Anda di halaman 1dari 14

PENULISAN ILMIAH

1.

Pengenalan

Penulisan ilmiah sering digunakan untuk mempersembahkan laporan, kertas kerja,


projek kajian, tesis atau disertasi sama ada untuk dibentangkan di seminar, kolokium,
simposium, persidangan, viva atau sekadar penulisan untuk diterbitkan di dalam jurnal,
buku atau majalah ilmiah.
Panduan penulisan ini merupakan satu wadah bagi memberi pendedahan awal
kepada warga organisasi pendidikan untuk menyediakan dan seterusnya membentangkan
hasil penulisan ilmiah yang baik.
Panduan ini akan membincangkan secara umum tentang format dan kaedah
menulis sesebuah penulisan ilmiah. Garis panduan yang dimuatkan di sini adalah untuk
kegunaan para guru dan pelajar yang bakal terlibat dalam aspek penulisan ilmiah. Adalah
diharapkan, melalui usaha ini pembaca akan dapat pengetahuan untuk menyediakan dan
membentangkan hasil penulisan ilmiah yang berkualiti.
2.0

Definisi Konsep
Penulisan

ilmiah

merupakan

satu

bentuk

penulisan

formal

untuk

mempersembahkan sesuatu ide, konsep, kajian melibatkan penulis merujuk kepada


sesuatu sumber yang ada autoriti seperti buku-buku ilmiah, jurnal dan majalah dalam
penulisannya (APA, 2001).
Menurut Universiti Teknologi Malaysia (2001) pula, penulisan ilmiah merupakan
satu penulisan bersifat akademik seperti Projek Sarjana Muda, Laporan Projek Sarjana,
Tesis atau Disertasi Penyelidikan sebagai memenuhi keperluan kurikulum bagi pengajian
secara kerja kursus maupun penyelidikan.
Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah (1995) di Jakarta pula menyatakan
5

bahawa karangan ilmiah adalah salah satu jenis karangan yang berisi serangkaian hasil
pemikiran yang diperoleh sesuai dengan sifat keilmuannya melibatkan hasil penelitian,
pengamatan, ataupun peninjauan yang memenuhi syarat berikut:
1.

Penulisannya berdasarkan hasil penelitian;

2.

Pembahasan masalahnya sesuai dengan fakta;

3.

Perbincangannya melibatkan masalah yang cuba diselesaikan;

4.

Menggunakan kaedah tertentu dalam mempersembahkan penulisan dan


menyelesaikan masalah yang dibincangkan;

5.

Menggunakan bahasa yang lengkap, terperinci, teratur, jelas, ringkas, dan tepat
sehingga tidak terbuka kepada kemungkinan untuk disalah tafsir oleh pembaca.
Sehubungan itu, seorang penulis perlu memiliki ketrampilan dan pengetahuan

dalam:
1.

Masalah yang diteliti,

2.

Kaedah penelitian,

3.

Teknik penulisan bahan ilmiah dan

4.

Penguasaan bahasa yang baik.

3.0

Jenis Penulisan Ilmiah


Terdapat beberapa jenis penulisan ilmiah yang biasa digunakan. Berikut adalah

beberapa contoh:

1.

Kerta Kerja Konsep/ Kajian

Kertas kerja ditulis untuk disampaikan kepada kelompok tertentu dalam suatu
pertemuan ilmiah, misalnya dalam seminar, simposium, kolokium, persidangan atau
5

kongres. Di samping itu kertas kerja juga ditulis untuk melengkapi tugas-tugas lain
seperti pembentangan untuk kuliah tertentu. Biasanya, kertas kerja untuk pembentangan
atau penerbitan ilmiah dibahagikan kepada dua bentuk iaitu: (a) kertas konsep dan (b)
kertas kajian atau penyelidikan. Penulisan kertas konsep biasanya hanya melibatkan ide
penulis berdasarkan pengalaman dan kajian perpustakaan yang telah dijalankan.
Sementara itu, penulisan kertas kajian atau penyelidikan biasanya melaporkan dapatan
daripada analisis data yang telah dikumpul melalui proses dan kaedah tertentu dengan
menggunakan instrumen tertentu. Oleh itu, dalam penulisan ilmiah berbentuk kertas
kajian, beberapa aspek penting seperti objektif kajian, persoalan kajian, kaedah kajian
dan dapatan kajian perlu dinyatakan dengan jelas.
2.

Artikel

Artikel berbentuk ilmiah biasanya ditulis untuk pembaca tertentu, umpamanya


untuk dimuat dalam majalah ilmiah atau jurnal. Jika artikel itu ditujukan untuk orang
awam dan dimuatkan pada surat kabar atau majalah umum, biasanya penyampaiannya
adalah secara umum dan bukan berbentuk ilmiah. Biasanya artikel ilmiah yang
diterbitkan dalam jurnal juga boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu: (a) kertas
konsep dan (b) kertas kajian atau penyelidikan.
3.

Kertas Projek, Tesis dan Desertasi

Ketiga jenis penulisan ilmiah ini disediakan untuk memenuhi syarat untuk
memperoleh pengakuan tingkat kesarjanaan dalam suatu pedidikan peringkat tinggi.
Kertas projek biasanya disiapkan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda sementara
tesis disediakan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana atau Master manakala disertasi
dihasilkan untuk mendapatkan Ijazah Kedoktoran (UTM, 2001).

4.

Laporan

Laporan ialah suatu wahana penyampaian berita, informasi, pengetahuan atau


gagasan dari seseorang kepada orang lain. Laporan yang disampaikan secara bertulis dan
berisi serangkaian hasil pemikiran yang diperoleh dari hasil penelitian, pengamatan
ataupun peninjauan juga merupakan satu bentuk penulisan ilmiah (Pusat Dokumentasi
dan Informasi Ilmiah, 1995)

1.

Format Kertas Kerja dan Kertas Kajian

Biasanya sesebuah kertas kerja ditulis mengikut format yang tertentu. Berikut
adalah format yang biasa diguna dan diterima pakai oleh banyak pihak:
4.1

Kertas dan Saiz


Kertas yang biasa digunakan untuk mencetak kertas kerja yang telah siap adalah

dari jenis simili 70 atau 80 gram berwarna putih dan bersaiz A4.
1.

Jidar/ Margins

Jidar yang biasa digunakan adalah 2.5 cm di sebelah atas, kanan dan bawah tetapi
lebih besar pada sebelah kiri untuk memudahkan penjilidan.
2.

Huruf/ Fonts

Huruf Times New Roman bersaiz 12pt kerap digunakan dalam penulisan ilmiah.
Namun demikian, huruf Courier bersaiz 12pt atau huruf Arial 12pt juga biasa digunakan.
Huruf dan saiz yang digunakan dalam penulisan mestilah konsistent dan tidak bercampurcampur.
3.

Jarak Antara Baris

Biasanya, jarak antara baris yang digunakan adalah satu setengah langkau (1.5
spacing).
4.

Muka surat

Bagi halaman sebelum teks kandungan, nombor roman i, ii, iii dan seterusnya
digunakan untuk menandakan halaman isi kandungan, synopsis atau exsecutive summary,
senarai jadual, penghargaan dan sebagainya.
Nombor menggunakan angka 1, 2, 3 dan sebagainya pula digunakan untuk muka
surat seterusnya bermula dari sub tajuk pengenalan/ pendahuluan sehingga bahagian
rujukan dan lampiran.
5.

Urutan Penulisan Kertas Cadangan dan Laporan Kajian

Berikut adalah contoh format kertas cadangan penyelidikan tradisional


HALAMAN JUDUL
Halaman Judul
Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Singkatan
Lampiran
BAB 1 PENDAHULUAN

1.1

Pendahuluan

1.2

Latar Belakang Kajian

1.3

Pernyataan Masalah

1.4

Tujuan Kajian

1.5

Rasional Kajian

1.6

Soalan Kajian

1.7

Batasan Kajian

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR


1.

Pendahuluan

2.2

Tinjauan Am

2.2

Tinjauan relevan dengan soalan kajian

2.3

Rumusan

BAB 3 METODOLOGI
3.1

Pendahuluan

3.2

Reka Bentuk Kajian

3.3

Instrumen

3.4

Populasi/Sampelan

3.5

Prosedur Pengumpulan Data


- kaedah
- kajian rintis
1.
2.
3.

Pemerosesan dan Analisis Data


Jadual Kerja
Anggaran Kos Perbelanjaan / Bajet

BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN

Berikut pula adalah contoh susunan dan urutan sebuah laporan kajian
Halaman
Halaman Judul
5

Isi kandungan

ii

Abstrak

iii

1.0

2.0

Pengenalan
1.1

Matlamat Kajian

1.2

Objektif Kajian

1.3

Persoalan Kajian

1.4

Kepentingan Kajian

1.5

Batasan Kajian

Sorotan Kajian

3.0 Metodologi Kajian


3.1

Rekabentuk Kajian

3.2

Persampelan

3.3

Instrumentasi

3.4

Prosedur Kajian

3.5

Kaedah Analisis Data

4.0 Perbincangan Dapatan Kajian


4.1

Demografi

4.2

.................

5.0 Rumusan, Cadangan dan Kesimpulan

4
6

11

20

Rujukan
Lampiran

5.0

Penggunaan Bahasa
Penulisan karya ilmiah perlu menggunakan bahasa yang formal dan tepat serta

sesuai

untuk membicarakan sesuatu fakta secara objektif dan komunikatif. Sebuah

penulisan disebut komunikatif apabila dipersembahkan secara logik dan sistematik bagi
memperlihatkan sesuatu sebab dan akibat, kesejajaran atau kemungkinan.
6.0

Perenggan
Perenggan biasanya digunakan bagi menandai pembukaan topik baru, atau

pengembangan lebih lajut tentang topik sebelumnya berdasarkan tujuan dan


kedudukannya dalam penulisan :
6.1

Perenggan Pengenalan/ Pendahuluan/ Pembuka


Pengantar
Menarik minat dan perhatian pembaca
Menyediakan fikiran pembaca kepada masalah yang akan diuraikan
Tidak terlalu panjang supaya tidak membosankan

6.2

Perenggan Penghubung
Berisi inti persoalan yang akan dikemukakan.
Analisa masalah
Antara perenggan dengan perenggan harus berhubungan secara logik

6.3

Perenggan Penutup
Merumus dapatan
Mengandungi kesimpulan, penegasan dari perenggan penghubung
Ringkas, padat dan pendek

1.

Topik dan Tajuk

Sebelum memulakan penulisan suatu karya ilmiah, topik (pokok pembicaraan)


perlu ditentukan terlebih dahulu. Dalam memilih topik, perlu dipertimbangkan beberapa
5

hal berikut :
1. Topik tersebut ada manfaatnya dan layak dibahas
2. Topik tersebut cukup menarik terutama bagi penulis
3. Topik tersebut diketahui dengan baik oleh penulis
4. Bahan sokongan penulisan dapat diperolehi dan mencukupi
Topik yang telah dipilih harus dibataskan/ dihadkan agar skop pembicaraannya
tidak terlalu luas dan juga tidak terlalu sempit. Proses pembatasan topik dapat
dipermudahkan dengan cara membuat diagram jam, diagram pohon atau piramid
berbentuk terbalik.
Setelah diperoleh topik yang sesuai maka dalam pelaksanannya topik yang telah
dipilih itu harus dinyatakan dalam suatu judul/ tajuk. Topik ialah pokok pembicaraan
dalam keseluruhan karangan yang akan digarap sementara judul ialah nama, tajuk atau
semacam label untuk suatu karangan.
Berikut adalah beberapa peringatan tentang penggunaan judul:
a.

Judul merupakan satu-satunya bagian tulisan seseorang yang dibaca oleh orang

lain
b.

Judul perlu menggambarkan maksud keseluruhan topik perbicaraan

c.

Judul biasanya tidak melebihi 12 patah perkataan

d.

Gunakan perkataan dan istilah yang tepat dan padat

e.

Tidak mengandungi singkatan atau akronim.

2.

Kerangka Penulisan

Kerangka merupakan himpunan idea utama penulis yang disusun

dalam

komposisi yang terpadu secara sistematik. Kerangka karangan berguna bagi penulis
5

sebagai pedoman penulisan laporan tersebut. Topik-topik di dalam kerangka yang disusun
secara sistematik, langkah demi langkah adalah berguna sebagai pedoman kepada
pembaca untuk melaksanakan penelitian kerana biasanya penulisan ilmiah ini melibatkan
perbincangan tentang masalah yang diteliti, kaedah penelitian, pembahasan hasil
penelitian, serta saran-saran untuk langkah yang akan diambil sebagai tindak lanjut.
Ringkasnya pembaca dapat memahami dan mengikuti ide-ide yang diungkapkan dalam
penulisan dengan mudah dan cepat
3.

Format Rujukan

Rujukan yang dinukil dalam teks hendaklah direkodkan dan selari dengan senarai
rujukan mengikut sistem penulisan rujukan seperti:
(a)

Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard)

(b)

Sistem Pengarang, Tahun dan Halaman (Sistem APA)


Berikut adalah kaedah menukilkan rujukan dalam teks dengan menggunakan

Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard):


(i)

Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang

yang

dirujuk, contohnya:
Menurut Paredis (1993), kaedah penjadualan dalam pelbagai bidang
merupakan kekangan utama untuk mengoptimumkan produktiviti
(ii)

Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, nama pengarang dan tahun

perlu dituliskan dalam kurungan pada akhir ayat, contohnya:


Oleh itu, kaedah penjadualan perlu digantikan dengan satu keadah yang
berkesan untuk mengoptimumkan produktiviti (Paredis, 1993).

lebih

(iii)

Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang,

nama

kedua-dua pengarang tersebut perlu ditulis, contohnya:


Senggaraan secara berjadual dalam penghasilan kuasa telah lama dikaji

oleh

Kralj dan Petrovic (1995).


(iv)

Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh tiga pengarang atau lebih,

hanya nama pengarang pertama dan perkataan et. al ditulis seperti:


Shafie Deris, et. al. (1999) telah menggunakan pendekatan terkini tersebut dalam
menyediakan jadual waktu untuk universiti.
(v)

Sekiranya beberapa bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh

yang sama dan diterbitkan pada tahun yang sama, huruf a, b,


digunakan untuk membezakan sumber-sumber

pengarang

c dan seterusnya perlu

tersebut, contohnya:

Lenong (Probonegoro, 2000a), ropeng (Probonegoro, 2000b; Muhadjir

dan

Halim, 1999), dan hikayat (Probonegoro, 2000c), merupakan hasil seni rakyat tradisional
Jawa.

4.

Bibliografi

Salah satu ciri yang mendukung karya tulis ilmiah adalah kejujuran ilmiah dalam
bentuk pernyataan tentang hasil penelitian orang lain yang disajikan dalam bentuk bahan
pustaka. Bahan pustaka itu kemudian dirangkum dalam bentuk daftar pustaka/
bibliografi. Bibliografi/ Rujukan pada dasarnya berfungsi sebagai dokumentasi bahan
kepustakaan yang berkaitan dengan masalah yang sedang dibahas dalam sesuatu
5

penulisan.
Melalui Bibliografi/ senarai rujukan ini pembaca dapat mengetahui sumber yang
digunakan tanpa perlu membaca seluruh tulisan tersebut terlebih dahulu. Berdasarkan
bibliografi tersebut pembaca yang berpengalaman akan dapat mengira mutu pembahasan
suatu tulisan, karena tujuan utama dari bibliografi adalah untuk mengidentifikasikan
karya ilmiah tersebut.
Berikut adalah contoh kaedah menulis bahan rujukan berdasarkan sumbernya:
(a)

Buku

Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). Wawasan Pendidikan : Agenda

Pengisian.

Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.


Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah: Bahan Sumber Tambahan. Kuala Lumpur: DBP.
(b)

Artikel dalam buku

Southworth, G. (2002). Instructional Leadership in

Schools: Reflections and

Empirical Evidence. dlm. Mikac, N. School Leadership and

Management.

Boston: Allyn & Bacon. 73-91.


(c)

Artikel dalam jurnal

Hallinger. P dan Murphy, J.F. (1985). Assessing The

Intructional

Management

Behavior Of Principal. The Elementary School Journal, 86(2). 217-247.


(d)
Chew

Tesis
Chee

Wan

(1993).

Instructional

Supervision

For

Implementation: A Case Study Of A School. Universiti Malaya:


Sarjana Pendidikan.
(e)
5

Bahan sumber yang tidak diterbitkan

Curriculum
Disertasi

Salim Sulaiman (2000). Peranan Pengetua

Dan

Kecemerlangan Pendidikan. PPD Kulai, Johor:


11.0

Pasukan Kerja Untuk Meningkatkan


Kertas kerja tidak diterbitkan.

Cadangan
Selepas kursus ini, guru-guru pembimbing pelajar akan menggunakan panduan

penulisan ilmiah yang telah didedahkan seperti di atas bagi membantu pelajar untuk
menyediakan dan seterusnya membentangkan satu hasil penulisan ilmiah yang baik dan
berkualiti dalam Kolokium Pelajar Tingkatan Enam Sekolah-Sekolah Menengah Negeri
Johor 2008
5.

Rumusan/ Kesimpulan

Sesuatu penulisan formal dan ilmiah biasaanya dihasilkan berdasarkan sesuatu


kaedah dan format tertentu. Namun demikian, terdapat beberapa perbezaan kecil di sana
sini antara satu hasil penulisan ilmiah dengan yang lain. Oleh itu, perbincangan tentang
penulisan ilmiah di atas hanyalah panduan asas yang boleh dijadikan pedoman kerana
kaedah dan format yang digunakan telah diterima pakai oleh banyak pihak.

Rujukan
American Psychological Association (2001). Publication Manual of the American
Psychological Association. 5th ed.Washington, D.C.: Author.
Gallaudet University (2003). APA Style Ganeral Guidelines.Washington DC:
Gallaudet University.
Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah (1995). Pedoman Penulisan Skripsi.
Jakarta: LIPI.
5

Universiti Teknologi Malaysia (2001). Panduan Menulis Tesis. Skudai, Johor:


Penerbitan UTM.

Anda mungkin juga menyukai