Anda di halaman 1dari 3

NOOR IZZATI BINTI ABDUL HANID

1.0 Nama Inovasi Pedagogi


Teknik Roundrobin, Roundtable dan Gallery Walk
2.0 Penerangan dan Perincian Inovasi Pedagogi
2.1 Roundrobin
Struktur ini menjurus kepada kemahiran komunikasi dan membina keyakinan
diri. Struktur ini ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk menyumbang idea
dan membina kemahiran sosial yang berkaitan dengan mengambil giliran.
Kaedah Pelaksanaan:

Pelajar duduk dalam kumpulan masing-masing.


Arahan diberikan supaya setiap ahli kumpulan mencatatkan satu idea

Ahli No. 1 contributes

Ahli No. 2 contributes

Ahli No. 4 contributes

Ahli No. 3 contributes

berkaitan sesuatu perkara pada sekeping kertas dengan sebatang pen

/pensil.
Kertas dan pen akan diedar sekeliling meja mengikut giliran.
Ini akan memberi peluang kepada semua ahli untuk mencatat idea atau
jawapan mereka.

2.2 Roundtable
1

NOOR IZZATI BINTI ABDUL HANID

Struktur ini menjurus kepada kemahiran komunikasi dan membina keyakinan


diri. Struktur

ini ini juga membina kemahiran sosial yang berkaitan dengan

mengambil giliran.

Kaedah Pelaksanaan.

Roundrobin adalah variasi kepada Roundtable.


Struktur ini ini dilaksanakan secara lisan.
Setiap ahli kumpulan akan bergilir-gilir bercakap tentang satu idea berkenaan
sesuatu perkara dan ahli kumpulan yang lain mendengar tanpa

mengganggunya.
Perkara ini boleh dilakukan sebanyak satu pusingan atau beberapa pusingan.

2.3 Gallery Walk


Struktur ini boleh digunakan untuk mengembangkan kemahiran komunikasi dan
menggalakkan perkongsian maklumat. Struktur ini ini juga membina kemahiran
sosial yang berkaitan dengan mengambil giliran dan memberi komen.

Kaedah Pelaksanaan:

Setiap kumpulan diberi satu tugasan untuk disiapkan.


Setelah menyiapkan tugasan dalam masa yang diberikan, mereka diminta

untuk mempamerkan tugasan pada dinding kelas.


Setiap kumpulan akan mengambil giliran untuk melihat hasil usaha kumpulan
yang lain dan menulis komen pada kertas maklumbalas yang disediakan.

B1,B2,B3,B4

C
C1,C2,C3,C4

A1,A2,A3,A4

D1

3.0 Penilaian Keberkesanan


Inovasi :
D1,D2,D3,D4

NOOR IZZATI BINTI ABDUL HANID

Hasil pemerhatian saya terhadap pelaksanaan teknik Rounrobin dan Roundtable


mendapati kedua-dua teknik ini sangat sesuai diaplikasikan bagi aktiviti berkumpulan
kerana ia memberi peluang untuk semua ahli dalam kumpulan untuk menyumbang
idea mengikut giliran dan ahli lain sama sekali tidak dibenarkan mengganggunya.
Maka, tidak wujud lagi masalah diskriminasi mahupun perasaan terpinggir kerana
ideanya tidak diterima ahli kumpulan.
Saya juga mendapati teknik Roundtable sangat berkesan untuk menonjolkan sisi
lain bagi pelajar pasif dan yang kurang gemar bersuara. Kadang kala, pelajar
sebegini mempunyai idea yang unik namun tidak mempunyai kemahiran untuk
meluahkannya secara lisan. Maka, teknik Roundtable adalah solusi terbaik kerana
mereka diberi peluang untuk menulis idea mereka tanpa gangguan rakan-rakan.
Bagi teknik Gallery Walk pula, saya mendapati murid-murid sangat seronok
kerana berpeluang bergerak di dalam kelas untuk melawat hasil kerja kumpulan lain
dan mendapat lebih banyak pengetahuan. Pada masa yang sama, mereka diberi
peluang pula untuk menilai hasil kerja kumpulan lain. Ini merupakan satu
penghargaan kepada mereka kerana diberi kepercayaan untuk turut sama
menyumbang pendapat dan memberi penilaian.

Anda mungkin juga menyukai