Anda di halaman 1dari 17

http://sculptorart.blogspot.com/2008/11/bahan-bahan-utama-yang-digunakan-dalam.

html

PRINSIP REKAAN 3D.


Rekaan 3D adalah suatu bentuk binaan,produk atau sesbuah hasil karya
arca yang berasaskan kepada unsur 3D. Ianya boleh dilihat,
disentuh,mempunyai jisim, berat, serta sudut perspektif yang tersendiri.
Sebuah lukisan di atas sehelai kertas adalah contoh rekaan 2D. Ianya hanya
boleh dilihat dan disentuh, tetapi tidak mempunyai sifat yang disebutkan
tadi, iaitu jisim, berat serta perspektif. Contoh terbaik bagi sebuah rekaan 3D
ialah arca. Sebagai contoh, sebatang kayu yang telah diukir menjadi
sebuah patung figura manusia adalah sebuah produk rekaan 3D. Patung
tersebut boleh dilihat, disentuh, mempunyai jisim, berat serta perspektifnya
yang tersendiri.
Rupa 3D pada umumnya telah bertukar menjadi bentuk. Namun kita
namakan rupa 3D untuk membezakan dengan projek bentuk. Melalui projek
ini latihan diberi berdasarkan pengolahan rupa 2D menjadi satu komposisi
baru. Komposisi tersebut didirikan diatas ruang fizikal yang realiti, dengan
membuat pergerakan dan arah. Pergerakan dari atas kebawah, kiri ke
kanan dan depan kebelakang diatas ruang sebenar, dikomposisikan
dengan gabungan pelbagai arah dan prinsip rekaan lainnya.
JENIS-JENIS ARCA
ARCA BERBENTUK BERFUNGSI

dan kebudayaan disamping ciri-ciri estetikanya.


tiang perkuburan orang Melanau di
Sarawak yang digunakan untuk pengebumian sekunder

ARCA BENTUK ESTETIKA

peranginan dan kawasan yang sering dikunjungi orang ramai.

Asean, Kuala Lumpur.

ARCA TIMBULAN

permukaan dua dimensi yang rata ataupun dipahat ke dalam.


-1973) Lithuania
yang berjudul still life with musical instruments yang jelas menunjukkan
pengaruh aliran kiubisme.

ARCA DINDING

cat secara sistematik untuk menghasilkan


kesan timbul dan tengelam hasil
penyatuan arca dan catan.

putih1977 oleh Abdul Latif Mohidin koleksi


balai seni lukis Negara.

ARCA ACUAN
dibentuk khas terlebih
dahulu.

ARCA BERGERAK

mengandungi bahagian yang dicantumkan pada bahagian sendinya


juga disebut arca mobil.
leh Alexander Calder yang berjudul horizontal
spines 1942.
ARCA STABIL

yang dicantumkan. Sebahagian arca ini boleh bergerak tetapi tidak


mempunyai awangan seperti arca mobil.
a arca stabil homage new york, a self construting and self
destroying work of art1960 oleh Jean Jinguely (1925-1991) Switzerland,
ditaman muzium seni moden New York, 1960.

ARCA BINAAN
bentuk
yang ada kaitan dengan matematik dan struktur jentera.

international 1919-1920, diperbuat daripda bahan kayu, besi dan


kaca.

ARCA LUAKAN
embuang bahagian
yang berlebihan daripada blok kayu, plaster of paris dan batu
marmar.

Kampong Sungai Sumbon Pulau Carey, Selangor.


ARCA ASEMBLAJ
hagian yang
berasingan seperti kayu ,logam bahan kutipan dan sebagainya.
-1968) Perancis.

ARCA TAMBAHAN

tempat tumpangan sementara untuk bahan cair seperi gangsa


tuangan, simen dan sebagainya yang boleh dikeraskan atau arca
yang dibina sebagai tambahan pada arca utama.

kemudiaan di cantumkan.

KIMPALAN/WELDING
Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan
bahan yang lain dengan menggunakan suatu bahan khas, contohnya
logam atau termoplastik.
kimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut
untuk menjadikannya sebagai pengikat di antara sesuatu struktur
dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan di
samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Ini berbeza
dengan pematerian, yang cuma meleburkan bahan sambungan
(pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu sendiri.

Antara kaedah kimpalan yang dikenalpasti adalah kimpalan dengan


menggunakan nyalaan api, tenaga elektrik bervoltan tinggi, sinaran
laser, tembakan electron dan ultrabunyi.
BAHAN-BAHAN UTAMA YANG DIGUNAKAN DALAM PENGHASILAN ARCA

,logam,besi

Konsep kreativiti
Pemikiran kreatif sudah lama dibincangkan dan dibahaskan secara ilmiah.
Sering kali terdapat perbezaan tanggapan pada pengertian kreatif itu.
Namun begitu, hal ini adalah perkara biasa dalam dunia akademik kerana
masing-masing merupakan tokoh akademik, penyelidik, sarjana dan dapat
mengemukakan konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman,
kajian dan latar disiplin ilmu yang mereka miliki. Menurut kamus Websters
(1976) pemikiran kreatif ialah, The ability to bring something new existence.
Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan
sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara
mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah
mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada tiada kepada
ada. Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku dan
pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan.
Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat
membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah. Maka,
dapatlah disimpulkan definisi ini terlalu ekstrem bagi menggambarkan
kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti.
Ramai sarjana yang berpendapat, tidak mungkin seseorang itu dapat
menghasilkan sesuatu yang tidak pernah wujud sebelumnya, kerana ia
memperlihatkan kemampuan manusia mencipta sesuatu daripada tiada
kepada ada. Sekali imbas, definisi kreatif seperti ini seolah-olah
menyanggah kekuasaan dan hak Tuhan. Tidak mungkin seorang manusia
yang lemah dan serba kekurangan dapat menghasilkan sesuatu yang baru
dan asli. Menurut John (2002); Only God could create, and whatever he
created was original. Man could only rearrange what God had created.
Namun yang pasti menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku
tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat
ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif dan kesemuanya dapat

disimpulkan sebagai berikut (Hassan, 1989) dan (Nik Azis, 1994); Terminologi
kreatif berasal daripada perkataan Latin creare yang bermaksud
membuat (to make). Manakala dalam bahasa Greek pula, Krainein yang
membawa makna memenuhi. Dalam bahasa Inggeris create atau cipta
dalam bahasa Melayu.
To cause to exist, bring into being, originate, to give rise, bring about,
produce, to be first to portray and give character to a role or part creation:
An original product of human invention or imagination.
A process of becoming sensitive to problems, deficiencies, gaps in
knowledge, missing elements, disharmonies and so on; identifying the
difficult; searching for solutions, making guesses or formulating hypotheses
about the deficiencies; testing and retesting these hypotheses and possibly
modifying and retesting them and finally communicating the
results. (Torrance, 1974)
Bagaimanapun, konsep kreatif dan kreativiti amat luas dan tidak rigid
berdasarkan ruang, tempat dan masa. Malah, konsep kreativiti boleh
dilihat dalam pelbagai sudut berdasarkan latar belakang seseorang seperti
ahli agama, peguam, jurutera, doktor, pemandu bas, ahli akademik, ahli
politik dan sebagainya. Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana
yang liberal mentafsirkan; People who copy concepts and ideas, sebagai
memenuhi ciri-ciri kreatif. Ringkasnya, istilah kreatif dan kreativiti digunakan
bagi menggambarkan produk sosial yang dihasilkan.
Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, dapat disimpulkan konsep
pemikiran kreatif berkisar kepada entiti berikut:
1. Melakukan sesuatu dengan cara yang unik.
2. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama atau the pattern
of sameness.
3. Berfikir di luar kotak atau thinking outside of the box.
9

4. Melihat sesuatu daripada perspektif baru.


5. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru.
6. Membuka minda dengan idea-idea baru.
7. Mencabar andaian.
8. Mencipta sesuatu yang baru.
9. Menghubungkan idea yang tidak berkaitan.
10. Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil.
11. Berfikir secara fleksibel.
12. Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli (novel).
13. Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.
Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu
berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas
sesuatu idea. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang
berlawanan dengan logik. Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan
manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada.
Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu
akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan
dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik
daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990) sebagai, Creativity
involves escaping from stuckness and opening up possibilities.
kreativiti adalah kebolehan asasi yang dimiliki oleh setiap manusia. Kalo ada
orang yang menyatakan yang dia tidak mempunyai kebolehan dan
kreativiti,ia seolah-olah telah menyangah anugerah yang telah diberikan
oleh ALLAH.kecenderungan seseorang itu berkreativiti banyak bergantung
kepada faktor diri mereka sendiri,persekitaran dan jenis-jenis masalah yang
dihadapinya.kebolehan kreativiti ini perlulah dipupuk dan dibaja dengan
baik dan tersusun melalui pendekatan yang difikirkan sesuai dan
bersistem.jika tidak ianya akan menjadi tidak berguna.perlu diingat berfikir
kreatif itu adalah satu seni. ianya melibatkan keupayaan manusia
10

memusatkan tumpuan dan usaha keatas sebarang penyelesaian


bergantung kepada tahap dan bentuk-bentuknya.temasuk didalam kreatif
itu ialah menjanakan idea,menghubung kaitkan,membuat
inferens,meramalkan,membuat hipotesis,mensentisiskan,mengitlak,membuat
gambaran mental,menganalogikan dan merekacipta.

11

http://apaituarca.blogspot.com/
APA ITU ARCA 3D?
Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya
dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal
daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik
, mencungkil dan menguris.
Di mana?
Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan,Dan tempat
tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu
Peringatan.
Tahukah anda jenis jenis arca?
Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkanobjek sebenar
yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia.
Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya
pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca
tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam
segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam
bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca
estetik dan arca berfungsi.
Arca Asemblaj
Arca ini adalah cantuman daripada pelbagai bahan buangan yang
berbeza dan digabungkan menjadisebuah arca serta mendapat perhatian
di Amerika sekitar tahun 1950-60. Arca tiga dimensi ini dilihat sebagai junk
sculpture, iaitu arca barangan terpakai atau buruk dan rosak. Arca
Asemblaj yang terkenal ialah Homeege to New York, karya Jean Tinguely

12

Arca Binaan
Arca ini ialah pembinaan cantuman daripada bahan-bahan yang sama.
Misalnya jika besi maka cantumannya juga besi. Sekiranya bahan kayu
maka canumannya juga adalah kayu. Arca jenis ini boleh dibina berasaskan
teknik kerangka atau tidak berkerangka. Untuk teknik kerangka, ia
digunakan sebagai struktur asa atau bahagian dalaman biasanya diperbuat
daripada dawai, keluli dan sebagainya. Bahagian luar mengandngi lapisan
lain seperti bancuhan simen. Arca tanpa kerangka pula dibina berasaskan
cantuman bahan-bahan seperti logam yang dicantum samada secara
pateri atau kimpalan.
Arca Luakan
Pembinaan arca melalui teknik ukiran dan membuang mana-mana
bahagian batu atau kayu. Biasanya bahan pembinaan arca ini ialah batu
atau kayu, batu marmar, plaster of paris, lilin, tanah liat dan sebagainya.
Pelbagai alat digunakan bergantung pada jenis dan kekerasan bahan.
Contohnya, jika menggunakan alatan tajam untuk proses memotong,
memahat, mengikis dan sebagainya. Contoh arca luakan antarabangsa
yang terkenal ialah patung David karya Mochelangelo

Arca Timbulan
Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua
dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah
kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu
menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar
latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura
tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (18691954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat
yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.
13

Arca Tambahan
Pembinaan arca tambahan dilakukan dengan menggunakan baha-bahan
lembut seperti tanah liat dan bahan-bahan rapuh. Terdapat juga bahan
cecair yang kemdiannya dkeraskan melalui acuan seperti plaster paris,
tanah liat, lilin dan sebagainya. Setelah acuan disediakan, cairan akan
dituang ke dalam acuan. Seterusnya cairan tersebut akan membeku dan
menjadi arca. Contoh arca tambahan / acuan ialah Tugu Negara.
Arca Mobail
Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya
terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak.
Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder
(188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan
pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerkannya
terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.
Arca Stabail
Berbeza dengan mobail, ia tidak terawang tetapi boleh bergerak kerana
kedudukan yang boleh bergerak.Arca GabunganArca gabungan ialah
pengabungan beberapa jenis arca dalam menghasilkan karya. Gabungan
ini bukan sahaja dari segi jenis malah teknik penghasilannya yang diserap
dan dipengaruhi oleh disiplin lain seperti catan, cetakan dan sebagainya.
Arca ini mempunyai pengaruh instalasi apabila penonton menikmati karya
dengan berada dalam ruang persembahan arca tersebut dan bukan hanya
di hadapan arca itu sahaja. Ini disebabkan ruang galeri telah menjadi
sebahagian daripada karya. Tambahan pula, arca gabungan ini
merupakan kombinasi daripada disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj
Arca Dinding
Arca dinding diperkenalkan oleh pelukis Abdul Latiff Mohidin. Arca ini adalah

14

integrasi antara catan dan arca yang dihasilkan di atas permukaan kayu
dan terlekat di dinding. Biasanya arca dinding dihasilkan di atas kepingan
kayu atau bangunan dan sebagai hiasan di meja, dinding atau digantung
pada syiling . di Malaysia antara arca dinding yang terkenal adalah
Langkawi 1977 daripada Abdul Latiff Mohidin.
Tahukah anda ciri ciri arca?
DIORAMA
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai
objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut
hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu
hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun
sisi.Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan
pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak
dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan
berdasarkan tema diorama . bahagian tapak kotak pula dihias dengan
bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema
diorama.STABAILStabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh
bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja
boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang
pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai
sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak
secara terawang-awang.Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut
kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah
didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu
siling.MOBAILMobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau
bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi
sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik .
Mobail biasanya digantung di atas siling.Bahagian mobail dicantumkan
pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak.

15

Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang
digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi
untuk membolehkannya bebas bergerak.ASEMBLAJAsemblaj adalah
himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik
ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada
kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua
dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.Apakah
bahan yang digunakan dalam menghasilkan arca?DIORAMABahanKotak
kosong, gam, pengokot , pita pelekat, plastisin, kertas warna, plastik lutsinar,
benang dan bahan hiasan yang sesuaiMOBAILBahanDawai , tali,
penyangkut baju, kayu dan bahan ringan yang sesuai
digantung.MODELBahanGam, pin, dawai kokot, pita pelekat , kadbod,
kertas warna dan bahan kutipanSTABAILBahanDawai, tali, penyangkut
baju, kayu dan bahan ringan yang sesuai digantung

16

Sumber Rujukan.
1) http://sculptorart.blogspot.com/2008/11/bahan-bahan-utama-yangdigunakan-dalam.html
2) http://apaituarca.blogspot.com/
3) http://asasenivisual.blogspot.com/2009/06/rupa-3-dimensi.html

4) SUMBER RUJUKAN
TEKS LENGKAP PENDIDIKAN SENI
HASSAN MOHD GHAZALI
PENERBIT FAJAR BAKTI SDN.BHD

5) FOKUS ACE PENDIDIKAN SENI VISUAL


KATHLEEN CHEE
TERBITAN PELANGI

17

Anda mungkin juga menyukai