Anda di halaman 1dari 2

JENIS ALAT BANTU PENDENGARAN

Sepasang alat bantu pendengaran yang sesuai akan meningkatkan pendengaran anda. Memilih alat
pendengaran adalah satu seni yang menggabungkan tahap kehilangan pendengaran anda, gaya
hidup, keperluan dan juga kos. Pakar kami sentiasa bersedia untuk membantu anda membuat pilihan
yang terbaik. Anda sentiasa dialu-alukan untuk menetapkan temujanji bersama kami.
Alat bantu pendengaran biasanya mempunyai beberapa stail berdasarkan penampilan. Ciri istimewa
setiap stail diringkaskan seperti berikut:
Dipasang pada telinga (Open-Ear-Fitting/OEF)
Alat bantu pendengaran yang kecil disambungkan dengan
wayar nipis dan penerima (receiver)yang mengarahkan bunyi
ke dalam telinga.
- Selesa dan kecil
- Bunyi yang lebih semulajadi dan kurang tersumbat
- Penampilan yang bergaya dan berwarna-warni
- Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan dan
sederhana

Di belakang telinga (Behind-The-Ear/ BTE)


Alat pendengaran ini berbentuk melengkung dan diletakkan di
belakang setiap telinga. Bunyi disampaikan melalui tiub ke dalam
saluran telinga.

- amplifikasi yang tinggi untuk membantu masalah


pendengaran tahap ringan hingga tahap yang sangat teruk
- Saiz lebih besar dan mudah digunakan terutamanya
bagi mereka yang menghadapi kesukaran mengendalikan
objek kecil
- Jangka hayat bateri lebih lama

Dalam telinga/Dalam saluran telinga (In-The-Ear (ITE) / In-TheCanal (ITC))


Dibuat dengan acuan telinga khas dan dipasang dengan selesa di
bahagian luar telinga atau saluran telinga
- Menghalakan bunyi secara terus ke dalam telinga untuk
memastikan prestasi yang optimum
- Selamat dan selesa di bahagian luar telinga
- Mudah dikendalikan
- Sesuai untuk masalah pendengaran tahap sederhana ke

tahap yang teruk

Dalam saluran telinga sepenuhnya (Completely-In-Canal (CIC)


Alat bantuan pendengaran kecil yang diletakkan dalam saluran
telinga yang membolehkan bunyi terus masuk ke dalam telinga.
- Tersembunyi, sesuai untuk pelanggan yang mementingkan
penampilan
- Simulasi cara bunyi masuk ke dalam telinga memberikan
kualiti bunyi yang lebih semulajadi sound quality
- Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan, sederhana
dan teruk

BAGAIMANA ALAT BANTU PENDENGARAN


BERFUNGSI?
Pada masa dahulu, alat bantu pendengaran berfungsi dengan menguatkan bunyi, termasuk bunyi bising yang
tidak diperlukan. Ini mengganggu pengguna dan menghalang mereka dari mengekalkan kehidupan yang lebih
berkualiti melalui pendengaran yang lebih baik.
Kemunculan teknologi digital ialah fasa baru dalam kemajuan alat bantu pendengaran. Mikrofon pada alat
tersebut menerima bunyi yang kemudiannya ditukarkan menjadi aliran eletrik. Aliran elektik ini akan dianalisa
dengan serta merta. Hanya segmen frekuensi terpilih, mengikut tahap masalah pendengaran pengguna, akan
ditukarkan kepada gelombang bunyi yang kuat. Teknologi ini meningkatkan kualiti bunyi dan pada masa yang
sama menghapuskan gangguan bunyi. Selain itu, teknologi digital membolehkan alat bantu pendengaran bersaiz
lebih kecil dan mempunyai pelbagai fungsi, menjadikannya lebih mesra-pengguna.

Anda mungkin juga menyukai