Anda di halaman 1dari 2

Penambahan Pecahan

P O S T E D B Y C I K G U F I E Z A O N S U N D A Y, 3 0 O C T O B E R 2 0 1 1

1. Cara menambah pecahan wajar yang mempunyai penyebut yang sama.


Contoh: 1/4 + 2/4 = 3/4

Bagi pecahan wajar yang penyebutnya sama kita hanya perlu menambah pengangkanya
sahaja. Jangan ditambah penyebutnya. Kesilapan banyak dilakukan oleh pelajar dengan
menambah kesemua pengangka dan penyebutnya.
Cara Begini Salah : 1/4 + 2/4 = 3/8

2. Cara menambah pecahan wajar apabila satu daripada penyebutnya adalah gandaan
penyebut yang lain.

Contoh:
2/3 + 1/6 = 2 / 3 X 2/ 2 + 1/6
= 4/6 + 1/6
= 5/6

Tukarkan pecahan 2/3 kepada pecahan per enam dengan mendarab pengangka dan penyebutnya
dengan 2.

Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar ialah dengan mencampur pengangka dan penyebutnya
sekali gus.

Cara Begini Salah : 2/3 + 1/6 = 3/9

3.

Cara menambah pecahan wajar apabila penyebutnya tidak ada faktor sepunya.

2/3 + 3/5 = 2/3 X 5/5 + 3/3 X 3/5

= 10/15 + 9/15
=19/15
= 1 4/15

4. Pelajar juga boleh menyelesaikan masalah operasi tambah tiga pecahan seperti berikut:

(a). Menambah tiga pecahan wajar yang penyebutnya sama.

Contoh:
1/8 + 3/8 + 5/8 = 1/8 + 3/8 + 5/8
= 9/8

( JANGAN LUPA MENUKAR PECAHAN TAK WAJAR KEPADA NOMBOR BERCAMPUR)

= 1 1/8

(b). Pelajar juga boleh menambah tiga pecahan yang penyebutnya tidak sama.
Contoh:

0 comments:

Anda mungkin juga menyukai