Anda di halaman 1dari 24

Soalan:

3. Sistem kultur ( Dasar Tanaman Paksa) yang


diperkenalkan oleh Johannes Van Bosch pada tahun 1830 didakwa
sebagai satu penindasan Belanda terhadap penduduk peribumi
Jawa. Mengapakah dikatakan sedemikian dan apakah tindakan yang
telah diambil oleh Belanda dalam memperbaiki imej mereka ini?

Isi kandungan.
1.0
2.0
3.0

4.0

5.0

Pengenalan.
Sistem Tanaman Paksa.
2.1
Ciri-ciri sistem tanaman paksa dan perlaksanaan.
2.2
Mengapa dikatakan sebagai penindasan?
Tindakan Belanda.
3.1
Sistem Liberal dan Perlaksanaan.
3.2
Kesan.
3.2.1 Ekonomi.
3.3.1 Sosial.
3.3.1.1
Kebajikan.
3.3.1.2
Pendidikan.
3.3.1.3
Pembinaan Jalan Keretapi dan Pejabat Pos.
3.3.1.4
Pengairan.
3.3.1.5
Pertambahan penduduk.
Politik Etika.
4.1
Ciri-ciri dalam Politik Etika dan perlaksanaan.
4.1.1 Politik.
4.1.2 Ekonomi
4.1.3 Sosial.
4.2
Kesan.
4.2.1 Politik.
4.2.1.1 Pentadbiran.
4.2.2 sosial.
4.2.2.1 Pendidikan.
4.2.2.2 Kesihatan.
4.2.2.3 Infrastruktur.
4.3
Ekonomi.
Kesimpulan.

1.0

Pengenalan.

Sebelum sistem tanaman paksa yang diperkenalkan oleh Van den Bosch
dilaksanakan, terdapat satu sistem awal yang digunakan oleh pemerintah belanda
dalam meningkatkan ekonomi kerajaan belanda iaitu sistem sewa tanah. 1 Sistem
sewa tanah ini diperkenalkan oleh Sir Stamford Raffles dan diteruskan oleh
Komander Jeneral Van der Capellan. Walau bagaimanapun, usaha mereka dalam
meningkatkan ekonomi mengalami kegagalan. Pada tahun 1829, Johannes Van den
Bosch memberi cadangan tentang cultuurstelsel kepada Raja Belanda. Raja Belanda
bersetuju dengan cadangan tersebut dan pada januari 1830, Van den Bosch tiba di
Jawa sebagai Gabenor Jeneral yang baru. 2 Asas-asas dalam sistem boleh
dibahagikan dalam bahagian dalam laporannya antaranya seperti (1) nasihat 6
Mac 1829; (2) laporan kepada Menteri Tanah Jajahan pada 10 oktober 1830, surat
cabinet No. 628/26; (3) laporan tentang dasar-dasar dan hasil awal Sistem Tanaman
Paksa yang dibuat oleh Van den Bosch pada 1834 untuk penggantinya di Jawa, J.C.
Baud.3 Perkara ini sebenarnya sangat membebankan Bosch kerana kerajaan
Belanda dibebani dengan hutang yang sangat besar akibat peperangan yang
berlaku di Eropah dan di Indonesia. Perang yang berlaku di Jawa Tengah dan di
pantai utara Jawa Timur selama lima tahun diketuai oleh Pangeran Diponegero,
yang juga dikenali sebagai ratu adil.4 Pada dasarnya, sistem tanaman paksa
ataupun sistem yang tekenal dengan nama Cultuurrstelsel bererti satu pemulihan
sistem eksploitasi seperti penyerahan-penyerahan wajib yang dilaksanakan oleh
pemerintah VOC dahulu. Raffles sebelum ini cuba untuk menyakinkan petani di Jawa
1Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia IV, Jakarta: Balai
Pustaka, 1993, hlm. 90 mengatakan sistem sewa tanah mengandungi tiga aspek utama iaitu
perlaksanaan sistem
pemerintahan mengikut pemerintahan moden, perlaksanaan
pemungutan sewa dan penanaman tanaman
dagangan untuk dieksport. Pemerintahan
moden bermaksud pemerintahan tidak langsung yang dahulunya
dilaksanakan oleh rajaraja dan ketua-ketua tempatan ditukarkan kepada pemerintahan langsung. Dalam
pemungutan sewa, setiap orang mesti membayar sewa dan tidak lagi dikenakan mengikut desa.
Penanaman tanaman dagangan eksport pula, petani diwajibkan menanam
tanaman eksport seperti
tanaman kopi.

2Ricklef, M.C, sejarah Indonesia modern, Gajah Mada University Press, 1994, hlm. 183.
3Robert Van Niel, Sistem Tanaman Paksa di Jawa, Jakarta: Pustaka LP3ES Indonesia, 2003, hlm. 6.
4Terdapat banyak kajian ilmiah yang baik mengenai Diponegoro dan Perang Diponegoro (Stuers 1847;
Louw, Klerck
1894-96; Weitzel 1852-53; Praag 1947; Sagimun 1965; Iskandar 1970; Forrester 1971;
Kumar 1972). Satu
lagi kajian yang terpenting ialah hasil karya P.R.B Carey (1972; 1974)
yang menganalisis perang
Diponegoro dengan merujuk sumber-sumber Penulisan
daripada Belanda.

untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman eksport mereka dengan cara tidak
memaksa mereka dengan penyerahan-penyerahan wajib. Selain itu, Raffles
memberikan mereka beberapa perjanjian yang difikirkan dapat meningkatkan
semangat mereka berkerja contohnya setelah mereka membayar sewa tanah,
mereka akan memperolehi gaji melalui penjualan hasil-hasil pertanian mereka
sendiri.
Kegagalan sistem sewa tanah menyebabkan Van den Bosch yakin bahawa
pemulihan sistem penyerahan atau kerahan perlu dilaksanakan sekali lagi untuk
memperoleh hasil tanaman dagangan untuk tujuan eksport. Hal ini juga disebabkan
sistem sewa tanah tidak dapat mengeratkan hubungan secara langsung antara
pemerintah dengan petani secara efektif. Hubungan yang baik akan menjamin hasil
tanaman eksport tanpa mengharapakan peranan pemimpin tempatan seperti
Bupati dan ketua-ketua kampung.5 Ini bermakna hubungan feudal dan tradisonal
yang berlaku di kampung-kampung atau desa masih perlu dimanfaatkan sekiranya
kerajaan inginkan perkembangan ekonomi berlaku. Sistem tanaman paksa juga
mewajibkan petani di jawa untuk menanam tanaman-tanaman dagangan untuk
dieksport ke pasaran dunia. Walaupun sistem eksploitasi VOC dan sistem tanaman
paksa mempunyai persamaan khususnya dalam penyerahan wajib, tetapi pengaruh
dan kesan sistem tanaman paksa terhadap kehidupan petani di Jawa lebih
mendalam dan memeritkan daripada kesan pemerintahan VOC yang memerintah
selama lebih dua abad.

2.0

Sistem tanaman paksa.

Pada abad ke-19, politik Belanda dan tanah jajahan secara rasmi boleh
dibahagikan kepada dua iaitu negara kapitalis yang mengeksploitasi sumber bahan
daripada India ataupun perusahaan persendirian yang digunakan untuk
pengeksploitasian. Sebagai negara kapitalis, negara ini datang dengan satu
pengenalan baru pada tahun 1830 yang dikenali sebagai Cultivation System atau
dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai Culture System dan di ikuti dengan bahasa
Belanda iaitu Cultuurrstelsel 6 dan dalam bahasa Malaysia, sistem tanaman paksa.
2.1

Ciri-ciri sistem tanaman paksa dan perlaksanaan.

5Bupati pada masa tersebut juga sentiasa meyakinkan Residen bahawa tanaman seperti tebu tidak
membebankan petani kerana bupati akan mendapat keuntungan berdasarkan tanaman dagangan ini.
oleh itu peranan
bupati pada masa itu diperlukan oleh pemerintah. Marwati Djoened
Poesponegoro & Nugroho Notosusanto,
op. Cit., hlm. 97.

6Cultuurstelsel bererti pemulihan sistem eksploitasi seperti penyerahan-penyerahan wajib yang


pernah dilaksanakan
semasa pemerintahan VOC dahulu. Collin Brown, A History of Indonesia: The
Unlikely Nation?, Australia:
Allen & Unwin, 2003, hlm. 83.

Ciri-ciri utama dalam sistem tanaman paksa yang diperkenalkan oleh Van den
Bosch adalah kewajiban rakyat Jawa untuk membayar sewa dalam bentuk barang
iaitu hasil-hasil pertanian mereka dan bukannya dalam bentuk wang seperti yang
dilaksanakan semasa dalam sistem sewa tanah. Van den Bosch berharap agar hasilhasil dalam sewa tanaman dagangan boleh dihantar ke negeri Belanda untuk dijual
kepada pembeli-pembeli daripada Amerika dan seluruh Eropah. Penjualan ini akan
membawa keuntungan yang besar kepada pemerintah dan pengusaha Belanda.
Sewa yang dikenakan ke atas petani jawa dikatakan dapat memberi keuntungan
besar disebabkan penduduk Jawa semakin bertambah dan sumber tenaga kerja
juga semakin banyak.
Dalam sistem tanaman paksa, asas yang diterapkan adalah di daerah
Parahiyangan dan akan diperluaskan di seluruh Pulau Jawa. Van den Bosch
mensasarkan setiap keluarga dapat menghasilkan sebanyak f.5. dalam sistem
tanaman paksa ini. Menurut anggaran yang dibuat oleh Bosch, hasil dapat
ditingkatkan sebanyak lebih kurang f.15 hingga f.20 juta jika sistem ini dilaksanakan
di seluruh Pulau Jawa. Bosch juga yakin sistem ini menguntungkan petani disamping
menyenangkan petani berbanding sistem sewa tanah yang diperkenalkan dahulu. 7
Pembayaran sewa tanah diganti dengan pekerjaan wajib untuk tanaman dagangan
selama 66 hari dalam setahun. Maka sistem ini dikatakan lebih baik daripada sistem
sewa tanah yang diperkenalkan sebelum ini.
Asas-asas
sistem
tanaman
paksa
termaktub
dalam
Staatsblad
( Perlembagaan Negara) tahun 1834, no 22. Antara ciri-ciri sistem tanaman paksa
mengikut Staatsblad seperti berikut:
1. Persetujuan diadakan dengan penduduk agar mereka menyediakan
sebahagian daripada tanah mereka untuk penanaman tanaman dagangan
yang akan dijual di pasaran Eropah.
2. Pembahagian tanah yang disediakan oleh penduduk tidak melebihi satu per
lima dari tanah pertanian yang dimiliki oleh penduduk desa.
3. Perkerjaan yang diperlukan untuk menanam tanaman dagangan tidak
melebihi pekerjaan yang diperlukan untuk menanam padi.
4. Tanah yang disediakan untuk menanam tanaman dagangan tidak akan
dikenakan sewa.
5. Penduduk yang tidak mempunyai tanah dikehendaki bekerja selama 65 hari
di kebun pemerintah.
6. Tanaman dagangan yang dihasilkan di tanah-tanah yang disediakan wajib
diserahkan kepada pemerintah Hindia-Belanda. Jika hasil-hasil tanaman
dagangan yang ditaksir melebihi pajak tanah yang harus dibayar oleh rakyat
maka rakyat berhak menerima hasil lebihan jualan tersebut.
7Bosch yakin bahawa penghapusan sistem sewa tanah dan pengenalan sistem tanaman paksa dapat
menguntungkan
petani kerana biasanya hasil yang diperolehi petani melebihi daripada hasil
sewa yang dikenakan kepada
petani.Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho
Notosusanto, op. Cit., hlm. 99.

7. Tanaman yang rosak bukan disebabkan oleh kesungguhan atau kemalasan


rakyat atau disebabkan oleh bencana alam tidak akan ditanggung oleh rakyat
tetapi ditanggung oleh pemerintah.
8. Penduduk desa akan diselia oleh ketua-ketua mereka dan pegawai Eropah
hanya memastikan pekerjaan dilakukan seperti pembajakan tanah, dan
pengangkutan hasil tanaman berjalan dengan baik dan tepat pada waktu. 8
Contoh tanaman yang ditanam dalam sistem tanaman paksa ini seperti tanaman
bermusim iaitu gula, nila, dan tembakau yang ditanam di tanah-tanah sawah yang
ditanam berselang seli dengan padi dalam tempoh setahun. Tanaman tahunan pula
meliputi tanaman-tanaman seperti lada, kopi, teh, lobak dan lain-lain. 9 Tanamantanaman ini sangat penting dalam eksport pemerintah Belanda ke negara Eropah
pada masa tersebut. Sebagai contoh, tanaman kopi. Sebelum ini, orang Eropah
menggunakan rempah sebagai bahan pemanas badan mereka disebabkan oleh
cuaca sejuk di Eropah. Selain daripada rempah, mereka memerlukan bahan lain
untuk memanaskan badan mereka. Dengan kajian yang dilakukan, orang Eropah,
mereka mendapati kopi boleh dijadikan sebagai bahan pemanas badan selain
daripada rempah. Oleh itu, kopi menjadi tanaman yang penting dalam sistem
tanaman paksa.
2.2

Mengapakah dikatakan menindas pribumi Jawa.

Menurut D.G.E.Hall, mereka (pemerintah) berpendapat bahawa petani-petani


jawa terlalu bodoh untuk mengetahui kegunaan terbaik untuk tanahnya; maka
mereka dipaksa untuk menanam tanaman eksport sebagaimana diarahkan oleh
kerajaan dan kerajaan akan berhak memperoleh hasilnya sebagai cukai. 10 Oleh itu,
kita dapat melihat bahawa perlaksanaan sistem ini mempunyai tujuan ekonomi
Belanda semata-mata. Jika di lihat secara luaran, sistem ini tidak menindas rakyat
tetapi dalam perlaksanaan sistem ini, ia sangat berbeza daripada asas-asas dalam
sistem tanaman paksa ini. Secara keseluruhannya, semua sistem yang dilaksanakan
adalah berbeza kecuali sistem yang bernombor empat dan lapan sahaja yang tidak
8Ciri-ciri sistem tanaman paksa ini merupakan satu panduan dalam perlaksanaan sistem ini. Ibid, hlm.
100.

9Terdapat banyak kajian ilmiah mengenai tanaman yang ada pada sistem tanaman paksa
(Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto 1993; Brown. C.
2003; Koentjaranegrat 1984;
Ricklef, M.C 1994; Robert van Niel 2003; Furnivall, J.S 1939).
Selain itu banyak lagi penulis yang mengkaji
tentang tanaman paksa dan Bosch juga
menulis laporan tentang sistem tanaman paksa yang dilaksanakan
di Jawa.

10Dengan ini, hasil yang dikumpulkan akan dibawa menggunakan kapal-kapal Belanda dan akan
dijual di negeri Belanda. Dengan ini bermakna Belanda sekali lagi menjadi pusat perdagangan dunia
bagi memasarkan
hasil-hasil Tropika. Di samping itu, industri tanah air mereka
diperluaskan lagi dengan mendapatkan
pasaran tertutup bagi tanah jajahan Belanda. Hall,
D.G.E, Sejarah Asia Tenggara, London: Macmillan Co &
Ltd, 1987, hlm. 673.

berubah. Pemerintah mengubah atau tidak menjalankan sistem tanaman paksa ini
mengikut seperti apa yang tercatat dalam asas sistem tanaman paksa kerana
pemerintah Belanda mahukan keuntungan yang lebih agar keewangan negara
Belanda berada dalam keadaan stabil. Pemerintah tidak mengubah asas dalam
sistem dalam nombor empat dan lapan kerana asas dalam sistem tersebut tidak
memberi kerugian apa-apa kepada pemerintah sebaliknya memberi kelebihan
kepada pemerintah Belanda.
Menurut Perlembagaan Negara 1834 nombor 22, setiap persetujuan antara
pemerintah dengan rakyat, penggunaan sebahagian dari tanah petani harus
berdasarkan persetujuan daripada petani tanpa unsur paksaan. Hakikatnya,
keseluruhan perlaksaan sistem ini adalah berdasarkan paksaan daripada pihak
pemerintah. Pihak pemerintah Kolonial juga menyalahgunakan kuasa pemimpin
tempatan untuk memaksa rakyat agar mereka menyerahkan sebahagian daripada
tanah mereka untuk digunakan dalam perlaksanaan sistem tanaman paksa. 11 Pihak
pemerintah melakukan perkara tersebut kerana semakin banyak tanah yang
digunakan, keuntungan yang akan diperolehi pemerintah Belanda semakin tinggi.
Pemimpin tempatan atau ketua-ketua desa memaksa rakyat untuk menyerahkan
tanah mereka kepada pemerintah Belanda kerana mereka juga akan mendapat
keuntungan daripada hasil tanaman paksa tersebut. Mereka memperolehi
keuntungan melalui komisen melalui hasil tanaman dagangan yang dihasilkan oleh
petani. Semakin tinggi hasil tanaman dagangan yang dihasilkan oleh petani,
semakin banyak komisen yang akan diperolehi mereka. Dengan ini, pemerintah
tempatan berusaha untuk menaikkan hasil tanaman dagangan.

Dari segi penanaman pula, terdapat unsur kekerasan dan pembaziran tenaga
kerja dalam penanaman paksa ini. Ini dapat di lihat apabila pihak pemerintah
mengarahkan rakyat untuk melaksanakan sistem tanaman paksa ini dengan cara
yang tidak sepatutnya. Pembaziran tenaga kerja bermaksud pekerjaan selain
daripada pekerjaan dalam sistem tanaman paksa tidak dapat dilaksanakan.
Pemerintah mewajibkan setiap keluarga melibatkan diri dengan penanaman
tanaman paksa ini.12 Petani juga tidak dapat melakukan kerja mereka sebaliknya
11Pemerintah munggunakan ketua-ketua desa kerana pemerintah tahu petani Jawa patuh dengan
arahan ketua-ketua mereka. Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, op. Cit., hlm.
100.

12Dalam sistem tanaman paksa, terdapat lebih kurang 80 000 buah keluarga atau lebih kurang
empat juta orang
terlibat dengan tanaman paksa. Daripada jumlah ini, penduduk Jawa yang
terlepas dalam sistem
tanaman ini seperti tanaman kopi misalnya lebih kurang
dari penduduk dan 1/13 daripada jumlah
tanah yang digunakan untuk sitem tanaman
paksa ini.

terpaksa menumpukan perhatian terhadap sistem tanaman paksa yang dijalankan


oleh pemerintah belanda. Oleh itu, tanaman yang diusahakan oleh petani sebelum
ini terabai dan tidak dapat diusahakan.
Tanah-tanah yang akan digunakan dalam sistem tanaman paksa hanya satu
per lima daripada keluasan tanah milik petani. Dalam perlaksanaan sistem ini,
keluasan tanah yang digunakan lebih daripada yang dirancangkan oleh pemerintah
Belanda. Pihak pemerintah mengambil sebanyak separuh atau lebih daripada
tanah-tanah milik rakyat. Oleh itu, pengambilan tanah ini bukan sahaja merugikan
petani malah membahayakan kehidupan mereka. Membahayakan kehidupan
bermaksud akibat pekerjaan yang berat yang dilakukan dalam sistem tanaman
paksa, petani tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk melakukan kegiatan
harian mereka. Kematian juga dikatakan meningkat akibat pekerjaan berat dalam
sistem ini.13 Penumpuan terhadap tanaman eksport menyebabkan petani tidak
mempunyai masa dan tenaga untuk mengerjakan tanah yang disediakan untuk
penanaman tanaman makanan. Tanaman makanan seperti padi tidak dapat
ditanam. Oleh itu, bekalan beras tidak melebihi permintaan dan akhirnya kebuluran
berlaku di Jawa.
Selain itu, peraturan-peraturan kerja berbeza dari setiap kawasan atau desa.
Bosch sebenarnya berusaha untuk memusatkan kuasa eksekutif mengenai
penanaman paksa ini tetapi usahanya tidak berhasil. Oleh itu, pegawai tempatan
dan pegawai belanda semakin mendapat kuasa dalam menjalankan sistem
tanaman paksa ini dengan sesuka hati mereka. 14 Ketua-ketua desa yang tamak
akan memaksa anak-anak buah mereka untuk menghasilkan seberapa banyak hasil
tanaman dagangan yang boleh. Jika hasil tanaman dagangan banyak maka bupati
atau ketua tempatan akan memperolehi komisen yang banyak. Oleh itu, pegawaipegawai Belanda dan bupati akan mendapat keuntungan dan menyebabkan mereka
menjadi kaya.
Mengikut asas dalam sistem tanaman paksa, pekerjaan dalam tanaman
paksa tidak melebihi daripada pekerjaan tanaman padi. Dalam perlaksanaan sistem
ini, ianya ternyata berbeza. Petani dipaksa untuk bekerja lebih lama untuk tanaman
paksa berbanding dengan tanaman sendiri. Tekanan yang dihadapi oleh petani
berbeza daripada setiap kawasan dan tanaman tetapi pada keseluruhannya mereka
dipaksa bekerja lebih lama dalam tanaman paksa berbanding tanaman sendiri.
Upah yang diberi sangat sedikit sehingga tidak dapat menampung keperluan hidup
13Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia V , Jakarta: Balai
Pustaka, 1993, hlm. 8.

14Keadaan ini mendorong penyalahgunaan kuasa daripada pegawai-pegawai dengan bantuan ketuaketua desa yang
sememangnya berusaha untuk meningkatkan hasil tananman dagangan agar
mereka mendapat
keuntungan yang lebih. Marwati Djoened Poesponegoro &
Nugroho Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia
IV, op. Cit., hlm. 103.

petani. Ramai petani bekerja dalam tempoh masa yang lama dan sebagai
contohnya, petani terpaksa bekerja selama 200 hingga 225 hari berbanding 65 hari
seperti yang dinyatakan dalam isi kandungan dalam sistem tanaman paksa.
Menurut D.G.E Hall, masa menanam kopi selama 90 hari. Ini adalah kerana
hierendiensten (buruh paksa) terpaksa berkerja untuk membina jalan-jalan dan
jambatan dan beberapa kawasan di Jawa. Pekerja terpaksa bekerja lebih 200 hari
dalam masa setahun.15 Staple pula berpendapat penghinaan paling kejam ialah
pemungutan cukai tanah yang dikenakan walaupun terdapat larangan di dalam
dasar keempat dan kesembilan.
Kesengsaraan paling berat yang berlaku pada petani dapat di lihat di
kawasan-kawasan yang menanam tanaman Nila terutamanya di daerah
Parahyangan. Setelah tanaman nila diperkenalkan, semua lelaki di daerah Simpur
dipaksa untuk bekerja di ladang-ladang nila dalam tempoh tujuh bulan secara
berterusan. Hal ini menyebabkan sawah mereka tidak dapat diusahakan. Mereka
tidak dapat menolak arahan ini dan tidak dibenarkan meninggalkan pekerjaan
mereka. Oleh kerana sibuk berkerja mengusahakan tanaman dagangan dalam
tempoh yang lama, mereka tidak dapat membersihkan sawah-sawah mereka.
Dengan itu, sawah mereka berada dalam keadaan yang semak dan tidak terjaga.
Dengan kata lain, padi tidak dapat dihasilkan disebabkan penumpuan diberi kepada
sistem tanaman paksa.
Seterusnya berkaitan dengan pengecualian daripada sewa tanah. Mengikut
asas dalam sistem tanaman paksa, tanah yang disediakan untuk tanaman paksa
tidak akan dikenakan sewa tanah. Dalam perlaksanaannya, ia tidak begitu
menyimpang daripada asasnya berbanding dengan asas lain dalam sistem tanaman
paksa. Walau bagaimanapun, petani harus menangung dua beban iaitu melakukan
kerja untuk tanaman paksa dan membayar sewa tanah. Hal ini menyebabkan
keuntungan yang diperolehi pemerintah meningkat daripada f. 3 305 698 kepada f.
9 364 907. Petani bukan sahaja melakukan kerja untuk sistem tanaman paksa tetapi
mereka juga harus membayar sewa tanah. 16 Dalam perlaksanaan sistem ini, selain
daripada membayar cukai, tanah yang dikecualikan daripada penanaman tanaman
dagangan sebenarnya turut digunakan untuk menanam tanaman dagangan. Oleh
itu, kita dapat melihat bagaimana pemerintah menggunakan sistem tanaman paksa
ini sebagai satu alat eksploitasi ekonomi di tanah Jawa.
Seterusnya, kerugian yang bukan disebabkan oleh kecuaian petani dan
disebabkan bencana alam akan di tanggung oleh pemerintah. Dalam
15Dengan ini, penghasilan barang makanan semakin merosot kerana orang Jawa tidak
berkesempatan untuk
mengerjakan sawah mereka.Hall, D.G.E, Sejarah Asia Tenggara,
London: Macmillan Co & Ltd, 1987, hlm.
675.

16 Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia IV , op. Cit., hlm
105.

perlaksanaannya, petani akan menanggung semua kerugian berkaitan dengan


tanaman dagangan. Pemerintah tidak akan menanggung segala kerugian yang
berlaku sebaliknya meminta petani membayar semua kerugian yang berlaku atas
tanaman dagangan yang dirancang oleh pemerintah. Beban kepada petani jelas
terbukti dengan sikap pemerintah yang tidak melaksanakan sistem tanaman paksa
mengikut perjanjian asal. Hal ini menyebabkan petani semakin terseksa dengan
pelaksanaan sistem ini. sistem yang dikatakan baik dan menguntungkan kedua-dua
pihak iaitu pemerintah Belanda dan petani ternyata palsu dan hanya memberi satu
hidup yang sukar kepada petani di Jawa.
Selain itu, petani harus melakukan pekerjaan lain selain daripada pekerjaan
dalam sistem tanaman paksa. Mereka harus melakukan pekerjaan rodi 17 kepada
pemerintah dan juga ketua-ketua mereka. Pekerjaan rodi ini sebenarnya sudah
berlaku sebelum sistem tanaman paksa tetapi mengalami perubahan dengan
penambahan pekerjaan wajib yang dilakukan untuk tanaman paksa sehingga beban
rakyat semakin berat.
Pekerjaan rodi memberi kesengsaraan yang lebih kepada rakyat ketika
membina dan menjaga benteng-benteng untuk tentera penjajah. Pekerjaan ini
sangat berat dan rawatan kesihatan untuk pekerja adalah kurang. Disebabkan
rawatan kesihatan yang kurang, beribu-ribu penduduk meninggal dunia akibat
penyakit berjangkit, kekurangan makanan dan lain-lain. Walau bagaimanpun,
pekerjaan membuat benteng ini dihentikan kerana banyak nyawa terkorban selama
pembinaan benteng ini dijalankan.18 Walaupun pembinaan benteng ini berjaya
dilakukan, banyak nyawa telah terkorban. Dalam perang tersebut, penjajah belanda
telah dikalahkan.
Seterusnya, jika kita lihat di beberapa daerah, banyak kesusahan-kesusahan
dan keperitan hidup yang dialami oleh penduduk desa. Daerah Cirebon contohnya,
pada tahun 1843, pihak pemerintah mengenakan sewa tambahan dalam bentuk
beras kepada petani. Ini kerana Cirebon merupakan daerah yang melakukan
kegiatan menanam padi lebih daripada tanaman dagangan. Keadaan ini semakin
membebankan petani apabila penanaman padi di derah tersebut mengalami
kegagalan dalam pengeluaran hasil. Pada pertengahan 1830, beberapa pegawai
kolonial menulis laporan tentang kesan sistem ini di beberapa kawasan
17Pekerjaan rodi semasa zaman pemerintahan colonial secara umumnya meliputi pembangunan dan
pemeliharaan seperti jalan-jalan raya, jambatan-jambatan, terusan-terusan dan (waduk-waduk).
Rakyat juga
untuk pembangunan dan pemeliharaan rumah-rumah dan
(pesanggrahan2) untuk pegawai-pegawai
kolonial dan untuk pekerjaan yang lain seperti
mengangkat surat dan barang-barang; menjaga gudang
pemerintah kolonial dan lainlain.

18Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia IV, op. Cit., hlm.
109.

terutamanya di Jawa Tengah dan Barat Jawa. Seorang pentadbir koloni menulis
laporan pada 19 Januari 1835 tentang lawatan beliau ke Ladang Nila di Barat Jawa
yang jelas menunjukkan kesengsaraan dan keperitan hidup semasa sistem ini
dilaksanakan.
On the roads as well as the plantations one does not meet people but only walking
skeletons, which drag themselves with great difficulty from one place to another,
often dying in process. The Regent (Bupati) pf Sukapura told me that some of the
labourers who work in the plantation are in such a state of exhaustion that they die
almost immediately after they have eaten from the food which is delievered to
them as an advance payment for the produce to be delievered later.19
Keadaan yang sama juga berlaku pada tahun 1848 di Demak dan 1850 di
Grobongan akibat kegagalan dalam pengeluaran hasil. Kekurangan pengeluaran
hasil dan kelaparan menyebabkan jumlah penduduk menunjukkan penurunan. Di
Demak, daripada 336 000 orang kepada 120 000 orang. Selain itu, banyak daerahdaerah lain juga mengalami penurunan jumlah penduduk akibat kelaparan dan
wabak penyakit. 20 Penurunan jumlah penduduk sangat ketara berbanding
sebelumnya. Pemerintah terlalu mengharapkan hasil yang sangat banyak dalam
tanaman dagangan. Oleh itu, mereka memaksa petani untuk berkerja lebih
daripada kemampuan petani. Banyak nyawa terkorban dalam sistem tanaman
paksa ini disebabkan kekurangan makanan untuk mengembalikan tenaga yang
hilang akibat bekerja.
Furnivall (1939) mengatakan sistem tanaman paksa ini kemungkinan
terdapat rasuah dan eksploitasi terhadap petani di Jawa. Namun pemerintah di
negara Belanda tidak telalu mengambil berat mengenai laporan-laporan yang
diperoleh mengenai hal itu. Ini disebabkan pemerintah di negara Belanda
merasakan sistem tersebut menguntungkan petani dan sistem ini banyak
membawa hasil keewangan kepada Belanda. 21 Pada tahun 1850, gejala kelaparan
timbul di Pulau Jawa. Perkara ini membawa kesedaran kepada pihak pemerintah di
Belanda. Pelbagai kecaman yang dilancarkan pada tahun 1850 terhadap sistem
tanaman paksa dan ini menyebabkan belanda sedikit demi sedikit mulai
meninggalkan sistem ini.
19Krisis ini semakin menekan pada tahun 1840 dan 1840. Kelaparan banyak berlaku di kawasan Jawa
Tengah pada
tahun 1843 dan pada awal 1850. Kebanyakkan petani meninggalkan rumah dan
mencari makanan di
tempat lain dan biasanya berakhir di Bandar-bandar seperti di
Semarang iaitu Bandar terbesar di Jawa
Tengah.Collin Brown, op. Cit., hlm. 86.

20Kelaparan dan wabak penyakit berpunca daripada kehidupan masyarakat petani Jawa yang tidak
diberi perhatian oleh pemerintah, Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, Sejarah
Asal Indonesia IV, op.
Cit., hlm. 112.

21Koentjaranegrat, Kebudayaan Jawa, Jakarta: Balai Pustaka, 1984, hlm. 68.

Perlaksanaan sistem tanaman paksa membuktikan bahawa sistem ini


sebenarnya satu eksploitasi terhadap petani di Jawa yang hanya mendatangkan
keuntungan kepada pemerintah Belanda. Keuntungan ini menyebabkan penderitaan
pemerintahan Belanda dikurangkan dan meningkatkan kemakmuran bangsa
Belanda. Sistem tanaman paksa ini tidak menguntungkan petani Jawa malah
menimbulkan penderitaan dan kesengsaraan yang besar dalam kehidupan mereka.
Dalam tahun-tahun terakhir, sistem tanaman paksa semakin jelas di lihat sebagai
satu sistem eksploitasi yang tidak begitu cekap. Oleh itu, terdapat pihak yang ingin
memegang peranan utama dalam mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi Pulau
Jawa dan akhirnya pada yahun 1870, sistem tanaman paksa dihapuskan. Dengan
itu, syarikat swasta Belanda mula memasuki Pulau Jawa dan bemulalah satu lagi
sistem baru yang akan dilaksanakan di Pulau Jawa iaitu sistem Liberal.

3.0

Tindakan Belanda.

Disebabkan sistem tanaman paksa telah dihentikan, pemerintah Belanda


memperkenalkan satu lagi sistem yang akan menggantikan sistem tanaman paksa
iaitu sistem liberal. Sistem ini berkekalan selama 30 tahun sebelum muncul satu
lagi sistem yang akan digunakan di Pulau Jawa.
3.1Sistem Liberal dan perlaksanaan.
Sistem ekonomi kolonial antara tahun 1870 hingga 1900 pada umumnya
disebut sistem liberal. Walaupun sistem tanaman paksa telah dihapuskan, kaum
liberal juga ternyata enggan menghapuskan sistem yang membawa kepada
keuntungan yang besar. Oleh itu, sepanjang perlaksanaan sistem liberal ini, boleh
dikatakan sistem ini lebih teruk daripada sistem tanaman paksa.
Dengan menggunakan NHM (nederlandsch Handels Maatschappij), kapitalis
di lihat telah menguasai Jawa. Kaum liberal menggunakan laissez-faire kerana yakin
bahawa dengan rancangan dan pegehadan pada perusahaan dan perdagangan,
perkembangan Jawa dan kepentingan Belanda akan terjamin. Penentangan yang
dilakukan oleh petani juga dihapuskan. Kesannya, golongan liberal semakin
menguasai bidang politik dan meneruskan eksploitasi ekonomi terhadap Pulau Jawa.
Undang-undang iaitu Comptabiliteits Wet pada tahun 1864 mewajibkan agar
anggaran perbelanjaan di Indonesia disahkan oleh parlimen. Dengan adanya
pengawasan dari badan legislatif di Belanda, maka ini adalah suatu kemenangan
kepada pihak liberal.22 Dengan erti kata lain, penguasaan ekonomi terletak di

22Dengan ini, keewangan akan dikawal oleh pemerintah di belanda dan segala pengeluaran wang
haruslah mendapat
keizinan daripada pemerintah di Belanda. Pegawai di tanah jajahan tidak lagi
boleh menggunakan wang
dengan sesuka hati. Marwati Djoened Poesponegoro &
Nugroho Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia V,
op. Cit., hlm. 10 dan 11.

tangan golongan liberal dan mereka semakin bersemangat untuk mengekspolitasi


ekonomi di Pulau Jawa.
Masalah perkembangan perusahaan swasta amat diberikan perhatian
terutamanya dalam menghadapi masyarakat Jawa yang berpegang pada hukum
adat dan hak-hak ke atas tanah mereka. Bagi golongan liberal, golongan kapitalis
atau petani harus di beri kebebasan menggunakan tanah dan mengubah tanah
umum kepada tanah perseorangan. Dengan ini dapat di lihat bahawa undangundang tersebut bermaksud menyediakan tanah dan tenaga bagi perusahaan
kapitalis. Perlaksanaan sistem tanaman paksa tersebar ke Belanda dan mereka
menyedari sistem tersebut membebankan dan memberi kehidupan yang teruk
kepada petani. Oleh itu, Gabenor Jeneral perlu membela hak-hak pribumi dalam
penggunaan tanah dan tenaga. Golongan liberal menentang eksploitasi oleh
pemerintah dan ingin menggantikannya perusahaan swasta. Dengan ini, beberapa
peraturan perlu diwujudkan iaitu dengan memberi kebebasan berkerja dengan
penggunaan tanah petani. Sistem yang dibuat oleh berlainan tetapi tujuan mereka
adalah untuk mengeksploitasi dan bukan How to manage a colony tetapi How to
manage a colony for money.23
Untuk membuka Jawa sebagai sebuah kawasan perusahaan swasta dan
modal swasta secara besar-besaran, pemerintah Belanda mengadakan beberapa
peraturan. Dalam peraturan tersebut, terdapat pihak yang menjamin kepentingan
golongan pemodal, pihak lain yang berkepentingan dan hak-hak pribumi.
Perkembangan industri di Belanda mendorong golongan pemodal untuk menanam
modal mereka di Jawa. Pembukaan terusan suez yang menyebabkan perjalanan
semakin dekat dan perkembangan komunikasi mendorong perkembangan industri
perdagangan.
Sistem perladangan di Indonesia juga dibuat secara besar-besaran. Pengurus
ladang-ladang akan menerima gaji daripada pemerintah di negara Belanda.
Pembukaan ladang secara besar-besaran ini disebabkan oleh pemodal yang
melabur secara terus dan tidak melalui pemerintah. Modal yang dikeluarkan tidak
terlalu banyak kerana pengurus-pengurus ladang masih lagi menggunakan tenaga
buruh tempatan.24
Dalam sistem liberal ini juga, undang-undang Agraria pada tahun 1870 menetapkan
prinsip-prinsip asas daripada politik tanah. Pengusaha dapat menyewa tanah dari
pemerintah dalam tempoh 75 tahun. Penduduk pribumi akan mendapat jaminan
tentang hak tanah mereka mengikut hukum adat dan kemungkinan akan
23Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa sistem liberal yang diperkenalkan bertujuan untuk
keuntungan
semata-mata dan bukannya untuk mentadbir tanah jajahan dengan tujuan
memberikan satu pentadbiran
yang baik untuk rakyat. Ibid, hlm. 11.

24Legge, J.D., Indonesia, (terj), New Jersey: Prentice Hall Inc., 1964, hlm. 105.

memperoleh dan memiliki tanah secara persendirian. Seterusnya, dalam undangundang Agraria, tanah yang tidak dimiliki secara persendirian adalah tanah
pemerintah. Tanah ini dibahagikan kepada dua:
(1) Tanah pemerintah yang tidak dimiliki oleh rakyat.
(2) Tanah pemerintah yang dimilki oleh oleh rakyat.
Tanah disewakan kepada orang Belanda, penduduk Indonesia atau perusahaanperusahaan yang terdaftar di Indonesia. Pertukaran tanah yang dilakukan untuk
menjamin pengusaha Eropah mempunyai tanah kerana penyewa harus mempunyai
bukti yang jelas dalam penyewaan tanah. Pengusaha yang ingin menyewa tanah
daripada rakyat tempatan akan dikenakan syarat-syarat seperti berikut:
(1) Tanah yang dimiliki oleh rakyat tempatan boleh disewa selama lima tahun.
(2) Tanah yang dimilki oleh pribumi boleh disewa selama 30 tahun.
(3) Semua perjanjian harus didaftar. 25
Pengambilan buruh juga termaktub dalam pembaharuan yang dibuat oleh
pemerintah. Terdapat kawalan dalam pengambilan buruh dimana buruh juga harus
memahami syarat kontrak pekerjaan. Kontrak pekerjaan bemaksud gaji dan syaratsyarat bekerja.26 Selain itu juga, badan perusahaan swasta akan memberi tunjuk
ajar dan memperkenalkan ekonomi yabg baru kepada rakyat Indonesia.
Walaupun sistem liberal ini memberi banyak keuntungan kepada Belanda
namun mereka masih mempunyai hutang yang banyak. Pada tahun 1899, van
Deventer dalam artikelnya dalam majalah De Gids menulis hasil pendapatan yang
terhasil di Indonesia disebut sebagai Een Eereschuld suatu Hutang Kehormatan.
Menurut van Deventer jumlah wang sebelum tahun 1867 sebanyak 823 gulden
tetapi terdapat pembahagian rasmi sehingga sebanyak 187 juta gulden perlu
dikembalikan. Masalah keewangan semakin bertambah dalam sistem liberal ini. 27
3.2

Kesan.

3.2.1 Ekonomi.
25Ini merupakan asas-asas dalam sistem liberal yang akan digunakan di Jawa. Kebanyakkan asas
dalam sistem liberal
ini menyentuh tentang soal tanah, pemodal dan petani. Marwati Djoened
Poesponegoro & Nugroho
Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia V, op. Cit., hlm. 12.

26Ordinan Coolie tahun 1880 hanya digunakan dalam pengambilan pekerja daripada Pantai Timur
Sumatera dan syaratnya tidak terlalu menyeluruh. Syarat yang dikenakan hanyalah pendaftaran
kontrak di hadapan
pegawai. Tindakan akan dikenakan ke atas buruh yang tidak
melaksanakan kerja atau meninggalkan kerja
mereka dan ini memberikan majikan kuasa
yang hamper penuh ke atas buruh-buruh. Undang-undang
seterusnya menyentuh
tentang gaji minimum dan mengenakan pengawasan yang lebih ketat ke atas
sistem
tersebut.

Selain itu, ketiadaan sistem pendidikan menyebabkan penduduk desa tidak


berkesempatan dalam mengembangkan ekonomi mereka. Perkembangan ladangladang secara besar-besaran pada tahun 1880 menyebabkan penduduk desa
semakin jauh tertinggal dalam bidang ekonomi. Perbezaan taraf hidup amat ketara
diantara pemerintah dengan petani. Selain itu, pegawai Belanda dan tempatan gila
kuasa dan tidak mempedulikan nasib golongan petani. petani mahukan kehidupan
mereka kembali seperti zaman dahulu yang bebas daripada sistem yang amat
menyeksa mereka. Sehingga akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 pemerintah
Belanda tidak menyentuh tentang soal kehidupan para petani di Jawa. 28 Kemiskinan
di daerah desa-desa di Pulau Jawa semakin meningkat disebabkan peningkatan
jumlah penduduk dan ditambah lagi dengan keadaan mereka yang tidak diberi
perhatian oleh pemerintah.
Peningkatan penduduk berlaku dengan lebih pesat dan melebihi daripada
pengeluaran bahan makanan. Hal ini juga menyebabkan petani mendapat gaji yang
sedikit berbanding sebelumnya. Krisis keewangan pada tahu 1885 membuktikan
gaji yang diterima oleh petani adalah sedikit. Kajian ini dilakukan oleh Mindere
Welvaarts Commissie yang merupakan badan rasmi dalam menyelidik keadaan
penduduk Jawa. Selain daripada kemiskinan yang disebabkan oleh pendapatan yang
berkurangan di ladang-ladang dan penyewaan tanah kepada pekebun-pekebun,
penduduk juga tidak dapat menjual hasil tangan kerana bersaing dengan barang
yang di import. Barang-barang yang di import lebih berkualiti dan ini menjejaskan
jualan hasil tangan mereka. Pembangunan jalan keretapi menyebabkan penduduk
yang mengangkut barang menggunakan gerobag tidak lagi memperolehi sumber
pendapatan.29
3.3.1 Sosial.
3.3.1.1

Kebajikan.

Kebajikan rakyat Indonesia juga tidak dijaga di mana usaha untuk melindungi
Bumiputera tidak berlaku. Pelabur-pelabur yang datang melabur ke Indonesia
menyebabkan rakyat Indonesia semakin berada dalam keadaan tertekan. Tekanan
27Hutang yang banyak disebabkan oleh pegawai-pegawai kerajaan Belanda di Indonesia sentiasa
mengamalkan sikap
rasuah dan penyelewangan dalam soal keewangan. Marwati Djoened
Poesponegoro & Nugroho
Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia V, op. Cit., hlm.
14.

28Kemiskinan di Pulau Jawa disebabkan oleh peningkatan jumlah penduduk dan peningkatan jumlah
penduduk ini
kemiskinan.

tidak mendapat perhatian daripada pihak pemerintah dalam menyelesaikan masalah


Koentjaranegrat, op. Cit., hlm. 70.

29Kemiskinan yang dialami oleh penduduk Jawa juga berpunca daripada pengangguran dan tidak
berkesempatan melakukan pekerjaan sampingan.Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho
Notosusanto, Sejarah Asal
Indonesia IV, op. Cit., hlm. 128-129.

ini dapat di lihat melalui pengambilan tenaga buruh Indonesia, pengambilan tanah
dan tahap keewangan yang rendah. Tetapi terdapat juga pihak yang menyatakan
belanda membayar segala ganti rugi dan menggunakan satu dasar yang positif
dalam pembangunan ekonomi di peringkat kampung. Menurut Ricklefs, petani
terpaksa membayar sewa-sewa kepada pemerintah sehingga tanah milik mereka
tergadai. Tanah mereka tersebut diambil oleh haji-haji yang memberi pinjaman
hutang kepada petani. Tanah petani tersebut ditukarkan dengan hutang-hutang
yang tidak dapat dibayar oleh petani.
3.3.1.2

Pendidikan.

Dalam soal Pendidikan, pemerintah belanda tidak mengambil berat tentang


pendidikan di Pulau Jawa. Sikap pemerintah Belanda ini menyebabkan penduduk di
Pulau Jawa tidak dapat mengikuti perkembangan yang berlaku di luar tempat
tinggal mereka.30 Oleh itu, penduduk di Pulau Jawa tidak mendapat hak dalam
pendidkan yang seharusnya diberikan kepada mereka.
Pada awalnya sistem pendidikan diserahkan kepada Bupati, kemudian
mubaligh Katolik, mubaligh Protestant. Pada tahun 1864, sekolah Belanda mula
ditubuhkan dan dibuka untuk masyarakat tempatan. Pada tahun 1867 dengan
wujudnya jabatan pendidikan Agama dan Industri, pendidikan semakin maju dan
pada tahun 1882, terdapat kira-kira 300 sekolah diwujudkan di Jawa dan 400 di luar
Jawa dengan jumlah murid sebanyak 40 000 orang. Walau bagaimanapun, krisis
ekonomi pada tahun 1884 menyebabkan jumlah sekolah menurun kepada 654 buah
sekolah. Pada akhir abad ke-19, terdapat dua jenis sekolah iaitu sekolah angka I
yang memberikan pendidikan selama lima tahun dan sekolah angka II yang hanya
memberikan pelajaran sekadar menulis, membaca dan mengira. 31
Semasa pentadbiran sistem liberal dilaksanakan di Indonesia, pendidikan di
Indonesia mengalami perkembangan pesat. Satu pekara yang baik dalam sistem
liberal ini ialah mereka amat mementingkan penyebaran pendidikan. Jabatanjabatan pentadbiran juga diwujudkan dan badan-badan pendidikan diperlukan untuk
melatih calon-calon pegawai pemerintah. Perkembangan penting yang dicapai ialah
pemerintah liberal memberi perhatian kepada pendidikan penduduk Jawa dengan
melantik penyelia pendidikan penduduk Jawa dan penubuhan Jabatan Pendidikan,
Agama dan Industri pada tahun 1867. Perkembangan bidang pendidikan dan
Industri dipercayai dapat membentuk satu ikatan yang akan meningkatkan
30Ketiadaan pendidikan juga menyebabkan penduduk desa tidak mempunyai kesempatan untuk
mengembangkan
Cit., hlm. 69.

kefahaman mereka terhadap ekonomi pada masa itu. Koentjaranegrat, op.

31Hanya terdapat sejumlah kecl rakyat pribumi Jawa yang diterima di sekolah ini. mereka bukan
sahaja perlu
membayar banyak wang tetapi harus tahu berbahasa Belanda. Marwati Djoened
Poesponegoro & Nugroho
Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia V, op. Cit., hlm. 16.

ekonomi. Pada awalnya hanya sekolah untuk anak Bupati sahaja yang dibuka dan
kemudiannya di buka pula sekolah untuk semua golongan Masyarakat.
Perkembangan pendidikan di Indonesia meningkat dengan penubuhan 300 sekolah
di Jawa dan sama juga dengan daerah-daerah luar Jawa. Jumlah murid pula lebih
kurang 40 000 orang. Walau bagaimanapun, jika dibandingkan dengan jumlah
penduduk Jawa yang hampir mencecah 30 juta, jumlah yang mendapat pendidikan
amat sedikit. Oleh itu, hanya beberapa ribu sahaja murid yang dapat membaca,
menulis dan mengira. Selain itu, murid yang menghadiri sekolah-sekolah Belanda
sebenarnya hanya terbuka untuk rakyat Eropah sahaja. Hanya 2000 murid
tempatan yang belajar di sekolah tersebut pada tahun 1900. 32 Setelah mendapat
pendidikan, murid-murid tersebut tidak akan mendapat jawatan yang tinggi dalam
pentadbiran
selain daripada mendapat jawatan yang paling rendah dalam
pentadbiran Belanda.
3.3.1.3

Pembinaan Jalan Keretapi dan Pejabat Pos.

Pembinaan jalan keretapi mula dibuat pada tahun 1862 dari semarang ke
tanah kerajaan, 1864 Jakarta ke Bagor dan tahun 1875 dari Surayabaya ke Malang.
Selain itu juga, jika di lihat di Sumatera, keretapi mula dibina contohnya di Acheh
pada tahun 1874; pada tahun 1883 di Sumatera Timur dan pada tahun 1887 di
Sumatera Barat. Pada akhir abad ke-19 di Jawa, pembinaan jalan keretapi sepanjang
1600 km dan di sumatera lebih kurang 3500 km. Selain daripada pembinaan jalan
keretapi, terdapat juga penubuhan perusahaan pos. Pada tahun 1862 perusahaan
pos didirikan dalam negeri dan kemudiannya berkembang ke luar negeri. Pada
tahun 1856 perusahaan telegram juga dilakukan di dalam negeri dan berkembang
pada tahun 1860 dan hubungan melalui telegram dapat dilakukan dengan Eropah.
3.3.1.4

Pengairan.

Semasa pemerintahan liberal dijalankan di Jawa, banyak kemudahan telah


dibangunkan. Salah satunya ialah sistem pengairan yang digunakan untuk
meningkatkan hasil pengeluaran tanaman. Sebelum krisis keewangan yang berlaku
pada 1885, pemerintah tidak mengeluarkan banyak wang untuk kemudahan kerana
wang tersebut dihantar ke Belanda. Setelah krisis keewangan berlaku, pemerintah
mengeluarkan wang untuk membantu ladang-ladang besar yang menerima kesan
tersebut. Salah satu tindakan kerajaan ialah dengan membantu pembangunan
pengairan. Walaupun pembangunan di bangunkan untuk kepentingan ladangladang besar, namun penduduk Jawa juga mendapat kebaikkan daripada sistem ini
khususnya di daerah-daerah ladang gula yang menyewa tanah daripada petani.

32Oleh itu, rakyat pribumi yang dapat membaca dan berbahasa Belanda amat sedikit. Mereka juga
tidak berpeluang
mendapat jawatan yang tinggi dalam pentadbiran. Marwati Djoened
Poesponegoro & Nugroho
Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia IV, op. Cit., hlm.
136.

Pada tahun 1890-1893, empangan air untuk daerah yang menjalakan kegiatan
penanaman padi dengan jumlah pekerja sebanyak 300 000 orang dan memakan
belanja sebanyak 1 juta gulden. Semasa sistem tanaman paksa diwujudkan, sistem
pengairan juga diwujudkan di Panarukan, Cirebon, Delta Brentas dan Demak. Pada
tahun 1885 juga sistem pengairan di daerah Gubernemen, Serayu pada tahun 1889
dan Demak pengairan sepanjang 61 900 batu. Kesan sistem pengairan ini banyak
memberi kesan positif kepada pertanian.33
Undang-undang agraria pemerintah Hindia-Barat juga mengeluarkan peraturanperaturan mengenai perburuhan yang menegaskan syarat-syarat pekerjaan yang
sepatutnya kepada penduduk Indonesia contohnya mengenai kenaikkan upah
minimum yang harus dibayar dibayar kepada buruh-buruh Indonesia. Walau
bagaimanapun, peraturan dan undang-undang mengenai perburuhan yang
dikeluarkan tidak dilaksanakan dan hal ini sangat merugikan buruh Indonesia.
Sistem liberal yang kononnya mampu mengubah ekonomi sehingga mampu
memberi kesejahteraan kepada rakyat Belanda dan rakyat Indonesia ternyata lebih
teruk daripada daripada sistem tanaman paksa. Sistem liberal ini banyak memberi
tekanan kepada penduduk Jawa dan akhirnya muncul satu lagi pembaharuan yang
dikenali sebagai politik etika.
3.3.1.5Pertambahan penduduk.
Pertambahan penduduk menyebabkan kemiskinan kadar semakin tinggi.
Pada tahun 1850, penduduk Jawa sebanyak 13 juta. Angka ini semakin bertambah
pada beberapa tahun kemudian. Koentjaranegrat mengambil pandangan
G.Gonggrijip seorang ahli sejarah ekonomi Belanda dalam bukunya yang bertajuk
Sejarah ekonomi Belanda juga mengatakan taraf kehidupan penduduk desa Jawa
disebabkan oleh beberapa faktor lain 34, dan peningkatan jumlah penduduk juga
menjadi satu masalah terpenting dalam perkembangan ekonomi rakyat Jawa.

33Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia V, op. Cit., hlm. 16.
34Sebab-sebab lain yang disebut oleh Gonggrijp sesuai dengan keterangan mengenai masalah
mengapa ekonomi
pesat yang berlaku disebabkan oleh kolonial tidak mendatangkan apa-apa
kesan kepada petani Jawa.
Sebab-sebab tersebut dibahagi kepada empat. (1) pemikiran
dan nilai budaya Jawa tidak sesuai dengan
aktiviti-aktiviti ekonomi yang dijalankan;(2)
Kebodohan;(3) terlalu bergantung dengan gaji;(4) beban
hutang negara Belanda
diserahkan kepada mereka; atau eksploitasi oleh pemerintah. Koentjaranegrat, op.
Cit.,
hlm. 70.

Tahun

Jumlah

1781
1795
1815
1846
1880
1905

2 029 915
3 500 000
4 499 250
9 542 045
19 794 505
30 360 667
Oxford:

4.0

Anggaran/pengiraan
(anggaran Radermarcher)
(anggaran Nederburg)
(pengiraan pertama)
(pengiraan Bleeker)
(pengiraan Pentadbiran)
( jumlah penduduk)

Sumber: David Joel Steinberg (1971) In Search of Southeast Asia: A modern History.
Oxford University Press.

Politik Etika.

C. Th. Van Deventer di dalam satu artikelnya merayu pihak penjajah


membayar balik segala keuntungan yang diambil oleh pihak penjajah. Rancangan
beliau sangat padat dan akhirnya rancangan etika dilaksanakan di dalam dasar
kolonial di Jawa. Dengan ini, tanggungjawab untuk memperbaiki kesejahteraan
penduduk tempatan dan memberi perhatian yang lebih kepada mereka berbanding
sebelumnya. Marwati mengatakan poltik etika35 merupakan politik yang
diperjuangkan untuk membuat pemusatan pentadbiran, kesejahteraan rakyat dan
kecekapan. Sebanyak 40 juta gulden diberi dalam melaksanakan dasar etika ini.

4.1
4.1.1

Ciri-ciri politik etika dan perlaksanaan.


Politik.

Politik etika bertujuan untuk memberi kesenangan kepada penduduk Jawa.


Pembahagian kuasa dalam pentadbiran dan pembentukan majlis tempatan perlu
dilakukan agar penduduk dapat menyuarakan kehendak mereka. Parti etika juga
mengemukakan berbagai-bagai permintaan untuk menyekat pemerintahan belanda
daripada melakukan perkara dengan sesuka hati. Selain itu juga, hak undangundang, pembasmian cukai yang tidak adil dan menghapuskan segala bentuk
rampasan yang pernah dilakukan sebelum ini. 36 Pemberian pendidikan juga
dilakukan agar penduduk tempatan dapat memahami selok belok pentadbiran. 37
Penjajah belanda diminta agar menarik balik perlaksanaan politik eksploitasi yang
Belanda yang bersifat mementingkan keuntungan semat-mata. 38 Selain itu,
penguasan politik dikatakan dapat membawa keamanan dan penyebaran
peradaban kepada rakyat Indonesia.
35Orang yang paling menonjol dalam idea penubuhan politik etika ialah Snouck Hourgronje. Snouck
merupakan
penasihat kerajaan Belanda mengenai hal-ehwal islam dan Arab. Beliau dalam
syarahannya mengharapkan
agar masalah Islam dapat diselesaikan melalui persatuan.
Perbincangan mengenai persatuan boleh di
lihat dalam buku Robert van Niel (1960) yang
bertajuk The Emergence of the modern Indonesian Elite.

4.1.2

Sosial.

Dalam aspek pendidikan, golongan etika menuntut agar perkembangan


pendidikan dilakukan secara sistematik dan memberi peluang kepada penduduk
untuk mempelajari bahasa Belanda.39 Selain itu, penggalakkan migrasi di Jawa
untuk mengurangkan jumlah penduduk Pulau Jawa juga dilakukan. Dasar etika ini
juga, menuntut pihak pemerintah agar meningkatkan hasil dengan mengadakan
sistem pengairan yang baik dan sebagainya.
4.1.3

Ekonomi.

Selain itu juga, kawasan terbiar di Sumatera dan Borneo juga perlu
dibangunkan. Pelabur-pelabur juga datang untuk memesatkan lagi pertumbuhan
ekonomi di Indonesia. Antara sumber ekonomi yang dipentingkan pada masa
tersebut seperti gula, ladang, lobak, tembakau, beras, lada, kapuk dan bijih timah.
Syarikat-syarikat besar juga masuk ke dalam ekonomi Indonesia seperti BPM, Shell
Co, Standard Oil dan sebagainya. peranan pemerintah sebagai penghubung
hubungan antara rakyat dan pelabur-pelabur juga diambil kira. Penanaman modal
dikatakan berlaku dalam sektor pertanian, tambang dan pengangkutan di kawasan
luar selain Jawa.
4.2

Kesan.

4.2.1 Politik.
4.2.1.1

Pentadbiran.

Pemusatan pentadbiran dilakukan melalui tiga bahagian


(1) Kuasa tertinggi terletak pada pemerintahan di Belanda, seterusnya kepada
jabatan-jabatan, pejabat tempatan dan daripada pejabat Belanda kepada
pejabat pribumi.
36Dasar pendidkan yang baru diperkenalkan bukan disebabkan oleh keinginan penjajah untuk
memberi pendidikan
tetapi disebabkan terdapat kegiatan islam yang menginginkan pendidikan
tersebut dan perasaan tidak puas
hati rakyat terhadap permintaan tinggi untuk
bersekolah. Adbul Aziz Hitam dan Wan Azaham Wan
Mohamad, Sejarah Indonesia
Abad Kedua Puluh, (terj), Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988,
hlm.
19.

37Legge, J.D., (Terj.), op. Cit., hlm. 112.


38Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia V, op. Cit., hlm. 37.
39Dengan wujudnya sistem pendidikan yang membenarkan penduduk Jawa mempelajari bahasa
Belanda, proses
asimilasi akan wujud di antara kedua-dua masyarakat iaitu pemerintah
Belanda dan rakyat. Adbul Aziz
Hitam dan Wan Azaham Wan Mohamad, op. Cit., hlm. 19.

(2) Menubuhkan lembaga-lembaga pentadbiran yang mempunyai fungsi masingmasing.


(3) Keewangan negeri dan keewangan milik peribadi dipisahkan.
Undang-undang ini seterusnya melahirkan dewan-dewan tempatan yang
mempunyai peranan dalam menguruskan peraturan-peraturan tentang sewa,
bangunan-bangunan, jalan raya, taman-taman, makam-makam dan sebagainya.
Selain itu juga, undang-undang perubahan (Bestuurshervormingswet) ditubuhkan
yang bertujuan untuk kegunaan di daerah-daerah. Undang-undang dasar pula di
wujudkan untuk meningkatkan kuasa pada pejabat pribumi. Undang-undang ini
akan dibuat di dewan rakyat untuk mendapat persetujuan ramai. Selain itu,
Tatanegara 192540 di wujudkan selaras dengan kewujudan undang-undang dasar. 41
Ini bermaksud rakyat Indonesia telah diberi peluang masuk ke dalam sistem
pentadbiran untuk mentadbir negara Indonesia.
4.2.1Sosial (pendidikan, kesihatan dan infrastruktur).
4.2.2.1

Pendidikan.

Jeneral van Heutz memperkenalkan satu sistem sekolah desa (Volkscholen)


yang murah secara meluas dan gaji serta peralatan disediakan oleh desa
berkenaan. Sekolah desa di seluruh Indonesia pada tahun 1907 adalah 122 buah.
Seterusnya pendidkan ini dialnjutkan kepada sekolah Vervolgschool. Seterusnya di
tubuhkan sekolah ELS (Europeesche Lagare School). Sekolah ini sangat mendapat
perhatian daripada penduduk Indonesia dan perbelanjaan yang tinggi diperlukan
untuk meningkatkan
pengetahuna asas dalam bahasa Belanda. Seterusnya
terdapat pembaharuan yang dilakukan dan menyebabkan pembentukkan
Hollandsch-Inlandsche Scholen (HIS). Ini bermakna pelajar Indonesia boleh
menerima pendidikan tinggi tanpa melalui sistem sekolah Eropah. Pada tahun
berikutnya, mereka juga mengikuti MULO (Meer uigedreid Lager Onderuvijs: sekolah
rendah lanjutan) sebagai tambahan daripada HLS, iaitu sejenis sekolah menengah
rendah yang memberi peluang kepada bentuk kegiatan profesional. Pada tahun
1900 juga, Stovia (School tot opleiding van inlandsche ambternaren: sekolah latihan
untuk pegawai pribumi) dan mempunyai enam buah sekolah di Jawa dan sebuah di
Menado pada tahun 1910. Seterusnya terdapat penubuhan lima maktab perguruan
yang dikenali sebagai Kweekshcholen. Bagi pelajar yang Berjaya di peringkat ELS
40Menurut Marwati (1993) dalam sejarah Asal Indonesia V, perubahan-perubahan dalam Undangundang dasar mewajibkan perubahan-perubahan besar dalam perlembagaan Hindia Belanda.
Regeerings Reglements
1854 diubah berdasarkan cadangan Fock pada tahun 1922. Kemudian
de Graff mengusulkan satu
perubahan pada Regeerings Reglements 1854 dan
diterima oleh Jeneral Negeri sebagai perlembagaan
( staatsinrichting) pada tahun 1925.

41Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia V, op. Cit., hlm. 4751.

boleh masuk ke dalam Hogere Bur gerscholen (HBS) di Batavia, Semarang dan
Surabaya.42
Walaupun demikian, setelah lulus HBS, rakyat Indonesia tahu bahawa mereka tidak
akan mendapat pekerjaan yang baik contohnya jawatan tinggi dalam pentadbiran
penjajah seperti Penguasa, Pembantu Residen, Residen dan Gabenor. Keadaan ini
akhirnya memaksa mereka bekerja dengan bidang yang tidak berkaitan dengan
kelulusan mereka.
4.2.2.2

Kesihatan.

Perkhidmatan kesihatan diperluaskan di kawasan bandar-bandar dan


kampung-kampung. Penyakit tropika yang berjangkit seperti beri-beri, kolera dan
malaria dapat dikawal daripada merebak. Selain itu juga, koban penyakit taun
berkurangan daripada 14 000 pada tahun 1911 kepada 50 sahaja pada tahun 1937.
4.2.2.3

Infrastruktur.

Infrastruktur juga dibangunkan dengan pesat seperti pembinaan jalan


keretapi contohnya pada tahun 1903 di Jawa dan Madura jalan keretapi meningkat
kepada 3887 km. Dengan wujudnya perkembangan ini, sistem pehubungan dan
komunikasi semakin baik. Selain itu banyak bangunan-bangunan juga di bina.
Perkembangan dalam sistem pengairan sangat penting contohnya di daerah Demak
dan Brantas pada tahun 1902 sistem pengairan meningkat kepada 173 000 bau.
Selain itu, kehidupan rakyat ditingkatkan lagi dengan pendirian bank simpanan,
regie candu, rumah sewa dan sebagainya. 43 pemerintah juga membangunkan
sistem pengairan secara besar-besaran. Sejak tahun 1885, bangunan-bangunan
pengairan Brantas dan Demak seluas 96 000 persegi dan pada tahun 1902 menjadi
173 000 persegi.
4.2.3 Ekonomi.
Dalam bidang ekonomi, pertanian ladang dan perlombongan di pulau-pulau
luar berkembang pesat hasil wujudnya kerjasama antara pihak kerajaan dan pihak
swasta. Kerajaan Belanda telah menggalakkan aktiviti perhutanan, perikanan dan
penanaman tanaman baru. Pada tahun 1901 hingga tahun 1940, sebanyak 270 juta
guilder dibelanjakan untuk sistem pengairan. Sistem pengairan ini membawa
kepada peningkatan penanaman padi daripada 2.7 hektar kepada 3.4 juta hektar.
Selain itu juga, kemudahan kredit juga disediakan dengan adanya Bank Tunai Desa

42Adbul Aziz Hitam dan Wan Azaham Wan Mohamad, op. Cit., hlm. 20-24.
43Terdapat usaha-usaha yang dilakukan oleh pemerintah dalam membantu petani untuk
meningkatkan taraf
kehidupan sosial rakyat. Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho
Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia
V, op. Cit., hlm. 41-42.

pada tahun 1904 untuk melindungi peminjam-peminjam wang dan mengelakkan


mereka pergi ke pajak gadai untuk mendapatkan wang. 44

5.0

Kesimpulan.

Pengaruh Belanda di Indonesia memberi kesan yang besar dalam sejarah


Indonesia terutamnya dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Jika di lihat, sejak
awal lagi Indonesia telah di kuasai oleh kuasa penjajah belanda iaitu V.O.C yang
merupakan sebuah syarikat belanda yang banyak memonopoli hasil bumi di Jawa.
Dalam proses mengaut keuntungan di Jawa, terdapat beberapa dasar yang
digunakan oleh pemerintah sama ada British atau pun Belanda. Dasar-dasar yang
diperkenalkan di Jawa adalah seperti sistem sewa tanah iaitu sistem yang
diperkenalkan oleh British. Selepas sistem sewa tanah tersebut dihapuskan,
pemerintah Belanda mempunyai keyakinan untuk mendapatkan keuntungan
melalui sistem in tetapi melakukan sedikit perubahan dalam sistem tersebut. Oleh
itu, maka sistem tanaman paksa diperkenalkan oleh Bosch dalam meningkatkan
ekonomi Belanda yang semakin teruk. Mengikut dasar dalam sistem, perlakasaan
sistem ini tidak memberi kesusahan kepada petani malah memberi kebaikkan
kepada petani. Walau bagaimanpun, dalam perlaksanaan sebenar sistem ini, ia
banyak memberi tekanan kepada petani. Pelbagai masalah muncul semasa
perlaksanaan sistem ini dan muncul satu lagi sistem yang dikatakan dapat
mengubah nasib petani Jawa. Dengan ini, golongan Liberal muncul untuk membela
nasib petani di Jawa. Sistem liberal ini juga tidak jauh seperti sistem tanaman paksa
44Penggadaian barang menjadi kebiasaan bagi rakyat Indonesia. Pada tahun 1929, jumlah barang
yang digadai

sebanyak 56 juta barang dengan harga 207 juta rupiah. Ibid, hlm. 44-45.

yang memberi kesengsaraan kepada petani. Oleh itu, muncul satu lagi sistem yang
baru iaitu sistem etika. Dalam sistem ini, banyak pembaharuan dan perubahan
yang dapat di lihat terutamanya dalam aspek sosial iaitu pendidikan, kesihatan dan
infrastruktur. Tidak dapat dinafikan lagi, dalam sistem ini terdapat banyak
pembaharuan dan perubahan yang dilakukan tetapi, sejauhmanakah keikhlasan
pentadbir kolonial dalam memberi kemajuan kepada penduduk Indonesia? Keadaan
ini akhirnya berubah selepas ramai penduduk Indonesia mendapat pendidikan dan
mula mendapat sedikit kesedaran mengenai hak-hak untuk berkerajaan sendiri.
Akhir sekali, perlaksanaan ketiga-tiga sistem ini hanya memberi keuntungan kepada
pihak Belanda semat-mata. Walaupun banyak perubahan yang dilakukan oleh pihak
belanda namun ia hanya sebagai satu alat dalam menutupi muslihat sebenar
Belanda. Keadaan ini berterusan sehingga muncul Agus Salim yang merupakan
tokoh penting dalam gerakan kemerdekaan Indonesia.

RUJUKAN.
Abdul Hitam dan Wan Azaham Wan Mohamad. 1988. Sejarah Indonesia Abad Kedua
Puluh
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Diterjemahkan dari
History of Indonesia.
Bernhard Dahmi. 1988.
Brown. C. 2003. A Short History of Indonesia: The Likely Nation?. Australia: Allen &
Unwnin.
David Joel Steinberg. 1971. In Search of Southeast Asia: A modern History. Oxford:
Oxford
University Press.
Furnivall, J.S. 1939. Netherlands India: A Study of Plural Economy. Cambridge:
Cambridge University Press.
Hall, D.G.E. 1987. Sejarah Asia Tenggara. (Terj). London: Macmillan & Co. Ltd.
Koentjaranegrat. 1984. Kebudayaan Jawa. Jakarta: Balai Pustaka.
Legge, J.D. 1964. Indonesia. (Terj). New Jersey: Prentice Hall Inc.

Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto. 1993. Sejarah Asal


Indonesia IV.
Jakarta: Balai Pustaka.
Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto. 1993. Sejarah Asal
Indonesia V. Jakarta: Balai Pustaka.
Ricklefs. M.C. 1994. Sejarah Indonesia Modern. (Terj). Gajah Mada University Press.
Robert Van Niel. 2003. Sistem Tanaman Paksa di Jawa. (Terj.) Jakarta: Pustaka LP3ES
Indonesia.

Anda mungkin juga menyukai