nama kepada,menggelari
menamakan memberikan sesuatu nama sebagai
menggelarkan,menyebutkan

Berdasarkan makna yang diberikan,jelas menunjukkan ayat c. ternyata salah.Bagi ayat a. dan b. pula dapat dibaiki
menjadi ayat seperti yang berikut :
61a. Penduduk kampung itu bersetuju untuk menamakan Desa Murni kepada tempat itu.
61b. Penduduk kampung itu bersetuju untuk menamai tempat itu Desa Murni.
62. Mengapakah ayat di bawah ini dikatakan salah ?
*62a. Mereka dari Johorkah ?
*62b. Adib menulis suratkah ?
*62c. Pemuda itu siapakah ?
Jawapan :Ayat yang dikemukakan oleh saudara itu tergolong dalam ayat tanya.Namun begitu, ayat-ayat tersebut tidak
baku dari segi tatabahasa.Saudara,apabila partikel kah diletakkan dalam ayat,maka predikat mestilah
dikedepankan.Hal ini demikian kerana partikel kah berfungsi sebagai pementing predikat.Oleh itu,ayat 62a. dan 62b.
hendaklah ditulis seperti yang berikut :
62a. Dari Johorkah mereka ?
62b. Menulis suratkah Adib ?
Begitu juga bagi ayat 62c. yang harus ditulis seperti yang berikut ;
62c. Siapakah pemuda itu ?
63. Saya kurang faham akan fungsi yang dalam ayat.Boleh saudara jelaskan kepada saya ?
Jawapan :Kata yang tergolong dalam kata sandang.Pada masa yang sama kata yang juga mempunyai dua tugas,iaitu :
(a) untuk membentuk frasa nama,
(b) untuk membezakan makna.
Oleh sebab fungsi pertama adalah untuk membentuk frasa nama,maka dengan penyertaan yang,sesuatu kata yang
terdiri daripada pelbagai kelas kata dapat bertukar menjadi frasa nama.Contohnya :
seorang(kata bilangan) yang seorang(frasa nama)
leper(kata adjektif) yang leper(frasa nama)
dikejar(kata kerja pasif) yang dikejar(frasa nama)
menjamin(kata kerja transitif) yang menjamin (frasa nama)
berlari(kata kerja tak transitif) yang berlari(frasa nama)
Kata yang berfungsi sebagai pembeza makna pula dapat dilihat seperti ayat berikut :

(a) Jaket hitam di dalam almari itu kepunyaan Adib.(Maksud ayat ini ialah bahawa di dalam almari ada hanya sehelai
jaket hitam yang dipunyai oleh Adib.)
(b) Jaket yang hitam di dalam almari itu kepunyaan Adib.(Maksud ayat ini pula ialah bahawa di samping jaket hitam
kepunyaan Adib,ada sehelai atau beberapa helai jaket lain yang bukan kepunyaan Adib dan warnanya lain daripada
hitam.)
64. Mengapakah guru saya mengatakan bahawa ayat di bawah ini salah ?
*64a. Tuhan yang menentukan nasib manusia.
*64b. Yang manakah betul ?
Jawapan : Guru anda telah memberikan jawapan yang betul.Ayat yang dikemukakan adik itu ialah ayat songsang.Untuk
pengetahuan adik,apabila frasa nama yang menggunakan kata yang sebagai subjek diletakkan di belakang dalam ayat
songsang,maka partikel lah sebagai
pementing predikat mestilah ada.Jadi,ayat yang betul ialah ;
64a. Tuhanlah yang menentukan nasib manusia.
Sementara itu,ayat yang kedua pula telah menggunakan kata tanya mana yang disertai kata sandang yang bagi menjadi
frasa nama sebagai predikat ayat,maka frasa adjektif mestilah disertai kata yang supaya menjadi frasa nama untuk
bertugas sebagai subjek.Oleh itu,ayat yang betul;
64b. Yang manakah yang betul ?
65. Bolehkah saudara membezakan makna imbuhan ter- bagi ayat-ayat berikut ?
65a. Pintu kereta itu terbuka.
65b. Buku tebal ini terbaca juga olehnya.
65c. Batu itu tersepak olehku.
Jawapan :Ayat-ayat yang dikemukakan itu dikenali sebagai ayat pasif.Hal ini demikian kerana subjek diutamakan dalam
ayat atau dengan kata lain menjadi penderita.Kata kerja terbuka dalam ayat 65a. bermakna dalam keadaan sudah
dibuka,manakala dalam ayat 65b. pula,kata kerja terbeli maknanya dapat dibaca.Ayat 65c. yang mempunyai kata kerja
tersepak bermakna tidak sengaja disepak .Imbuhan ter- dalam ketiga-tiga ayat di atas tergolong dalam kata kerja pasif.
66. Bagaimanakah cara menyebut yang betul bagi perkataan nasionalisme dan dinamo ?
Jawapan :Dalam perkataan nasionalisme huruf e yang terdapat dalam huruf yang akhir itu terdiri daripada huruf e
pepet.Oleh itu,cara menyebut yang betul ialah
] bukan [ na + sio + na + lis + ma ].[ na + sio + na + lis + m
Bagi perkataan dinamo pula, cara menyebut yang betul ialah
+ mo ].[ di + na + mo ] bukan [ dai + n
67. Cuba berikan cara yang mudah untuk membezakan e pepet dengan e taling.
Cara yang biasa saya gunakan ialah perkataan emak dan enak.Perkataan emak menggunakan e pepet manakala
perkataan enak pula menggunakan e taling.Cuba anda sebutkan betul-betul kedua-dua perkataan itu tentu ada
perbezaannya.
68. Saya pelajar tingkatan lima di salah sebuah sekolah di Bandar raya Johor Bahru.Saya keliru tentang ejaan bagi
perkataan Arab yang sudah digunakan dalam masyarakat Melayu secara meluas.Adakah ejaan yang saya senaraikan
ini betul ? Kalau salah tolong betulkan.
sunnah
sayyid
saidina
redha
ramadhan
hajjah
khadi

Jawapan : Kesemua ejaan yang anda senaraikan itu salah.Ejaan yang betul adalah seperti yang berikut :
sunnah - sunah
sayyid - sayid
saidina - sayidina
redha - reda
ramadhan - Ramadan
hajjah - hajah
khadi - kadi
69. Sejak akhir-akhir ini,terdapat semacam kecenderungan di kalangan sebilangan penduduk di negara kita yang
menggunakan perkataan Inggeris iaitu megamall terutama untuk pasar raya.Bolehkah kita terjemahkan perkataan
tersebut sebagai kedai besar atau kedai mega ?
Jawapan :Saya merujuk kepada Daftar Istilah Semasa,Jilid II yang dikeluarkan Dewan Bahasa dan Pustaka,1998.Pada
helaian 18,ada dinyatakan istilah megamall.Dalam bahasa Melayu istilah itu menjadi megapura.
70. Saya sering mendengar perkataan jerayawara disebutkan oleh guru Bahasa Melayu.Apakah maksud perkataan
tersebut ?
Jawapan :Dari segi istilah,jerayawara asalnya daripada bahasa Inggeris iaitu roadshow.
71. Bolehkah saudara menyenaraikan beberapa perkataan bahasa Inggeris yang telah diMelayukan ?
Jawapan : Banyak perkataan bahasa Inggeris yang telah dimelayukan.Antaranya :
nugget - nuget
steamboat - stimbot
category - kategori
classification - klasifikasi
cafeteria - kafeteria
barbecue - barbeku
72. Yang manakah yang betul antara resepi denganresipi ?
Jawapan : Ejaan yang tepat ialahresipi kerana perkataan ini asalnya daripada recipe dalam bahasa Inggeris.Resipi
bermaksud keterangan berkenaan ramuan-ramuan dan cara memasak sesuatu makanan.Selain itu,resipi juga
bermaksud cara atau kaedah mencapai sesuatu tujuan.
73. Teliti ayat di bawah ini:
a. Gambaran itu mampu memaparkan sekali imbas perkara-perkara yang hendak ditonjolkan.
Mengapakah ayat di atas dianggap salah ?
Jawapan :Ayat tersebut dikatakan salah kerana penggunaan kata kerja transitif memaparkan yang perlu diikuti oleh
objek.Objek dalam ayat tersebut ialah perkara-perkara yang hendak ditonjolkan .Ayat ini dapat dibaiki dengan
memindahkan frasa sekali imbas sebelum predikat ataupun sebelum subjek seperti yang berikut :
73a. Gambaran itu,sekali imbas,mampu memaparkan perkara-perkara yang hendak ditonjolkan, atau
73b. Sekali imbas, gambaran itu mampu memaparkan perkara-perkara yang hendak ditonjolkan.
74. Benarkah ayat di bawah ini dikatakan ada cirri lebihan atau
lewah ? Jika benar,jelaskan.
a. Salah satu daripada ciri tersebut akan dibicarakan secara terperinci.
Jawapan :Ayat yang anda kemukakan itu mempunyai cirri lebihan iaitu salah satu atau satu daripada.Oleh
itu,memadai jika saudari memilih satu sahaja seperti yang berikut :
74a. Salah satu ciri tersebut akan dibicarakan secara terperinci, atau

74b. Satu daripada ciri tersebut akan dibicarakan secara terperinci.


75. Adakah ayat di bawah ini tepat atau perlu dibaiki ?
a. Hasil soal selidik didapati bahawa 40% penduduk di kampung itu tergolong dalam lingkungan keluarga miskin.
Jawapan :Ayat yang diberi itu tidak sempurna kerana tidak ada keserasian antara subjek,iaitu hasil soal selidik dengan
bahagian predikatnya.Cara yang betul untuk membetulkan ayat itu adalah dengan menukarkan kata didapati dengan
kata menunjukkan.Cara yang kedua adalah dengan menambahkan perkataan daripada.Lihat contoh ayat yang saya
kemukakan di bawah :
75a. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa 40% penduduk di situ tergolong dalam lingkungan keluarga miskin, atau
75b. Daripada hasil soal selidik,didapati bahawa 40% penduduk di situ tergolong dalam lingkungan keluarga miskin.
76. Mengapakah kita harus menggunakan dari segi dan tidak daripada segi ?
Jawapan :Perkataan segi seperti sudut dapat tergolong dalam dua kategori.segi dan sudut dapat dianggap tempat
dan dapat dianggap unsur abstrak juga.Namun begitu,bagi mengelakkan kekeliruan.Tatabahasa Dewan menggolongkan
kedua-dua perkataan ini sebagai tempat.
77. Saya sering terjumpa perkataan dentam , dentang , denting , desing ,kerkup dan lebum apabila membaca
cerpen.Bolehkah saudara jelaskan apakah bunyi-bunyi tersebut.
Jawapan :Bunyi-bunyi yang disebutkan itu ialah kata onomotopia,iaitu kata yang lahir daripada bermacam-macam bunyi
di sekitar kita.Kita ambil contoh bunyi telefon dikatakan sebagai berdering dan jam pula akan timbul kata berdetik.
Saya ringkaskan kata-kata yang dikemukan seperti yang berikut :
dentam - bunyi besi dipalu
dentang - bunyi nyaring besi diketuk
denting - bunyi duit syiling jatuh ke atas lantai
desing - bunyi tiupan angin
kerkup - bunyi seperti barang keras digigit
lebum - bunyi seperti benda besar jatuh.
78. Saya sering terkeliru tentang perkataan tusyen , tiusyen dan tuisyen.Yang manakah yang betul ejaannya ?
Jawapan :Ejaan yang tepat ialah tuisyen.Perkataan ini asalnya daripada bahasa Inggeris ,iaitu tuition yang
bermaksud bimbingan.Dari segi pengejaan perkataan,biasanya perkataan daripada bahasa Inggeris yang ditukarkan
menjadi bahasa Melayu,ejaannya dikekalkan mengikut ejaan asal dalam bahasa Inggeris.Perubahan hanya beberapa
huruf tertentu mengikut kesesuaian sebutan dalam bahasa Melayu.Biasanya, tion dalam bahasa inggeris akan menjadi
syen dalam bahasa Melayu.
79. Saya kurang faham akan maksud ironi.Bilakah kita boleh menggunakan perkataan ini semasa menulis karangan.
Jawapan :Perkataan ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya
antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi atau hakikatnya.Contohnya :
79a. Ironinya,jika masalah jerebu berlaku,orang ramai sudah tidak menganggap itu keadaan yang mencemaskan.
Penggunaan ironi semasa menulis karangan boleh dilakukan mengikut konteks ayat.
80. Saya ingin bertanya kepada saudara.Apakah fungsi -nya dalam ayat-ayat berikut ?
80a. Pokok rambutan itu nampaknya akan berbuah lebat.
81b. Zamri berhujah dengan lantangnya.
Jawapan :Bentuk kata nya yang digunakan dalam ayat tersebut dipanggil kata pascakata,iaitu bentuk kata yang hadir
selepas perkataan.Fungsi -nya adalah sebagai penekan dan pembenda.Bentuk kata nya yang berfungsi sebagai
penekan adalah untuk memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya.Contohnya,ayat yang
dikemukakan dalam 80a.Bentuk kata -nya memberikan penegasan kepada perkataan nampak.
Sebaliknya,bagi fungsi pembenda pula ialah sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama akan menjadi kata
nama jika bergabung dengan -nya.Contoh yang jelas ialah -nya yang terdapat dalam ayat 80b.Lantang tergolong
dalam kata adjektif.Apabila bergabung dengan -nya maka bertukar menjadi kata nama.
81. Bolehkah saudara tentukan ejaan yang tepat bagi perkataan perkataan di bawah yang menggunakan awalan maha.

maha meru
mahaguru
maharaja
mahasiswi
mahamulia
mahaagung
maha besar
Jawapan :Saudara yang bertanya,awalan maha merupakan awalan daripada bahasa Sanskrit yang telah lama terserap
ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu.Maha bermaksud paling atau tahap terbesar,tertinggi dan
teragung.Mengikut kelaziman, ejaan daripada jenis maha + kata adjektif dieja berasingan.Maha dalam binaan ini tidak
bertaraf imbuhan tetapi satu perkataan yang utuh.Oleh itu,ejaan yang perlu diperbetul menjadi maha mulia dan maha
agung.Bagi ejaan maha meru perlu ditukar menjadi mahameru kerana dianggap sebagai imbuhan awalan.
82. Benarkah ayat di bawah ini mengandungi satu objek ?
81a. Pak Lebai menamai tempat itu Tanjung Langsat.
Jawapan :Benar apa yang dikatakan oleh saudara.Ayat tersebut hanya mengandungi satu objek ,iaitu frasa tempat
itu.Frasa Tanjung Langsat hanya berfunsi sebagai pelengkap kepada objek kata kerja dan tidak boleh dijadikan objek
tepat.Contohnya :
*81b. Pak Lebai menamakan Tanjung Langsat untuk tempat itu.
Selain itu, kita juga boleh meletakkan perkataan sebagai di hadapan pelengkap itu.Contohnya :
81c. Pak Lebai menamai tempat itu sebagai Tanjung Langsat.
83. Saya selalu mendengar penyampai di TV3 menggunakan perkataan mengwar-warkan .Apakah maksud perkataan
itu dan adakah ejaannya betul ?
Jawapan : Ejaan sebenar bagi perkataan itu ialah menguar-uarkan bukan mengwar-warkan.Makna bagi perkataan
menguar-uarkan ialah 1. meneriak sesuatu untuk memberitahu orang ramai 2. menghebahkan atau menyiar-nyiarkan
khabar.
84. Bolehkah saudara membezakan antara perkataan aspirasi dengan inspirasi dari segi makna?
Jawapan :Jika kita merujuk kepada Kamus Dewan,kata inspirasi dimasukkan entrinya pada halaman 494.Maksudnya
ialah ilham atau bisikan hati.Kata aspirasi pula boleh ditemukan pada halaman 69 yang membawa maksud keinginan
yang kuat(untuk mencapai,mengadakan sesuatu) selain cita-cita.
85. Adakah persamaan dan perbezaan pada akhiran kan dan i dalam bahasa Melayu.Jika ada cuba jelaskan.
Jawapan :Persamaan akhiran kan dan i ialah kedua-dua akhiran ini membawa maksud kausatif atau menyebabkan
jadi.Contohnya :
kecilkan - menyebabkan jadi kecil
rendahkan - menyebabkan jadi rendah
baiki - menyebabkan jadi baik
sudahi - menyebabkan jadi sudah
Sebaliknya,perbezaan antara kedua-dua akhiran itu ialah akhiran
-kan mengandungi unsur benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain manakala akhiran I
mengandungi unsur lokatif atau tempat.Contohnya :
bancuhkan - membancuh untuk orang lain
buatkan - membuat untuk orang lain
naiki - naik ke atas suatu tempat
dekati - dekat pada tempat atau orang

86. Saya keliru tentang penggunaan hemah dan hemat.Tolong jelaskan.


Jawapan :Perkataan hemah boleh diketahui maksudnya apabila kita buka Kamus Dewan pada halaman 449 yang
mendukung maksud budi pekerti.Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut :
86a. Razak seorang pemuda yang baik, tinggi hemahnya dan
bersih tutur katanya.
Perkataan hemat pula bermaksud 1. tidak boros atau membazir (dalam membelanjakan wang atau menggunakan
sesuatu),cermat,jimat. 2. dengan penuh perhatian(minat),dengan teliti,cermat,hati-hati,beringat-ingat,berjaga-jaga. 3.
pemerhatian,pengamatan.Contoh penggunaan perkataan hemat dalam ayat adalah seperti yang berikut :
86b. Kalau ingin kaya kita harus berbelanja dengan hemat.
86c. Pegawai penyelidik itu bekerja dengan hemat.
86d. Usul itu pada hemat saya bertentangan dengan objektif syarikat.
87. Sila jelaskan perbezaan antara wahana dengan wacana kepada saya.Saya kurang arif tentang perkataan
tersebut.
Jawapan : Perkataan wahana dapat ditemukan maksudnya pada halaman 1541,Kamus Dewan.Maksud bagi
perkataan itu ialah saluran atau perantaraan(yang memungkinkan sesuatu dilakukan,disampaikan,atau
dicapai).Contohnya :
87a. RTM seharusnya menjadi wahana komunikasi ilmu dan sekali gus menjadi wahana komunikasi budaya yang
berkesan.
Perkataan wacana pula bermaksud 1. keseluruhan tutur yang
merupakan suatu kesatuan,ucapan,pertuturan,percakapan;
2. kesatuan fikiran yang utuh,sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan.Contohnya :
87b. Hari ini,kita dapat menyaksikan betapa sukarnya untuk mengumpulkan khalayak bagi tujuan memeriahkan dan
menjayakan wacana ilmu.

88. Apakah perbezaan antara bahasa rasmi dengan bahasa kebangsaan ?


Jawapan :Bahasa rasmi merujuk kepada bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi kerajaan dan pentadbiran
negara,manakala bahasa kebangsaan pula ialah bahasa yang utama bagi sesebuah negara yang berdaulat.
89. Guru saya mengatakan ada kata bantu yang boleh hadir secara berderetan.Benarkah begitu ?Jika benar tolong
nyatakan kata bantu yang boleh hadir berderetan itu .
Jawapan : Kata bantu terbahagi kepada dua, iaitu kata Bantu aspek dan kata bantu ragam.Kata bantu aspek
termasuklah perkataan sudah,telah,pernah,sedang,masih,belum dan akan.Sebaliknya,kata bantu ragam pula
termasuklah hendak, mahu harus, boleh, dapat dan mesti.
Kata bantu yang boleh berderetan adalah seperti yang berikut :
Kata bantu aspek kata bantu ragam
belum + pernah harus + mahu
masih + belum harus + dapat
masih + sedang mesti + mahu
Ssdah + pernah mesti + dapat
telah + pernah
90. Betulkah ayat-ayat di bawah ini apabila kata penguat hadir berderetan ?
90a. Kek itu sungguh amat sedap.
90b. Sikapnya sungguh kurang sopan.
90c. Lukisan itu terlalu amat cantik.

Jawapan :Dua unsur penguat boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif.Hal ini demikian kerana perkara ini ada
diberikan contoh pada muka surat 390 di dalam Tatabahasa Dewan,Edisi Baharu.
91. Yang manakah yang betul, pendingin hawa,penghawa dingin atau penyaman udara ?
Jawapan :Jawapan yang betul ialah penyaman udara.Perkara ini telah dikemukakan oleh pihak DBP melalui Lembar
Bahasa Bil. 3/2001.
92. Penggunaan dua jam suku dan dua suku jam.Yang manakah yang betul ?
Jawapan :Saya menggunakan rumus kata bilangan tentu seperti satu,dua, dan tiga tidak boleh berderetan dengan kata
bilangan pecahan seperti suku atau setengah .Oleh itu,yang lebih tepat ialah dua jam suku.
Contohnya :
92a. Kami menunggunya selama dua jam suku.
92b. Harga baju ini sepuluh ringgit setengah.
93. Apakah perbezaan maksud antara meningkatkan dengan mempertingkatkan ?
Jawapan :Perkataan meningkatkan dan mempertingkatkan diberi definisi yang jelas misalnya di dalam Kamus Dewan
pada halaman 1454 seperti yang berikut :
meningkatkan meninggikan kedudukan,membesarkan,memperhebat.
mempertingkatkan menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi(kedudukan,taraf,mutu,hasil pengeluaran ,dan lainlain),menjadikan lebih hebat,memperhebat.
Jadi,kedua-dua perkataan itu hampir sama maksudnya.
94. Saya selalunya keliru dengan penggunaan frasa kali pertama dan pertama kali.Yang manakah yang betul
.Bagaimanakah penggunaannya yang paling tepat dalam sesuatu ayat.
Jawapan :Kedua-dua frasa yang diberi itu betul penggunaanya bergantung pada penekanan sama ada pertama atau
pada kali.Lihat contoh yang berikut :
94a. Inilah kali pertama saya melawat ke Zoo Negara.
94b. Pertama kali saya menjejakkan kaki ke Universiti Malaya adalah pada tahun 1989.
95. Bolehkah saudara membantu saya menggunakan kata-kata mandiri,kendala,rancu,dirgahayu,gapura dan mandala.
Jawapan :Saya ringkaskan penerangan dengan memberikan maksud kata dan penggunaannya dalam ayat seperti yang
berikut :
mandiri - tidak terikat (bergantung pada) pihak lain;dapat berdiri
sendiri,dalam keadaan mampu mengurus keperluan sendiri.
Ayat :Dia masih dapat mandiri dan menjalani kehidupan seperti orang lain walaupun mengalami kecacatan sejak
dilahirkan.
kendala - aral;rintangan;halangan;hambatan
Ayat :Hasrat Pak Ali membina rumah yang besar tergendala kerana disongsong oleh pelbagai kendala.
rancu - tentang bahasa yang tidak teratur;campur aduk dan kacau
Ayat :Karangan yang ditulis oleh David sukar difahami kerana bahasa yang digunakannya terlalu rancu.
dirgahayu - (mudah-mudahan ) lanjut usia;panjang umur
Ayat :Setiap kali tibanya Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong,baginda banyak menerima perutusan tahniah dan
ucapan dirgahayu daripada rakyat.
gapura - pintu gerbang
Ayat :Ukiran pada gapura pada bahagian hadapan bangunan itu mempamerkan kehalusan seni yang unik.
mandala - lingkungan;bulatan;daerah
Ayat :Buku yang ditulis oleh pengarang itu menampilkan mandala permasalahan bahasa.

96. Saya masih kurang mantap dalam penggunaan banyak dan ramai.Boleh saudara menjelaskanya ?
Jawapan : Perkataan banyak digunakan untuk merujuk manusia.Pada masa yang sama,banyak juga digunakan
untuk merujuk binatang,tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.Perkataan ramaipula hanya digunakan untuk merujuk
manusia.Selain itu,apabila membincangkan isu ini,saya sering menggunakan peribahasa Melayu sejak sekian lama
yang berbunyi :
Banyak udang banyak garam;
Banyak orang banyak ragam.
Jadi,dari segi makna memang sudah jelas dan tidak perlu dipertikaikan lagi.
97. Antara perkataan yang berikut ,yang manakah yang betul cara penulisannya ?
(a) makcik - mak cik
(b) pakcik - pak cik
Jawapan :Cara mengeja perkataan yang dikemukakan itu adalah seperti yang berikut :
mak cik
pak cik
Tambahan bagi penggunaan mak cik dan pak cik ,apabila kita menggunakan mak cik atau pak cik sebagai nama
khas,maka dieja Mak Cik Limah atau Pak Cik Hamid.
98. Dalam majlis itu,Guru Besar telah menyampaikan ucapan.
Adakah huruf besar untuk guru besar dalam tersebut
betul ?Bilakah sepatutnya guru besar ditulis dengan huruf
besar ?
Jawapan :Penggunaan huruf besar dalam Guru Besar adalah betul.Huruf besar digunakan apabila kita merujuk
kepada orang tertentu yang bertugas sebagai guru besar.Sebaliknya, apabila kita merujuk kepada guru besar secara
umum,kita gunakan huruf kecil sahaja.Contohnya:
Beberapa orang guru besar dari Johor Bahru akan dinaikkan pangkat.
99. Mengapakah dalam bahasa terlalu banyak mazhab ? Tidakkah perkara ini mengganggu pengembangan bahasa itu
sendiri ?
Jawapan :Hal ini sering saya temukan apabila mengadakan ceramah tentang tatabahasa.Banyak guru
terutamanya,sering mempertikaikan satu pihak atau pihak yang lain.Dalam menjawab pertanyaan ini, saya mengambil
sedikit inti pati tulisan Awang Sariyan,Pelita Bahasa,November,1995.
Antara lain beliau menjelaskan bahawa wujudnya beberapa teori memang suatu kenyataan.Sebut apa-apa disiplin
ilmu;nescaya kita dapati bahawa setiap disiplin ada teori-teori berlainan.Beliau menambah bahawa tidak ada satu
disiplin yang mati atau menjadi kacau dengan adanya pelbagai teori yang berlainan.
Selain itu,beliau juga menyentuh tentang perkembangan bahasa Melayu itu sendiri.Bermula dengan teori ahli bahasa
Barat seperti Leonard Bloomfield,C.C. Fries dengan teori strukturalnya.Kemudian,muncul juga nama Prof. Noam A.
Chomsky yang mencetus teori linguistik transformasi-generatif.Kemudian,bergema pula teori baru yang dikenal sebagai
analisis wacana.Selain itu,banyak lagi teori yang lain yang tidak begitu meresap dalam perkembangan linguistik Melayu.
Antara lain yang diperkatakan ialah :
orang yang melihat adanya kelainan pendapat antara ahli bahasa tertentu sebagai suatu dosa,sedang ia sendiri tidak
berijtihad memilih satu pendapat berasaskan penelitian dan pemikiran ,tergolong dalam golongan tukang fitnah.
Jelas bahawa yang salah bukan teori atau mazhab,tetapi individu tertentu yang belum menguasai tradisi bahasanya.
100. Saya sering mendengar atau melihat perkataan kudapandan merarau.Dari manakah perkataan itu berasal dan
apakah maksudnya yang sebenar ?
Jawapan :Rarau atau merarau ialah kata yang diambil daripada bahasa Iban yang bermaksud makan pada waktu tegah
hari,manakala perkataan kudap atau kudapan ialah dialek Perak yang memberi maksud makan atau minum pada masa
rehat pada sebelah pagi.

101. Apakah perbezaan antara menduai , menduakan dengan memperdua ?


Jawapan :Perbezaan antara ketiga-tiga perkataan di atas ialah :
menduai - menambah jadi dua
menduakan - menjadikan dua,menganggap dua(Tuhan)
memperdua - membahagi dua(untung,hasil dan sebagainya;mengusahakan ternak
Contoh ayat adalah seperti yang berikut :
a. Encik Baba menduai isterinya dengan mengahwini
seorang wanita Indonesia.
b. Orang Islam tidak boleh menduakan Allah kerana
dianggap syirik.
c. Peniaga itu memperdua hasil keuntungan
perniagaannya dengan isterinya.
102. Apakah jenis kata yang berawalan ter- bagi ayat-ayat di bawah ?
a. Batu yang berat itu terangkat oleh Badang.
b. Pesakit itu terbaring di atas katil.
Jawapan :Perkataan terangkat dalam ayat a. ialah kata kerja pasif,manakala kata terbaring dalam ayat b. pula ialah kata
kerja tak transitif.Alasannya,bagi perkataan kata kerja pasif berawalan ter- ,penggunaan oleh tidak boleh
digugurkan.Jika oleh digugurkan ,maka maksud ayat akan berubah.Contohnya:
*a. Batu yang berat itu terangkat Badang.
Sebaliknya,bagi kata kerja tak transitif pula diikuti oleh pelengkap.Dalam ayat b. , di atas katil dianggap sebagai
pelengkap.
103. Adakah ayat di bawah ini betul ? Jika salah,sila jelaskan.
a. Surat itu dituliskan oleh abang saya.
Jawapan :Ayat yang dikemukakan itu salah dari segi penggunaan kata kerja pasif.Kata kerja pasif yang sepatutnya ialah
ditulis tanpa membubuh akhiran kan.Jadi,ayat itu sepatutnya ditulis seperti yang berikut ;
Surat itu ditulis oleh abang saya.
Sebagai penerangannya,mari kita gunakan kaedah transformasi ayat.
Ayat aktif : Abang saya menulis surat itu.(betul)
Ayat pasif : Surat itu ditulis oleh abang saya.(betul)
Ayat aktif : Abang saya menuliskan surat itu.(salah)
Ayat pasif : Surat itu dituliskan oleh abang saya.(salah)
104. Yang manakah ayat yang betul ?
a. Ayah sedang membaiki motosikal yang rosak.
b. Ayah sedang membaikkan motosikal yang rosak.
Jawapan :Kedua-dua ayat yang dikemukakan itu betul.Hal ini demikian kerana ada sebilangan kecil kata kerja yang
menerima apitan meN--i dan meN--kan ,penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna.Contoh lain
ialah :
c. Kami cuba melupai peristiwa pahit itu.
c. Kami cuba melupakan peristiwa pahit itu.
105. Saya seorang guru Bahasa Melayu di salah sebuah sekolah di daerah ini.Saya ada terbaca tentang proses
relativisasi dalam ayat.Apakah proses itu ?

Jawapan :Proses relativisasi ialah suatu proses memancangkan ayat ke dalam satu ayat yang lain sebagai frasa relatif
kepada subjek ayat yang menerima pancangan.Biasanya,proses ini timbul apabila kita kita hendak menghasilkan ayat
terbitan melalui proses peluasan frasa nama sebagai subjek.Contohnya :
a. Kanak-kanak itu saudara saya.
b. kanak-kanak itu menangis.
Kanak-kanak yang menangis itu saudara saya.
Perlu diingat di sini,proses relativisasi hanya boleh berlaku hanya apabila kedua-dua subjek frasa nama itu sama atau
beridentiti sama.Jika tidak sama,maka proses tersebut tidak dapat dilakukan.
Contoh :
Orang itu sudah sihat.
Budak itu sakit.
* Orang yang budak sakit itu sudah sihat.
106. Adakah ayat yang saya kemukakan di bawah ini
betul ?Jika salah sila jelaskan.
a. Dia tidak dapat memberikan apa-apa keputusan.
Jawapan :Jika dilihat penggunaan apa-apa dalam ayat tersebut,tiada kesalahan yang dilakukan.Hal ini demikian
kerana apa-apatergolong dalam kelompok kata ganti tak tentu,iaitu salah satu kelompok kata nama .Oleh itu,susunan
Hukum DM masih dipatuhi sama ada kita mengatakan keputusan apa-apa atau apa-apa keputusan.Selain itu,dari
segi penggunaan kata kerja transitif yang mesti diikuti objek juga tidak tiada sebarang kesilapan.
107. Bagaimanakah kita hendak mengeja perkataan Malaysia yang dibubuh imbuhan apitan ?
Jawapan :Saya merujuk Kamus Dewan pada muka surat 851 untuk menjawab pertanyaan saudara.Pada halaman
tersebut,ada entri perkataan Malaysia dimasukkan.Rumusannya,jika perkataan Malaysia hendak dimbuhkan secara
apitan, maka huruf M. pada huruf pertama ditulis sebagai m sahaja.Contohnya :
Malaysia pemalaysiaan
Malaysia kemalaysiaan
Malaysia memalaysiakan
108. Saya keliru tentang penggunaan pembelajaran dan pemelajaran .Boleh terangkan kepada saya ?
Jawapan :Masalah penggunaan pembelajaran dan pemelajaran memang sudah lama dibincangkan oleh pengkaji
bahasa.Hal ini timbul kerana ada yang mengatakan peN- akan menjadi pem- apabila dimbuhkan dengan kata dasar
yang bermula huruf b.Walau bagaimanapun,perkataan pemelajaran tidak melibatkan proses pengimbuhan yang
sama.
Dalam bahasa Melayu,ada hubungan yang rapat,misalnya antara pengimbuhan meN den peN.
Sebagai contoh :
memasukkan - pemasukan
menaklukkan - penaklukan
menyiarkan - penyiaran
Sebenarnya,perkataan pembelajaran dicipta sebagai padanan bagi kata Inggeris learning melalui proses pengimbuhan
yang tidak selaras dengan pola pembentukan kata dalam bahasa Melayu.
Sepatutnya,proses pembentukan kata ini yang mengikut rumus bahasa Melayu yang betul adalah seperti yang berikut :
Kata Dasar KKTT KKT Kata terbitan
ajar Belajar mempelajari pemelajaran
satu Bersatu mempersatukan Pemersatuan
oleh Beroleh memperoleh pemerolehan
Oleh sebab kita tahu bahawa telah berlaku kesilapan tanggapan yang mengakibatkan timbulnya bentuk *pembelajaran
tadi,maka kita harus berusaha kembali kepada bentuk yang betul.
109. Saya ditugaskan oleh guru untuk mencari maksud bagi perkataan di bawah.Saya harap saudara boleh membantu
saya.

tunaaksara
tunakarya
tunawicara
tunawisma
tunasusila
tunarungu
Jawapan : Tuna ialah awalan daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud tidak mempunyai.
tunaaksara bermaksud buta huruf
tunakarya bermaksud penganggur
tunawicara bermaksud bisu
tunawisma bermaksud tidak mempunyai tempat tinggal
tunasusila bermaksud pelacur
tunarungu bermaksud pekak
110. Saya sering keliru tentang penggunaan perkataan ejen dan agen.Adakah perkataan itu sama maksudnya atau
sebalik-nya ?
Jawapan :Saya juga pada suatu masa dahulu agak keliru dengan kedua-dua perkataan ini.Jika saudari merujuk Kamus
Dewan,halaman 327 ada diterangkan maksud ejen,iaitu :
ejen 1. orang (syarikat dsb) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain,wakil penjual; 2. orang yang diupah untuk
melakukan sesuatu.
Perkataan agen pula pada halaman 12 yang bermaksud sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas(proses
dsb).
Saya harap saudara jelas tentang penggunaan perkataan tersebut.
111. Bagaimanakah kita hendak menulis nombor dalam penulisan karangan.Adakah kita hendak menulis dalam bentuk
nombor atau huruf ?
Jawapan :Cara menulis perkataan bernombor ada dua cara,iaitu dengan cara menulis dalam bentuk nombor atau
menulis dengan cara huruf.Namun begitu, bagi tujuan meminimumkan jumlah kata,nombor 1 hingga 11 bolehlah ditulis
dalam bentuk huruf untuk menjadi satu,dua,tiga ,dan sebelas.Nombor 12 dan seterusnya hendaklah ditulis dalam
bentuk nombor sahaja.
112. Apakah kata dasar bagi perkataan-perkataan yang saya kemukakan di bawah ini.
Kebajikan,kenderaan,sebatian dan menguap.
Jawapan :Kebajikan berasal daripada kata bajik,manakala kenderaan berasala daripada kata kendera.Bagi
perkataan sebatian pula asalnya ialah bati.Perkataanmenguap pula berasal daripada kata dasar uap.Lihat kata
terbitan bagi setiap perkataan tersebut seperti yang berikut :
bajik - kebajikan
kendera - berkendera,mengenderai,kenderaan,berkenderaan dan pengendera
bati - sebati,bersebati,menyebatikan,sebatian,kesebatian dan penyebatian
uap - menguap.
113. Apakah perbezaan antara ayat (a) dengan ayat (b) seperti yang berikut ?
(a) Ahmad teringat akan kekasihnya.
(b) Ahmad teringat oleh kekasihnya.
Jawapan :Terdapat dua perbezaan antara ayat (a) dengan ayat (b).Pertama,dari segi kata kerja.Ayat (a) teringat
tergolong dalam kata kerja aktif manakala teringat dalam ayat (b) pula tergolong dalam kata kerja pasif.Perbezaan
kedua ialah dari segi subjeknya.Dalam ayat (a) Ali berfungsi sebagai subjek.Sebaliknya,dalam ayat (b) Ali merupakan
subjek terbitan kata kerja pasif teringat.Ayat (b) berasal daripada ayat aktif Kekasihnya mengingati Ali.
114. Saya seorang guru.Setiap kali membaca majalah tentang bahasa,saya sering menemukan perkataan ketaksaan
dan kepersisan.Bolehkah saudara menjelaskannya kepada saya ?

Jawapan :Perkataan ketaksaan ada dinyatakan dalam Tatabahasa Dewan ,Edisi Baharu,halaman 561.ketaksaan
atau ambiguity bermaksud sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran,misalnya : Ibu bapa
Ali telah meninggal.Dalam ayat tersebut pengertian yang boleh dibuat ialah ibu kepada bapa (iaitu nenek) Ali telah
meninggal dunia atau kedua-dua ibu bapa Ali telah meninggal dunia.
kepersisan bermaksud ketepatan atau kejituan . Biasanya,dalam membincangkan isu bahasa,kepersisan merujuk
kepada ketepatan penggunaan sesuatu kata atau ayat mengikut konteks tertentu.Contoh ayat : Kepersisan daya fikiran
masyarakat di Malaysia dapat diukur pada mutu bahasa Melayu yang dikuasai.
115. Saya sering keliru tentang ejaan yang tepat antara personafikasi dengan personifikasi semasa mengkaji gaya
bahasa karya sastera.Yang manakah yang betul ?
Jawapan : Ejaan yang tepat ialah personifikasi bukan personafikasi.
116. Saya ingin bertanya sama ada ayat yang saya kemukakan di bawah ini betul atau salah.Jika betul ,mengapa ?
(a) Keputusannya amat menggembirakan mereka.
(b) Keputusannya amat menggembirakan.
Jawapan :Kedua-dua ayat yang anda kemukan itu betul.Ayat (a) merupakan ayat asal manakala ayat (b0 pula telah
mengalami proses pengguguran frasa nama sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif.Contoh
kata kerja yang lain termasuklah menakjubkan,menghairankan,memilukan,menggembirakan,
mendukacitakan,mempesonakan dan sebagainya.Lihat contoh berikut :
Peristiwa itu sangat menyedihkan (kami).
Peristiwa itu sangat menyedihkan.
117. Sepanjang pengetahuan saya,saya hanya mengetahui wujudnya kata terbitan iaitu melalui proses
pengimbuhan.Baru-baru ini,saya diberitahu ada pula ayat terbitan dalam bahasa Melayu.Benarkah ayat terbitan wujud ?
Jelaskan.
Jawapan :Memang benar wujud ayat terbitan apabila kita mempelajari bahasa Melayu.Ayat terbitan bermaksud
penerbitan sesuatu ayat berpunca daripada ayat yang lain.Dalam bahasa Melayu penerbitan ayat ini dapat dilakukan
melalui proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran,penyusunan semula, atau peluasan.Contohnya :
Keluar dari sini !(a) Awak semua keluar dari sini !
( pengguguran )
Bangunan bank dijaga oleh pengawal itu.(b) Pengawal itu menjaga bangunan bank.
( penyusunan semula )
(c) Guru itu akan sampai esok.
Guru itu baru lulus.
Guru yang baru lulus itu akan sampai esok.
( peluasan )
118. Apakah perbezaan antara ayat-ayat yang saya kemukakan di bawah ini ?
(a) Pak Abu berserban setiap hari.
(b) Pak Abu berada di Johor Bahru.

Jawapan :Sebelum kita membincangkan perbezaan ayat-ayat tersebut,elok


rasanya kita lihat persamaannya. Persamaan ayat (a) da
yat (b) ialah dari segi penggunaan kata kerja tak transitif.Dalam ayat (a) kata
kerja tak transitifnya ialah berserban manakala dalam ayat (b) pula kata kerja tak transitifnya ialah
berada.Oleh itu,kedua-dua ayat tersebut tergolong dalam ayat aktif tak transitif.Perbezaan antara ayat (a) dengan ayat
(b) adalah dari segi jenis ayat aktif tak transitif.

Ayat (a) ialah ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh
digugurkan.Sebaliknya,ayat (b) pula ialah ayat aktif tak transitif dengan
keterangan yang tidak boleh digugurkan.Keterangan dalam ayat (a) iaitu setiap

hari boleh

digugurkan tanpa menjejaskan maksud ayat tersebut.Namun begitu,jika ayat (b) digugurkan unsur
keterangannya iaitu di Johor Bahru maka maksud ayat tidak akan sempurna.
119. Bolehkah ayat-ayat berikut dipasifkan ? Jika boleh,sila nyatakan.
(a) Beliau memandang saya ketika beliau berdiri di situ.
(b) Lembu yang menanduk kereta saya itu menanduk kereta Ravi pula.
(c) Akhbar itu melaporkan bahawa wabak taun telah merebak di situ.
(d) Fatin akan membeli buku itu kalau ayah membenarkannya.
Jawapan :Ayat-ayat yang dikemukan itu tergolong dalam ayat majmuk aktif.Jika ayat majmuk itu mengandungi kata
kerja transitif,kita boleh menjadikan ayat itu sebagai ayat pasif.Lihat ayat pasif yang saya berikan di bawah ini.
(a) Saya dipandang oleh beliau ketika beliau berdiri di situ.
(b) Kereta Ravi pula ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta saya itu.
(c) Bahawa wabak taun telah merebak di situ dilaporkan oleh akhbar itu.
(e) Buku itu akan dibeli oleh Fatin kalau ayah membenarkannya atau Fatin akan membeli buku
itu kalau dibenarkan oleh ayah.
120. Guru saya mengatakan bahawa kata sendi nama untuk dan bagi boleh saling ditukar ganti dalam ayat.Benarkah
pendapat ini.
Jawapan :Penggunaan untuk dan bagi dalam ayat-ayat tertentu memang boleh ditukar ganti tanpa menjejaskan
maksud ayat.Namun begitu, bagi ayat yang menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan
,penggunaan untuk lebih tepat berbanding bagi.Lihat contoh yang saya kemukakan ini.
(a) Hadiah ini untuk awak.(salah jika menggunakan bagi)
(b) Ayah membeli kereta untuk ibu.(salah jika menggunakan bagi)
121. Yang manakah yang betul bagi ayat-ayat di bawah ini.
(a) Saya tebang pokok itu.
(b) Saya menebang pokok itu.
Jawapan :Kedua-dua ayat yang anda kemukakan itu betul dalam bahasa Melayu.Ayat (a) ialah ayat pasif songsang
yang telah mengalami proses transformasi songsang.Ayat pasif biasa ialah Pokok itu saya tebang.Ayat (b) pula ialah
ayat aktif kerana mengandungi kata kerja transitif iaitu menebang dan objeknya pokok itu.Perbezaan antara kedua-dua
ayat tersebut ialah cara menyebutnya iaitu melalui intonasi.
1. Yang manakah yang betul penggunaan bahasanya ?
(a) Beliau sedang menerangkan tentang faedah berjimat cermat,atau
(b) Beliau sedang menerangkan faedah berjimat cermat.
Jawapan :Kata kerja transitif harus diikuti terus oleh
objek.Oleh hal yang demikian,ayat yang betul
ialah ayat (b).
2. Adakah penggunaan sehubungan dengan itu betul? Bagaimanakah dengan sehubungan itu ?
Jawapan :Kita harus melihat apakah erti sehubungan.Erti sehubungan ialah sama hubungan.Kerana
itu,sehubungan dengan itu bermaksud sama hubungan dengan itu.Kerana itu jugalah,sehubungan itu salah kerana
tidak bermakna.
3. Yang manakah betul,berpeleseran atau berpelesiran
Jawapan :Yang betul ialah berpelesiran.
4. Adakah perkataan memperbaiki betul ?
Jawapan :Dalam bahasa Melayu,salah satu fungsi
imbuhan memper- adalah untuk mengungkapkan maksud menjadikan lebih lagi.Apabila kita gunakan
memperbaiki,itu bermakna kereta itu sudah baik tetapi kita hendak menjadikannya lebih baik lagi.Oleh itu,perkataan
yang sesuai ialahmembaiki
5. Apakah sebabnya perkataan ternak dan terjemah apabila ditambah dengan imbuhan me- menjadi menternak dan

menterjemah ?Bukankah huruf t harus dihilangkan seperti tulis menjadi menulis.


Jawapan :Jika mengikut peraturan pengimbuhan dalam bahasa Melayu,huruf t memang harus dihilangkan apabila
perkataan-perkataan yang bermula dengan huruf tersebut diberi imbuhan awalan me-.Namun begitu,bagi sesetengah
perkataan seperti ternak dan terjemah sudah luas penggunaannya dan dianggap betul.
Satu lagi contoh seumpama ini ialah perkataan percaya.Apabila diberi imbuhan me-,bentuk terbitan yang betul
seharusnya memercayai.Tetapi kita tidak pernah mendengar orang menggunakan memercayai melainkan
mempercayai sahaja.Oleh itu,ada kekecualian bagi beberapa perkataan tertentu.
6. Saya sering keliru tentang penggunaan adalah.Bilakah kita boleh menggunakannya? Apakah pedoman yang dapat
kita gunakan dalam hal ini ?
Jawapan :Dalam ayat, penggunaan adalah hanya boleh ,diikuti oleh kata sendi dan kata sifat.Ada kalanya,kataadalah
tidak perlu hadir dan digunakan sebagai penegas sahaja.Misalnya :
(a) Satu lagi usaha yang akan dijalankan adalah untuk menerbitkan risalah yang akan disebarkan kepada orang ramai.
(b) Keputusan panel hakim adalah muktamad.
Dalam ayat (a) adalah perlu ada tetapi dalam ayat (b) penggunaannya hanya sebagai penegas dan boleh ditiadakan.
7. Bolehkah ini kerana digunakan dalam ayat semasa membuat karangan atau rumusan ?
Jawapan : Penggunaan ini kerana timbul sebagai akibat pengaruh struktur bahasa Inggeris This is because Ayat
yang lebih baik diungkapkan seperti yang berikut :
Hal ini demikian kerana
8. Adakah penggunaan oleh kerana dalam ayat di bawah
betul ?
Oleh kerana merokok adalah salah satu gejala
Jawapan : Perkataan kerana tidak perlu didahului oleh oleh.Sepatutnya kita gunakan kerana sahaja ataupun oleh
sebab sebagai kata hubung.Perkataan sebab tergolong sebagai kata nama dan perlu didahului oleh oleh untuk
dapat berfungsi sebagai kata hubung.
9. Ada pendapat mengatakan bahawa penggunaan Para hadirin dan Para hadirin sekalian betul.Mengapakah keduaduanya dianggap betul ?
Jawapan : Dalam bahasa Melayu, kata nama yang sudah dijamakkan tidak boleh didahului oleh kata penanda jamak
lagi.Oleh hal yang demikian, salahlah kalau kita katakansemua pelajar-pelajar,sekalian murid-murid,sekalian para
hadirin dan sebagainya.Dalam contoh-contoh yang diberikan,pelajar-pelajar,murid-murid dan para hadirin sudah
merupakan kata jamak dan tidak perlu diberi penanda jamak lagi.
Walau bagaimanapun, penanda jamak yang datang sesudah kata jamak tidak salah dalam bahasa Melayu,malah boleh
dianggap sebagai penegas.Itulah sebabnya kita boleh mengatakan,misalnya pelajar-pelajar semua,murid-murid
sekalian,para hadirin sekalian,tuan-tuan dan puan-puan sekalian, dan sebagainya.
10. Ada dua jenis penggunaan pun dalam bahasa Melayu.Bilakah kita harus menjarakkan penggunaan perkataan
pun dan bila pula harus kita mendekatkan perkataan pun dengan perkataan yang mendahuluinya.
Jawapan : Dalam bahasa Melayu, ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan
pun,iaitu :
Adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun,
meskipun, sungguhpun.
Walau bagaimanapun, pun yang bererti juga ditulis terpisah.
11. Yang manakah yang betul,justeru atau justeru itu ?
Jawapan : Sebenarnya perkataan justeru dengan maksud oleh itu itu salah penggunaannya.Makna justeru ialah
malahan atau bahkan.Misalnya: Saya tidak pernah mengkhianati dia,justeru saya menolong dia.

12. Ayat yang manakah yang betul ?


1. Buku itu bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak,tetapi juga untuk orang dewasa.
2. Buku itu sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak, tetapi juga untuk orang dewasa.
Jawapan : Dalam hal ini, kedudukan kata nafi yang berbeza itu bertujuan untuk memberikan penekanan kepada unsur
yang berbeza dalam ayat. Dalam ayat (1 ), unsur yang ditekankan ialah kesesuaian buku itu untuk kanak-kanak,
manakala dalam ayat ( 2 ), yang diberi penekanan ialah perihal sesuainya buku itu.
Oleh hal demikian,kedua-dua ayat betul.Namun, lebih tepat lagi jika kata penegas juga diletakkan pada akhir ayat
seperti yang berikut :
1(a). Buku itu bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, tetapi untuk orang dewasa juga.
2(a). Buku itu sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak,tetapi untuk orang dewasa juga.
13. Bolehkah jelaskan penggunaan kata nafi bukan dan kata
nafi tidak ?
Jawapan : Kata nafi bukan boleh menjadi unsur
nafi bagi frasa nama dan frasa sendi nama.
Contohnya :
1. Projek itu bukan usaha saya.
2. Kereta api itu bukan dari Ipoh.
Kata naf tidak pula ialah unsur naf bagi frasa kerja dan frasa adjektif.
Contohnya :
3. Bapanya tidak pergi ke sawah hari ini.
4. Kenyataannya itu tidak benar.
14. Ejaan yang manakah yang tepat istirehat atau istirahat ?
Jawapan : Ejaan yang tepat ialah istirahat.Kata tersebut ialah kata serapan daripada bahasa Arab.Istirahat bermaksud
rehat.Manakala beristirahat bermaksud berehat.
15. Tolong jelaskan tentang ejaan bandaraya dan bandar raya ?
Jawapan : Dalam bahasa Melayu, kata bandar dan raya boleh berdiri sendiri dan masing-masing mempunyai makna.
Jadi, ejaan yang tepat ialah bandar raya.
Namun, bagi kata nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ialah contoh penggunaan ejaan yang salah tetapi
dikecualikan kerana telah terdaftar secara sah.Kesalahan sebegini seharusnya dihindarkan kerana akan menimbulkan
kekeliruan.
16. Apakah perbezaan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan ?
Jawapan : Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi kerajaan dan pentadbiran negara. Manakala
bahasa kebangsaan ialah bahasa yang utama bagi sesebuah negara yang berdaulat.
17. Yana manakah yang betul agung atau agong ?
Jawapan : Dalam bahasa Melayu, mengikut hukum keselarasan vokal, vokal a akan berpasangan dengan vokal u(au). Oleh itu, kata ini sepatutnya dieja agung, contohnya mesyuarat agung,seniman agung,pemimpin agung, tetapi ada
kekecualiaan hanya untuk Yang di-Pertuan Agong yang menggunakan vokal o untuk kata agong.
18. Apakah perbezaan antara memperhamba dan memperhambakan ?
Jawapan : memperhamba bermaksud menjadikan
orang lain sebagai hamba.
Contohnya:
Encik Sabri memperhamba Mat Timah di rumahnya.
memperhambakan pula bermaksud menjadikan diri sebagai hamba kepada seseorang.
Contohnya:
Hang Tuah memperhambakan dirinya kepada raja.

19. Apakah fungsi bentuk penggandaan dalam bahasa Melayu ?


Jawapan : Dalam bahasa Melayu penggandaan mempunyai beberapa makna.
Contohnya:
( I ) perbuatan yang berulang-ulang:
tergelak-gelak
melambai-lambai
tersenyum-senyum
tersengih-sengih
( ii ) perbuatan yang berpanjangan:
berangan-angan
mengata-ngata
tergila-gila
( iii ) perbuatan yang bersungguh-sungguh:
bercerai-berai
bertungkus-lumus
memporak-peranda
( iv ) perbuatan yang saling berbalasan:
bersalam-salaman
berpeluk-pelukan
berkasih-kasihan
20. Mengapakah ayat di bawah dikatakan salah ?
Pemain-pemain bola sepak itu berkejaran antara satu sama lain untuk mendapatkan bola.
Jawapan : Ayat itu dikatakan salah kerana kata kerja yang digunakan dalam ayat tersebut perlu ditulis seperti yang
berikut :
Pemain-pemain bola sepak itu berkejar-kejaran antara satu sama lain untuk mendapatkan bola.
Atau,
Pemain-pemain bola sepak itu saling berkejaran antara satu sama lain untuk mendapatkan bola.
Kita perlu menulis ayat seperti di atas kerana berkejar-kejaran membawa maksud saling berbalasan.Oleh itu, apabila
kita menggunakan perkataan tersebut perlu menulis ayat seperti dinyatakan itu.
21. Yang mana satu betul ais krim,ais-krim atau aiskrim ?
Jawapan : Ejaan yang betul ialah aiskrim.Sila rujuk Kamus Dewan untuk kepastian.
22. Bolehkah saudara menjelaskan penggunaan di- kepada saya ?
Jawapan : Penggunaan di dalam bahasa Melayu secara umumnya berfungsi sebagai imbuhan awalan kata kerja pasif
dan berfungsi sebagai kata sendi nama bagi menunjukkan tempat.Namun begitu,terdapat beberapa kekecualian tentang
penggunaan di.
Contohnya:
Yang di- Pertuan Agong
Yang Dipertua Majlis
Diraja
23. Boleh saudara menjelaskan penggunaan imbuhan pinjaman anti- kepada saya ? Saya kurang faham .
Jawapan : Penggunaan anti- ada dua cara.Caranya ialah jika anti- bergabung dengan perkataan yang terdiri daripada
kata nama am,maka kita perlu menulis seperti yang berikut :

antidadah
antikerajaan
Perkataan dadah dan kerajaan merupakan kata nama am.
Sebaliknya,jika anti- bergabung dengan perkataan yang terdiri daripada kata nama khas,maka kita perlu menulis seperti
yang
berikut :
anti-Israel
anti-Amerika Syarikat
Perkataan Israel dan Amerika Syarikat ialah kata nama khas bagi tempat.
24. Mengapakah perkataan menghuruharakan,
memporakperandakan dan menggembargemburkan dianggap salah ?
Jawapan : Sebelum menjawab,saya menasihati saudara supaya mengenal pasti jenis kata dasarnya
dahulu.Kemudian ,saudara pasti dapat mengetahui jawapannya.Perkataan-perkataan tersebut dianggap salah kerana
kata dasar bagi bentuk terbitan itu ialah kata ganda, iaitu memerlukan tanda sempang (-) jika hendak menulisnya.
Oleh itu,kita perlu menulis perkataan tersebut seperti yang berikut :
menghuru-harakan
memporak-perandakan
menggembar-gemburkan
25. Yang mana satu betul ke 10, ke-10,ke-X dan ke X ?
Jawapan : Cara menulis yang betul ialah ke-10 dan huruf roman X tidak perlu ada tanda sempang sebelumnya.Jadi,kita
tulis Sukan SEA X sahaja.
26. Ayat yang manakah betul dari segi penggunaan kata sendi namanya bagi ayat-ayat di bawah ? Tolong jelaskan.
i. Ancaman itu datang dari dalam dan luar negara.
ii. Ancaman itu datang dari dalam dan dari luar negara.
iii. Kita pergi dengan bas atau kereta ?
iv. Kita pergi dengan bas atau dengan kereta /
v. Ali melihat ke atas dan ke bawah.
vi. Ali melihat ke atas dan bawah.
Jawapan : Bagi menjawab soalan ini,saya merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu pada muka surat 406.Penerangan
yang diberikan ialah penggabunggan frasa sendi nama dengan kata hubung dan dan atau,kata sendi nama pada unsur
kedua,secara pilihan boleh digugurkan.Bagaimanapun,kata sendi nama pada unsur kedua tidak boleh digugurkan kalau
kata sendi nama dalam bentuk setara itu ialah ke.
Jadi,dapatlah kita rumuskan bahawa ayat i,ii,iii,iv dan v itu betul.Sebaliknya,ayat vi tidak tepat penggunaaanya.
27. Bolehkah kata sendi oleh digugurkan bagi ayat-ayat di bawah ?
i. Baju itu sudah dijahit ibu semalam.
ii. Sampah sarap sudah dibakar ayah pagi tadi.
Jawapan : Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi oleh pada binaan oleh + FN yang
letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat.Namun demikian, sekiranya
binaan oleh + FN itu terletak jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan.Contohnya:
i. Baju itu sudah dijahit semalam oleh ibu.
ii. Sampah sarap sudah dibakar pagi tadi oleh ayah.
28. Mengapakah yang perlu diletakkan dalam ayat di bawah ?
Agenda mesyuarat adalah seperti yang berikut :
Jawapan : Perkataan yang perlu disisipkan dalam ayat tersebut kerana perkataan seperti tergolong dalam kata sendi

nama.Oleh itu,kata yang sepatutnya mengikutinya mestilah kata nama.Sebenarnya ayat asal bagi ayat di atas ialah;
Agenda mesyuarat adalah seperti agenda yang berikut:
Kata agenda boleh digugurkan dan yang akan berfungsi sebagai kata ganti nama.Oleh hal yang demikian,ayat tersebut
telah menjadi gramatis kerana kata sendi seperti telah diikuti oleh kata nama.
29. Mengapakah ejaan perabot bukan perabut dan laporan bukan lapuran kerana hukum keselarasan vokal bahasa
Melayu ialah a-u ?
Jawapan : Dua perkataan itu tidak mengikut hukum keselarasan vokal bahasa Melayu sepatutnya kerana perkataanperkataan itu ialah kata pinjaman daripada bahasa Indonesia.
30. Apakah perbezaan antara pelanggaran dengan
perlanggaran ?
Jawapan : Mengikut Kamus Dewan pada muka surat 759,kata pelanggaran bermaksud perihal melanggar
(menyerang,menyerbu dan sebagainya).
Contohnya;
Pelanggaran askar Israel terhadap penduduk Palestin itu telah dapat dipatahkan.
Sebaliknya,kata perlanggaran pula membawa maksud perihal berlanggar(antara kenderaan,kenderaan dengan orang
dan lain-lain)
Contohnya;
Van itu terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah kereta di Jalan Tampoi.
31. Apakah perbezaan antara dedaun dengan tetamu dari segi makna ?
Jawapan : Gandaan separa seperti dedaun dan pepohon membawa maksud jamak atau
banyak.Manakala,tetamu,lelaki dan lelabu membawa maksud tunggal atau satu.Saya berikan contoh di bawah sebagai
perbandingan.
a. Dedaun-dedaun itu layu apabila kekurangan air.(salah)
b. Dedaun itu layu apabila kekurangan air.(betul)
c. Ramai tetamu yang hadir di rumah Abu. (betul)
d. Lelaki-lelaki itu kacak belaka.(betul)
32. Saya kurang faham tentang penggunaan frasa mengkaji semula dalam ayat yang sering saya jumpa apabila
membaca akhbar.Adakah frasa itu betul dari segi tatabahasa ?Bagaimana pandangan saudara ?
Jawapan : Frasa mengkaji semula yang saudara kemukakan itu sebenarnya terjemahan terus daripada bahasa Inggeris
yang berawalan re- iaitu review.Banyak lagi contoh perkataan seperti ini iaitu reconstruct,re-count dan sebagainya.
Apabila perkataan itu diterjemahkan dalam bahasa Melayu,maka menjadi kesatuan yang tidak boleh dipisahkan itu
mengkaji semula,membina semula dan mengira semula.Oleh itu,jika kita menulis ayat menggunakan frasa tersebut
dianggap gramatis.
Lihat perbezaan yang berikut :
a. Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula sistem gaji kakitangan awam yang dipraktikkan sekarang.
b. Saintis itu sedang mengkaji fenomena El-Nino.
Mengkaji semula dan mengkaji berfungsi sebagai kata kerja transitif dan sistem dan fenomena berfungsi sebagai objek
yang mengikuti kata kerja transitif.
33. Mengapakah kita tidak menggunakan mesin basuh baju atau mesin jahit baju ?
Jawapan : Kita tidak menggunakan frasa mesin basuh baju dan mesin jahit baju kerana kita telah menggunakan frasa
mesin basuh dan mesin jahit.Perkataan baju tidak digunakan kerana dalam penciptaan istilah,aspek keringkasan
diutamakan.Tambahan pula,mesin itu tidak membasuh baju sahaja atau menjahit baju sahaja.
34. Yang manakah yang betul antara di kalangan dengan dalam kalangan?
Jawapan : Penggunaan frasa sendi nama di kalangan dan dalam kalangan dapat diselesaikan jika kita mengenal pasti
maksud sebenar kalangan.Dalam Kamus Dewan,kalangan bermaksud 1. lingkungan,golongan
2.lingkaran,gelanggang.Namun,dalam konteks yang dibincangkan,kalangan bermaksud lingkungan.

Bagi menentukan ketepatannya,mari kita gunakan kaedah analogi seperti yang berikut ;
di kalangan guru dalam kalangan guru
di lingkungan guru dalam lingkungan guru
Jadi,berdasarkan analogi itu,dalam lingkungan lebih sesuai daripada di lingkungan.Rumusannya,penggunaan di
kalangan dan dalam kalangan dianggap betul.
35. Saya seorang pelajar tingkatan dua.Saya sering keliru tentang penggunaan perkataan banyak dalam ayat seperti
yang berikut :
a. Kilang itu memerlukan banyak pekerja wanita.
Jawapan : Jika adik menulis ayat seperti itu,ayat itu dianggap tidak gramatis.Ayat tersebut perlu ditulis seperti yang
berikut :
a1. Kilang itu banyak memerlukan pekerja wanita.
atau
a2. Kilang itu memerlukan pekerja wanita yang banyak.
Rumusannya,kata memerlukan tergolong dalam kata kerja transitif yang mesti diikuti terus oleh objek.Objek dalam ayat
tersebut ialah pekerja.
36. Apakah itu homograf,homonim dan homofon ?
Jawapan : Homograf ialah perkataan yang sama ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya.
Contoh: rendang
rendang makna 1: sejenis lauk yang dibuat daripada
daging
rendang makna 2: rendah dan banyak daun serta
cabang
Perkataan lain misalnya,semak,perang dan sebagainya.
Homonim pula bermaksud perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya.
Contoh : ketam
Satu makna ketam ialah sejenis kepiting yang berkaki enam dan bersepit.Kata ketam juga bermakna sejenis alat
untuk melicinkan kayu dan papan.
Homofon bermaksud perkataan yang sama bunyi dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya.Fenomena ini tidak
terdapat dalam bahasa Melayu.
Contohnya :
meat(daging) dengan meet(berjumpa)
cut(memotong) dengan card (kad)
Seen(nampak) dengan scene (pemandangan)
37. Apakah perbezaan antara ayat di bawah ?
a. Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa kegiatan ajaran sesat dapat dibendung jika masyarakat memberikan
kerjasama.
b. Menurut Kementerian Dalam Negeri, kegiatan ajaran sesat dapat dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama.
Jawapan : Perbezaan antara kedua-dua ayat tersebut ialah kedudukan subjek dalam ayat.Dalam ayat
pertama,subjeknya ialah Kementerian Dalam Negeri.Manakala ayat kedua pula,subjeknya ialah kegiatan ajaran sesat.

38. Mengapakah selain dari,selain daripada dan hingga ke dikatakan tidak baku ?
Jawapan : Jawapan bagi masalah yang dikemukakan ialah kata sendi nama tidak boleh hadir berturut-turut.Kata sendi
nama mesti diikuti oleh kata nama sahaja.
39. Guru saya mengatakan bahawa penggunaan di antara mestilah diikuti perkataan yang menunjukkan kedudukan
fizikal atau ada ruang .Mengapakah ayat b. dikatakan salah ?
a. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.
b. Di antara Johor Bahru dengan Singapura ,banyak perbezaannya.

Jawapan : Dalam ayat pertama Johor Bahru dengan Singapura menunjukkan kedudukan fizikal atau
arah.Sebaliknya,Johor Bahru dengan Singapura dalam ayat kedua menunjukkan perbandingan.Jadi,jika ayat itu
menunjukkan perbandingan,gunakan antara bukan di antara.Lihat ayat di bawah;
a. Antara tingkat dua dengan tingkat tiga,tingkat tiga lebih ramai pekerja.
40. Bagaimanakah kita hendak mengenal sesuatu kata ?
Jawapan : Dalam bahasa Melayu,kata dapat digolongkan kepada empat jenis iaitu kata nama,kata kerja,kata adjektif
dan kata tugas(terdapat pelbagai kata).
Bagi mengenal jenis kata,kita perlulah menggabungkan kata-kata tersebut dengan kata yang lain.Antaranya,
Kata bilangan biasanya di hadapan kata nama
semua pelajar
Kata bantu biasanya di hadapan kata kerja
telah berkahwin
Kata penguat di hadapan kata adjektif
amat cantik
41. Saya sering melihat perkataan memperkasakan digunakan di dalam majalah ataupun surat khabar.Saya ingin
bertanya adakah perkataan itu sepatutnya memerkasa,memperkasa atau memperkasakan ?
Jawapan : Perkataan memperkasakan ialah bentuk terbitan bagi kata dasar perkasa yang bermaksud gagah.Apabila
perkataan ini menerima imbuhan meN-,maka kita perlu menulisnya sebagai memperkasakan.Hal ini demikian kerana
kata dasarnya perkasa. Dalam hal ini,berlaku kekecualiaan jika berbalik pada peraturan awalan meN- yang bergabung
dengan kata yang huruf awalnya p,t,k, dan s,huruf awal itu akan lenyap.Oleh itu,kita tidak boleh menulis memerkasa
atau memperkasa.Lihat analogi ini;
42. Bagaimanakah hendak membezakan antara pengajaran dengan pemelajaran ?
Jawapan : Perkataan pengajaran dan pemelajaran berasal daripada kata akarnya ajar.Sekarang kita analogikan
perkataan-perkataan tersebut untuk mengetahui terjadinya perkataan tersebut.
ajar mengajar pengajaran
ajar mempelajari pemelajaran
pengajaran - perihal mengajar,segala sesuatu yang
berkaitan dengan mengajar
pemelajaran - proses mempelajari
43. Apakah perbezaan antara objek dengan pelengkap dalam penggunaan kata kerja ?
Jawapan : Objek ialah frasa nama yang berada di belakang kata kerja transitif dan berfungsi sebagai subjek jika ayat
tersebut diubah menjadi ayat pasif.Selain itu,objek dapat dikenal oleh kehadiran akhiran kan dan i serta awalan meNsebagai pembentuk kata kerja transitif.
Contohnya :
Ali menyepak batu itu.(batu itu sebagai objek)
Batu itu disepak oleh Ali.(batu itu sebagai subjek)
Pelengkap pula ialah unsur yang menjadi pencukup pada sesuatu kata kerja tak transitif.Sementara itu, unsur yang
menjadi pelengkap boleh terdiri daripada frasa nama,frasa adjektif,frasa sendi dan frasa kerja.
Contohnya:
Perkara itu menyangkut masalah negara.
(frasa nama sebagai pelengkap)
Lelaki itu bertubuh sasa.
(frasa adjektif sebagai pelengkap)
Cikgu Ujang tinggal di rumah itu.
(frasa sendi sebagai pelengkap)
Gadis itu pandai menari.

(frasa kerja sebagai pelengkap)


44. Mengapakah mempercepatkan dikatakan salah dari segi tatabahasa sedangkan di dalam Kamus Dewan ada
dimasukkan kata ini sebagai entrinya.
Jawapan : Sebelum menjawab soalan tersebut,suka saya nyatakan bahawa fungsi kamus adalah untuk memasukkan
senarai kata yang pernah dituturkan oleh masyarakat Melayu untuk diberikan maksud.Namun begitu,kamus tidak
mengutamakan aspek tatabahasa kerana mengutamakan makna kata.Dari segi tatabahasa,jika awalan rangkap
mempeR- digunakan,maka kata yang bergabung dengan awalan ini tidak perlu diapitkan dengan akhiran kan.Oleh itu,
kata yang betul ialah mempercepat bukan mempercepatkan.Contoh lain adalah seperti
memperkemas,memperbanyak,memperluas dan sebagainya.
45. Apakah perbezaan apitan ke--an yang tergolong dalam kata nama,kata adjektif dan kata kerja dalam ayat pasif ?
Jawapan : Bentuk apitan ke--an yang tergolong dalam kata nama boleh bergabung dengan kata dasar tertentu tanpa
melibatkan sebarang perubahan huruf.Kata dasar tersebut termasuklah kata nama,kata kerja,dan kata adjektif untuk
membawa maksud hal atau keadaan yang terkandung dalam kata dasar.Contohnya:
Kata nama Kata kerja Kata adjektif
Kedaulatan kedatangan kemalasan
Kepahlawanan kejatuhan kebenaran
Kerajaan kemasukan kedinginan
Apitan ke--an yang tergolong dalam kata kerja dalam ayat pasif terbit daripada gabungan ke--an dengan kata
kerja,kata adjektif dan kata nama.Apitan ke--an yang membentuk kata kerja pasif,menunjukkan subjek ayat
mengalami perbuatan seperti kata dasar.Contohnya:
Semalam jiran saya kecurian.
Dia kehujanan di jalan.
Badannya berpeluh kerana kepanasan.
Kata adjektif terbitan ke--an biasanya bergabung dengan kata dasar daripada jenis kata nama yang umumnya
menerangkan sifat sesuatu bangsa.Contohnya:
Kemelayuan
Kearaban
Kecinaan
46. Apakah maksud melestarikan ?
Jawapan : Saudara boleh merujuki Kamus Dewan pada
halaman 571.Maksud melestarikan ialah menetapkan atau mengekalkan.
47. Mengapakah ayat di bawah ini dikatakan betul ? Bukankah subjeknya merupakan kata kerja ?Tolong jelaskan.
1. Bersenam boleh menyihatkan badan.
2. Bersedekah dituntut oleh Islam.
Jawapan : Ayat tersebut dikatakan betul kerana kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama,KN(inti) +
Penerang boleh digugurkan sehingga yang tinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya yang biasanya
bukan daripada kata nama.Dalam ayat di atas,ayat sebenarnya seperti contoh di bawah :
1a. Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.
2a. Amalan bersedekah dituntut oleh Islam.
Kegiatan bersenam berfungsi sebagai frasa nama yang mengandungi kegiatan sebagai inti dalam frasa nama
tersebut,dan bersenam sebagai penerang.Kata nama kegiatan dalam ayat tersebut boleh digugurkan.Lihat rajah pohon
yang berikut :
A

SP

FN FK
KN (inti) penerang

Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan


Bagi ayat 2a. keadaan yang sama juga berlaku seperti ayat 1a.
48. Benarkah perkataan yang tidak berfungsi sebagai penanda
relatif dalam ayat majmuk sahaja? Jelaskan kepada saya.

Jawapan : Memang benar seperti yang dikatakan oleh saudara itu.Perkataan yang bukan sahaja berfungsi sebagai
penanda relatif dalam ayat majmuk,malahan berfungsi sebagai nama yang digugurkan daripada frasa nama + yang
seperti dalam contoh-contoh berikut:
1. Orang yang tinggal di kawasan itu kebanyakannya Melayu.
2. Bangunan yang tinggi itu bangunan Maybank.
Ayat 1 dan 2 menjadi seperti ayat di bawah jika kata nama
orang dan bangunan digugurkan.
1a. Yang tinggal di kawasan itu kebanyakannya Melayu.
2a. Yang tinggi itu bangunan Maybank.
49. Mengapakah penggandaan separa kata nama langit, siku,pohon dan kura tidak menjadi lalangit,sisiku,popohon dan
kukura ?.Bukankah penggandaan separa melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar tersebut.
Jawapan : Kata nama yang diberikan itu apabila hendak ditukarkan dalam bentuk gandaan separa,perlu mengalami
perubahan menjadi vokal tengah,iaitu e pepet.Oleh itu,menjadi lelangit,sesiku,pepohon dan kekura.
50. Saya lihat dalam bahasa Melayu,kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf p,t,k, dan s akan bertukar menjadi m
bagi p,n bagi t,ng bagi k, dan ny bagi s.Mengapakah perkara ini boleh berlaku ?
Jawapan : Huruf-huruf dalam kata dasar itu akan luluh menjadi m,n,ng,dan ny kerana bunyi pertama dalam kata dasar
p,t,k,dan s telah digantikan dengan bunyi sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya iaitu dua
bibir.Bunyi bahasa seperti ini disebut homorganic.
51. Yang mana satu yang betul antara mampan,mapan dan mempan ?
Jawapan : Perkataan yang dimasukkan entrinya dalam Kamus Dewan ialah mapan yang bermaksud mantap ataupun
stabil.Selain itu,perkataan mempan pula membawa maksud dapat dilukai dengan senjata;dapat terbakar oleh
api.Sebaliknya,perkataan mampan tidak wujud sama sekali.
52. Perkataan-perkataan di bawah ini dikatakan lewah.Bagaimana kita harus menulis perkataan-perkataan tersebut ?
memperkuasai
memperdalami
memperakui
mempersetujui
memperhalusi
Jawapan : Bagi memastikan jawapan yang betul,anda bolehlah membuka Kamus Dewan pada halaman 201.Perkataanperkataan tersebut perlu dtuliskan seperti yang berikut :
memperkuasai - menguasai
memperdalami - mendalami
memperakui - memperakukan

mempersetujui - menyetujui
memperhalusi - menghalusi
53. Apakah maksud rangkai kata parataksis ?
Jawapan : Dua perkataan atau lebih yang digugurkan kata hubung gabungan dan.Contohnya,ibu bapa yang berasal
daripada ibu dan bapa,kasih sayang yang berasal daripada kasih dan sayang serta jimat cermat yang asalnya jimat dan
cermat.
54. Apakah maksud leksikon ?
Jawapan : Leksikon bermaksud daftar kata yang terkandung dalam sesebuah kamus.
55. Yang mana satu yang betul antara mensunatkan dengan menyunatkan ?
Jawapan : Kata dasar bagi kedua-dua bentuk terbitan itu ialah sunat.Kedua-duanya betul.mensunatkan membawa
maksud menjadikan hukumnya sunat.
Sebaliknya,menyunatkan bermaksud mengkhatan.
56. Bagaimanakah kita hendak mengimbuhkan perkataan
X-ray dengan awalan meN- ?
Jawapan : Huruf yang baharu dalam bahasa Melayu ,iaitu q,v,dan x, tidak mengalami sebarang perubahan apabila
bertembung dengan awalan.Lihat contoh di bawah :
qada - mengqada
veto - pemveto
x-ray - mengx-ray
57. Penggunaan kata manakala mengelirukan saya.Bolehkah saudara menjelaskan kepada saya penggunaan
manakala dalam ayat di bawah :
58.a Mereka telah mengambil keputusan untuk bertolak
pada keesokan hari.Manakala kumpulan kedua pula memutuskan untuk meneruskan perjalanan.
58b. Mereka telah mengambil keputusan untuk bertolak pada keesokan hari, manakala kumpulan kedua pula
memutuskan untuk meneruskan perjalanan.
Jawapan : Perkataan manakala berfungsi sebagai kata hubung yang membawa maksud pertentangan.Oleh itu, harus
hadir sebagai unsur yang menghubungkan dua ayat atau dua bahagian ayat.Ayat pertama telah memisahkan
manakala dengan noktah.Tetapi,penggunaan manakala untuk menguhubungkan dua ayat tidak tepat.Jikalau
manakala hendak digunakan,maka kedua-dua ayat tersebut hendaklah disatukan,dan dipisahkan dengan koma,seperti
yang terdapat dalam ayat 58b.
Jikalau difikirkan ayat 58a. terlalu panjang,pecahkan ayat tersebut menjadi dua ayat,tetapi janganlah digunakan
perkataan manakala.Sebaliknya gunakan cara lain,misalnya:
58c. Mereka telah mengambil keputusan untuk bertolak
pada keesokan hari.Sebaliknya, kumpulan kedua pula memutuskan untuk meneruskan perjalanan.
58. Apakah perbezaan tulang ringan dengan ringan tulang ? Tolong jelaskan.
Jawapan : Dalam rangkaian perkataan tulang ringan,ini merupakan susunan frasa nama.Frasa ini terdiri daripada kata
nama tulang sebagai kata inti,dengan kata adjektif ringan.Kata adjektif ini hadir selepas kata nama,iaitu mengikut
peraturan yang disebut hukum D-M,iaitu unsur yang diterangkan(D) mendahului unsur yang menerangkan (M).Fungsi
kata adjektif,dalam hal ini adalah untuk menerangkan kata nama.
Demikian juga dengan contoh tangan panjang,siku buruk,dan kepala besar.
Sebaliknya,ringan tulang merupakan simpulan bahasa.Simpulan bahasa ialah sejenis bahasa kiasan yang lazimnya
dibentuk dengan menggabungkan dua perkataan bagi menghasilkan satu makna khusus.Ringan tulang tidak membawa
maksud tulang yang ringan tetapi bererti rajin bekerja.
Dari segi binaannya,ringan tulang merupakan susunan terbalik bagi frasa nama,kerana dalam hal ini susunannya ialah
kata adjektif diikuti kata nama.
59. Guru Bahasa Melayu saya telah mengajarkan penggunaan

apitan meN--kan dan meN--i.Yang menjadi kemusykilan


kepada saya ialah perkataan menghindarkan dan menghindari.
Harap saudara dapat memberikan penjelasan.
Jawapan : Untuk menjawab soalan saudara,kita perlu melihat makna menghindarkan dan menghindari di dalam
kamus.Menurut Kamus Dewan,Edisi Ketiga (1998),
menghindarkan mengelakkan(menjauhkan,menyingkirkan)
Daripada
menghindari - mengelak supaya terbias daripada,menjauhkan
diri daripada
Lihat contoh ayat yang berikut :
59a. Kita peril menghindarkan diri daripada dadah.
59b. Kita perlu menghindari dadah dalam kehidupan seharian.
60. Apakah perbezaan ayat-ayat yang berikut ini ?
60a. Sembahyanglah kamu sebelum kamu
disembahyangkan.
60b. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi.
Jawapan : Ayat pertama dalam soalan di atas
terkandung di dalamnya perkataan disembahyangkan membawa maksud
sembahyanglah kamu sebelum orang lain mengerjakan sembahyang untuk kamu(kerana kamu sudah mati dan tidak
dapat mengerjakan sembahyang sendiri).Sebaliknya,dalam ayat kedua,terkandung di dalamnya perkataan
disembahyangi yang bermaksud sembahyanglah kamu mendapat kesan perbuatan sembahyang yang dikerjakan oleh
orang lain.
61. Adakah ayat yang saya kemukakan di bawah ini betul ?
Harap dapat membantu saya.
a. Penduduk kampung itu bersetuju agar menamakan
Desa Murni untuk tempat itu.
b. Penduduk kampung itu bersetuju agar menamai tempat itu dengan Desa Murni.
c. Penduduk kampung itu bersetuju agar menamakan tempat itu Desa Murni.
Jawapan : Perkataan menamai dan
menamakan tecatat di dalam Kamus Dewan(1998), muka
surat 919.
menamai membubuh (memberi) nama kepada,menggelari
menamakan memberikan sesuatu nama sebagai
menggelarkan,menyebutkan

Berdasarkan makna yang diberikan,jelas menunjukkan ayat c. ternyata salah.Bagi ayat a. dan b. pula dapat dibaiki
menjadi ayat seperti yang berikut :
61a. Penduduk kampung itu bersetuju untuk menamakan Desa Murni kepada tempat itu.
61b. Penduduk kampung itu bersetuju untuk menamai tempat itu Desa Murni.
62. Mengapakah ayat di bawah ini dikatakan salah ?
*62a. Mereka dari Johorkah ?
*62b. Adib menulis suratkah ?
*62c. Pemuda itu siapakah ?

Jawapan : Ayat yang dikemukakan oleh saudara itu tergolong dalam ayat tanya.Namun begitu, ayat-ayat tersebut tidak
baku dari segi tatabahasa.Saudara,apabila partikel kah diletakkan dalam ayat,maka predikat mestilah
dikedepankan.Hal ini demikian kerana partikel kah berfungsi sebagai pementing predikat.Oleh itu,ayat 62a. dan 62b.
hendaklah ditulis seperti yang berikut :
62a. Dari Johorkah mereka ?
62b. Menulis suratkah Adib ?
Begitu juga bagi ayat 62c. yang harus ditulis seperti yang berikut ;
62c. Siapakah pemuda itu ?
63. Saya kurang faham akan fungsi yang dalam ayat.Boleh saudara jelaskan kepada saya ?
Jawapan : Kata yang tergolong dalam kata sandang.Pada masa yang sama kata yang juga mempunyai dua tugas,iaitu :
(a) untuk membentuk frasa nama,
(b) untuk membezakan makna.
Oleh sebab fungsi pertama adalah untuk membentuk frasa nama,maka dengan penyertaan yang,sesuatu kata yang
terdiri daripada pelbagai kelas kata dapat bertukar menjadi frasa nama.Contohnya :
seorang(kata bilangan) yang seorang(frasa nama)
leper(kata adjektif) yang leper(frasa nama)
dikejar(kata kerja pasif) yang dikejar(frasa nama)
menjamin(kata kerja transitif) yang menjamin (frasa nama)
berlari(kata kerja tak transitif) yang berlari(frasa nama)
Kata yang berfungsi sebagai pembeza makna pula dapat dilihat seperti ayat berikut :
(a) Jaket hitam di dalam almari itu kepunyaan Adib.(Maksud ayat ini ialah bahawa di dalam almari ada hanya sehelai
jaket hitam yang dipunyai oleh Adib.)
(b) Jaket yang hitam di dalam almari itu kepunyaan Adib.(Maksud ayat ini pula ialah bahawa di samping jaket hitam
kepunyaan Adib,ada sehelai atau beberapa helai jaket lain yang bukan kepunyaan Adib dan warnanya lain daripada
hitam.)
64. Mengapakah guru saya mengatakan bahawa ayat di bawah ini salah ?
*64a. Tuhan yang menentukan nasib manusia.
*64b. Yang manakah betul ?
Jawapan : Guru anda telah memberikan jawapan yang betul.Ayat yang dikemukakan adik itu ialah ayat songsang.Untuk
pengetahuan adik,apabila frasa nama yang menggunakan kata yang sebagai subjek diletakkan di belakang dalam ayat
songsang,maka partikel lah sebagai
pementing predikat mestilah ada.Jadi,ayat yang betul ialah ;
64a. Tuhanlah yang menentukan nasib manusia.
Sementara itu,ayat yang kedua pula telah menggunakan kata tanya mana yang disertai kata sandang yang bagi menjadi
frasa nama sebagai predikat ayat,maka frasa adjektif mestilah disertai kata yang supaya menjadi frasa nama untuk
bertugas sebagai subjek.Oleh itu,ayat yang betul;
64b. Yang manakah yang betul ?
65. Bolehkah saudara membezakan makna imbuhan ter- bagi ayat-ayat berikut ?
65a. Pintu kereta itu terbuka.
65b. Buku tebal ini terbaca juga olehnya.
65c. Batu itu tersepak olehku.
Jawapan : Ayat-ayat yang dikemukakan itu dikenali sebagai ayat pasif.Hal ini demikian kerana subjek diutamakan dalam
ayat atau dengan kata lain menjadi penderita.Kata kerja terbuka dalam ayat 65a. bermakna dalam keadaan sudah

dibuka,manakala dalam ayat 65b. pula,kata kerja terbeli maknanya dapat dibaca.Ayat 65c. yang mempunyai kata kerja
tersepak bermakna tidak sengaja disepak .Imbuhan ter- dalam ketiga-tiga ayat di atas tergolong dalam kata kerja pasif.
66. Bagaimanakah cara menyebut yang betul bagi perkataan nasionalisme dan dinamo ?
Jawapan : Dalam perkataan nasionalisme huruf e yang terdapat dalam huruf yang akhir itu terdiri daripada huruf e
pepet.Oleh itu,cara menyebut yang betul ialah
] bukan [ na + sio + na + lis + ma ].[ na + sio + na + lis + m
Bagi perkataan dinamo pula, cara menyebut yang betul ialah
+ mo ].[ di + na + mo ] bukan [ dai + n
67. Cuba berikan cara yang mudah untuk membezakan e pepet dengan e taling.
Cara yang biasa saya gunakan ialah perkataan emak dan enak.Perkataan emak menggunakan e pepet manakala
perkataan enak pula menggunakan e taling.Cuba anda sebutkan betul-betul kedua-dua perkataan itu tentu ada
perbezaannya.
68. Saya pelajar tingkatan lima di salah sebuah sekolah di Bandar raya Johor Bahru.Saya keliru tentang ejaan bagi
perkataan Arab yang sudah digunakan dalam masyarakat Melayu secara meluas.Adakah ejaan yang saya senaraikan
ini betul ? Kalau salah tolong betulkan.
sunnah
sayyid
saidina
redha
ramadhan
hajjah
khadi
Jawapan : Kesemua ejaan yang anda senaraikan itu salah.Ejaan yang betul adalah seperti yang berikut :
sunnah - sunah
sayyid - sayid
saidina - sayidina
redha - reda
ramadhan - Ramadan
hajjah - hajah
khadi - kadi
69. Sejak akhir-akhir ini,terdapat semacam kecenderungan di kalangan sebilangan penduduk di negara kita yang
menggunakan perkataan Inggeris iaitu megamall terutama untuk pasar raya.Bolehkah kita terjemahkan perkataan
tersebut sebagai kedai besar atau kedai mega ?
Jawapan : Saya merujuk kepada Daftar Istilah Semasa,Jilid II yang dikeluarkan Dewan Bahasa dan Pustaka,1998.Pada
helaian 18,ada dinyatakan istilah megamall.Dalam bahasa Melayu istilah itu menjadi megapura.
70. Saya sering mendengar perkataan jerayawara disebutkan oleh guru Bahasa Melayu.Apakah maksud perkataan
tersebut ?
Jawapan : Dari segi istilah,jerayawara asalnya daripada bahasa Inggeris iaitu roadshow.
71. Bolehkah saudara menyenaraikan beberapa perkataan bahasa Inggeris yang telah diMelayukan ?
Jawapan : Banyak perkataan bahasa Inggeris yang telah dimelayukan.Antaranya :
nugget - nuget
steamboat - stimbot
category - kategori
classification - klasifikasi
cafeteria - kafeteria
barbecue - barbeku

72. Yang manakah yang betul antara resepi denganresipi ?


Jawapan : Ejaan yang tepat ialahresipi kerana perkataan ini asalnya daripada recipe dalam bahasa Inggeris.Resipi
bermaksud keterangan berkenaan ramuan-ramuan dan cara memasak sesuatu makanan.Selain itu,resipi juga
bermaksud cara atau kaedah mencapai sesuatu tujuan.
73. Teliti ayat di bawah ini:
a. Gambaran itu mampu memaparkan sekali imbas perkara-perkara yang hendak ditonjolkan.
Mengapakah ayat di atas dianggap salah ?
Jawapan : Ayat tersebut dikatakan salah kerana penggunaan kata kerja transitif memaparkan yang perlu diikuti oleh
objek.Objek dalam ayat tersebut ialah perkara-perkara yang hendak ditonjolkan .Ayat ini dapat dibaiki dengan
memindahkan frasa sekali imbas sebelum predikat ataupun sebelum subjek seperti yang berikut :
73a. Gambaran itu,sekali imbas,mampu memaparkan perkara-perkara yang hendak ditonjolkan, atau
73b. Sekali imbas, gambaran itu mampu memaparkan perkara-perkara yang hendak ditonjolkan.
74. Benarkah ayat di bawah ini dikatakan ada cirri lebihan atau
lewah ? Jika benar,jelaskan.
a. Salah satu daripada ciri tersebut akan dibicarakan secara terperinci.
Jawapan : Ayat yang anda kemukakan itu mempunyai cirri lebihan iaitu salah satu atau satu daripada.Oleh
itu,memadai jika saudari memilih satu sahaja seperti yang berikut :
74a. Salah satu ciri tersebut akan dibicarakan secara terperinci, atau
74b. Satu daripada ciri tersebut akan dibicarakan secara terperinci.
75. Adakah ayat di bawah ini tepat atau perlu dibaiki ?
a. Hasil soal selidik didapati bahawa 40% penduduk di kampung itu tergolong dalam lingkungan keluarga miskin.
Jawapan : Ayat yang diberi itu tidak sempurna kerana tidak ada keserasian antara subjek,iaitu hasil soal selidik dengan
bahagian predikatnya.Cara yang betul untuk membetulkan ayat itu adalah dengan menukarkan kata didapati dengan
kata menunjukkan.Cara yang kedua adalah dengan menambahkan perkataan daripada.Lihat contoh ayat yang saya
kemukakan di bawah :
75a. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa 40% penduduk di situ tergolong dalam lingkungan keluarga miskin, atau
75b. Daripada hasil soal selidik,didapati bahawa 40% penduduk di situ tergolong dalam lingkungan keluarga miskin.
76. Mengapakah kita harus menggunakan dari segi dan tidak daripada segi ?
Jawapan : Perkataan segi seperti sudut dapat tergolong dalam dua kategori.segi dan sudut dapat dianggap
tempat dan dapat dianggap unsur abstrak juga.Namun begitu,bagi mengelakkan kekeliruan.Tatabahasa Dewan
menggolongkan kedua-dua perkataan ini sebagai tempat.
77. Saya sering terjumpa perkataan dentam , dentang , denting , desing ,kerkup dan lebum apabila membaca
cerpen.Bolehkah saudara jelaskan apakah bunyi-bunyi tersebut.
Jawapan : Bunyi-bunyi yang disebutkan itu ialah kata onomotopia,iaitu kata yang lahir daripada bermacam-macam bunyi
di sekitar kita.Kita ambil contoh bunyi telefon dikatakan sebagai berdering dan jam pula akan timbul kata berdetik.
Saya ringkaskan kata-kata yang dikemukan seperti yang berikut :
dentam - bunyi besi dipalu
dentang - bunyi nyaring besi diketuk
denting - bunyi duit syiling jatuh ke atas lantai
desing - bunyi tiupan angin
kerkup - bunyi seperti barang keras digigit
lebum - bunyi seperti benda besar jatuh.
78. Saya sering terkeliru tentang perkataan tusyen , tiusyen dan tuisyen.Yang manakah yang betul ejaannya ?

Jawapan : Ejaan yang tepat ialah tuisyen.Perkataan ini asalnya daripada bahasa Inggeris ,iaitu tuition yang
bermaksud bimbingan.Dari segi pengejaan perkataan,biasanya perkataan daripada bahasa Inggeris yang ditukarkan
menjadi bahasa Melayu,ejaannya dikekalkan mengikut ejaan asal dalam bahasa Inggeris.Perubahan hanya beberapa
huruf tertentu mengikut kesesuaian sebutan dalam bahasa Melayu.Biasanya, tion dalam bahasa inggeris akan menjadi
syen dalam bahasa Melayu.
79. Saya kurang faham akan maksud ironi.Bilakah kita boleh menggunakan perkataan ini semasa menulis karangan.
Jawapan : Perkataan ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya
antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi atau hakikatnya.Contohnya :
79a. Ironinya,jika masalah jerebu berlaku,orang ramai sudah tidak menganggap itu keadaan yang mencemaskan.
Penggunaan ironi semasa menulis karangan boleh dilakukan mengikut konteks ayat.
80. Saya ingin bertanya kepada saudara.Apakah fungsi -nya dalam ayat-ayat berikut ?
80a. Pokok rambutan itu nampaknya akan berbuah lebat.
81b. Zamri berhujah dengan lantangnya.
Jawapan : Bentuk kata nya yang digunakan dalam ayat tersebut dipanggil kata pascakata,iaitu bentuk kata yang hadir
selepas perkataan.Fungsi -nya adalah sebagai penekan dan pembenda.Bentuk kata nya yang berfungsi sebagai
penekan adalah untuk memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya.Contohnya,ayat yang
dikemukakan dalam 80a.Bentuk kata -nya memberikan penegasan kepada perkataan nampak.
Sebaliknya,bagi fungsi pembenda pula ialah sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama akan menjadi kata
nama jika bergabung dengan -nya.Contoh yang jelas ialah -nya yang terdapat dalam ayat 80b.Lantang tergolong
dalam kata adjektif.Apabila bergabung dengan -nya maka bertukar menjadi kata nama.
81. Bolehkah saudara tentukan ejaan yang tepat bagi perkataan
perkataan di bawah yang menggunakan awalan maha.
maha meru
mahaguru
maharaja
mahasiswi
mahamulia
mahaagung
maha besar
Jawapan : Saudara yang bertanya,awalan maha merupakan awalan daripada bahasa Sanskrit yang telah lama terserap
ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu.Maha bermaksud paling atau tahap terbesar,tertinggi dan
teragung.Mengikut kelaziman, ejaan daripada jenis maha + kata adjektif dieja berasingan.Maha dalam binaan ini tidak
bertaraf imbuhan tetapi satu perkataan yang utuh.Oleh itu,ejaan yang perlu diperbetul menjadi maha mulia dan maha
agung.Bagi ejaan maha meru perlu ditukar menjadi mahameru kerana dianggap sebagai imbuhan awalan.
82. Benarkah ayat di bawah ini mengandungi satu objek ?
81a. Pak Lebai menamai tempat itu Tanjung Langsat.
Jawapan : Benar apa yang dikatakan oleh saudara.Ayat tersebut hanya mengandungi satu objek ,iaitu frasa tempat
itu.Frasa Tanjung Langsat hanya berfunsi sebagai pelengkap kepada objek kata kerja dan tidak boleh dijadikan objek
tepat.Contohnya :
*81b. Pak Lebai menamakan Tanjung Langsat untuk tempat itu.
Selain itu, kita juga boleh meletakkan perkataan sebagai di hadapan pelengkap itu.Contohnya :
81c. Pak Lebai menamai tempat itu sebagai Tanjung Langsat.
83. Saya selalu mendengar penyampai di TV3 menggunakan perkataan mengwar-warkan .Apakah maksud perkataan
itu dan adakah ejaannya betul ?

Jawapan : Ejaan sebenar bagi perkataan itu ialah menguar-uarkan bukan mengwar-warkan.Makna bagi perkataan
menguar-uarkan ialah 1. meneriak sesuatu untuk memberitahu orang ramai 2. menghebahkan atau menyiar-nyiarkan
khabar.
84. Bolehkah saudara membezakan antara perkataan aspirasi dengan inspirasi dari segi makna?
Jawapan : Jika kita merujuk kepada Kamus Dewan,kata inspirasi dimasukkan entrinya pada halaman 494.Maksudnya
ialah ilham atau bisikan hati.Kata aspirasi pula boleh ditemukan pada halaman 69 yang membawa maksud keinginan
yang kuat(untuk mencapai,mengadakan sesuatu) selain cita-cita.
85. Adakah persamaan dan perbezaan pada akhiran kan dan i dalam bahasa Melayu.Jika ada cuba jelaskan.
Jawapan : Persamaan akhiran kan dan i ialah kedua-dua akhiran ini membawa maksud kausatif atau menyebabkan
jadi.Contohnya :
kecilkan - menyebabkan jadi kecil
rendahkan - menyebabkan jadi rendah
baiki - menyebabkan jadi baik
sudahi - menyebabkan jadi sudah
Sebaliknya,perbezaan antara kedua-dua akhiran itu ialah akhiran
-kan mengandungi unsur benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain manakala akhiran I
mengandungi unsur lokatif atau tempat.Contohnya :
bancuhkan - membancuh untuk orang lain
buatkan - membuat untuk orang lain
naiki - naik ke atas suatu tempat
dekati - dekat pada tempat atau orang
86. Saya keliru tentang penggunaan hemah dan hemat.Tolong jelaskan.
Jawapan : Perkataan hemah boleh diketahui maksudnya apabila kita buka Kamus Dewan pada halaman 449 yang
mendukung maksud budi pekerti.Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut :
86a. Razak seorang pemuda yang baik, tinggi hemahnya dan
bersih tutur katanya.
Perkataan hemat pula bermaksud 1. tidak boros atau membazir (dalam membelanjakan wang atau menggunakan
sesuatu),cermat,jimat. 2. dengan penuh perhatian(minat),dengan teliti,cermat,hati-hati,beringat-ingat,berjaga-jaga. 3.
pemerhatian,pengamatan.Contoh penggunaan perkataan hemat dalam ayat adalah seperti yang berikut :
86b. Kalau ingin kaya kita harus berbelanja dengan hemat.
86c. Pegawai penyelidik itu bekerja dengan hemat.
86d. Usul itu pada hemat saya bertentangan dengan objektif syarikat.
87. Sila jelaskan perbezaan antara wahana dengan wacana kepada saya.Saya kurang arif tentang perkataan
tersebut.
Jawapan : Perkataan wahana dapat ditemukan maksudnya pada halaman 1541,Kamus Dewan.Maksud bagi
perkataan itu ialah saluran atau perantaraan(yang memungkinkan sesuatu dilakukan,disampaikan,atau
dicapai).Contohnya :
87a. RTM seharusnya menjadi wahana komunikasi ilmu dan sekali gus menjadi wahana komunikasi budaya yang
berkesan.
Perkataan wacana pula bermaksud 1. keseluruhan tutur yang
merupakan suatu kesatuan,ucapan,pertuturan,percakapan;
2. kesatuan fikiran yang utuh,sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan.Contohnya :
87b. Hari ini,kita dapat menyaksikan betapa sukarnya untuk mengumpulkan khalayak bagi tujuan memeriahkan dan
menjayakan wacana ilmu.

88. Apakah perbezaan antara bahasa rasmi dengan bahasa kebangsaan ?


Jawapan : Bahasa rasmi merujuk kepada bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi kerajaan dan pentadbiran
negara,manakala bahasa kebangsaan pula ialah bahasa yang utama bagi sesebuah negara yang berdaulat.
89. Guru saya mengatakan ada kata bantu yang boleh hadir secara berderetan.Benarkah begitu ?Jika benar tolong
nyatakan kata bantu yang boleh hadir berderetan itu .
Jawapan : Kata bantu terbahagi kepada dua, iaitu kata Bantu aspek dan kata bantu ragam.Kata bantu aspek
termasuklah perkataan sudah,telah,pernah,sedang,masih,belum dan akan.Sebaliknya,kata bantu ragam pula
termasuklah hendak, mahu harus, boleh, dapat dan mesti.
Kata bantu yang boleh berderetan adalah seperti yang berikut :
Kata bantu aspek kata bantu ragam
belum + pernah harus + mahu
masih + belum harus + dapat
masih + sedang mesti + mahu
Ssdah + pernah mesti + dapat
telah + pernah
90. Betulkah ayat-ayat di bawah ini apabila kata penguat hadir berderetan ?
90a. Kek itu sungguh amat sedap.
90b. Sikapnya sungguh kurang sopan.
90c. Lukisan itu terlalu amat cantik.
Jawapan : Dua unsur penguat boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif.Hal ini demikian kerana perkara ini ada
diberikan contoh pada muka surat 390 di dalam Tatabahasa Dewan,Edisi Baharu.
91. Yang manakah yang betul, pendingin hawa,penghawa dingin atau penyaman udara ?
Jawapan : Jawapan yang betul ialah penyaman udara.Perkara ini telah dikemukakan oleh pihak DBP melalui Lembar
Bahasa Bil. 3/2001.
92. Penggunaan dua jam suku dan dua suku jam.Yang manakah yang betul ?
Jawapan : Saya menggunakan rumus kata bilangan tentu seperti satu,dua, dan tiga tidak boleh berderetan dengan kata
bilangan pecahan seperti suku atau setengah .Oleh itu,yang lebih tepat ialah dua jam suku.
Contohnya :
92a. Kami menunggunya selama dua jam suku.
92b. Harga baju ini sepuluh ringgit setengah.
93. Apakah perbezaan maksud antara meningkatkan dengan mempertingkatkan ?
Jawapan : Perkataan meningkatkan dan mempertingkatkan diberi definisi yang jelas misalnya di dalam Kamus
Dewan pada halaman 1454 seperti yang berikut :
meningkatkan meninggikan kedudukan,membesarkan,
memperhebat.
mempertingkatkan menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi(kedudukan,taraf,mutu,hasil pengeluaran ,dan lainlain),menjadikan lebih hebat,memperhebat.
Jadi,kedua-dua perkataan itu hampir sama maksudnya.
94. Saya selalunya keliru dengan penggunaan frasa kali pertama dan pertama kali.Yang manakah yang betul
.Bagaimanakah penggunaannya yang paling tepat dalam sesuatu ayat.
Jawapan : Kedua-dua frasa yang diberi itu betul penggunaanya bergantung pada penekanan sama ada pertama atau
pada kali.Lihat contoh yang berikut :

94a. Inilah kali pertama saya melawat ke Zoo Negara.


94b. Pertama kali saya menjejakkan kaki ke Universiti Malaya
adalah pada tahun 1989.
95. Bolehkah saudara membantu saya menggunakan kata-kata mandiri,kendala,rancu,dirgahayu,gapura dan mandala.
Jawapan : Saya ringkaskan penerangan dengan memberikan maksud kata dan penggunaannya dalam ayat seperti
yang berikut :
mandiri - tidak terikat (bergantung pada) pihak lain;dapat berdiri
sendiri,dalam keadaan mampu mengurus keperluan sendiri.
Ayat : Dia masih dapat mandiri dan menjalani kehidupan seperti orang lain walaupun mengalami kecacatan sejak
dilahirkan.
kendala - aral;rintangan;halangan;hambatan
Ayat : Hasrat Pak Ali membina rumah yang besar tergendala kerana disongsong oleh pelbagai kendala.
rancu - tentang bahasa yang tidak teratur;campur aduk dan
kacau
Ayat : Karangan yang ditulis oleh David sukar difahami kerana bahasa yang digunakannya terlalu rancu.
dirgahayu - (mudah-mudahan ) lanjut usia;panjang umur
Ayat : Setiap kali tibanya Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong,baginda banyak menerima perutusan tahniah dan
ucapan dirgahayu daripada rakyat.
gapura - pintu gerbang
Ayat : Ukiran pada gapura pada bahagian hadapan bangunan itu mempamerkan kehalusan seni yang unik.
mandala - lingkungan;bulatan;daerah
Ayat : Buku yang ditulis oleh pengarang itu menampilkan mandala permasalahan bahasa.
96. Saya masih kurang mantap dalam penggunaan banyak dan ramai.Boleh saudara menjelaskanya ?
Jawapan : Perkataan banyak digunakan untuk merujuk manusia.Pada masa yang sama,banyak juga digunakan
untuk merujuk binatang,tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.Perkataan ramaipula hanya digunakan untuk merujuk
manusia.Selain itu,apabila membincangkan isu ini,saya sering menggunakan peribahasa Melayu sejak sekian lama
yang berbunyi :
Banyak udang banyak garam;
Banyak orang banyak ragam.
Jadi,dari segi makna memang sudah jelas dan tidak perlu dipertikaikan lagi.
97. Antara perkataan yang berikut ,yang manakah yang betul cara penulisannya ?
(a) makcik - mak cik
(b) pakcik - pak cik
Jawapan : Cara mengeja perkataan yang dikemukakan itu adalah seperti yang berikut :
mak cik
pak cik
Tambahan bagi penggunaan mak cik dan pak cik ,apabila kita menggunakan mak cik atau pak cik sebagai nama
khas,maka dieja Mak Cik Limah atau Pak Cik Hamid.
98. Dalam majlis itu,Guru Besar telah menyampaikan ucapan.
Adakah huruf besar untuk guru besar dalam tersebut
betul ?Bilakah sepatutnya guru besar ditulis dengan huruf
besar ?
Jawapan : Penggunaan huruf besar dalam Guru Besar adalah betul.Huruf besar digunakan apabila kita merujuk
kepada orang tertentu yang bertugas sebagai guru besar.Sebaliknya, apabila kita merujuk kepada guru besar secara
umum,kita gunakan huruf kecil sahaja.Contohnya:

Beberapa orang guru besar dari Johor Bahru akan dinaikkan pangkat.
99. Mengapakah dalam bahasa terlalu banyak mazhab ? Tidakkah perkara ini mengganggu pengembangan bahasa itu
sendiri ?
Jawapan : Hal ini sering saya temukan apabila mengadakan ceramah tentang tatabahasa.Banyak guru
terutamanya,sering mempertikaikan satu pihak atau pihak yang lain.Dalam menjawab pertanyaan ini, saya mengambil
sedikit inti pati tulisan Awang Sariyan,Pelita Bahasa,November,1995.
Antara lain beliau menjelaskan bahawa wujudnya beberapa teori memang suatu kenyataan.Sebut apa-apa disiplin
ilmu;nescaya kita dapati bahawa setiap disiplin ada teori-teori berlainan.Beliau menambah bahawa tidak ada satu
disiplin yang mati atau menjadi kacau dengan adanya pelbagai teori yang berlainan.
Selain itu,beliau juga menyentuh tentang perkembangan bahasa Melayu itu sendiri.Bermula dengan teori ahli bahasa
Barat seperti Leonard Bloomfield,C.C. Fries dengan teori strukturalnya.Kemudian,muncul juga nama Prof. Noam A.
Chomsky yang mencetus teori linguistik transformasi-generatif.Kemudian,bergema pula teori baru yang dikenal sebagai
analisis wacana.Selain itu,banyak lagi teori yang lain yang tidak begitu meresap dalam perkembangan linguistik Melayu.
Antara lain yang diperkatakan ialah :
orang yang melihat adanya kelainan pendapat antara ahli bahasa tertentu sebagai suatu dosa,sedang ia sendiri tidak
berijtihad memilih satu pendapat berasaskan penelitian dan pemikiran ,tergolong dalam golongan tukang fitnah.
Jelas bahawa yang salah bukan teori atau mazhab,tetapi individu tertentu yang belum menguasai tradisi bahasanya.
100. Saya sering mendengar atau melihat perkataan kudapandan merarau.Dari manakah perkataan itu berasal dan
apakah maksudnya yang sebenar ?
Jawapan : Rarau atau merarau ialah kata yang diambil daripada bahasa Iban yang bermaksud makan pada waktu tegah
hari,manakala perkataan kudap atau kudapan ialah dialek Perak yang memberi maksud makan atau minum pada masa
rehat pada sebelah pagi.
101. Apakah perbezaan antara menduai , menduakan dengan memperdua ?
Jawapan : Perbezaan antara ketiga-tiga perkataan di atas ialah :
menduai - menambah jadi dua
menduakan - menjadikan dua,menganggap
dua(Tuhan)
memperdua - membahagi dua(untung,hasil dan sebagainya;mengusahakan ternak
Contoh ayat adalah seperti yang berikut :
a. Encik Baba menduai isterinya dengan mengahwini
seorang wanita Indonesia.
b. Orang Islam tidak boleh menduakan Allah kerana
dianggap syirik.
c. Peniaga itu memperdua hasil keuntungan
perniagaannya dengan isterinya.
102. Apakah jenis kata yang berawalan ter- bagi ayat-ayat di
bawah ?
a. Batu yang berat itu terangkat oleh Badang.
b. Pesakit itu terbaring di atas katil.
Jawapan : Perkataan terangkat dalam ayat a. ialah kata kerja pasif,manakala kata terbaring dalam ayat b. pula ialah
kata kerja tak transitif.Alasannya,bagi perkataan kata kerja pasif berawalan ter- ,penggunaan oleh tidak boleh
digugurkan.Jika oleh digugurkan ,maka maksud ayat akan berubah.Contohnya:
*a. Batu yang berat itu terangkat Badang.
Sebaliknya,bagi kata kerja tak transitif pula diikuti oleh pelengkap.Dalam ayat b. , di atas katil dianggap sebagai
pelengkap.
103. Adakah ayat di bawah ini betul ? Jika salah,sila jelaskan.

a. Surat itu dituliskan oleh abang saya.


Jawapan : Ayat yang dikemukakan itu salah dari segi penggunaan kata kerja pasif.Kata kerja pasif yang sepatutnya
ialah ditulis tanpa membubuh akhiran kan.Jadi,ayat itu sepatutnya ditulis seperti yang berikut ;
Surat itu ditulis oleh abang saya.
Sebagai penerangannya,mari kita gunakan kaedah transformasi ayat.

Ayat aktif : Abang saya menulis surat itu.(betul)


Ayat pasif : Surat itu ditulis oleh abang saya.(betul)
Ayat aktif : Abang saya menuliskan surat itu.(salah)
Ayat pasif : Surat itu dituliskan oleh abang saya.(salah)
104. Yang manakah ayat yang betul ?
a. Ayah sedang membaiki motosikal yang rosak.
b. Ayah sedang membaikkan motosikal yang rosak.
Jawapan : Kedua-dua ayat yang dikemukakan itu betul.Hal ini demikian kerana ada sebilangan kecil kata kerja yang
menerima apitan meN--i dan meN--kan ,penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna.Contoh lain
ialah :
c. Kami cuba melupai peristiwa pahit itu.
c. Kami cuba melupakan peristiwa pahit itu.
105. Saya seorang guru Bahasa Melayu di salah sebuah sekolah di daerah ini.Saya ada terbaca tentang proses
relativisasi dalam ayat.Apakah proses itu ?
Jawapan : Proses relativisasi ialah suatu proses memancangkan ayat ke dalam satu ayat yang lain sebagai frasa relatif
kepada subjek ayat yang menerima pancangan.Biasanya,proses ini timbul apabila kita kita hendak menghasilkan ayat
terbitan melalui proses peluasan frasa nama sebagai subjek.Contohnya :
a. Kanak-kanak itu saudara saya.
b. kanak-kanak itu menangis.
Kanak-kanak yang menangis itu saudara saya.
Perlu diingat di sini,proses relativisasi hanya boleh berlaku hanya apabila kedua-dua subjek frasa nama itu sama atau
beridentiti sama.Jika tidak sama,maka proses tersebut tidak dapat dilakukan.
Contoh :
Orang itu sudah sihat.
Budak itu sakit.
* Orang yang budak sakit itu sudah sihat.
106. Adakah ayat yang saya kemukakan di bawah ini
betul ?Jika salah sila jelaskan.
a. Dia tidak dapat memberikan apa-apa keputusan.
Jawapan : Jika dilihat penggunaan apa-apa dalam ayat tersebut,tiada kesalahan yang dilakukan.Hal ini demikian
kerana apa-apatergolong dalam kelompok kata ganti tak tentu,iaitu salah satu kelompok kata nama .Oleh itu,susunan
Hukum DM masih dipatuhi sama ada kita mengatakan keputusan apa-apa atau apa-apa keputusan.Selain itu,dari
segi penggunaan kata kerja transitif yang mesti diikuti objek juga tidak tiada sebarang kesilapan.
107. Bagaimanakah kita hendak mengeja perkataan Malaysia yang dibubuh imbuhan apitan ?
Jawapan : Saya merujuk Kamus Dewan pada muka surat 851 untuk menjawab pertanyaan saudara.Pada halaman
tersebut,ada entri perkataan Malaysia dimasukkan.Rumusannya,jika perkataan Malaysia hendak dimbuhkan secara
apitan, maka huruf M. pada huruf pertama ditulis sebagai m sahaja.Contohnya :

Malaysia pemalaysiaan
Malaysia kemalaysiaan
Malaysia memalaysiakan
108. Saya keliru tentang penggunaan pembelajaran dan pemelajaran .Boleh terangkan kepada saya ?
Jawapan : Masalah penggunaan pembelajaran dan pemelajaran memang sudah lama dibincangkan oleh pengkaji
bahasa.Hal ini timbul kerana ada yang mengatakan peN- akan menjadi pem- apabila dimbuhkan dengan kata dasar
yang bermula huruf b.Walau bagaimanapun,perkataan pemelajaran tidak melibatkan proses pengimbuhan yang
sama.
Dalam bahasa Melayu,ada hubungan yang rapat,misalnya antara pengimbuhan meN den peN.
Sebagai contoh :
memasukkan - pemasukan
menaklukkan - penaklukan
menyiarkan - penyiaran
Sebenarnya,perkataan pembelajaran dicipta sebagai padanan bagi kata Inggeris learning melalui proses pengimbuhan
yang tidak selaras dengan pola pembentukan kata dalam bahasa Melayu.
Sepatutnya,proses pembentukan kata ini yang mengikut rumus bahasa Melayu yang betul adalah seperti yang berikut :
Kata Dasar KKTT KKT Kata terbitan
ajar Belajar mempelajari pemelajaran
satu Bersatu mempersatukan Pemersatuan
oleh Beroleh memperoleh pemerolehan
Oleh sebab kita tahu bahawa telah berlaku kesilapan tanggapan yang mengakibatkan timbulnya bentuk *pembelajaran
tadi,maka kita harus berusaha kembali kepada bentuk yang betul.
109. Saya ditugaskan oleh guru untuk mencari maksud bagi perkataan di bawah.Saya harap saudara boleh membantu
saya.
tunaaksara
tunakarya
tunawicara
tunawisma
tunasusila
tunarungu
Jawapan : Tuna ialah awalan daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud tidak mempunyai.
tunaaksara bermaksud buta huruf
tunakarya bermaksud penganggur
tunawicara bermaksud bisu
tunawisma bermaksud tidak mempunyai tempat tinggal
tunasusila bermaksud pelacur
tunarungu bermaksud pekak
110. Saya sering keliru tentang penggunaan perkataan ejen dan agen.Adakah perkataan itu sama maksudnya atau
sebalik-nya ?
Jawapan : Saya juga pada suatu masa dahulu agak keliru dengan kedua-dua perkataan ini.Jika saudari merujuk Kamus
Dewan,halaman 327 ada diterangkan maksud ejen,iaitu :
ejen 1. orang (syarikat dsb) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain,wakil penjual; 2. orang yang diupah untuk
melakukan sesuatu.
Perkataan agen pula pada halaman 12 yang bermaksud sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas(proses
dsb).
Saya harap saudara jelas tentang penggunaan perkataan tersebut.

111. Bagaimanakah kita hendak menulis nombor dalam penulisan karangan.Adakah kita hendak menulis dalam bentuk
nombor atau huruf ?
Jawapan : Cara menulis perkataan bernombor ada dua cara,iaitu dengan cara menulis dalam bentuk nombor atau
menulis dengan cara huruf.Namun begitu, bagi tujuan meminimumkan jumlah kata,nombor 1 hingga 11 bolehlah ditulis
dalam bentuk huruf untuk menjadi satu,dua,tiga ,dan sebelas.Nombor 12 dan seterusnya hendaklah ditulis dalam
bentuk nombor sahaja.
112. Apakah kata dasar bagi perkataan-perkataan yang saya kemukakan di bawah ini.
Kebajikan,kenderaan,sebatian dan menguap.
Jawapan : Kebajikan berasal daripada kata bajik,manakala kenderaan berasala daripada kata kendera.Bagi
perkataan sebatian pula asalnya ialah bati.Perkataanmenguap pula berasal daripada kata dasar uap.Lihat kata
terbitan bagi setiap perkataan tersebut seperti yang berikut :
bajik - kebajikan
kendera - berkendera,mengenderai,kenderaan,berkenderaan
dan pengendera
bati - sebati,bersebati,menyebatikan,sebatian,kesebatian
dan penyebatian
uap - menguap.
113. Apakah perbezaan antara ayat (a) dengan ayat (b) seperti yang berikut ?
(a) Ahmad teringat akan kekasihnya.
(b) Ahmad teringat oleh kekasihnya.
Jawapan : Terdapat dua perbezaan antara ayat (a) dengan ayat (b).Pertama,dari segi kata kerja.Ayat (a) teringat
tergolong dalam kata kerja aktif manakala teringat dalam ayat (b) pula tergolong dalam kata kerja pasif.Perbezaan
kedua ialah dari segi subjeknya.Dalam ayat (a) Ali berfungsi sebagai subjek.Sebaliknya,dalam ayat (b) Ali merupakan
subjek terbitan kata kerja pasif teringat.Ayat (b) berasal daripada ayat aktif Kekasihnya mengingati Ali.

114. Saya seorang guru.Setiap kali membaca majalah tentang bahasa,saya


sering menemukan pe
taan ketaksaan dan kepersisan.Bolehkah saudara menjelaskannya kepada
saya ?
Jawapan : Perkataan ketaksaan ada dinyatakan dalam Tatabahasa Dewan ,Edisi Baharu,halaman 561.ketaksaan
atau ambiguity bermaksud sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran,misalnya : Ibu bapa
Ali telah meninggal.Dalam ayat tersebut pengertian yang boleh dibuat ialah ibu

kepada bapa (iaitu nenek) Ali telah meninggal dunia atau kedua-dua ibu bapa Ali
telah meninggal dunia.
kepersisan bermaksud ketepatan atau kejituan . Biasanya,dalam membincangkan isu bahasa,kepersisan merujuk
kepada ketepatan penggunaan sesuatu kata atau ayat mengikut konteks tertentu.Contoh ayat : Kepersisan daya fikiran
masyarakat di Malaysia dapat diukur pada mutu bahasa Melayu yang dikuasai.
115. Saya sering keliru tentang ejaan yang tepat antara personafikasi dengan personifikasi semasa mengkaji gaya
bahasa karya sastera.Yang manakah yang betul ?
Jawapan : Ejaan yang tepat ialah personifikasi bukan personafikasi.
116. Saya ingin bertanya sama ada ayat yang saya kemukakan di bawah ini betul atau salah.Jika betul ,mengapa ?
(a) Keputusannya amat menggembirakan mereka.
(b) Keputusannya amat menggembirakan.
Jawapan : Kedua-dua ayat yang anda kemukan itu betul.Ayat (a) merupakan ayat asal manakala ayat (b0 pula telah
mengalami proses pengguguran frasa nama sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif.Contoh
kata kerja yang lain termasuklah menakjubkan,menghairankan,memilukan,menggembirakan,
mendukacitakan,mempesonakan dan sebagainya.Lihat contoh berikut :
Peristiwa itu sangat menyedihkan (kami).

Peristiwa itu sangat menyedihkan.


117. Sepanjang pengetahuan saya,saya hanya mengetahui wujudnya kata terbitan iaitu melalui proses
pengimbuhan.Baru-baru ini,saya diberitahu ada pula ayat terbitan dalam bahasa Melayu.Benarkah ayat terbitan wujud ?
Jelaskan.
Jawapan : Memang benar wujud ayat terbitan apabila kita mempelajari bahasa Melayu.Ayat terbitan bermaksud
penerbitan sesuatu ayat berpunca daripada ayat yang lain.Dalam bahasa Melayu penerbitan ayat ini dapat dilakukan
melalui proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran,penyusunan semula, atau peluasan.Contohnya :
Keluar dari sini !(a) Awak semua keluar dari sini !
( pengguguran )
Bangunan bank dijaga oleh pengawal itu.(b) Pengawal itu menjaga bangunan bank.
( penyusunan semula )
(c) Guru itu akan sampai esok.
Guru itu baru lulus.
Guru yang baru lulus itu akan sampai esok.
( peluasan )
118. Apakah perbezaan antara ayat-ayat yang saya kemukakan di bawah ini ?
(a) Pak Abu berserban setiap hari.
(b) Pak Abu berada di Johor Bahru.
Jawapan : Sebelum kita membincangkan perbezaan ayat-ayat tersebut,elok rasanya kita lihat persamaannya.
Persamaan ayat (a) dan ayat (b) ialah dari segi penggunaan kata kerja tak transitif.Dalam ayat (a) kata kerja tak
transitifnya ialah berserban manakala dalam ayat (b) pula kata kerja tak transitifnya ialah berada.Oleh itu,kedua-dua
ayat tersebut tergolong dalam ayat aktif tak transitif.Perbezaan antara ayat (a) dengan ayat (b) adalah dari segi jenis
ayat aktif tak transitif.
Ayat (a) ialah ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan.Sebaliknya,ayat (b) pula ialah ayat aktif
tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.Keterangan dalam ayat (a) iaitu setiap hari boleh
digugurkan tanpa menjejaskan maksud ayat tersebut.Namun begitu,jika ayat (b) digugurkan unsur keterangannya iaitu
di Johor Bahru maka maksud ayat tidak akan sempurna.
119. Bolehkah ayat-ayat berikut dipasifkan ? Jika boleh,sila nyatakan.
(a) Beliau memandang saya ketika beliau berdiri di situ.
(b) Lembu yang menanduk kereta saya itu menanduk kereta Ravi pula.
(c) Akhbar itu melaporkan bahawa wabak taun telah merebak di situ.
(d) Fatin akan membeli buku itu kalau ayah membenarkannya.
Jawapan : Ayat-ayat yang dikemukan itu tergolong dalam ayat majmuk aktif.Jika ayat majmuk itu mengandungi kata
kerja transitif,kita boleh menjadikan ayat itu sebagai ayat pasif.Lihat ayat pasif yang saya berikan di bawah ini.
(a) Saya dipandang oleh beliau ketika beliau berdiri di situ.
(b) Kereta Ravi pula ditanduk oleh lembu yang menanduk
kereta saya itu.
(c) Bahawa wabak taun telah merebak di situ dilaporkan
oleh akhbar itu.
(e) Buku itu akan dibeli oleh Fatin kalau ayah
membenarkannya atau Fatin akan membeli buku itu kalau dibenarkan oleh ayah.
120. Guru saya mengatakan bahawa kata sendi nama untuk dan bagi boleh saling ditukar ganti dalam ayat.Benarkah
pendapat ini.
Jawapan : Penggunaan untuk dan bagi dalam ayat-ayat tertentu memang boleh ditukar ganti tanpa menjejaskan
maksud ayat.Namun begitu, bagi ayat yang menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan
,penggunaan untuk lebih tepat berbanding bagi.Lihat contoh yang saya kemukakan ini.
(a) Hadiah ini untuk awak.(salah jika menggunakan bagi)
(b) Ayah membeli kereta untuk ibu.(salah jika menggunakan bagi)
121. Yang manakah yang betul bagi ayat-ayat di bawah ini.
(a) Saya tebang pokok itu.
(b) Saya menebang pokok itu.
Jawapan : Kedua-dua ayat yang anda kemukakan itu betul dalam bahasa Melayu.Ayat (a) ialah ayat pasif songsang
yang telah mengalami proses transformasi songsang.Ayat pasif biasa ialah Pokok itu saya tebang.Ayat (b) pula ialah
ayat aktif kerana mengandungi kata kerja transitif iaitu menebang dan objeknya pokok itu.Perbezaan antara kedua-dua
ayat tersebut ialah cara menyebutnya iaitu melalui intonasi.

Anda mungkin juga menyukai