Anda di halaman 1dari 27

PEMIMPIN dan LEADERSHIP

Di sini kita sama-sama berkongsi pandangan bagaimana untuk menjadi


pemimpin, tidak kira lah peringkat mana pun kita mempimpin, kita tetap seorang
pemimpin. Bak sabda Rasulullah, "Setiap kamu adalah pemimpin dan
bertanggungjawab ke atas pimpinannya"

Tips Pertama:

Jiwa pemimpin mesti kuat. Boleh ke kita nak jiwa kuat? Sebagai manusia, kita
tetap ada emosi, kita tetap ada waktu semangat kita lemah. Kita mahu mengadu
nasib, mengadu masalah. Pemimpin mesti jiwa kuat. Sebab orang akan
mengadu nasib kepadanya. Tapi bagaimana pemimpin sendiri mahu mengadu
nasib? Pemimpin yang kuat akan mengadu nasib kepada Yang Maha Kuat. Jiwa
pemimpin mesti kental. Nak jiwa yang kenal kena lalui banyak dugaan hidup.
Ada sedih, ada sakit, barulah jiwa kental. Walau bagaimanapun, Islam ada cara
melatih jiwa menjadi bersedia untuk kuat. Nanti kita bagi Tips untuk jiwa kental
dan kuat dalam ruangan2 akan datang pula... ia perlukan satu perbincangan
yang khusus.

Rasulullah pemimpin agung berjiwa kuat. Sahabat akan rasa selamat bersama
baginda. Meluahkan masalah terasa sudah selesai masalah itu walaupun masih
terkurung dengan masalah. Bahkan melihat wajahnya saja sudah terurai satu
masalah dalam jiwa. Kadang-kadang bertemu dan berbincang dengan pemimpin
berjiwa kental baru dapat idea untuk selesaikan masalah.

TIPS KEDUA:

Jiwa Mesti Berani Berani ialah maksudnya bersedia menghadapi risiko. Dalam
Islam, kita berani bukan berani untuk mendapatkan risiko, tapi berani untuk
berada di sekeliling risiko. Tidak siapa nak menaggung risiko, tapi sering berlaku,
suatu kejayaan berada dalam celah-celah risiko. Kadang-kala risiko itu besar dan
kadang kala risiko itu kecil. Beza antara orang yang boleh menjadi pemimpin
besar dengan orang yang hanya boleh memimpin kelompok kecil ialah tahap
keberanian untuk berdepan dengan risiko yang ada.

Keberanian mesti di tanam dalam diri. Keberanian mesti dilatih. hanya orang
yang berani boleh jadi pemimpin sejati. tanpa keberanian, bagaimana orang
mahu berlindung di bawah panji panji pimpinan kita?

Berani menghadapi dosa?

Dalam kehidupan ini. Kita akan bertemu dengan ramai orang. Ada orang yang
memang penakut. Dia memang tidak buat dosa, tetapi bukan kerana dia tidak
mahu buat dosa, tapi jiwa dia memang penakut. Orang ini nilai taqwanya adalah
sederhana. Ada orang yang berani. Orang ini memang keberanian yang tinggi.
Tapi dia amat takut dengan dosa. Dia memang berani untuk mencuba perkara-
perkara baru, tapi dia tetap takut dengan dosa. Orang ini memang benar-benar
hatinya bertaqwa. Kerana dia berjaya mengawal keberaniannya dalam aspek
dosa.

Berani biar bertempat. Bukan berani tanpa ilmu dan berani tanpa akhlak.
Pantang seorang pendekar menunjukkan keberanian semata-mata untuk dipuji.
Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis. "Bukanlah seorang yang
benar-benar berani dengan menunjukkan kekuatan. Tetapi orang yang benar-
benar berani ialah berjaya mengawal diri sewaktu kemarahan!"

Anda ada pendapat yang mahu diutarakan. Jangan takut untuk bersuara jika
tiada risiko yang anda tanggung. Ada persoalan nak dilontarkan dalam seminar-
seminar, jangan takut untuk berdiri dan bertanya. Ada pendapat yang anda rasa
menarik untuk dikongsi, jangan takut untuk berdiri di hadapan bersuara. Jika
untuk berada di khalayak pun anda gagal, jangan haraplah untuk berani
menentang musuh.

Beranikan diri untuk melihat anda mendapat suntikan. Beranikan dengan jarum-
jarum dengan menderma darah. Kecuali jika ada risiko-risiko yang anda rasa
tidak berbaloi dengan keberanian anda. Contohnya jika anda bekerja dengan
kerajaan dan anda menyara keluarga, jangan nak berlagak berani dengan
menentang dasar-dasar kerajaan yang meranapkan periuk nasi untuk keluarga
anda. Anda masih ada banyak cara untuk menunjukkan keberanian. Dan masih
banyak cara untuk menyatakan tidak bersetuju anda itu selain daripada
kemarahan yang meluap-luap.

Rasulullah ialah orang yang berani berjuang. Mendepani libasan pedang-pedang


serta panahan musuh yang tajan. Berani berjuang bertarung nyawa memimpin
angkatan perang orang-orang Islam. Berani mengangkat pedang dan tombak
untuk memerangi musuh di medan perang fizikal.

Kita? Kita tanam keberanian kita untuk melawan nafsu. Kalahnya seorang
pejuang bukan kerana ditikam dengan pedang, tetapi kerana ditikam oleh
nafsunya sendiri.

TIPS KETIGA: MENGUASAI EGOISME

Pemimpin yang berwibawa ada egonya. EGOISME bukan bermaksud ego,


angkuh, atau sombong. Egoisme bermaksud memiliki efikasi diri yang tinggi. Nak
tahu anda punyai ego yang kuat ata tidak? Anda terasa kurang enak bila dikritik.
Itu satu. Keduanya, anda bila berbicara, kalau boleh nak tonjolkan anda ada
suatu kehebatan. Itu tandanya anda ada ego. Namun ego mesti dikawal jika
mahu menjadi pemimpin yang baik.

EGOISME membuahkan keberanian dan kekuatan. Tanpa ego, anda tidak berani
berdepan dengan musuh yang hebat-hebat. Anda tidak berani mengepalai
sesuatu organisasi dengan baik. Anda mungkin akan tewas dengan anak-anak
buah anda dalam organisasi anda. Rasa berkeyakinan dengan kemampuan diri
untuk melaksanakan kerja itu satu ego. Rasa hemah dalam diri, rasa diri
berkebolehan itu ego. Ia membantu kerja-kerja anda untuk memimpin orang lain.
Orang lain memerlukan anda. Tidak semua orang ada keyakinan diri yang kuat.

Tapi awaslah dengan rasa-rasa tersebut. Syaitan sentiasa mempergunakan


rasa-rasa itu untuk menjadikan anda lupa kepada PEMBERI ANUGERAH
kepada anda. EGOISME menjadikan anda hanya mahu mempamerkan
kehebatan anda bila bercakap. Hal ini menyebabkan orang lain boring dengan
anda. Malah mungkin ada yang meluat... terutama rakan-rakan anda. Kawallah
ia dengan sikap merendah diri. Tidak jatuh kepimpinan anda bila merendah diri
sesama manusia. Rasulullah sangat tinggi egoismenya bila berdepan dengan
musuh, tetapi sangat merendah diri dengan semua orang.

Ingatlah merendah diri sesama insan, merendah hati dengan ALlah.. Allah akan
naikkan anda pada mata orang. Egoisme hanya bertujuan untuk meningkatkan
daya kepimpinan anda. Di hadapan Allah, rasakan anda sangat hina diri dan
sentiasa bergantung kepada-Nya. Bila hati merendah dengan Allah. ALlah akan
angkat pandangan manusia kepada kita. Itu sudah menjadi sunnatullah dalam
kehidupan.

TIPS YANG KEEMPAT: BERTANGGUNGJAWAB.

Kalau diikutkan, dalam Islam, kepimpinan adalah tanggungjawab. Maka tidak


kiralah anda berada di peringkat mana, anda bertanggungjawab terhadap apa
yang anda pimpinan. Serendah-rendah tahap pemimpin pula hanya mampu
memimpin diri sendiri. Perlu ingat, tak mampu pimpin diri, jangan harap nak
pimpin orang lain. Arah tangan itu, arah kaki itu. Biar akal yang mengarahkan,
bukan nafsu. Kalau nafsu yang memimpin maksudnya kita semua tak layak jadi
pemimpin.

Awal-awal Rasulullah menyatakan, "Setiap orang daripada kamu adalah


pemimpin, dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan terhadap apa
yang dipimpinnya."

Sikap bertanggungjawab merupakan sikap utama bagi pemimpin. Dalam cerita


SpiderMan, ada ungkapan: "Great power comes with great responsibilities!!" Tak
gitu? Birmbaum, seorang sarjana pengurusan pernah menyatakan bahawa sikap
bertanggungjawab tanpa kuasa akan menjejaskan tindakan, manakala orang
yang punyai kuasa yang tidak bertanggungjawab adalah sia-sia!"

Justeru, bagi mereka yang ingin menjadi pemimpin yang baik laksana Umar bin
al-Khattab, perlu ada sikap bertanggungjawab. Jangan ada sikap lepas tangan
terutama ketika dilanda masalah.
Ada orang, bila berlaku sesuatu yang baik, segera diutarakan bahawa dia
bertanggung jawab. Tapi bila berlaku sesuatu yang buruk, cepat-cepat dia cuci
tangan dan menunjukkan tangannya yang tidak pernah sentuh isu itu. Dia tak
bertanggungjawab. Itu bukan pemimpin yang sebenar. Isu bertanggungjawab
tidak timbul kalau berlaku sesuatu kejayaan, kerana semua orang nak mengaku
kejayaan miliknya, usahanya. Tapi isu timbul bila berlaku kesilapan. Ramai yang
cuba lari dari tanggungjawab.

Anda nak jadi pemimpin? Bertanggungjawablah selagi ia di bawah pimpinan


anda. Sebab itu, bagi pemimpin yang baik, dia sentiasa mengawasi orang
bawahannya agar orang bawahannya tidak melakukan kesilapan. Bagi yang
dipimpin, sekalipun anda dikerah tenaga dan usaha yang tinggi untuk melakukan
sesuatu, janganlah kutuk boss anda kerana yang bertanggungjawab bukan anda
tapi boss anda.

Suami bertanggungjawab pada isteri. Kalau boleh ambil tahu perkara-perkara


yang patut. Isteri bertanggungjawab pada suami. Jangan dedahkan aib suami.
Bertanggungjawablah... nescaya anda akan menjadi pemimpin yang hebat!

TIPS KELIMA: MESTI BOLEH CONTROL ORANG, BUKAN KONGKONG


ORANG

Asas utama pemimpin yang bagus ialah boleh dan mampu control orang.
Mampu satukan ahli-ahli dalam organisasi untuk bersama-sama mencapai
objektif organisasi. Bak kata mat saleh Donald Trumph.. kalau tak boleh control
ahli, tandanya kurang leadership!

Bagaimana nak control orang? Itu cerita lain pula.. kena baca tips2 yang
diberikan secara berkaitan antara satu sama lain baru dapat tahu bagaimana nak
control orang.

Dalam organisasi, kalau semakin banyak orang yang pintar dan hebat, semakin
banyak lah songeh yang kena hadapi dan semakin tinggi tahap konflik boleh
berlaku. Dalam organisasi besar, part2 bawahan akan berlaku konflik berupa
hubungan sosial dan emosi saja, tapi part2 atas organisasi berlaku konflik idea,
dan konflik ego. Konflik2 inilah yang mesti di kawal oleh pemimpin.

Bukan senang mengawal konflik. Pemimpin yang gagal akan gagal dengan
konflik dalam organisasi. Bahkan salah satu cara menjatuhkan sesebuah
organisasi bukanlah dengan membuat persaingan tetapi dengan mencipta konflik
dari dalaman...

mahu tak mahu pemimpin mesti boleh kawal anggota organisasi dengan baik
dan berkesan. Cara mengawalnya ialah banyak cara. Undang-undang dan kod2
atau peraturan hanyalah salah satu untuk mengawal orang-orang bawahan.
Undang2 tanpa penguatkuasaan akan gagal. Penguatkuasaan tanpa penyeliaan
pun tak menjadi.

Dalam islam kawalan boleh dilakukan dengan cara audit semasa. Atau dengan
kaedah-kaedah seperti muhasabah atau namanya audit jugalah. Muhasabah
ertinya check kembali segala apa yang berlaku, carilah kesilapan-kesilapan dan
kekurangan.

Apa yang penting kena amalkan ketelusan dan segala apa masalah jangan takut
untuk berbicara secara slow talk. Jangan cakap-cakap belakang kerana ia boleh
menimbulkan sistem umpatan (grapewine communication, kata org kelate) yang
tidak elok pada agama dan tidak juga elok pada organisasi.

Selain itu, dalam Islam, untuk mengawal konflik Islam amalkan prinsip kasih
sayang sebagai shared value.. yang ni lah orng cakap senang cakap daripada
amal ni.. susah nak berkasih sayang sesama insan ni kalau kita rasa kita lebih
dari orang... setiap orang ada egonya, kalau dikritik jatuhlah egonya.. untuk itu
kena didik organisasi biar bermatlamatkan akhirat.. didikan ini penting.. supaya
setiap apa yang lahir adalah berupa warna2 warni keikhlasan... dari itu lahir
kasih sayang..

..sahabatHijjaz..

sayele:

Firman Allah SWT (yang bermaksud) :

“..Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis


amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu
menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum
dengan adil..” (Surah An-Nisa’, ayat 58)

kita ni siapa?
KURSUS PEMBANGUNAN KENDIRI DAN
KERJA BERPASUKAN

FUNGSI KEPIMPINAN PENGURUSAN

Pengenalan

Objektif

Strategi

Pengorganisasian

Penstafan

Komunikasi

Fungsi Kepimpinan

Perancangan

Latihan

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN

Kepimpinan berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk, dan mempengaruhi


orang lain untuk berusaha ke arah pencapajan sesuatu objektif tertentu. Yang
membezakan kepimpinan dengan fungsi pengurusan amnya ialah tugas-tugas
mendorong, memujuk dan mempengaruhi yang bercorak peribadi. Umpamanya, di
dalaxn tugas-tugas inerancang atau membaca laporan, mereka tidak melibatkan
interaksi peribadi. Kepimpinan pula terdiri daripada interaksi-interaksi kelakuan dengan
rakan-rakan sekerja, pekerja-pekerja b awahan, ketua, para pelanggan dan pihak-pihak
lain. Boleh dikatakan bahawa di mana wujudnya seorang pengurus yang berkesan di
dalam suatu sistem pengurusan yang cekap, di situ juga akan terdapat seorang
pemimpin yang berkesan.

DEFINISI KEPIMPINAN

Pada amnya, kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi


kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan
berusaha ke arah pencapaian gal organisasi. Sebaik-baiknya, manusia patut digalakkan
untuk menanam kegigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Para pemimpin
tidak menekan atau mencucuk suatu kumpulan dan belakang; sebaliknya mereka
meletakkan din di hadapan knitpulan itu sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli
kumpulan itu untuk mencapai go1 organisasi. Misalnya, seorang pemimpin sebuah
pancaragam (orkestra) yang bertugas untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang
diselaraskan dan irama lagu yang betul, melami usaha-usaha bersatu abli-abli inuzik di
dalam orkestranya itu.

Terdapat tiga faktor penting tentang definisi kepimpinan. Pertama, kepimpinan mesti
melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada pekenja-pekerja bawahan yang
dipertanggungjawabkan atau para pengikut. Ahli-ahli kumpulan rnembantu mentakrifkan
status pemimpin, dan mewujudkan proses kepimpinan melalni kesanggupan mereka
untuk menenima pengagihan kuasa yang tidak seimbang di antara para pemimpin dan
ahli-ahli kumpulan. Kedua, para pemimpin rnempunyai autoriti untuk memberi arahan
berkenaan dengan setengab danipada kegiatan-kegiatan anggota kumpulan, manakala
anggota-anggota pula tidak boich mengarab aktiviti-aktiviti pemimpin mereka. Ketiga,
selain daripada berkuasa untuk mernbeni arahan tentang apa yang penlu dilakukan,
pemimpin boich juga mempengaruhi melalui arahan yang dilaksanakan oleb pekerja-
pekerjanya. Misalnya, seorang pengurus mungkin dapat mengarah stafnya untuk
melakukan sesuatu tugas, tetapi yang mungkin menentukan sampai ada tugas itu
benar-benar dikendalikan dengan betul ialah tahap pengaruhnya terhadap pihak yang
berkenaan.

KELAKUAN DAN GAYA KEPIMPINAN

Penerangan awal tentang gaya kepimpinan membahagikan gaya tersebut berasaskan


kepada bagaimana pemimpin menggunakan autoritinya. Tiga gaya asas dapat dikenal
pastid? Pemimpin yang autokratik merupakan sebrang yang dogmatik dan positif,
memerlukan stafnya untuk menurut perintah yang diarahkannya, dan memimpin
mengikut kebolehannya untuk meinberi atau rnenarik balik ganjaran keija serta
hukuman Pemimpin yang demokratik pula menggalakkan penglibatan dan penyertaan
dan staf mereka tentang tindakan dan pembuatan keputusanya Gaya kepimpinan yang
ketiga bercorak laissez-faire yang melibatkan pemimpin yang sedikit sekali
menggunakan kuasanya dan meinberi staf penuh kebebasan untuk mengendalikan
kenja inereka. Pemimpin sedeinikian biasanya membeni kebebasan pekenja untuk
menentukan matlamat mereka tersendiri serta cara-cara mencapainya. Ia juga melihat
peranannya sebagai memberi panduan kepada terlaksananya operasi-operasi stafnya
dengan memberi makiumat berhubung dengan persekitaran luaran kumpulan
pekeijanya.
Kebanyakan daripada kajian tentang gaya kepimpinan mengikut sistem pengurusan
kiasik menunjukkan anggapan bahawa pekerja pada dasamya diihat oleh pemimpin
sebagai salah satu faktor pengeluaran. Dengan mi, gaya pengurusan untuk mencapai
output biasanya berat sebelab sama ada mereka menekankan daya pengeluaran
atatipun mereka menekankan kepuasan atau hal-ehwal

pe kerja semata-mata. Pakar-pakar penyelidik di Pusat Penyelidikan Universiti Michigan,


Amerika Syarikat, telah membentuk suatu model kelakuan kepimpinan berasaskan dua
dimensi Mereka menggunakan konsep berorientasikan pengeluaran (kerja) dan
berorientasikan pekerja untuk menerangkan model tersebuL Pemimprn yang
berorientasikan kerja mementingkan kerja yang dilaikukan, manakala pemimpin yang
berorientasikan pekerja lebih mengutamakan penubuhan kerja dan terjalinnya
perhubungan penbadi di kalangan pekerja.

KONSEP-KONSEP DI DALAM MODEL KEPIMPINAN DUA

Dengan meneliti fungsi yang dilakukan oleh para pemimpin di dalam kumpulan mereka,
didapati bahawa untuk sesuatu kumpulan itu beroperasi dengan berkesan, suatu pihak
mesti mengendalikan dua fungsi utama, iaitu fungsi yang bersabit dengan penyelesaian
masalah (berorientasikan tugas) dan fungsi penyelenggaraan kumpulan (fungsi-fungsi
sosial).

Di antara usaha yang cuba menyclidik mana satu di antara gaya-gaya kepimpinan
tersebut menghasilkan prestasi kumpulan yang paling berkesan, termasuklah kajian-
kajian yang dilakukan di Universiti Ohio. Di sini, para penyclidik mengkaji keberkesanan
kelakuan kepimpinan dua dimensi, iaitu mengikut struktur kerja dan mengutamakan hal
ehwal pekerja.

Dalam dimensi yang pertama, kelakuan pemimpin menekankan kegiatan penyusunan


kerja, penjadualan penubuhan matlamat. pengelolaan dan segala hal struktur kerja.
Para pernimpin lebih mengutamakan prestasi dan pengeluaran daripada hal-hal kerja
yang lain dan bergiat mencapai peringkat-peringkat output yang tinggi. Mengikut dimensi
kedua pula, para pemimpin menunjukkan kelakuan sosial dengan menitikberat dan
menghormati idea-idea perasaan dan hal-ehwal pekerja dengan cara niendengar
masalah peribadi pekerja dan membantu menyelesaikannya.

Salah satu teknik terkenal yang menerangkan gaya-gaya kepimpinan secara dramatik
ialah petak kepengurusan yang dicipta oleh Robert Blake dan Jane Mouton. petak ini
digunakan di merata dunia sebagai suatu teknik melatih pengurusan dan mengenal pasti
berbagai-bagai kombinasi gaya kepimpinan. Teknik inii berasaskan kepada
penyelidikan penyelidikan awal yang menunjukkan betapa pentingnya seorang
pengurus menitikberatkan kedua-dua aspek, iaitu mementingkan pengeluaran dan
mementingkan pekerja. Mementingkan pengeluaran (di paksi mendatar) terdiri daripada
sikap penyclia terhadap berbagai-bagai perkara, seperti mutu keputusan polisi yang
diambil, prosedur kerja, mutu perkhidmatan staf, kecekapan kerja, daya kreativiti
penyclidikan dan jumlah output. Mementingkan pekerja (di paksi inenegak) juga diberi
pengertian yang luas. mi merangkumi perkara seperti darjah komitmen peribadi yang
ditanamkan ke arah pencapaian sesuatu go1, mengekalkan kehormatan din para
pekenja, pembenian tanggungjawab b erdasarkan kep erc ayaan dan bukan kesetiaan
belaka, pemberian keadaan kerja yang baik dan menjaga agar perhubungan peribadi
memuaskan.

Blake dan Mouton mengenal pasti empat gaya asas yang keterlaluan (tiap-tiap satu
dinyatakan mengikut suatu kontinum berdasarkan skala dan 1 hingga 9). Mengikutgaya
1,1, (juga disebut pengurusan laissez-faire) pengurus-pengurus kurang menitikberatkan
hal-hal pekerja ataupun pengeluaran dan memegang peranan yang minimum sebagai
pemimpin dan pengurus. Yang paling bententangan dengan mi terletaknyagaya9, 9,
(pengurusanberpasukan atau yang demokratik) yang menunjukkan melalui kegiatan
pengurus, terdapat peningkat dedikasi yang tertinggi terhadap kedua-duanya, iaitu
pekerja dan pengeluaran. Blake dan Mouton menegaskan bahawa gaya mi merupakan
kelakuan kepimpinan yang paling berkesan yang dapat mempertingkatkan prestasi,
merendahkan ketidakhadiran dan pusing ganti pekerja, serta memupuk kepuasan yang
tmggi.

Suatu lagi ialah gaya pengurusan 1, 9, disebut juga pengurusan country club, di mana
pengurus-pengurus tidak ataupun paling kurang mementingkan pengeluaran, tetapi
amat mementingkan pekerja sahaja. Apa yang diwujudkan ialah persekitaran di mana
semua pekerja merasa gembira dan senang hati tanpa apa-apa komitmen terhadap
pengeluaran usaha bersatu untuk mencapai matlamat organisasi. mi berbanding pula
dengan gaya 9, 1, (kadangkala disebut penguins autokratik) yang hanya
menitikberatkan penubuhan operasi cekap tanpa inengambil kira hal-eliwal pekerja.

Dengan menggunakan keempat-empat titik yang keterlaluan mi, setiap teknik atan gaya
kepengurusan boich ditempatkan di dalam petak ini. Dengan jelasnya, pengurus
mengikut gaya 5, 5 secara sederhana mementingkan kedua-duanya, iaitu pengeluaran
dan kepuasan staf. Pengurus-pengurus ini rnencapai tahap moral dan pengeluaran yang
mencukupi dan memuaskan tetapi pada tahap yang tidak begitu tinggi, di mana
penubuhan gol dan jangkaan tidak begitu tinggi. Meskipun petak kepengurusan ini
merupakan hal yang berfaedah untuk mengenal pasti dan mengelaskan gaya
kepengurusan, tetapi penggunaannya adalab terhad. ini disebabkan petak ini tidak
dapat rnemberi sebab mengapa seseorang pengurus itu terletak di sesuatu bahagian
tertentu di petak tersebut. Perlu diselidiki faktor-faktor seperti corak peribadi pemimpin
tersebut atan pengikut-pengikutnya, kebolehan dan latihan pengurus dan lain-lain faktor
situasi di sebaliknya, yang tuna mempengaruhi tingkah laku kedua-dua peniimpin dan
pengikut itu.

EMPAT SISTEM PENGURUSAN

Dengan menggabungkan juga kelas-kelas asas tentang gaya kepimpinan yang


berorientasikan tugas dan pekerja, Rensis Liken hersama rakan-rakannya di Universiti
Michigan telab membentuk suatu model keberkesanan pengurusan yang mempunyai
empat peringkat:

Pengurusan bercorak sistem 1, mengikut Likert, dikatakan berkuasa melalui eksploitasi,


iaitu pengurus-pengurusnya membuat sendiri semna keputusan tentang hal-hal kerja
dan mengarahkan stafnya untuk menurut perintah. Ugutan atau hukuman diberi jika
pekeria gagal untuk memenuhi matlamat dan standard yang dibentuknya dengan tegas.
Pengunis kurang menaruh kepercayaan terhadap para pekerja di bawah arahannya dan
pekerja pula merasa takut dan terasing daripada pengurus.
Pengurusan gaya sistem 2 masih juga mengeluarkan arahan-arahan, tetapi pekerja
diberi kebebasan untuk memberi komen tentang perintah-perintah tersebut. Mereka juga
diberi fleksibiliti untuk mengambil beberapa tindakan tertentu, m engikut kawalan polisi
yang ketat dan prosedur-prosedur yang digariskan.

Pengurusan sistem 3 pula menubuhkan gol-gol dan arahan-arahan am setelah


berunding dan berbincang terdahulu dengan para pekerja bawahan. Pihak staf juga
boleh mengambil keputusan sendiri tentang cara mengendalikan tugas-tugas mereka,
oleh sebab hanya keputusan am dan yang menyeluruh sahaja diambil oleh para
pengurus di peringkat- peringkat pengurusan atasan. Lebih banyak ganjaran digunakan
daripada hukuman untuk mendorong staf, dan pekerja diberi kebebasan untuk
membincangkan hal-hal kerja dengan pengurus-pengurus mereka yang lebih menaruh
kepercayaan tentang kebolehan mereka untuk melakukan tugas masing-masing.

Likert melihat pengurusan sistem 4 sebagai yang paling melibatkan penyertaan semua
ahli dalam kumpulan pekerja di dalam perbentukan matlamat dan penilajan tentang
matlamat, iaitu, penglibatan di da~am pengambilan keputusan di semua peringkat, dan
pengendalian operasi mereka sendiri dan di dalam kumpulan masing-masing. Pengurus-
pengurus sistem ini menanam keyakinan dan kepercayaan yang penub kepada staf
mereka dalam segala hal, serta sering mendapat dan menggunakan idea-idea dan
pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh mereka. Para pengurus juga selalu
memberi ganjaran ekonomi sebagai dorongan kerja, berasaskan kepada penyertaan
berkumpulan.

Pada amnya, Likert mendapati bahawa pengurus-pengurus yang menggunakan


pendekatan sistem 4 di dalam kendalian operasi mereka terdiri daripada mereka yang
paling berjaya sebagai pemimpin. Bagi organisasi dan firma yang mengamalkan
pengurusan sistem 4,juga didapati paling berkesan di dalam penubuhan dan
pencapaian gol-gol mereka, di samping menjadi lebih produktif. Kejayaan ini disebabkan
pada dasarnya oleb darjah penglibatan pekerja di dalam pengurusan dan sokongan
yang diberi kepada pekerja berkekalan.

KEPIMPINAN SEBAGAI SUATU KONTINUM

Melalui R. Tannenbaum dan W.H. Schmidt mengikut konsep kontinum kepimpinan,


mereka merakamkan bahawa kepimnpinan melibatkan pelbagai jenis gaya, yang
berkisar di antara gaya yang tertumpu kepada ketua sehinggalah kepada yang amat
tertumpu kepada pekerja. Maka tidaklah semestinya wujud di antara yang bercorak
autokratik, demokratik dan laissez-faire sahaja. Tannenbaum dan Schmidt rnenegaskan
bahawa pengurus-pengurus perlu menimbangkan beberapa perkara yang praktik
sebelum memutuskan bagaimana mereka akan melaksanakan tugas-tugas pengurusan
mereka.

Mereka mencadangkan bahawa elemen-elemen terpenting yang mempengaruhi gaya


kepimpinan pengurus di sepanjang kontinum ini adalah seperti yang berikut.

1. Kuasa-kuasa yang menentukan personaliti pengurus. Ini termasuklah sistem nilai dan
latar belakang serta pengalaman. Misalnya, seorang pengurus yang mempercayai
bahawa keperluan-keperluan organisasilah yang perlu diutamakan daripada keperluan-
keperluan individu (pekerja), mungkin Iebih gemar memberi arahan dan kurang
rnenggalakkan penglibatan pekerja dalam penentuan kegiatan-kegiatan pekerja sendiri

2. Sifat pekerja yang dipertanggungjawabkan kepada penguins. Ia juga inempengaruhi


kelakuan pengurus. Mengikut Tannenbaum

1. Pengurus membuat keputusan dan mengumumkannya

2. Pengurus ‘menjual’ keputusannya

3. Pengurus menyampaikan masalah dan menggalakkan komen-komen

4. Pengurus membiarkan kumpulan membuat keputusan sendiri

5. Pengurus meletakkan had-had dan meminta pekerja membuat


keputusan

Pengurus selaku pemimpin, boleh memberi kebebasan dan penglibatan yang lebih
kepada staf di bawah arahannya apabila terdapat para pekerja tersebut mempanyai sifat
berikut:

a) Mahukan tanggungjawab membuat keputusan;

b) Inginkan kebebasan bertindak dan berdikari;

c) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi untuk


mengendalikan dan menyelesaikan masalah dengan cekap;

d) Menanamkan komitmen dan menghayati matlamat organisasi.

Tanpa sifat-sifat tersebut, para pengurus akan lebih mengamalkan gaya yang bermirip
kepada corak autoritarian. Namun demikian, mereka boleh mengubahsuaikan gaya
mereka apabila para pekerja mereka dapat memperoleh keyakinan diri setelah biasa
bekerja bersama mereka.

Gaya kepimpinan yang dipilih oleh pengurus perlu juga mengambil kira kuasa-kuasa
yang wujud di dalam situasi. Ini termasuk nilai dan tradisi organisasi, kecekapan
bekerjasama sebagai satu unit, keadaan tugas-tugas kerja kumpulan, sama ada
pengendalian sesuatu masalah dapat didelegasikan atau tidak .Seperti juga manusia,
organisasi rnempunyai nilai tertentu yang lama-kelamaan diterapkan ke dalam amalan
bekerja. Kebanyakan pengurus baru cepat mempercayai bahawa terdapat beberapa
tingkah laku yang diterima dan ada yang lain pula yang tidak diterima di dalam
organisasi. Setengah-setengah organisasi, misalnya mempunyai struktur dan rangkaian
komunikasi yang lebib formal dan sukar diubah-ubah, dengan adanya pembahagian dan
perbezaan tugas yang jelas. Dalam keadaan demikian, gaya kepimpinan tentu sekali
lagi berorientasikan tugas dan berasaskan pemberian arahan, danipada bergantung
kepada penglibatan pekeija.

MODEL KEPIMPINAN
Mengikut Vroom dan Vetton, terdapatlima bentuk perbezaan di dalam corak kepimpinan
demokratik. Gaya atau bentuk kepimpinan yang tertentu bergantung kepada keadaan
tertentu. Gaya kepimpinan mi adalah seperti berikut.

1. Pemimpin sendiri yang membuat keputusan dengan menggunakan


maklumat yang ada pada waktu tersebut.

2. Pemimpin mendapatkan maklumat yang diperlukan dan staf di bawah


arahannya, kemudian membuat keputusan sendiri. Peranan staf hanya
setakat pemberian maklumat yang diperlukan sahaja dan mereka tidak
terlibat di dalam persoalan menyelesaikan masalah.

3. Pemimpin menyampaikan masalah kepada mana-mana staf


bawahannya yang relevan, secara individu, untuk mengambil sesuatu
keputusan.

4. Sesuatu masalah disampaikan oleh pemimpin kepada staf bawahannya,


untuk mendapatkan idea-idea dan cadangan-cadangan. Keputusan
kemudiannya diambil tidak semestinya hasil daripada pengaruh staf.

5. Pemimpin membincangkan sesuatu masalah bersaina staf bawahan


untuk mencapai persetujuan tentang penyelesaian masalab tersebut.
Pemimpin tidak cuba mempengaruhi apa juga keputusan yang perlu
diambil, rnalah sanggup inenermia dan melaksanakan keputusan yang
mendapat sokongan sekalian ahli kumpulan.

PENDEKATAN KONTINGENSI TERHADAP KEPIMPINAN PENDEKATAN LALUAN


MATLAMAT

Salah seorang tokoh yang turut menyumbangkan kepada teon kepiinpinan dan sudut
situasi ialah Profesor Robert House. Beliau menyatakan bahawa fungsi utama seorang
pemimpin ialah inembentuk matlamat penting bagi para pengikut atau para pekerjanya
serta menggariskan laluan-laluan ke arah pencapaian matlainat tersebut. Dengan inii
teorinya dinamakan teori laluan matlamat.

Secara lojik, teori ini adalah mudah difahami dan diamalkan. Dalam situasi-situasi di
mana struktur kenja adalah kompleksdan mengelirukan, tugas pernimpin ialah
membentuk kerja-kerja agar para pekeija dapat mengikuti suatu laluan yang jelas.
Sebaliknya pula, jika tugas-tugas pekerja memang sudah jelas (umpamanya, di barisan
pemasangan) seorang pemimpin autokratik dan yang herorientasikan tugas yang cuba
menambahkan lagi struktur kerja, tentu sekali tidak akan menerima sambutan yang baik
dan para pekerja bawahannya. Seorang pemimpin yang autokratik dan berorientasikan
tugas biasanya disambut baik sebaliknya di dalam situasi-situasi di mana terdapatnya
ketegangan individu, tekanan dan ketidakpuasan di kalangan pekerja.

Jika kerja berkenaan dilakukan berulang-ulang dan berstruktur, laluan-laluan ke arah


pencapaian matlamat adalah jelas. ini bermakna bahawa jika pemimpin cuba
menambahkan lagi struktur kerja, ini tidak akan menambahkan lagi kepuasan atau
mempertingkatkan lagi prestasi kerja. Namun, jika tugas itu tidakjelas, pemimpin
memanglah perlu bertindak dan menyelesaikan mana mana kekeliruan yang timbul.
Dengan ini, pemimpin-pemimpin yang berkesan menggunakan dua dimensi kepimpinan
sama ada untuk menjelaskan laluan ataupun memudahkannya untuk dijalankan.

KEPIMPINAN YANG BERKESAN

Ketiga-tiga komponen kepimpinan (sifat-sifat, gaya dan kelakuan serta kepimpinan


mengikut situasi) memberi implikasi yang penting di dalam pengambilan dan latihan ke
arah mewujudkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber. Umpamanya,
pemimpinpemimpin berkesan yang diketahui biasanya mempunyai sifatsifat
kebijaksanaan dan keyakinan diri. Maka calon-calon bolehlah diuji untuk mencari sifat-
sifat tersebut serta sifat-sifat lain yang dikaitkan dengan prestasi kerja. Apa yang
diketahui tentang gaya-gaya kepimpinanjuga menunjukkan bahawa latihan-latihan boleh
diadakan dengan jayanya untuk menjadikan pemimpin lebih bertimbang rasa dan
beroriensekali, gaya pemimpin mestilali bersesuaian dengan tugas yang terlibat serta
bersesuaian juga dengan staf bawahannya. Pernah dinyatakan oleh Fiedler bahawa
biasanya lebih mudah untuk menyusun semula sesuatu tugas (kerja) daripada melatih
semula pemimpin atau mengambil pemimpin baru.

Berdasarkan keterangan yang dibincangkan di dalam bab ini, garis-garis panduan


berikut boleh digunakan untuk menjadi pemimpin yang berkesan.

1. Mengetahui dan melatih diri anda. Kebanyakan pemimpin terdiri


daripada mereka yang berpengaruh, pintar, agresif, herinisiatif dan
mempunyai keyakinan diri dan kebolehan menyelia. Maka, bagi bakal-
bakal pemimpin dan juga pemimpin kini, Latihan latihan dalam membuat
keputusan, penilaian diri dan peningkatan keyakinan diri adalah
berfaedah.

2. Mengetahui dan mengawal gaya anda. Gaya yang terbaik sekali


bergantung kepada banyak faktor (selain daripada berorientasikan tugas
dan berperikemanusiaan). Maka perlu bagi mereka menganalisis dan
memahami gaya tersendiri untuk mengekalkan suatu keadaan fleksibel
supaya dapat dipadankan kepada situasi berkenaan.

3. Mempercayai perkara-perkara terbaik tentang orang lain. Bakal-bakal


pemimpin harus mengikuti andaian-andaian Teori Y, McGregor. Dengan
mempercayai bahawa manusia adalah pandai, kreatif, sanggup bekerja,
bertanggungjawab dan ingin menyelesai kan masalah, dapat
meningkatkan lagi pertumbuhan sifat pemimpin yang berkesan.

4. Memenuhi keperluan-keperluan staf ini merupakan secara mudah


kenyataan pemikiran Maslow dan McGregor. Tetapi di dalam amalannya,
beraneka masalah dihadapi.

5. Umpamanya, bagaimanakah dia mendorong pekerja yang keperluan


mereka tidak dapat dipenuhi melalui kerja mereka? Bagaimanakah dia
dapat meyakinkan staf supaya mempersetujui matlamat organisasi?
McGregor telah mencadangkan suatu teknik seperti penyertaan staf dan
sesi-sesi dialog yang membincangkan perkara-perkara seperti matlamat-
matlamat organisasi.
6. Sesuaikan kepada ciri-ciri kerja. Kajian-kajian Fiedler mencadangkan
bahawa bagi tugas-tugas kreatif. dan yang berbentuk keusahawan
(seperti mencipta keluaran baru atau membuka syarikat baru) adalah
lebih wajar bagi anda untuk menubuhkan matlamat yang menyeluruh
untuk dijadikan panduan oleh staf, dan kemudiannya ber~antung kepada
budi bicara mereka untuk menjalankan kerja. Bagi kerja yang dilakukan
secara berulang-ulang pula, pemimpin biasanya menguatkuasakan
suatu set peraturan yang terancang dan rapi, untuk melaksanakan kerja.

7. Bertindak sebagai pemimpin. Dalam semua hal, anda perlu bertindak


sebagaimana yang dijangka dan diingini oleh pengikut atau staf, agar
mendapat sanjungan yang setimpal dengan taraf pemimpin.

KEPIMPINAN

Pendahuluan

Penerimaan Islam secara meluas di Nusantara pada abad ke 13 masihi telah mengubah banyak
nilai dalam masyarakat tempatan, termasuk yang berkait dengan "kepimpinan". Bermula
daripada waktu itu Islam telah mengambil peranan kepimpinan yang meluas dan merangkumi
hampir semua kegiatan hidup termasuk keagamaan, Ibadat, keilmuan, sosial, politik dan
sebagainya.

Asas utama kepada kepimpinan yang meluas ini 1alah sifat Islam sendiri yang menyeluruh.
Misalnya, akidah atau pegangan hidup yang dibawa oleh Islam bukan sekadar menyentuh soal
ketuhanan dan alam metafizika sahaja, tetapi juga merangkumi alam dan manusia. Dalam
konsep yang luas ini, syirik iaitu pelanggaran terhadap prinsip tauhid yang menjadi asas aqidah
berkenaan, bukan sahaja boleh berlaku disebabkan oleh penyembahan berhala atau memuja
kuasa-kuasa ghaib semata-mata tetapi juga meliputi pemujaan terhadap sesama manusia dan
kuasa-kuasa material dalam kehidupan biasa.

Berasaskan akidah ini Islam menegaskan bahawa alam dan manusia bukan suatu mistri, tetapi
boleh difahami. Manusia adalah hamba Tuhan yang diberi peranan sebagai khalifah dibumi ini.
Sedangkan alam dicipta untuk faedah dan kepentingan manusia.

Dalam hubungannya dengan hidup dan kebudayaan, akidah merupakan asas pemikiran bagi
sistem keilmuan dan kemasyarakatan, termasuk sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.

Bagi melaksanakan kepimipinan tersebut, dari segi akidah dan kepercayaan, Islam mengubah
pandangan orang Melayu daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti di
zaman Hindu kepada mempercayai tuhan yang Maha Esa. Disamping itu mereka dibimbing
mempercayai Nabi-Nabi, Rasul, Malaikat, Kitab-Kitab Suci, Hari Kiamat dan Qadha dan Qadar.
Kemudian diikuti oleh kepimpinan kearah menunaikan amal Ibadat seperti yang terkandung
dalam rukun Islam yang lima dan yang selain daripada itu.
Di bidang adat dan istiadat pula, bagi mengubah tradisi animisme dan Hinduisme, agama Islam
telah memimpin orang-orang Melayu kearah mengenali dan mengamalkan adat istiadat Islam
sebagai ganti. Adat istiadat itu dilakukan sejak daripada individu itu lahir ke dunia hinggalah ke
hari kematiannya.

Dalam aspek keilmuan, Islam telah memimpin masyarakat Melayu kearah menenali pengetahuan
yang bercorak falsafah.4 Dengan itu Islam telah memperkenalkan pemikiran yang bercorak
rasional dan intelektual dalam masyarakat Melayu. Tamadun Islam telah mengubah penekanan
daripada unsur-unsur estetika dalam kebudayaan Melayu seperti yang biasa berlaku pada zaman
Hindu kepada pemikiran yang bercorak akliah.5 Dengan itu Islam mengubah tasawwur orang
Melayu daripada yang bercorak metologi fantasi kepada pemikiran yang bercorak intelektual
yang berdasarkan falsafah Islam dan mistik yang rasional dan ilmiah. Dengan itu Islam
menekankan kedua-kedua aspek jasmani dan rohani untuk membangunkan masyarakat Melayu.

Dari segi sosial pula Islam menekankan unsur-unsur persamaan, keadilan dan sebagainya.
Dengan itu Islam telah membawa satu perubahan yang radikal sebagai ganti kepada sistem
Kasta Hindu yang membahagikan penduduk alam Melayu kepada beberapa susun lapis seperti
di India. Islam juga menghapuskan semangat kedaerahan dan membentuk perpaduan
dikalangan penduduk alam Melayu melaui konsep ummah atau masyarakat Islam.

Dari segi politik pula, Islam telah membawa banyak perubahan. Misalnya, sistem feudalisme
Hindu digantikan dengan sistem feudalisme yang diperkenalkan pada zaman kerajaan Abbasiah.
Islam telah memberi corak keislaman dalam sistem kesultanan Melayu. Misalnya konsep Diraja
telah diubah sifatnya daripada penjelmaan dewa kepada seorang pemerintah atau pemimpin
rakyat sahaja. Sultan dalam pengertian Islam seharusnya menjalankan pemerintahan dengan
adil dan bertimbang rasa kepada rakyat serta bertindak mengikut perintah Allah, membuat
kebaikan dan mencegah kejahatan.

Dalam bidang kesenian Islam telah mempengaruhi semua bidang kesenian Melayu, baik dalam
seni lagu, seni tari, seni ukir, seni bina, seni hiasan, maupun seni drama. Begitulah juga dalam
hal kesusasteraan.

Kepimpinan Yang Menyeluruh


Kepimpinan biasa dihuraikan sebagai peranan sosial yang dimainkan oleh pemimpin dan
diterima secara sepontan oleh pihak yang dipimpin berasaskan proses interaksi antara kedua
belah pihak.9 Dalam konteks kertas kerja ini Islam dilihat sebagai suatu institusi kepimpinan yang
memainkan peranannya berasaskan penerimaan masyarakat umum secara sepontan melaui
proses interaksi yang tertentu.

Ternyata daripada apa yang dihuraikan di atas bahawa Islam, sejak mula kedatangannya lagi ke
Nusantara telah memainkan peranan kepimpinan yang meluas, bukan sekadar sebagai agama
dalam konsepnya yang sempit tetapi juga sebagai cara hidup dalam konsepnya yang luas dan
menyeluruh.

Berdasarkan kepimpinan yang luas dan menyeluruh seperti itulah Islam berjaya menubuhkan
masyarakat dan negara Islam di rantau ini. Di Malaysia, masyarakat dan negara Islam seperti itu
mula ditubuhkan di Melaka pada awal abad ke Lima belas.10 Kemudian ia berkembang ke
merata tempat diseluruh semenanjung, begitu juga ke Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, tempoh kepimpinan Islam yang menyeluruh ini tidak kekal lama. Bermula
daripada kejatuhan Melaka ke tangan penjajah Portugis pada tahun 1511 M. Kepimpinan Islam di
rantau ini mula tersingkir, bukan sahaja dalam aspek politik dan pemerintahan, tetapi juga dalam
aspek-aspek yang lain termasuk pendidikan dan tamadun.

Terutama di bawah penjajahan Inggeris, Islam tidak lagi memainkan peranan pemimpin di
Malaysia kecuali dalam hal-hal Ibadat ritual dan pendidikan agama dalam konsepnya yang
sempit.

Malah, apabila Malaysia mencapai kemerdekaan dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun
1957, kepimpinan Islam di rantau ini gagal dibangkitkan kembali. Sebelum pemergian mereka,
penjajah telah selesai menyiapkan pelapis dari kalangan penduduk Malaysia sendiri yang bakal
mengambil alih kepimpinan berasaskan Sekularisme/Libralisme barat. Dengan itu kepimpinan
Islam kekal di takok lama iaitu berfungsi hanya dalam aspek Ibadat ritual dan keagamaan dalam
konsepnya yang sempit sahaja. Malah ia begitu terpingir dan tidak termasuk dalam "arus
perdana".

Penerimaan masyarkat Islam di Malaysia terhadap sekularisme barat telah meletakkan Islam
sebagai satu "agama" pada suatu pihak disamping urusan kenegaraan di pihak yang satu lagi.
Dualisme ini telah mempengaruhi corak umum kehidupan bermasyarakat dan bernegara dan
menyukarkan kepimpinan Islam yang sebenarnya untuk berfungsi sepertimana sepatutnya.

Fenomena ini bukan sahaja lahir akibat daripada pengaruh barat, tetapi diperkukuhkan lagi oleh
masyarakat Islam sendiri, termasuk mereka yang komited dengan pengajaran Islam. Bagi
menghadapi kekuasaan penjajahan di negara ini para pemimpin Islam sendiri telah membina
benteng pemisah antara Islam dan kehidupan harian dalam negara dengan alasan bahawa apa
yang diamalkan di bawah kuasa penjajahan itu bertentangan dengan ajaran Islam dan perlu
dijauhi.

Usaha Kebangkitan Semula Kepimpinan Islam


Dengan lain perkataan, secara umumnya, sejak kekuasaan penjajah sampai sesudah merdeka,
Islam di Malaysia telah diletakkan oleh para penganutnya pada kedudukan difensif. Kedudukan
yang negatif ini telah menjadikan kepimpinan Islam seolah-olah kehilangan fungsi dan tidak
berdaya lagi untuk kembali berperanan terutama kerana masyarakat telah jauh lebih maju
daripada cita-cita kepimpinan Islam sendiri yang ada.

Malah, apabila umat Islam sedar dan berhasrat untuk mengembalikan kepimpinan Islam ke
tampuknya yang asal mereka berpecah kepada berbagai aliran pemikiran yang menjadi asas
kepada corak kepimpinan yang mahu dipulihkan itu. Secara umumnya aliran-aliran tersebut biasa
dikenali sebagai aliran tradisional, aliran moden dan aliran reformasi.

Aliran tradisional bersikap konservatif dan mempertahankan yang lama. Bagi aliran ini sejarah
adalah sumber aspirasi dan perlu dipertahankan. Kerana itu mereka bersikap negatif terhadap
pembaharuan dan perubahan. Pada pandangan mereka ini kepimpinan Islam perlu berkait rapat
dengan tradisi dan tidak boleh menyerap nilai-nilai baru yang dikatakan banyak dipengaruhi oleh
Barat.

Aliran moden banyak dipengaruhi oleh kebudayaan dan pemikiran Barat moden. Antara nilai
yang menjadi asas kepada kepimpinan corak ini ialah penolakan terhadap soal-soal emosi,
kekudusan dan tindakan yang tidak rasional.

Sementara aliran reformasi pula menekankan perkembalian kepada ajaran Islam yang murni bagi
membersihkan kepimpinan Islam daripada pemalsuan dan penyelewengan. Dari segi ini ia
mempunyai banyak persamaan dengan aliran tradisional. Bagaimanapun, aliran ini berkait erat
dengan ijtihad baru. Dalam konteks ini ia berbeza daripada aliran tradisional.

Sehingga abad ke 19 kepimpinan Islam di Malaysia lebih bercorak tradisi. Aliran ini terus
memainkan peranannya sehingga ke abad 20 melalui para ulama yang gigih menyambung tradisi
sebelumnya. la berasaskan kepada pemikiran tradisional yang disebarkan di pusat-pusat
pengajian agama (pondok) yang berserakan di seluruh Malaysia.16 Kepimpinan corak ini
menekankan nilai-nilai tradisi yang tersimpul dalam konsep fardhu ain, iaitu pembinaan peribadi
muslim berasaskan akidah, fiqh, akhlak dan tasawuf.

Dalam melalui proses perkembangan seterusnya aliran kepimpinan tradisional ini pernah
mengalami pembaharuan. la terutama sekali dihasilkan oleh gerakan-gerakan dakwah, seperti
Gerakan Jamaah Tabligh dan Pertubuhan al-Arqam. 8erbeza dengan kepimpinan tradisional
konservatif sebelumnya, gerakan tradisional baru ini memberi tumpuan yang agak serius kepada
soal-soal pembinaan masyarakat Islam. Mereka memberi tumpuan yang banyak kepada soal-
soal pendidikan, sosial, ekonomi dan malah politik.

Corak kepimpinan modermis pula lahir pada akhir abad ke Sembilan belas apabila pertubuhan-
pertubuhan Islam lahir di Tanah Melayu. Secara umumnya kepimpinan corak ini merupakan
reaksi terhadap proses modernisasi yang dilaksanakan oleh penjajah barat di Tanah Melayu
pada waktu itu.

Kepimpinan corak ini lahir dalam bentuk pertubuhan-pertubuhan seperti pertubuhan-pertubuhan


sosial dan pertubuhan-pertubuhan politik. Antara pertubuhan-pertubuhan sosial yang
berpengaruh ialah gerakan sosial moden yang didokong atau dilindungi oleh kerajaan Inggeris.
Selain daripada itu ialah pertubuhan bahasa dan sastera, persatuan guru dan persatuan pelajar.

Dalam politik, kepimpinan bercorak modernis ini berkait rapat dengan faham kebangsaan atau
nasionalisme.19 Di Malaysia, nasionalisme dapat dibahagikan kepada dua iaitu konservatif dan
radikal.

Di antara organisasi politik awal yang bercorak nasionalisme konservatif ialah pertubuhan Melayu
Bersatu (UMNO) 1946. Sifat konservatif UMNO bukan hanya sekadar mempertahankan tradisi
kebangsaan Melayu, tetapi juga mempertahankan tradisi kerjasama dengan pihak penjajah.
Kerana corak kepimpinan yang konservatif inilah penjajah Inggeris bersetuju mengadakan
perbincangan dengan UMNO yang kemudiannya menghasilkan perlembagaan persekutuan
Tanah Melayu pada tahun 1948.20 Berasaskan corak kepimpinan seperti itulah juga UMNO
menang mutlak dalam pilihanraya umum 1955.

Sementara yang bercorak nasionalisme radikal pula ialah seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM)
(1937).21 Kerana coraknya yang radikal ini ia telah dihapuskan oleh penjajah Inggeris pada
tahun 1941 dengan menangkap para pemimpinnya. Nasib yang sama dialami oleh pertubuhan-
pertubuhan radikal yang lain seperti Parti Kebangsaan Melayu Melayu (PKMM) (1945), Angkatan
Pemuda Insaf (API) (1946) dan Parti Rakyat Malaya (PRM) (1955).

Kepimpinan bercorak reformasi atau Islah pula tumbuh dan berkembang melalui tokoh-tokoh
agama yang menerima perkembangan baru dalam pemikiran Islam. Antara mereka ialah Syekh
Muhamad Tahir Jalaluddin (1869-1956), Syed Syekh al-Hadi, Tok Khurasan (1875-1944), Haji
Wan Musa bin Abdul Samad (1895-1957) dan ramai lagi.22 Kepimpinan bercorak ini
dikembangkan melalui penulisan, seperti Majalah al-Imam23 (1906-1908), al-Ikhwan (1926),
Saudara (1928) dan Pengurusan (1918-sekarang).24 la juga dikembangkan melalui madrasah-
madrasah atau sekolah-sekolah agama yang mengajar ilmu-ilmu agama dan menawarkan juga
ilmu-ilmu semasa.
Kepimpinan bercorak ini kemudiannya berkembang melalui parti- parti politik Islam yang
ditubuhkan. Paling awal ialah Hizbul Muslimin (HAMIM) yang ditubuhkan pada 1948 oleh Ustaz
Abu Bakar al-Baqir. Bagaimanapun parti ini dibubarkan apabila tokoh-tokoh utamanya ditangkap
di bawah perintah darurat 1948.

Pada tahun 1951 sayap agama dalam UMNO menubuhkan Persatuan Ulama Malaya yang
kemudiannya berubah menjadi Persatuan Islam se Tanah Melayu (PAS) yang benar-benar
terpisah daripada UMNO.27 Antara tokoh-tokoh utama yang pernah memimpin parti ini ialah Dr
Burhanuddin al-Helmi, Ustaz Zulkifli Muhammad dan Dato' Muhammad Asri Haji Muda.
Bagaimanapun, berbanding dengan UMNO parti ini kurang berjaya dalam perjuangan politiknya.

Selain politik, kepimpinan bercorak reformasi ini juga terbentuk dalam gerakan dakwah dan
pertubuhan-pertubuhan pelajar. Antaranya ialah gerakan al-Imam yang ditubuhkan pada 1928.28
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) yang ditubuhkan pada 1956, Persatuan
Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) (1965), Pertubuhan al-Rahmaniyah (1963)
dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (1971).

Penutup
Nyatalah daripada huraian di atas bahawa kepimpinan Islam di Malaysia telah mengalami
sejarah perkembangan yang tersendiri. Perkembangan ini tentu sekali didorong oleh berbagai-
bagai faktor samada yang bersifat tempatan atau antara bangsa.

Apa yang penting disebut disini ialah kepimpinan yang berbagai corak ini di Malaysia sekarang
secara umumnya bertelingkah antara satu sama lain. Adalah suatu kenyataan yang tepat apabila
dikatakan bahawa krisis yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia sekarang bukan berpunca
daripada penerimaan atau penolakan terhadap Islam sebagai dasar hidup, tetapi lebih kepada
krisis kepimpinan.

Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam yang insaf di Malaysia sekarang untuk mencari jalan
kearah persefahaman diantara corak-corak kepimpinan yang ada ini.

MILIKI KUALITI DIRI


Bergerak menuju ke alam kerjaya bukanlah sesenang ‘menelan liur yang sudah ada di
kerongkong’, tetapi setiap pekerja perlu mempersiapkan diri secukupnya untuk
mengelakkan sebarang pengaruh negatif mempengaruhi cara bertindak para pekerja.
Memang tidak dinafikan, sebagai seorang pekerja sudah tentunya nilai kebebasan adalah
satu-satunya nilai yang paling dikehendaki. Namun para pekerja perlu ingat bahawa
kebebasan bukanlah bererti mendapat peluang untuk berbuat apa sahaja.

Sebaliknya kebebasan itu adalah suatu tahap yang sepatutnya digunakan oleh para
pekerja untuk merangka dan menyusun pertimbangan-pertimbangan dan tindakan,
terutamanya pekerjaan yang sepatutnya dilakukan dalam usia yang masih muda.

Kebebasan itu sudah semestinya bukan bermaksud pekerja boleh ‘melepak’. Kebebasan
itu sebenarnya adalah masa yang diperuntukkan kepada pekerja berfikir secara rasional
dan bertindak dengan matang untuk memperolehi kecemerlangan awal yang mungkin
mengatasi pencapaian orang yang sudah lama bekerja.

Adalah satu kerugian besar jika para pekerja tidak dapat membina diri, yakni syahsiah
dan jasmani yang sempurna pada masa awal kerjaya ini. Sebagai bantuan kepada para
pekerja dalam meneroka jalan ke arah mencapai kejayaan dalam hidup, maka setiap para
pekerja perlu memiliki nilai kualiti diri. Mental dan jasmani iaitu, kualiti ilmu, kualiti
susila, kualiti fikir, kualiti kerja dan kualiti kepimpinan.

A: Kualiti Ilmu

Setiap pekerja perlu memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan luas. Para pekerja
mestilah sentiasa cuba untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman tentang apa
sahaja perkara sebagai persediaan kerjaya. Pekerja perlulah menanamkan cita-cita
menjadi pemimpin yang berguna dan cemerlang. Untuk mencapai kecemerlangan dan
kejayaan ini sudah tentulah penilaian-penilaian yang bersifat pemilikan kualiti ilmu
menjadi pertimbangan yang besar.
Gabungan ilmu pengetahuan-pengalaman akan menjadikan pekerja sebagai satu
kelompok masyarakat yang memiliki kualiti kemahiran yang tinggi. Dengan pemilikan
kemahiran yang tinggi inilah pekerja akan merasakan dirinya amat berguna kepada
masyarakat dan negara. Cara memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas,
diantaranya:

• Pertama, para pekerja perlu meyakini dengan berada di tempat kerja, dan jangan
ponteng atau ? tuang kerja? sesuka hati.
• Kedua, sentiasa mepertingkatkan kemahiran kerja
• Ketiga, menanamkan sikap kritis dan aktif dalam suasana kerja.
• Keempat, menghidupkan sikap bersaing untuk mencapai kecemerlangan dalam kerjaya.

Setiap apa yang dilihat, yang didengar, yang dibaca, yang ditonton dan seumpamanya,
dipertimbangkan secara kritis dan rasional seterusnya menerima yang baik dan
membuang yang buruk. Sentiasa berkerja membina kemahiran dan kecekapan. Dengan
memiliki semua ini pekerja akan meletakkan dirinya sebagai insan berkualiti ilmu yang
terbaik.

B: Kualiti Susila

Setiap pekerja perlu memiliki akhlak yang sempurna, budi yang mulia dan sikap yang
toleran. Para pekerja perlu melatih diri dan berusaha membentuk diri yang dinamis dalam
erti sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik dan cuba mengelakkan dari berbuat
sesuatu yang bersalahan dengan hukum agama, bertentangan dengan peraturan dan
undang-undang negara, serta tidak bersesuaian dengan adat dan etika hidup, khususnya di
negara kita.
Para pekerja mestilah meletakkan diri sebagai insan yang mampu meneruskan cita-cita
dan kehendak keluarga dan masyarakat. Sikap seperti sayangkan diri sendiri,
menghormati ibu bapa dan keluarga, menyayangi masyarakat dan cintakan negara serta
menyanjung kemuliaan agama perlulah ditanam dan disuburkan berterusan. Dengan
memiliki kualiti susila - berbudi bahasa dan berakhlak mulia - sajalah kedudukan pekerja
di sudut pandangan masyarakat akan lebih terhormat. Bukannya susah untuk pekerja
memiliki kualiti susila yang tinggi dan mulia.

• Pertama, sentiasa cuba memperbaiki diri untuk berada di satu tahap keinsanan yang
terbaik iaitu sabar, yakin, bertakwa dan patuh kepada ajaran agama.
• Kedua, sentiasa membuat pertimbangan di antara perangai dan kelakuan yang buruk
dengan yang baik.
• Ketiga, meletakkan masa depan itu adalah lebih penting daripada keseronokan hari ini.

C: Kualiti Fikir

Setiap pekerja perlu menyuburkan kemampuan berfikir pada setiap masa. Dengan
memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas, kualiti susila yang terpelihara,
sudah tentunya para pekerja dapat menghidupkan suasana berfikir secara rasional,
matang dan berpandangan jauh.

Sesuatu kerja yang hendak dilakukan dibuat pertimbangan. Setiap perbuatan yang hendak
dikerjakan dipertimbangkan kesan baik dan buruknya.

Sebelum memulakan langkah untuk bergerak, difikirkan cara-cara terbaik untuknya dan
difikirkan apakah manfaat yang diperolehi daripadanya.
Dengan kata lain, kualiti fikir ialah satu proses di mana para pekerja membiasakan diri
dengan mengesan kelemahan dan kebaikan, kelebihan dan keburukan, keuntungan dan
kerugian.

Caranya amat mudah, sebelum bertindak maka fikirkanlah? Apakah yang akan aku
perolehi daripadanya?

d: Kualiti Kerja

Setiap pekerja perlu aktif, dinamik dan progresif. Sikap berusaha dan bekerja keras dalam
memperolehi kejayaan adalah amat penting. Para pekerja perlulah meletakkan dirinya
sebagai suatu kelompok masyarakat yang memiliki daya saing yang tinggi, daya tahan
yang tinggi, serta kekuatan mental dan fizikal yang lebih baik berbanding orang yang
telah meningkat usia.

Untuk itu para pekerja mestilah mempercayai diri sendiri dengan meyakini bahawa
berbuat kerja yang lebih bermanfaat itu adalah lebih banyak untungnya daripada
melepaskan tenaga ke dinding-dinding pasar raya atau ke butang-butang mesin
permainan video.

Adalah lebih baik belajar berniaga dan membantu ahli keluarga. Suatu kerja yang
dilakukan dengan minat, keinginan dan cita-cita akan membawa keuntungan
bermanafaat.

e: Kualiti kePimpinan

Setiap pekerja perlu meletakkan dirinya sebagai manusia. Manusia dijadikan oleh Allah
sebagai khalifah di muka bumi ini. Dengan ertinya sebagai Pemimpin dan Pengurus yang
bertanggungjawab mentadbir, mengendali dan memajukan bumi Allah ini dengan
sebaiknya.

Untuk itu, para pekerja perlu melatih diri menjadi pemimpin seawal berada di dalam
dunia. Di tempat kerja para pekerja boleh melatihkan diri menjadi pemimpin dengan
menawarkan diri menjadi ketua pada setiap aktiviti yang diadakan.

Dengan latihan menjadi pemimpin inilah para pekerja akan dapat membina keyakinan
dan ketelusan diri sebagai persiapan menyahut cabaran masa depan.

Untuk itu, para pekerja perlu sedar bahawa dunia pekerja itu bukanlah satu pentas untuk
bebas seperti seekor katak yang baru keluar dari tempurungnya. Tetapi satu era untuk
pekerja membina diri dan kualiti diri agar dapat membina semangat waja yang sejati
dengan gemilang dan terhormat.

Sila rujuk artikel ini bersama:


http://shuhmy.multiply.com/journal/item/256/KEPIMPINAN_ISLAM

SOALAN TUGASAN SECARA BERKUMPULAN :

• Huraikan tiga peringkat tahap pengurusan dalam sesebuah organisasi dan


tunjukkan perbezaan yang terdapat di antara tahap-tahap pengurusan tersebut?
• Pengurusan bukanlah tanggungjawab seseorang Pengurus Besar atau
Pengarah semata-mata tetapi juga tanggungjawab pentadbir bahagian. Dalam
konteks ini, huraikan empat fungsi pengurusan yang perlu dilaksanakan.
• Terangkan maksud organisasi? Pada pandangan anda apakah kebaikan Carta
Organisasi di sesebuah Jabatan?
• Gaya Kepimpinan adalah merujuk kepada cara seseorang pemimpin
mempengaruhi pekerjanya. Huraikan tiga bentuk gaya kepimpinan yang biasa
digunakan?
• Kuasa sering dikaitkan dengan pemimpin. Huraikan 5 jenis kuasa yang perlu ada
pada seorang pemimpin bagi memimpin kakitangan bawahannya?
• Henry Mintzberg dalam bukunya, The Manager’s job, menjelaskan peranan
Pengurus dibahagikan kepada tiga bahagian. Huraikan ketiga-tiga peranan itu?
Khalifah Umar bin Abdul Aziz
Khalifah Umar bin Abdul Aziz dilantik sebagai Khalifah menggantikan
Sulaiman bin Abdul Malik dalam keadaan yang beliau sendiri tidak suka
akan pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya
memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang.

Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila


mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan
ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan
berselawat kepada Nabi s.a.w. kemudian beliau berkata:

"Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas
ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan
juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama
dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu
berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda”.

Tiba-tiba orang ramai serentak berkata: “Kami telah memilih kamu


wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang
demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan”.

Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, jangan


terlalu mencintai kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya lebih
mencintai akhirat. Kemudian beliau berkata pula kepada mereka:
"Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia
wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib
ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu
kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan
sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati
aku". Setelah itu beliau turun dari mimbar.

Dalam satu peristiwa Khalifah Umar bin Abdul Aziz, sewaktu sedang
bekerja di rumahnya dia didatangi puteranya untuk membincangkan
sesuatu hal yang berhubung dengan urusan keluarga. Khalifah Umar
lantas memadamkan lampu yang terletak di meja yang menerangi bilik
kerjanya itu.

Puteranya hairan melihat sikap ayahnya itu lalu bertanya: "Kenapa


ayah padamkan lampu itu?". Jawab Umar: “Lampu yang digunakan
adalah untuk bekerja dan ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang
digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang
perkara yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda
adalah perkara keluarga."

Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik


dalam. "Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan
keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri."
Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkaliber
yang berjiwa besar.

Satu lagi peristiwa lain pula, Khalifah Umar pulang ke rumah kemudian
beliau masuk ke tempat tidurnya. Sebelum sempat beliau
membaringkan badan, tiba-tiba anaknya Abdul Malik masuk berjumpa
dengan beliau. Pada masa tersebut anak beliau berumur 17, kemudian
anak beliau berkata: "Apakah yang kamu ingin lakukan wahai Amirul
Mukminin?"

Lalu Umar menjawab: "Anakku! Aku ingin menghilangkan kepenatan


seketika kerana aku terasa terlalu letih." Selepas itu Abdul Malik
berkata: "Kamu ingin menghilangkan kepenatan sebelum kamu
mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada
pemilik asalnya, wahai Amirul Mukminin?"

Lantas Umar menjawab: "Anakku! Kelmarin aku telah berjaga malam


untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan bapa
saudara kamu, Sulaiman, nanti apabila tiba waktu Zuhur, aku akan
mendirikan sembahyang bersama-sama dengan orang ramai dan Insya
Allah aku akan mengembalikan barang-barang yang diambil secara
zalim kepada pemilik asalnya."

Seterusnya Abdul Malik berkata lagi: "Siapakah yang dapat menjamin


bahawa kamu akan terus hidup sehingga ke waktu Zuhur, wahai Amirul
Mukminin?"

Mendengar kata-kata tersebut Umar terus bangkit lalu beliau cium dan
peluk anaknya kemudian beliau berkata: "Segala puji bagi Allah yang
telah melahirkan seorang anak dari tulang salbi aku yang boleh
membantu aku di dalam perkara agama aku." Setelah itu beliau
memerintahkan supaya memanggil orang ramai dengan berkata:
"Sesiapa yang barang-barang mereka pernah diambil secara zalim, sila
laporkan." Kemudian Umar mengembalikan barang-barang yang
diambil secara zalim kepada pemilik asalnya"
Pemimpin Yang Adil
Artist: Hijjaz
Album: Damai

Pemimpin yang adil sangat dikehendaki


Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya

Pemimpin yang adil sifatnya amanah


Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama

Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya


Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya

Pemimpin yang adil mengutamakan amanah


Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah

Terdapat pemimpin di dunia kini


Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita

Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya


Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati


Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini

Ya Allah, kurniakan kami pemimpin yang melaksanakan seluruh perintahMu.


Pemimpin yang menegakkan syariatMu. Pemimpin yang mengamal Sunnah
RasulMu. Pemimpin yang amanah dalam tanggungjawab yang diberikan oleh
rakyatnya. Pemimpin yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan
utama.
Ya Allah. Bantulah kami dalam perjuangan ini. Permudahkan urusan kami.
Amin..
http://shuhmy.multiply.com/tag/ptk

Anda mungkin juga menyukai