Rekod Anekdot

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 3

Rekod anekdot

Rekod anekdot adalah penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa dan
perubahan yang signifikan yang berlaku pada seseorang murid. Guru boleh
menerangkan peristiwa tingkah laku atau insiden dengan perkataan atau gambar.Oleh
itu, guru perlu sediakan buku kecil atau helaian kertas yang diletakkan ditempat yang
mudah dicapai. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot adalah nama kanakkanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku. Ulasan guru dan tindakan guru.
Guru dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai bagi membantu murid itu.
Kegunaan rekod anekdot:
Bagi merekod tingkah laku kanak-kanak yang khusus bagi tujuan perancangan aktiviti
individu dan bagi kes konferensi.
Kebaikan rekod anekdot:
Pemerhati tidak memerlukan sebarang latihan bagi membuat rekod ini. Pemerhatian
ini terbuka(tiada penutup. Pemerhati mencatatkan apa sahaja yang beliau dapat
saksikan dan t idak terhad kepada sejenis tingkah laku ataupun catatan. Pemerhati
boleh mencatat apa sahaja kejadian yang tidak diduga tidak kira dimana ia berlaku
kerana pemerhati hanya perlu mencatatkannya kemudian. Pemerhati hanya perlu
mencatat tingkah laku yang diperlukan sahaja dan melupakan perkara atau tingkah laku
lain
Keburukan rekod anekdot:
Rekod ini tidak memberi gambaran yang lengkap kerana ia hanya merekodkankejadian
yang diperlukan oleh pemerhati sahaja. Ketetapan rekod ini sangat bergantung pada
ingatan pemerhati kerana rekod inidibuat selepas kejadian itu berlaku. Selalunya catatan
atau rekod adalah kurangmendalam. Kejadian mungkin berlaku diluar konteks dan ini
menyebabkan interpretasi kurangtepat ataupun digunakan secara berat sebelah. Sukar
direkod atau dianalisis dan tidak sesuai digunakan dalam kajian saintifik

Model top-down
Model ini merujuk kepada pandangan oleh Goodman (1967) yang menyatakan pembaca
membawa bersama mereka pengetahuan, jangkaan, andaian dan soalan pada teks dan
memberikan pemahaman yang asas berhubung dengan perbendaharaan kata. Mereka
membaca sehinggalah jangkaannya diperakukan. Model ini mencadangkan pemprosesan
teks bermula dalam minda pembaca. Menurut perspektif ini, pembaca mengenal pasti
huruf dan perkataan hanya bagi memastikan andaian yang dibuat ke atas isi kandungan
teks itu wujud.
Pengkaji bersetuju pemahaman adalah asas bagi kemahiran mengekodkan grafikyang
terdapat dalam teks. Makna dibawa ke dalam teks dan bukannya berpunca daripada
cetakan teks itu. Model ini menghuraikan beberapa perkara penting sebagi panduan.
Antaranya ialah :
a) Model ini menegaskan perkara atau makna yang pembaca bawa pada teks
yang dibaca.
b) Menyatakan pembaca membaca teks dengan dipandu oleh makna.
c) Timbul daripada aspek keseluruhan teks pada bahagian-bahagian yang
akhirnya mewujudkan makna.
d) Dikenali juga sebagai model Dalam ke Luar, Berpandukan Konsep
atau Keseluruhan ke Bahagian.
Frank Smith merumuskan terdapat beberapa ciri yang berkaitan dengan model

membaca ini iaitu :


a) Membaca bukan hanya mengekodkan bahasa tulisan pada bahasa lisan
b) Membaca tidak melibatkan memproses setiap huruf dan setiap kata.
c) Membaca adalah proses membawa makna dalam teks dan bukannya
mengeluarkan makna daripada teks bacaan
Matlamat model membaca ini mementingkan pembinaan makna bagi memberikan tindak
balas daripada teks. Ini memerlukan penggunaan pembacaan secara interaktif dengan
menggunakan grafemik, sintaksis dan isyarat semantik bagi membina makna.
Selain daripada itu, model ini menganjurkan aktiviti membaca bersifat interaktif iaitu
seseorang yang menggunakan teks yang dicetak sebagai input dan makna sebagai hasil.
Di samping itu, pembaca juga menetapkan input semasa berinteraksi dengan teks

Jenis Pemerhatian
Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/diperhati , iaitu: Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan
tanggapan(judgement)
Memerhati apa yang telah dirancang secara open ended
Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang
Strategi Pelaksanaan
Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria
tertentu. Antaranya ialah

dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang


menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang
merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran
dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian
tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan
jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan
Fungsi
1. Penilaian melalui pemerhatian :
digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam
sesuatu proses pembelajaran
dibuat oleh pelajar (individu /kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri
atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran
dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek
2. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/pelajar merancang tindak susul
yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti

menjalankan aktiviti pemulihan/pengukuhan


meningkatkan motivasi pelajar
mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan minat dan
keupayaan serta prestasi pelajar

3. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap


keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik
dan mentor.

4. Pemerhatian yang terancang membantu guru :


Mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan apakah
yang mendorong/menolak minat tersebut
Mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan yang positif
Mengesan kemampuan atau tahap pemikiran pelajar
Mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar
Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan
Mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran ,
rakan sebaya dan terhadap diri sendiri

Anda mungkin juga menyukai