Anda di halaman 1dari 2

Hujan Asid

Maksud
Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung
dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun,
disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api
fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang
batu oleh loji tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur
dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan
bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid
nitrik.

Tempat Berlaku
Hujan asid berlaku di setiap tempat

Kesan
Hujan asid mendatangkan pelbagai kemudaratan terhadap beberapa aspek tertentu
iaitu dari aspek kesihatan, kesuburan tanah dan tumbuhan, ekosistem akuatik dan
bangunan serta peralatan bangunan. Dari segi kesihatan, ia memudaratkan
golongan tidak kira tua mahu pun muda terhadap penyakit asma.Bagi kanak-kanak
pula fenomena ini boleh menyebabkan batuk, alergi dan selsema. Gas sulfur
dioksida pula adalah merupakan agen kepada beberapa penyakit seperti sakit dada,
tulang, batuk, sakit kerongkong, barah kolon dan barah payu dara. Selain itu ia
menyebabkan berlakunya penyakit kulit, keroskan tisu badan manusia yang
menggunakan bekalan air dari sungai, tasik dan empangan yang terdedah kepada
hujan asid.

Cara Atasi
Pertama, tasik yang tercemar boleh dipulih melalui liming di mana batu kapur
merupakan bahan utama dan diletakkan ke dalam air tasik yang berasid untuk
dineutralkan contohnya di West Wales, Canada yang telah dijalankan proses
membaik pulih tasik-tasik yang telah tercemar dengan pHnya ialah antara 5.5
hingga 7.0 .

Kedua, kilang-kilang patut mengehadkan pelepasan gas pencemar udara ke


atmosfera dengan menggunakan bahan api yang rendah kandungan sulfur dan
secara tidak langsung boleh mengurangkan gas sulfur dioksida. Selain itu,
pemasangan scrubbers di cerobong asap di kilang-kilang patut dilakukan untuk
menapis gas sulfur dioksida.
Ketiga, menggalakkan pemasangan pengubah bermangkin pada enjin kenderan, ini
dapat mengurangkan gas nitrogen oksida sebanyak 90% di mana gas pencemar
dapat diubah sebelum dilepaskan ke atmosfera. Ini bertujuan untuk mengurangkan
gas karbon monoksida dan nitrogen oksida asap ekzos. Dari segi perundangan,
boleh ditingkatkan lagi mengenai pengawalan pencemaran alam sekitar.

Info :
Barah kolon : Barah kolorektum atau barah kolon ialah barah pertumbuhan sel-sel barah
di usus besar (kolon) dan rektum.

Anda mungkin juga menyukai