Anda di halaman 1dari 11

KAUM INDIA

KAUM INDIA
Di Malaysia, Kumpulan etnik ketiga terbesar

adalah masyarakat India Malaysia membentuk


kira-kira 10% jumlah penduduk.
Kebanyakannya adalah keturunan imigran
India Selatan berbahasa Tamil yang datang ke
Malaysia sewaktu penjajahan British.
Menganuti agama Hindu, mereka membawa
bersama budaya warna-warni seperti kuil
berhias, makanan berempah dan sari mewah.

SENI BINA
Kebanyakan penganut Hindu Malaysia berasal

dari India Selatan dan ini kelihatan pada


senibina kuil Hindu tempatan yang
menampilkan kesenian berwarna-warni dari
kawasan itu.Dibina pada penghujung abad
ke-19, Kuil Sri Mahamariaman di Kuala Lumpur
adalah antara kuil yang paling cantik,
dipenuhi hiasan seni yang halus dan teliti di
negara ini. Skema corak yang teliti dalam kuil
ini menggabungkan ukiran teliti, tampalan
emas, motif dicat tangan dan jubin mewah
dari Itali dan Sepanyol.

MUZIK DAN TARIAN


Bharata Natyammerupakan salah satu gaya tarian

klasik India. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan


salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang
mana untuk menguasainya perlu mengambil masa
bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan
tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi
untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang
dihormati ini secara lengkap, penuh dengan
kegemilangan.Tarian ini berasal daripada wilayah
Tamil Nadu di bahagian Selatan India. Secara
tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo
oleh seorang penari wanita.

Mridangamdimainkan dengan

meletakkannya secara selari diatas lantai.


Seorang pemain mridangam akan memukul
selaput yang kecil dengan tangan kanannya
manakala memukul selaput besar dengan
tangan kirinya. Mridangam di letakkan di atas
kaki kanan dan buku lali. Kaki kanan
dilunjurkan sedikit manakala kaki kiri akan
dibengkokkan dan diletakkan pada rangka
badan mridangam dan bertentangan dengan
badan pemain.

Nadaswarammerupakan alat muzik klasik yang

terkenal di selatan India. Alat muzik ini tergolong


dalam keluarga erofon atau tiupan bukan loyang
yang mempunyai bunyi terkuat di dunia. Alat muzik
ini mempunyai persamaan dengan alat tiupan
Shehnai yang terdapat di utara India tetapi memiliki
saiz yang lebih besar dengan badannya diperbuat
daripada kayu teguh dan loceng yang besar. Alat ini
juga ada yang diperbuat daripada kayu atau logam,
mempunyai tujuh lubang pada badannya, dan lima
lubang yang terdapat pada bahagian bawahnya
yang dianggap sebagai lubang pengawal bunyi.

PERMAINAN DAN HOBI


Silambam atau Chilambam, merupakan seni bela diri Dravidian tradisi

berasaskan pertempuran tongkat. Gaya ini dipercayai berasal dari Bukit


Kurinji masa kini Kerala, 5,000 tahun dahulu, di mana penduduk tempatan
menggunakan tongkat buluh atau rotan bagi mempertahankan diri mereka
dari haiwan buas. Sebagaimana penulisan Sangam, Bukit Kurinji
merupakan salah satu dari lima pembahagian fisiografik (physiographic)
dalam Tamilakam, yang kemudiannya dikenali sebagai Keralam selepas
ketibaan Brahmin. Narikuravar dari Bukit Kurinji menggunakan tongkat
yang dikenali sebagai Chilambamboo sebagai senjata bagi
mempertahankan diri mereka daripada haiwan buas, dan juga bagi
menunjukkan kemahiran mereka semasa perayaan keugamaan. Sarjana
Hindu dan ahli yogi yang pergi ke pergunungan Kurinji bagi bertafakur
tertarik dengan pertunjukkan kemahiran tinggi memutar Chilambamboo.
Silambam telah diwujudkan sebagai salah satu seni mempertahankan diri
tradisi dikalangan orang India sejak turun kemurun. Kini penduduk
tempatan di Malaysia dan Singapura yang berbangsa India, Melayu, Cina
dan bangsa asing juga mengambil bahagian didalam seni Silambam.

Kolamdilakar di atas tanah di perkarangan

pintu depan rumah menggunakan beras dan


tepung yang berwarna. Ada juga yang
membuat kolam dengan menggunakan bunga
dari pelbagai warna. Rekaan Kolamdipercayai
membawa kesejahteraan terhadap kediaman
tersebut.

KRAFTANGAN
Belanga atau tembikar yang diperbuat

daripada tanah liat ditemui di kebanyakan


rumah orang India di Malaysia biasanya
bertapak bulat dan bersisi lebar. Ia biasanya
digunakan untuk memasak kerana dipercayai
tapak bulat membolehkan haba disebarkan
dengan lebih rata. Selain itu, belanga tanah
liat juga digunakan sebagai tempat takungan
air minum.

PAKAIAN TRADISIONAL
Perempuan:Sarimerupakan pakaian tradisional

wanita India yang terkenal di seluruh dunia. Kain


berukuran 5 hingga 9 meter panjang dipadankan
dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain
sari tersebut, serta anak baju yang berwarna sama
atau setentang dengannya. Sari dililit seliling badan
dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak
di atas bahu kiri dengan pelbagai gaya. Kain dalam
dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi
menyokong kain sari tersebut. Sari diperbuat
daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang
sememangnya indah dan mempesonakan.

Lelaki:Veshtiialah pakaian tradisi untuk

kaum lelaki di India. Pakaian ini diperbuat


daripada kain empat segi yang kebiasaannya
berwarna putih dan panjang. Kain tersebut
dililit di bahagian pinggang. Veshti juga
dipakai oleh lelaki India semasa perkahwinan
dan juga semasa hari perayaan. Semasa
perkahwinan lelaki India mengenakan "pattu
veshti" iaitu, kain yang diperbuat daripada
sutera yang berwarna putih atau kuning susu.

Anda mungkin juga menyukai