Anda di halaman 1dari 1

MASALAH CUACA

Masalah cuaca merupakan masalah yang banyak kali terjadi kepada pengukur.
Masalah ini juga, merupakan masalah biasa bagi pengukur kerana sudah terlalu banyak
yang dihadapi dan mereka juga sudah mempunyai banyak kemahiran dan pengalaman
dalam mengatasi masalah ini. Contoh masalah cuaca ialah cuaca panas yang terlalu
terik dan hujan lebat. Apabila hujan terjadi, maka masalah yang dihadapi ialah
menyelamatkan alat supaya tidak terkena hujan. Jika alat terkena hujan, maka
ketepatan alat itu akan menjadi kurang tepat. Seterusnya menyebabkan bacaan bering
dan jarak akan menjadi tidak tepat.
Keadaan ini juga menyebabkan kerja ukur tidak dapat dijalankan. Selain itu, factor
panas juga menyebabkan bacaan bering dan jarak tidak tepat. Ini terjadi kerana mata
akan menjadi kurang baik apabila berada di tempat yang panas terik. Justeru itu,
jurukur perlulah menjalankan kerja-kerja mengukur pada waktu pagi mengelakkan
masalah yang dihadapi. Pada waktu pagi juga, cuaca selalunya baik, kecuali pada
musim tengkujuh, yang sedia maklum musim hujan.

MASALAH ALAT
Alat juga memberi masalah kepada jurukur. Contohnya alat yang digunakan
mempunyai bacaan yang tidak tepat disebabkan mungkin terjatuh dan bubble susah
dimasukkan ke dalam bulatan. Perkara ini dapat dielakkan dengan menjalankan ujian
kalibrasi pada apabila alat yang sudah lama tidak digunakan bagi menguji ketepatan
alat tersebut.
Selain itu, sebelum memulakan kerja juga alat perlulah diperiksa terlebih dahulu bagi
mengelakkan alat kehabisan bateri pada pertengahan kerja yang dijalankan. Alat juga
perlu dihantar ke tempat pembaik pulih alat supaya alat yang rosak dapat dibaiki
dengan cepat, ini akan menjimatkan kos jurukur. Dengan adanya tindakan awal, maka
masalah yang dihadapi akan dapat dielakkan dan kerja yang dijalankan akan menjadi
lebih tepat serta lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai