Anda di halaman 1dari 2

KATA GANDA SELURUH/PENUH

Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau
digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk.

Contoh kata ganda seluruh iaitu:


KATA NAMA
Buku-buku
Murid-murid
Meja-meja

KATA KERJA
Pusing-pusing
Geleng-geleng
Gelak-gelak

KATA ADJEKTIF
Cantik-cantik
Panjang-panjang
Merah-merah

Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata . Kata ganda ada yang
bermaksud jamak, tunggal, atau kedua-duanya.
PENGANDAAN

MAKNA JAMAK

Api-api
Kuda-kuda
Anak-anak

Banyaknya api
Banyaknya kuda
Banyaknya anak

MAKNA
TUNGGAL
Sejenis serangga
Kayu penyangga
mainan

KATA GANDA SEPARA

Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama
pada kata asalnya. Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi
vokal yang dilambangkan dengan huruf e .Contoh :
KATA DASAR

KATA GANDA

Layang
Kuda
Tupai
Siku
Bola
Jari
Langit

Layang-layang
Kuda-kuda
Tupai-tupai
Siku-siku
Bola-bola
Jari-jari
Langit-langit

KATA GANDA
SEPARA
Lelayang
Kekuda
Tetupai
Sesiku
Bebola
Jejari
Lelangit

Namun begitu, terdapat juga pembentukan istilah baru dalam kata ganda separa ini
seperti pepejal, cecair, tetuang dan sesendi.

KATA GANDA BERIMA/BERENTAK

Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut


rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut.

Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini
terbahagi kepada tiga, iaitu:
JENIS KATA GANDA
Persamaan bunyi di
hujung
Persamaan bunyi di
pangkal
Persesuaian bunyi
keseluruhan

CONTOH
Kuih-muih, lauk-pauk
Batu-batan, bukitbukau
Kusut-masai,
simpang-siur

CONTOH AYAT
Kuih-muih itu terhidang di atas
meja
Aktiviti gotong-royong akan
diadakan esok
Rambutnya kusut-masai kerana
ditiup angin.

KATA GANDA BERIMBUHAN

Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada awalan,
apitan, sisipan, atau akhiran. Contoh :
IMBUHAN
Awalan
Apitan
Sisipan
Akhiran

CONTOH KATA GANDA BERIMBUHAN


Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-lompat
Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknya
Tulang-temulang,t urun-temurun, gilap-gemilap
Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan

Anda mungkin juga menyukai