Anda di halaman 1dari 3

Jadual 4.

14: Dapatan data temu bual pembentukan konstruk amalan guru PJ


Rujukan
R17

Petikan Temu bual


Guru perlu profesional. Profesionalisme penting
untuk menjadi guru yang serba boleh. Selain daripada
itu knowledge, skills dan attitude tiga perkara yang
sangat penting untuk dikuasai oleh setiap guru yang
profesional. Selain daripada itu, ia juga merupakan
kompetensi asas yang perlu dikuasai oleh setiap guru.
Bagi guru PJ, selain daripada pengetahuan,
kemahiran dan pedagogi merupakan elemen yang
seharusnya tidak boleh diambil mudah. Selain ini
perancangan pengajaran yang baik akan
menghasilkan pengajaran yang tersusun dan bersistem.
Penilaian juga penting lebih-lebih lagi yang
melibatkan kemahiran psikomotor. Oh ya kawalan
kelas juga penting. Mungkin itu boleh diletakkan di
bawah pengurusan kelas atau perancangan
pengajaran.

Tema
Amalan pengajaran
guru

R18

Guru-guru hari ini kurang jati diri dan semangat


keguruan tidak sekental guru-guru terdahulu. Mungkin
tekanan kerja yang terlalu banyak. Justeru itu, tahap
profesionalisme guru perlu sentiasa berada pada skala
yang tinggi. Oleh yang demikian, KPM telah
membangunkan satu model yang dipanggil CPD.
Continuing Professional Development merupakan satu
program yang perlu diikuti oleh setiap orang guru
setelah mereka mengajar lima tahun. Ia bertujuan
membugarkan semula ilmu-ilmu pendidikan dan ilmuilmu dalam pengajaran dan pembelajaran agar mereka
selari dengan pendidikan abad ke-21 ini. Pada saya
peranan seorang guru PJ tidak hanya mengajar dan
menilai. Lebih daripada itu. Peranan yang dimainkan
oleh guru sebenarnya mencakupi tiga fasa iaitu fasa
perancangan, penyampaian dan penilaian.
Perancangan perlu ilmu pengetahuan. Pengetahuan
isi kandungan dan pengetahuan pedagogi. Sementara
itu, dari sudut penyampaian melibatkan gabungan
pengetahuan dan kemahiran. Kemahiran sukan,
kemahiran individu, kemahiran pengurusan kelas dan
kemahiran gabung jalin. Seterusnya, fasa penilaian.
Impak pembelajaran sangat penting bagi
mendapatkan maklum balas sesi pengajaran.

Amalan pengajaran
guru

R19

Bila sebut sahaja tentang PJ, kepala saya terus teringat


situasi saya menyelia seorang guru mengajar

Amalan pengajaran
guru

Rasanya bukan mengajar tetapi memberi pelajar bola


dan membiarkan mereka bermain bola sepak dari mula
waktu sehingga tamat waktu PJ. Bila saya bertanya
kenapa hanya memberikan bola kepada pelajar tanpa
cikgu mengajar mereka konten PJ? Guru tersebut
menjawab yang dia bukan opsyen PJ. Di sini saya lihat
pentingnya seseorang guru opsyen mengajar subjek
mengikut kepakaran masing-masing. Ilmu
pengetahuan dalam kalangan guru PJ terutamanya
yang bukan opsyen di tahap yang rendah. Selain
daripada itu, ilmu pedagogi juga kurang dikuasai. Ini
kerana ada sesi pencerapan saya dapati tidak ada unsur
ansur maju dari permainan kecil (ubahsuai) dalam sesi
p&p PJ. Kawalan dan disiplin kelas kurang
dititikberatkan. Guru kurang berkemahiran dalam
permainan. Selain daripada perkara yang dinyatakan di
atas, sahsiah/ sikap guru perlu dipertingkatkan. Tahap
profesional agak kurang. Kemahiran sosial juga perlu
diperbaiki. Guru yang betul-betul kompeten terhadap
mata pelajaran ini sukar ditemui. Seakan menjadi satu
budaya di sekolah-sekolah, pemilihan guru PJ
hanyalah sebagai pelengkap waktu sahaja. Mereka
ini kurang menekankan kepada impak pembelajaran
pelajar. Selain daripada itu, kebanyakan mereka masih
kurang bersedia dan kurang membuat perancangan
dalam mengajar subjek PJ.
R20

Baru-baru ini saya menghadiri satu seminar di Senai.


Seminar yang bertemakan pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21. Saya tertarik dengan satu
pembentangan daripada seorang peserta yang
mengupas tentang kompetensi guru berasaskan SGM.
Elemen profesionalisme, pengetahuan dan pedagogi
menjadi teras kepada standard seseorang guru dikupas
serta dikaitkan dengan teori-teori keberkesanan
pengajaran. Satu kajian yang baik dalam mengenal
pasti kompetensi guru-guru di Malaysia. Untuk subjek
PJ, sepanjang saya bertugas di JPNJ, memang belum
ada satu standard pengajaran yang khas untuk guruguru PJ. Idea yang dikemukakan oleh pengkaji untuk
membangunkan model standard pengajaran guru PJ
berasaskan amalan dan kluster perwatakan guru
sangat-sangat dialu-alukan sebagai satu novelty yang
boleh dikongsi bersama. Pada saya selain daripada tiga
elemen dalam SGM, elemen-elemen seperti
pengujian, pengukuran dan pentaksiran juga

Amalan pengajaran
guru

penting. Kreativiti dalam merancang pengajaran dan


pembelajaran juga merupakan sesuatu kemestian.
TGfU atau Teaching Game for Understanding juga
perlu dikuasai oleh guru-guru PJ jika mereka inginkan
p&p mereka lebih bermakna.
R21

"When children cannot learn the way we teach them,


then we must teach them the way they learn
(Bonham, 1988) Saya petik kata-kata tersebut
kerana pada saya untuk para pendidik hari ini, bukan
kita mengajar ikut apa yang kita hendak ajar tetapi kita
mengajar bagaimana cara mereka (pelajar) belajar.
Kebanyakan guru-guru PJ terikat dengan kaedah
tradisional. Beri sebiji bola dan biar mereka bermain
tanpa objektif. Adakah itu dianggap sebagai PJ?
Kadang kala terminologi PJ sendiri guru yang
mengajar tidak faham. Pada saya apa yang
dikemukakan oleh Shulman dalam jurnalnya saya
lupa pula tajuknya yang berkaitan dengan teras
pengetahuan mengajar. Jika tidak silap beliau
menggariskan enam perkara iaitu ilmu konten, ilmu
pedagogi am, ilmu konten pedagogi, pengetahuan
dalam kurikulum, pengetahuan tentang konteks
pendidikan, pengetahuan terhadap murid dan ciriciri murid dan pengetahuan tentang matlamat
pendidikan. Pada saya jelas jika semua guru
menguasai keenam-enam teras ini, pengajaran mereka
lebih berkesan dan bermakna.

Amalan pengajaran
guru

Anda mungkin juga menyukai