Anda di halaman 1dari 7

Bersuci dari segi bahasa:

bersih dan terhindar daripada segala kekotoran


sama ada dalam bentuk hissiah (yang boleh
dirasa) seperti najis, atay manawiyyah seperti
perkara yang mengaibkan atau sifat-sifat keji.

Bersuci dari segi istilah:


perbuatan
apabila
dilakukan
akan
mengharuskan solat didirikan seperti wudhu,
mandi wajib bagi siapa yang diwajibkan mandi
atau menghilangkan najis dari pakaian.

Bersuci adalah satu tuntutan fitrah. Fitrah


manusia cenderung kepada kebersihan dan tidak
suka pada kekotoran.
Menjaga kemuliaan, kerana manusia suka pada
kebersihan benci pada kekotoran.
Menjaga kesihatan. Ini kerana kebersihan adalah
faktor yang penting untuk menjaga manusia
daripada penyakit.
Berdiri di hadapan Allah dalam keadaan suci dan
bersih.

Air terbahagi kepada empat bahagian: Pertama: Suci lagi menyucikan


Air mutlak yang kekal dengan sifatnya, seperti air hujan,
air mata air, air perigi, air sungai, air laut, dan air salji.
Kedua: Suci lagi menyucikan tetapi makruh.
Air yang panas disebabkan cahaya matahari dinamakan
air musyammas.
Makruh apabila memenuhi 3 syarat:Berlaku di negeri panas
Diletak dalam bekas yang ditempa selain dari emas
dan perak seperti besi atau tembaga.
Diguna pada badan manusia walaupun jenazah atau
binatang kerana boleh menyebabkan sopak.

Ketiga: air yang suci tetapi tidak menyucikan


Air yang sedikit yang digunakan untuk toharah yang wajib
seperti mandi wajibn dan wudhu.
Air mutlak yang bercampur dengan sesuatu yang suci dan
tidak boleh dipisahkan setelah bercampur dan mengubah
sifat air ( rasa, bau, warna)
Keempat: Air Mutanajjis
Air yang terjatuh najis ke dalamnya.
Air yang sedikit kurang dari dua kolah. Air ini tetap najis
walaupun terjatuh najis dan tidah mengubah sifat air.
Air yang banyak iaitu air yang cukup dua kolah atau lebih.
Air ini tidak menjadi najis jika terjatuh sedikit najis tanpa
berubah sifat air, akan tetapi jika berupa salah satu sifat
air (rasa, bau, warna)

maka ia adalah najis.

Bersuci terbahagi kepada dua jenis:i. Bersuci daripada najis


ii. Bersuci daripada hadas
1. Bersuci daripada najis:
Najis:
Najis benda yang kotor yang menghalang daripada
sahnya solat seperti darah dan air kencing.
Terdapat tiga jenis najis:i. Najis Mughallazah: najis anjing dan khinzir
ii. Najis Mutawasittah: najis selain anjing dan khinzir serta
air kencing- kanak-kanak lelaki yang belum berumur 2
tahun kecuali minum susu ibu.
iii. Najis Mukhaffafah: air kencing- kanak-kanak lelaki yang
belum
berumur 2 tahun kecuali minum susu ibu.

2. Bersuci daripada hadas

Hadas:
Hadas perkara Itibari (yang hanya wujud) pada
anggota-anggota manusia yang menghalang
daripadanya sahnya solat.
Hadas kecil:
kecil
perkara Itibari yang berlaku pada anggota manusia
yang empat iaitu: muka, kedua tangan, kepala dan
kedua kaki.
Ia menegah daripada sahnya solat, kecuali dengan
berwudhu.
Hadas besar:
perkara iktibari yang berlaku pada seluruh badan yang
menghalang dari sahnya solat kecuali dengan mandi.

Anda mungkin juga menyukai