Anda di halaman 1dari 5

PENTERNAKAN UDANG GALAH

1.

Pengenalan
i.

Udang Galah.
Nama saintifik: Macrobrachium rosenbergii

ii.

Habitat aslinya di Sungai dan Tasik.


Membiak di air yang berkemasinan 6 12ppt.

iii.

Jantan boleh mencapai saiz sehingga 35sm


manakala betina separuh daripada saiz
jantan.

iv.

Laporan Jabatan Perikanan Malaysia 2009


menunjukkan pengeluaran udang galah
Malaysia pada tahun 2007 adalah sebanyak
246 metrik tan bernilai RM6.645 juta (borong)
dan RM8.026 juta (runcit).

v.

Harga Borong mengikut negeri pada tahun 2007 adalah seperti berikut:
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

vi.

Negeri Sembilan
Perak
Pahang
Kedah
Terengganu
Selangor
Johor

27 / Kg
28 / Kg
34 / Kg
28 / Kg
22 / Kg
21 / Kg
26 / Kg

h)
i)
j)
k)
l)
m)

Kelantan
Melaka
Pulau Pinang
Perlis
Sarawak
Sabah

19 / Kg
30 / Kg
32 / Kg
?
?
?

Harga Runcit mengikut negeri pada tahun 2007 adalah seperti berikut:
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

Negeri Sembilan
Perak
Pahang
Kedah
Terengganu
Selangor
Johor

33 / Kg
34 / Kg
39 / Kg
34 / Kg
29 / Kg
26 / Kg
30 / Kg

h)
i)
j)
k)
l)
m)

Kelantan
Melaka
Pulau Pinang
Perlis
Sarawak
Sabah

26 / Kg
35 / Kg
41 / Kg
?
?
?

Berdasarkan maklumat di atas, para pengusaha ternakan udang galah di Sabah boleh memilih
pasaran yang boleh memberikan pulangan terbaik dalam urusniaga.

2.

Kaedah Penternakan
Tiga kaedah penternakan boleh dipertimbangkan:i.

Menternak dalam kolam


Pelbagai jenis kolam berbentuk empat persegi sama. Empat persegi panjang, bulat dan bentuk
tidak menentu.

ii.

Menternak dalam kandang


Menggunakan sejenis jaring plastik yang dikenali sebagai Netlon, tiang tahan reput dan tali PE,
pengusaha boleh membuat kandang di kawasan yang sesuai untuk ternakan udang galah.

iii.

Menternak dalam tangki


Kos pembinaan yang lebih mahal.

3.

4.

5.

Pemilihan Tapak
i.

Tapak tanah harus rata atau landai, kandungan tanah liat yang lebih tinggi untuk menampung
air. Kandungan pasir yang tinggi tidak boleh menampung air kecuali dilapisi dengan tanah liat
atau kanvas.

ii.

Sumber air yang banyak, tidak tercemar, dan sentiasa ada sepanjang tahun.

iii.

Tapak tanah harus dapat dihubungi dengan kenderaan bagi memudahkan mengangkut masuk
keprluan projek dan mengangkut keluar hasil.

iv.

Projek haruslah jauh dari penempatan manusia bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini
berlaku.

Rekabentuk
i.

Kolam boleh dalam bentuk empat persegi sama, empat persegi


panjang, bulat atau iregular. Bagaimanapun dasar
kolam harus mencuram ke arah pintu kolam
supaya kolam dapat dikeringkan dan penyediaan
kolam dapat dilakukan dengan lancar.

ii.

Keluasan kolam diantara 1,000m (20m x 50m) hingga


2
1,200m (30m x 40m). Saiz kecil ini mudah dikendalikan
dengan tenaga kerja yang kecil. Kedalaman kolam lebih
kurang 1meter tetapi kedalaman air dalam kolam lebih kurang 80 cm.

Susunatur
Pengusaha harus bijaksana menyusunatur agar:
i.

Tapak tanah dapat digunakan secara optima.

ii.

Air dari satu kolam tidak masuk ke kolam yang lain bagi
mengelakkan jangkitan penyakit.

iii.

Pintu air masuk bertentangan dengan pintu air keluar. Air


yang keluar tidak masuk semula ke dalam kolam.

iv.

Memudahkan kerja-kerja memberi makan ternakan

6.

7.

Pembinaan
i.

Kolam harus dibina sedemikian rupa sehingga kolam dapat dikeringkan setelah semua hasil
ternakan dituai. Dengan cara ini kolam mudah disediakan untuk menerima bekalan benih baru.

ii.

Permatang (bund) kolam mestilah diperbuat daripada tanah liat yang


bagi mengelakkan runtuh.

iii.

Pastikan pembinaan permatang


menyebabkan peresapan keluar air.

tersebut

dimampatkan

tidak

Penyediaan Kolam
Penyediaan kolam perlu dilakukan dengan rapi sebelum
benih ternakan dilepaskan ke dalam kolam. Langkah-langkah berikut perlulah diberi penekanan.
i.

Bagi kolam baru, basuh tapak kolam dua tiga kali dengan cara mengisi kolam dengan air
sehingga penuh, biarkan selama seminggu dan lepaskan keluar.

ii.

Keringkan dasar kolam di bawah matahari yang terik delama 2 minggu.

iii.

Taburkan kapur dan biarkan kering selama seminggu lagi.

iv.

Masukkan air sehingga seperempat kedalaman kolam.

v.

Masukkan baja organik. Biarkan sehingga kelihatan air menjadi warn kehijauan.

vi.

Tambah air sehingga kedalaman kolam. Biarkan selama 5 hari atau sehingga air kelihatan
kehijauan. Pada ketika ini, makanan asli udang sudah tersedia dalam kolam.
2

vii. Masukkan benih udang pada kadar 10-15 ekor /m . Ini bermakna, sebuah kolam dengan keluasan
2
2
1,000m -1,200m boleh menampung 15,000 ekor 18,000 ekor atau 60,000 ekor seekar.
Penternakan boleh dilakukan 2- 3 kali setahun.

8.

Peralatan
i. Alat ukur pH air
Jika pH air lebih rendah daripada 6, bemakna air kolam adalah asidik dan perlu diberi kapur. Air
yang asidik menyebabkan pertumbuhan udang terganggu. Kulit udang menjadi lembut dan mudah
cedera atau diserang penyakit.
ii. Alat ukur oksigen terlarut dalam air
Jika bacaan oksigen terlarut dalam air lebih rendah daripada 5, alirkan air baru kedalam kolam
dengan lebih banyak. Pada bacaan oksigen terlarut kurang daripada 3, udang mula timbul dan akan
mati.
iii. Alat ukur suhu air
o

Suhu air terlalu sejuk kurang daripada 20 C menyebabkan udang tidak cergas makan dan melebihi
o
35 C menyebabkan kematian. Dalam mana-mana keadaan yang mengancam keselesaan hidup
udang, masukkan air baru.

9.

Mutu Air
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Air tawar atau payau di bawah 5ppt


o
o
Suhu air di antara 25 C hingga 34 C
Subur, warna kehijau-hijauan
Tidak dicemari dengan bahan kimia atau minyak
Bebas dari bakteria, virus dan parasit.

10. Benih
i. Kenali pembekal (boleh menjamin bekalan)
ii. Pilih benih yang cergas dan tidak berpenyakit
iii. Dapatkan sebutharga dari pembekal. Biasanya harga benih yang berumur seminggu lebih murah
daripada dua atau tiga minggu.

11. Makanan
Dua jenis makanan:i. Makanan semula jadi hidupan seni hasil dari penyediaan kolam yang rapi.
ii. Makanan tambahan
a) Makanan berumus yang diperolehi dari pembekal
b) Buatan sendiri campuran pelbagai jenis bijirin seperi dedak padi, kacang dan sebagainya.

12. Musuh Ternakan


i. Pelbagi jenis burung air seperti raja udang,
bangau.
ii. Binatang air seperti memerang, biawak
iii. Ikan pemangsa seperti keli, betuk, tilapia
iv. Manusia

13. Penyakit dan Rawatan


i.
ii.
iii.
iv.

Penyakit yang disebabkan oleh bakteria


Penyakit yang disebabkan oleh virus
Penyakit yang disebabkan oleh parasit
Penyakit yang disebabkan oleh pencemaran alam
Jika berlaku serangan penyakit, sila berhubung dengan pegawai perikanan terdekat.

14. Menuai Hasil


Pelbagai cara menuai, bergantung kepada keperluan
i. Jala sesuai untuk kuantiti permintaan sederhana sehingga 500Kg
ii. Selambau kuantiti permintaan 1- 2 tan
iii. Bubu kuantiti kecil, terpilih dan hidup.
iv. Keringkan kolam tuai sekali gus.
Kecuali tuaian udang untuk jualan hidup, semua udang sebaik dituai dengan segera hendaklah
direndam dalam air berais sebelum dipek atau disimpan dalam tong berais. Tujuan mengekalkan
kualiti terbaik udang. Tanpa ais, sebaik saja udang mati, proses pereputan bermula. Proses pereputan
o
berlaku lebih cepat di bawah suhu yang tinggi. Kadar pereputan dibawah suhu kurang 5 C lebih
o
rendah. Kualiti udang bertahan lama di bawah suhu 0 C.

15. Pembungkusan
i.
ii.

Peti plastik berinsulasi - sesuai untuk jualan borong.


Bungkusan kecil dengan lebel berat dan harga unuk jualan runcit.

16. Pemasaran
Strategi pemasaran: Kenalpasti pelanggan dan jumlah permintaan. Senarai pelanggan sentiasa
kemaskini. Komunikasi yang berterusan menjamin kesetiaan pelanggan.
Hasil ternakan boleh dijual terus kepada pengguna atau melalui orang tengah. Bagi memlihara harga
yang termampu oleh pengguna, jualan terus kepada pengguna dengan harga yang kompitetif adalah
disyorkan. Beberapa pendekatan bagi memasarkan hasil ternakan berikut perlu diberi perhatian teliti:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Tamu setiap hari ada tamu terbuka dipelbagi pekan di seluruh Sabah.
Pasar ikan di bandar dan pekan.
Gerai-gerai tepi jalan.
Restoran / Kedai makan
Jualan langsung rumah ke rumah
Kilang pemprosesan
Eksport

17. Penyelenggaraan Kolam


i.
ii.
iii.
iv.
v.

Tebing kolam harus diperbiki jika terdapat tanda-tanda runtuh.


Pintu air keluar harus diperiksa dari segi kebocoran.
Lumpur najis ternakan harus dikeluarkan dan dibersihkan.
Semak dan rumput di bersihkan.
Parit

Anda mungkin juga menyukai