Anda di halaman 1dari 15

Pembinaan Soalan Bahasa Melayu Tahun 3

Soalan Objektif
(a) Item Respons Bebas
(i) Item Jenis Soalan
Contoh Soalan:
Aras Rendah
Apakah sinonim bagi perkataan cantik?

Aras Sederhana
Bina satu ayat tunggal bagi kata adjektif deras.

Aras Tinggi
Apakah peribahasa yang sesuai bagi situasi di bawah?
Kamal terlalu boros dan suka berbelanja mewah. Wang simpanannya telah habis
dibelanjakan. Kini, Kamal menyedari kepentingan untuk berjimat-cermat.

(ii) Item Melengkapkan Pernyataan


Aras Rendah
Siti telah dibawa ke ________________ kerana demam.

Aras Sederhana
Emak membeli tiga __________ rantai untuk kakak.

Aras Tinggi
Abang ______________ ke kedai runcit untuk membeli minyak masak.

(b) Item Respons Tetap


(i) Item Salah Betul
Aras Rendah

Nyatakan sama ada penjodoh bilangan yang digunakan adalah betul atau salah.
(a) seurat benang
(b) sebuah kasut
(c) sebentuk cincin
(d) seutas pisang
Aras Sederhana
Gariskan sama ada ayat-ayat yang dinyatakan adalah ayat aktif ataupun ayat
pasif
(a) Polis mengejar pencuri yang sedang melarikan
Ayat Aktif / Ayat Pasif
diri.
(b) Murid-murid yang tidak memasukkan baju ke
Ayat Aktif / Ayat Pasif
dalam baju ditegur oleh guru disiplin.
(c) Para pelajar sedang berborak.
Ayat Aktif / Ayat Pasif
(d) Pekerja itu dimarahi oleh majikan.
Ayat Aktif / Ayat Pasif

Aras Tinggi
Gariskan sama ada setuju atau tidak setuju ayat-ayat yang dinyatakan adalah
ayat aktif dan nyatakan sebabnya.
(a) Polis mengejar pencuri yang
Setuju /
sedang melarikan diri.
Tidak Setuju
(b) Murid-murid yang tidak
memasukkan baju ke dalam baju
ditegur oleh guru disiplin.

Setuju /
Tidak Setuju

(c) Para pelajar sedang berborak.

Setuju /
Tidak Setuju

(d) Pekerja itu dimarahi oleh majikan.

Setuju /
Tidak Setuju

(ii) Item Padanan


Aras Rendah
Padankan penjodoh bilangan dengan objek yang sesuai.
(a) segugus
(a) pisang
(b) sekuntum
(b) manik
(c) sesikat
(c) anggur
(d) sebutir
(d) mawar

Aras Sederhana
Padankan jenis ayat dengan contoh ayat yang betul.
(a) Wah, indah sungguh
pemandangan di tepi tasik!
(b) Ibu suka makan sayursayuran.
(c) Beritahu saya sebab
kamu mencuri. Kata ibu
kepada Amir
(d) Sila senyap ketika
berada dalam
perpustakaan.

(a) Ayat Tanya


(b) Ayat Perintah
(c) Ayat Seru

(d) Ayat Penyata

Aras Tinggi
Padankan dua ayat yang mempunyai jenis kata adjektif yang sama.
(a) Longkang itu sungguh
(a) Tekak saya terasa
dalam.
payau seperti hendak
demam.
(b) Meja makan itu
(b) Asas tapak pembinaan
berbentuk lonjong.
ini sungguh kukuh.
(c) Tolong ikat tali ini
dengan kemas.

(c) Pensel itu masih diguna


walaupun sudah pendek.

(d) Bilik ini berbau hapak.

(d) Apakah perkakas yang


kelihatan bujur?

(iii) Item Aneka Pilihan


Bentuk Soalan

Aras Rendah
Pilih kata hubung yang sesuai untuk ruangan kosong dalam ayat di bawah.
Muhaimin seorang murid pandai _________ malas belajar.
(a) dan
(b) lalu
(c) tetapi
(d) manakala

Aras Sederhana
Pilih kata ganti nama yang sesuai bagi ayat di bawah.
Cikgu Sani adalah seorang guru yang penyayang. _________ mengambil
berat akan kebajikan anak-anak muridnya.
(a) Ia
(b) Dia
(c) Beliau
(d) Baginda

Aras Tinggi
Antara yang berikut, yang manakah yang menunjukkan kata ganda penuh
sebagai penanda nama haiwan dan makna kesamaan atau keserupaan?
(a) Agar-agar
(b) Obor-obor
(c) Labi-labi
(d) Siput-siput

Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap

Aras Rendah
Kata majmuk rangkaian kata bebas ialah
I. Air hujan
II. Meja tulis
III. Tanggungjawab
IV. Jalan raya
(a) I dan II sahaja
(b) I dan IV sahaja
(c) I, II dan III sahaja
(d) I, II dan IV sahaja

Aras Sederhana
Penggunaan kata hubung yang lebih sesuai dalam ayat majmuk ialah
(a) Tazmin mengambil buku cerita dan membacanya.
(b) Tazmin mengambil buku cerita lalu membacanya.
(c) Tazmin mengambil buku cerita sambil membacanya.
(d) Tazmin mengambil buku cerita sementara membacanya.

Aras Tinggi
Penggunaan kata sendi nama yang betul adalah
(a) Kotak besar itu diletakkan di belakang stor.
(b) Kotak besar itu diletakkan pada belakang stor.
(c) Kotak besar itu diletakkan ke belakang stor.
(d) Kotak besar itu diletakkan hingga belakang stor.

Jenis Jawapan Terbaik

Aras Rendah
Antara berikut, yang manakah kata terbitan yang paling sesuai bagi ayat di
bawah?
Azim _________ bola ke arah palang gol pihak lawan.
(a) ditendang
(b) menendang
(c) bertendang
(d) tertendang

Aras Sederhana
Pilih ayat tanya dengan kata tanya yang paling sesuai dengan ayat di bawah.
Encik Ramesh pengurus syarikat ini?
(a) Siapakah pengurus syarikat ini?
(b) Adakah pengurus syarikat ini Encik Ramesh?
(c) Mengapakah Encik Ramesh pengurus syarikat ini?
(d) Bagaimanakah Encik Ramesh pengurus syarikat ini?

Aras Tinggi
Pilih ayat seru yang paling sesuai bagi ayat penyata ini.
Orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu.
(a) Ah, orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu!
(b) Cis, orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu!
(c) Wah, orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu!
(d) Aduh, orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu!

Analogi

Aras Rendah
Pilih kata majmuk rangkai kata bebas yang betul.
Guru: besar
(a) bulan: madu
(b) Kereta: api
(c) Meja: tulis
(d) Antara: bangsa

Aras Sederhana
Wau: Kelawar
(a) Bola: Tenggiling
(b) helang : Kapal terbang
(c) Pensel : Cacing
(d)Jam : Siput

Aras Tinggi
Pilih analogi yang sesuai bagi perumpamaan di bawah.
Besar seperti _______________
(a) harimau
(b) gajah
(c) gergasi
(d) gorila

Antonim

Aras Rendah
Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan yang dihitamkan di
bawah.
BOROS
(a) jimat

(b) bazir
(c) cermat
(d) gelojoh

Aras Sederhana
Pilih kombinasi perkataan yang berlawanan yang betul dengan perkataan
yang dihitamkan di bawah.
AMAN
(a) damai, tenang
(b) kacau, harmoni
(c) kacau, sengsara
(d) kacau, perang

Aras Tinggi
Pilih pasangan antonim yang betul.
(a) abdi tuan
(b) aneh ganjil
(c) angkat junjung
(d) benam - tanam

Jenis Negatif

Aras Rendah
Berikut merupakan ayat aktif tak transitif kecuali
(a) Gilda suka mandi di tepi telaga.
(b) Yazir memandu ke sekolah.
(c) Adik sudah menangis sepanjang hari.
(d) Ana sedang melukis gambar.

Aras Sederhana
_____, bangunan itu sudah tua!
Berikut merupakan kata seru yang boleh digunakan untuk ayat di atas kecuali
(a) Oh
(b) Cis
(c) Wah

Aras Tinggi

Amira dan keluarganya menziarahi jiran mereka, Puan Choo yang baru sahaja
melahirkan cahaya mata di Hospital Azhan Shah.

Berikut merupakan tafsiran yang kurang tepat mengenai pernyataan di atas


kecuali
(a) Puan Choo dimasukkan ke Hospital Azhan Shah.
(b) Puan Choo dilawati oleh jirannya di Hospital Azhan Shah.
(c) Amira dan keluarga menziarahi cahaya mata Puan Choo.
(d) Puan Choo dikunjungi oleh Amira dan keluarganya di Hospital Azhan Shah
selepas melahirkan anak.

(iv) Item Jenis Cantuman


Cantuman Jenis sesuai/ tidak sesuai

Aras Rendah
Kata majmuk rangkaian kata bebas ialah
I Air hujan
II Meja tulis
III Tanggungjawab
IV Jalan raya
(a) I dan II sahaja
(b) I dan IV sahaja
(c) I, II dan III sahaja
(d) I, II dan IV sahaja

Aras Sederhana
Antara berikut, yang manakah alat pengangkutan jalan air pada zaman
dahulu?
I Jong
II Rakit
III Perahu
IV Kapal layar
(a) I dan II sahaja
(b) II dan III sahaja
(c) I, II dan III sahaja
(d) II, III dan IV sahaja

Aras Tinggi
Apakah perkataan membawa maksud yang sama dengan perkataan
anugerah?
I Ganjaran
II Jasa
III Kurnia
IV Pasung

(a) I dan II sahaja


(b) I dan III sahaja
(c) I, II dan III sahaja
(d) II, III dan IV sahaja
Cantuman aneka pelengkap yang mempunyai urutan/sekuan

Aras Rendah
Pilih urutan yang betul bagi menulis sebuah karangan.
I

Mencari isi penting.

II Membaca soalan
III Merangka huraian isi penting
IV Membuat penulisan karangan
(a) I-II-III-IV
(b) II-III-IV-I
(c) II-I-III-IV
(d) III-II-I-IV

Aras Sederhana
Urutan manakah yang betul semasa hendak melintas jalan menggunakan
lintasan zebra?
I Melihat kiri dan kanan
II Menunggu kereta berhenti
III Melintas jalan setelah selamat
IV Menunggu lampu isyarat bertukar hijau
V Menekan butang pada tiang lampu isyarat
(a) I-II-III-IV
(b) V-IV-III-I-II
(c) V-I-II-IV-III
(d) V-IV-I-II-III

Aras Tinggi
Antara yang berikut, pilih urutan yang betul bagi proses menunjuk arah
menggunakan peta.
I Memberi arah yang jelas
II Mengenalpasti kedudukan destinasi di atas peta
III Mengenal pasti kedudukan permulaan di atas peta
IV Mengenal pasti penanda arah yang berhampiran dengan destinasi.
(a) I-II-III-IV
(b) I-III-II-IV
(c) II-III-IV-I
(d) III-II-IV-I

(v) Teknik Kloz


Aras Rendah
menjalankan
bertugas

tambahan
merupakan

berdedikasi
berjaya

gembira
menyayangi

dalaman
melatih

Faridah (1)_____________ sebagai guru di sebuah sekolah yang terletak di


(2)______________ . Jarak di antara rumahnya dengan sekolah lebih kurang 15
kilometer. Walaupun jauh, namun Cikgu Faridah tetap (3)__________________
tugasnya dengan tabah dan sabar kerana beliau tahu akan tanggungjawabnya.
Di sekolah, Cikgu Faridah (4)_______________ guru yang rajin dan
(5)_____________ dalam menjalankan tugasnya. Beliau sering menjalankan
kelas (6)________________ kepada murid-murid yang lemah dalam mata
pelajaran Matematik. Impian Cikgu Faridah adalah ingin melihat anak didiknya
berjaya dalam pelajaran. Cikgu Faridah juga telah (7)_______________
menjadikan bilik darjahnya cantik dan bersih. Dia juga bergiat
(8)_________________ murid-murid dalam permainan bola jaring.
Cikgu Faridah berasa puas dan (9)_________ jika murid-muridnya berjaya dalam
pelajaran dan ko-kurikulum. Semua murid (10) _____________ Cikgu Faridah.

Aras Sederhana
Isikan tempat kosong dengan pilihan jawapan yang sesuai.
petang semalam
16 kilometer

berhampira
n
semakin

bantuan

kawan-kawannya

sehingga

menjerit

dihayutkan

dihentikan

ALOR GAJAH, Selasa Seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun dilaporkan


lemas dalam kejadian banjir (1)___________________. Kejadian itu berlaku di
Kampung paya Dalam, (2) ____________________ dari bandar Melaka. Kanakkanak itu, Muhd Azli Meon sedang mandi (3) ______________________ parit

besar di hadapan rumah bersama-sama (4) __________________________.


Tiba-tiba dia tergelincir lalu terjatuh ke dalam parit. Dia sempat (5)
___________________ meminta tolong sebelum (6)_________________ air.
Gerakan mencari Muhd Azli Meon (7) ________________________ sehingga
pukul 7 petang. Ia disertai oleh penduduk kampung dengan (8) ______________
pihak polis. Tetapi gerakan ini (9) ________________ apabila hari bertambah
gelap dan hujan turun (10) _______________ lebat.

Aras Tinggi
Isikan tempat kosong dengan kata sendi atau kata hubung yang sesuai.
Setiap sekolah pasti dilengkapi (1)__________ perpustakaan. (2)_______
perpustakaan terdapat pelbagai jenis bahan bacaan, antaranya buku cerita,
novel, majalah (3)_________ akhbar. Buku-buku cerita (4) ______ terdapat di
perpustakaan boleh dipinjam dengan menggunakan kad pinjaman.
Antara kepentingan perpustakaan adalah dapat memupuk amalan
membaca (5) __________ mampu meningkatkan pengetahuan seseorang.
Sebagai contoh jika kita membaca buku tentang sejarah tokoh negara, kita
(6) _______ menambahkan pengetahuan (7) _________ sejarah negarawan.
Pengetahuan yang ditimba itu dapat menyemai semangat patriotik
(8)__________ negara.
(9)___________ kita sering mengunjungi perpustakaan, kita dapat
memanfaatkan masa lapang. Hal yang demikian menjadikan kita tidak
membazirkan masa yang terluang. (10)__________ kita juga tidak terjebak
dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti bergaul dengan budakbudak nakal.
(1) (a) dengan
(b) hingga
(c) jika
(d) tetapi
(2) (a) Semenjak
(b) Lalu
(c) Sambil
(d) Di
(3) (a) serta
(b) dan
(c) lalu
(d) sejak
(4) (a) di
(b) yang
(c) bahawa
(d) kepada
(5) (a) bagi

(b) demi
(c) serta
(d) daripada
(6) (a) pada
(b) sejak
(c) yang
(d) akan
(7) (a) dari
(b) yang
(c) tentang
(d) terhadap
(8) (a) yang
(b) sejak
(c) tentang
(d) terhadap
(9) (a) Lalu
(b) Jika

(c) Hingga
(d) Malah
(10) (a) Lalu

(b) Jika
(c) Hingga
(d) Malah

Soalan Struktur
(a) Item Jenis Struktur
Aras Rendah

Bina ayat berdasarkan gambar dan perkataan yang diberikan.


(1) bersenam
_____________________________________________________________
(2) makanan seimbang
_____________________________________________________________

Aras Sederhana
Isikan tempat kosong dengan nilai murni yang sesuai.
(1) Apabila balik dari sekolah, Juliana mengeluarkan buku-buku dari beg.
Niali murni dalam ayat di atas ialah kita haruslah ________________ belajar
supaya berjaya.
(2) Wani merupakan seorang anak yang suka menolong ibu dan ahli keluarganya
yang lain.
Wani seorang yang _______________________.

Aras Tinggi
Kenalpasti dan betulkan beberapa kesalaan ejaan dalam petikan di bawah.
Amran seorang petani. Dia memoliki sebuah jentera pembajak. Dia menanam
jagung. Ladang Amran sunguh luas. Keluasan ladangnya lebih kureng 30 hektar.
Setiap tiga bulan, dia akan memetik jagungnya. Semua hasil tanamannya akan
dijual di Bandar. Dia juga memiliki sebuah kreta dan sebuah rumah besor.
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
___________________________________________________________

(b) Item Jenis Esei


(i) Tindak Balas Terbatas

Aras Rendah

Susun semula perenggan-perenggan mengikut urutan yang betul supaya


menjadi sebuah karangan.
Sehari sebelum sukan, murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah
sibuk menghias padang, memasang khemah dan menghias rumah sukan
masing-masing. Aktiviti-aktiviti tersebut mengambil masa selama dua jam.
Hasil kerja murid-murid amat mempersonakan.
Sekolah saya telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan kali ke-35
pada hari Sabtu, 16 Mac 2004. Surat jemputan dan surat kebenaran telah
diedarkan kepada ibu bapa ibu bapa setiap murid.
Latihan sukan telah dijalankan seawal dua bulan sebelum hari sukan
berlangsung. Murid-murid bertungkus-lumus mengikuti latihan sukan di
bawah penyeliaan dan jagaan guru sukan masing-masing.
Pada hari sukan, tetamu jemputan, guru-guru, ibu bapa - ibu bapa dan
murid-murid telah berkumpul di padang sekolah. Acara telah bermula
dengan ucapan daripada guru besar dan tetamu kehormat.
Temasya Sukan Tahunan telah berlangsung dengan lancar dan meriah.
Para pemenang telah menerima hadiah yang menarik. Semua peserta
dan tetamu berasa sangat gembira.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

Aras Sederhana
Tuliskan sebuah cerita berdasarkan gambar dan perkataan yang telah
diberikan.

Aras Tinggi
Salin semula karangan jenis surat kiriman tidak rasmi sambil membetulkan
kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti.
Faridah Binti Osman
49, Kampung Jeram,
84000,Muar,

Johor.
2 / 7 / 2012.
Menemui sahabatku Noorhanim, yang berada di Kampung Kuala Besut,
semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Saudari,
Saya berharap saudari masih tidak melupai saya. Tujuan saya menulis
surat ini adalah untuk mengajak saudari datang ke rumah saya pada cuti
hujung bulan nanti.
Untuk pengetahuan saudari, buah-buahan di kebun ayah saya sedang
masak. Buah-buahan pada musim ini sungguh menjadi, terutama manggis.
Ayah saya memajakkan sebahagian sahaja. Selebihnya ditinggalkan supaya
keluarga serta sahabat handai kami sama-sama dapat merasainya.
Saya berharap Noor tidak keberatan untuk datang ke rumah saya. Kalau
saudari suka , ajaklah keluarga serta kawan-kawan saudari datang bersamasama. Boleh mereka sama-sama merasai keenakan buah manggis, rambutan,
langsat serta durian.
Saya berharap saudari bersetuju dan memberitahu saya secepat
mungkin. Saya akan menunggu kedatangan saudari itu.
Sampai di sini sahaja yang sempat saya tuliskan. Akhir kata , sambutlah
salam mesra daripada saya untuk saudari sekeluarga. Semoga kita dapat
bertemu nanti.
Sekian , terima kasih.
Faridah
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

(ii) Tindak Balas Lanjutan

Aras Rendah
Tuliskan sebuah cerita pendek mengenai sambutan hari lahir anda yang lalu.

Aras Sederhana
Tuliskan sebuah karangan autobiografi yang bertajuk Aku sebuah komputer.

Aras Tinggi

Tuliskan sebuah cerita menggunakan ayat yang diberi sebagai penamat


karangan.
.. Peristiwa ini akan tersemat di sanubari selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai